Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 74

Pantun Empat Kerat (Budi)

Maksud Setiap Rangkap Rangkap 1 Seseorang yang berbudi, namanya pasti akan disebut-sebut. Rangkap 2 Seseorang yang berbudi akan terus menjadi sebutan walaupun telah meninggal dunia. Rangkap 3 Walaupun hanya sedikit budi yang ditaburkan akan tetap dikenang. Rangkap 4 Perasaan kasih sayang yang wujud dalam diri seseorang akan menyebabkan hubungan mereka berterusan ke akhir hayat. Tema Kelebihan mempunyai budi pekerti yang baik. Persoalan 1. Budi yang sentiasa dikenang walaupun telah meninggal dunia. 2. Ketinggian nilai budi. 3. Kasih sayang yang wujud sesama insan hasil daripada budi yang ditaburkan. Bentuk 1. Terdiri daripada empat rangkap. 2. Setiap rangkap terdiri daripada empat baris 3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara tiga hingga lima. Anak itik terenang-renang (tiga perkataan) Jika tak kenang kepada saya (lima perkataan) 4. Terdiri daripada 9 hingga 11 suku kata. Terang bulan terang di paya (9 suku kata) Orang yang mati meninggalkan nama (11 suku kata) 5. Rima akhir pantun ini ialah abab 6. Bentuk pantun ini terikat dengan puisi tradisional. Gaya Bahasa 1. Asonansi - Terang bulan terang di paya - pengulangan vokal a 2. Aliterasi Orang yang mati meninggalkan nama. pengulangan konsonan g 3. Kata ganda - Anak ikan terenang-renang ^_^ 1

4. Sinkope Jika tak kenang kepada saya Nilai 1. Nilai menghargai budi. Budi yang ditabur oleh seseorang akan dikenang walaupun orang itu telah tiada. 2. Nilai keihlasan. Keikhlasan menghulurkan budi kepada insan lain. Pengajaran 1. Kita haruslah berbudi kepada orang lain agar disanjung oleh masyarakat. 2. Kita mestilah ikhlas menabur budi agar kehidupan lebih sejahtera 3. Kita hendaklah menghargai budi yang dicurahkan oleh orang lain agar hubungan berkekalan.

^_^

Pantun Empat Kerat (Jenaka dan Sindiran)


Maksud Setiap Rangkap Rangkap 1 Seseorang isteri dianggap tidak sempurna walaupun memiliki kecantikan jika dia tidak tahu melakukan kerja-kerja dapur. Rangkap 2 Jika seseorang yang tidak berilmu cuba menunjukkan kepandaian, sudah pasti dia akan ditertawakan Rangkap 3 Seseorang pemimpin tidak akan dapat berbuat apa-apa setelah kuasanya telah hilang Rangkap 4 Perasaan bimbang apabila seseorang yang melakukan sesuatu di luar berkemampuan. Rangkap 5 Perasaa hairan yang timbul apabila orang bawahan berjaya mengambil alih kuasa daripada seseorang pemimpin yang berpengaruh. ditertawakan. Tema Sindiran terhadap masyarakat yang bersikap luar biasa. Persoalan 1.Tanggungjawab seorang isteri terhadap urusan rumah tangga. 2. Kepentingan memiliki ilmu pengetahuan. 3. Pemimpin yang kehilangan kuasa. 4. Kebimbangan melihat sesuatu perkara yang luar biasa.

Bentuk 1. Terdiri daripada lima rangkap. 2. Setiap rangkap terdiri daripada empat baris. 3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 5. kupu-kupu terbang melintang (3 perkataan) kalau tak pandai menumbuk sambal (5 perkataan) 4. Terdiri daripada 9 hingga 11 suku kata. Apa guna berkain batik (9 suku kata) Apalah guna beristeri cantik (11 suku kata) 5. Rima akhir pantun ini ialah abab kecuali rangkap kedua, abac 6. Pantun ini adalah puisi terikat. Gaya Bahasa 1. Asonansi - Kalau tidak memakai capal pengulangan vokal a ^_^ 3

2. Aliterasi - Melihat ikan memanjat kayu pengulangan konsonan m 3. Sinkope - Kalau tak pandai menumbuk sambal 4. Personikasi Ikan kering lagi ketawa Mendengar tupai membaca kitab

Nilai 1. Nilai bertanggungjawab Seseorang isteri bertanggungjawab menguruskan rumah tangga dengan baik. 2. Nilai kegigihan Seseorang yang gigih berusaha bagi mencapai matlamatnya. 3. Nilai rasional Seseorang yang rasional dalam melakukan sesuatu perkara Pengajaran 1. Kita haruslah bertanggungjawab menguruskan rumah tangga agar kehidupan lebih harmoni. 2. Kita mestilah gigih meningkatkan kemahiran diri agar tidak dipandang rendah. 3. Kita haruslah berfikir dan bertindak secara rasional agar tidak mendatangkan masalah kepada orang lain.

^_^

Syair Definisi Orang Berakal


Maksud Setiap Rangkap Rangkap 1 Manusia yang berakal dipandang mulia,malahan golongan anbia dan aulia amat mementingkan ilmu. Seseorang yang mencontohi golongan anbia dan aulia akan memperoleh kebahagian. Rangkap 2 Golongan anbia dan aulia yang berilmu pengetahuan menyebabkan mereka dipilih sebagai ketua dan menegakkan keadilan. Sesiapa yang mentafsirkan golongan tersebut kejam maka dia bakal mendapat balasan. Rangkap 3 Orang yang berakal mempunyai pandangan yang jauh. Dia akan bersahabat dengan orang yang baik sahaja, sebaliknya mengenepikan orang yang jahat kerana takut terpengaruh dengan sikap negatif mereka. Rangkap 4 Orang yang berakal juga patuh kepada perintah Allah dan mengikut hukum syarak. Selain berserah kepada Allah, mereka juga tidak tamak haloba kerana menyedari bahawa dunia ini tidak kekal. Rangkap 5 Orang yang berakal disayangi oleh golongan atasan, namun mereka tidak mengada-ngada, tidak sombong dan menganggap status mereka sama sahaja dengan rakan taulan. Rangkap 6 Jika pihak atasan memberikan perhatian yang lebih kepadanya, mereka sentiasa berwaspada. Malahan mereka berusaha merapatkan hubungan dengan rakan-rakan, merendah diri dan sedia berkhidmat. Rangkap 7 Orang yang berakal tidak bosan dalam mengejar ilmu pengetahuan dan sentiasa membuat penelitian untuk mencari jawapan agar tidak terpedaya. Tema Ciri-ciri orang yang berakal. Persoalan 1. Ketinggian status orang yang berilmu (rangkap 1) 2. Kebijaksanaan orang yang berakal menyelesaikan masalah (rangkap 2) 3. Keinsafan seseorang akan kuasa Tuhan (rangkap 4) 4. Kepatuhan kepada hukum syarak (rangkap 4)

Bentuk 1. Terdiri daripada tujuh rangkap.

^_^

2. Setiap rangkap terdiri daripada empat baris. 3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 5. Tiadalah ia melanja-lanja (3 perkataan) Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat (5 perkataan) 4. Terdiri daripada sembilan hingga tiga belas suku kata. Jika ia dikasihi raja (9 suku kata) Sangatlah mengasihi orang yang jahat (11 suku kata) 5. Rima akhir syair ini ialah aaaa 6. Syair ini adalah puisi terikat. Gaya Bahasa 1. Asonansi - Menjadi kepala bela bermacam - pengulangan vokal e 2. Aliterasi - Menjauhkan tamak hendak tawakal - pengulangan konsonan k 3. Sinkope Ibanya tahu dunia tak kekal 4. Anafora - Tiadalah ia melanja-lanja Tiadalah menyombong pada bekerja 5. Penggunaan kata klasik - tersunjam, ibanya, melanja-lanja, tersemu Nilai 1. Nilai kebijaksanaan. Orang yang bijaksana akan dilantik sebagai pemimpin dan dipandang mulia. 2. Nilai kasih sayang Seseorang yang berakal sangat mengasihi ketua dan rakan-rakannya. 3. Nilai ketaatan. Seseorang yang berakal akan taat kepada hukum syarak. 4. Nilai kerajinan. Orang yang berakal sentiasa menelaah untuk mendalami ilmu pengetahuan tanpa rasa jemu. Pengajaran 1. Kita haruslah mencontohi ciri-ciri orang yang berakal seperti para anbia dan aulia agar kehidupan akan lebih bahagia. 2. Kita mestilah menyayangi sahabat yang baik dan menjauhi orang-orang yang bersikap negatif agar tidak terpengaruh.

^_^

Syair Siti Sianah


Maksud Setiap Rangkap Rangkap 1 Segelintir wanita berlebih-lebihan ketika berdandan seperti mencukur bulu roma di muka dan membentuk kening. Mereka juga berhias dan memakai pakaian yang selengkapnya. Rangkap 2 Terdapat segelintir wanita yang ketawa mengilai-ngilai. Malahan, di hadapan lelaki dia akan menunjuk-nunjukkan mukanya supaya lelaki tersebut terpikat akan kecantikannya. Rangkap 3 Ada sesetengah wanita yang suka bersolek dan berhias. Mereka juga sanggup membuang masa di hadapan cermin bagi melihat wajah mereka. Rangkap 4 Terdapat segelintir wanita yang tidak begitu cantik dan jelita. Malahan, hidungnya kembang dan tidak mancung seperti besar mulut buaya. Namun, mereka tetap berhias. Rangkap 5 Ada sesetengah wanita yang berperangai buruk. Mereka membuat sanggul siput untuk menutup kekurangan rambut, malahan ada yang sanggup memakai rambut palsu. Rangkap 6 Ada juga yang melumuri bedak di kaki, tangan, lengan dan jari sehinnga putih semata-mata untuk mengaburi mata orang yang melihatnya akan kekurangan diri mereka. Rangkap 7 Terdapat segelintir wanita yang suka dipuji. Mereka memakai gelang sehingga ke pangkal lengan dengan tujuan untuk menarik perhatian. Mereka juga suka berpeleseran dengan lelaki. Rangkap 8 Ada juga wanita yang mendedahkan kaki dan tangan dengan alasan untuk berubat. Sebenarnya, niat mereka untuk membuatkan lelaki terpikat kepadanya. Namun, tindakan mereka diketahui Allah. Rangkap 9 Kita hendaklah memohon perlindungan daripada Allah agar kita akan terselamat daripada segala kemungkaran, malahan dijauhi daripada berperangai seperti perempuan yang tidak berakhlak.

Rangkap 10 Sesetengah wanita suka berjudi sehingga tergadai barang kemas akibat perangai buruknya selama ini. Rangkap 11 Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan akan mengakibatkan berlakunya perlakuan yang tidak senonoh. Mereka juga mengabaikan solat kerana hasutan syaitan

^_^

Tema Nasihat kepada golongan wanita bagi memelihara maruah diri. Persoalan 1. Sikap wanita yang suka berhias hingga melanggar hukum syarak. 2. Ketaaatan kepada Allah. 3. Kesan buruk perjudian. 4. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Bentuk 1. Terdiri daripada sebelas rangkap. 2. Setiap rangkap terdiri daripada empat baris. 3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 2 hingga 6 patah kata. mudah-mudahan dilepaskanlah (2 perkataan) kaki dan tangan lengan dan jari (6 perkataan) 4. Terdiri daripada 9 hingga 14 suku kata. Ianya elok tiada tandingnya (9 suku kata) Sesetengah perempuan terlalu janggalnya (11 suku kata) 5. Rima akhir syair ini ialah aaaa 6. Syair ini adalah puisi terikat. Gaya Bahasa 1. Asonansi - Pengulangan huruf vokal - Sesetengah perempuan perangainya cela pengulangan vokal e 2. Aliterasi - Melihat laki-laki ditampakkan muka pengulangan konsonan ki 3. Kata ganda - dibelek-belek, berjela-jela 4. Simile - Seperti taji berandam di keningnya , Seperti buaya besar mulutnya Nilai 1. Nilai kesopanan Seseorang wanita yang berada di khalayak ramai perlu bersopan santun seperti jangan ketawa mengilai-ngilai. 2. Nilai kesederhanaan Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri. 3. Nilai ketaatan kepada agama. Setiap tindakan yang ingin dilakukan oleh seseorang harus berlandaskan agama. 4. Nilai kesyukuran. Bersyukurlah dengan kurniaan Tuhan dan menerima kekurangan diri.

^_^

Pengajaran 1. Seseorang wanita haruslah menjaga adab dan perilaku agar dihormati oleh orang lain.. 2. Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri, namun tidaklah secara berlebih-lebihan agar tidak menimbulkan fitnah. 3. Kita tidak harus terlibat dengan sebarang aktiviti perjudian agar tidak berlakunya pembaziran. 4. Seseorang wanita haruslah menjaga batas pergaulan dengan golongan lelaki agar terpelihara daripada maksiat.

^_^

Gurindam 12 Fasal yang Keenam


Maksud Setiap Rangkap Rangkap 1 Saranan supaya memilih teman yang dapat membantu ketika susah dan senang. Rangkap 2 Saranan agar berguru dengan seseorang yang benar-benar berilmu dan dapat menyelesaikan setiap kemusykilan. Rangkap 3 Saranan supaya memilih isteri yang patuh dan setia kepada suami. Rangkap 4 Saranan agar mencari teman yang memiliki semangat setiakawan Tema Nasihat bagi memilih orang yang ingin kita dampingi. Persoalan 1. Kepentingan memilih sahabat yang boleh membahagiakan. 2. Kebijaksanaan dalam memilih guru . 3. Kepentingan mempunyai isteri yang setia Bentuk 1. Terdiri daripada empat rangkap. 2. Setiap rangkap terdiri daripada dua baris. 3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara empat hingga lima. Cahari olehmu akan sahabat (4 perkataan) Yang boleh tahukan tiap seteru (5 perkataan) 4. Terdiri daripada sembilan hingga sebelas suku kata. Yang boleh dijadikan ubat ( 9 suku kata) Cahari olehmu akan isteri ( 11 suku kata) 5. Rima akhir syair ini ialah aa 6. Bentuk gurindam ini terikat dengan puisi tradisional.

Gaya Bahasa 1. Asonansi - Cahari olehmu akan sahabat pengulangan vokal a 2. Aliterasi - Yang boleh menyerahkan diri - pengulangan konsonan n 3. Sinkope - Cahari olehmu akan sahabat (rangkap 1 baris 1) 4. Penggunaan kata klasik : cahari

^_^

10

Nilai 1. Nilai kebijaksanaan. Kebijaksanaan seseorang memilih sahabat, guru dan isteri akan memberi manfaat kepadanya. 2. Nilai ketaatan. Seorang isteri perlu taat dan setia kepada suami. 3. Nilai keikhlasan Seseorang sahabat perlu ikhlas dalam menjalinkan perhubungan. Pengajaran 1. Kita haruslah mencari sahabat yang dapat memahami dan bersama-sama ketika susah dan senang. 2. Kita mestilah berguru dengan orang yang benar-benar bijaksana agar dapat membimbing kita. 3. Seseorang suami haruslah bijak memilih isteri yang setia agar perhubungan mereka berkekalan.

^_^

11

Seloka Emak Si Randang


Maksud Seloka ini mengisahkan Emak Si Randang yang baik hati. Dia rela memasakkan makanan untuk membantu orang dagang yang tidak dikenalinya. Emak Si Randang sanggup berhabis-habisan bagi melayan tetamunya sehingga sanggup meruntuhkan rumah jika tidak berkayu. Namun demikian, Emak Si Randang mengabaikan anaknya sendiri. Setelah orang dagang itu pergi, Emak Si Randang terpaksa menanggung hutang kerana kehabisan beras sedangkan padi yang ditanamnya tidak menjadi. Tema Sikap masyarakat yang terlalu mengagungkan orang luar berbanding ahli keluarga sendiri. Persoalan 1. Rasional ketika melakukan sebarang tindakan 2. Pembaziran yang perlu dielakkan . 3. Tanggungjawab seorang ibu terhadap keluarga Bentuk 1. Terdiri daripada satu rangkap. 2. Bilangan baris dalam rangkap tersebut ialah 8 baris. 3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 4. Dagang lalu ditanakkan (3 perkataan) Tiada kayu rumah diruntuhkan (4 perkataan) 4. Terdiri daripada 8 hingga 10 suku kata. Dagang lalu ditanakkan (8 suku kata) Tiada kayu rumah diruntuhkan (10 suku kata) 5. Rima akhir seloka ini ialah abbbbcac 6. Seloka ini berbentuk bebas Gaya Bahasa 1. Asonansi - Anak pulang kelaparan - a diulang 6 kali 2. Aliterasi - Anak dipangku diletakkan - k diulang 4 kali 3. Sinkope - Beras habis padi tak jadi ( baris 8) 4. Anafora- Anak pulang kelaparan Anak di pangku diletakkan

^_^

12

Nilai 1. Nilai kebijaksanaan. Seseorang perlu bijaksana menggunakan akal fikiran dalam melakukan sesuatu tindakan 2. Nilai bertanggungjawab. Seseorang ibu perlu bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak. 3. Nilai berbudi Kita disarankan berbudi kepada semua orang tetapi mestilah berpada-pada.. Pengajaran 1. Kita janganlah melebih-lebihkan orang luar dan sebaliknya mengabaikan ahli keluarga sendiri agar kehidupan lebih harmoni. 2. Kita mestilah menggunakan akal fikiran yang rasional dalam sebarang tindakan agar tidak mendapatkan kesan yang buruk. 3. Kita hendaklah melayan tetamu dengan berpada-pada agar tidak berlakunya pembaziran.

^_^

13

Harga Remaja (Rahman Shaari)


Maksud Setiap Rangkap Rangkap 1 Pengajak menerangkan tentang kepentingan usia remaja yang tinggi nilainya dalam meniti kehidupan. Rangkap 2 Penyajak mencetuskan persoalan tentang pengisian kehidupan remaja sama ada dipenuhi kelalaian atau digunakan untuk menuntut ilmu. Rangkap 3 Usia remaja amat bernilai dan tidak boleh dibeli dengan perjanjian. Remaja perlu teguh pendirian, berani menghadapi cabaran dan gigih menuntut ilmu. Rangkap 4 Remaja perlu mempunyai matlamat hidup untuk menjadi insan yang berguna. Tema Ketinggian nilai usia remaja berdasarkan pengisian usia muda. Zaman remaja ialah zaman paling berharga dan para remaja mesti mengisinya dengan sesuatu yang baik. Remaja juga mesti berani berpendirian dan berilmu pengetahuan serta mempunyai hala tuju. Persoalan 1. Kehidupan remaja yang penuh dengan cabaran dan dugaan. 2. Jati diri remaja. 3. Keberanian remaja dalam menempuh liku-liku kehidupan.Tanpa keberanian, remaja susah menghadapi zaman remaja yang penuh masalah dan pengaruh. Bentuk 1. Terdiri daripada empat rangkap 2. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama, kedua dan ketiga terdiri daripada enam baris, manakala rangkap keempat terdiri daripada dua baris. 3. Mengandungi antara satu hingga empat patah kata sebaris. 4. Rima akhirnya bebas abaccd,abcdcd, abcdce dan aa. 5. Sajak ini berbentuk bebas Nada Sinis Gaya Bahasa 1. Ayatnya pendek-pendek. Contoh: pendirian (rangkap 3, baris 5) 2. Diksinya mudah difahami. Contoh: dengan apakah akan kaupenuhi (rangkap 2, baris 1) 3. Aliterasi :pengulangan konsonan m

^_^

14

Contoh : remaja amat mahal (rangkap 3, baris 1) 4. Pengulangan konsonan t Contoh : dengan ketentuan tuju (rangkap 4, baris 2) Nilai 1.Nilai keberanian. Remaja perlu berani untuk menegakkan kebenaran. 2. Nilai kegigihan. Remaja mestilah berusaha untuk menuntut ilmu. 3. Nilai kebijaksanaan. Remaja perlu bijak menentukan hala tuju diri dalam hidup mereka. Pengajaran 1. Kita hendaklah mengisi masa remaja dengan perkara-perkara yang bermanfaat. 2. Kita mestilah rajin berusaha dan menuntut ilmu demi masa depan yang cerah. 3. Kita hendaklah berani menempuh dugaan hidup.Remaja mestilah mempunyai keberanian kerana tanpa keberanian, remaja susah menghadapi zaman remaja yang penuh masalah dan pengaruh. 4. Kita perlu mempunyai pendirian yang tetap dan yakin akan diri sendiri.

^_^

15

Di Perpustakaan (Shafie Abu Bakar)


Maksud Setiap Rangkap Rangkap 1 Penyajak menggambarkan suasana di dalam perpustakaan sangat berbeza daripada tempat-tempat lain. Perpustakaan amat kaya dengan pelbagai ilmu. Para pengunjungnya pula tekun menelaah. Rangkap 2 Penyajak berasakan bahawa dirinya terlalu kerdil apabila berada di rak buku yang mengandungi pelbagai jenis buku. Penyajak berasakan ilmu yang dimilikinya terlalu sedikit jika dibandingkan dengan lautan ilmu yang terdapat di perpustakaan dan dirinya tidak mugkin dapat menguasai semua ilmu yang ada di dunia. Rangkap 3 Penyajak berusaha mencari ilmu pengetahuan walaupun dia mengetahui ilmu yang ada tidak akan habis diterokainya. Tema Perpustakaan merupakan gedung ilmu yang menjadi kunjungan pencinta ilmu. Persoalan 1. Pelbagai khazanah ilmu yang terdapat di perpustakaan dan perlu dimanfaatkan. 2. Pencarian ilmu pengetahuan yang terlalu luas bidangnya. 3. Cinta akan ilmu pengetahun. Bentuk 1. Terdiri daripada tiga rangkap 2. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama ada sepuluh baris, rangkap kedua ada lima belas baris dan rangkap ketiga terdiri daripada enam baris. 3. Mengandungi antara dua hingga lima patah kata sebaris. 4. Rima akhirnya bebas abccdddddd, abacdbbefegehcc,, abbaba. 5. Sajak ini berbentuk bebas. Nada Sinis Gaya bahasa 1. Pemilihan kata atau diksinya indah. Contoh : Gua pendeta bersamadi. 2. Aliterasi :pengulangan konsonan n Contoh : Ke kedinginan yang menerpa (rangkap 1 baris 4) Pengulangan konsonan t Contoh : satu pertukaran yang kontras 3. Asonansi :pengulangan vokal a Contoh :Dahaga tak pernah langsai (rangkap 3, baris 6)

Pengulangan vokal i ^_^ 16

Contoh : hanya sebiji dari mutiara (rangkap 2, baris 12) 4. Anafora pengulangan perkataan pada awal baris Contoh: Di puncak sepi Di sana sini (rangkap 1, baris 7-8) Nilai 1. Nilai kerajinan, contohnya rajin menuntut ilmu. 2. Nilai ketekunan, contohnya tekun dalam mempelajari ilmu pengetahuan. 3. Nilai bertanggungjawab contohnya berminat untuk mendalami ilmu pengetahuan Pengajaran 1. Kita hendaklah tekun semasa menuntut ilmu. 2. Kita hendaklah meneliti minat untuk mendalami sesuatu bidang ilmu. 3. Kita hendaklah memiliki kegigihan dalam usaha mngejar ilmu. 4. Kita hendaklah rajin mengunjungi perpustakaan.

^_^

17

Mengintai Ruang Insaf (Shukri Abdullah)


Maksud Setiap Rangkap Rangkap 1 Penyajak berasakan bahawa semakin banyak dosa yang dilakukannya telah menjauhkan dirinya dari rahmat Allah s.w.t. Rangkap 2 Penyajak merupakan insan biasa yang seringkali melakukan kesilapan dalam hidup sehinggakan sukar untuk dirinya mendapat cahaya kebenaran dari Ilahi. Rangkap 3 Penyajak tidak yakin sekiranya ruang keinsafan akan wujud dalam dirinya. Rangkap 4 Penyajak berharap agar pintu taubat masih terbuka dan dirinya terhindar dari api neraka. Tema Perasaan insaf seseorang atas kesilapan yang dilakukan dan bertekad untuk bertaubat. Persoalan 1. Fitrah manusia yang sering melakukan kesilapan dalam hidup.. 2. Keinsafan yang wujud dalam diri manusia apabila menyedari kesilapan masa lalu. 3. Keinginan untuk kembali mendapat keampunan dan rahmat Allah. 4. Kesukaran mendapat rahmat Allah akibat berterusan melakukan dosa dalam hidup. Bentuk 1. Terdiri daripada empat rangkap 2. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama ada empat baris, rangkap kedua ada enam baris, rangkap ketiga terdiri daripada lima baris manakala rangkap keempat terdiri daripada tiga baris. 3. Mengandungi antara satu hingga enam patah kata sebaris. 4. Rima akhirnya bebas abab,abcdbe,aabcd dan abb. 5. Sajak ini berbentuk bebas. Nada Melankolik.

Gaya bahasa 1. Pemilihan kata atau diksinya indah. Contoh : tubuhku tercalar duri pidana.
2. Aliterasi :pengulangan konsonan n Contoh : Tanpa kembali ke tunjang makna (rangkap 3 baris 2) 3. Pengulangan konsonan k Contoh : kerap kakiku tersadung selirat akar (rangkap 2, baris 2) Nilai

^_^

18

1. Nilai keinsafan, contohnya timbulnya perasaan insaf yang mendalam untuk bertaubat akibat kesalahan masa lampaunya. 2. Nilai rasional, contohnya penyajak mengakui segala kesilapan yang pernah dilakukannya. 3. Nilai kesedaran, contohnya penyajak sedar dirinya telah melakukan banyak kesalahan. Pengajaran 1. Kita hendaklah tekun semasa menuntut ilmu. 2. Kita hendaklah meneliti minat untuk mendalami sesuatu bidang ilmu. 3. Kita hendaklah memiliki kegigihan dalam usaha mngejar ilmu.

^_^

19

Mahsuri (Zurinah Hassan)


Maksud Setiap Rangkap Rangkap 1 Sajak ini mengisahkan tentang diri Mahsuri dan sumpahannya yang menjadi lagenda di Pulau Langkawi. Mahsuri digambarkan sebagai lambing wanita yang setia tetapi telah difitnah akibat hasad dengki dan dendamnya terhadap orang yang menzalimi dirinya. Sumpahan dan darah suci Mahsuri yang mengalir berwarna putih ketika dia dibunuh telah menjadi lagenda. Setelah tamatnya tempoh sumpahan Mahsuri tujuh keturunan, kini langkawi telah membangun dengan pesat dan maju. Rangkap 2 Penyajak menzahirkan pertikaian beberapa pendapat tentang kewujudan Mahsuri kerana ada yang mengatakan kisah Mahsuri hanyalah khayalan seorang seniman.Namun realitinya kisah Mahsuri itu benar dan keunikan Mahsuri itu telah digarapkan dalam karya sastera dan akhirnya menjadikan lagenda itu lebih mahsyur. Lagenda inilah yang menjadi batu loncatan kepada kemajuan Langkawi. Hasil karya sastera telah memperkasa dan memartabatkan kesusasteraan tanah air tercinta. Tema Sejarah dan sastera yang begitu bernilai dan mampu menjana ekonomi Negara. Persoalan 1. Fitnah dalam kalangan masyarakat. Mahsuri dihukum bunuh kesan fitnah yang menimpa dirinya. Disebabkan itu warna darahnya yang mengalir telah menjadi putih. 2. Sumpah dan dendam. Kezaliman yang berlaku ke atas dirinya telah menimbulkan dendam sehingga terzahirnya sumpah Mahsuri tujuh keturunan. 3. Sastera dan sejarah. Sejarah menjadi bukti sahih yang digarapkan menjadi hasil sastera yang bernilai. Bentuk 1. Terdiri daripada dua rangkap 2. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama ada enam belas baris manakala rangkap kedua ada sebelas baris. 3. Mengandungi antara satu hingga enam patah kata sebaris. 4. Rima akhirnya bebas iaitu abbaccdedfaaaaba dan abbaccdeeed.

^_^

20

Nada Melankolik. Gaya bahasa 1. Pemilihan kata atau diksinya indah. Contoh : air matamu dingin embun. 2. Aliterasi :pengulangan konsonan m Contoh : rambutmu menjadi jalur hitam (rangkap 1 baris 5) 3. Asonansi :pengulangan vokal u Contoh : menyambut tetamu pulau 4. Metafora Contoh : terapung di laut malam (rangkap 1, baris 6) Nilai 1.Nilai menghargai. Sejarah dan sastera perlu dihargai sebagai warisan negara yang bernilai tinggi. 2. Nilai kesetiaan. Mahsuri digambarkan sebagai seorang isteri yang sangat setia kepada suaminya. 3. Nilai patriotisme. Perasaan cinta akan sejarah dan sastera penting dalam pembinaan negara bangsa yang berjaya. 4. Nilai kreativiti penulis. Penulis yang kreatif mampu mengolah bahan sejarah menjadi hasil sastera yang indah. Pengajaran 1. Kita hendaklah menghargai sejarah dan sastera kerana kedua-duanya mempunyai kebaikannya kepada pembangunan negara. 2. Janganlah kita suka menfitnah seseorang tanpa usul periksa. 3. Kita hendaklah berfikiran kreatif dalam usaha merancang pembangunan negara

^_^

21

Adat Sezaman (Wan Nazihah Wan Abdullah)


Maksud Setiap Rangkap Rangkap 1 Peradaban zaman semakin berlalu dan meninggalkan kesan kepada masyarakat. Adat tradisi nenek moyang mempunyai nilai murni yang tinggi dari aspek keindahan budayanya. Budaya tradisi ini mulia dan sesuai untuk dijadikan bahan kajian. Sikap gadis timur yang penuh kesopanan dan sang teruna yang mempunyai pegangan agama yang sangat sepadan untuk digandingkan bersama di atas pelamin. Namun kini perubahan zaman telah memberi kesan dalam kehidupan masyarakat. Kini gadis yang bersopan santun amat sedikit dan lelaki yang kuat pegangan agama dan nilai ketimuran mulai lenyap ditelan arus globalisasi. Golongan tua kini berasa malu dengan sikap anak muda yang suka berkelakuan tidak sopan di tempat awam tanpa segan silu. Sehinggakan ada sesetengah nyayang melampaui batasan agama. Tema Perubahan adat tradisi akibat arus modenisasi Persoalan 1. Adat ketimuran yang tinggi nilainya. Adat timur amat indah dan mulia dalam kehidupan masyarakat terdahulu. 2. Pergaulan bebas dalam kalangan anak muda. Pada hari ini anak muda bergaul bebas tanpa rasa malu. 3. Perasaan kecewa golongan tua terhadap generasi muda. Golongan tua berasa sangat kecewa dan sedih apabila melihat budaya kuning yang menjadi ikutan dan sanjungan. Bentuk 1. Sajak ini terdiri dari 1 rangkap. 2. Panjang pendek baris tidak sama dengan jumlah perkataan yang tidak terkawal. 3. Terdiri daripada 4 13 suku kata. 4. Sajak berbentuk bebas. Nada Melankolik. Gaya bahasa 1. Pemilihan kata atau diksinya indah. Contoh : warak si teruna jadi ikatan 2. Aliterasi :pengulangan konsonan l Contoh : terlalu mulia apabila diselidik (rangkap 1,baris 4) 3. Asonansi :pengulangan vokal a Contoh : sama cantik sama padan 4. Metafora Contoh : si tua berduka lara (rangkap 1, baris 16)

^_^

22

Nilai 1.Nilai ketinggian budi bahasa. Pada masa dahulu anak gadis dan teruna mempunyai budi pekerti yang tinggi.. 2. Nilai ketakwaan. Ketakwaan pada ajaran agama mampu menghindarkan seseorang itu daripada melakukan perbuatan yang melampaui batas agama. 3. Nilai jati diri. Gadis yang mempunyai jati diri pasti akan menjunjung adat ketimuran Pengajaran 1. Kita hendaklah mengikut adat dan berpegang teguh kepada ajaran agama. Adat dan agama mampu menjadi panduan untuk mengekang masyarakat daripada melakukan perkra yang melanggar norma-norma hidup. 2. Kita hendaklah mempunyai nilai jati diri yang utuh. Sekiranya remaja mempunyai nilai jati diri yang tinggi, mereka pasti akan menjunjung adat ketimuran. 3. Kita hendaklah bijak memilih pasangan. Seseorang yang rasional akan memilih pasangan yang berpegang teguh kepada ajaran agama supaya terhindar daripada pergaulan bebas

^_^

23

Tiba Waktunya (Ghazali Lateh)


Maksud Setiap Rangkap Rangkap 1 Arus globalisasi telah berlaku dengan pantas meliputi pelbagai bidang. Oleh itu, manusia perlu merebut peluang yang ada selari dengan perubahan zaman. Rangkap 2 Wanita tidak perlu memikirkan perkara-perkara yang bakal menimbulkan kekeliruan untuk membuat pilihan kerana akan merugikan masa. Perkara yang lebih penting ialah wanita perlu merebut peluang yang ada dalam usaha memajukan diri dan keluarga. Rangkap 3 Penyajak menyarankan agar wanita zaman siber berani meluahkan idea ke tengah arena negara. Penglibatan wanita dalam pelbagai bidang mampu memacu negara mencapai wawasan. Rangkap 4 Mereka perlu keluar daripada kongkongan kedaifan dan meleraikan semua yang mengelirukan. Mereka juga perlu berani, berkeyakinan tinggi, tabah di samping menjaga budi pekerti serta hebat semua bidang. Rangkap 5 Penyajak mengajak wanita supaya mengangkat martabat mereka dengan kekuatan akal dan tenaga fizikal. Dengan berbekalkan keimanan dan kecekalan, penyajak menyarankan wanita menggerakkan keupayaan maksimum. Rangkap 6 Sekaranglah masanya untuk wanita berada di puncak pentas dunia. Tema Usaha mengangkat martabat wanita. Persoalan 1. Persaingan manusia dalam mengejar kemajuan pada zaman moden. 2. Keyakinan diri dalam usaha mendapat kesenangan dalam hidup. 3. Peranan wanita dalam masyarakat. Bentuk 1. Terdiri daripada enam rangkap. 2. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama mengandungi lima baris, rangkap kedua mengandungi tujuh baris, rangkap ketiga mengandungi empat baris, rangkap keempat mengandungi enam baris,rangkap kelima mengandungi lima baris dan rangkap terakhir mengandungi dua baris. 3. Jumlah patah kata antara tiga hingga enam. 4. Jumlah suku kata antara tujuh hingga empat belas. 5. Rima akhirnya bebas : aabcc, aaaaabb, abcc, aabbbb, aabbb dan aa. 6. Sajak ini berbentuk bebas. ^_^ 24

Nada Patriotik Gaya bahasa 1. Pemilihan kata atau diksinya indah. Contoh : dari putik dan pucuk berembun kemilau 2. Kata ganda. Contoh : tunas-tunas, gerak geri, sisa-sisa. 3. Aliterasi :pengulangan konsonan n Contoh : merebut tunas-tunas harapan yang hijau 4. Asonansi :pengulangan vokal u Contoh :dari putik dan pucuk berembun kemilau Nilai 1.Nilai keberanian Wanita kini perlu berani mengemukakan idea dan melibatkan diri dalam pelbagai bidanguntuk pembangunan negara. 2. Nilai kecekalan. Kecekalan penting untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu bidang. 3. Nilai keyakinan diri. Wanita kini perlu memiliki keyakinan diri dalam menempuh arus perdana dalam hidup. Pengajaran 1. Wanita hendaklah berani menghadapi cabaran dalam zaman moden ini demi kejayaan diri sendiri. 2. Kita mestilah cekal dalam meniti kehidupan demi kesejahteraan hidup. 3. Wanita mestilah menjaga iman dan adab sopan agar terpelihara daripada godaan dunia

^_^

25

Pelayaran Yang Penuh Peristiwa


Sinopsis Kisah bermula apabila Awang Sulung mengikuti pelayaran Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan menaiki geliung (kapal) menuju dari Negeri Bandar Mengkalih menuju ke Negeri Semarang di Tanah Jawa. Geliung itu bergerak terlalu laju menyebabkan semua anak kapal mabuk-mabuk dan muntah-muntah lalu tidak sedarkan diri kecuali tiga orang iaitu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang menggantikan jurumudi kapal, Si Kembang Cina, dan Awang Sulung Merah Muda yang menyamar sebagai budak comot dan hitam. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta Si Kembang Cina memanggil Awang Sulung menggantikannya sebagai jurumudi dengan memberi alasan bahawa dia sudah keletihan. Pada mulanya Awang Sulung tidak bersetuju tetapi setelah dipujuk dengan lembut akhirnya Awang Sulung mengambil alih tugas sebagai jurumudi. Anehnya, Awang Sulung tidak memegang kemudi sebaliknya menyeru geliung itu supaya belayar mengikut tiupan angin. Setelah tiga hari belayar, geliung itu hendak berlabuh di Pulau Tapai untuk mengambil kayu api dan air tetapi gagal kerana laut bergelora. Sekali lagi Awang Sulung menggunakan kesaktiannya dengan mencampakkan tulang pelanduk putih menyebabkan air menjadi tenang. Setelah beberapa lama berlabuh barulah penghuni geliung tersedar daripada pengsan. Sebaik sedar, jurumudi menikam seekor ayam dengan kerisnya lalu pergi berjumpa Tuanku Nakhoda Tua dan menyatakan bahawa dialah yang telah menyelamatkan geliung itu daripada serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah. Tuanku Nakhoda Tua percaya kata-kata jurumudi kerana sewaktu kejadian baginda juga pengsan. Geliung itu berlabuh selama tiga hari tiga malam di Pulau Tapai. Tuanku Nakhoda Tua telah berjanji akan mengahwinkan sesiapa sahaja yang berjaya membawa geliung itu selamat sampai ke Tanah Jawa dengan puteri baginda iaituTuan Puteri Dayang Seri Jawa. Jurumudi menunjukkan rasa tidak senangnya terhadap Awang Sulung kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sebaliknya dia dimarahi oleh tuan puteri. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa cuba menguji kehebatan Awang Sulung dengan menyuruhnya mengambil air dan mencari kayu. Perkara pelik dilakukan oleh Awang Sulung kerana dia mengambil air di tengah laut di tempat arus yang deras. Awang Sulung tidak mengambil kayu bakau dan temu laut seperti yang diminta oleh tuan puteri, sebaliknya mengambil batang nipah. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa memarahi Si Kembang Cina yang mengikut arahan jurumudi kerana memberikan sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu kepada Awang Sulung sebaliknya Tuan Puteri memerintahkan Si Kembang Cina menyiapkan hidangan istimewa kepada Awang Sulung. Berlaku satu lagi keanehan apabila air masin yang diambil oleh Awang Sulung yang dimasukkan ke dalam buyung suasa bertukar menjadi air manis. Semasa hendak meneruskan pelayaran, Tuanku Nakhoda Tua memanggil semua anak kapal memaklumkan bahawa mereka akan melalui kawasan Laut Sekona Lingga yang banyak lanun. Tuanku Nakhoda berjanji sesiapa yang dapat menyelamatkan baginda dan puterinya daripada serangan lanun, dia akan dikahwinkan dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Semua anak kapal berasa takut, namun jurumudi telah mengambil kesempatan dengan menonjolkan diri bahawa dia yang akan melawan lanun-lanun itu. Semasa melintasi perairan Pulau Salah Nama, lanun menyerang. Anak-anak kapal termasuk jurumudi lari menyelamatkan diri. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta Awang Sulung menentang lanun tetapi Awang Sulung membuat helah mengatakan beliau tidak layak kerana kaki dan tangannya sakit. Apabila mendengar alasan itu, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menyuruh Si Kembang Cina memberikan limau selimpat pagar dan sabun wangi untuk Awang Sulung mandi. Selepas mandi dan memakai persalinan pakaian pusaka tua warisan bonda dan menyisip keris serta menyarung pedang sakti, terserlahlah ketampanan Awang Sulung.

^_^

26

Semasa lanun-lanun cuba menaiki geliung, Awang Sulung melaungkan nama-nama ketua lanun dan menyindir mereka supaya menawan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Mendengar suara Awang Sulung, lanun-lanun itu ketakutan kerana mereka mengenali Awang Sulung dan berjanji untuk menyelesaikan hutang Awang Sulung kepada Datuk Batin Alam dan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Geliung itu telah dipenuhi dengan wang batu dan wang emas. Setelah menyelesaikan semua hutang, Awang Sulung berhasrat untuk pulang ke Bandar Mengkalih menyebabkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sedih dan mengambil tindakan untuk terjun ke laut tetapi sempat dihalang oleh hulubalang yang ada di situ. Tuan puteri pengsan tetapi sedar apabila mendengar Awang Sulung berpantun dengan Si Kembang Cina lalu tuan puteri berbalas pantun pula dengan Awang Sulung. Setelah dijamu makan dan minum serta memenuhkan geliung dengan wang, lanun-lanun itu kembali ke bahtera masing-masing. Selepas lanun-lanun itu pergi, jurumudi membuat helah sekali lagi dengan mengaku dirinyalah yang menyelamatkan geliung itu daripada serangan lanun kepada Tuanku Nakhoda. Dia menunjukkan kerisnya yang berdarah selepas dia menikam seekor ayam. Tuanku Nakhoda Tua percaya penipuan jurumudi dan memerintahkan Mualim Cik Mas menikahkan puterinya dengan jurumudi itu. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa begitu geram dengan tindakan ayahandanya yang tidak usul periksa. Apabila mengetahui perkara sebenar Tuanku Nakhoda Tua memohon maaf kepada Awang Sulung yang juga berketurunan raja dan mengahwinkannya dengan tuan puteri. Beberapa hari selepas mereka berkahwin, geliung meneruskan pelayaran merentasi beberapa pulau sehinggalah sampai ke Negeri Pati Talak Terangganu. Awang Sulung dijemput naik ke darat oleh raja negeri tersebut. Semasa naik ke darat Awang Sulung ditemani oleh jurubatu dan Bujang Selamat. Mereka membawa bersama ayam Awang Sulung yang bernama Kinantan Suci. Kedatangan Awang Sulung ke Negeri Pati Talak menimbulkan kehairanan rakyat negeri tersebut apabila segala alat kebesaran dan seluruh isi alam berbunyi . Awang Sulung meminta kebenaran daripada raja untuk menyabung ayam. Pada peringkat awal pertarungan, Kinantan Suci hampir tewas tetapi setelah diseru oleh Awang Sulung ayam itu berjaya menaji ayam lawan sehingga terputus kepala. Selesai menyabung ayam barulah Awang Sulung naik ke balairung seri, disambut oleh pembesar dan rakyat negeri itu. Tema Kelebihan dan kehebatan anak raja Awang Sulung Merah Muda digambarkan memiliki kelebihan dan kehebatan seperti boleh menggerakkan geliung tanpa memegang kemudi, menenangkan air laut dengan mecmpakkan tulang pelanduk putih, menukarkan air laut yang masin menjadi manis, semasa ketibaan Awang Sulung ke Negeri Pati Talak Terengganu, alat-alat kebesaran dan seluruh isi alam berbunyi seolah-olah menyambutnya . Satu lagi kelebihannya, ketika ia menyeru ayamnya Kinantan Suci yang hampir tewas semasa menyabung sehingga akhirnya dapat mengalahkan lawannya, Si Jalak .

^_^

27

Persoalan 1. Cinta tidak mengenal rupa paras. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa jatuh hati kepada Awang Sulung kerana melihat kelebihan yang dimiliki oleh Awang Sulung walaupun ketika itu Awang Sulung comot dan hitam. 2. Persoalan perasaan dengki dan iri hati.Jurumudi sangat dengki kepada Awang Sulung yang mendapat layanan yang baik daripada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sehingga sanggup menyuruh Si Kembang Cina memberi sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu kepada Awang Sulung. 3. Persoalan kewibawaan dan pengaruh yang kuat .Lanun-lanun tidak berani menyerang geliung yang dinaiki Tuan Puteri Dayang Seri Jawa apabila mendengar suara Awang Sulung Merah Muda Watak dan Perwatakan Watak Utama Awang Sulung Merah Muda Berasal dari Negeri Bandar Mengkalih Anak kepada Tuanku Si Helang Laut Cucu kepada Tuanku Si Helang Mawai Menyamar sebagai budak hitam yang comot dan hodoh di geliung Tuan Puteri Dayang Seri Jawa

Watak Sampingan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa Anak Tuanku Nakhoda Tua Mengemudi geliung setelah jurumudi pengsan Mudah jatuh cinta - Jatuh hati kepada Awang Sulung Merah Muda setelah melihat kelebihan dan kehebatan Awang Sulung Suka menguji - dia menguji kelebihan Awang sulung dengan menyuruhnya mengambil air

Jurumudi Jjurumudi geliung yang dinaiki Tuan Puteri Dayang Seri Jawa Penipu - Menipu Tuanku Nakhoda Tua bahawa dialah yang telah menyelamatkan geliung dengan menunjukkan keris berdarah Pendengki Dia berasa dengki kepada Awang Sulung

Tuanku Nakhoda Tua Ayahanda kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa

^_^

28

Mudah terpedaya terpedaya dengan penipuan jurumudi. Insaf - berasa kesal dengan kesilapannya yang memandang rendah kepada Awang Sulung

Si Kembang Cina Orang suruhan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa Taat perintah Taat akan suruhan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa Pandai memujuk Dia memujuk Awang Sulung sehingga bersetuju untuk mengemudi geliung

Latar Latar Tempat Geliung panjang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa belayar menaiki geliung panjang dari Bandar Mengkalih menuju ke negeri Semarang di Tanah Jawa. Pulau Tapai Tempat Geliung berlabuh di Pulau Tapai untuk mendapatkan kayu dan air. Pada mulanya geliung tidak boleh berlabuh kerana laut bergelora. Awang Sulung menggunakan kelebihannya dengan mencampakkan tulang pelanduk putih yang diikat dengan benang banyak warna. Akhirnya air laut menjadi tenang dan geliung dapat berlabuh. Pulau Salah Nama Sekumpulan lanun menyerang geliung di Pulau Salah Nama. Anak-anak kapal lari menyelamatkan diri termasuk jurumudi. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta bantuan Awang Sulung menentang lanun. . Negeri Pati Talak Terangganu Awang Sulung menyabung ayamnya Kinantan Suci . Latar Masa Tiga hari tiga malam semasa geliung berlabuh di Pulau Tapai. Waktu siang - ketika anak-anak kapal mencari kayu api dan air di pulau Latar Masyarakat Golongan bangsawan Awang Sulung, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, Tuanku Nakhoda Tua, Tuan Puteri Pinang Masak, Raja Negeri Pati Talak Terengganu. Golongan bawahan anak-anak kapal Masyarakat lanun yang melakukan rompakan di laut Golongan taat kepada perintah Si Kembang Cina dan Bujang Selamat taat akan perintah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dan Awang Sulung Merah Muda. Gaya Bahasa Bahasa klasik geliung ^_^ 29

Bahasa istana - beta, santap, kakanda, ayahanda Peribahasa enau mencari sigai, dan lesung mendapatkan antan, berkecil hati Nilai 1.Nilai merendah diri contohnya, Awang Sulung yang berketurunan raja sanggup menyamar sebagai budak hitam yang comot 2.Nilai keyakinan contohnya, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sanggup mengambil alih mengemudi kapal sewaktu jurumudi pengsan 3.Nilai berani contohnya, Awang Sulung berani menentang lanun yang cuba menyerang geliung kenaikan Tuan puteri Dayang Seri Jawa. Pengajaran 1.Kita hendaklah sentiasa merendah diri di mana-mana sahaja kita berada supaya kita akan dihormati. 2.Kita hendaklah berani menghadapi pelbagai rintangan demi mencapai matlamat. 3.Kita hendaklah bijak agar dapat menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.

^_^

30

Merah Silu
Sinopsis Kisah bermula apabila Merah Gajah yang berkahwin dengan Puteri Betong telah dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Merah Silu dan Merah Hasum. Pada awalnya Merah Gajah tidak mengetahui isterinya mempunyai sehelai rambut berwarna keemasan di tengah kepala sehingga beliau terpandang isterinya menyikat rambut. Merah Gajah mahu mencabut rambut tersebut tetapi dihalang oleh isterinya. Sewaktu Puteri Betong tidur, Merah Gajah telah mencabut rambut tersebut menyebabkan keluar darah dari liang-liang rambut sehingga menyebabkan kematiannya. Berita kematian Puteri Betong telah menimbulkan kemarahan ayahandanya Raja Muhammad dan mengambil tindakan membunuh Merah Gajah. Ayahanda Merah Gajah iaitu Raja Ahmad telah bertindak balas menyerang Raja Muhammad sehingga berlaku peperangan sengit menyebabkan kedua-duanya terbunuh termasuk sebilangan besar rakyat. Hanya yang tinggal Merah Silu dan Merah Hasum serta beberapa rakyat yang masih hidup dan mengaku taat setia kepada kedua-duanya untuk terus tinggal di negeri Semerlanga itu. Merah Silu dan adiknya Merah Hasum berhasrat meninggalkan negeri itu kerana tidak ada sesiapa lagi kaum kerabatnya yang tinggal. Mereka berdua keluar meninggalkan negeri Semerlanga menuju ke sebuah negeri bernama Beruana. Mereka membuka perkampungan di tepi sungai. Suatu hari ketika di sungai, Merah Silu terlihat banyak ikan dan dia pergi ke hulu sungai menahan bubu. Beberapa kali bubu yang ditahannya dipenuhi dengan cacing gelang-gelang. Akhirnya dia mengambil keputusan membawa balik cacing gelang-gelang itu dan merebusnya di dalam kawah. Cacing itu telah bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak menyebabkan Merah Silu menjadi kaya. Merah Hasum hanya diam apabila mendengar berita Merah Silu menjadi kaya. Pada suatu hari , Merah Silu menangkap kerbau liar tetapi tindakannya itu tidak disenangi oleh Merah Hasum kerana pada pendapatnya kerja itu tidak berfaedah dan hanya memalukan dirinya sebagai saudara kepada Merah Silu. Merah Hasum telah meminta Merah Silu menghentikan perbuatan tersebut dan menyuruh Merah Silu keluar dari negeri itu jika tidak mahu mendengar katanya. Akhirnya Merah Silu mencari petempatan baru dengan membawa segala harta dan kerbaunya. Merah Silu tiba di hulu Karang dan menetap di situ tetapi kehadirannya tidak disenangai oleh penduduk kampung kerana kerbau-kerbau itu memakan tanaman mereka. Merah Silu berpindah lagi ke sebuah negeri bernama Buluh Telang. Di sini beliau bertemu dengan Megat Iskandar dan menyatakan hasratnya untuk tinggal di negeri tersebut dan menganggap Megat Iskandar sebagai bapanya. Megat Iskandar bersetuju membenarkan Merah Silu tinggal di situ dan boleh memelihara kerbau kerana ada ladang yang luas. Merah Silu suka menyabung ayam dan selalu memberi kerbau sebagai hadiah kepada sesiapa yang menyabung ayam dan yang menontonnya. Megat Iskandar dengan persetujuan pembesar dan rakyat telah melantik Merah Silu menjadi raja di Rimba Jerun. Sultan Malikul- Nasar tidak bersetuju dan menyerang Merah Silu. Beberapa siri peperangan berlaku antara Merah Silu dengan Sultan Malikul- Nasar dan akhirnya sultan tewas dan Merah Silu menjadi raja di Rimba Jerun.

^_^

31

Tema Ketabahan seorang anak raja dalam menghadapi cabaran hidup. Merah Silu menjadi yatim piatu setelah kematian kedua-dua ibu bapa dan terpaksa merantau dengan adiknya Merah Hasum meninggalkan Semerlanga dan membuka petempatan baru di Beruana. Merah Silu terpaksa berpindah lagi kerana sikapnya tidak disenangi oleh adiknya. Dia berpindah ke Hulu Karang tetapi tidak disukai oleh penduduk di situ kerana kerbaukerbaunya telah merosakkan tanaman mereka. Merah Silu menetap pula di Buluh Telang apabila dipelawa oleh Megat Iskandar. Merah Silu menghadapi beberapa peperangan dengan Sultan Malikul-Nasar sehingga dia dirajakan di Rimba Jerun. Persoalan 1.Perselisihan antara adik-beradik.Perselisihan faham antara Merah Silu dengan Merah Hasum kerana tindakan Merah Silu yang menangkap kerbau liar tidak disukai oleh Merah Hasum dan dianggap memalukannya. 2. Perkara di luar logik akal.Keistimewaan seseorang keturunan raja digambarkan dengan peristiwa aneh misalnyanya cacing gelang-gelang yang direbus oleh Merah Silu bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak. 3. Keberanian anak raja.Merah Silu menghadapi beberapa peperangan dengan Sultan Malikul-Nasar sehingga dia dirajakan di Rimba Jerun. Watak dan Perwatakan Watak Utama Merah Silu Anak sulung Merah Gajah dengan Puteri Betong Mempunyai saudara bernama Merah Hasum Menjadi yatim piatu sejak kecil setelah kematian ibu dan ayahnya

Watak Sampingan Merah Hasum Adik kepada Merah Silu Menghormati saudara- Dia bersetuju dengan pandangan Merah Silu untuk berpindah dari negeri Semerlanga. Tidak suka perkara sia-sia- Dia marahkan Merah Silu kerana menangkap kerbau liar.

Megat Iskandar Saudara kepada Megat Kedah dan Sultan Malikul-Nasar. Tinggal di Buluh Telang. Mempunyai ladang yang luas. Bapa angkat kepada Merah Silu

^_^

32

Latar Latar Tempat Negeri Semerlanga Peperangan antara Raja Ahmad dengan Raja Muhammad menyebabkan kedua-duanya terbunuh. Beruana Cacing gelang-gelang yang memenuhi bubu Merah Silu yang ditahannya di hulu sungai telah direbus dan bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak menyebabkan Merah Silu menjadi kaya. Kerbau Kampung Tempat Merah Silu menangkap kerbau liar. Latar Masa 1.Bermula dari kelahiran Merah Silu hingga dilantik menjadi raja di Rimba Jerun. 2. Waktu malam semasa Puteri Betong tidur dan Merah Gajah mencabut sehelai rambut Puteri betong yang berwarna keemasan menyebabkan kematiannya. 3. Waktu siang - Merah Silu pergi ke tepi sungai dan ternampak banyak ikan. Latar Masyarakat 1. Golongan bangsawan Merah Silu, Merah Hasum, Puteri Betong, Merah Gajah, Raja Ahmad, Raja Muhammad, Megat Iskandar,Megat Kedah, Sultan Malikul-Nasar 2. Masyarakat yang suka menyabung ayam - Ramai juara sabung ayam datang bermain menyabung dengan Merah Silu. 3. Golongan bawahan orang yang diupah untuk mengorek lubang besar (anderak) bagi menangkap kerbau liar. Gaya Bahasa 1. Bahasa Klasik anderak, dibantunnya), senawat 2. Bahasa istana - baginda, adinda, kakanda , anakanda 3. Bahasa Arab berkat , Allah Taala 4. Personifikasi matahari mati Nilai 1. Nilai Taat Setia rakyat mematuhi perintah raja untuk berperang sehingga melibatkan banyak kehilangan nyawa.

^_^

33

2. Nilai Murah Hati - Merah Silu menghadiahkan seekor kerbau kepada setiap orang yang hadir ke gelanggang sabung ayam. 3. Nilai Keberanian - - Merah Silu berani berperang menentang Sultan Malikul-Nasar untuk menjadi raja di Rimba Jerun. Pengajaran 1. Kita hendaklah menyelesaikan masalah yang timbul melalui rundingan bukannya peperangan. 2. Kita hendaklah berani mempertahankan maruah supaya hak kita tidak diganggu- gugat. 3. Kita hendaklah menghormati tetamu.

^_^

34

Hikayat Indera Nata


Sinopsis Kisah bermula bermula apabila Indera Jenaka tiba ke negeri Rom setelah sekian lama mengembara dan sampai ke rumah bondanya Si Batu Kembar . Bondanya bertanya tentang Si Piatu. Indera Jenaka memberitahu bahawa Si Piatu itu sebenarnya adalah Indera Nata yang berani dengan segala binatang buas dan boleh bercakap dengan segala binatang. Indera Nata telah menyeberangi lautan dengan bantuan ular sakti ke negeri Pattani. Indera Nata juga telah menyelamatkan Indera Jenaka daripada dibaham binatang buas. Tuanku Syah Alam mengkagumi Indera Nata apabila mendengar cerita daripada Indera Jenaka. Kisah selanjutnya, Indera Nata pergi mengembara dan ternampak sebuah bukit yang terlalu tinggi dan terdapat sebuah rumah di situ. Di sebelah rumah tersebut terdapat sebuah mahligai dan dia melihat tujuh orang puteri di dalamnya . Indera Nata memperkenalkan dirinya sebagai anak Raja Rom dan memberitahu tujuannya datang atas perintah ayahandanya mencari gajah bergadingkan emas. Puteri-puteri itu gembira dengan kedatangan Indera Nata dan memperkenalkan diri mereka yang berasal dari negara yang berlainan. Salah seorang puteri tersebut iaitu Tuan Puteri Cendera Kesuma memberitahu mereka telah ditawan oleh sepasang suami isteri raksasa untuk dimakan apabila mereka dewasa. Puteri Cedera Kesuma bercadang meminta pertolongan raksasa untuk mencari gajah bergading emas bagi membantu Indera Nata mendapatkan gajah itu segera. Apabila raksasa pulang, Indera Nata disembunyikan di dalam peti emas dan puteriputeri itu membuat helah kepada raksasa dengan mengatakan jika hendakkan mereka cepat dewasa dan boleh dimakan hati mereka , perlulah mencari gajah bergading emas. Raksasa pergi ke hutan mencari gajah bergading emas dan secara kebetulan terserempak dengan Raja Rom yang menaiki gajah bergading emas dan pengikut-pengikutnya pergi berburu . Raksasa berasa gembira dan telah membunuh mereka semua dan membawa balik gajah bergading emas. Sekali lagi Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah supaya raksasa mencari kijang putih bertanduk emas dan memberikan kain hitam untuk dicuci sampai putih sebagai tanda sayang raksasa kepada mereka. Raksasa lelaki keluar mencari kijang putih bertanduk emas sementara raksasa perempuan pergi mencuci kain hitam supaya menjadi putih. Pada masa itulah, Indera Nata membawa ketujuh-tujuh puteri melarikan diri dengan menaiki gajah bergading emas bersama semua harta dalam mahligai itu. Kedua-dua raksasa itu gagal mencari kijang putih bertanduk emas dan memutihkan kain yang hitam, mereka kembali ke mahligai dan mendapati gajah bergading emas dan ketujuh-tujuh puteri telah hilang. Kedua-dua raksasa terlalu marah dan segera mengikuti kesan tapak kaki gajah dan akhirnya ternampak ketujuh-tujuh puteri bersama Indera Nata di atas gajah. Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri menangis ketakutan apabila mendengar suara raksasa sehingga sampai ke tepi pantai. Indera Nata meminta Betara Gangga dengan menggunakan gemala hikmat dan Betara Gangga mengarahkan ular sakti dan naga membawa Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri menyeberangi lautan. Ular sakti dan naga tersebut membawa mereka semua ke seberang. Raksasa yang tiba di tepi pantai cuba menarik Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri di seberang tetapi ular sakti dan naga telah menarik raksasa ke tengah laut menyebabkan kedua-dua raksasa itu mati.

^_^

35

Tema Pengembaraan Anak Raja Menempuh Pelbagai Cabaran.Indera Nata mengembara mencari gajah bergading emas atas perintah ayahandanya, Raja Rom. Pelbagai cabaran dihadapi dalam pengembaraan tersebut antaranya menemui binatang buas di dalam hutan, mendaki bukit yang terlalu tinggi, menyelamatkan tujuh orang puteri daripada tawanan raksasa, dan hampir ditangkap dan dibunuh oleh raksasa. Persoalan 1. Keberanian dan kehebatan anak raja.Indera Nata berani menentang binatang buas dan menyelamatkan Indera Jenaka daripada dibaham binatang buas yang terdapat di dalam hutan. 2. Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.Si Batu Kembar memeluk dan mencium anaknya Indera Jenaka yang baru balik darpada mengembara. 3. Kebijaksanaan untuk mendapatkan sesuatu dan menyelamatkan diri.Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah dengan menyuruh raksasa mencari gajah bergading emas sekiranya raksasa mahukan mereka cepat besar, tetapi sebenarnya dia bertujuan membantu Indera Nata mendapatkan gajah bergading emas segera. Watak dan Perwatakan Watak Utama Indera Nata Anak kepada Raja Rom dan Tuan Puteri Cenderawati Digelar Si Piatu Sangat disayangi oleh ibunya - Ibu Indera Nata iaitu Tuan Puteri Cenderawati sangat bimbang dan bersedih ketika menunggu kepulangan anaknya itu daripada mengembara.

Watak Sampingan Tuan Puteri Cendera Kesuma Anak Raja Mesir Memiliki rupa paras yang cantik Menjadi tawanan raksasa . Petah berkata-kata -Tuan Puteri bukan sahaja cantik malah pandai berkata-kata dan berpantun.

Raksasa suami isteri Tinggal di mahligai di atas sebuah bukit yang tinggi. Kejam menawan tujuh orang puteri untuk dijadikan makanan. Besar, kuat dan gagah. gerakan mereka berbunyi seperti rebut

Indera Jenaka Anak Tuanku Syah Alam dan Si Batu Kembar ^_^ Menghargai jasa Indera Jenaka menghargai Indera Nata dengan menceritakan kebaikan dan kelebihan Indera Nata kepada kedua-dua ibu bapanya. Seorang yang berterus terang - Memberitahu kedua-dua ibu bapanya siapa sebenarnya Si Piatu iaitu Indera Nata. 36

Latar Latar Tempat 1.Negeri Rom (rumah Si Batu Kembar) Indera Jenaka menceritakan kepada ibu bapanya siapa Si Piatu dan darihal Indera Nata 2.Negeri Pattani Indera Nata menentang haiwan buas dan menyelamatkan Indera Jenaka dan Indera Nata boleh bercakap dengan haiwan. 3.Sebuah bukit yang tinggi Tempat tinggal sepasang raksasa suami isteri di sebuah mahligai yang indah bersamasama tujuh orang puteri yang ditawan. Latar Masa 1. Waktu pagi raksasa keluar mencari kijang putih bertanduk emas. 2.Waktu petang raksasa tidur. 3. Waktu siang raksasa keluar mencari gajah bergading emas. 4. Tujuh hari tujuh malam perjalanan Indera Nata pulang ke rumah bondanya bersama tujuh puteri. Latar Masyarakat 1. Golongan bangsawan Raja Rom, Tuanku Alam Syah, Tuan Puteri Cenderawati, Tuan Puteri Cendera Kesuma. 2. Golongan bawahan rakyat yang mengikut Raja Rom pergi berburu yang semuanya dimakan oleh raksasa. 3. Masyarakat taat kepada perintah Indera Nata mengikut perintah Raja Rom mengembara mencari gajah bergading emas. Gaya Bahasa 1.Bahasa Klasik sebermula, hatta 2. Bahasa istana - tuanku , kakanda , anakanda . 3. Simile maka ia mendengar bunyi seperti ribut , ia berani dengan segala binatang itu adalah ia berkata-kata seperti ia berkata dengan manusia juga. Nilai 1. Nilai Bijaksana Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah untuk melepaskan diri. 2. Nilai Keberanian Indera Nata berani masuk ke mahligai raksasa dan menyelamatkan tujuh puteri. 3. Nilai Kasih Sayang Tuan Puteri Cenderawati amat menyayangi Indera Nata.

^_^

37

Pengajaran 1.Kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu yang dihajati. 2. Kita mestilah saling menyayangi antara satu sama lain supaya dapat hidup harmoni. 3. Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah yang timbul.

^_^

38

Hikayat Khoja Maimun


Sinopsis Khoja Mamiun hidup bahagia bersama-sama dengan isterinya, Bibi Zainab. Dia adalah saudagar yangsangat kaya di negeri Ajam. Khoja Maimun diberitahu oleh Bayan bahawa tiga hari lagi ada saudagar ingin membeli sanbal. Terbukti tiga hari kemudian datanglah saudagar mencari sanbal. Oleh sebabsemua sanbal sudah dibeli oleh Khoja Maiman, maka saudagar itu membeli sanbal daripada KhojaMaimun. Hasil keuntungan perniagaan itu digunakan untuk membayar harga burung bayan. KhojaMaimun juga membeli burung tiung betina. Burung tersebut diletakkan di dalam satu sangkar bersama-sama burung bayan. Pada suatu hari, ketika Khoja Maimun belayar untuk berdagang, Bibi Zainabtermenung di tingkap. Tiba-tiba dia terpandang akan seorang anak raja yang kacak sedang menungguk u d a . M e r e k a s a l i n g b e r p a n d a n g a n d a n b e r b a l a s s e n y u m a n . A n a k r a j a i t u m e m i n t a s j a s a b a i k perempuan tua untuk mendapatkan Bibi Zainab dengan apa cara sekali pun. Bibi Zainab pula tidak menolak sebaliknya berpesan kepada perempuan tua yang dia akan berjumpa dengan anak raja padasebelah malam. Burung tiung menasihati Bibi Zainab agar tidak curang kepada suami kerana azab perempuan menduakan suami akan dimasukkan ke dalam neraka jahanam selama seribu tahun. Burungtiung itu dihempas oleh Bibi Zainab lalu mati. Burung Bayan melengah-lengah Bibi Zainab daripada berjumpa dengan anak raja itu dengan bercerita tentang Hikayat Bayan. Bibi Zainab mendesak burung bayan agar bercerita dahulu sebelum dia berjumpa dengan anak raja itu. Setelah habis bercerita, bayanitu menyuruh Bibi Zainab berjumpa dengan anak raja itu. Tetapi malangnya hari sudah jadi siang. Padahari yang berikutnya ketika Bibi Zainab bersiap-siap untuk berjumpa dengan anak raja itum burungBayan mula bercerita tentang Hikayat Taif. Bibi Zainab mendesak Burung Bayan agar terus berceritatentang hikayat tersebut. Setelah habis bercerita, Bayan menyuruh Bibi Zainab pergi berjumpa dengananak raja itu tetapi malangnya hari sudah siang. Begitulah juga pada hari-hari yang berikutnya, apabilaBibi Zainab bersiap-siap untuk berjumpa anak raja itu, burung Bayan mula bercerita tentang pelbagaihikayat. Kebijaksanaan burung Bayan berjaya menghalang Bibi Zainab bertemu dengan anak raja.Akhirnya Bibi Zainab terhindar daripada perbuatan menduakan suaminya yang tiada di rumah pada ketika itu. Tema Nilai etika yang harus diutamakan oleh golongan wanita terutamanya para isteri. Ceritacerita yang disampaikan oleh Bayan berkisar tentang pentingnya kesetiaan seseorang isteri dan perlu memiliki etika yang murni untuk menghindarkan daripada berlaku curang. Persoalan 1.Kebijaksanaan melaksanakan sesuatu tindakan.Apabila melihat Bibi Zainab menghempas burung tiung sehingga mati, bayan berpura-pura tidur. 2.Kecurangan seorang isteri.Semasa ketiadaan suami, Bibi Zainab jatuh hati dengan anak raja. ^_^ 39

3.Kewajipan menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga.Khoja Maimun keluar berniaga untuk mencari rezeki. Watak dan Perwatakan Watak Utama Burung Bayan Bersaiz kecil Taat pada tuannya Burung Bayan cuba mengelakkan Bibi Zainab daripada berlaku curang kepada tuannya Khoja Maimun. Pandai membuat ramalan Ramalan Burung Bayan bahawa akan datang kafilah untuk membeli sanbal benar-benar terjadi.

Watak Sampingan Bibi Zainab Penyayang terhadap suami Dia ingin bersama-sama suaminya pergi berlayar. Curang Dia jatuh hati kepada putera raja dan ingin berjumpa pada waktu malam. Kejam - Dia membunuh Tiung yang cuba menasihatinya.

Khoja Maimun Bertanggungjawab Dia pergi belayar demi mencari rezeki. Taif Latar Latar Masa Waktu malam Bibi Zainab berhias dengan cantik untuk menemui kekasih hatinya. Waktu pagi Bayan selesai bercerita pada waktu pagi Latar Tempat 1. Negeri Ajam Khoja Maimun menetap di situ 2. Pekan ^_^ 40 Setia Taif tetap berbakti kepada raja walaupun dimurkai oleh raja. Rela berkorban - Dia sanggup kematian anaknya demi Raja Tabristan. Taat perintah Taif menurut perintah Raja Tabristan yang mahu dia menyiasat tentang bunyi suara yang didengar Penyayang Dia terlalu kasih akan isterinya Bibi Zainab. Bijak Khoja Maimun bijak menjalankan perniagaan.

Khoja Maimun dan Bibi Zainab membeli burung bayan dan tiung di pekan. 3. Jendela Tempat Bibi Zainab melihat anak raja

Latar Masyarakat 1. Masyarakat yang mementingkan ajaran agama -Isteri saudagar menasihati raja agar bertaubat 2. Masyarakat yang menurut hawa nafsu - Bibi Zainab tidak dapat menahan perasaan berahinya terhadap anak raja. 3. Masyarakat yang pemurah - Raja Tabristan menganugerahi Taif pelbagai hadiah. Gaya Bahasa a) Simile .dan ia seumpama air yang masinkuning seperti muka orang durjana b) Penggunaan bahasa Arab Allah azzawajalla c) Perlambangan .emas itu berkuasa. d) Inversi seribu dinar bayan hamba ini harganya Nilai 1. Nilai kasih sayang terhadap pasangan contohnya,Khoja Maimun menyayangi isterinya Bibi Zainab sepenuh hati. 2. Nilai ketaatan terhadap ketua contohnya,Taif begitu taat akan perintah Raja Tabristan sehingga rela membunuh anaknya. 3. Nilai prihatin terhadap keluarga contohnya,Khoja Maimun dan saudagar prihatin dengan tanggungjawab untuk mencari nafkah buat keluarga Pengajaran 1. Kita mestilah patuh kepada perintah Allah agar dapat menghindarkan diri daripada kemungkaran

2. Kita haruslah berusaha untuk mencari rezeki buat keluarga agar kehidupan lebih sejahtera. 3. Kita perlulah menyayangi ahli keluarga dengan sepenuh hati agar memperoleh kebahagian yang berkekalan.

^_^

41

Ibu dan Ceper (Shahnon Ahmad)


Sinopsis Kisah ibu tua yang disamakan dengan kisah sebuah sungai iaitu Sungai Ceper. Sungai Ceper ialah sungai yang jernih dan mempunyai sumber ikan dan udang, panjang dan berliku-liku, samalah seperti ibu yang sentiasa aktif melakukan aktiviti bersawah. Pada waktu malam, Sungai Ceper masih cergas tetapi ibu tidak. Pada sebelah malam, ibu berehat dan esoknya kembali cergas. Pada suatu hari, Sungai Ceper melimpah kerana hujan turun di hulu. Airnya likat dan melimpah menyebabkan sawah padi musnah. Pada tahun itu, semua penduduk kampung makan ubi gadung kerana padi musnah. Selepas Ceper melimpahkan air, tiba pula musim kemarau. Sungai Ceper menjadi cetek, ikan mati, air sungai busuk dan sawah kering sehingga menyebabkan ibu menggunakan telaga sebagai sumber. Keadaan ini ialah keadaan 40 tahun yang lalu, iaitu semasa aku masih anak teruna dan ibu masih muda. Kini, ibu dan ayah tiada lagi. Aku pula sudah bercucu. Sungai Ceper masih wujud tetapi sudah mula berubah sejak ibu terjatuh, lalu lumpuh kerana terpijak tunggul lama iaitu sepuluh tahun sebelum ibu meninggal. Pada masa itulah, keluarga aku menderita dan aku berkahwin dengan gadis di kampung itu. Bapa pula sudah tidak gila burung lagi sebaliknya dia hanya menjaga cucu dan menjaga ibu. Ceper kini berbau busuk kerana menjadi tempat pembuangan sampah. Airnya mengalir lesu bersama-sama sampah sarap yang tidak sepatutnya dibuang ke dalam sungai itu. Aku dan isteri telah tua dan kini duduk di rumah menjaga cucu. Pada masa ini, Ceper telah mati dan tidak berfungsi lagi walaupun masih wujud, tidak seperti ibu yang telah tiada di dunia ini. Tema Kegigihan seorang ibu dalam mengharungi kehidupan.Ibu gigih mencari rezeki dan banyak bergantung kepada Sungai Ceper yang berfungsi sebagai sumber air kepada tanaman. Persoalan 1.Kepentingan air dalam kehidupan.Air Sungai Ceper yang deras dan jernih digunakan oleh ibu untuk mengairi sawahnya. 2.Kurangnya kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar. Sungai Ceper tercemar teruk apabila manusia membuang segala macam sampah sedangkan sungai ini semakin cetek dan tidak berdaya membawa sampah yang ada di dalamnya. 3.Kasih sayang yang terjalin antara manusia dan alam.Kasih sayang aku kepada ibu dan sungai yang menjadi sumber air dan rezeki di kampungnya. Watak dan Perwatakan Watak Utama Ibu Cekap bekerja. Ibu boleh melakukan sesuatu kerja dengan cepat bermula selepas Subuh sehingga hampir Maghrib, malah ibu melakukan hampir semua jenis kerja. ^_^ 42

Rajin . Ibu rajin membuat pelbagai kerja menggunakan tulang empat keratnya, tanpa bantuan suaminya yang menjadi kaki burung. Bermasyarakat. Walaupun ibu sibuk bekerja, dia tidak lupa untuk menghadiri kenduri-kendara di kampungnya dan menziarahi orang yang meninggal dunia. Watak Sampingan Aku

Anak tunggal dalam keluarga. Mewarisi pekerjaan keluarga sebagai pesawah. Sudah berumah tangga . Penyayang. Aku merupakan seorang anak yang penyayang kerana masih mengingati pengorbanan ibunya walaupun telah 40 tahun berlalu.

Sungai Ceper Panjang, berliku-liku, jernih, pasir-pasir berbiji halus dan kelikirnya berkilat. Latar Latar Masa 1.Masa kini - Aku telah tua, ada anak yang telah besar dan telah bercucu. 2. 10 tahun yang lalu setelah ibu jatuh, lumpuh dan meninggal dunia-ibu sudah tidak dapat bergerak lagi dan kerja-kerja di sawah diteruskan oleh aku dan isteri. 3. 40 tahun yang lalu - Ketika ibu masih muda dan aku masih teruna. Latar Tempat 1. Di sebuah desa - tempat tinggal ibu, aku dan ayah. 2. Kawasan sawah padi - tempat ibu dan orang kampung bekerja. 3. Sebatang sungai - tempat anak-anak kampung merangau ikan. 4. Telaga - tempat ibu mengambil air ketika kemarau. Latar Masyarakat 1. Masyarakat petani .Mereka mengusahakan tanaman padi secara tradisional. Keluarga aku mewakili sebahagian daripada anggota masyarakat yang mengusahakan tanaman padi secara tradisional seperti menajak dan menyisir selut. 2. Masyarakat yang menghadapi kepayahan hidup.Penduduk di desa aku mengalami kesempitan hidup apabila Sungai Ceper melimpah kerana banjir dan airnya kering sehingga tidak dapat mengairi sawah ketika musim kemarau. 3. Masyarakat yang tidak bertanggungjawab.Bapa sanggup menghabiskan masa mendenak burung ketitir di rimba sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarganya. ^_^ 43 Sumber air bagi kehidupan di sekelilingnya. Tercemar kerana menjadi tempat pembuangan sampah sarap.

Gaya Bahasa 1. Kata ganda - kehijauan-hijauan 2. Simpulan bahasa - naik angin 3. Simile - Ibu tidak lagi cergas waktu malam kerana ibu tidur tergolek bagaikan batang pisang Nilai 1. Nilai bertanggungjawab.Sikap bertanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri yang ditunjukkan oleh ibu yang mengusahakan sawah padi bagi menampung kehidupan keluarganya. 2. Nilai kegigihan.Walaupun terpaksa menggunakan tulang empat kerat, ibu tetap gigih bekerja menyara keluarga. 3. Nilai kesabaran.Ibu terpaksa bersabar melayani kerenah suaminya yang kurang memberikan perhatian terhadap kebajikan keluarga. Pengajaran 1. Kita hendaklah bertanggungjawab menyara kehidupan keluarga agar mereka tidak hidup dalam kesusahan. 2. Kita hendaklah menjaga kerukunan rumah tangga agar tidak berlaku perselisihan faham antara suami dengan isteri. 3. Kita mestilah menyayangi ibu bapa yang telah tua agar kebajikan mereka terpelihara.

^_^

44

Memori Seorang Tua (Zahari Affandi)


Sinopsis Pak Itam digambarkan seorang sebagai pejuang yang cekal. Dia telah beberapa kali keluar masuk penjara kerana penentangannya terhadap Inggeris. Beliau berhasrat untuk mengadakan majlis sambutan hari jadinya yang ke-85. Beliau turut bercadang untuk menjemput wartawan, mahasiswa universiti serta para penduduk Langat ke majlis berkenan bagi berkongsi kisah perjuangannya. Ketika Pak Itam membaca majalah Mastika lama, beliau tersentuh akan paparan Siti Nurhidayah yang menuntut fasakh ketika beliau ditahan di penjara Singapura. Itulah kali terakhir beliau menatap wajah dua orang anaknya, Izwan dan Nuryani Iman. Tuk Mat merupakan orang yang banyak membantu Pak Itam menguruskan segala persiapan untuk majlis itu dan turut dibantu beberapa orang pemuda kampung seperti Isa, Latif dan Jali. Pada hari yng ditetapkan, Pak Itam lengkap berbaju Melayu menyambut tetamu. Orang kampung memenuhi tempat berlangsungnya majlis tersebut, namun Pak Itam kecewa kerana tetamu dari jauh masih belum sampai. Tambah mengecewakan Pak Itam kerana wartawan akhbar dan televisyen tidak muncul.Pak Itam merasakan segala pengorbanannya selama ini telah dilupakan. Apabila tiba waktu Zuhur, Pak Itam masuk untuk menunaikan solat. Kaih yang cemas cuba memberitahu perkara yang berlaku kepada Pak Itam. Apabila Tuk Mat mendekati Pak Itam yang terbaring di sejadah, beliau dilihat sudah meninggal dunia. Tetamu yang hadir membacakan surah Yasin untuk jenazah. Pada ketika itu, datang seorang perempuan tua mendekati jenazah membawa sejambak ros. Tatkala orang ramai tercengang memikirkan identiti perempuan tersebut, Tuk Mat menyapu air matanya dan menganggap hajat Pak Itam untuk bertemu isterinya, Siti Nurhidayah telah tercapai. Tema Semangat patriotik, iaitu tentang keinginan seorang tokoh yang ingin berkongsi memori lampaunya dengan masyarakat.Pak Itam ingin berkongsi perjuangan yang telah dilaluinya dengan anak cucunya dalam usaha beliau membebaskan negara ini daripada penjajahan. Persoalan 1. Persediaan menghadapi cabaran.Pak Itam terpaksa menempuh halangan dalam perjuangannya, iaitu terpaksa keluar masuk penjara kerana perjuangannya bertentangan dengan dasar pemerintahan pada masa itu. 2.Rasa tanggungjawab terhadap nasib yang akan dialami oleh anak bangsa.Atas dasar tanggungjawab, Pak Itam berjuang untuk bangsa Melayu kerana dia ingin melihat bangsanya mendapat pendidikan yang tinggi serta tidak menjadi hamba di negara sendiri. 3. Jati diri yang teguh.Pak Itam mempunyai jati diri dan pendirian yang teguh dari usia muda sehingga usianya mencecah 85 tahun. Watak dan Perwatakan Watak Utama

^_^

45

Pak Itam Berasal dari Kuala Semantan, Pahang. Berumur 85 tahun. Mempunyai isteri iaitu, Siti Nurhidayah dan dua orang anak, iaitu Izwan dan Nuryani Iman yang terpisah sejak isterinya meminta fasakh ketika dia di penjara. Mempunyai seorang anak angkat bernama Sidah.

Watak Sampingan Tuk Mat Bekas anggota polis. Jiran Pak Itam. Bertubuh sasa, kulit dan batang lengannya masih pejal dan kemas. Rajin. - beliau banyak membantu Pak Itam dalam usaha mengadakan sambutan hari lahirnya.

Siti Nurhidayah Bekas isteri Pak Itam yang menuntut fasakh ketika Pak Itam berada di dalam penjara. Latar Latar Masa 1. Sehari sebelum hari lahir Pak Itam yang ke-85 tahun- Tuk Mat dan penduduk kampung sibuk menguruskan persiapan untuk majlis kenduri sempena hari jadi Pak Itam. 2. Sebelum Zuhur - Pak Itam masih menanti. Dia amat kecewa. Tuk Mat menyuruhnya berehat. 3. Selepas Zuhur - Kiah menjerit memberitahu Tuk Mat bahawa Pak Itam sakit. Pak Itam meninggal dunia dan bacaan Yasin diadakan Latar Tempat 1. Kediaman Pak Itam dan halaman rumahnya- tempat majlis kenduri sempena hari jadi Pak Itam dan pameran diadakan . 2. Di kaki lima rumah Pak Itam - tempat Pak Itam duduk sambil membaca akhbar dan majalah seharian di atas kerusi malas. 3. Kampung Pak Itam di Hulu Langat- perkampungan yang nyaman tetapi mula tercemar apabila dua buah kilang dari Korea dan Jepun mula beroperasi. Latar Masyarakat 1. Masyarakat pejuang yang mencintai bangsa dan negara.Pak Itam sanggup keluar masuk penjara kerana menentang Inggeris demi sayang akan bangsa dan negara ^_^ 46 Sempat hadir pada hari kematian Pak Itam. Mempunyai dua orang anak, iaitu Izwan dan Nuryani Iman.

2. Masyarakat penulis dan wartawan.Pak Itam mewakili golongan masyarakat yang menentang penjajah menggunakan mata pena. 3. Masyarakat kampung yang masih mengamalkan amalan gotong royong serta bekerjasama.Tuk Mat dan beberapa orang pemuda kampung yang membantu Pak Itam mengadakan majlis sambutan hari jadi Pak Itam secara besar-besaran. Gaya Bahasa 1. Simile - kian mengecil seperti sebiji debu 2. Peribahasa - seperti enau di belukar 3. Metafora -tangisan ketakwaan 4. Penggunaan Bahasa Inggeris - vision, Happy Birthday To You Nilai 1. Nilai pengorbanan.Pak Itam sanggup menolak jawatan sebagai majistret demi cinta akan bangsa dan negara. 2. Nilai cinta akan negara.Pak Itam berjuang untuk membebaskan anak bangsanya daripada dibelenggu kemiskinan dan mahu melihat anak bangsanya mendapat pendidikan tinggi. 3. Nilai bekerjasama.Semua penduduk kampung tidak kira muda atau tua berganding bahu menjayakan persiapan majlis sambutan hari jadi Pak Itam Pengajaran 1. Kita hendaklah cinta akan bangsa dan negara agar tidak dijajah oleh bangsa lain. 2. Kita wajarlah saling membantu dalam setiap usaha agar pekerjaan menjadi mudah. 3. Kita hendaklah sentiasa mentaati perintah tuhan dengan meningkatkan amal ibadah agar mendapat kesenangan di kemudian hari.

^_^

47

Israk (Erda Roslan Khairi)


Sinopsis Cerpen Israk mengisahkan Adam iaitu anak tunggal Wah, telah balik ke kampung bersama-sama isterinya Siti Hawa dan anak-anaknya, Israk dan Mikraj di Kampung Sayong Perak. Keadaan rumah yang serba kekurangan dari segi kemudahan asas dan keselesaan menyebabkan anaknya Israk berasa kurang senang dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan kampung . Namun adiknya Mikraj suka akan suasana kampung dan menyebabkan mereka sering bertikam lidah. Hal ini berlaku kerana Israk telah dibesarkan di luar negara.Tindakan Israk yang sering menghina dan menggores perasaan Wah menimbulkan rasa kurang senang Mikraj dan dia sering mempertikaikan perbuatan Israk terhadap Wah. Perbezaan pendapat ini telah mencetuskan perang mulut antara mereka. Namun Wah tidak suka mereka bertengkar bagai anjing dengan kucing dan mahu mereka berbaik-baik semula walaupun hati Wah terluka. Suatu hari, bekalan air paip di kampung Sayong telah terputus menyebabkan Mikraj mencadangkan agar abangnya mandi di sungai. Namun, Israk telah terjatuh dan Wahlah yang berusaha menyelamatkan Israk sehingga naik ke tebing. Akhirnya, Israk insaf dan berubah. Dia mula memakai baju Melayu, makan nasi, dan mencari jering serta tempoyak untuk dimakan. Tema Perbezaan budaya dan kehidupan dalam sebuah keluarga sehingga mencetuskan pertentangan pandangan dan nilai.Israk yang dibesarkan di Perth, Australia mempunyai pandangan yang berbeza dengan adiknya tentang kampung, kehidupan dan diri neneknya Wah. Persoalan 1. Jati diri.Israk yang dibesarkan di Perth Australia tidak mempunyai jati diri ketimuran akibat persekitaran dan cara dia dibesarkan. Hal ini bertentangan dengan sifat adiknya Mikraj yang lebih kukuh dan teguh jati dirinya dengan adat ketimuran. 2. Kasih sayang seorang nenek terhadap cucunya.Wah seorang nenek yang menyayangi cucunya, walaupun cucunya amat ego dan selalu melukakan hatinya namun Wah tetap sabar.Hal ini terpancar apabila Wah menyelamatkan Israk yang hampir lemas dengan tenaga tuanya. 3. Tanggungjawab bapa terhadap keluarga.Adam menjalankan tanggungjawabnya kepada anak-anak. Dia membiasakan anak-anak dengan kehidupan kampung di tempat dia dibesarkan agar anak-anaknya tidak sombong dan lupa diri kerana biasa hidup mewah di bandar. Watak dan Perwatakan Watak Utama

^_^

48

Israk Anak teruna Adam dan Siti Hawa. Merupakan cucu sulung Wah. Ego dan sombong - Israk tidak selesa tinggal di kampung dan makan makanan kampung. seperti petai dan jering.

Mikraj Anak kedua pasangan Adam dan Siti Hawa. 2. Adik perempuan Israk dan cucu kedua Wah. . Berjiwa seni dia berminat dalam bidang sastera dan mengajak Israk berkenalan dengan alam.

Wah Latar

Merupakan ibu kepada Adam dan nenek kepada Israk dan Mikraj. Sudah lanjut usia tetapi masih kuat dan bertenaga. Alim dan taat akan agama dia sentiasa berwuduk .

Latar Masa 1. Musim durian 2. Pada waktu pagi - Israk jatuh di sungai ketika hendak mandi akibat ketiadaan air paip. 3. Kebanyakan peristiwa berlaku pada waktu siang. Latar tempat 1. Kampung Sayung iaitu tempat tinggal Wah. 2. Sungai Perak iaitu sungai yang terletak di tepi rumah Wah. 3. Rumah kayu milik Wah. Latar Masyarakat 1. Masyarakat yang menghormati orang tua Mikraj amat menghormati Wah 2. Masyarakat muda yang sukar menyesuaikan diri dengan suasana kampung.Israk tidak selesa tinggal di kampung dan makan makanan kampung. seperti petai dan jering. 3. Masyarakat yang bertanggungjawab.Mikraj tidak suka akan tindakan dan sikap abangnya yang keterlaluan terhadap neneknya Wah. Gaya bahasa 1. Simile pantas dan teratur sekali laksana seorang primadona. 2. Dialog Lama sampai? aju Wah dan salam dihulurkan oleh tetamu dari Bukit Antarabangsa itu disambut dengan pantas. Baru.Adam, anak tunggal Wah, segera menjawab. 3. Peribahasa ^_^ 49

Sudah terhantuk baru terngadah Macam anjing dengan kucing . Bagai air dengan minyak. Entah bila akan bercantum. Cari-cari bulu ayam bercantum jua akhirnya. Nilai 1. Nilai menghormati ibu bapa.Israk menolak baik pelawaan ayahnya untuk makan durian bersama-sama keluarganya 2. Nilai ketabahan.Wah amat tabah membesarkan anaknya tanpa kehadiran suami 3. Nilai keprihatinan.Mikraj amat prihatin akan perasaan neneknya yang sentiasa terguris dengan perbuatan dan kata-kata abangnya yang seolah-olah mengejek dan memperlekehkan kehidupan miskin neneknya. Pengajaran 1. Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua daripada kita terutama dari segi percakapan dan perbuatan kita. 2. Kita mestilah mengetahui asal usul kita agar kehidupan kita selari dengan kehendak agama dan masyarakat. 3. Kita haruslah menjaga perlakuan dan kata-kata kita terhadap sesiapa sahaja agar orang di sekeliling kita tidak merasa tersinggung dan kurang senang kepada kita.

^_^

50

Pemain Catur (Zaharah Nawawi)


Sinopsis

Enam beradik daripada keturunan ternama dalam permainan catur iaitu Uj, Ul, Us, Uk, Ur dan Um.Mereka terkenal kerana berketurunan al-Hakam iaitu rakan sepermainan Abu Bakar Muhammad Yahya as-Suli, iaitu salah seorang daripada dua pemain shatrani yang disegani di dunia.Uj merupakan anak sulung dalam keluarga tersebut mengajak Um adik bongsunya berlawan permainan catur.Bagi Uj,Um ialah adik yang paling mudah untuk dibentuk berbanding adik-beradiknya yang lain.Dia berharap Um dapat menggantikannya sebagai tonggak keluar.Um semakin berminat untuk bermain catur setelah mendengar kisah kehebatan pemain catur ternama di dunia.Kempen Uj berhasil. Uj mengajak Um berlawan catur untuk menguji pengetahuan. Um menolak dengan alasan bahawa dia hilang fokus ketika bermain kerana memikirkan soal ibunya yang sedang sakit. Um terpaksa menerima cabaran Uj untuk berlawan catur secara terbuka. Perlawanan berlangsung dengan sengit. Ahli keluarga yang lain tidak menyenangi perlawanan tersebut. Uj hampir kalah. Um berkalih untuk minum. Beberapa detik kemudian buah caturnya telah berubah. Um segera mengalih semula buah catur tersebut. Uj tidak berpuas hati lalu menjerit dan menghentak meja. Uj menuduh Um penipu dan memaksa Um mengaku kalah. Um ke bilik air mencuci muka untuk menenangkan diri. Sekembalinya ke meja apabila duduk, kakinya terkuis sebotol asid di bawah meja. Um berasa amat sakit. Ibunya yang ketika itu sedang sakit berasa amat hiba sehingga diserang angin ahmar. Keadaan semakin haru-biru, tiada sesiapa yang mengaku bertanggungjawab meletakkan botol asid itu. Berlaku tuduh menuduh antara Um dengan Uj. Ibu meminta mereka bertenang namun, diabaikan. Keluarga tersebut mula berpecah kepada dua, iaitu ada yang menyokong Uj dan ada yang menyokong Um. Tema Keruntuhan moral dalam institusi kekeluargaan yang menyebabkan berlakunya perpecahan.Sikap tidak mahu mengalah dan bertolak ansur menyebabkan berlakunya pergaduhan antara Uj dengan Um. Mereka sanggup bertelingkah hanya kerana permainan catur. Malah pergaduhan itu juga telah menyebabkan perpecahan dalam keluarga mereka. Ibu mereka yang sedang sakit juga telah diabaikan. Persoalan 1.Sikap bangga yang menguasai diri.Sikap Uj dan Um yang tidak mahu mengalah dan mahu menang menyebab mereka bertelagah. Sedangkan hubungan mereka adalah sedarah iaitu adik-beradik. 2.Keharmonian dalam keluarga harus diutamakan. Ibu yang sedang sakit amat risau tentang pergaduhan anak-anaknya yang boleh menyebabkan keharmonian terganggu. 3. Pengkhianatan sesama ahli keluarga.Ahli keluarga terutama Uj dan Um bertindak di luar batasan semata-mata untuk menentukan kehebatan mereka dalam permainan catur.

^_^

51

Watak dan Perwatakan Watak Utama Uj Abang sulung yang menjadi ketua keluarga. Mempunyai lima orang adik dan pandai bermaina catur. Beliau juga adalah penyadang anugerah IGM dalam pertandingan catur

Watak Sampingan

Um Latar Latar masa Berlaku selama tiga hari tiga malam semasa pertandingan berlangsung antara Uj dengan Um. Latar tempat Rumah keluarga Uj Biliik air Adik bongsu kepada Uj. Masih muda dan berpotensi dalam permainan catur. Mempunyai semangat juang yang tinggi - sanggup membaca buku dari luar negara untuk mendalami permainan catur.

Latar masyarakat Masyarakat yang mahir dalam permainan catur contohnya keluarga Uj.

Masyarakat yang bangga dengan keturunan contohnya Uj yang seringkali menceritakan kehebatan keluarganya bermain catur kepada Um. orang doktor untuk merawat ibu mereka yang sakit

Gaya bahasa 1. Bahasa asing contohnya bahasa Indonesia (ruwet), bahasa Arab (kudrat) 2. Metafora contohnya cahaya kepintaran 3. Simile contohnya Abang Uj seperti David the Gnome Nilai 1. Nilai keberanian contohnya ,Um menyahut cabaran abangnya Uj untuk bertanding catur.

^_^

52

2. Nilai kegigihan contohnya Um berusaha bersungguh-sungguh menelaah buku tentang permainan catur. 3. Nilai kasih sayang contohnya Uj menyayangi adiknya Um. Pengajaran 1. Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh agar berjaya dalam hidup 2. Semangat keberanian perlulah dimiliki oleh setiap individu agar semua cabaran yang ditempuh dapat diatasi dengan baik. 3. Kita hendaklah saling menyayangi antara adik-beradik kita agar kehidupan bahagia dan harmoni.

^_^

53

Mellisa (Abdullah Hussain)


Sinopsis Mellisa, seorang gadis Cina, berasa menyesal kerana mengikut ajakan Farid ke pejabat surat khabar yang menyebabkan dia berkenalan dengan Syahid. Peristiwa itu telah membuatkan dia teringat akan Hisyam. Wajah Syahid menyerupai wajah Hisyam iaitu kawannya sewaktu kecil dahulu. Mellisa terkenang akan kemesraannya bersama-sama dengan Hisyam. Mereka selalu bermain bersama-sama dan Hisyam pernah menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan Mellisa apabila mereka sudah besar nanti. Malangnya Hisyam telah terkorban dalam peristiwa 13 Mei. Peristiwa hitam itu sukar luput daripada ingatan Mellisa. Justeru, dia memilih peristiwa 13 Mei sebagai latihan ilmiah untuk sarjana muda dalam bidang Sejarah. Mellisa jatuh hati kepada Syahid kerana keberaniannya dan hubungan mereka semakin rapat. Namun, keakraban Mellisa dan Syahid tidak lama kerana Mellisa meninggalkan Syahid. Dia mengambil keputusan itu kerana tugas dan tanggungjawabnya kepada tanah air. Dia amat cinta akan negaranya dan memilih untuk mengetepikan perasaan hatinya. Dia menjadi anggota tentera kerana tidak mahu peristiwa 13 Mei berulang lagi.

Tema Percintaan antara dua insan yang berbeza budaya. Mellisa seorang gadis berketurunan Cina, pernah menyulam kasih semasa zaman kanakkanaknya dengan budak keturunan Minang namun kecundang kerana kematian menjemput Hisyam akibat rusuhan 13 Mei. Setelah dewasa, Mellisa jatuh cinta dengan Syahid yang juga pemuda Melayu dan seiras Hisyam namun akhirnya terpaksa meninggalkan Syahid tanpa berita kerana telah dipanggil bertugas sebagai tentera. Persoalan 1. Pengorbanan demi cinta akan negara. Mellisa sanggup mengorbankan keperluan dirinya dengan meninggalkan orang yang dicintai untuk menyahut panggilan mempertahankan negara. 2. Persengketaan antara kaum Hasyim dan ibunya telah menjadi mangsa rusuhan kaum pada 13 Mei di Jalan Petaling semasa dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya di hadapan Stadium Negara. 3. Persoalan kesedaran terhadap sejarah negara. Mellisa yang pernah melalui zaman 13 Mei mengkaji sejarah peristiwa itu melalui tesisnya hingga menimbulkan rasa tanggung jawab kepada negara dan tanah air. Watak dan Perwatakan Watak Utama Mellisa ^_^ 54

Nama panggilannya ialah Mei. Gadis berketurunan Cina dan nenek moyangnya berasal dari Guangdong. Seorang yang lincah, suka bercakap dan bersifat terbuka.

Watak Sampingan Hisyam Berketurunan Minang. Seorang yang warak - rajin ke masjid terutama pada waktu maghrib. Penyayang - amat menyayangi Mellisa. Rajin sering membantu ibunya menjual kuih koci dan nasi lemak setiap pagi.

Syahid Pengarah Syarikat surat khabar Latar Latar Masa 1. Siang - Pertemuan antara Farid dan Mellisa dengan Syahid di syarikat surat khabar. 2. Senja atau waktu Maghrib - Hisyam ke masjid untuk sembahyang berjemaah. 3. 13 Mei berlakunya rusuhan kaum yang telah mengorbankan Hisyam. Latar Tempat 1. Pejabat Syahid - Mellisa dan Farid berjumpa atas urusan kerja 2. Rumah Mellisa, - Hisyam menumbuk anak orang putih yang memegang tangan Mellisa. 3. Kampung Baru- tempat responden Mellisa menghantar sahabat baiknya balik ke rumah pada 13 Mei 1969, yang akhirnya menyebabkan tunangnya meninggal dunia dan mukanya berparut semasa bergelut dengan perusuh. Latar Masyarakat 1. Masyarakat muda yang amat cinta akan Negara.Mellisa amat cinta akan negara lebihlebih lagi setelah mengetahui peristiwa yang menyebabkan rusuhan kaum yang berlaku pada zaman kanak-kanaknya dahulu. 2. Masyarakat berbilang kaum yang hidup harmoni.Keluarga Mellisa yang berketurunan Cina duduk sekampung dengan keluarga Hisyam dengan aman dan damai sehinggalah peristiwa berdarah 13 Mei berlaku. Wajahnya persis Hisyam. Berani dia berani menghulurkan salam perkenalan kepada Mellisa. Suka berterus terang dia berterus terang tentang perasaannya terhadap Mellisa.

^_^

55

3. Masyarakat pelajar yang gigih.Mellisa amat tekun menyiapkan tesisnya dengan membuat rujukan terperinci dengan menyemak pelbagai dokumen, buku, akhbar dan majalah. Gaya bahasa 1. Simile Kumisnya yang kecil bak satu garis hitam 2. Peribahasa Bertegang urat leher Tidak lari gunung dikejar. 3. Pesonifikasi Angin utara itu telah menyerbu masuk ke dalam biliknya. Nilai 1. Nilai kasih sayang Mellisa amat menyayangi Hisyam iaitu hero zaman kanak-kanaknya dan tetap terkenang akannya walaupun peristiwa yang meragut nyawa Hisyam telah lama berlalu. 2. Nilai kegigihan. Mellisa amat tekun dan gigih mencari maklumat tentang peristiwa yang mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969, dengan mengumpul bukti bukan sahaja melalui pembacaan daripada pelbagai dokumen, tetapi melalui pertemuan bersama-sama responden yang terlibat secara terus dengan peristiwa berdarah itu. 3. Nilai keberanian. Hisyam amat berani melindungi Mellisa. Hisyam telah menumbuk anak orang Inggeris yang memegang tangan Mellisa Pengajaran 1. Kita haruslah menyedari bahawa pertelingkahan antara kaum hanya akan menimbulkan masalah. 2. Kita haruslah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara agar pekerjaan yang kita lakukan akan membuahkan hasil yang memuaskan. 3. Kita janganlah mudah menyimpan dendam terhadap mereka yang melakukan kesalahan terhadap kita.

^_^

56

Biarkan Samudera (Raihanah Salleh)


Sinopsis Mir atau Amirah mengalami tekanan jiwa. Penyakit tersebut menyebabkan Mir tidak berminat terhadap banyak perkara dan sering menyisihkan diri daripada kawan-kawan serta masyarakat. Mir sering bercakap sendirian dan perlakuan peliknya itu telah disedari oleh sahabat baiknya Hakimah. Semuanya berpunca daripada rumahnya yang dahulu yang terletak di tepi pantai sudah dirobohkan untuk dijadikan tempat peranginan. Disebabkan itu, kehidupannya yang lampau hanya tinggal kenangan. Dia sering teringatkan masa silam bersama ayahnya yang bekerja sebagai nelayan serta pesanan-pesanan ayahnya. Keadaan Mir semakin membimbangkan disebabkan oleh ibunya juga telah meninggal dunia sejak dia kecil lagi. Semuanya datang menghantuinya. Menyedari hal itu, Hakimah sebagai kawan baik mengajak Mir ke kampungnya ketika cuti semester. Hakimah berusaha membantu Mir yang mengalami konflik jiwa itu dengan bantuan ibunya. Ibu Hakimah yang tahu keadaan Mir yang sering menyendiri itu, lalu menghadiahkan telekong berenda. Ibu Hakimah mahu Hakimah membantu Mir mengenali Tuhan yang satu. Kesannya, Mir mula beransur pulih daripada konflik jiwa yang dihadapinya itu. Mir berjanji akan menggunakan telekong pemberian ibu Hakimah. Keadaan ini menggembirakan Hakimah apabila melihat Mir semakin tenang dan beransur pulih. Tema Konflik dalaman yang dihadapi oleh seorang pelajar.Konflik dalaman yang dihadapi oleh pelajar yang bernama Amirah atau Mir adalah disebabkan oleh rumah ayahnya akan dirobohnya untuk dijadikan tempat peranginan. Oleh itu, beliau sering memikirkan akan kesan kehilangan rumah tersebut yang akan menyebabkan kenangan bersama ayahnya juga akan hilang. Jadi beliau sering menyendiri sehingga ada kalanya bercakap sendirian sehinggakan kaunselor menganggap kelakuan tersebut sebagai penyakit skizofrenia. Persoalan 1. Kemiskinan para nelayan Kehidupan nelayan yang digambarkan melalui watak ayah Amirah terlalu daif melalui keadaan rumah dan juga tempoh masa ayahnya yang berada di lautan. Malah segalagalanya serba kekurangan. 2. Keikhlasan dalam persahabatan Keprihatinan seorang sahabat untuk membantu rakannya yang mengalami tekanan perasaan dapat dilihat melalui usaha ikhlas Hakimah. Hakimah membawanya pulang ke kampung untuk bercuti. Malah, dengan bantuan ibunya yang menghadiahkan telekung akhirnya Amirah beransur pulih daripada tekanan perasaan tersebut. 3. Keinsafan untuk mendekati ajaran agama. Ibu Hakimah menghadiahkan kain telekung kepada Amirah agar beliau dapat mendekatkan diri kepada Tuhan. Usaha itu amat berkesan apabila Amirah mula berubah tingkah laku. Watak dan Perwatakan ^_^ 57

Watak Utama Mir / Amirah Anak seorang nelayan yang menuntut ilmu di universiti tempatan. Ibunya telah meninggal dunia ketika dia dilahirkan. Anak tunggal.

Watak Sampingan

Hakimah Gadis yang sedang menuntut di universiti tempatan bersama-sama dengan Amirah.

Sahabat yang baik - Sentiasa bersedia membantu rakannya yang mengalami tekanan perasaan. Penyayang - Hakimah amat baik dengan ibunya dan sentiasa berkongsi segala masalah kepada ibunya

Ayah Ayah kepada Amirah. Bekerja sebagai nelayan. Sudah tua Tinggal di rumah panjang di kampung.

Ibu Ibu kepada Hakimah Tinggal di kampung. Seorang yang baik hati - menghadiahkan Amirah telekung dengan niat agar Amirah mendekatkan diri dengan Tuhan.

^_^

58

Latar Latar Masa

- Ketika itu Amirah kembali teringat kata-kata dan juga pesanan ayahnya. - Hakimah mengajak Amirah berjalan-jalan di kota untuk menenangkan fikiran. Latar Tempat - tempat ayah Amirah yang menjadi nelayan mencari rezeki. Hakimah membawa Amirah bercuti juga menceritakan masalah Amirah. - Bapa Amirah tinggal di rumah panjang di kampung. Latar Masyarakat - Amirah menyayangi ayahnya yang tinggal di kampung. - Hakimah mengambil berat soal kesihatan sahabatnya yang mengalami tekanan perasaan. - Amirah dan Hakimah menuntut di Intitusi Pendidikan tinggi tempatan. Gaya Bahasa 1. Simile - Ayah sayangkan laut itu seperti ayah sayangkan kau Mir. 2. Sinkope kau, ku dan tak 3. Repitasi - Berpintal-berpintal dan bergulung-gulung. Berpintal-pintal dan bergulunggulung. Nilai 1. Nilai kasih sayang - Kasih sayang Amirah kepada ayahnya tidak pernah berbelah bahagi. 2. Nilai prihatin - Hakimah dan ibunya membantu Amirah untuk kembali sihat kerana kasihan kepadanya. 3. Nilai kesabaran Hakimah kelihatan sabar menghadapi dugaan yang melanda hidupnya apabila rumah mereka akan dirobohkan. Pengajaran

1. Kita hendaklah tolong-menolong sesama manusia terutama terhadap sahabat yang sedang dalam kesusahan. ^_^ 59

2. Kita mestilah sentiasa mengingati Tuhan kerana dengan mengingati Tuhan jiwa akan tenang untuk melalui kehidupan seharian. 3. Kita haruslah berfikiran rasional dalam menghadapi sebarang ujian daripada Tuhan agar kita tidak bertindak di luar batasan.

^_^

60

Gelanggang Tuk Wali (Ismail Kassan)


Sinopsis Babak 1 Ripin telah pergi ke rumah Tuk Wali, untuk memaklum jemputan bersilat di majlis perkahwinan rumah Haji Kodri. Kedatangannya disambut oleh Mak Umi. Tuk Wali mahu memenuhi jemputan tersebut walaupun demam,. Tuk Wali juga berbual dengan Ripin tentang kerakusan manusia yang menyebabkan kepupusan spesies pokok-pokok herba di hutan sebagaimana yang dilakukan oleh Si Guan. Tuk Wali kesal oleh sebab harga akarakar kayu semakin rendah Tuk Wali meminta Ripin memastikan murid-murid silat berkumpul kerana wartawan akan datang pada malam itu. Babak 2 Tuk Wali bersiap-siap untuk pergi ke rumah Haji Kodri dengan berpakaian baju Melayu yang lengkap dengan samping dan bersongkok. Tidak lama kemudian, Imam dan Siak berkunjung ke rumah Tuk Wali. Kedatangan mereka disambut oleh Mak Umi. Siak menyatakan perasaan tidak senang kerana, dia masih bersilat di gelanggang. Baginya Tok Wali sepatutnya menghabiskan masa di masjid. Mak Umi mempertahankan suaminya kerana selama ini suaminya tidak pernah tinggal solat berjemaah di masjid malah mengerjakan solat sunat setiap malam. Bagi Mak Umi, Tuk Wali hanya memenuhi hajat orang untuk memeriahkan majlis, tidak melanggar adat dan agama. Mak Umi meminta Imam dan Siak bercakap dengan Tuk Wali sendiri tentang hal itu. Dia juga akan memaklumkan nasihat Siak dan Imam kepada Tok Wali. Babak 3 Tuk Wali meluahkan rasa tidak senangnya terhadap Piee cucu tirinya, Piee yang telah memalukan dirinya di rumah Haji Kodri. Mak Umi mahu Tuk Wali mengubatkan Piee yang menagih dadah. Tuk Wali menyuruh Mak Umi menghalau Piee jika datang ke rumah itu lagi. Tuk Wali terlalu marah kepada Piee kerana dia telah mencuri wang tambang Tuk Wali ke Mekah yang berjumlah RM2000.00. Mak Umi memaklumkan nasihat Imam dan Siak kepada Tok Wali. Tuk Wali mengatakan bahawa dia boleh duduk berzikir di masjid tetapi dia juga perlu mengubatkan orang yang patah kaki, terseliuh, dan histeria. Tuk Wali mengimbas dirinya ketikamuda dahulu sering dipuji,dan dianggap hebat. Apabila dia sudah tua segala yang dilakukannya dipandang tidak elok. Mak Umi mencadangkan anak-anak muridnya seperti Ripin menggantikan tempatnya untuk bersilat di majlis kahwin. Tuk Wali mengatakan bahawa silat sudah sebati dengan dirinya. Tok Wali dikunjungi oleh Ripin dan Mariam. Tuk Wali menyarankan Ripin dan Mariam mengambil tempatnya untuk mengajar silat tetapi mereka berdua tidak bersedia Mereka merayu agar Tuk Wali terus mengajarkan silat. Tuk Wali mengambil sebilah keris dan menceritakan asal usul keris tersebut Tok Wali merasakan Ripinlah yang layak untuk menjadi pewaris keris itu. Dua orang wartawan dari majalah Pejuang, iaitu Halim dan Jamil datang ke rumah Tuk Wali untuk menemu ramahnya.. Piee cucu tiri Tuk Wali yang baru keluar dari pusat pemulihan muncul. Setelah kedua-dua wartawan itu pulang, Tuk Wali menampar dan memarahi Piee kerana masuk ke dalam biliknya. Empat orang pemuda telah datang ke rumah Tuk Wali. Menyangka Tuk Wali ^_^ 61

tiada di rumah mereka bermain gitar, menyanyi sambil menari-nari. Tuk Wali memarahi mereka. Salah seorang pemuda telah ditampar oleh Tuk Wali kerana bersikap biadap. Babak 4 Siak datang ke rumah Tuk Wali dan mencabar Tuk Wali agar bersilat dengannya. Siak berasa marah kerana Tuk Wali telah menampar cucunya yang mahu belajar silat. Mereka bertarung menggunakan sundang. Mak Umi mencari Ripin untuk meleraikan pergaduhan tersebut. Ripin berjaya mengunci pergerakan Siak. Ripin mencadangkan Tuk Wali dan Siak menyelesaikan masalah dengan cara berunding.. Mak Umi menyuruh Ripin menghantarnya ke rumah Berahim kerana dia tidak mahu melihat pergaduhan antara Tuk Wali dengan Siak. Siak akhirnya meninggalkan rumah. Tuk Wali yang kepenatan dan akhirnya terlena dibuai mimpi indah. Babak 5 Piee masuk ke rumah Tuk Wali dan mengambil biola serta sebilah keris yang tersisip di dinding beranda itu. Tuk Wali menyedari perkara itu dan marahi Piee Kemudian berlaku pergaduhan dan pertikaman antara Tuk Wali dengan Piee. Semasa Tuk Wali ingin mengambil biola yang dijatuhkan oleh Piee, Tuk Wali ditikam oleh Piee. Tikaman itu terkena di perut Tuk Wali. Tuk Wali dapat mengambil keris daripada tangan Piee. Tuk Wali semakin lemah apabila banyak darah keluar daripada lukanya. Ripin terkejut apabila melihat Tuk Wali yang terbaring berlumuran darah. Ripin mahu menghantar Tuk Wali ke hospital tetapi Tuk Wali enggan. Tuk Wali sempat menyerahkan keris tersebut kepada Ripin sebelum meninggal. Ripin ingin menuntut bela atas kematian Tuk Wali. Dia menyangka Siak yang membunuh Tuk Wali. Siak dan Imam muncul dan melihat Ripin memegang keris dalam keadaan Tuk Wali telah terbujur kaku. Imam menyangka bahawa Ripin telah membunuh Tuk Wali. Berlaku tuduh menuduh antara Siak dan Ripin Mariam dan Mak Umi sampai lalu menerpa ke arah mayat Tuk Wali. Mak Umi dan Mariam ingin tahu orang yang membunuh Tuk Wali. Siak dan Ripin saling menuduh sekali lagi. Mak Umi menafikan Ripin membunuh Tuk Wali. Pemikiran Drama Pemikiran drama Tok Wali ialah perjuangan mempertahankan warisan budaya bangsa.Tok Wali mengajarkan ilmu persilatan sejak 50 tahun lalu kepada pemuda-pemudi kampung. Dia juga mematuhi pantang larang mencari pokok-pokok kayu herba di hutan demi memelihara warisan hutan tersebut pada masa akan datang. Persoalan 1. Sikap hormat menghormati dalam kalangan masyarakat terhadap orang yang berilmu .Ripin amat menyanjung tinggi Tok Wali yang telah mengajarnya ilmu silat. 2. Budaya warisan bangsa yang diremehkan.Ada sesetengah penduduk kampung yang mencemuh Tok Wali kerana bersilat dalam majlis perkahwinan. 3. Masalah penagihan dadah yang sukar dirawat.Piee yang baru keluar dari pusat pemulihan kembali menagih kerana tidak dipantau oleh ibu bapanya. Watak dan Perwatakan Watak Utama ^_^ 62

Tok Wali Nama sebenarnya ialah Wak Raja Waliudin bin Raja Agus. Ripin Anak murid Tok Wali Berusia dalam lingkungan 30-an Anak murid yang dipercayai oleh Tok Wali untuk mewarisi kerisnya Dia berumur dalam lingkungan 70-an. Dia merupakan guru silat yang membuka gelanggangnya sendiri di halaman rumah.

Mak Umi Latar Latar masa 1.Pada waktu pagi Ketika Ripin datang ke rumah Tok Wali. 2. Pada waktu petang Ketika Tok Wali bersiap sedia hendak pergi ke majlis kenduri di rumah Haji Kodri. 3. Pada waktu malam Ketika Tok Wali bermain biola dan berbual-bual dengan Mak Umi. Latar tempat 1. Di rumah Tok Wali 2 orang pemberita datang menemu ramah Tok Wali di rumahnya. 2. Di gelanggang silat Tok Wali bertarung dengan Siak di gelanggang silat. Latar masyarakat 1. Masyarakat yang mempertahankan warisan bangsa. Tok Wali mengajarkan ilmu silat supaya dapat diwarisi oleh anak-anak muda kampungnya. 2. Masyarakat yang beradab. Tok Wali memenuhi jemputan Haji Kodri supaya membuat pertunjukan silat di majlis kenduri di rumahnya. 3. Masyarakat yang saling menghormati.Ripin menghormati Tok Wali kerana memiliki ilmu persilatan dan melayan percakapan Tok Wali dengan sopan. ^_^ 63 Dia ialah isteri Tok Wali. 2. Berusia dalam lingkungan 50-an. Dia mahir ilmu persilatan semasa muda.

Gaya bahasa 1. Penggunaan bahasa Arab Assalamualaikum, Insya-Allah , Astagfirullahalazim 2. Bahasa Inggeris Sorryl-ah.. 3. Bahasa Indonesia Bisa copot jantungku Nilai 1.Nilai ketegasan Tok Wali tegas dengan pendiriannya mahu bersilat di majlis perkahwinan anak Haji Kodri kerana baginya perbuatannya itu tidak salah. 2.Nilai keberanian Tok Wali berani bertarung dengan Siak apabila Siak datang menyerangnya. 3.Nilai taat akan perintah agama Tok Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid dan rajin menunaikan solat sunat. Pengajaran: 1. Kita hendaklah mempertahankan warisan bangsa agar generasi akan dating berpeluang mendapat manfaatnya. 2. Kita hendaklah menghormati guru dan orang yang lebih tua daripada kita kerana mereka banyak berjasa kepada kita. 3. Kita hendaklah sentiasa menghulurkan bantuan kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan agar masyarakat hidup harmoni.

^_^

64

Forum Remaja 2020 (Sharif Shaary)


Sinopsis Forum Remaja 2020 memaparkan peranan dan tanggungjawab tiga orang remaja iaitu Salmah, Chandran dan Chong menjelang tahun 2020. Mereka berjumpa dengan dua orang makhluk Utopia yang yang datang ke bumi untuk menjayakan satu misi. Kedatangan mereka didorong atas rasa tanggungjawab moral untuk mengingatkan makhluk bumi bahawa situasi kini sudah mencapai tahap kritikal ke arah kemusnahan. Makhluk Utopia memilih Malaysia kerana Malaysia berpotensi untuk dimajukan sebagai sebuah negara model dunia dalam menegakkan keamanan dan peningkatan moral sejagat. Mereka berpendapat segala pembangunan sekarang bukan sumbangan generasi muda yang diwakili oleh Salmah, Chandran dan Chong tetapi sumbangan generasi yang terdahulu. Generasi muda kini belum berbuat apa-apa. Sebagai bakal pemimpin masa depan, remaja perlu mempunyai jati diri yang kental, berilmu pengetahuan dan memiliki moral yang tinggi bagi merealisasikan matlamat tersebut.Masalah keruntuhan moral generasi muda berada dalam satu era kritikal dari segi moral, sosial dan mental. Mereka mesti bersatu padu sesama rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bersemangat patriotik dan mengamalkan nilai keagamaan dalam aspek kehidupan. Apabila kedua-dua makhluk Utopia itu beredar, ketiga-tiga remaja itu pun tersedar dan mereka rupanya bermimpi. Ketiga-tiga remaja itu berbincang tentang kritikan yang diberi oleh makhluk Utopia dan mereka menyetujuinya. Sebagai remaja, mereka perlu merancang strategi kepimpinan untuk merealisasikan pembangunan negara di samping melahirkan generasi yang berdisiplin . Pemikiran Peranan dan tanggungjawab remaja untuk merealisasikan Wawasan 2020 yang diwakili oleh watak Salmah, Chandran dan Chong. Persoalan 1. Remaja sebagai pemimpin negara pada masa hadapan. 2. Kepentingan ilmu pengetahuan dalam diri remaja. 3. Kepentingan penghayatan nilai keagamaan dalam kehidupan. Watak dan Perwatakan Watak Utama Salmah Mahasiswa berusia 22 tahun Wajah tipikal seorang gadis Melayu dan berkulit sawo matang Berfikiran objektif, terbuka ,petah dan berani mengemukakan pendapat - Salmah berdialog dengan Chong yang menegaskan bangsa yang maju ialah bangsa yang sanggup menerima kritikan

^_^

65

Chandran Chong Mahasiswa berusia 22 tahun Wajah tipikal seorang pemuda Cina fasih berbahasa Melayu dan bijak berhujah Mudah emosional dan cepat sejuk - Chong marah kerana tidak bersetuju dengan pendapat Makhluk Utopia bahawa generasi mereka belum buat apa-apa. Mahasiswa berusia 22 tahun Wajah tipikal seorang pemuda India dan fasih berbahasa Melayu Berperawakan sederhana

Watak Sampingan Makhluk Utopia I dan II Makhluk asing dari planet Utopia Latar Latar masa Waktu petang pada tahun 2020 Latar tempat Kampus universiti tempat Salmah, Chandran dan Chong belajar Latar masyarakat 1. Masyarakat kampus - Salmah, Chandran dan Chong. 2. Masyarakat dari planet Utopia - Makhluk Utopia 1 dan 2. 3. Masyarakat yang bijak berhujah - Salmah dan Chandran berhujah dengan makhluk Utopia. Gaya Bahasa Kata ganda, contohnya bangunan-bangunan Sinkope, contohnya tak ada satu pun yang baik Peribahasa, contohnya bersatu kita teguh, bercerai kita roboh Watak mereka muncul dalam mimpi Bijak mengemukakan pendapat - Makhluk Utopia memberikan pendapat bahawa makhluk bumi berada dalam situasi yang kritikal ke arah kemusnahan.

^_^

66

Nilai 1. Nilai keberanian - Tiga sahabat berani berhujah dengan makhluk Utopia tentang cabaran untuk membangunkan negara. 2. Nilai cinta akan tanah air - Tiga sahabat menunjukkan kecintaan akan negara dan mahu menjadi pemimpin pada masa akan datang. 3. Nilai baik hati - Makhluk Utopia baik hati dengan menasihati dan memberi teguran kepada penduduk bumi Pengajaran 1. Kita hendaklah mengutamakan perpaduan kaum dan mengamalkannya dalam hidup bermasyarakat seperti yang ditunjukkan oleh Salmah, Chandran dan Chong. 2. Remaja hendaklah memahami, menghayati dan mengamalkan nilai keagamaan dalam kehidupan. 3. Remaja hendaklah mempunyai rasa tanggungjawab dan memiliki jati diri yang kental.

^_^

67

Cempaka Berdarah (A.Rahim Abdullah)


Sinopsis Babak 1 Drama Cempaka Berdarah mengisahkan Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah. Mereka menanti kepulangan Zaman yang belajar di sebuah universiti di Kuala Lumpur. Kemudiannya, mereka terdengar orang memanggil di luar rumah. Mereka mengintai melalui lubang pintu dan mendapati seorang lelaki Orang Putih muncul. Mak Jah menyuruh Cempaka masuk ke biliknya. Orang Putih itu memperkenalkan dirinya sebagai Prof. Peter , pensyarah Antropologi dan Sosiologi dan merupakan pensyarah Zaman di universiti. Dalam perbualan mereka, Prof. Peter meminta Mak Jah menasihati Zaman supaya belajar betulbetul sekiranya hendak berjaya. Prof. Peter bertanya tentang Cempaka apabila melihat gambar Cempaka di dinding. Babak 2 Semasa Zaman dan Cempaka mengambil buah bidara dan akar kayu di sebuah belukar, zaman menyuruh Cempaka pulang untuk mengambil parang. Mereka berbincang tentang bonsai dan ukiran akar kayu. Semasa Cempaka pulang mengambil parang, Prof. Peter muncul ditemani oleh Malik. Berlaku pertengkaran kecil antara mereka. Ketika Zaman mengambilkan Cempaka bunga kenanga, Prof. Peter dan Malik muncul semula. Berlaku lagi pertengkaran antara Prof. Peter dan Zaman. Prof. Peter mempersoalkan rambut Cempaka yang berwarna perang. Zaman membuat kesimpulan, Maliklah yang menjadi orang perantaraan Prof. Peter. Dia juga mendakwa Cempaka ialah adiknya yang dicari-cari selama ini. Semasa perang Jepun, ibunya telah menyembunyikan adiknya di tebing sungai Bukit Putih dan ditemui oleh Mak Jah. Dia hendak mengambil Cempaka dan mahu adiknya itu hidup dalam keluarganya. Sewaktu pertengkaran berlaku, Prof. Peter ternampak seekor ular lalu melepaskan tembakan. Cempaka rebah berlumuran darah. Mak Jah meraung melihat keadaan Cempaka. Zaman berasa marah dan berlaku pergelutan antara Zaman dan Prof. Peter. Prof. Peter telah melarikan diri ke dalam hutan. Zaman mengejarnya dengan parang. Tiba-tiba terdengar satu das tembakan dan semuanya tercengang. Mak Jah bersyukur kerana Zaman selamat dan mengangkat Cempaka yang tidak sedarkan diri itu. Pemikiran Keberanian mempertahankan hak dan maruah keluarga daripada dirampas oleh orang luar. Zaman bertindak dengan berani dan bersungguh-sungguh ketika bertengkar dengan Prof. Peter. Persoalan 1. Persoalan kasih sayang sesama insan tidak mengenal agama dan keturunan. 2. Persoalan pendidikan penting untuk mengubah dan membela nasib diri dan keluarga. 3. Persoalan mempertahankan hak dengan cara yang betul. ^_^ 68

Watak dan Perwatakan Watak Utama Zaman Anak Mak Jah dan abang angkat kepada Cempaka. Dia merupakan penuntut di university di Kuala Lumpur. Dia merupakan tukang urut, penggali kubur, tok mudim, dan boleh merawat beberapa jenis penyakit.

Mak Jah Ibu Zaman dan ibu angkat kepada Cempaka Dia seorang yang penyayang .Mak Jah amat menyayangi Cempaka walaupun hanya anak angkat. Dia seorang yang tegas.Mak Jah tetap dengan pendiriannya bahawa Cempaka itu anaknya walaupun diterangkan oleh Prof. Peter.

Prof.Peter Seorang lelaki Inggeris Pensyarah sosiologi di sebuah universiti tempatan.. Dia seorang yang bijak.Dia menggunakan alasan sedang membuat kajian sejarah dan melindungi tujuan sebenar mencari adiknya yang hilang.

Latar Latar masa 1. Pada sekitar tahun 60-an 2. Pada waktu menjelang tengah hari .Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah dan menunggu Zaman pulang dari Kuala Lumpur. 3. Pada waktu petang .Ketika Zaman dan Cempaka berada di pinggir hutan dan terserempak dengan Malik serta Prof.Peter. Latar tempat 1. Di rumah Mak Jah .Prof.Peter datang ke rumah Mak Jah untuk menyiasat tentang adiknya. 2. Di pinggir belukar dalam kampung .Zaman dan Prof. Peter bertengkar tentang Cempaka. Latar masyarakat 1. Masyarakat yang mempertahankan hak.Mak Jah dan Zaman mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Prof. Peter kerana Cempaka telah dipelihara sejak kecil oleh Mak Jah. 2. Masyarakat yang penyayang .Mak Jah menyayangi anak-anaknya.Prof Peter juga menyayangi adiknya .

^_^

69

3. Masyarakat yang tidak mementingkan pendidikan wanita.Mak Jah tidak menghantar Cempaka bersekolah tinggi. Gaya bahasa 1. Sinkope Tuan nak buat apa di sini? Mak Jah tak adakah anak lelaki? 2. Peribahasa Keras hati, keras kepala 3. Kata ganda betul-betul, lihat-lihat Nilai 1. Nilai kasih sayang.Mak Jah amat menyayangi Cempaka walaupun Cempaka hanya anak angkat. 2. Nilai keberanian.Zaman berani mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Prof Peter. 3. Nilai hormat-menghormati.Mah Jah menghormati tetamunya Prof. Peter dan melayannya dengan ramah. Pengajaran 1. Kita hendaklah berusaha mempertahankan apa-apa yang menjadi hak kita dengan cara yang betul agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini. 2. Kita hendaklah menghormati masyarakat tempatan jika kita berkunjung ke tempat mereka supaya kita tidak mendapat kesusahan. 3. Janganlah kita menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan sesuatu masalah kerana perbuatan itu membahayakan kita.

^_^

70

Melunas Rindu (Hartini Hamzah)


Sinopsis Fuad ialah seorang pemuda yang berketurunan Cina dan beragama Islam. Selain nama Fuad, dia juga memiliki dua nama lain iaitu Joshua dan Abdul Halim. Ayahnya ialah Robert Lim yang berketurunan Cina dan berkahwin dengan Mariana yang berketurunan Melayu. Walau bagaimanapun, hidupnya penuh dengan liku kerana sejak kecil lagi dia tidak mengenali dan tidak mendapat kasih sayang daripada ibu dan bapanya. Dia dibesarkan oleh Peter Lim iaitu bapa saudaranya yang juga adik kepada Robert Lim iaitu ayah kandungnya yang sebenar. Selepas itu dia menjadi anak angkat kepada Pak Ismail dan Mak Salmah. Fuad berusaha untuk mencari kubur ibunya yang disangkanya sudah meninggal dunia. Fuad yang telah diminta moral daripada Pak Ismail, Mak Salmah, Peter Lim, Swee Lan, dan Robert Lim sendiri memberikan bantuan untuk mengesan ibunya melalui cincin yang diberikan Robert Lim kepada Mariana. Selain itu, Fuad juga dibantu oleh Pak Said dan Pak Ngah Lias untuk mengesan kubur ibunya itu. Akhirnya Fuad mendapat maklumat bahawa ibunya tidak meninggal dunia dan masih hidup. Fuad telah ditawarkan sebagai guru sandaran tidak terlatih di Sekolah Menengah Seri Setia oleh Cikgu Abas. Setelah mempertimbangkan Fuad telah menerima tawaran tersebut. Di sekolah itu Fuad telah berkenalan dengan Farhana yang menjadi Ketua Panitia Bahasa Inggeris di sekolah yang sama. Fuad sentiasa memberikan komitmen yang tinggi terhadap tugasnya dan hubungannya menjadi semakin rapat dengan Farhana. Hubungan yang rapat itu akhirnya melahirkan perasaan cinta yang suci antara mereka berdua. Walau bagaimanapun, perasaan itu terpaksa diubah kerana hubungan mereka sebenarnya adalah sebagai adikberadik daripada ibu yang sama tetapi berlainan bapa. Sementara itu Farhana menghadapi konflik dengan Cikgu Zamani di sekolah. Hal ini demikian kerana, Cikgu Zamani selalu mengkritik dan mengutuknya dengan pelbagai kritikan dan kutukan. Farhana pula mengatakan bahawa Cikgu Zamani tidak sepatutnya ponteng kelas dan tidak menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya. Sepatutnya cikgu Zamani melakukan tindakan yang selaras dengan perkara yang dikatakannya. Dia selalu mengatakan orang lain sahaja yang melakukan kesalahan dan kesilapan tetapi tidak menyedari bahawa dia sendiri melakukan kesalahan. Fuad pula menunjukkan keprihatinannya dengan mengambil berat terhadap Farhana. Sebagai contohnya, Fuad mengajak Farhana menaiki keretanya dan dia menghantar Farhana ke rumah ibu Farhana di Kuantan. Selain itu, Fuad juga menemani Farhana di hospital ketika ibu Farhana, iaitu Mariana yang diserang sakit lelah dimasukkan ke hospital. Ketika berada di hospital itulah Fuad mengetahui bahawa nama emak Farhana itu sama dengan nama ibu kandungnya selepas terpandang nama emak Farhana pada rekod catatan perubatan ibu Farhana. Fuad terpaksa menenangkan perasaan Farhana yang agak sukar menerima hakikat bahawa mereka berdua ialah adik-beradik. Fuad cukup bersedia untuk menerima hakikat itu kerana dia sudah biasa hidup dalam keadaan yang penuh dengan cabaran dan masalah. Ayah kandung Fuad juga mengesali perbuatan silamnya yang meninggalkan Mariana selepas tiga bulan berkahwin tanpa sebarang berita. Robert Lim memohon maaf daripada Pak Ismail, Mak Salmah dan juga Mariana atas kesalahan-kesalahannya itu. Fuad juga akhirnya menerima hakikat bahawa Robert Lim ialah ayah kandungnya, Mariana sebagai ibu kandungnya dan juga Farhana sebagai adik kandungnya.

^_^

71

Tema Ketabahan hati seorang saudara baru yang mencari asal usul dirinya.Fuad kehilangan ibu semenjak kecil dan menjalani kehidupan sebagai Joshua dan berhadapan dengan bapa dan bapa saudaranya. Setelah menjalani kehidupan baru , Fuad rindu akan ibunya. Dalam mengubati kerinduannya , Fuad mencari pusara ibunya dan saudara sebelah ibunya. Kerinduannya terubat apabila dia bertemu dengan ibu kandungnya semula yang disangkakan telah meninggal dunia. Persoalan 1.Ketaatan seorang saudara baru kepada perintah agama contohnya,Fuad sentiasa menunaikan solat secara berjemaah. 2. Sikap mengenang budi contohnya,Fuad sanggup membiayai persekolahan adik-adik sepupunya , Mei Lan dan Ah Soh sebagai membalas budi bapa saudaranya , Peter Lim yang telah membesarkannya selama ini. 3. Sikap bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang diamanahkan contohnya, Farhana melaksanakan tugas sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia dengan penuh tanggungjawab dengan mengadakan program yang sesuai sebagai ketua . Farhana berkelulusan ijazah pendidikan dari London. Watak Dan Perwatakan Watak Utama Berdarah kacukan Cina dan Melayu, iaitu ayahnya berketurunan Cina dan emaknya pula berketurunan Melayu. Guru sementara yang mengajarkan Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia. Dedikasi terhadap tugasnya sebagai guru.

Watak Sampingan Farhana Bertubuh kecil Seorang yang periang Dia juga menyimpan perasaan sayang terhadap Fuad.

Pak Ismail Suami Mak Salmah Penyayang.Seorang suami yang penyayang. Pak Ismail menjaga Mak Salmah yang sakit akibat kematian anak mereka Sofea Taat perintah agama.Tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di surau.

Mak Salmah Baik hati.Menjaga makan minum Fuad dengan baik walaupun masih marah akan tindakan Fuad melarikan Sofia dari jagaannya. Penyayang.Mak Salmah amat menyayangi Sofia sehingga jatuh sakit selama sebulan selepas kematian Sofia

^_^

72

Taat akan suami.Mak Salmah tidak membantah tindakan Pak Ismail membenarkan Fuad tinggal bersama-sama mereka waaupun dia amat marah akan perbuatan Fuad melarikan Sofia.

Mariana Ibu kepada Farhana dan Fuad Berkahwin dengan Robert Lim dan Fakrudin Anak kepada Osman Tinggal di Lembah Klau
Latar Latar Masa 1.Waktu Pagi . Fuad sampai di Sekolah Menengah Seri Setia untuk memulakan tugasnya sebagai guru pada pukul tujuh lima belas pagi. 2.Waktu Petang . Fuad mengajak Farhana keluar dan makan pada hari ulang tahun Farhana pada waktu petang. 3.Waktu Malam . Fuad pergi ke rumah Cikgu Zamani yang menjemputnya untuk makan malam. Latar tempat 1.Di restoran. Fuad dan Farhana mengelilingi pusat bandar dahulu sebelum singgah di Restoran Terapung di Taman Syahbandar. 2.Di rumah Pak Ismail. Pak Ismail sudah bersiap-siap untuk ke surau pada pukul tujuh dua puluh ketika Fuad tiba di rumah Pak Ismail. 3.Di sekolah. Suasana di sekolah iaitu di bangunan Blok C, Sekolah Menengah Seri Setia masih bising dan hingar-bingar walaupun kelas lanjutan sudah dijalankan. Latar Masyarakat 1.Masyarakat yang suka menolong orang ketika memerlukan bantuan.Contohnya, Fuad menolong kawannya Borhan dengan membawa anak Borhan yang demam panas ke klinik pada suatu malam. 2.Masyarakat yang taat dan patuh terhadap agama .Contohnya, Fuad dan Pak Ismail tidak pernah mengabaikan solat lima waktu dan mereka kerap pergi ke surau untuk menunaukan solat secara berjemaah. Rujuk halaman 5. 3.Masyarakat guru yang dedikasi terhadap tugas .Contohnya, Farhana dan Fuad begitu komited dan dedikasi terhadap tugas mereka ssebagai guru dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi anak-anak murid mereka. Gaya Bahasa 1.Simile Dia selamnya yakin,orang yang dipujuknya sekarang ibarat sebutir permata. 2.Metafora Betapa pun cuma anak angkat benar-benar mengheretnya ke lurah api. 3.Sinkope ^_^ 73

Pak Mail tak suruh kau buat kerja-kerja semua tu Fuad.Lagipun Mak Mah kau .. Nilai 1.Nilai Kegigihan.Kegigihan Fuad menjejak ibu kandungnya membuahkan hasil apabila akhirnya Fuad Berjaya menemukan ibu kandungnya. 2.Nilai Berdedikasi.Fuad dan Farhana menjalankan kerja dengan penuh dedikasi untuk meningkatkan prestasi pelajar. 3.Nilai Keihklasan.Fuad membantu Borhan membawa anaknya yang sakit untuk mendapatkan rawatan. Pengajaran 1.Kita hendaklah sentiasa menghormati ibubapa.Contohnya,Fuad tetap menyayangi ibubapanya walaupun sudah sekian lama tidak bertemu. 2.Kita hendaklah berusaha sehingga beroleh kejayaan.Contohnya,Fuad gigih meneruskan pencarian ibunya sehingga akhirnya dapat bertemu dengan ibunya kembali. 3.Kita mestilah mengerjakan suruhanNya.Contohnya,Fuad tetap menunaikan solat walauupun menjadi musafir semasa dalam perjalanan pulang ke kampong.

^_^

74

You might also like