Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PERLEMBAGAAN RUMAH SUKAN SEKOLAH RUMAH BIRU/WIRA

PERKARA 1: NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH 1.1 1.2 Nama Rumah Sukan: Rumah Biru/Wira Alamat Sekolah: Sekolah Kebangsaan Taman Aman, Anak Bukit 06550 Alor Setar, Kedah Darul Aman. PERKARA 2: TUJUAN 2.1 2.2 2.3 Menimbulkan kesedaran dan tanggungjawab rasional dalam aktiviti kokurikulum. Memberi kesedaran kepada murid mengenal tugas dan tanggungjawab sebagai seorang ahli rumah sukan. Melatih murid menjadi ahli yang mahir, bersikap positif dan berdisiplin.

PERKARA 3: KEAHLIAN 3.1 3.2 3.3 Dibuka kepada semua murid tahun 3, 4, 5, 6. Mereka mesti menerima dan bersetuju berpegang kepada perlembagaan ini. Setiap ahli akan mengambil bahagian yang cergas untuk menjayakan tujuan-tujuan rumah sukan ini. PERKARA 4: MESYUARAT AGUNG 4.1 4.2 Pemilihan Jawatankuasa; 4.1.1 4.2.1 4.2.2 4.2.3 4.2.4 4.3 4.4 4.5 Perlantikan Jawatankuasa mesti dipilih melalui satu Mesyuarat Agung. Pengerusi dan Naib Pengerusi Setiausaha dan Naib Setiausaha Bendahari dan Naib Bendahari Dua orang wakil dari setiap tahap Pemilihan hendaklah melantik jawatan-jawatan berikut:

Nama-nama untuk setiap jawatan di atas hendaklah dicadangkan, disokong dan diundi. Perlantikan boleh dibuat secara undi atau terbuka. Jika berlaku kekosongan jawatan, Guru Penasihat berhak melantik pengganti dalam kalangan ahli biasa dengan persetujuan AJK.

PERKARA 5: YURAN 5.1 Kadar yuran dan tempoh boleh ditetapkan dalam Mesyuarat Agung.

PERKARA 6: PERANAN JAWATANKUASA 6.1 Tugas jawatankuasa ialah mengelola dan mengatur aktiviti-aktiviti rumah sukan dengan bantuan dan nasita daripada guru penasihat.

6.2

Jawatankuasa bertanggungjawab membuat keputusan atas perancangan aktiviti dengan tidak terkeluar dari perlembagaan ini dan dasar umum yang diketepikan oleh Mesyuarat Agung.

6.3 6.4

Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali. Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat dua kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disingkir sebagai telah meletak jawatan dalam jawatankuasa.

PERKARA 7: TUGAS JAWATANKUASA 7.1 7.2 7.3 Pengerusi dalam masa jawatannya hendaklah menjadi pengerusi semua mesyuarat jawatankuasa bersama dengan guru penasihat. Timbalan Pengerusi hendaklah memangku jawatan pengerusi semasa ketiadaannya. Setiausaha hendaklah menjalankan kerja-kerja persatuan mengikut peraturan dan hendaklah ia menjalankan perintah-perintah mesyuarat dan jawatankuasa. Bertanggungjawab menguruskan hal-hal surat menyurat dan menyimpan semua bukubuku, surat-surat dan kertas-kertas kecuali kira-kira dan buku kewangan. Dia hendaklah hadir dalam semua mesyuarat dan membuat catatan. 7.4 7.5 Penolong Setiausaha hendaklah menolong setiausaha menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan setiausaha. Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua kewangan persatuan. Dia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab ke atas kebetulannya. 7.6 7.7 Penolong Bendahari hendaklah menolong bendahari menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan bendahari. Wakil tahap adalah bertanggungjawab berkenaan semua kewajipan ahli jawatankuasa yang lain, hal keahlian tahap/tahun berkenaan. PERKARA 8: TANGGUNGJAWAB AHLI BIASA 8.1 8.2 8.3 8.4 8.5 Hendaklah didaftar dan nama tercatat di buku kedatangan rumah sukan. Perlu mematuhi undang-undang rumah sukan dan sekolah dan hormat-menghormati semua guru dan harta benda sekolah. Ketidakhadiran sebanyak 3 kali sepenggal dianggap ahli itu sudah meletak jawatan. Mesti berusaha dan mengikuti semua aktiviti anjuran rumah sukan. Perlu membayar yuran persatuan mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh persatuan.

PERKARA 9: PAKAIAN SEMASA MENGIKUTI AKTIVITI 9.1 Semua AJK dan ahli biasa dikehendaki memakai pakaian senaman semasa aktiviti dijalankan. Aktiviti akan dijalankan pada waktu petang bermula jam 5.00 petang hingga 6.30 petang setiap 3 minggu sekali. Guru Penasihat akan memklumkan kepada semua ahli rumah sukan jika ada perubahan hari dan masa aktiviti. PERKARA 10: KEWANGAN 10.1 Disyaratkan kepada peruntukan yang berikut bagi undang-undang ini, wang rumah sukan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan aktiviti/tujuan rumah sukan. 10.2 Bendahari dibolehkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada yang ditetapkan oleh Guru Penasihat pada satu masa. Wang lebih daripada jumlah itu mestilah diserahkan kepada guru penasihat. 10.3 Penyata dari hal kewangan yang diterima dan dibelanjakan beserta timbangan kira-kira bagi bulanan/ tahunan hendaklah disediakan dengan seberapa segera setelah tamat bulanan/ tahunan itu. Penyata kira-kira yang telah diaudit hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung tahunan. Salinan penyata kira-kira, wang baki hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum untuk semakan dan simpanan apabila tamat persekolahan setahun. PERKARA 11: PEMERIKSA KIRA-KIRA 11.1 Seorang atau lebih yang bukan AJK boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung sebagai Pemeriksa kira-kira Kehormat. Mereka akan memegang jawatan selama setahun dan tidak boleh dilantik semula. 11.2 Pemeriksa kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira rumah sukan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung. PERKARA 12: TANGGUNGJAWAB GURU PENASIHAT 12.1 Adalah menjadi tanggungjawab Guru Penasihat untuk memaklumkan perlembagaan kepada semua Ahli-ahli Jawatankuasa dan Ahli Biasa pada Mesyuarat Agung yang pertama dan pada masa menerima ahli baru. *Disampaikan kepada semua ahli-ahli rumah sukan.

............................................................ (SH. NOR AKMAR BT. SY. OTHMAN)

You might also like