Model Disiplin Asertif Canter

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Model Disiplin Asertif Canter

Model disiplin asertif juga merupakan salah satu model yang boleh digunakan untuk mewujudkan pengurusan bilik darjah yang berkesan serta mempunyai asas pengurusan disiplin yang kukuh. Model ini telah telah diperkenalkan oleh Lee dan Marlene Canter yang telah menubuhkan Canter & Associates. Banyak konsep dan cara yang telah dikemukakan oleh Canter yang dapat membantu guru-guru dalam menguruskan disiplin dalam bilik darjah. Salah satu konsep yang dikemukan oleh Model Disiplin Asertif Canter ialah berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Tingkah laku yang dingini harus diberi peneguhan manakala tingkah laku yang didak dingini perlu diberi dendaan. Tambahan lagi, hukuman dan pengukuhan yang diberikan hendaklah tidak bersifat diskriminasi. Hukuman dan pengukuhan yang diberikan oleh guru hendaklah dan memberi kesan atau pengajaran yang baik kepada murid-murid. Tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid adalah berdasarkan satu pelan peraturan dalam bilik darjah yang telah dibentuk oleh guru untuk diikuti oleh murid dengan yakin dan tegas. Dalam

banyak keadaan, model ini menyerupai Model Modifikasi Tingkah Laku, cuma model ini seperti yang dikatakan iaitu penetapan dan penguatkuasaan peraturan serta memastikan murid-murid memahami peraturan tersebut dengan tegas. Canter menerangkan Disiplin Asertif sebagai pendekatan iaitu guru

mengendalikan bilik darjah denagn berinteraksi secara tenang serius dan konsisten dengan murid. Guru dan murid harus saling berkerjasama dalam urusan yang melibatkan urusan pengurusan bilik darjah agar pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar disamping guru dan murid-murid dapat memahami satu lain. Oleh itu, Model Disiplin Asertif Canter menyatakan bahawa guru dan murid-murid mempunyai hak masing-masing dalam pengurusan bilik darjah. Hak-hak ini boleh dilaksanakan sekiranya guru bertanggungjawab memastikan tiada perkara atau tindakan yang menghalang murid daripada mendapatkan hak mereka. Dengan hal yang

demikian, guru dan murid-murid

harus bekerjasama dan memahami apa yang

diperlukan antara satu sama lain agar hak-hak mereka dapat diwujudkan dan saling dipenuhi. Canter menyatakan bahawa murid-murid dan guru berhak mendapatkan suasana pembelajaran yang kondusif. Untuk mencapai persekitaran yang kondusif, keperluan-keperluan guru dan murid perlu dipenuhi terlebih dahulu melalui pengurusan bilik darjah yang asertif. Menurut Carl Rogers, setiap individu mempunyai keinginan semulajadi untuk belajar ( Choong Lean Keow, 2011). Pembelajaran kondusif oleh murid-murid bermakna murid-murid memerlukan suasana pembelajaran yang menarik dan dapat meningkatkan semangat mereka untuk belajar. Ini bermakna keperluankeperluan murid untuk belajar dalam keadan selesa dapat dipenuhi oleh guru. Contohnya, guru boleh mengaplikasikan Hirarki keperluan yang telah dikemukan oleh Abraham Maslow. Manakala dalam hak guru, guru mempunyai hak untuk mengajar tanpa ganguan. Hal ini bermakna guru memerlukan satu persekitaran yang selesa dan pengajaran dan pembelajarannya tidak diganggu oleh pihak lain. Hal ini demikian kerana guru tersebut sendiri yang menetukan bagaimana hendak mengajar dan objektif apakah yang hendak dicapai oleh setiap muridnya. Dalam memastikan hak-hak bersama ini dapat dicapai dan diwujudkan guru perlu membuat tahu bahawa guru juga perlu mempunyai hubungan dengan ibu bapa dan pihak pentadbiran sekolah untuk saling berkerjasama bagi memastikan pengurusan disiplin dan kemajuan anak-anak dapat diikuti dari dari masa-masa dan mencari jalan penyelesaian bersama.

Model Disiplin Asertif telah mengariskan tiga jenis guru dalam pengurusan disiplin bilik darjah. Yang pertama, ialah guru yang agresif iaitu lebih bersifat autokratik dengan menunjukkan kuasa dan tidak bertolak ansur. Yang kedua, ialah guru tidak asertif iaitu menggunakan pendekatan pasif, todak konsisten dan mengelirukan. Yang ketiga, ialah guru aserti iiatu jelas dengan matlamat pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan. pada masa yang sama, guru asertif mengambil berat dan berlaku adil kepada semua murid.

Canter juga telah mengemukakan satu tidakan pembetulan yang boleh dilakukan dalam pengurusan bisiplin darjah untuk tujuan membantu hampir keseluruhan murid untuk bertingkah laku betul dan bertanggungjawab. Menurut Canter, akibat atau tindakan pembetulan boleh dikenakan kepada murid-murid yang mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa. Tindakan pembetulan bukanlah bertujuan untuk mendera murid secara fizikal atau psikologi walaupun kadangkala tindakan pembetulan akan menimbulkan rasa kurang selesa murid. Canter menegaskan matlamat tindakan pembetulan dapat memberikan keadilan kepada semua murid dan tindakan itu perlu konsisten. Apabila tindakan pembetulan hendak dikenakan kepada murid, murid tersebut perlu diberitahu bahawa disebabkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh mereka bercanggah denagn peraturan yang telah ditetapkan, maka tindakan pembetulan itu perlu dilaksanakan. Di samping itu, Canter menyatakan bahawa guru akan gagal menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif kepada murid-murid sekiranya mereka tidak mengambil tindakan terhadap tingkah laku yang mengganggu pembelajaran tersebut. Apabila salah laku berlaku hal ini perlu ditangani dengan tenang dan pantas. Sehubungan itu, Canter menasihatkan guru untuk membuat hierarki disiplin mengikut keutamaan berserta tindakan pembetulan/akibat yang akan dikenakan. Setiap tindakan pembertulan/akibat dalam hierarki akan menjadi semakin serius daripada sebelumnya. Kesimpulannya, terdapat empat cara yang dapat guru aplikasikan dalam pengurusan disiplin kepada para murid, iaitu menetapkan peraturan kelas, peneguhan, pendekatan asertif dan tindakan pembetulan. Nescaya jika cara-cara ini diaplikasikan dengan baik dan mendapat sokongan daripada ibu bapa, masalah disiplin dalam bilik darjah dapat dikurangkan dan diselesaikan.

You might also like