Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

1.

O PENGENALAN Jurnal ini merupakan hasil kajian oleh Abdul Rasid Jamian dari Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia mengenai keupayaan kanak-kanak prasekolah menguasai ayat bahasa Melayu. Kajian yang dijalankan adalah untuk memberikan maklumat sebenar tentang penguasaan ayat kanak-kanak di peringkat prasekolah. Sampel kajian terdiri daripada 48 kanak-kanak, iaitu 25 kanak-kanak di Bandar dan 23 kanak-kanak di luar Bandar di daerah Ampang, Selangor dan jenis ayat yang dikaji ialah ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan dan ayat perintah. Penulis mendapatkan data bentuk ujaran ayat kanak-kanak prasekolah melalui tinjauan perbualan dan transkripsi dengan menggunakan kaedah bagi menentukan perkembangan ayat yang terdapat dalam penaksiran MPU Brown (1973). Penulis membuat kesimpulan bahawa agen yang mempengaruhi keupayaan kanak-kanak prasekolah menguasai ayat bahasa Melayu ialah lokasi tempat tinggal, pendedahan serta rangsangan yang diberikan. 2.0 RUMUSAN JURNAL Secara keseluruhannya, jurnal ini mengenai penguasaan sintaksis kanak-kanak prasekolah yang merangkumi pelbagai jenis pola ayat dasar. Menurut penulis, bahasa merupakan wadah untuk menyampaikan mesej kepada seseorang yang mempunyai makna serta melibatkan proses kognitif. Menurut penulis lagi, untuk menguasai daan memperkasakan bahasa Melayu, kita harus melihata

perkembangaan dan pemerolehan bahasa itu sendiri. Peringkat satu kata (holo frasa) tidak dianggap sebagai tiitk permulaan pemerolehan bahasa. Menurut penulis, kanak-kanak mudah menerima pengaruh bahasa pertama iaitu bahasa ibunda tanpa

melalui proses pembelajaran secara formal dan dianggap paling mantap dari segi pengetahuan dan penggunaannya. Menurut Mangantar Simanjuntak (1987)bahasa sebagai satu system biologi yang wujud dalam sistem kognitif manusia dan pemerolehan bahasa ialah prosesproses yang berlaku di dalam otak seseorang kanak-kanak sewaktu memperoleh bahasa ibundanya. Proses ini terdiri daripada dua jenis iaitu perlakuan dan kecekapan. Perlakuan merujuk aktiviti-aktiviti seperti mengamati, memahami dan seterusnya menerbitkan ayat yang telah didedahkan kepada seseorang yang akan membentuk kebolehan linguistik dalam kalangan kanak-kanak. Kajian yang dilakukan oleh Mangantar Simanjuntak (1987), kecekapan bermaksud pengetahuan tatabahasa yang dikuasai secara tidak sedar yang mungkin berlaku pada seseorang itu mengamati atau memahami bahasa yang didedahkan kepadanya. Hal ini bermakna pemerolehan bahasa ialah proses penemuan tatabahasa ibunda bagi seseorang kanak-kanak. Menurut penulis, seseorang kanak-kanak itu akan belajar semua konsep yang diperlukan untuk berkomunikasi bersama ibu bapa, rakan-rakan dan ahli masyarakat sekelilingnya dan belajar bahawa ada bentuk-bentuk bahasa yang tidak dapat diterima oleh masyarakat disekelilingnya. Situasi ini disokong oleh Juriah Long (1993),mengatakan bahawa keupayaan berbahasa merupakan salah satu amat penting dalam perkembangan kanak-kanak kerana mereka boleh meluahkan perasaan dan pendapat mereka kepada orang lain tanpa batasan.

Secara keseluruhannya, masalah penguasaan ayat dalam kalangan kanak-kanak prasekolah dalam bahasa Melayu sememangnya mempunyai hubungan langsung dengan tahap pemerolehan bahasa kanak-kanak itu sendiri. Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal dalam alam persekolahan kaanak-kanak. Kurikulum pendidikan prasekolah memberi fokus kepada

perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu.

You might also like