Forum Semantik

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

Salam Satu Malaysia.

Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang bermaksud penting atau bererti. Kata bererti membawa maksud makna yang diertikan sebagai sesuatu peristiwa yang diharapkan (Tarigan, 1985:9). Semantik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Menurut Ferdinand de Saussure, semantik merupakan bahasa yang diucapkan untuk menyampaikan makna. Choamsky berpendapat bahawa semantik bermaksud makna ayat ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat digunakan. Namun, semantik bukan sahaja merujuk kepada makna tetapi juga kepada perkembangannya yang disebut semantik sejarah (M.Breal, 1893) Kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks, hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik. Leech (1983: 6 (dalam Gunarwan 2004: 2)) melihat pragmatik sebagai bidang kajian dalam linguistik yang mempunyai kaitan dengan semantik. Keterkaitan ini ia sebut semantisisme, yaitu melihat pragmatik sebagai bagian dari semantik; pragmatisisme, yaitu melihat semantik sebagai bagian dari pragmatik; dan komplementarisme, atau melihat semantik dan pragmatik sebagai dua bidang yang saling melengkapi.

Sepotong ayat dapat menerbitkan beberapa maksud yang tertentu. Hal ini demikian bergantung pada intonasi ayat itu diucapkan. Ayat yang dapat menghasilkan pelbagai maksud dikatakan ayat yang mempunyai unsur ketaksaan (ambiguity). Dengan kata lain, ketaksaan ditakrifkan sebagai sifat binaan atau konstruksi yang dapat diberi lebih daripada satu tafsiran. Contoh: 1. Ibu bapa Mustafa telah meninggal dunia.

Ayat ini mengandungi unsur ketaksaan kerana dapat diertikan sebagai ibu kepada bapa (iaitu nenek) Mustafa telah meninggal dunia, atau kedua-dua ibu bapa Mustafa telah meninggal dunia. Untuk dapat mengenal pasti perbezaan erti ini, kita perlu, secara intuisi, menyedari kewujudan dua jenis binaan ayat yang berbeza. Kita begitu mudah memahami maksud yang terkandung dalam ayat ini jika diucapkan dengan lagu bahasa (intonasi) yang berbeza bersesuaian dengan maksud yang hendak disampaikan.

Dalam ayat 1 di atas, jika kita meletakkan tekanan pada kata ibu, kemudian diikuti dengan jeda (hentian sebentar), pastilah ayat ini menyatakan bahawa ibu kepada bapa Mustafa (nenek Mustafa) telah meninggal dunia. Sebaliknya, jika tiada tekanan pada perkataan ibu dan tanpa jeda dalam mengucapkan ayat tersebut, maka maksud yang terkandung menyatakan bahawa keduadua ibu bapa Mustafa yang meninggal dunia, bukan neneknya. Jelas bahawa dalam ujaran, intonasi dan jeda memainkan peranan sebagai penentu kepada maksud yang didukung oleh sesuatu ayat. Dalam bentuk tulisan, hal ini dapat dijelaskan dengan penggunaan tanda baca untuk menentukan ketaksaan ayat berkenaan.

Salam Satu Malaysia. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat mandefinisikan taksa ialah sesuatu yang mempunyai makna yang kabur, menyangsikan, meragukan, boleh menimbulkan lebih daripada satu makna atau tafsiran. Darwas Harahap, 1994: 41 menyatakan taksa ialah ayat ayat yang tidak pasti maknanya. Kekaburan pula dapat dibahagikan kepada empat jenis yang dijumpai dalam bahasa. Jenis pertama ialah kekaburan rujukan, kedua ketidakpastian makna, ketiga kurang ketentuan pada makna item itu dan keempat pertentangan pada penentuan makna item. Kekaburan rujukan bermaksud item itu pada dasarnya sudah cukup jelas tetapi sukar ditentukan sama ada item itu dapat digunakan pada benda-benda tertentu. Menurut Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Rain Shaari (2009), ketaksaan bermaksud kata, frasa atau ayat yang tidak pasti maknanya. Soenjono Dardjowidjojo (2007), ayat yang mempunyai lebih daripada satu makna. Dalam situasi menerima sesuatu ayat yang taksa, pembaca meneka makna ayat tersebut mengikut kefahaman mereka, namun ayat itu memberi makna yang lain Saya setuju dengan pendapat yang diberi. Semantik ialah kajian tentang makna linguistik bagi morfem, perkataan, frasa, klausa dan ayat dalam bahasa manusia ( Lyons, 1977: 137). Sementara Ellis (1966:33) mentakrifkan semantik sebagai penggunaan bahasa untuk membuat sesuatu. Pragmatik pula meliputi penggunaan bahasa yang berkaitan dengan konteks serta khusus untuk komunikasi linguistik ( Morris, 1964:117 ). Ellis ( 196:93) mentakrifkan pragmatik sebagai penggunaan bahasa semasa membuat sesuatu. Semantik dan pragmatik merupakan gambaran akal dan rujukan bagi sebarang simbol yang boleh terdiri daripada pelbagai jenis seperti warna, bentuk gerak-geri bunyi bahasa (Hashim, 2006: 79 ). Rujukan ialah proses memperoleh dan

memberikan pengertian, makna sebenar dan makna konteks tentang alam persekitaran yang menyentuh kehidupan sosial dal alam fizikal.

Salam Satu Malaysia.Semantik merupakan satu bidang semantik yang mempelajari tentang makna.Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang luas mencakupi kebanyakan daripada struktur dan fungsi bahasa dan juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah dan antropologi.Odgen dan Richard dalam buku The Meaning of Meaning (1956) memberikan 16 pengertian dan erti bagi makna; antaranya ialah suatu yang intrinsik, pokok, kemahuan dan suatu peristiwa yang diharapkan.Bloomfield mentakrifkan makna sebagai suatu bentuk linguistik sebagai keadaan apabila penutur tersebut mengujarkannya dengan gerak balas yang dijangkakan daripada pendengar. Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra'in Shaari menyatakan semantik merupakan kajian makna istilah. Berasal daripada perkataan Greek "semantikos" yang membawa maksud "erti yang penting".Kajian makna dalam bahasa Melayu menurut penggolongan semantik adalah cabang linguistik - yang berperanan semata-mata untuk meneliti - makna kata bagaimana asal mulanya - bagaimanaperkembangannya dan apakah sebab-sebab terjadi perubahan makna dalam sejarah bahasa.Kata semantik bidang linguistik yang mempelajari hubungan antara tanda-tanda linguistik dengan hal-hal yang ditandainya. Mempelajari makna atau erti dalam bahasa. Pragmatik pula menghuraikan makna berdasarkan konteks. Pragmatik adalah kajian tentang penggunaan bahasa dalam konteks. Pragmatik berfokus pada bagaimana penutur atau penulis menggunakan pengetahuan mereka untuk menyatakan suatu makna (Bloomer, 2005:78). Pragmatik pula mempelajari makna secara eksternal iaitu makna adalah maksud penutur yang terikat konteks (Wijana, 1996:2). Pragmatik memperlakukan makna sebagai suatu hubungan yang melibatkan tiga segi iaitu bentuk, makna, dan konteks.

Kata semantik sebenarnya merupakan istilah teknikal yang merujuk pada kajian tentang makna. Istilah ini merupakan istilah baru dalam bahasa Inggeris. Para ahli bahasa memberikan pengertian semantik sebagai cabang ilmu bahasa yang mengkaji hubungan antara tanda-tanda linguistik atau tanda-tanda lingual dengan hal-hal yang ditandainya (makna). Istilah lain yang pernah digunakan perkara yang sama adalah semiotika, semiologi, semasiologi, dan semetik. Perbincangan tentang makna kata pun menjadi objek semantik. Itu sebabnya Lehrer (1974:1) mengatakan bahawa semantik ialah kajian tentang makna (lihat juga Lyons 1, 1977:1), bagi Lehrer semantik merupakan bidang kajian yang sangat luas kerana turut menyinggung aspekaspek struktur dan fungsi bahasa sehingga dapat dihubungkan dengan psikologi , falsafah, dan antropologi. Pendapat yang berbunyi "semantic adalah kajian tentang makna" dikemukakan pula oleh Kambartel (dalam Bauerle, 1979:195). Menurutnya semantik mengandaikan bahawa bahasa terdiri dari struktur yang menampakkan makna apabila dikaitkan dengan objek dalam pengalaman dunia manusia. Sedangkan Verhaar (1983:124) mengatakan bahawa semantik bererti teori makna atau teori erti. Batasan yang hampir sama dijumpai pula dalam Ensiklopedia Britanika (Encyclopaedia Britannica, Vol. 20, 1965:313) yang terjemahannya "Semantik adalah kajian tentang hubungan antara suatu pembeda linguistic dengan hubungan proses mental atau simbol dalam aktiviti bicara." Soal makna menjadi urusan semantik. Berdasarkan penjelasan ini dapat disimpulkan bahawa semantik ialah subdisiplin linguistik yang membicarakan makna. Dengan kata lain semantik berobjekkan makna.

.Antara lain yang disentuh oleh bidang semantik ialah persoalan tentang perbezaan antara makna tatabahasa dan makna kamus (leksis), penentuan perkataan-perkataan seerti (synonyms) dan perkataan-perkataan yang berlainan erti dengan berdasarkan kepada kategori makna yang berlainan yang dibawa oleh kedua-dua jenis perkataan itu, dan sifat-sifat makna dalam struktur ayat menurut analisis kandungan kategorikategori makna itu, serta penubuhan konsep makna sintaksis dalam analisis sesuatu bahasa secara keseluruhan, dan selainnya lagi. sebenarnya mempelajari sistem bahasanya dengan kadar pencapaian yang tertentu dan sebagainya. Walau bagaimanapun, soal-soal mengenai bagaimana seseorang kanak-kanak mempelajari 'kebijaksanaan' bahasa di sekitar alam sekelilingnya

masih belum dapat diselesaikan oleh bidang penyelidikan setakat ini.Walau bagaimanapun, Kamus Linguistik (1997: 192) memerikan perihal pragmatik dalam dua perspektif. Yang pertama, pragmatik yang ditinjau dalam semiotik ialah pengkajian tentang bagaimana tanda dan lambang digunakan oleh manusia untuk berhubung dalam bahasa tertentu. Manakala yang kedua adalah dalam linguistik moden, iaitu pragmatik ialah pengkajian bahasa dari sudut pandangan pengguna, terutama pemilihan yang dibuat, kekangan yang dihadapi ketika menggunakan bahasa dalam interaksi sosial, dan kesan penggunaan bahasa terhadap peserta lain dalam lakuan komunikasi Berdasarkan dapatan yang saya perolehi dari pembacaan yang saya jalankan, saya dapati Semantik merupakan bidang yang mengkaji makna Semantik ialah kajian makna istilah menurut Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Rain Shaari, dalam bukunya yang bertajuk Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu. Abdullah Hassan (1992:1) menyatakan semantik ialah istilah yang merujuk kepada kajian makna.Semantik juga merupakan sebahagian daripada linguistik. Menurut J.W.M Verhaar(1996:13) ,semantik adalah cabang linguistikyang akan membahas erti atau makna.Seterusnya menurut Aminuddin (1988:15),semantik berasal dari bahasa Yunani mengandungi makna untuk memaknai.Sebagai istilah teknis semantik mengandungi pengertian kajian tentang makna. Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga, Pragmatik didefinisikan sebagai mempunyai sifat atau pendirian yang lebih mengutamakan kesan-kesan sebenar sesuatu daripada ciri-ciri teori dan sebagainya.Pragmatik adalah cara penggunaan bahasa yang disesuaikan dengan faktorfaktor penentu.Ini adalah kenyataan oleh Dr Mansoer Pateda( 1995:128) Semantik dan pragmatik merupakan dua bidang yang berbeza namun begitu ia saling melengkapi antara satu sama lain dalam memperoleh makna sebenar.Kajian makna pada peringkat semantik tidak dapat memberi makna sepenuhnya .Oleh itu kajian makna sewajarnya melibatkan bidang pragmatik , ilmu penginterpretasian makna yang bukan melibatkan faktor linguistik .Dalam ilmu pragmatik , kekaburan makna akan dapat dijelaskan dengan tersusun dan sistematik.Pengkajian makna akan lebih berkesan dengan adanya kombinasi antara semantik dan pragmatik Pada kesimpulannya, semantik dan pragmatik merupakan dua bidang yang saling berhubungan, saling memerlukan dalam mengkaji sesuatu makna.

Terdapat pelbagai pendapat tentang apa itu semantik yang dinyatakan oleh tokoh-tokoh linguistik yang terkenal. Namun semua bersetuju mendefinisikan semantik sebagai salah satu bahagian linguistik yang penting yang melibatkan kajian berkaitan makna manakala pragmatik pula merupakan huraian kepada semantik yang mempunyai makna yang berubah-ubah (teori relevan 1995) Menurut R.H Robbins (1952), beliau menyatakan bahawa semantik adalah salah satu kajian makna yang penting dalam linguistik kerana beliau berpendapat bahawa bahasa itu tidak akan sempurna jika tiada unsur makna di dalamnya. Ini dijelaskan lagi oleh Firth(1944) yang menyatakan bahawa makna menjadi inti dalam kajian bahasa. Manakala Bloomfield pula mentakrifkan makna sebagai suatu bentuk linguistik apabila penutur mengujarkannya dengan gerak balas yang dijangkakan oleh pendengar. Zabech pula berpendapat bahawa semantik merupakan kajian tentang hubung kait antara satu item dengan item yang lain seperti perkataan, penamaan dan ekspresi predikat. Semantik dan pragmatik memiliki hubungan yang saling melengkapi antara satu sama lain kerana kedua-duanya mengkaji tentang makna. Konsep semantik diperkenalkan pertama kali sekitar abad ke-19 iaitu lebih dahulu daripada pragmatik yang baru dikenalkan pada abad ke20. Persamaan antara semantik dan pragmatik ialah kedua-duanya cabang ilmu bahasa yang berkaitan dengan makna. Perbezaannya pula ialah semantik mempelajari makna linguistik dan bersifat internal manakala pragmatik mempelajari makna penutur dan bersifat eksternal yang berhubungan dengan konteks. Semantik memperlakukan makna sebagai suatu hubungan yang melibatkan dua segi, bentuk dan makna. Linguistik mempelajari makna secara internal atau makna yang bebas konteks. Makna memainkan peranan penting dalam pemakaian bahasa iaitu abstrak dan konkrit, makna dan simbol dan pemberian makna kepada setiap simbol. Menurut Abdullah Hassan (1992:1), semantik ialah istilah yang merujuk kepada kajian makna. Oleh sebab makna itu adalah sebahagian daripada bahasa, maka semantik juga menjadi sebahagian daripada linguistik. Bidang semantik terbatas pada usaha memperhatikan dan mengkaji proses transposisi makna kata dalam pemakaian bahasa. Menurut Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin pula dalam buku teks STPM Bahasa Melayu menyatakan bahawa dalam bidang linguistik, semantik ialah bidang yang mengkaji makna dalam sesuatu bahasa. Daripada segi etimologi, kata semantik berasal daripada kata Yunani sema yang bererti tanda atau lambang. Semantik juga dapat diertikan sebagai ilmu yang menyelidiki panduan tanda-tanda atau lambang-lambang yang menghasilkan sesuatu bahasa serta isinya. Ahli bahasa memberikan pengertian semantik sebagai cabang ilmu bahasa yang mempelajari hubungan antara tanda-tanda linguistik dengan hal-hal yang berkaitan dengan makna. Lehrer (1974:1) mengatakan bahawa semantik adalah kajian tentang makna.

Pragmatik adalah kajian tentang penggunaan bahasa dalam konteks. Pragmatik berfokus pada bagaimana penutur atau penulis menggunakan pengetahuan mereka untuk menyatakan suatu makna (Bloomer, 2005:78). Pragmatik pula mempelajari makna secara eksternal iaitu makna adalah maksud penutur yang terikat konteks (Wijana, 1996:2). Pragmatik memperlakukan makna sebagai suatu hubungan yang melibatkan tiga segi iaitu bentuk, makna, dan konteks. Konsep semantik diperkenalkan pertama kali sekitar abad ke-19, lebih dahulu daripada pragmatik yang baru dikenal pada abad 20. Semantik dan pragmatik memiliki hubungan yang saling melengkapi. Semantik memperlakukan makna sebagai suatu hubungan yang melibatkan dua segi , bentuk dan makna.Pragmatik memperlakukan makna sebagai suatu hubungan yang melibatkan tiga segi,iaitu bentuk, makna, dan konteks. Semantik dan pragmatik kedua-duanya mengkaji makna. Semantik menelaah makna linguistik, dan mempelajari makna secara internal atau makna yang bebas konteks. Maksudnya makna literal dan terpisah dari situasi, penutur dan petuturnya. Manakala pragmatik mempelajari makna secara eksternal iaitu makna adalah maksud penutur yang terikat konteks (Wijana, 1996:2). Semantik ialah bidang yang mengkaji selok-belok makna. Oleh sebab, makna merupakan ciri semua sistem lambang, maka pada kebiasaannya makna mengandungi bidang gunaan yang lebih luas daripada hanya terhadap bahasa. Kebanyakan ahli bahasa pada hari ini memberikan keutamaan kepada suatu penghuraian makna yang formal serta menurut keperihalan (contextual) dan ini memanglah lebih berguna kepada seorang guru yang mengajar. Secara intuitif, bidang makna boleh digunakan sebagai rujukan (cross-reference) pada setengahsetengah tempat dalam sesuatu penyelidikan tetapi penghuraiannya hendaklah pula dilaksanakan dengan berdasarkan kepada bentuk. Seluruh penyelidikan sebaikbaiknya tunduk kepada konsep 'form underlies meaning'. Antara lain yang disentuh oleh bidang ini ialah persoalan tentang perbezaan antara makna tatabahasa dan makna kamus (leksis), penentuan perkataan-perkataan seerti (synonyms) dan perkataan-perkataan yang berlainan erti (antonyms) dengan

berdasarkan kepada kategori makna yang berlainan yang dibawa oleh kedua-dua jenis perkataan itu, dan sifat-sifat makna dalam struktur ayat menurut analisis kandungan kategorikategori makna itu, serta penubuhan konsep makna sintaksis dalam analisis sesuatu bahasa secara keseluruhan, dan selainnya lagi. sebenarnya mempelajari sistem bahasanya dengan kadar pencapaian yang tertentu dan sebagainya. Walau bagaimanapun, soal-soal mengenai bagaimana seseorang kanak-kanak mempelajari 'kebijaksanaan' bahasa di sekitar alam sekelilingnya masih belum dapat diselesaikan oleh bidang penyelidikan setakat ini. Sebagai kesimpulannya, psikolinguistik ialah bidang yang membahaskan hal-hal tentang penguasaan bahasa, iaitu dengan mencari jawapan bagaimana bahasa itu dapat dikuasai oleh kanak-kanak dan orang dewasa. Sosiolinguistik ialah bidang yang mengkaji perhubungan antara bahasa dan gejalanya dengan masyarakat. Salah satu perkara yang dihadapi oleh ahli-ahli bahasa di dunia hari ini ialah masalah bahasa dalam negara-negara xa.ng membangun. Masalah ini secara langsungnya berkaitan dengan pembinaan dan perancangan bahasa. Keperluankeperluan negara dalam bidang sains, teknologi, ekonomi dan sebagainya memerlukan usaha yang berterusan bagi mengemaskan lagi kemampuan bahasa itu bagi memenuhi keperluan-keperluan zaman, khususnya zaman moden. Pemilihan dan penentuan bahasa tertentu untuk dijadikan bahasa kebangsaan perlu diperlakukan untuk mencapai tujuan-tujuan dan matlamat perpaduan negara yang dikehendaki itu. Persoalan-persoalan inilah yang telah menjadi antara tugas-tugas ahli bahasa yang tergolong ke dalam kumpulan disiplin "sosiologi bahasa" atau "sosiolinguistik" itu. Secara prinsipnya, Sosiolinguistik mengkaji aspek-aspek linguistik yang melibatkan aspek bahasa, struktur dan penggunaan yang berhubungan dengan fungsi-fungsi

sosial, kebudayaan dan penggunaannya dalam sesebuah masyarakat yang tertentu. Dengan kata lain, Sosiolinguistik meneropong hubungan bahasa dengan masyarakat ataupun bahasa sebagai alat kehidupan manusia. Selain itu, bidang ini memaparkan perkaitan antara bahasa dengan masyarakat. Kajiannya juga melampaui dialek dan bentuk-bentuk pertuturan yang berbeza oleh perbezaan status individu-individu dalam sesebuah masyarakat bahasa. Jadi, fakta yang penting dalam Sosiolinguistik ialah bentuk-bentuk kelakuan sosial masyarakat pengguna sesuatu bahasa itu. Satu lagi trend dalam fungsi Sosiolinguistik ialah perbandingan antara bahasa rasmi dengan bahasa vernakular (yang tidak rasmi), iaitu satu perihal yang melibatkan apa yang dikenali sebagai "perancangan bahasa" dalam menegakkan identiti sesebuah negara. Secara kesimpulannya, Sosiolinguistik mengkaji pelbagai bahan sosiobudaya yang berhubung dengan aspekaspek linguistik seperti perhubungan sosial harian yang berkaitan pula dengan kebudayaan, masyarakat, kumpulan sosial, bahasa, dialek dan bentuk-bentuk gaya dan sebagainya. Ringkasnya Sosiolinguistik ialah bidang yang cuba menyelesaikan masalah seperti hal-hal yang melibatkan kedwibahasaan, perancangan bahasa dan fungsi bahasa dalam masyarakat. Pragmatik Pragmatik ialah cabang ilmu linguistik yang mengkaji hal-hal yang merangkumi struktur bahasa sebagai alat perhubungan sama ada antara penutur dan pendengar atau penulis dan pembaca. Di samping itu, sebagai pengacuan simbol-simbol bahasa pada hal-hal ekstralingual. Menurut Hashim Musa dan Ong Chin Guan (1998: 81) pragmatik ialah teori yang berkait dengan interpretasi ujaran. Tegasnya, hal ini bermakna pragmatik

dimanfaatkan untuk menginterpretasi ujaran yang kabur atau taksa, ujaran yang mengalami pengguguran kata kerja atau kata adjektif atau kata yang elipsis dan sebagainya. Walau bagaimanapun, Kamus Linguistik (1997: 192) memerikan perihal pragmatik dalam dua perspektif. Yang pertama, pragmatik yang ditinjau dalam semiotik ialah pengkajian tentang bagaimana tanda dan lambang digunakan oleh manusia untuk berhubung dalam bahasa tertentu. Manakala yang kedua adalah dalam linguistik moden, iaitu pragmatik ialah pengkajian bahasa dari sudut pandangan pengguna, terutama pemilihan yang dibuat, kekangan yang dihadapi ketika menggunakan bahasa dalam interaksi sosial, dan kesan penggunaan bahasa terhadap peserta lain dalam lakuan komunikasi. Menurut George Yule (1997: 3) pragmatik ialah kajian makna, yang melibatkan penyampai dan penerima yang terdiri daripada pengucap dan pendengar atau penulis dan pembaca. Tegasnya, pengucap atau penulis berperanan menyampaikan maklumat sama ada memberitakan, menyatakan, memaklumkan, memberitahu, menjelaskan, mengarahkan, memerintah, menyuruh, mengkehendaki, menanyakan, menyeru, mengulas, mengkritik, menyimpul atau mengingatkan sesuatu kepada pendengar. Manakala, pendengar atau pembaca ialah individu yang bertanggungjawab membuat interpretasi bunyi atau tafsiran sebutan, atau perkataan, frasa, klausa, ayat atau wacana atau membuat analisis maklumat berasaskan sesuatu perkara atau data yang didengarnya daripada orang lain yang mengujarkannya atau yang menuturkannya secara langsung (lisan) atau secara tidak langsung (rakaman) atau membuat tafsiran bagi bahan atau data yang dibacanya. Hal ini bermakna skop yang menyentuh bidang pengkajian pragmatik ialah bidang kajian yang berhubungan dengan sesuatu yang dimaksudkan oleh

penyampai. Selain itu, katanya kajian sebegini memerlukan seseorang itu melibatkan pentafsiran terhadap apa yang dimaksudkan mengikut konteksnya. Bagaimanapun, pentafsiran itu dapat difahami dengan sempurna jikalau penyampai itu mampu menyusun maklumatnya dengan baik atas kesedaran bahawa dengan siapa dia berurusan, dengan kanak-kanak, dengan remaja, dengan guru, dengan pensyarah, dengan pekedai, dengan penjual, dengan pelancong, dengan bapa, dengan ibu, dengan murid, dengan penghulu, dengan raja, dengan pemimpin agama, pemimpin negara, atau dengan sesiapa sahaja baik dengan lelaki, dengan perempuan atau sesama lelaki atau sesama perempuan dan sebagainya. Selain itu, penafsiran itu dapat difahami dengan jelas apabila dapat dikaitkan pula dengan suasana atau keadaan, masa, tempat, budaya, kepercayaan atau idealogi. Penjelasan tersebut mencerminkan bahawa bidang pengkajian pragmatik ialah yang berhubungan dengan sesuatu yang ada kaitan dengan konteks. Namun demikian, dari satu segi difahami bahawa ada kalanya penerima itu akan membuat pelbagai tafsiran bagi membolehkannya memahami maksud yang tersurat atau yang tersirat atas sesuatu yang didengarnya atau yang dibacanya. Kemampuan penerima membuat penginterpretasian terhadap apa yang tidak ternyata, iaitu yang tidak terucap atau tidak tertulis oleh penyampai atau penulis itu merupakan sebahagian daripada maklumat yang bermakna dalam komunikasi daripada penyampai kepada penerima. Di sini, penerima perlu menggunakan kebijaksanaan dan pengetahuan yang tersedia ada untuk menyelami isi dan maksud yang tidak ternyata itu. Dengan itu, pragmatik ialah kajian yang berhubungan dengan sesuatu yang ada kaitan dengan yang tidak ternyata dalam komunikasi.

Di samping itu, dalam mendekati dan mentafsir sesuatu maksud antara yang ternyata dengan yang tidak ternyata, kadang-kadang kita dengan pelbagai kemusykilan untuk memilih dan menentukan maksud sebenar. Ada sesetengah daripada kita mungkin akan terus mempertimbangkan yang tersurat atau kita mungkin memihak dengan yang tersirat. Soalnya, kenapa pertimbangan yang kita pilih itu berbeza? Mungkinkah kerana pengetahuan, kerana budaya, kerana kepercayaan atau yang lain daripadanya? Bagaimana dengan keakraban hubungan kita dengan penyampai? Adakah hal yang demikian memainkan peranan penting dalam pemilihan itu? Sehubungan dengan persoalan itu tidak dinafikan bahawa aspek persamaan inemainkan peranan penting dalam pemutusan, iaitu persamaan kebudayaan dan persamaan cara hidup, pegangan agama yang serupa, pengalaman, pengetahuan dan keakraban hubungan antara penyampai dan penerima. Ringkasnya, ini bermakna pragmatik ialah kajian yang menyentuh kejarakan hubungan bagi sesuatu ekspresi. Dengan demikian, empat perkara itulah yang dirangkumi oleh pragmatik. Jadi untuk mendalaminya dengan lebih terperinci lagi, kita harus tinjau kembali sempadan yang diliputi oleh bidang makna dan pragmatik dalam bahasa. Di manakah letaknya perihal makna dan pragmatik, khususnya dalam bidang bahasa? Beberapa orang ahli bahasa pernah menjawab persoalan ini dengan mengemukakan pelbagai model analisis. Namun begitu, model yang paling sederhana meletakkan bahasa itu tercerai kepada dua bahagian, iaitu bentuk bahasa (form) dan makna (meaning

Salam Satu Malaysia.Menurut Abdullah Hassan (1992:1), semantik ialah istilah yang merujuk kepada kajian makna. Oleh sebab makna itu adalah sebahagian daripada bahasa, maka semantik juga menjadi sebahagian daripada linguistik. Bidang semantik terbatas pada usaha memperhatikan dan mengkaji proses transposisi makna kata dalam pemakaian bahasa. Menurut R.H Robbins (1952), beliau menyatakan bahawa semantik adalah salah satu kajian makna yang penting dalam linguistik kerana beliau berpendapat bahawa bahasa itu tidak akan sempurna jika tiada unsur makna di dalamnya. Pragmatik ialah cabang ilmu linguistik yang mengkaji hal-hal yang merangkumi struktur bahasa sebagai alat perhubungan sama ada antara penutur dan pendengar atau penulis dan pembaca. Menurut George Yule (1997: 3) pragmatik ialah kajian makna, yang melibatkanpenyampai dan penerima yang terdiri daripada pengucap dan pendengar atau penulis dan pembaca. Tegasnya, pengucap atau penulis berperanan menyampaikan maklumat sama ada memberitakan, menyatakan, memaklumkan, memberitahu, menjelaskan, mengarahkan, memerintah, menyuruh, mengkehendaki, menanyakan, menyeru, mengulas, mengkritik, menyimpul atau mengingatkan sesuatu kepada pendengar. Manakala, pendengar atau pembaca ialah individu yang bertanggungjawab membuat interpretasi bunyi atau tafsiran sebutan, atau perkataan, frasa, klausa, ayat atau wacana atau membuat analisis maklumat berasaskan sesuatu perkara atau data yang didengarnya daripada orang lain yang mengujarkannya atau yang menuturkannya secara langsung (lisan) atau secara tidak langsung (rakaman) atau membuat tafsiran bagi bahan atau data yang dibacanya. Hal ini bermakna skop yang menyentuh bidang pengkajian pragmatik ialah bidang kajian yang berhubungan dengan sesuatu yang dimaksudkan oleh penyampai.

Di samping itu, sebagai pengacuan simbol-simbol

bahasa pada hal-hal ekstralingual.Menurut Hashim Musa dan Ong Chin Guan (1998: 81) pragmatik ialah teori yang berkait dengan interpretasi ujaran. Tegasnya, hal ini bermakna pragmatik dimanfaatkan untuk menginterpretasi ujaran yang kabur atau taksa, ujaran yang mengalami pengguguran kata kerja atau kata adjektif atau kata yang elipsis dan sebagainya. .

You might also like