Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Rancangan Malaysia (1-9)

Rancangan Malaysia merupakan tempoh pelaksanaan program/projek pembangunan Kerajaan Malaysia yang dirancang untuk dilaksanakan dalam masa lima tahun. Rancangan lima tahun ini adalah kesan peninggalan daripada zaman pemerintahan British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Rancangan lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama iaitu dari tahun 1956 hingga 1960 dan diikuti dengan Rancangan Malaya Kedua dari tahun 1961 hingga 1965. Setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, rancangan lima tahun ini dikenali sebagai Rancangan Malaysia di mana Rancangan Malaysia Pertama bermula pada tahun 1966 hingga 1970. Bezanya ialah perancangan untuk pembangunan di bawah Rancangan Malaysia meliputi negeri-negeri Sabah dan Sarawak selain dari negeri-negeri Semenanjung Malayisa sebagaimana sebelumnya. Rancangan Malaya Pertama: 1956 1960 Matlamat Rancangan Malaysia Pertama ialah untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi melalui peningkatan pendapatan per kapita dan taraf hidup rakyat. Penekanan lebih diberikan kepada masyarakat luar bandar yang berpendapatan rendah seperti menyedia dan memperbaiki kemudahan asas di kawasan luar bandar di samping mempelbagaikan keluaran pertanian. Selaras dengan ini kerajaan telah merangka rancangan Buku Merah (RED Book) iaitu singkatan daripada Rural Economic Development. Buku Merah bertujuan mengumpul dan menyelenggarakan maklumat untuk perancangan projek-projek pembangunan infrastruktur dan sosial di daerah dan diletakkan dalam Bilik Gerakan di setiap daerah. Buku Merah juga digunakan untuk memantau pelaksanaan program/projek dan kemajuan pelaksanaan projek dikemaskinikan secara manual. Rancangan Malaya Kedua: 1961 1965 Matlamat Rancangan Malaya Kedua ialah untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan taraf hidup rakyat menerusi kepelbagaian ekonomi dan pembangunan produk selain getah Rancangan Malaysia Pertama: 1966 1970 Rancangan Malaysia Pertama merupakan rancangan pembangunan yang meliputi negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak bertujuan untuk memupuk integrasi di kalangan penduduk semua negeri di Malaysia serta meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kebajikan rakyat. Rancangan Malaysia Kedua: 1971 1975 Dasar Ekonomi Baru Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan semasa pembentangan usul meluluskan Rancangan Malaysia Kedua pada 12 Julai 1971. DEB adalah satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan jangka panjang negara untuk tempoh 1971 hingga 1990. Dasar ini memberi keutamaan kepada

pertumbuhan ekonomi negara dengan pengagihan yang lebih saksama (growth with equity). DEB menggariskan dasar dan strategi untuk mempercepatkan lagi proses pembangunan sosio-ekonomi dan penyusunan semula struktur ekonomi Malaysia. Berdasarkan model Bilik Gerakan, Kerajaan melalui Arahan No. 1,1971 Majlis Tindakan Negara telah menubuhkan Majlis Tindakan Negara dan jentera-jentera penyelarasan pelaksanaan di peringkat negeri dan daerah sebagai mekanisma bagi mengawasi pelaksanaan DEB. Rancangan Malaysia Ketiga: 1976 1980 Selepas pelancaran DEB, kerajaan telah merangka pelbagai program dan projek yang lebih besar dan melibatkan peruntukan yang lebih banyak. Jumlah peruntukan dan bilangan projek yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga telah meningkat dua kali ganda dari Rancangan Malaysia Kedua. Bentuk projek yang diluluskan adalah semakin kompleks serta melibatkan berbagai agensi pelaksana. Bagi menguruskan maklumat yang lebih rumit ini, Sistem Pengesanan Projek (SPP) menggunakan teknologi komputer diperkenalkan dan Pusat Komputer Negara ditubuhkan dalam tahun 1978. Rancangan Malaysia Keempat: 1981 - 1985 Inflasi pada awal 1980-an telah menjejaskan perkembangan ekonomi keseluruhannya. Peranan sektor swasta diberi penekanan dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Rancangan Malaysia Kelima: 1986 - 1990 Kerajaan mengamalkan strategi pembangunan yang stabil. Sektor swasta memangkin pembangunan ekonomi, terutamanya dalam pembangunan sektor industri berat dan industri berasaskan sumber. Sistem pemantauan projek pembangunan diperkemaskan lagi dan sistem SETIA dibangunkan menggantikan sistem SPP. SETIA merupakan satu sistem bersepadu yang mengintegrasikan maklumat agensi-agensi pusat mengenai peruntukan, perbelanjaan, pembayaran dan prestasi pelaksanaan projek. Rancangan Malaysia Keenam: 1991 - 1995 Setelah berakhirnya tempoh DEB, Kerajaan melancarkan Dasar Pembangunan Nasional serentak dengan Rancangan Malaysia Keenam. Arahan No. 1, 1971 Majlis Tindakan Negara dipinda bagi menyesuaikan kerangka jentera penyelarasan dengan senario pembangunan tahun 1990an. Arahan ini digantikan dengan Arahan No. 1, 1991 Dasar Pembangunan Nasional. Fokus Rancangan Malaysia Keenam ialah penekanan kepada strategi makro-ekonomi untuk mengukuhkan kapasiti pengeluaran dan daya saing di peringkat antarabangsa. Bagi memantapkan

pemantauan pelaksanaana projek, sistem SIAP dibangunkan pada tahun 1995 bagi melengkapkan sistem SETIA untuk memantau kemajuan pelaksanaan fizikal projek secara lebih berkesan. Rancangan Malaysia Ketujuh: 1996 2000 Teras utama Rancangan adalah perubahan daripada pembangunan berasaskan input kepada pembangunan berasaskan produktiviti bagi meningkatkan pengeluaran, struktur transformasi yang lebih padu dan pembangunan yang seimbang. Selaras dengan ini, Arahan No. 1, 1991 dipinda dan digantikan dengan Arahan No. 1, 1996 Pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional. Di bawah Arahan ini, jentera penyelarasan pelaksanaan di peringkat kementerian dikenali sebagai Jawatankuasa Pembangunan Peringkat Kementerian diwujudkan. Bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem pemantauan projek, sistem SETIA dan SIAP diintegrasikan dan dikenali sebagai Sistem Maklumat Bersepadu SETIA dan SIAP atau ringkasnya SMBSS. Sistem ini menggabungkan maklumat kewangan dan fizikal projek-projek yang dilaksanakan. Rancangan Malaysia Kelapan: 2001 - 2005 Pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga bermula dengan Rancangan Malaysia Kelapan dengan memberi penekanan kepada pembangunan negara maju dan berkualiti menjelang tahun 2020. Tiga teras utama Rancangan Malaysia Kelapan adalah mengubah strategi pertumbuhan daripada strategi berasaskan input kepada strategi yang didorong oleh pengetahuan bagi meningkatkan potensi pertumbuhan keluaran, mempercepatkan perubahan struktur sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan serta memperkukuhkan kestabilan sosio-ekonomi menerusi pengagihan pendapatan dan kekayaan negara secara saksama. Bagi mencapai matlamat ini, kerajaan telah melancarkan Dasar Wawasan Nasional. Selaras dengan ini, Arahan No. 1,1996 dipinda dalam tahun 2001 dimana peranan jentera-jentera penyelarasan pelaksanaan diperkemaskan ke arah mencapai matlamat dasar kerajaan. Di bawah Arahan No. 1, 2001 Jentera Penyelarasan Pelaksanaan Dasar Wawasan Negara, Sistem Pemantauan Projek II (SPP II) digunakan sebagai alat untuk memantau pelaksanaan projek oleh semua kementerian. Rancangan Malaysia Kesembilan: 2006 - 2010 Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan Misi Nasional telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 31 Mac 2006. Misi Nasional dilaksanakan sebagai rangka dasar pembangunan yang terdiri daripada lima teras utama bagi mencapai matlamat Wawasan 2020. RMK-9 pula merangkumi strategi, program dan peruntukan yang diperlukan bagi tujuan merealisasikan Misi Nasional dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih maju dari aspek ekonomi, pembangunan sosial yang seimbang, warga yang bersatu padu, berbudaya, berpekerti mulia, berkemahiran, berfikiran maju dan berpandangan jauh. RMK-9 adalah rancangan lima tahun pertama daripada tiga rancangan lima tahun yang akan memacu Misi Nasional ke arah mencapai Wawasan 2020.

Sumber: Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)

Krisis Mata Wang Di Malaysia Dan Kemelesetan Ekonomi Penyebaran berita dan analisis ekonomi yang tidak tepat oleh spekulator dan manipulator mengenai rantau Asia Tenggara bukan sahaja mengkucar-kacirkan ekonomi Indonesia dan Thailand malah Malaysia juga turut merasai kehangatannya.Spekulasi ekonomi yang tidak berasas ini menyebabkan BSKL turut terjejas. Sehingga 15 Disember 1997 BSKL mengalami kerugian sebanyak RM432 bilion atau 54 peratus . Semua sektor lain turut terjejas dengan kuasa membeli mula merosot dan memperlahankan ekonomi negara hingga timbul istilah bahawa BSKL bukan lagi lombong emas sebagaimana tahun-tahun sebelum ini. Menteri Kewangan kita Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan strategi memperkukuhkan kestabilan ekonomi dan kewangan negara supaya keadaan mata wang serta bursa saham dan kedudukan institusi perbankan negara akan sentiasa kukuh. Langkah ini tentulah bagi mengelakkan krisis mata wang dan ekonomi menjunam lebih teruk lagi dan tidak mahu meminta sebarang bantuan kewangan dari IMF. Tetapi sehingga kini penurunan nilai ringgit terus merosot ke paras terendah iaitu RM 4.50 disisi AS$1. Jika sesuatu tidak dilakukan oleh kerajaan dan rakyat, kita mungkin menghadapi senario yang sama seperti Korea Selatan! Belanjawan mini yang diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 5 Disember 1997 mengejutkan banyak pihak. Tiada siapa menyangka kerajaan akan mengambil langkah yang drastik dan tegas. Langkah-langkah berani itu adalah penawar yang diperlukan untuk mengubati penyakit ekonomi yang kita hadapi sekarang. Krisis kewangan yang serius ini memerlukan pengorbanan yang besar dari kerajaan dan rakyat. Sebelum ini kerajaan cuba menafikan krisis yang dihadapi dengan menyalahkan pihak lain. Kerajaan berulangkali mengatakan ekonomi kita masih kukuh sedangkan kita tahu kedudukan ringgit saban hari merosot dan pasaran saham terus jatuh. Kerajaan mengumumkan satu belanjawan negara yang `lembut` bagi mengatasi krisis kewangan pada Oktober 1997 bagi mengembalikan keyakinan pelabur. Ternyata strategi kerajaaan ini memakan diri dan akhirnya terpaksa tunduk kepada keadaan. Kerajaan akhirnya menerima realiti bahawa keadaan semakin teruk dan ini diakui sendiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 5 Disember yang lalu. Keadaan ekonomi serantau yang semakin parah mengejutkan kita yang sedang menikmati arus kemewahan. Korea Selatan yang terkenal gah dengan kemajuan ekonominya tiba-tiba tersungkur hingga terpaksa `diselamatkan` oleh IMF, Sanyo Securities dan Yamaichi Securities, dua firma broker saham terkemuka Jepun diisytihar muflis. Ini membangkitkan kita supaya mengambil langkah segera dan tegas bagi mengelakkan negara kita turut mengalami nasib seperti Thailand, Indonesia dan Korea Selatan. Antara Kesan Kejatuhan Nilai Ringgit

Kegawatan ekonomi serantau menyebabkan pasaran saham lengang dan BSKL seolah-olah
`mati`. Harga-harga saham berada pada paras yang sangat rendah.Golongan yang bertindak melawan arus tidak melepaskan peluang membeli saham pada waktu ini. Tetapi bagi golongan mengikut arus, termasuk para pelabur dan institusi kewangan enggan memasuki pasaran saham bukan kerana takut harga saham terus jatuh tetapi kerana kekurangan modal.

Sektor swasta dan kilang-kilang banyak yang telah memberhentikan operasi kerana kekurangan
wang untuk membayar gaji pekerja. Ini menyebabkan ramai pekerja-pekerja yang terpaksa diberhentikan dan bertambahnya kadar penggangguran di negara kita. Kerja lebih masa juga dibekukan bagi setengah-setengah sektor swasta.

Semua sektor lain seperti pembuatan , perindustrian dan pembinaan akan terjejas disebabkan
kuasa membeli merosot.

Sistem perbankan juga mengalami keperitan kerana tidak cukup modal untuk beroperasi dan
membekukan pinjaman ke atas projek yang tidak produktif seperti hartanah.

Pemaju kini tidak boleh lagi sesuka hati membina rumah dan kondominium mewah tetapi
digalakkan membina rumah-rumah kos rendah dan sederhana.

Kos import barang-barang luar negara meningkat dan menyebabkan harga barang import ini

semakin tinggi.

Kegawatan ekonomi juga merebak kepada peniaga-peniaga kecil

dan pasaraya yang menyebabkan kenaikan harga barang-barang keperluan harian seperti gula, tepung , minyak dan sayur-sayuran. Kesan ini semakin terasa dengan kedatangan serentak dua perayaan utama iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina. Keadaan panik oleh sesetengan golongan tentang kenaikan harga ini menimbulkan masalah lain di mana mereka membeli barang-barang keperluan tersebut pada kadar yang banyak iaitu melebihi biasa sehingga seluruh negara mengalami kekurangan stok barangan tersebut. Dan kini bahang inflasi mula dirasakan. Langkah-langkah mengatasi krisis ekonomi di Malaysia Bagi mengatasi masalah ekonomi yang kita hadapi ini, tiga kuasa utama pasaran iaitu kerajaan, pihak swasta dan pengguna (rakyat), mesti berganding bahu dan menjalankan tanggungjawab masingmasing secara bersepadu. Antara langkah-langkah yang di ambil oleh kerajaan

Pihak kerajaan mengkaji semula

pertumbuhan ekonomi dengan memperlahankannya pada paras

6.7% daripada 8% yang dijangkakan dalam belanjawan 1998 pada Oktober 1997 .

Kerajaan memotong perbelanjaan sebanyak 18% berbanding 2% sebelumnya. Semua import


barangan lumpy seperti kapalterbang, kapal laut dan lain-lain barang yang mahal dijadualkan semula .

Projek-projek mega yang sedang berjalan tetapi tidak strategik bagi pembangunan ekonomi
ditangguhkan. Walau bagaimanapun projek infrastruktur seperti LRT masih diteruskan.

Pelaburan luar negara dihentikan terutamanya projek-projek yang memerlukan pembiayaan


pinjaman yang besar. Pada tahun 1997 sahaja sebanyak RM 7 bilion telah dilaburkan oleh para pelabur Malaysia di negara-negara lain.

Penghantaran pelajar-pelajar ke luar negara ditangguhkan dan mereka ini ditempatkan di


universiti-universiti tempatan.

Bank-bank akan bertindak tegas ke atas pinjaman-pinjaman yang tidak dibayar. Kerajaan tidak
akan menyelamatkan mana-mana individu atau syarikat yang menghadapi masalah pembayaran pinjaman bank.

Semua aktiviti-aktiviti korporat yang melibatkan penyenaraian saham-saham baru, penerbitan


saham terbitan hak dan penyusunan semula syarikat dibekukan. Tindakan ini adalah untuk mengembalikan keyakinan pelabur terutama pelabur asing kerana ia menunjukkan ketegasan kerajaan mengawal penyalahgunaan atau penyelewengan dan menjaga kepentingan pemegang saham minoriti. Walaupun ia pahit untuk diterima, tetapi kita terpaksa melakukannya bagi mengelakkan keadaan bertambah teruk. Kita tidak mahu projek-projek hartanah terbengkalai. Kepentingan rakyat, pengguna, pendeposit dan pemegang saham mesti dilindungi.

Kerajaan juga memutuskan tidak akan melanjutkan Pas Laksana Kerja Sementara (PLKS)
kepada kira-kira 150,000 pekerja asing dalam pelbagai sektor perkhidmatan selepas pertengahan Ogos 1998. Sebaliknya mereka diberi pilihan sama ada untuk bekerja di sektor perladangan dan perkilangan atau dihantar pulang. Sebelum ini kerajaan mengumumkan untuk menghantar pulang kira-kira sejuta pekerja asing di sektor tertentu ke negara asal mereka bagi mengatasi masalah ekonomi. Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Tajol Rosli Ghazali, kerajaan akan mempertimbangkan lanjutan pas kerja pekerja asing di sektor pembinaan, jika majikan dapat membuktikan mereka mempunyai kontrak pembinaan yang perlu disudahkan . Selain ini KDN akan mendapatkan nasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sama ada perlu melanjutkan pekerja asing sesuatu syarikat atau tidak. Jika dipersetujui dilanjutkan, KDN akan lanjutkan sehingga enam tahun dan yang gagal diberi pilihan dihantar pulang atau berpindah ke syarikat lain. Kerajaan masih membenarkan lanjutan pas kerja pekerja asing di sektor perhotelan asalkan mereka tidak bekerja di bahagian hadapan atau sebagai penyambut tetamu. Menurut Datok Tajol Rosli, pekerja asing di sektor kebun sayur dan ternakan akan dilanjutkan pas kerana industri

berkenaan dapat mengurangkan pergantungan negara kepada bahan makanan yang diimport.

Sekatan import barang-barang mewah - Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)


mahu supaya import barangan mewah seperti pakaian, kenderaan pacuan empat roda, perabot dan tembakau terus disekat walaupun ada permintaan. Selain itu, import produk makanan seperti keju, emping jagung, epal, anggur, brokoli, wain dan air mineral perlu dihentikan segera kerana banyak produk tempatan yang mampu menggantikannya. Menurut presidennya Prof. Mohd. Hamdan Adnan, Apabila barang berkenaan `hilang` dari pasaran, pengguna akan lebih menghargai barangan tempatan. Mengenai kempen `Cintai Malaysia` dan `Belilah barangan buatan Malaysia`, beliau menyarankan pihak berkuasa dan pemimpin lebih ikhlas dan telus dalam melaksanakannya .

Pemotongan gaji menteri sebanyak 10% diikuti dengan pegawai-pegawai kerajaan peringkat
Jusa yang seramai 38 orang. Manakala pegawai-pegawai kumpulan A dan B tidak dibenarkan kenaikan gaji tahunan serta pemotongan elaun keraian dan elaun khidmat awam .

Mengawal harga barangan keperluan harian seperti minyak masak, tepung, susu, gula dan lainlain. Ini adalah kerana barang-barang kegunaan harian walaupun buatan Malaysia tetapi komponenya adalah barangan import.

Memberi pinjaman kepada pengusaha yang mengeluarkan barangan untuk dieksport dan
barangan untuk digunakan dalam negeri yang boleh menggantikan barangan import.

Tidak digalakkan pelaburan di dalam hakmilik dan melancong ke luar negara bagi mengelakkan
aliran ringgit keluar dari Malaysia.

Menggalakkan gabungan bagi institusi-institusi kewangan, syarikat-syarikat sekuriti seperti bon


dan saham dan gabungan syarikat-syarikat gergasi di Malaysia.

Membuat kawalan terhadap penukaran wang asing Menggalakkan orang ramai membeli saham supaya harga saham akan naik di pasaran.
Antara langkah-langkah yang perlu di ambil oleh rakyat

Berjimat cermat dan menabung di institusi kewangan dan bank-bank supaya wang itu dapat
dilaburkan oleh kerajaan untuk mendapatkan lebih banyak wang. Inflasi tidak akan berlaku jika jumlah bekalan wang di pasaran seimbang dengan jumlah barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Menyahut seruan kerajaan supaya membeli barangan buatan Malaysia, tidak melancong ke luar
negara, bercucuk tanam , membeli saham-saham tempatan dan mengurangkan perbelanjaan pada barang-barang yang kurang perlu seperti pakaian baru berjenama dan perabot-perabot.

Para pengimport boleh membantu menstabilkan kenaikan harga barang-barang import dengan
menyerap sedikit kenaikan kos melalui pengurangan keuntungan.

Peningkatan produktiviti juga boleh menyumbangkan ke arah meredakan tekanan terhadap


kemelesetan ekonomi. Untuk meningkatkan produktiviti bermakna kita bekerja dengan lebih rajin dan lebih cekap bagi menghasilkan jumlah barangan yang lebih banyak dengan kos yang sama atau kurang. Dengan ini harga barang dapat dikurangkan.

Bagi golongan yang mempunyai aset di luar negara seperti rumah dan hartanah, mereka
digalakkan menjualkannya supaya dapat mengembalikan ringgit Malaysia. Antara langkah-langkah yang perlu di ambil oleh pihak swasta dan majikan

Pihak swasta terutama pengeluar perlu menjimatkan perbelanjaan untuk mengurangkan kos
pengeluaran dengan niat untuk menurunkan harga dan bukannya untuk menggandakan keuntungan.

Memotong gaji dan elaun pegawai eksekutif atasan dan pertengahan seperti yang disarankan
oleh kerajaan dan mengurangkan bonus.

Mencari bahan mentah dari sumber yang murah. Memberhentikan khidmat pekerja asing dan mengambil pekerja-pekerja tempatan. Apa yang perlu

dilakukan ialah mencari jalan bagaimana untuk menarik pekerja tempatan. Ini mungkin boleh dilakukan melalui struktur ganjaran yang setimpal atau jaminan faedah sampingan yang berpatutan.

You might also like