2013 KKBI Tugasan Projek RBT3110

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK TUGASAN PROJEK TAJUK PROGRAM: PISMP NAMA GURU PELATIH:

TAJUK KURSUS: PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

SEMESTER: 5 (Ambilan Januari 2011)

TARIKH MULA

8 Feb 2013

TARIKH HANTAR

22 Mac 2013

I. 1. 2.

Hasil Pembelajaran Kursus Menyiapkan portfolio rancangan pemasaran dengan lengkap dan kemas. Menganalisis penyata kewangan dan kunci kira-kira bagi mengetahui prestasi sesebuah syarikat.

3.

Membezakan nilai masa wang kini dan masa depan bagi membuat perancangan satu-satu projek perniagaan.

4.

Menyenaraikan dan membincangkan bagaimana teknologi automasi dan maklumat dapat merubah dunia koporat,memberi nilai-nilai positif terhadap dunia perniagaan dan masalah-masalah yang wujud serta akan wujud dalam dunia teknologi baru.

5.

Menyenaraikan dan menghuraikan manfaat hubungan antara usahawan dengan komuniti.

6. 7.

Menciri dan menghuraikan konsep dan dimensi jaringan usahawan. Mengaplikasikan kemahiran pedagogi dalam menghasilkan pengajaran yang berkesan dan bermakna.

Kerja Kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 1,2, 4 dan 5

II. 1.

Objektif Projek: Melaksanakan jualan berdasarkan rancangan pemasaran yang dibentuk dan mempraktikkan konsep jaringan usahawan.

2.

Menyiapkan rancangan pemasaran yang lengkap bagi perniagaan yang dijalankan.

3.

Menyediakan proforma penyata pendapatan yang jelas dan realistik bagi perniagaan yang dijalankan.

4.

Membina laman sesawang perniagaan yang memberi nilai positif kepada perniagaan.

5.

Menghasilkan satu penulisan refleksi berkaitan dengan tugasan.

III.

Tugasan Projek (100%)

Perniagaan yang kompetitif lahir dari usahawan yang dinamik dan perancangan yang mantap. A. Aktiviti Perniagaan dan Jualan (30%) Secara berkumpulan, pada hari jualan (Minggu Interaksi ke 11 semester 1 2013), laksanakan aktiviti perniagaan dan jualan bagi produk perniagaan anda yang disasarkan kepada warga B. IPG KPT, secara berkumpulan;.

Menyediakan Dokumen Rancangan Pemasaran (40%) Sebelum anda melaksanakan aktiviti perniagaan yang disasarkan kepada warga IPG KPT, secara berkumpulan; 1. 2. 3. 4. Bina misi, matlamat, objektif pemasaran dan objektif kewangan perniagaan anda. Buat analisis berkaitan situasi perniagaan anda. Tentukan perletakan pasaran. Rancang strategi serta campuran pemasaran produk anda termasuk dari perspektif e-dagang.

5. 6.

Kenalpasti titik pulang modal dan bina ramalan jualan dan belanjawan pemasaran serta proforma pendapatan dan Kenalpasti risiko utama perniagaan anda.

Menggunakan data-data yang dikumpulkan sediakan satu dokumen Rancangan Pemasaran perniagaan anda.

C.

Membina Laman Sesawang Perniagaan (10%) Secara berkumpulan, bina laman sesawang perniagaan yang berdaya saing dan interaktif serta boleh diakses oleh 'stake holders' perniagaan anda.

D.

Penulisan Reflektif (20%) Secara individu anda dikehendaki membuat satu penulisan refleksi. Penulisan refleksi anda perlu merangkumi aspek-aspek berikut: (a) Pengalaman anda semasa melakukan tugasan ini (proses mencari

maklumat dan lain-lain). (b) Masalah yang dihadapi semasa menjalankan tugasan dan bagaimana mengatasinya. (c) Penjelasan sejauhmana pengalaman dalam menjalankan tugasan ini mampu meningkatkan kefahaman anda tentang perniagaan dan keusahawanan. E. Panduan Pelaksanaan Projek 1. Tugasan ini dibuat secara berkumpulan (3 orang satu kumpulan) dengan sub tugasan individu yang ditetapkan. 2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat. 3. Muka Depan bahagian penulisan hendaklah mengikut templet berikut;

JABATAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI IPGM KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK Nama & No. Kad Pengenalan

Kod & Nama Kursus Kumpulan Nama Pensyarah Pembimbing Deskripsi Tugasan Tugasan Berkumpulan

Kami maklum mengenai peraturan tugasan ini yang melarang sebarang aktiviti plagiat. Dengan ini kami akui tugasan ini hasil kerja kami kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya dijelaskan sumbernya. Tanda tangan wakil kumpulan:_____________________ UNTUK KEGUNAAN JABATAN Tarikh:_________________

Tarikh dihantar:_______/_______/_______

Diterima oleh : _____________________

Tarikh disemak : :_______/_______/_______

Dinilai oleh : _______________________

Markah :

4.

Format penulisan tugasan adalah seperti yang berikut; 4.1 Font Arial 4.2 Saiz huruf ialah 11 4.3 Langkau satu setengah baris 4.4 Rujukan mengikut format APA 4.5 Lampiran yang menyokong bahagian kewangan Rancangan Pemasaran adalah wajib

5.

Panjang hasil kerja bertulis tidak kurang dari 12 muka surat (tidak termasuk lampiran).

6. 7. 8.

Amalan plagiat tidak dibenarkan. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh enam minggu. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%

F. Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut: 1. Penulisan: (a) (b) Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci. Bukti-bukti, bahan-bahan dan citation yang menjelaskan aliran pemikiran dan menyokong hujah-hujah hendaklah dikemukakan. (c) Keseluruhan isi dan pengolahan menunjukkan ketulenan hasil tugasan dengan sokongan ilmiah. (d) (e) Format dan organisasi laporan jelas dan koheren. Penulisan menunjukkan kematangan, kefasihan bahasa, dan kematangan hujah dalam menterjemah maklumat secara kritikal dan analitikal. 2. Aktiviti perniagaan berlandaskan etika perniagaan dan dilaksanakan secara cekap dan berkesan.

G. Kriteria Pentaksiran Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik yang disediakan.

Tugasan disediakan oleh:

Disemak oleh:

( ARFAH BT HJ ABD KARIM) Penyelaras Kursus RBT3110 Jabatan RBT IPGK PendidikanTeknik

(HAJI ABD GHANI BIN IHWAN) Pakar Bidang (SME) RBT Jabatan PTV IPGK Pendidikan Teknik

Disahkan oleh:

(Dr HAJI MOHD NORDIN B ABU BAKAR) Ketua Jabatan RBT Jabatan RBT IPGK PendidikanTeknik

You might also like