Professional Documents
Culture Documents
ASIGNMNT Resos Dalam Matematik
ASIGNMNT Resos Dalam Matematik
1.PENGENALAN
Perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi terutamanya teknologi maklumat dan multimedia telah memberi peluang yang luas kepada pendidik untuk meningkatkan kualiti pengajaran. Pelajar dan guru mempunyai kepelbagaian media dan resos untuk memperoleh dan menyampaikan ilmu. Keadaan ini telah memberi kesan kepada orientasi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang lebih berfokus kepada pelajar manakala guru memainkan peranan sebagai pemudah cara. Pelbagai aktiviti pengukuhan tambahan telah disediakan untuk membolehkan pelajar yang mempunyai pelbagai kecerdasan dan gaya pembelajaran untuk mencuba dan seterusnya memperkukuhkan lagi kefahaman dan konsep yang telah
dipelajari.Dalam era teknologi masa kini, proses pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja tertumpu kepada penggunaan buku teks, penggunaan kapur tulis, malah pelbagai resos yang boleh digunakan supaya guru dapat menyediakan pembelajaran secara interaktif bagi memupuk minat pelajar. Resos merupakan bahanbahan yang boleh digunakan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran supaya menjadi lebih berkesan dan menarik.Penggunaan resos merupakan satu strategi yang sangat berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik kerana ia akan memudahkan muridmurid untuk memahami konsep-konsep yang terdapat dalam matematik dengan menggunakan bahan-bahan konkrit. Penggunaan resos harus dirancang dengan baik supaya kualiti pengajaran danpembelajaran dapat dimaksimumkan.
Guru perlu menyedari bahawa penggunaan resos yang baik dan menarik sangat penting bagi meningkatkan kefahaman murid-murid terhadap konsep matematik dan menggalakkan pemikiran matematik dan kreativiti murid-murid. Salah satu daripada fungsi resos adalah untuk membantu murid menemui konsep,prinsip dan kemahiran matematik. Kemahiran metematik merujuk kepada keupayaan seperti menggunakan laras bahasa matematik yang betul dan mengaplikasikan penaakulan matematik serta menggunakan matematik untuk memperihalkan dunia fizikal. Oleh itu, guru perlulah berusaha untuk menyediakan resos dan bahan supaya dapat menyampaikan pengajaran dengan berkesan. Dengan itu, proses pengajaran dan pembelajaran matematik yang berlaku dalam bilik darjah memberi kebaikan kepada muridmurid dan guru itu sendiri. Antara contoh resos yang boleh didapati ialah bahan bercetak, bahan manipulatif dan pengajaran dan pembelajaran menggunakan perisian komputer serta 1
2.1
Definisi masa :
Menurut Wikipedia terdapat dua pandangan berbeza pada maksud masa. Satu pandangan yakni masa adalah linear dan sebahagian dari struktur asas alam semesta, satu matra berlakunya peristiwa dalam rangkaian, dan masa itu sendiri adalah sesuatu yang boleh diukur. Ini adalah pandangan realis, iaitu Sir Isaac Newton sendiri Pandangan bertentangan iaitu masa sebahagian daripada struktur intelek asas (bersama dengan ruang dan nombor) peristiwa yang dan kita hentian rangkaikan antara peristiwa dan
mereka,
bandingkan gerakan jasad. Dalam pandangan ini, masa tidak merujuk pada sebarang entiti yang "mengalir", yakni jasad "bergerak melalui", atau suatu "kontena" untuk peristiwa. Pandangan ini adalah dalam tradisi Gottfried Leibniz[2] dan Immanuel Kant,[3][4]dalam suatu masa, berbanding dari menjadi benda objektif untuk diukur, ia sebahagian dari sistem ukuran minda. Persoalannya, mungkin akan lebih mudah untuk tiada asas berpusat, maka, adakah masa "benda sebenar" yang "di sekeliling kita", atau ia tiada hanya lebih dari cara bertutur tentang dan mengukur peristiwa? Dalam fizik, masa dan ruang dianggap asas (cth. mereka tak boleh ditakrifkan dalam istilah lain). Demikian hanya takrifan kemungkinan ini suatu beroperasi iaitu masa ditakrifkan oleh
2.2
Sejarah masa :
Salah satu daripada pelbagai alatan yang telah dicipta untuk mengukur masa. kajian dari alatan ini dipanggil horologi. Suatu alatan Mesir bertarikh 1500 SM, mempunyai bentuk lengkungan segi-T yang sama, bagi mengukur laluan masa dari bayang-bayang yang dibentuk oleh palang silang pada hukum tak-linear. T ini telah diarahkan ke arah timur pada waktu pagi. Pada tengah hari, alatan ini dipusing supaya ia akan membentuk bayang-bayangnya pada arah petang.[5] Satu jam matahari menggunakan paku bayang untuk membentuk bayang-bayang pada penanda set yang telah ditentu ukurkan kepada jam. Kedudukan bayang-bayang menunjukkan jam dalam masa tempatan. Pliny si Elder merekodkan jam matahari pertama di Rom telah dirampas dari Catania, Sicily (264 SM), yang memberi masa yang tidak betul untuk seabad, hingga penunjuk sesuai untuk latitud dari Rom telah digunakan (164 SM).[6] Waktu tengah hari merupakan peristiwa yang akan ditanda oleh masa ketika bayang-bayang adalah yang terpendek pada jam matahari. Ini telah digunakan di Rom untuk pengadilan apabila mahkamah dibuka; peguam harus berada di mahkamah mengikut masa tersebut. Alatan penyimpan masa paling tepat dari dunia purba adalah jam air atau clepsydra, pertama dijumpai di Mesir. Satu jam air telah dijumpai dalam makamfiraun Amenhotep I (1525 1504 SM). Jam air telah ditemui di Iskandariah, dan kemudian seluruh dunia, contohnya di Yunani, dari kk. 400 SM. Alatan ini akan digunakan untuk mengukur jam walaupun pada waktu malam, tetapi memerlukan penyimpan masa manual untuk menambah aliran 3
disebabkannya
kemudian
akan
membangunkan pelajarnya pada Akademi (378 SM). orang Greek dan orang Chaldea kerap mengekalkan rekod simpanan masa sebagai bahagian keperluan dari pemerhatian astronomi mereka. Dalam pengkhususan, jurutera Arab mengemas kini penggunaan jam air hingga Zaman Pertengahan.[8] Jam kaca menggunakan aliran pasir untuk mengukur aliran masa. Mereka telah digunakan dalam pelayaran. Ferdinand Magellan menggunakan 18 gelas pada setiap kapal untuk pusingan layarannya pada glob (1522).[9] Perkataan Inggeris untuk jam (clock)
sebenarnya berasal dari kata Perancis, Latin, dan Jerman yang bermaksud loceng. Perjalanan jam di laut telah ditanda oleh loceng, dan menandakan masa (lihat loceng kapal). Jam telah ditanda oleh loceng di biara baik juga di laut. Batang kemenyan dan lilin lazimnya digunakan untuk mengukur masa di kuil dan gereja seluruh dunia. Jam air, dan kemudian, jam mekanikal, telah digunakan untuk menandakan peristiwa di biara pada Zaman Pertengahan. Richard dari Wallingford (12921336), ketua rahib lelaki dari biara St Alban, terkenalnya membina satu jam mekanikal sebagai model sawat jam astronomikal sekitar 1330.[10][11] Alatan paling lazim pada kehidupan seharian adalah jam, untuk tempoh kurang daripada sehari, dan kalendar, untuk tempoh lebih sehari. Jam boleh dibahagikan dari jam tangan, kepada aneka yang lebih menarik seperti Jam dari Panjang Sekarang. Mereka boleh dibentuk oleh beraneka sebab, termasuk graviti, spring, dan beraneka bentuk kuasa eletrik, dan dikawal oleh beraneka macam seperti satu pendulum. Terdapat juga pelbagai kalendar,
contohnya Kalendar Bulan dan Kalendar Suria, walaupun Kalendar Gregory paling lazim digunakan. Sebuah "kronometer" adalah penyimpan masa yang mudah dibawa yang mempunyai sesetengah ketepatan piawai. Pada mulanya, istilah ini telah digunakan untuk merujuk pada kronometer marin, satu keping pemasa digunakan untuk menentukan longitud] dengan makna pelayaran langit. Baru-baru ini, istilah ini telah juga digunakan kepada jam kronometer, satu jam lengan yang mempunyai set piawai ketepatan oleh agensi Swiss COSC. Lebih 4
Jam Pasir
Jam Poket
Jam Digital
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, bahan manipulatif lebih membantu merangsangkan dunia pelajar untuk belajar. Penggunaan bahan manipulative akan memberI sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar. Ini kerana bahan ini akan mengetengahkan konsep yang akan diajar. Ini bermaksud pelajar akan menyaksikan sendiri, merasa dan boleh mencuba secara tidak langsung.Resos yang saya bina ini adalah sesuai untuk murid sekolah rendah.Ini kerana bahan yang digunakan amat sesuai sekali untuk tahap kebolehan mereka dan secara tidak langsung akan menarik perhatian mereka.
3.1 Tajuk Matematik yang dipilih ialah masa dan waktu bagi Tahun 4
(i)
Kemahiran pertama ialah :-5.1 Membaca dan menulis waktu dalam sistem 12 jam
Kemahiran kedua ialah :- 5.2 Membina, membaca dan mengeluarkan maklumat dari jadual.
(ii)
Kemahiran ketiga ialah :- 5.3 Menyatakan hubungan antara unit masa: a. 1 hari = 24 jam
3.2
Bahan atau resos yang digunakan ialah slaid power point, muka jam analog, pautan laman sesawang, carta, kad bergambar dan lembaran kerja. Semasa mengajar
kemahiran 5.1 iaitu membaca dan menulis waktu dalam system 12 jam guru akan menggunakan muka jam. Guru menyoal murid tentang jarum jam dan jarum minit untuk mengingat semula kemahiran Tahun 3, Guru akan menggerakkan jarum minit dengan
selang 5 minit bermula dari jarum minit di pukul 12. Guru juga akan mempastikan jarum jam bergerak setara dengan pergerakan jarum minit. Guru meminta muri
memperhatikan kedudukan jarum jam apabila jarum minit bergerak melepasi pukul 6 (30 minit), melepasi pukul 9 (45 minit), melepasi pukul 10 (50 minit) dan melepasi pukul 11 (55 minit) sambil meminta murid menyatakan waktunya.
Untuk memberi pengukuhan dalam kemahiran ini guru meminta murid melayari laman sesawang http://www.time-for-time.com. Dalam laman sesawang ini, jarum jamnya dan jarum minitnya sentiasa bergerak. Di samping itu latar belakangnya juga terdapat objek matahari atau bulan untuk menentukan sama ada waktu itu perlu di tulis sebagai a.m. atau p.m. Murid boleh menentukan samada jawapan mereka betul atau salah dengan menekan butang unhide digital clock. Murid pasti akan berasa seronok dengan laman sesawang yang interaktif ini. dengan lembaran kerja. Untuk membuat penilaian bertulis murid dibekalkan
Semasa mengajar kemahiran 5.2 iaitu membina, membaca dan mengeluarkan maklumat guru akan menggunakan kad gambar . Berdasarkan kad-kad gambar yang dipamerkan di papan hitam, murid diminta mengisi jadual aktiviti secara berkumpulan. Selain itu guru juga akan menggunakan carta Jadual Aktiviti Harian Lily untuk membimbing murid membaca jadual dengan bersoal jawab secara lisan. Di samping itu guru juga menyediakan lemberan kerja agar murid dapat menjawab soalan berdasarkan jadual tersebut.
10
4.0 Kesimpulan
Setelah selesai melaksanakan tuasan kerja kursus ini saya telah mempelajari kepentingan pengunaan rsos dalam proses pengajaran dan pembelajaran, khususnya dalam subjek matematik. Guru perlu sedar tentang peranan resos untuk meningkatkan pemahaman murid tentang konsep matematik seta pemikiran matematik murid. Proses pengajaran dan pembelajarn matematik dalam bilik darjah harus berubah dan lebih kreatif. Salah satu
kaedahnya ialah dengan pengunaan resos yang pelbagai. Menyediakan resos yang sesuai dan mewujukan persekitaran pembelajaran yang kondusif merupakan aspek penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Dengan penggunaan resos yang menarik dan
sesuai, murid akan lebih berminat dan seronok untuk memahami konsep-konsep matematik. Oleh kerana matematik merupakan subjek yang agak abstrak, maka dengan bantuan penggunaan resos yang sesuai dapat membantu murid mamahami konsep yang abstrak tersebut supaya konsep yang diterimanya lebih jelas. Bahan-bahan yang dipilih dan dirancang dengan betul penggunaannya membantu guru mengajar dengan lebih berrkesan dan menggalakkan penumpuan belajar, serta menggalakkan ingatan jangka panjang murid. Selain itu pengunaan resos yang menarik dan interaktif seperti perisian-peerisian computer dan bahan-bahan dari internet pasti dapat menarik minat murid. Resos seperti ini bukan sahaja menarik minat murid untuk belajar sendiri, malah murid dapat meneroka pelajaran tersebut dengan lebih mendalam lagi. Dengan ini pemikiran murid dapat berkembang sesuai dengan tahap kercerdasannya.
11
5.0
Refleksi Semasa menjalankan tugasan ini, saya telah membuat dan memilih resos-resos yang
sesuai berdasarkan kemahiran-kemahiran yang dirancang hendak diajar. Aspek pemilihan dan pembuatan bahan-bahan resos yang sesuai adalah berdasarkan kepada kegunaannya, kesesuaian dengan tahap usia pelajar, menarik, jelas dan kerelevanan dengan isi pelajaran. Saya telah memilih bahan maujud seperti muka jam sedia ada, bahan bercetak seperti kad bergambar, carta dan lembaran kerja dan teknologi terkini seperti mikrosoft powerpoint dan laman sesawang. Setelah selesai membuat perancangan dan pemilihan saya dapati setiap bahan yang dipilih ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Bahan bercetak yang saya buat seperti kad gambar dan carta merupakan bahan yang baik dan mudah digunakan. Saya dapat menjimatkan masa semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung kerana saya hanya perlu menampal sahaja dipapan hitam bahan yang telah disediakan dari awal. Namun begitu ianya agak sukar untuk dibuat penambahbaikan atau pengubahsuaian. Jika saya ingin menukarkan aktiviti atau masa bagi sesuatu aktiviti itu berlangsung, saya perlu membuat carta yang baru. Pengunaan teknologi maklumat seperti perisian computer dan internet memang amat sesuai dengan perkembangan teknologi masa kini. Bahan yang digunakan sangat menarik minat murid. Guru juga boleh membuat pengubahsuaian dan penambahbaikan dalam slaidslaid powerpoint dengan serta merta. Guru juga boleh berkongsi bahan-bahan yang telah
dibina dengan rakan-rakan lain diseluruh dunia dengan memuat naik bahan tersebut ke dalam internet. Laman sesawang yang dipilih juga sangat menarik kerana ia besifat interaktif. Murid dapat mengetahui jawapan yang mereka tulis betul atau salah dengan serta merta. Namun begitu pengunaan resos ini akan menjadi masalah jika sekiranya bekalan elekrtik terputus, komputer rosak atau talian internet tiada. Oleh itu guru perlu bersedia dengan bahan-bahan alternatif yang lain.
12
BIBLIOGRAFI Alex Tan dan Lim Swee Khim. (2011) Biz Smart Mathematics Year 4. Klang, selangor : Info Didik Sdn. Bhd. DR. Lam Kah Kei, Johari B. Bapokutty dan Jonson A/L Savarimuthu. (2010). Modul Program Pengsiswazahan Guru: MTE 3106 Resos In Mahtematics. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. Haylock, D. (2003). Understanding mathematics in the lower primary years. UK: Paul Chapman Publication. http://www.time-for-time.com Jennings, S., & Dunne, R. (2003). I see maths books. vol 1-3. UK: Mashford Colour Press. Kementerian Pendidikan Malaysia. Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, Matematik, Tahun 4. Putrajaya: Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). National Curriculum Council. (1991). Prime calculators: Children and mathematics. UK: Simon and Schuster. Wan Yusuf Wan Ngah, Lee Gik Lean dan Rabiyah Fakir Mohd. (2004). Mathematics Teachers Guide Book, Year 4. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zaini Musa, Ng Tong Chia dan Sharon Kee. (2010). Focus Goal Mathematics UPSR. Seri Kembangan, Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
13