Panduan Pelaksanaan Protim

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Panduan Pelaksanaan PROTIM 2M/2010

PANDUAN PELAKSANAAN PROTIM PRAUJIAN DAN PASCAUJIAN TAHUN 4, 5 DAN 6

PENDAHULUAN Kemahiran Asas Membaca dan Menulis Program Pemulihan 3M (PROTIM) ialah ujian diagnostik yang dikendalikan sebagai susulan selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran pemulihan untuk murid tahun empat dan tahun lima yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis. Praujian dan Pascaujian PROTIM dijalankan bagi tujuan mengesan kekuatan dan kelemahan serta tahap literasi bacaan dan tulisan serta pencapaian murid setelah mengikuti program pemulihan 2M. Praujian dan Pascaujian terbahagi kepada dua bahagian, iaitu: Bahagian A - Kemahiran Membaca Bahagian B - Kemahiran Menulis

PANDUAN PELAKSANAAN Kandungan dan Pelaksanaan Praujian dan Pascaujian Kemahiran Membaca dan Menulis 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Bahagian A mengandungi 12 soalan. Jumlah keseluruhan markah kemahiran membaca ialah 100. Bahagian B mengandungi 17 soalan. Jumlah keseluruhan markah kemahiran menulis ialah 100. Praujian dan Pascaujian dijalankan secara individu. Ujian perlu dijalankan dengan adil dan tegas. Bagi ujian kemahiran membaca, bacaan murid yang tidak lancar, merangka-rangkak, mengeja atau tidak menjawab, dianggap tidak mencapai tahap dan diberikan 0 markah.

Panduan Pelaksanaan PROTIM 2M/2010

8.

Bagi item menulis yang diuji, guru boleh membantu murid dengan menyatakan gambar yang tertera (sekiranya gambar atau item tidak jelas) untuk mengelakkan murid tidak menjawab soalan berkenaan. Tulisan tidak jelas, perkataan yang ditulis tidak betul, atau perkataan yang tertinggal dalam jawapan hendaklah diberi 0 markah. Guru diminta memasukkan analisis pencapaian murid secara individu bagi PROTIM 2M dalam Borang Analisis Pencapaian Individu (BORANG API). Guru diminta memasukkan skor pencapaian murid di sekolah bagi PROTIM 2M dalam Borang Skor Pencapaian Murid (BORANG SPM). Murid dikatakan menguasai 2M, apabila mendapat skor 90 100% bagi kemahiran membaca, dan skor 80 100% kemahiran menulis dalam praujian dan pascaujian yang diambil.

9. 10. 11. 12.

*** Pesanan Borang-borang untuk data Protim boleh diambil dalam laman web rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum http//www.moe.gov.my/bpk

You might also like