Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 14

PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

Nama : ____________________________

BAHAGIAN A 25 markah

Jawab semua soalan berikut dengan membulatkan jawapan yang betul

1.

Pilih penyataan yang betul tentang konsep pentaksiran

(A) (B) (C)

Pentaksiran ialah satu alat untuk mendapatkan maklumat Pentaksiran ialah satu proses yang menggunakan alat atau benda untuk dibezakan Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan

(D)

Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan

2.

Pengujian ialah (A) (B) (C) (D) Cara mengukur prestasi murid dalam kelas Prosedur menguji kefahaman murid dalam kelas Sesuatu sistem untuk menentukan kemajuan murid Proses yang siatematik untuk mengukur perubahan tingkah laku murid

3.

PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU


Objektif pelajaran

Pengajaran dan pentaksiran dan pembela jaran penilaian Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, gambar di atas membawa maksud (A) (B) (C) (D) Penilaian adalah satu proses sampingan Penilaian bergantung kepada objektif pelajaran Penilaian adalah satu proses penting dalam pengajaran Penilaian berdasarkan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran,

4.

Jadual Penentuan Ujian (JPU) mempunyai maklumat yang berikut kecuali (A) (B) (C) kandungan ujian tentang topik-topik pelajaran aras kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran

(D) pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan jumlah tajuk yang diajar 5. Berikut ialah kepentingan Jadual Penentuan Ujian. Pilih penyataan yang betul tentang JPU

I II III IV V

Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian Memberikan panduan untuk membentuk format ujian memberikan panduan untuk membentuk item Mengelakkan daripada membuat ujian secara sembarangan Mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu tajuk

(A) (B) 2

I, II dan III sahaja I,II,III dan IV sahaja

PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU (C) (D) I,II,III dan V sahaja Semua di atas

6.

Kenal pasti kepentingan JPU daripada senarai jawapan di bawah ini

I. II. III. IV.

Membina ujian mengikut pencapaian murid Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian Memberikan panduan untuk membentuk format ujian Menentukan jumlah soalan mengikut tajuk-tajuk yang dipilih oleh guru

(A) (B) (C) (D)

I dan II sahaja II dan III sahaja I, II dan III sahaja II, III dan IV sahaja
3

7.

Kelebihan UTAMA dengan menggunakan ujian objektif dalam kelas ialah

(A) (B) (C) (D)

Kertas jawapan mudah diperiksa Setiap item menguji perkara yang spesifik Calon hanya menjawab soalan secara ringkas Boleh menguji banyak perkara dalam masa yang singkat

8.

Item jenis esei boleh dibina mengikut Tindak Balas Terbatas (TBT) dan Tindak Balas Lanjutan (TBL). Apakah yang dimaksudkan dengan Tindak Balas Lanjutan (TBL)? (A) (B) (C) (D) Isi dihadkan kepada skop atau topik tertentu. Calon menjawab dalam bentuk karangan secara perbicaraan. Menulis karangan berdasarkan penggerak-penggerak yang disediakan. Satu siri soalan yang berkaitan dengan proses yang dikemukakan satu demi satu.

PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 9. Berikut ialah kelemahan teknik pemarkahan karangan bertulis berbentuk holistik kecuali

(A) (B) (C) (D)

murid mempunyai kebebasan untuk menulis guru mungkin bersifat bias semasa memeriksa moderasi sukar dilaksana kerana ramai guru yang memeriksa murid tidak dapat melihat kekuatan dan kelemahan karangan mereka

10.

Pemeriksa yang berlainan akan memberi markah yang sama apabila memeriksa kertas yang sama

Penyataan di atas merujuk kepada ujian jenis

(A) (B) (C) (D)

Objektif Formatif Sumatif Subjektif

11.

Pilih ciri-ciri ujian objektif dengan tepat

I II III IV V

Memerlukan pengambil ujian membuat pilihan Banyak masa ditumpukan untuk membaca dan menulis Kualiti ujian bergantung kepada kemahiran dan kebolehan membina item Murid perlu berkebolehan menggunakan bahasa yang baik Dapat menerangkan dengan tepat maklum balas yang diharapkan daripada pelajar

(A) (B) 4

I,II dan III sahaja I, II dan IV sahaja

PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU (C) (D) I, III dan V sahaja III, IV dan V sahaja

12. Perkataan yang sesuai mengisi tempat kosong dalam ayat, ____________ sakitnya kaki saya, ialah (A) (B) (C) (D) Hai! Wah! Aduh! Amboi!

Berdasarkan penyataan di atas, tentukan aras soalan tersebut

(A) (B) (C) (D)

Aplikasi Analisis Kefahaman Pengetahuan

13.

Cikgu A telah menjalankan ujian untuk mengukur kebolehan murid-murid nya membina ayat majmuk. Apakah jenis ujian yang cikgu itu gunakan?

(A) (B) (C) (D)

Ujian Sumatif Ujian Formatif Ujian Prestasi Ujian Pencapaian

14. Arahan: Tiap-tiap pasangan perkataan di bawah diikuti empat pasang perkataan. Pilih pasangan yang 5

PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU mempunyai perkaitan dengan pasangan awal. hitam (A) (B) (C) (D) : putih : : : : merah tua hijau jambu

kain merah merah merah

Penyataan di atas menunjukkan satu contoh jenis item aneka pilihan. Pilih jawapan yang betul menunjukkan item jenis aneka pilihan tersebut

(A) (B) (C) (D)

Jenis negatif Jenis analogi Jenis antonim Jenis jawapan terbaik

15.

Bilakah Ujian Formatif sesuai digunakan?

I. II. III. IV.

Selepas mengajar satu kemahiran Selepas mengajar satu unit pembelajaran Selepas murid menguasai tajuk-tajuk pelajaran Selepas mengajar beberapa kemahiran yang berkaitan

(A) (B) (C) (D)

I dan II sahaja II dan III sahaja I, dan IV sahaja II, dan IV sahaja

16.

Perbezaan yang jelas antara ujian sumatif dengan ujian formatif adalah dari segi (A) (B) (C) kumpulan sasaran kedudukan sekolah tahap kebolehan pelajar

PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU (D) masa mengendalikannya

17.

Ujian diagnostik ialah ujian (A) (B) (C) (D) yang dijalankan secara rasmi yang dijalankan secara berkala untuk membuat perbandingan tahap antara pelajar untuk mengesan kelemahan dalam pembelajaran bahasa

18.

Semasa pembinaan item aneka pilihan, beberapa aspekdiberi perhatian. Aspek tersebut Ialah (A) (B) (C) (D) Stimulus, stem, jawapan Stimulus, jawapan, pengganggu Stimulus, stem, jawapan, pengganggu Stimulus, stem, pilihan, kunci, pengganggu

19.

Portfolio merupakan kaedah yang sesuai untuk melihat pencapaian pelajar dalam bidang bahasa. Pilih pernyataan yang tepat berkaitan kegunaan portfolio

I II III IV

Menilai secara formatif pembelajaran Menilai secara sumatif pembelajaran Menilai perkembangan dalam satu tempoh Menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan pelajar

(A) (B) (C) (D)

I,II dan III sahaja I,II dan IV sahaja II, III IV sahaja I,II, III dan IV sahaja

20.

Penilaian yang dilakukan secara pemerhatian, pemerhati sebaik-baiknya mempunyai nilai

I 7

Rigid

PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU II III IV Amanah Fleksibel Berdisiplin

(A) (B) (C) (D)

I dan II sahaja II dan III sahaja II dan IV sahaja II, III dan IV sahaja

21.

Antara yang berikut ialah fungsi pemerhatian yang dijalankan oleh guru kecuali

(A) (B) (C)

Mengenal pasti dan merekod apa yang diperhatikan Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek Melihat perkembangan individu atau kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran

(D)

Dilakukan oleh pelajar untuk melihat pencapaian sendiri atau rakan seaya dalam sesuatu pembelajaran

22.

Nyatakan pengisian yang dinilai dalam portfolio dokumen

(A) (B) (C) (D)

Koleksi hasil kerja harian murid Mengandungi catatan, lakaran, draf awal, hasil akhir Koleksi kerja murid yang dikumpulkan khusus untuk penilaian Koleksi bahan yang dipilih khas untuk menggambarkan hasil terbaik seseorang atau kumpulan murid

23. Penilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang diperlukan/ ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran . 8

PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

Jadi, pemerhatian itu boleh dijeniskan mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai atau diperhati , iaitu (A) (B) (C) (D) memerhati mengikut sekuen dalam jangka waktu singkat memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran (interpretation) dan tanggapan (judgement) pemerhatian berpandukan jawapan- jawapan untuk soalan soal selidik pemerhatian dilaksanakan secara global atau analitik mengikut objektif atau tujuan pemerhatian

24.

Penilaian projek merupakan aktiviti yang memerlukan pelajar mengaplikasi atau membuat tunjuk cara pengetahuan atau kemahiran. Pilih penyataan yang tidak menunjukkan jenis-jenis penilaian projek

(A) (B) (C) (D)

Menulis puisi dan membina model Latihan dan soalan serta ujian imlak Koleksi tugasan berdasarkan prestasi Tugasan prestasi, drama, lakonan, dan poster

25.

Pemerhatian yang dirancang oleh guru boleh membantu guru untuk melaksanakan penilaian. Pilih penyataan di bawah yang bertujuan untuk membantu guru

I II III IV

Mengesan tahap penguasaan bahasa pelajar Mengesan kemampuan dan tahap pemikiran pelajar Menyimpan rekod yang sistematik untuk rujukan dan perancangan Mendapatkan petunjuk untuk mengesan sikap pelajar terhadap pelajaran, rakan sebaya dan diri sendiri

(A) (B) (C) 9

I dan III sahaja I, II dan IV sahaja II, III dan IV sahaja

PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU (D) I,II,III dan IV sahaja

BAHAGIAN B 40 markah

Jawab semua soalan berikut pada kertas saranan jawapan yang disediakan.

1.

Ujian objektif ialah satu jenis ujian terdiri daripada item-item (soalan) yang memerlukan calon memberi jawapan dengan cara menanda, membulat atau menggaris gerak balas yang tepat. Satu daripada jenis ujian objektif ialah item aneka pilihan.

a) Berikan EMPAT ciri item objektif aneka pilihan ini. (4 markah)

b) Bina satu soalan objektif aneka pilihan jenis cantuman (4 markah)

2.

Pengujian menjadi satu cara guru dan pelajar mengetahui sama ada pembelajaran berlaku di dalam bilik darjah mengikut perancangan guru, sekali gus menentukan pencapaian objektif yang ditetapkan.

(a)

Jelaskan dua tujuan ujian dilaksanakan dalam sistem pendidikan. (4 markah)

(b)

Ujian objektif sesuai dilaksanakan kerana kelebihan tertentu. Beri dua ulasaan anda mengenai kelebihan ujian objektif. (4 markah)

10

PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 3. Berikan perbezaan ujian sumatif dan ujian formatif dari segi konsep, tujuan, cakupan kandungan dan masa dinilai (8 markah)

4.

Penilaian portfolio merupakan satu kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk melihat pencapaian murid dalam kemahiran bahasa Melayu

(a)

Nyatakan dua jenis penilaian portfolio (2 markah)

(b)

Huraikan tiga kepentingan penilaian portfolio. (6 markah)

5.

Guru bahasa Melayu menilai karangan murid dengan beberapa kaedah. Antaranya secara holistik.

(a)

Nyatakan dua faedah menilai karangan mengikut kaedah holistik. (2 markah)

(b) Terangkan tiga langkah yang perlu dilaksanakan oleh guru semasa memeriksa karangan murid secara holistik. (6 markah)

BAHAGIAN C 40 markah

Jawab DUA soalan sahaja.

1.

Penilaian adalah satu aktiviti atau proses yang sistematik bagi mendapatkan maklumat yang berguna dalam menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran. Huraikan lima jenis ujian serta tujuan ujian ini dijalankan di dalam bilik darjah.

11

PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU (20 markah)

2.

Sebagai Ketua Panitia bahasa Melayu tahun 4, cikgu Arni perlu menyediakan Jadual Penentuan Ujian sebelum membina 30 item objektif untuk ujian tersebut. (a) Sediakan JPU tersebut dengan lengkap berpandukan jumlah waktu mengajar sebanyak 60 waktu. (15 markah) (b) Nyatakan 5 kepentingan JSU kepada guru. (5 markah)

3.

Sebagai seorang guru mata pelajaran bahasa Melayau, anda ingin melaksanakan pengujian dan penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengadakan ujian dan penilaian kepada murid-murid.

(a) Huraikan lima aspek yang perlu dipertimbangkan sebelum menyediakan sesuatu ujian dan penilaian diadakan. (10 markah)

(b) Anda sedang melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Berpandukan teks yang diberi bina lima soalan menggunakan sekurang-kurangnya tiga daripada enam aras soalan Taksonomi Bloom (10 markah)

12

PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

Pada suatu pagi, Sang Kancil pergi mencari makanan. Sang Kancil ternampak sebatang pokok jambu. Sang Kancil terliur hendak makan buah jambu. Di atas pokok jambu itu, tinggal seekor monyet. Sang Kancil lalu meminta pada Sang Monyet, "Wahai Sang Monyet, berikanlah aku sebiji jambu!" Tetapi Sang Monyet enggan memberikan buah jambu kepada Sang Kancil. "Kalau engkau mahu makan, engkau panjatlah sendiri," Sang Monyet berkata dengan sombong. Sang Kancil mendapat suatu akal. Sang Kancil membaling monyet itu dengan sebatang kayu kecil. Apalagi! Marahlah Sang Monyet. Sang Monyet memetik beberapa biji jambu. Sang Monyet segera membaling jambu itu ke arah Sang Kancil. Namun, Sang Kancil pandai mengelak. "Ha! Ha! Ha!" Sang Kancil ketawa. Sang Kancil sangat gembira. "Engkau kena tipu," kata Sang Kancil kepada Sang Monyet. Sang Monyet terdiam apabila mendengar Sang Kancil berkata begitu."Sekarang aku dapat makan buah jambu," ujar Sang Kancil. Sang Kancil segera makan buah jambu itu. "Pandai sungguh Sang Kancil memperdayakan aku," kata Sang Monyet di dalam hatinya. Sang Monyet berasa malu.

Selamat menjawab ! AMN 2011

13

PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

14

You might also like