Seni Tembikar (Unsur Seni)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Pada masa kini,bidang seni berkembangan dengan begitu meluas sekali di Malaysia.

Oleh yang demikian,munculnya pelbagai teknologi baru yang berkaitan dengan seni dan pelbagai karya seni,produk seni dan sebagainya berkaitan dengan seni banyak sekali dapat dihasilkan dengan menggunakan dan menggabungan 6 unsur seni . Ragam bentuk dan ragam hias yang terdapat pada seni tembikar melambangkan keunikan penciptaan tukang pandai Melayu. Terdapat pelbagai bentuk dan jenis tembikar yang dihasilkan di Malaysia. Kebanyakan tembikar yang dihasilkan ini mempunyai ciri-ciri kegunaan harian. Barangan tembikar yang dihasilkan oleh setiap negeri di Malaysia dapat dibezakan antara satu sama lain melalui reka corak, reka bentuk atau warnanya kerana setiap negeri mempunyai teknik pembuatannya yang tersediri serta dipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si pembuat. Ragam hias merupakan aspek penting dalam tembikar tradisional. Motif yang digunakan terdiri daripada unsur persekitaran tempatan berdasarkan unsur seni bentuk yang bermotif geometri dan organik. Untuk membentukkan unsur seni Bentuk yang konkrit, insur seni garisan, jalinan dan ruang perlu diaplikasikan sama sekali. Bentuk dan unsur yang sering digunakan ialah unsure geometri asli dan unsur alam. Bentuk dan unsur geometri asli ialah susunan garis panjang, melilit pada seluruh permukaan tembikar dan bersilang. Unsur titik memainkan peranan penting sehingga dapat dibuat bentukbentuk yang geometri asli. Bentuk dan unsur alam digunakan dengan mengambil idea alam daripada alam. Bentuk motif yang dibuat ialah garis, titik, bersilang atau pangkah. Susunan unsur ini akan menjelmakan beberapa motif tumbuhan, binatang dan unsur-unsur alam. Contohnya : Corak motif Tembikar tradisional Sarawak yang berbentuk tempayan ukir dengan hiasan kepala naga ,berwarna, bergerlis. Tembikar Sarawak banyak menggunakan motif dan corak yang diilhamkan daripada benda alam, iaitu daun dan bunga. Motif tembikar pila tersusun dalam bentuk corak. Unsur seni garisan telah diaplikasikan dengan menggunakan teknik garisan dan tekanan dalam hiasan. Bentuknya banyak terdiri daripada bentuk buah-buahan. Unsur warna dapat dihasilkan dengan penggunaan bahan aditif semasa membentuk tanah liat. Aditif kasar seperti pasir dan (tanah liat dipecat yang telah digiling halus) minuman beralkohol kadang-kala digunakan untuk memberikan tekstur produk akhir yang diperlukan. Kontras berwarna tanah liat dan grogs kadang-kadang digunakan untuk menghasilkan pola pada tembikar yang telah selesai dihasilkan. Tembikar Sarawak yang berwarna-warni biasanya menggunakan ragam hias tradisional seperti corak padung, buluh empit, lengkuk, dan sebagainya atau motif burung kenyalang untuk melambangkan kebesaran dan kesucian

You might also like