Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Perpaduan

kaum

adalah

satu

elemen

yang

amat

bagi

mengekalkan

kesejahteraan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Maksud perpaduan kaum ialah semua kaum di dalam sesebuah negara saling berkerjasama atau erti kata yang lain berganding bahu untuk membentuk negara yang makmur dan damai. Sesebuah negara yang maju tidak akan wujud tanpa perpaduan dari semua kaum. Seperti yang kita ketahui, kaum major di Malaysia adalah kaum Melayu, India dan Cina. Tanpa perpaduan di antara kaum-kaum ini, nescaya kemerdekaan dan kedaulatan negara yang telah diperoleh sejak sekian lama akan hilang dalam sekelip mata. Persoalannya, bagaimanakah kita dapat mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini? Sebagai langkah pertama dalam membentuk perpaduan, masyarakat setempat haruslah memainkan peranan dalam mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini. Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Sebagai contohnya aktiviti gotong-royong dan Program Hari Keluarga. Melalui aktivitiaktiviti seperti ini, kesejahteraan hidup warga setempat terjamin. Program Hari Keluarga misalnya, menawarkan pelbagai jenis permainan dan aktiviti bersuka-ria yang memerlukan perancangan teliti dan kerjasama yang erat antara ahli keluarga ataupun jiran tetangga. Sesungguhnya, masyarakat setempat tidak

ketinggalan dalam memainkan peranan yang penting untuk melahirkan permuafakatan dalam kalangan masyarakat negara. Secara automatiknya, perpaduan di antara kaum akan terjalin. Selain itu, rakyat juga berpeluang berkomunikasi dan menghulurkan bantuan kepada jiran tetangga yang berlainan bangsa misalnya saling membantu di antara kaum Melayu dan India ataupun kaum India dan Cina .Sambutan-sambutan khas seperti Hari Keluarga dalam pelbagai peringkat pula dapat membuka mata rakyat jelata tentang adat resam dan budaya kaum lain. Di sini, setiap kaum akan mengetahui dan memahami adat resam dan budaya bagi kaum masing-masing. Jadi, masing-masing akan saling menghormati di antara satu sama lain dan ini akan menyatupadukan kaum.

Langkah yang kedua adalah peranan daripada institusi-institusi pendidikan. Dalam hal ini, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara langkah yang dapat diambil adalah dengan memberikan kerja-kerja berkumpulan. Dalam konteks ini, guru-guru hendaklah membahagikan pelajar secara berkumpulan dengan ahlinya yang terdiri daripada pelajar yang berbilang kaum dan bukannya sesama kaum sahaja. Contohnya dalam pelaksanaan projek-projek sekolah, seperti kajian Sains,

persembahan maklumat, dan sambutan-sambutan dalam sekolah. Perkara ini penting untuk menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar yang berbilang kaum. Dalam proses menjayakan inisiatif-inisiatif tersebut, guru tidak boleh mencetuskan isu-isu sensitif semasa mangajar, misalnya dengan mengagungagungkan warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain. Pendek kata, pelajar-pelajar dan guru-guru perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing demi menzahirkan semangat perpaduan di peringkat sekolah. Di samping itu, pelajar-pelajar perlulah diterapkan dengan penghayatan sejarah negara agar mereka dapat memahami erti perpaduan negara. Sebagai satu daripada langkah untuk mewujudkan permuafakatan bangsa, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkan pelajar-pelajar agar lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dasar tersebut akan berkuatkuasa mulai tahun 2013. Langkah bijak tersebut diharapkan dapat menyedari anak-anak bangsa tentang kesan akibat kurangnya perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Kesannya, pelajar-pelajar ini akan sedar tentang kesilapan sejarah masa lalu dan tidak akan mengulanginya pada masa hadapan. Nescaya, perpaduan kaum dapat dilahirkan di peringkat persekolahan lagi supaya sentiasa diamalkan pada masa ini. ia juga dapat diteruskan dan dipertahankan pada generasi-generasi yang akan datang. Oleh itu, perpaduan kaum akan sentiasa dipupuk terhadap semua generasi.

Langkah terakhir adalah peranan daripada kerajaan. Kerajaan harus memainkan tugas penting untuk menggerakkan rakyat ke arah perpaduan yang jitu. Sebagai jentera pentadbiran negara, kerajaan perlulah berusaha menerapkan gagasan Satu Malaysia dalam kalangan rakyat. Namun, apakah gagasan Satu Malaysia sebenarnya? Gagasan Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak ini bertujuan mewujudkan sebuah negara bangsa yang merangkumi persefahaman dan perpaduan yang utuh dalam kalangan warga Malaysia. Demi merealisasikan gagasan tersebut, kerajaan haruslah menganjurkan pelbagai kempen untuk menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. Antaranya ialah pameran kebudayaan dan warisan masyarakat Malaysia. Langkah ini dapat menyemai persefahaman dalam kalangan rakyat berbilang kaum kerana mereka dapat mengenali dan menghayati budaya kaum lain dengan lebih mendalam. Kempen Cintai Bahasa Kita perlulah digiatkan dengan lebih cergas lagi untuk memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Melayu. Hal ini adalah kerana bahasa kebangsaan merupakan wahana penting yang dapat memudahkan komunikasi antara rakyat. Dengan adanya Bahasa Melayu, setiap kaum akan dapat berkomunikasi antara satu sama lain dengan baik. Oleh itu, pelbagai kaum akan bersatu padu dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai alat komunikasi. Tuntasnya, usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan perlu dimanfaatkan oleh rakyat dengan sebaiknya. Kerajaan juga haruslah sentiasa memperkenalkan pelbagai jenis aktiviti yang berbeza-beza dari semasa ke semasa supaya perpaduan kaum sentiasa diperkukuhkan. Konklusinya, terdapat pelbagai cara yang dapat kita gunakan untuk

mengukuhkan perpaduan kaum di negara kita, Malaysia. Untuk itu, semua pihak haruslah berganding tenaga untuk menjayakannya. Sesungguhnya, tiada kejayaan

tanpa adanya usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan.

You might also like