Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 16

Institusi Perkahwinan turut melibatkan unsur unsur ekonomi dan

pertukaran.Berdasar contoh,bincangkan.

Pengenalan

Perkahwinan merupakan asas kepada wujudnya sistem persanakan.Ini kerana

perkahwinan sudah dianggap sebagai satu institusi yang wujud dalam semua budaya

dalam seluruh masyarakat di dunia. Institusi perkahwinan bermakna satu penerimaan

masyarakat keatas hak dan hubungan yang dijalinkan antara seorang lelaki dengan

seorang perempuan samada melalui undang undang ataupun hukum adat yang boleh

mengesahkan status hubungan pasangan suami isteri.

Pelbagai pendapat telah dinyatakan oleh para sarjana berkenaan perkahwinan.

Fisher mengatakan bahawa perkahwinan ialah penyatuan antara lelaki dengan

perempuan Anak hasil daripada hubungan ini dianggap sebagai anak pasangan yang sah

dan diiktiraf masyarakat.

Perkahwinan merupakan penyatuan diantara dua keluarga, bukan hanya semata-

mata pembentukan hubungan antara dua individu sahaja. Dalam memilih pasangan

pengantin, ibubapa akan mengambil kira latarbelakang keluarga, kedudukan ekonomi,

reputasi keluarga dan lain lain.

Manakala Leach pula melihat perkahwinan itu sebagai satu bentuk gagasan hak-

hak seperti hak suami kepada isteri, hak isteri kepada suami, hak ibubapa kepada anak

dan hak anak kepada ibubapa. Gagasan hak-hak ini juga mengambil kira terhadap harta
yang dicari bersama sepanjang tempoh perkahwinan. Hak ini jika dilangkaui akan

mengakibatkat keretakan rumah tangga dan penceraian.

Oleh hal itu , perkahwinan ini sudah tentu memberikan satu pengiktirafan kepada

pasangan yang terlibat.Pengiktirafan ini pun sering dilihat dalam dua aspek iaitu

a) pengiktirafan dalam perhubungan seksual ( tingal bersama ) . Proses ini membentuk

petempatan selepas perkahwinan seperti neolokal dan matrilokal.

b ) Pengiktirafan terhadap status zuriat yang dilahirkan. Zuriat ini dihubungkan dengan

nisab yang ditentu dahulu oleh nenek moyang, contohnya patrilineal.

C ) Pengiktirafan terhadap sumber sumber ekonomi dan harta sepencarian.

Aspek ekonomi adalah salah satu daripada unsur- unsur dalam perkahwinan. Apa yang

dimaksudkan disini ialah penglibatan pertukaran ekonomi melalui institusi perkahwinan

yang diamalkan oleh masyarakat dunia.

Bentuk-bentuk ekonomi dan pertukaran dalam institusi perkahwinan adalah

1. mas kahwin

2. dowry

3. pertukaran hadiah

4. pemberian khidmat tenaga

5. pertukaran perempuan

Bentuk bentuk pertukaran dan ekonomi ini akan dibincangkan seterusnya.


Pembayaran ( Mas Kahwin )

Dalam kebanyakan masyarakat unsur ekonomi menjadi pendorong untuk

berkahwin. Bentuk ekonomi yang dapat dilihat seperti pertambahan tenaga kerja.dan

keluasan tanah pertanian dan sebagainya. Banyak anggota masyarakat yang berkahwin

bukan semata- mata kerana seks tetapi untuk memperolehi tenaga kerja. Pembayaran satu

bentuk pertukaran ekonomi sebelum atau semasa perkahwinan. Bayaran dibuat

menggunakan wang atau barang- barang tertentu seperti binatang ternakan. Dalam

masyarakat Melayu, bayaran ini dikenali sebagai mas kahwin. Ini merupakan satu syarat

yang perlu dipenuhi dan ditunaikan kepada keluarga perempuan atau perempuan itu

sendiri. Ia dikatakan satu tanda tanggungjawab pihak lelaki demi kesediaannya

mengahwini perempuan tersebut. Menurut kajian yang dibuat oleh Murdock dalam World

Ethnoghrafic Sample (1957), mendapati bahawa 60% masyarakat yang dikajinya

melaksanakan sistem pembayaran jenis ini misalnya masyarakat melayu, orang Ifugao di

Filipina dan masyarakat Swazi di Afrika.

Orang Melayu biasanya mengenakan mas kahwin dan hantaran kepada pihak

perempuan. Jumlah mas kahwin yang dikenakan telah ditetapkan oleh pihak perempuan

dengan persetujuan pihak lelaki semasa perminangan dahulu. Mas kahwin juga

ditentukan oleh majlis agama negeri, contohnya RM 32. Manakala wang yang dirunding

dalam pertunangan dahulu dikenali sebagai wang belanja contohnya RM7000. Wang

belanja inilah digunakan untuk hantaran dan persediaan kenduri.Mengikut ajaran Islam

yang dianuti oleh majoriti orang Melayu, mas kahwin diakad dalam lafaz pernikahan

yang disebut oleh pengantin lelaki dihadapan saksi- saksi.


Satu perkara yang menarik disini adalah berlaku balas membalas hantaran iaitu

pihak perempuan biasanya akan membalas hantaran yang dibuat oleh pihak lelaki. Ini

bergantung kepada status ekonomi keluarga berkenaan.

Manakala Orang Swazi di Afrika, proses pembayaran ini dibuat dengan

memberikan binatang ternakan kepada keluarga wanita yang ingin dikahwini. Misalnya

lembu. Pemberian ini berdasarkan status sosial keluarga wanita tersebut.

Biasanya 12 ekor lembu diberikan kepada pihak wanita yang berketurunan

kebanyakkan, tetapi keluarga diraja pula diberi 15 ekor lembu atau lebih. Pemberian

binatang ternakan ini berlaku kerana orang Swazi ialah masyarakat penternak. Dalam kes

lain, pemberian makanan juga dianggap sebagai pembayaran. Ini dilakukan oleh

masyarakat Ifugao di Filipina .Babi diberikan kepada keluarga perempuan sebagai

menandakan penerimaan perempuan tersebut sebagai isteri dan juga sebagai ahli baru

dalam kelompok suaminya.

Sesetengah masyarakat menjelaskan pembayaran dalam tempoh masa yang lebih

lama .Ia bergantung kepada jumlah pembayaran, samada kecil atau besar sebagaimana

yang berlaku dalam masyarakat Subanun di Filipina dan juga orang Manus.

Jika dinilai akan situasi yang berlaku dalam masyarakat Subanun dan Manus ini,

kita dapati wujud beberapa perbezaan dan persamaan. Misalnya pembayaran itu dibuat

oleh keluarga perempuan kepada keluarga lelaki. Bentuk pembayaran pula dibuat

mengikut keadaan masyarakat seperti masyarakat industri tentulah dengan

menggunakan wang, manakala masyarakat berternak menggunakan binatang ternakan

.Begitu juga dengan tempoh pembayaran.,ada masyarakat yang menyelesaikan secara

terus dan ada yang memakan masa bertahun-tahun selepas berkahwin.


Pertukaran Hadiah

Pertukaran hadiah adalah salah satu daripada bentuk pertukaran ekonomi yang

selalu dilakukan dalam masyarakat. Dalam kajian Murdock, beliau mendapati bahawa

3% daripada masyarakat yang dikajinya melakukan pertukaran hadiah. Dalam institusi

perkahwinan, hal ini dilakukan oleh dua buah keluarga yang terlibat iaitu keluarga

perempuan dan lelaki yang ingin melangsungkan perkahwinan.

Kedua- dua pihak ini akan saling bertukar hadiah yang mana nilainya dikatakan

hampir sama. Ia berlaku dikalangan masyarakat di Pulau Andaman. Dalam masyarakat

ini .sebaik sahaja seorang lelaki itu mahu mengahwini seorang perempuan , kedua- dua

keluarga akan bertemu dan bertukar-tukar hadiah. Ia berupa barang- barang makanan dan

sebagainya. Adat ini berterusan sehingga perkahwinan berlangsung.

Dalam masyarakat Melayu, pertukaran hadiah juga turut berlaku. Aturan ini

memastikan keluarga pihak perempuan mendapat hadiah hantaran yang setimpal. Ia

berlaku semasa majlis pertunangan dan perkahwinan.

Pertukaran hadiah menpunyai fungsi tertentu dalam masyarakat tersebut.

Antaranya ia mampu merapatkan hubungan kedua- dua pihak melalui pertukaran

tersebut. Dalam masyarakat tani dan meramu pula, bentuk pertukaran ini amat penting

untuk menambahkan sumber ekonomi bagi keperluan hidup mereka. Justeru itu,

perkahwinan dianggap sangat penting bagi keperluan sumber ekonomi bukan kerana

semata- mata hubungan seks.


Pertukaran Perempuan

Pertukaran perempuan bermaksud satu sistem bertukar- tukar kaum perempuan

yang diamalkan dalam sesebuah masyarakat .Saudara perempuan dari pihak lelaki ( adik

perempuan atau kakak) akan ditukar dengan seorang lelaki dari pihak keluarga

perempuan yang bakal dikahwini. Oleh demikian itu, seorang lelaki dari pihak bakal

isteri akan masuk ke dalam keluarga pihak suami, manakala seorang perempuam dari

pihak bakal suami akan masuk ke dalam keluarga bakal isteri. Sebenarnya perkara ini

bukan sahaja berlaku pada peringkat keluarga tetapi pada peringkat kelompok..Antara

masyarakat yang mempraktikkan amalan ini masyarakat Tiv di Afrika Selatan. Dalam

masyarakat Tiv, suami akan membawa isteri tinggal bersama dalam perumahan kelompok

bapanya dan membentuk keluarga luas yang bersifat patrilocal. Dalam kes ini, keluarga

perempuan atau isteri akan kehilangan seorang perempuan sebagai sumber buruh. Ini

kerana isteri akan berkhidmat sebagai tenaga kerja dalam keluarga suaminya. Oleh hal

yang demikian, mereka mengadakan pertukaran wanita untuk mengimbangi tenaga kerja

wanita dalam sesebuah kelompok atau keluarga.

Dalam kes tenaga kerja,perempuan yang gagal melakukan kerja dengan baik akan

dipulangkan balik kepada keluarga asalnya dan diganti dengan wanita lain yang berada

dalam keluarga atau kelompok yang sama. Dalam kajian Murdock didapati hanya 3%

daripada masyarakat yang dikaji mengamalkan sistem pertukaran perempuan.


Pemberian Khidmat

Pemberian khidmat merupakan salah satu daripada komponen pertukaran

ekonomi melalui perkahwinan. Pemberian khidmat merujuk kepada khidmat atau

pekerjaan yang bakal dilakukan oleh lelaki dalam kelompok keluarga isterinya. Murdock

mengatakan 13% daripada 565 masyarakat yang dikajinya mengamalkan sistem

pemberian khidmat ini. Di kalangan masyarakat Eskimo, seorang lelaki yang berkahwin

dimestikan bekerja untuk bapa mertuanya. Misalnya sebagai pemburu singa laut. Ia

dilakukan sebaik sahaja lelaki itu melangsungkan perkahwinanya. Ia dianggap sebagai

lambang penyempurnaan tanggungjawab seorang lelaki, bukan sahaja terhadap isterinya

bahkan juga kepada kelompok isteri.

Demikian kita melihat bahawa khidmat yang diberikan itu berbeza diantara

sesebuah masyarakat dengan masyarakat yang lain. Tempoh melaksanakannya juga

berbeza bergantung kepada sesetengah masyarakat, ada yang melaksanakannya dalam

tempoh beberapa bulan malah memakan masa sehingga bertahun-tahun.

Bagi masyarakat Kachin di Assam, Utara Burma, mereka biasanya ‘membayar’

perkahwinan dengan binatang ternak seperti lembu. Namun begitu kadangkala bayaran

kahwin itu juga dianggap sebagai sewa (rent). Sewa ini dibayar juga dengan khidmat

kepada ketua (chief) misalnya berladang atau memberikan hasil buruan ataupun memberi

sumbangan dalam pembinaan rumah chief. Satu hal yang nyata ialah seorang lelaki itu

dikehendaki berkhidmat kepada bapa mertuanya dengan bekerja dalam beberapa tahun

sebagai bayaran perkahwinan. Selepas menyempurnakan tugas itu; secara teorinya, ia


boleh membawa isterinya pulang ke kelompok asal, kerana asal petempatan masyarakat

Kachin berasaskan patrilokal.

Dowry.

Hanya sebahagian kecil daripada masyarakat yang mengamalkan sistem

pembayaran gantirugi kepada keluarga pihak lelaki. Dalam hal ini boleh dikatakan semua

bentuk hadiah diberi oleh pihak perempuan, dimana ia berbeza daripada masyarakat lain

yang biasanya menghendaki kaum lelaki berusaha membayar atau memberi khidmat bagi

memenuhi syarat perkahwinan.

Inilah yang dikatakan sebagai dowri. Ia diamalkan oleh penganut-penganut Hindu

di Sri Lanka dan India. Dowri merupakan satu institusi yang besar ertinya dalam

masyarakat Hindu, sebagaimana ia dikatakan diamal sejak abad 13 atau 14 lagi. Secara

tradisionalnya golongan keluarga bangsawan atau keluarga kaya akan memberikan satu

pemberian tertentu dalam bentuk wang tunai ataupun barang perhiasan bersama-sama

dowri. Budaya dowri ini telah tersebar ke seluruh kasta dan menjadi suatu isu yang

berprestij pada penghujung abad ke 19.

Jumlah bayaran ditentukan secara serius oleh masyarakat yang menyokong adat

ini- yang biasanya mahal; ada yang melebihi Rp 15000. Dikalangan masyarakat Rajput di

India ia dibayar oleh perempuan dalam bentuk yang rendah sedikit jika dibandingkan

dengan apa yang berlaku di Eropah pada zaman Renaissance. Barang-barang seperti

emas, barang dapur, pakaian dan juga tempat tidur antara bahan yang boleh dihadiahkan.

Mas kahwin ini sebenarnya dipamerkan untuk kepentingan kaum saudara perempuan
sebelah pengantin lelaki. Saudara perempuan ini kemudiannya akan memeriksa pengantin

perempuan.

Dowri telah dianggap sebagai satu perkara yang sukarela secara teorinya,dan

bukanlah memberi beban atau menghalang kepada perkahwinan. Namun begitu secara

praktikalnya, menurut V.V Prakash Rao (1980) sebagai melampau. Ia kemudiannya

bukan sahaja menjadi satu budaya rigid yang melekat dalam semua kasta bahkan

sesetengah keluarga dalm keluarga telah mempergunakan sistem dowri untuk menaikkan

taraf sosial dan ekonomi mereka.

V.V Prakash Rao menulis bahawa wujudnya disfungsi dalam masyarakat Hindu

dalam mempraktikkan sistem dowri sehingga mewujudkan beberapa masalah sosial

seperti bunuh diri. Kes bunuh diri berlaku kepada gadis-gadis yang dipaksa berkahwin

dengan orang-orang tua (pemberi hutang) dengan tujuan membolehkan ibubapa mereka

melangsaikan hutang. Ini keraa perkahwinan gadis-gadis tersebut tanpa menggunakan

dowri. Dalam sesetengah kes di India pada hari ini, ramai wanita yang berpendidikan

terpaksa menyimpan wang untuk dowri perkahwinan mereka. Dalam kes yang sama juga

ramai diantara wanita itu berhadapan dengan situasi andartu (spinsterhood) kerana

semata-mata kerana keperluan dowri.


Fungsi Pertukaran Ekonomi dalam Perkahwinan

Pertukaran ekonomi dalam institusi perkahwinan bukanlah semata-mata untuk

tujuan ekonomi sahaja, bahkan jika ditinjau dari segi sosiologinya, ternyata ia memberi

beberapa kelebihan tertentu. Faedah-faedah ini sememangnya boleh dinilai dalam banyak

masyarakat khususnya yang mengamalkan sistem pembayaran, khidmat ataupun melalui

pertukaran-pertukaran tertentu.

Tidaklah dianggap wanita itu sebagai hamba malah jauh pula untuk dikatakan

sebagai dijualbeli. Bahkan hal ini sebenarnya mengangkat dan memberikn satu martabat

kepada golongan wanita yang bakal dikahwini, termasuk juga keluarganya. Ini kerana ia

menunjukkan betapa wanita itu dihargai atas kesudiannya menjadi isteri; dengan

memberikan bayaran tertentu atau perkhidmatan. Lebih daripada itu, ia menggambarkan

tanggungjawab seorang lelaki yang perlu dilangsaikan sebelum ia menjadikan seseorang

wanita itu sebagai isteri. Ini kerana permulaan (dalam sesetengah masyarakat)

penyempurnaan tanggungjawab seseorang dapat dilihat melalui pembayaran ‘yuran’

perkahwinannya. Sekiranya lelaki tersebut gagal menyempurnakan perkara syarat ini,

maka disangsikan ia dapat memenuhi peranannya sebagai suami, seperti menyediakan

keperluan asas berkeluarga misalnya tempat tinggal, makan minum dan sebagainya.

Nilaian pembayaran ini penting dalam menetukan pengiktirafan dalam sesebuah

perkahwinan. Misalnya; dalam masyarakat Kachin, anak yang lahir dari seorang ibu

(isteri) yang tidak dibayar ‘brideprice’nya dianggap sebagai ‘n-ji’ atau anak haram. Ini

boleh memberi kesan negatif kepada zuriat, ibu dan juga kelompok wanita itu sendiri.
Selain daripada itu sistem ini juga berupaya memberikan satu bentuk ganti rugi

kepada keluarga pihak wanita. Dalam kebanyakkan masyarakat ,golongan wanita

memainkan peranan penting dalam sesebuah keluarga atau kelompok.Misalnya dalam

masyarakat tani berperanan di tanah pertanian dan di ladang.Oleh itu terbukti bahawa

golongan wanita merupakan sumber tenaga buruh yang sangat penting dalam sesebuah

kelompok keluarga. Kehilangan seorang wanita akibat daripada perkahwinan dalam

masyarakat yang khususnya mengamalkan sistem patrilokal ini hanya dapat digantikan

dengan bayaran tertentu seperti sepuluh ekor lembu atau pertukaran perempuan

sebagaimana yng dilakukan oleh masyarakat Tiv.

‘Brideprice’ juga dapat dilihat kepentingannya dalam mengelakkan berlaku

kecurangan /masalah yang dilakukan oleh seseorang isteri itu. Ini kerana pembayaran

akan diminta balik oleh pihak lelaki jika berlaku masalah dalam perkahwinan. Hal ini

dapat menjaga tingkahlaku seorang perempuan itu serta dapat melaksanakan fungsinya

sebagai isteri dengan baik. Misalnya dalam sesetengah masyarakat sekiranya

perkahwinan yang dilangsungkan itu gagal atas sebab wanita maka ‘brideprice’ itu akan

ditebus balik dan perempuan tersebut akan pulang ke kelompok asalnya. Hal ini tentu

sukar kerana sebahagian besar daripada belanja kahwin itu mugkin sudah habis dan

ternyata ia boleh memberi masalah kepada keluarga isteri. Bagi orang Tiv pula, jika

seseorang perempuan yang menjadi tukaran itu memberikan masalah, maka ia akan

dipulangkan ke kelompok asal- kemudian diminta perempuan baru daripada kelompok

yang sama sebagai ganti.

Dari segi pertukaran pula hal ini dapat dilihat dalam usaha untuk merapatkan

hubungan sosial dan ekonomi antara keluarga atau kelompok bakal suami isteri itu.
Misalnya dalam sistem pertukaran hadiah yang diamalkan oleh orang-orang di Kepulauan

Andaman.

Apabila membincangkn masalah dowri, maka jelas ia tidak begitu memberi

perkaitan dalam hal ini kerana wujudnya perbezaan fungsi lelaki dan wanita melalui

sistem dowri berbanding dengan ekonomi pertukaran yang lain. Dowri berfungsi sebagai

menaikkan status sosial dan ekonomi sesebuah keluarga dalam kasta- memandangkan

bayarannya yang agak tinggi. Ia juga dianggap sebagai penghormatan kepada mereka

yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat.


Bibliografi

1. Abdullah Taib, Asas-Asas Antropologi, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala

Lumpur, 1985.

2. E.R. Leach, Rethinking Anthropology, The Athlone Press, University Of London,

1961.

3. V.V Prakash Rao & V. Nandini Rao, Marriage, The Family And Women In India,

Heritage Publisher, New Delhi, 1982.


INSTITUSI PERKAHWINAN TURUT MELIBATKAN UNSUR-

UNSUR EKONOMI DAN PERTUKARAN. BERDASARKAN

CONTOH, BINCANGKAN.
ALEA 1103

KEKELUARGAAN

NAMA : MOHAMAD RIDHWAN BIN ALIAS

NO. MATRIK:

NO. I.C :

TUTOR : PUAN ROSILA

KELAS : ISNIN (11.00-12.00 AM)

NAMA: WAN MOHD DASUKI BIN WAN HASBULLAH

NO. MATRIK: AEA010711

NO.I.C : 800617035357

TUTOR : PUAN ROSILA

KELAS : ISNIN (11.00-12.00 AM)


Kesimpulan

Berdasarkan contoh-contoh yang telah diutarakan ternyata bahawa institusi

perkahwinan memainkan peranan penting dalam menjana sistem ekonomi dan pertukaran

masyarakat. Oleh hal yang demikian kita tidak boleh menganggap bahawa konsep

perkahwinan itu hanya sebagai untuk memenuhi keperluan seksual semata-mata bahkan

lebih daripada itu.

Selain itu, wanita merupakan satu aset penting dalam sesebuah keluarga atau

kelompok.Wanita adalah sumber tenaga kerja yang boleh meningkatkan pendapatan

dan taraf hidup keluarga.

You might also like