Model Model Pengajaran

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 30

SCE3108

Senarai Kandungan
Kandungan 1 2 Konsep Pengajaran Ciri-ciri Pengajaran Model-model Pengajaran 1. 3 2. 3. 4. 4 Model Pemerosesan Maklumat Model Ekspositori Model Inkuiri Model Konstruktivisme Muka Surat 2 2 2 3 4 8 12 17

Banding Beza Model-model Pengajaran

Rancangan Mengajar Harian Dunia Sains dan Teknologi Tahun 3 berdasarkan Model Pengajaran Inkuiri Rasional dalam pemilihan Model Pengajaran Inkuiri Sains Lampiran

20

6 7

23 26

Refleksi

29

Rujukan

30

Koh Ing Tai

Page 1

SCE3108

KONSEP PENGAJARAN

Pengajaran merupakan satu proses yang melibatkan aktiviti-aktiviti penyampaian idea atau maklumat kepada murid dengan tujuan membawa perubahan-perubahan tingkah laku dikalangan mereka. Proses pengajaran merangkumi perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian.Kesemua langkah-langkah ini adalah bertujuan untuk menyebarkan ilmu dengan berkesan.

Manakala bagi mencapai objektif untuk mendapatkan perubahan tingkah laku, guru perlulah jelas dengan jenis perubahan yang dikehendaki, kemudian merancang aktiviti yang sesuai untuk menjayakannya.Antara perubahan-perubahan yang

dikehendaki ialah jenis pengetahuan yang hendak diajarkan, kemahiran dan perubahan sikap.Pengajaran bermaksud aktiviti yang dirancangkan oleh guru dengan teliti dan melaksanakannya melalui kaedah dan teknik tertentu yang bertujuan untuk

menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran murid-murid.

CIRI-CIRI PENGAJARAN

Proses pengajaran melibatkan dua pihak iaitu penyampai maklumat dan penerima maklumat., cpntohnya guru mengajar di sekolah dan murid belajar maka pengajaran telah berlaku. Pengajaran juga meliputi rancangan mengajar, objektif pelajaran, tempat belajar, alat Bantu mengajar serta strategi, kaedah dan teknik mengajar. Di dalam aktiviti pengajaran, guru memainkan peranan sebagai pengajar atau fasilitator dan murid berperanan sebagai pelajar.

MODEL-MODEL PENGAJARAN

Dalam menghasilkan satu proses pengajaran yang sistematik, kita perlu merujuk kepada beberapa model pengajaran.Antara fungsi utamanya ialah sebagai satu panduan kepada guru bagi menghasilkan satu sessi p&p yang menyeronokkan dan memotivasikan murid-murid selain untuk mengukur sejauh mana keberkesanan
Koh Ing Tai Page 2

SCE3108

penggunaan terhadap murid-murid.Di antara model-model pengajaran yang sering kali diamalkan dalam bilik darjah ialah :

5. Model Pemerosesan Maklumat 6. Model Ekspositori 7. Model Inkuiri 8. Model Konstruktivisme

1. Model Pengajaran Ekspositori

Model Ekspositori bermaksud penerangan yang jelas dan terperinci. Dalam konteks pengajaran ekspositori menekankan kepada proses penyampaian maklumat atau isi kandungan pelajaran secara verbal dan secara langsung kepada murid-murid di dalam kelas. Roy Killen juga menamakan model ekspositori ini sebagai model pembelajaran langsung (dirrect intruction), karana dalam model ini pengajaran disampaikan secara langsung oleh guru. Oleh itu,kaedah ekspositori ialah cara penyampaian pelajaran melalui penerangan, bercerita atau demonstrasi dengan tujuan menyampaikan sesuatu untuk difahami oleh murid-murid. Tujuan pengajaran ekspositori adalah untuk menyalurkan pengetahuan dan kemahiran daripada orang yang tahu (misalnya guru dan buku teks) kepada mereka yang tidak tahu (murid). Pengajaran ekspositori boleh dan seharusnya melibatkan murid, melibatkan mereka dalam pelbagai aktiviti pembelajaran yang mencabar yang mampu membina kemahiran pemikiran kritikal. Dalam model ekspositori ini, guru boleh menyampakan pengajaran dengan :

menerang, menginterpretasi dan menghuraikan dan konsep daripada buku teks. menerangkan sambil mendemonstrasikan cara melukis atau membina bentuk bentuk geometri.

menerangkan langkah-langkah penyelesaian masalah berdasarkan kemahiran kemahiran yang telah dipelajari.

menerangkan sesuatu konsep dengan alat bantu mengajar.

Koh Ing Tai

Page 3

SCE3108

Guru memberi penerangan dan penjelasan terlebih dahulu dan murid mendengar dengan teliti hingga mereka memahami dan mengingatinya atau merekodkan isi pentingnya dalam buku rekod mereka. Guru boleh menggunakan model ini untuk menerangkan konsep, fakta, hukum, prinsip atau teori sains. Dari segi implikasi P&P, murid-murid dapat memperolehi gambaran atau rangka pembelajaran yang perlu mereka pelajari. Selain itu, guru juga dapat menjimatkan masa penyampaian pelajaran kerana dengan kaedah ini melibatkan guru menyampaikan semua maklumat tentang konsep dalam masa yang lebih singkat dan murid-murid hanya duduk diam dan mendengar sahaja.

Model Ekspositori

2. Model Pemerosesan Maklumat Model pemerosesan maklumat telah diperkenalkan oleh Robert Mills Gagne seorang pendidik Amerika di mana kajian tentang pembelajaran dan pengajaran sangat terpengaruh dengan sekolah Amerika.

Prinsip Model Pengajaran Pemprosesan Maklumat a) Andaian kapasiti terhad dan sekatan kepada pengaliran maklumat. b) Pengaliran maklumat dua hala. c) Kawalan eksekutif yang mengawal dan menentukan pengekodan,

penyimpanan, mengingat kembali dan lupaan. d) Manusia disediakan secara genetik untuk memproses dan menyimpan maklumat.

Koh Ing Tai

Page 4

SCE3108

Teori pemprosesan maklumat R.M Gagne menjelaskan bagaimana maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran dapat diperolehi. R.M Gagne menyatakan bahawa rangsangan dari persekitaran luar diterima dalam system saraf melalui deria, selepas itu maklumat akan ditafsir dalam satu ingatan, kemudian ia di hantar kepada stor jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui system saraf. Pengalaman - pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang penting kepada manusia dan mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baru bagi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku. Guru boleh mengaitkan pengetahuan sedia ada pada seseorang pelajar yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang apabila memperkenalkan pengajaran baru dengan tujuan memudahkan pelajar mendapat konsep awal dengan mudah dan memperkesankan pembelajaran berlaku.

Mengikut Gagne, terdapat lapan jenis pembelajaran yang dikenal pasti iaitu dari peringkat mudah ke peringkat kompleks: i. ii. Fasa motivasi Jangkaan Fasa kefahaman Pemerhatian Simpanan Persepsi

iii. Fasa Perolehan Pengekodan Simpanan Awal iv. Fasa Penahanan Penyimpanan Stor Ingatan v. Fasa Ingatan Kembali Mengingat Kembali Mencari vi. Fasa Generalisasi Pindahan vii. Fasa Prestasi Gerak balas viii. Fasa Maklum balas Peneguhan

a. Pembelajaran melalui isyarat (signal learning) Merupakan pembelajaran primitif. Misalnya, manusia belajar melalui pengalaman, mempelajari isyarat asap sebagai kebakaran.

b. Pembelajaran Stimuli-tindakbalas (Stimulus-response learning) Iaitu menghubungkaitkan stimuli yang dirancang dan dirangsang dengan tindak balas individu bagi menghasilkan perubahan tingkah lakunya. Misalnya guru menunjukkan sesuatu benda yang konkrit, murid menyebut namanya.
Koh Ing Tai Page 5

SCE3108

c. Pembelajaran Melalui Rantaian (Chaining) Merujuk kepada pelbagai hubungkait daripada pembelajaran stimuli-tindakbalas selepasnya. Berlaku dalam peringkat pembelajaran paling tinggi. Contohnya, murid membina ayat dengan menghubungkaitkan perkataanperkataan atau mensintesis beberapa kemahiran untuk menjadikan kemahiran yang kompleks dan sebagainya.

d. Pembelajaran Melalui Asosiasi Verbal (verbal association) Merupakan asas pembelajaran bahasa. Mengaitkan nama benda hidup dengan sifatnya atau perkataan santifik dengan makna dalam bahasa Melayu.

e. Pembelajaran Melalui Pelbagai Perbezaan (Multiple discrimination) Merujuk kepada pembelajaran untuk memilih satu sahaja tindak balas terhadap pelbagai rangsangan. Misalnya belajar perkataan benda hidup, murid boleh menyatakan pelbagai jenis benda hidup bila mendedahkan perkataan benda hidup.

f. Pembelajaran Konsep (concept learning) Merujuk kepada pembelajaran membentuk konsep dengan perwakilan simbol berdasarkan ciri-ciri sama. Contohnya beg, buku, kereta dan lain-lain mewakili konsep benda.

g. Pembelajaran Prinsip (principle learning) Merujuk kepada pembelajaran perkataan dua atau lebih konsep yang telah dipelajari. Misalnya, benda hidup boleh membesar, bernafas . ini adalah prinsip Konsep-konsep disusun mengikut urutan akan menjadi prinsip dalam pembelajaran prinsip seperti anjing boleh membesar , ia adalah benda hidup.

Koh Ing Tai

Page 6

SCE3108

i. -

Pembelajaran Penyelesaian Masalah (Problem Solving) Merupakan pembelajaran melalui proses berfikir iaitu memikir cara penyelesaian masalah dengan menggunakan konsep dan prinsip yang telah dipelajari. Misalnya, untuk menyelesaikan masalah sains, pelajar harus menjalankan eksperimen untuk mendapatkan jawapan dan kesimpulannya.

Model pemprosesan maklumat sama seperti model komputer, iaitu terdiri daripada ingatan deria (sensory memory), ingatan jangka pendek atau ingatan kerja (short-term/ working memory) dan ingatan jangka panjang (long-term memory). Ingatan deria merupakan ingatan jangka pendek yang wujud pada deria manusia. Masa simpanan maklumat ialah antara satu hingga tiga saat. Jika maklumat ini tidak diproses, ingatan jangka pendek itu akan hilang serta merta. Ingatan jangka panjang dari segi kandungan boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu ingatan episodik, semantik dan procedural. Ingatan jangka pendek adalah ingatan yang bekerja atau ingatan sedar.

Sistem Pemprosesan Maklumat

Koh Ing Tai

Page 7

SCE3108

3. Model Pengajaran Inkuiri

Inkuiri boleh didefinisikan sebagai teknik penyoalan tentang sesuatu perkara dan niat untuk mencari jawapan kepada soalan atau masalah yang diutarakan. Proses inkuiri melibatkan pemerhatian dan pengukuran, membuat hipotesis, menterjemah dan membina teori. Justeru, strategi inkuiri dalam pengajaran dan pembelajaran melibatkan murid dalam memberi pendapat, pandangan dan menyoal supaya dapat meneroka, mencadangkan hipotesis, mengumpul dan menyusun data untuk menguji hipotesis, dan membuat inferens dan kesimpulan. Inkuiri memerlukan kemahiran mengeksperimen, refleksi dan mengambil kira kekuatan dan kelemahan kaedah yang digunakan. (Herank, 2000). Model pengajaran inkuiri menggunakan naluri ingin tahu murid-murid untuk mendorong mereka meneroka sesuatu bidang ilmu baru atau secara mendalam. Penggunaan model ini dapat membantu dan mengembangkan kemahiran dan disiplin intelek yang perlu untuk membangkitkan soalan dan mencari jawapan yang berpunca daripada rasa ingin tahu mereka. Contohnya, guru boleh memulakan pengajaran secara inkuiri dengan

menyediakan satu situasi yang pelik dan ajaib. Murid akan berasa tertarik dan sedemikian secara semula jadi bermotivasi untuk mencari jawapan dan menyelesaikan masalah tersebut. Selain itu, guru juga boleh memulakan pengajaran dengan memberi sebanyak mungkin contoh khusus kepada pelajar sehingga dapat membuat kesimpulan tentang apa yang ingin guru sampaikan. Ini melibatkan proses penaakulan dan menggalakkan murid dalam pemikiran peringkat tinggi. Pelajar tidak diberitahu mengenai isi-isi pembelajaran yang ingin dipelajari, tetapi mereka perlu berusaha sendiri mencari, meneliti dan mempelajarinya.

Terdapat empat jenis model ini iaitu; i. ii. iii. Model Inkuiri Sains Model Inkuiri Sosial Model Inkuiri Jurisprudential

Koh Ing Tai

Page 8

SCE3108

Model Inkuiri Sains

Model Inkuiri Sains merupakan model yang digunakan untuk mengkaji prinsip, fenomena dan ciri-ciri unsur sains. Menurut model Inkuiri Dewey melibatkan 5 langkah iaitu mengenal pasti masalah, mencari maklumat rumusan, membentuk hipotesis, menguji hipotesis dan menilai serta membuat rumusan. Mengenal pasti masalah Mencari maklumat rumussan Membentuk Hipotesis Menguji Hipotesis Membuat Rumusan

Fasa satu, guru perlu mengemukakan situasi bermasalah dan menerangkan atur cara inkuiri kepada murid. Pembentukan satu kejadian seperti menunjukkan bagaimana sebatang pisau dibuat daripada dua jenis logam yang apabila dipanaskan ia menjadi bengkok, memerlukan murid berfikir. Matlamat akhirnya dalam pengajaran seperti ini adalah bertujuan untuk murid mengalami pembentukan pengetahuan baru. Fasa dua, melibatkan pemeriksaan proses iaitu murid mengumpulkan maklumat tentang kejadian yang dilihat atau alami. Fasa tiga, uji kaji dijalankan oleh murid dengan memasukkan elemen-elemen baru dalam situasi untuk melihat sama ada kejadian itu berlaku dengan cara lain. Di sini murid mungkin bertanya tentang objek dan guru harus peka serta sedar tentang jenis maklumat yang diperlukan dan mengubah corak penyoalan. Fasa empat, guru meminta murid menyusun data untuk membentuk satu keterangan. Mungkin ada murid yang sukar untuk memahami maklumat dan membentuk pemahaman mengenainya. Fasa lima, murid diminta menganalisis corak inkuiri mereka. Mereka

memerlukan soalan yang berkesan, soalan yang produktif dan memerlukan maklumat lanjut daripada guru. Guru boleh membantu dan membimbing murid memahami dan mengenal pasti aspek-aspek penting yang terkandung dalam masalah. Dengan panduan yang terhad, murid perlu berusaha mengumpul bahan-bahan atau fakta-fakta yang berkaitan dengan penyelesaian masalah. Setelah bahan-bahan atau fakta-fakta dijumpai maka murid mengemukakan cadangan strategi dan cara menyelesaikan masalah. Untuk

mendapatkan kesahihan jawapan, murid perlu menilai semula hipotesis yang dibuat. Apabila memperolehi kesahihan jawapan , murid perlu membuat rumusan terhadap
Koh Ing Tai Page 9

SCE3108

teknik penyelesaian yang telah digunakan dalam proses penyelesaian masalah. Walaupun model inkuiri digunakan pada mulanya dalam bidang sains, namun atur caranya juga sesuai untuk semua bidang. Contohnya, kemahiran hidup, bagaimana proses-proses tumbesaran pokok atau tanaman daripada hanya sebutir biji benih yang kering, boleh dijadikan situasi yang membingungkan murid.

Model Inkuiri Sosial Model Inkuiri Sosial merupakan model yang digunakan untuk mengkaji topiktopik yang berkaitan dengan bidang kemanusiaan dan kemasyarakatan. Proses kajian adalah berlandaskan kepada aktiviti pemerhatian , temubual atau soal selidik. Model inkuiri sosial menegaskan proses interaksi sosial. Model ini merangkumi enam langkah iaitu pembentukan masalah oleh pengajar, pembentukan hipotesis oleh pelajar, menentukan definisi untuk hipotesis, perbincangan kesalahan hipotesis, mencari sokongan untuk hipotesis dan membuat rumusan atau kesimpulan

Model Inkuiri Juris Prudential Model Inkuiri Juris Prudential digunakan untuk mencari kebenaran dan ketepatan isu-isu sering digunakan dalam aktiviti perdebatan. Di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat dua jenis teknik inkuiri Juris Prudential iaitu inkuiri terbimbing dan inkuiri terbuka. Inkuiri terbimbing adalah kaedah pemeblajaran yang memerlukan guru membimbing dalam menjalankan segala proses kajian. Dalam inkuiri terbuka, murid-murid tidak diberi sebarang bimbingan. Segala proses kajian dijalankan oleh murid sendiri. Inkuiri Juris Prudential tidak sesuai digunakan pada peringkat sekolah rendah kerana pengetahuan sedia ada dan pendedahan mereka adalah masih kurang tetapi sesuai digunakan pada peringkat sekolah menengah atas dan peringkat lebih tinggi.

Koh Ing Tai

Page 10

SCE3108

Model Inkuiri Suchman Model Inkuiri Suchman diperkenalkan oleh Richard Suchman. Model ini menyatakan bahawa kaedah-kaedah dan strategi yang digunakan oleh ahli sains untuk menjalankan kaji selidik boleh juga digunakan sebagai model pengajaran dalam mata pelajaran khususnya sains. Ia merupakan pendekatan yang memberi peluang kepada pelajar membuat kesimpulan sendiri mengenai sesuatu konsep atau benda. Dalam model Inkuiri Suchman, guru boleh memulakan pengajaran dengan memberi sebanyak mungkin contoh khusus kepada pelajar tentang topik yang ingin dipelajari oleh murid sehingga murid dapat membuat kesimpulan tentang apa yang ingin guru sampaikan. Model ini adalah sesuai digunakan dalam semua pelajaran kerana model ini mengalakkan kecergasan murid berfikir.

Implikasi Model Pengajaran Inkuiri Dalam model ini, penglibatan murid adalah tinggi dan boleh dikatakan pengajaran inkuiri memerlukan dedikasi dan usaha murid-murid sendiri untuk memperolehi pengetahuan. Murid mengambil bahagian yang aktif dalam pembelajaran, menganalisis data, menyemak hipotesis dan membuat rumusan terhadap pembentukan ilmu pengetahuan yang dijumpai dan difahami sendiri. Murid akan berasa puas hati dan lebih mudah untuk memahami sesuatu konsep yang kompleks kerana ini adalah hasil murid-murid berupaya memahami asal-usul masalah serta mencari jalan penyelesaian sendiri . Ini dapat dibuktikan daripada proses hands on yang telah memberi kesan yang lebih mendalam kepada murid. Selain mengukuhkan lagi ingatan murid terhadap sesuatu konsep atau tajuk. Hal ini kerana manusia lebih mudah memahami dan mengingati perkara yang mereka sendiri lakukan secara amali berbanding lisan. Model ini juga membantu guru menentukan objektif pelajaran mengikut tahap kebolehan pelajaran dan menyediakan bahan yang sesuai. Merancangkan langkahlangkah membentuk sesuatu konsep, prinsip, ataupun teori dengan jelas dan terperinci. Menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam proses inkuiri dengan guru memainkan peranan sebagai fasilitator yang berkesan. Selepas peringkat akhir inkuiri, guru harus memberi ulasan atau penilaian terhadap hasil inkuiri murid.

Koh Ing Tai

Page 11

SCE3108

4. Model Pengajaran Konstruktivisme Konstruktivisme merupakan pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain. (Mok Song Sang, 2008) Menurut model ini, murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada,

mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperolehi dengan binaan intelektual yang sedia wujud dan guru berperanan sebagai fasilitator sahaja.

Ciri-ciri Kaedah Pengajaran Konstruktivisme Kaedah pengajaran konstruktivisme mempunyai beberapa ciri-ciri yang boleh diperlihatkan. Pertama , murid berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep dalam sesi pembelajaran. Murid bebas menghubungkaitkan dan membuat perbandingan maklumat baru dengan pengalaman yang sedia ada mereka demi mencapai kefahaman tentang sesuatu konsep. Murid juga berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain. Ini bermakna, murid menggunakan pemikiran yang sama berdasarkan membandingkan maklumat baru dengan pengalaman sendiri untuk menyelesaikan sesuatu perselisihan pandangan. Kedua, model ini mendidik murid menghormati pandangan alternatif rakan-rakan sebaya walaupun pandangan rakan adalah bercanggah dengan pandangan sendiri. Pengalaman yang sama atau hampir sama akan membolehkan murid menghargai sebarang pendapat rakan-rakan lain. Justeru, untuk mencapai keberkesanan pembelajaran, murid perlu merancang strategi, berfikir dan akhirnya menilai aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan. Ketiga, model pengajaran ini adalah berpusatkan kepada murid. Guru cuma berperanan sebagai pembimbing supaya murid dapat mencari makna, terutamanya dalam merancang, mengarah dan menilai pemikirannya supaya tidak terpesong jauh fakta yang perlu dijumpai oleh murid-murid.
Koh Ing Tai Page 12

SCE3108

Keempat , model ini mementingkan dan megaplikasikan kemahiran saintifik dan berfikir. Murid diajar mengenai perkembangan operasi yang mengarahkan dan

mengawal kemahiran serta proses kognitif. Oleh yang demikian, pemikiran rasionalisasi murid amat dititik beratkan dalam setiap pemikiran murid. Kelima, murid-murid perlu merenung kembali proses pembelajaran yang telah dilaksanakan oleh mereka demi mengukuhkan kefahaman yang dibina. Murid digalakkan mengemukakan hipotesis dan bukan guru yang menerangkan teori. Guru hanya sebagai pembimbing yang membawa kepada proses pemikiran dan aktiviti yang dijalankan. Keenam, hubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina. Perkara terpenting dalam kaedah pengajaran konstruktivisme adalah, murid mesti menghubungkaitkan pengalamannya dengan maklumat baru yang diterimanya. Seterusnya, murid akan mengaplikasikan idea yang baru dibina dalam kehidupan seharian. Ciri-ciri yang terakhir adalah, murid selalunya bekerja secara kumpulan. Guru akan membuat aktiviti berkumpulan agar murid dapat melontarkan pandangan masing bersama-sama rakan-rakan sebaya mereka. Setiap persoalan dalam kumpulan akan diselesaikan berdasarkan pengalaman sendiri dan dibimbing melalui maklumat yang baru disampaikan oleh guru. Selain daripada itu, ia akan mengwujudkan kerjasama dan perasaan muhibbah. (Mok Song Sang, 2008)

Kelebihan Kaedah Pengajaran Konstruktivisme Dalam kaedah pengajaran konstruktivisme, guru merupakan penolong,

pemudahcara, perancang dan hanya berperanan menyampaikan teori pengajaran dan menghubungkait dengan pengalaman murid untuk pemahaman. Guru memilih idea yang terdekat dengan prinsip yang hendak diajar kepada murid. Ini bermakna, untuk menjayakan sesi pembelajaran pelajar adalah berperanan utama dalam aktiviti pembelajaran. Mereka perlu melibatkan diri secara langsung dengan penyelesaian masalah yang dilaksanakan dalam kelas.

Koh Ing Tai

Page 13

SCE3108

Melalui model konstruktivisme, murid-murid dapat terapkan nilai koperatif dan kolaboratif sendiri. Murid perlu bekerjasama dalam kumpulan memberikan hipotesis mereka sendiri dan sama-sama melengkapkan tugasan. Kaedah ini juga boleh memotivasikan pelajar, membimbing, dan menggalakkan pelajar melibatkan secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Model Konstruktivisme juga berbeza daripada pengajaran traditional kerana model ini tidak mengalakkan menggunakan kaedah atau teknik tradisi seperti, syarahan, menghafal dan mengingat. Model ini berpendapat bahawa murid mendapat ilmu pengetahuan adalah berdasarkan pengalaman yang dibina dalam minda bukannya yang wujud dalam luar minda mereka. Dengan bantuan alat bantu mengajar yang menarik serta pelbagai dapat juga membuatkan murid mudah faham dan berasa seronok. Kelebihan model konstruktivisme bukan saja dalan peningkatan pemahaman malah juga membantu dalam penguasaan teknik lisan dan bukan lisan. Guru hanya membentangkan tajuk atau teori dan pelajar akan mengadaptasinya sendiri berdasarkan pengalaman sendiri. Selain daripada kelebihan, kaedah pengajaran konstruktivisme turut mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Antara kelemahan yang dapat dikesan adalah, menjadi penghalang kepada kefahaman konsep dalam pembelajaran kerana tidak selaras dengan pandangan saintifik. Oleh yang demikian ia menimbulkan kesusahan kepada murid untuk mengasimilasikan dan menyusun idea saintifik baru.

5. Model Pengajaran Projek Model Pengajaran Projek mula diperkenalkan oleh Professor William Kilpatrick pada tahun 1871-1965. Beliau menekan konsep pembelajaran murid adalah untuk menambah minat ketika melaksanakan aktiviti pembelajaran yang dirancang. Oleh itu, model ini menyarankan bahawa murid-murid belajar melalui aktiviti permainan, kerja praktik, kajian luar dan lawatan.

Koh Ing Tai

Page 14

SCE3108

Apakah yang dimaksudkan dengan projek? Sesuatu projek boleh didefinisikan sebagai suatu penyiasatan mendalam tentang topik dunia sebenar yang sewajarnya mendapat perhatian murid. Oleh itu, Model pengajaran projek merupakan satu kaedah pengajaran yang sistematik yang melibatkan murid-murid mempelajari kemahiran dan pengetahuan melalui satu proses inkuiri yang berstruktur. Projek boleh dilaksanakan oleh sebuah kelas atau sekumpulan kecil murid pada semua peringkat umur. Muridmurid mungkin sambil bermain dan meneroka di samping melibatkan diri dalam projek. Guru perlu menyediakan soalan projek serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dengan baik. melibatkan penglibatan murid-murid yang tinggi membolehkan murid-murid berinteraksi dan berkomunikasi . Satu-satu kelebihan model projek ialah ada elemen kesepaduan di mana muridmurid dapat mengapplikasikan kemahiran-kemahiran matapelajaran yang berlainan. guru perlu memberi bimbingan dan arahan dengan terang tentang cara-cara mengendalikan sesuatu projek. Model ini juga memperkayakan suasana kelas melalui permainan dramatik kanak-kanak, pembinaan dan lukisan dengan mengaitkannya kepada kehidupan di luar sekolah. Projek juga membekalkan peluang kepada muridmurid untuk membuat kajian dalam bidang sains dan kemanusiaan dan mewakilkan dapatan mereka dalam pelbagai cara. Kanak-kanak juga dapat mengaplikasikan pengetahuan asas sains dan bahasa semasa melaksanakan projek.

Kriteria Pemilihan Topik untuk Projek: Bagaimana menariknya topik ini kepada kanak-kanak? Adakah topik ini topik sebenar dunia? Adakah terdapat sedikit sebanyak pengalaman kanak-kanak dengan topik berkenaan? Bagaimanakah mudahnya kanak-kanak dapat memperoleh pengalaman sebenar ? Sejauh mana mereka akan bergantung kepada orang dewasa atau buku untuk memperoleh maklumat? Siapa boleh tampil dan maklumkan pengalaman sebenar tentang topik berkenaan? Adakah akan terdapat banyak soalan yang berlainan yang akan ditanya oleh kanak-kanak tentang topik berkenaan?
Koh Ing Tai Page 15

SCE3108

Tiga Fasa Dalam Kerja Projek

Fasa 1 Kanak-kanak mengingat kembali pengalaman lampau dan mewakilkan kenangan peristiwa, objek dan orang yang berkaitan. Fasa 2 Kanak-kanak memperoleh pengalaman baru dan menyiasat, membuat inferens daripada pemerhatian, membina model, meneliti dan mencatat dapatan, meneroka, meramal, mengeksperimen dan mereka, membincang dan melakonkan. Dalam fasa ini terutamanya projek jangka masa lama dan pelbagai-tahap dilaksanakan. Fasa 3 Kanak-kanak mengkaji semula kerja yang telah mereka laksanakan serta meringkaskannya, kemudian melaporkan hasil projek dalam bentuk baru supaya dapat dipersembahkan kepada sasaran audien yang baru tentang apa yang kelas mereka telah mencapai. Mereka juga melakukan lebih banyak kerja imaginatif, mewakilikan lebih banyak maklumat yang diperoleh dalam Fasa 2 dalam bentuk asal dan peribadi.

Koh Ing Tai

Page 16

SCE3108

BANDING BEZA MODEL-MODEL PENGAJARAN Model CIRI-CIRI Ekspositori Model Pemerosesan Maklumat Model Inkuiri Model Konstruktivisme Model Projek

PERSAMAAN

Berpusatkan murid (kecuali model ekspositori yang berpusatkan guru) Guru sebagai fasilitator (kecuali model ekspositori yang guru sebagai pengajar ) Penekanan kepada pengetahuan sedia ada Aktiviti kelas berasaskan hands-on Membina kemahiran komunikasi Penekanan nilai bekerjasama dan tolak-ansur Merangsang ingin tahu pelajar

PERBEZAAN Mempunyai 3 fasa

FASA

Mempunyai 8 fasa

mempunyai 5 fasa Dimulakan dengan fasa engage Dibahagi kepada 5 peringkat iaitu engange, explore, explain, elaborate, dan evaluate

Tidak mempunyai fasa

Mempunyai 3 fasa Dimulakan dengan member satu tugasan atau masalah

PERMULAAN KELAS

Fasa motivasi- jangkaan

PERKEMBANGAN

Fasa perkembangan tidak dibahagikan lagi

Fasa kefahaman pemerhatian dan simpanan persepsi

Koh Ing Tai

Page 17

SCE3108

PENCETUSAN IDEA

Tidak memberi penekanan terhadap pencetusan idea Tidak memberi penekanan terhadap penstrukturan semula idea Tidak memberi penekanan terhadap pengaplikasian idea

Fasa Penahanan penyimpanan dan stor Ingatan Memerlukan pengetahuan sedia ada murid Memerlukan pengetahuan sedia ada murid

Fasa Ingatan Kembali mengingat kembali dan menstruktur idea

PENSTRUKTURAN SEMULA IDEA

Tidak memberi penekanan kepada fasa penstrukturan semula idea Mengalakkan murid untuk mengaplikasikan idea yang dipelajari. Tidak mefokuskan kepada kemahiran saintifik dan kemahiran manipulatif.

Fasa Generalisasi Pindahan Fasa Prestasi Gerak balas

PENGAPLIKASI IDEA

Kemahiran mencari maklumat dan fokus KEMAHIRAN terhadap kemahiran menorganisasi data

Memberi penekanan kepada kemahiran penyelesaian masalah

Koh Ing Tai

Page 18

SCE3108

LANGKAH KESELAMATAN

Tidak mempunyai langkah keselamatan

Tidak mempunyai langkah keselamatan

TUGAS GURU

guru sebagai pengajar

guru sebagai fasilitator

guru sebagai fasilitator

Guru sebagai penolong, pemudahcara, perancang

guru sebagai fasilitator

KAEDAH

berpusatkan guru Tidak mengalakkan murid untuk membuat refleksi.

Berpusatkan murid

Berpusatkan murid

Berpusatkan murid

Berpusatkan murid

REFLEKSI

Mengalakkan murid untuk membuat refleksi

Dibuat oleh guru

Tidakmembuatrefleksi

Mengalakkan murid untuk membuat refleksi

Fasa Maklum balas PENILAIAN Peneguhan

Dibuat pada fasa refleksi

Dibuat pada fasa penstrukturan semula idea

Koh Ing Tai

Page 19

SCE3108

Rancangan Mengajar Harian Dunia Sains dan Teknologi Tahun 3 Matapelajaran Tema / Tajuk Masa Kelas : Dunia Sains dan Teknologi : Sains Fizikal / Magnet : 0900-1000 : 3

Standard Pembelajaran : 5.1.1, 5.1.2, 5.1.3, 5.1.4 Objektif : 1. Menamakan bentuk-bentuk magnet 2. Menjelaskan tindakan magnet keatas objek menarik atau tidak menarik 3. Menyatakan bahan yang diperbuat daripada besi dapat ditarik oleh magnet KPS : Pemerhatian , komunikasi Elemen Merentas Kurikulum (EMK) : TMK - menggunakan tayangan video tentang tindak balas magnet. Bahasa menggunakan bahasa yang betul berkaitan dengan bentuk magnet .

BBM Penilaian

: Magnet, Lembaran kerja : B1D5, B3D6E1, B3D6E2, B4D2E1

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran CADANGAN KOMUNIKASI / CATATAN


BBM: Magnet dan papan 1. Mengapa kereta boleh bergerak tanpa sentuhan?

FASA
-

CADANGAN AKTIVITI
Guru membuat persembahan silap mata dengan menggunakan magnet dibawah papan mengerakkan kereta logam. Murid cuba menjelaskan fenomena ini.

Orientasi: Set Induksi (5 minit) 1. Persediaan Pemerhatian Indikator Amalan - Menggunakan deria penglihatan, sentuhan, rasa atau bau Koh Ing Tai

Page 20

SCE3108

Pencetusan Idea (15 Minit )

2. Imaginasi Penjanaan Idea Membuat hipotesis

Guru menunjukkan magnet yang berlainan jenis, murid bersoal jawab dengan guru mengenai bentuk-bentuk magnet berdasarkan pengetahuan sedia ada murid.

KPS : Pemerhatian BBM : paparan slaid 1.Apakah bentuk magnet yang dapat diperhatikan ? 2. Apakah fungsi magnet ?

Indikator Amalan 2.1.3 Menghasilkan idea yang bermakna

3. Ramalkan apakah perubahan yang berlaku kepada magnet apabila diuji pada vahan-bahan tersebut?

Sintesis Idea Indikator Amalan 2.2.3 Menentukan maklumat mencukupi atau memerlukan tambahan

Murid menghuraikan bentukbentuk magnet yang dilihat. Murid A : bentuk segiempat panjang Murid B : Bentuk bulat Murid C : Bentuk U Murid D : Bentuk rod

Analisis 1.2.1 Mengenal pasti persamaan dan perbezaan dengan betul

Guru meyoal murid contoh benda-benda yang diperbuat daripada besi. Guru mendekatkan benda-benda besi dengan magnet dan menyoal pemerhatian muridmurid dan murid-murid member pandangan mengapa ia tertarik?

1. Apakah benda yang diperbuat daripada besi? 2. Apakah yang terjadi apabila benda-benda besi didekati magnet?

Koh Ing Tai

Page 21

SCE3108

Menjana idea ( 20 Minit ) 3. Perkembangan Menguji hipotesis

Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan penerangan oleh guru untuk menjalankan eksperimen. Murid menjalankan eksperimen mengenai objek yang menarik atau tidak menarik dengan menggunakan objek yang ada disekeliling mereka. Murid melengkapkan jadual yang diberikan. Murid menjalankan eksperimen berdasarkan bahan-bahan yang disediakan oleh guru.

BBM : Lampiran 1, magnet, dan benda-benda besi dan bukan besi. Kaedah: Hands on /Minds on Perbincangan kumpulan 1. Apakah bahan-bahan bersifat besi? 2. Apakah bahan-bahan bukan bersifat besi? 3. Bahan-bahan apakah yang akan ditarik oleh magnet ? 4. Bahan-bahan apakah yang tidak akan ditarik oleh magnet ? 4.. Apakah terjadi apabila bahan-bahan didekati dengan magnet ?

Indikator Amalan 3.1.3 Memberi pelbagai rasional tentang idea Menilai Indikator Amalan 3.2.3 Membuat wajaran dengan betul

Penstrukturan semula ( 15 minit) 4. Tindakan Pelaksanaan Indikator Amalan 4.1.2 Menyusun idea secara tersusun dan mudah difahami

Murid membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian.

BBM : paparan slaid 1. Berikan contoh bahan lain yang dapat diperbuat daripada besi dapat ditarik oleh magnet . 2. Berikan contoh bahan lain yang bukan diperbuat daripada besi yang tidak dapat ditarik oleh magnet.

Pentaksiran

1. Murid menyiapkan Lembaran Kerja 1

BBM : Lembaran kerja

Aktiviti Pengayaan

1. Murid menjawab soalan kuiz - Murid melihat tayangan power point tentang kegunaan magnet dan bahan-bahan yang boleh ditarik oleh magnet.

BBM : Soalan kuiz

Refleksi(5 minit)

BBM : paparan slaid

Koh Ing Tai

Page 22

SCE3108

Rasional dalam pemilihan Model Pengajaran Inkuiri Sains Model Inkuiri Penemuan merangkumi semua aktiviti merancang, menyiasat, menganalisa, dan menemui. Pembelajaran melalui kaedah ini memerlukan kemahiran-kemahiran seperti membuat perbandingan dan mencari ciri-ciri yang sama untuk membuat generalisasi. Model ini melibatkan penaakulan induktif di mana murid-murid akan mengkaji hubungan, perkaitan serta pola bagi menentukan konsep, sifat-sifat dalam ilmu sains. Rajah di bawah menunjukkan proses pembelajaran menggunakan model inkuiri penemuan.

Mengenal pasti masalah

Merancang strategi penyelesaian

Mengumpul maklumat berkaitan

Mengkaji dan menganalisis maklumat yang dikumpul

Membuat generalisasi atau rumusan

Saya telah memilih model inkuiri sebagai model pengajaran saya kerana model melibatkan 5 fasa yang sangat sesuai untuk murid-murid melibatkan diri dalam pembelajaran sains dan pendekatan ini akan membantu murid dalam kaedah proses sains. Di antara objektif kajian ialah untuk memberikan pengetahuan dan pembelajaran kepada murid mengenali bentuk-bentuk magnet dan jenis-jenis

bahan yang boleh ditarik oleh magnet dan objek-objek yang tidak boleh ditarik oleh magnet. Pada awal penerangan mengenai tajuk, ada pelajar yang tidak dapat memahami mengapa magnet hanya menarik objek-objek yang diperbuat daripada besi. Melalui aktiviti kumpulan, setiap ahli akan menyiasat dan mengenalpasti objekobjek yang diuji mengikut dua kumpulan iaitu objek yang boleh ditairk oleh magnet dan sebaliknya. Setiap kumpulan akan menyampaikan keputusan yang diperolehi dan berkongsi dengan rakan-rakan lain. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memperbaiki kemahiran komunikasi mereka.

Koh Ing Tai

Page 23

SCE3108

Saya telah mengaplikasikan 5 fasa yang ditujukan dalam model pengajaran inkuiri. Fasa satu, saya mengunakan persembahan silap mata untuk menarik perhatian murid serta mengemukakan situasi bermasalah dan menerangkan atur cara inkuiri kepada murid. Dalam persembahan silap mata, saya menggunakan magnet diletakkan dibawah papan untuk mengerakkan kereta permainan logam. Pembentukan kejadian memerlukan murid berfikir bagaimana ia akan berlaku. Matlamat akhirnya dalam pengajaran seperti ini adalah bertujuan untuk murid mengalami pembentukan pengetahuan baru. Fasa dua, murid-murid dibekalkan dengan pelbagai jenis magnet dan muridmurid melukis dan mencatatkan bentuk-bentuk magnet. Murid-murid perlu memerhati dan mengumpulkan maklumat tentang magnet yang diperhatikan di

depan dan dalam tanyangan paparan sliad. Murid-murid perlu dengan usaha sendiri untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat yang ada. Fasa tiga, uji kaji dijalankan oleh murid dalam kumpulan dengan menjalankan eksperimen tentang elemen-elemen yang boleh ditarik oleh magnet dan elmenelemen yang tidak boleh ditarik oleh magnet. Di sini murid mungkin bertanya tentang mengapa ada benda yang boleh dtarik dan ada yang tidak boleh ditarik dan guru harus peka serta sedar tentang jenis maklumat yang diperlukan dan mengubah corak penyoalan. Fasa empat, guru meminta murid menyusun data yang diperolehi daripada keputusan eksperimen untuk membentuk satu keterangan dan kenyataan yang kukuh. Mungkin ada murid yang sukar untuk memahami maklumat dan membentuk pemahaman mengenainya dan guru perlu member bimbingan kepada murid untuk memberi keterangan yang jelas. Fasa lima, murid diminta menganalisis corak inkuiri mereka. Mereka perlu membuat satu rumusan yang kukuh dan tepat bahawa magnet dapat menarik benda-benda yang diperbuat daripada magnet. Apa yang dapat saya perhatikan sewaktu sesi pemantauan saya dengan setiap kumpulan , semua ahli memberikan kerjasama sepenuhnya. Mereka telah membahagikan tugas secara adil , sentiasa memberikan bantuan apabila diperlukan rakan.Keadaan ini secara tidak langsung memberikan peluang kepada murid untuk menjalankan aktiviti pembelajaran secara bersungguh-sungguh.
Koh Ing Tai Page 24

SCE3108

Saya berpendapat model ini dapat menimbulkan rasa ingin tahu pelajar serta berupaya membentuk minat mereka terhadap pelajaran sains. Kejayaan dalam melaksanakan model ini banyak bergantung kepada disiplin diri pada setiap pelajar. Ketepatan masa juga adalah penting supaya matlamat dapat dicapai dalam masa yang ditetapkan . Justeru itu, proses pengajaran menggunakan model inkuiri merupakan suatu bentuk pengajaran yang boleh dijayakan oleh setiap guru dalam menyampaikan pengajaran mereka sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

Koh Ing Tai

Page 25

SCE3108

Lampiran A Lembaran Kerja 1

LATIHAN MAGNET

Lihat objek-objek dibawah dengan teliti dan mengenalpasti objek-objek yang dapat ditarik oleh magnet atau objek-objek yang tidak dapat ditarik oleh magnet.

Objek yang ditarik oleh magnet

Objek yang tidak ditarik oleh magnet

Koh Ing Tai

Page 26

SCE3108

Persembahan Paparan Slaid

Bahan-bahan yang diperlukan

Koh Ing Tai

Page 27

SCE3108

Semasa Eksperimen

Koh Ing Tai

Page 28

SCE3108

Refleksi

Secara keseluruhannya dapatlah dirumuskan bahawa pengajaran di sekolah tempat saya bertugas kebanyakkannya masih lagi berpusatkan guru. Saya berasa bersyukur kerana berpeluang menyentuhi pelbagai model-model pengajaran dalam semester ini dan memberi pandangan yang berlainan daripada pengalaman terdahulu. Saya telah memperpakaikan Model Pengajaran Inkuiri sebagai model pengajaran saya dalam sesi pengajaran Dunia Sains dan Teknologi Kelas Tahun 3. Model Inkuiri merupakan satu kaedah pengajaran yang berpusatkan murid dan saya dapati kaedah ini amat menarik dan sesuai dengan perkembangan ilmu sains muridmurid Tahun 3. Model ini boleh dikatakan dapat mewujudkan pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan. Untuk menjayakan model ini, guru seharuslah merancang kaedah dan teknik P&P yang sesuai dan afektif dan dilengkapi dengan bahan media yang sesuai dan menarik. Saya telah menggunakan bahan media sebagai bahan bantu mengajar saya utama dalam proses P&P kerana saya berpendapat BBM ini dapat menyumbang ke arah penglibatan murid secara aktif dan menyeronokkan dan melalui pelaksanaan pengajaran sebenar telah membuktikan pendapat saya. Dalam KSSR, penaksiran berkonsepkan didik hibur yang menekankan hal mendidik sambil menghibur maka peringkat penglibatan murid untuk membuktikan hipotesis adalah penting. Dari aspek persembahan pengajaran , saya menggunakan ayat yang mudah dan arahan yang jelas supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. Mengikut pengalaman yang lalu, tanpa arahan yang jelas dan tegas, suasana kelas akan menjadi huru-hara selagi-lagi model pengajaran inkuiri adalah berpusatkan murid. Dari segi kaedah eksperimen dan persembahan powerpoint yang menarik dibukti dapat menarik minat dan bersesuaian dengan murid. Dalam pengaplikasi model pengajaran inkuiri, saya dapati langkah-langkah yang dibina dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting dan perlu secara terancang dan teratur supaya mencapai penglibatan murid yang tinggi. Akhir sekali, saya ingin menyampaikan ribuan terima kasih kepada pensyarah kita iaitu Mr.Loh Leh Chiong yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya dalam tugasan ini. Sekian terima kasih.

Koh Ing Tai

Page 29

SCE3108

Bibiliografi 1. Bahagian Perkembangan Kurikulum (2010). KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah, 2. Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bahagian Perkembanagan Kurikulum (2011). Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) : Modul Teras Asas Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahun Satu, Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia.

3.

Hasan Langgulung (1981). Berapa tinjauan dalam pendidikan Islam. Kuala Lumpur : Pustaka Antara.

4.

Ikhsan Othman & Norila Md. Salleh (2005).Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah : Aspek-aspek Yang Berkatia, Tanjung Malim : Quantum Books.

5.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1987).Kurikulum Baru Sekolah Rendah : Buku panduan Khas, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

6. 7.

http://pomizipedagogy.wordpress.com/model/ekspositori/ http://susilofy.wordpress.com/2010/10/17/model-pembelajaranekspositori/

8.

http://www.amaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/modelpengajaran.pdf

9.

http://modelpengajaran.blogspot.com/

10. http://nasran-rushdi.blogspot.com/2009/08/tajuk-model-pemprosesanmaklumat-dalam.html 11. http://ixoramaryam.blogspot.com/ 12. http://bmm3105seberiismail.blogspot.com/2011/09/tajuk-7-mengaplikasikanmodel.html 13. http://pismpf2010.blogspot.com/2010/08/model-pengajaran-pemprosesanmaklumat.html 14. http://www.slideshare.net/iznyatikah/strategi-pengajaran-sains-kanak-kanaksecara-inkuiri 15. http://pomizipedagogy.wordpress.com/model/inkuiri/

Koh Ing Tai

Page 30

You might also like