Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

REFLEKSI

REFLEKSI PROGRAM KHIDMAT SISWA PDK RAWANG Bermula 1 Oktober sehingga 6 Oktober 2012 saya dan rakan-rakan semester 6 PISMP Pendidikan Khas telah menjalani program Khidmat Siswa di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di 10 buah PDK. Saya bersama 13 rakan sekumpulan yang lain telah menjalani program Khidmat Siswa di PDK Rawang. Pensyarah pembimbing kami ialah Cik Hjh Meskinah bt. Taib. Bagi menjayakan program Khidmat Siswa ini persiapan telah

dilakukan 3 bulan lebih awal dari tarikh melaksanakan program Khidmat Siswa ini. Pada perjumpaan pertama lantikan ahli jawatankuasa telah dilakukan bagi melancarkan urusan program ini. Memandangkan kami telah mula menjalani praktikum pada minggu keenam, kami menghadapi masalah untuk membuat perjumpaan dalam kumpulan. Beberapa ahli kumpulan menjalani praktikum di luar Kuala Lumpur. Saya sendiri menjalani praktikum hanya di Kuala Lumpur. Jadi untuk urusan mesyuarat kumpulan, saya masih boleh menghadirkan diri untuk perjumpaan dan merangka program dan melancarkan urusan. Bagi memudahkan kerja setiausaha kumpulan kami, saya telah membantu setiausaha saya membuat semakan terhadap kertas kerja yang ahli kumpulan kami lakukan. Selain itu, kami menghadapi masalah besar kerana terlupa untuk memohon kepala surat PDK Rawang. Jadi saya dengan Pengerusi kami telah meminta kerjasama daripada Cik Hjh Meskinah untuk menemui penyelia PDK Rawang memandangkan panggilan telefon tidak dilayan. Setelah itu, saya dan pengerusi telah berkunjung ke Balai Bomba dan Penyelamat Rawang. Kami menghadapi kesukaran untuk ke Balai Bomba Rawang ini. Bagi menyelesaikan masalah ini, kami terpaksa berhenti tiga kali untuk bertanyakan arah ke Balai Bomba Rawang ini. Akhirnya kami dapat berjumpa dengan Ketua Balai Bomba itu sendiri dan menetapkan temujanji dengan pihak Bomba bagi melaksanakan aktiviti di PDK Rawang. Kemudian, kami menetapkan mesyuarat untuk mengetahui perkembangan ahli dan setiap aktiviti yang akan dijalankan. Sehingga minggu terakhir persediaan yang dapat kami lakukan, saya dan beberapa ahli PDK telah membuat persiapan terakhir seperti membeli barangan dan keperluan untuk setiap aktiviti yang akan kami laksanakan. Dalam minggu terakhir ini juga saya bersama Nurul Jannah, Asaadatul Jannah dan Liyana Izzati telah membuat jualan makanan di asrama IPG Kampus Ilmu Khas pada waktu malam. Kutipan jualan agak memuaskan. Akan tetapi memandangkan masa yang telah diambil untuk membuat jualan itu dalam masa yang singkat, keuntungan yang diperoleh hanya sedikit. Jadi sebagai penambahbaikan, kami seharusnya bermula lebih awal dari tarikh bermulanya program kami.

Sehari sebelum bermulanya program Khidmat Siswa iaitu pada 30 September 2012 hari ahad, saya bersama Liyana Izzati dan Nurul Jannah telah turun seawal jam 10 pagi untuk mengangkut barang keperluan aktiviti di PDK dan barang keperluan ahli kumpulan kami ke Rawang. Kami menumpangkan barangan tersebut di rumah Liyana Izzati terlebih dahulu. Setelah itu kami pulang kembali ke Cheras untuk mengambil ahli kumpulan yang lain untuk ke rumah tumpangan iaitu rumah Cik Hjh Meskinah. Kelemahan yang dapat dikesan di sini ialah saya berasa sangat penat kerana terpaksa menunggu ahli kumpulan seorang demi seorang. Bagi penambahbaikan, saya ingin mencadangkan agar menyewa sebuah van atau lori bagi mengangkut barangan kami. Maka dengan itu, kami tidak perlu berulang alik bagi mengangkut barang keperluan. Selain itu, salah faham juga telah berlaku kerana ada seorang ahli kumpulan saya tidak mendapat maklumat bahawa kami akan bergerak ke Rawang sehari sebelum program dijalankan. Jadi, bagi mengelakkan perkara ini berulang lagi, setiap ahli perlu peka dengan perkembangan semasa dan perlu sentiasa berhubung bagi memudahkan urusan dijalankan. Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. 1 Oktober 2012 kami telah sampai di PDK Rawang seawal jam 7.45 pagi bagi memulakan program kami. Namun begitu, aktiviti kami terpaksa dimulakan lewat dari yang dijadualkan kerana pelatih PDK masih belum sampai. Aktiviti pertama yang kami lakukan ialah senamrobik bersama pelatih PDK. Setelah senamrobik selesai kami dijemput untuk minum pagi bersama pelatih dan petugas PDK Rawang. Sementara bersarapan, kami membincangkan agenda seterusnya bersama petugas PDK. Ada kesilapan yang berlaku dalam melancarkan aktiviti kami di mana kami tidak dapat melaksanakan aktiviti gotong-royong bersama pelatih PDK sebagaimana yang telah kami rancangkan. Hal ini kerana petugas PDK Rawang ini telah menyusun pelatih PDK Rawang untuk menjalani latihan di dalam kelas yang telah ditetapkan. Jadi kami telah menyusun semula jadual perjalanan kami pada hari pertama di PDK Rawang. Kami dibahagikan kepada tiga kumpulan di mana dua kumpulan memasuki kelas latihan pelatih PDK bersama dengan petugas PDK melaksanakan aktiviti yang ditetapkan oleh petugas PDK Rawang. Manakala satu kumpulan lagi telah melukis mural di dalam kelas yang

telah ditetapkan. Penambahbaikan yang dapat dilaksanakan di sini ialah kami perlu menerangkan dengan lebih jelas lagi kepada pengurusan PDK bahawa kami menjalankan aktiviti di PDK itu adalah lebih bertumpu kepada pelatih PDK itu sendiri agar kami dapat melihat sejauh mana kebolehan yang mampu mereka laksanakan serta penglibatan pelatih PDK dapat dimaksimumkan. Pada waktu rehat tengahari saya telah mengambil kesempatan untuk membawa kereta saya ke Pusat Servis Perodua kerana kereta saya menghadapi sedikit masalah. Proses menunggu kereta saya siap memakan masa yang agak lama dan saya berasa sangat bersalah dengan ahli PDK yang lain kerana tidak dapat bersama-sama membantu menyiapkan mural kami. Pada masa akan datang, saya akan pastikan kereta saya tidak menghadapi masalah semasa program sedang dijalankan. Program kami pada hari pertama ini berakhir pada jam 4.45 petang. Keesokan harinya aktiviti dijalankan seperti biasa ialah senamrobik. Pada hari kedua ini saya telah ditugaskan untuk mengetuai senamrobik pada hari ini. Memandangkan kami tertinggal pembesar suara, kami terpaksa menggunakan pemain cd yang dibekalkan oleh PDK Rawang. Bagi mengelakkan masalah ini berlaku lagi, kami akan memastikan setiap barangan yang perlu dibawa disenaraikan dan dibuat semakan setiap kali sebelum aktiviti mula dijalankan. Sementara itu, sebahagian daripada kami telah membuat persiapan bagi aktiviti seterusnya iaitu membuat Coklat Praline. Kekuatan yang dapat dikesan di sini ialah persiapan yang dilakukan dapat menarik minat pelatih PDK berkumpul untuk mengetahui aktiviti yang akan dilakukan pada hari ini. Pelatih PDK sangat teruja apabila persiapan dapur dilakukan bagi memasak coklat. Setelah kumpulan dibahagikan, pelatih berada dalam kumpulan masing-masing untuk menyiapkan coklat sebagaimana yang diarahkan oleh pengajar Coklat Praline ini. Pelatih PDK dapat memasukkan coklat ke dalam acuan dengan bantuan saya dan Muhammad Azman sebagai pasangan saya pada hari ini. Pelatih PDK ini sangat teruja untuk memasukkan coklat ke dalam acuan. Walaupun sesetengah pelatih PDK ini

mempunyai psikomotor halus yang agak lemah namun dengan bantuan kami mereka dapat memasukkan coklat ke dalam acuan dengan baik. Aktiviti pada hari ini berjalan lancar. Namun begitu masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan coklat ini lebih awal dari yang direncanakan. Jadi, pelatih PDK diarahkan untuk masuk ke kelas latihan masing-masing. Saya mengambil peluang ini menyelesaikan surat-surat berkenaan seperti surat jemputan ke aktiviti sukaneka, surat lawatan ke Zoo Negara dan surat Jemputan ke Majlis Penutupan Program untuk diserahkan kepada ibubapa pelatih PDK serta surat makluman kepada pihak Bomba dan Penyelamat bersama Liyana Izzati dan Muhammad Azman. Setelah urusan suratmenyurat selesai, saya bersama Nurul Jannah dan Muhammad Azman telah ke pasaraya terdekat untuk membeli barangan hadiah untuk sukaneka, makanan dan minuman untuk lawatan ke zoo Negara dan cenderahati untuk majlis penutupan. Aktiviti kami pada hari ketiga kami di PDK Rawang ialah aktiviti sukaneka. Seperti biasa sebelum memulakan aktiviti kami melakukan senamrobik terlebih dahulu. Setelah itu kami membuat persiapan dengan menyusun alatan sukaneka. Kami menghadapi masalah untuk menyusun peralatan permainan pada awal pagi kerana Hafiz terlewat sampai ke PDK Rawang. Bagi mengelakkan masalah ini berlaku lagi pada masa akan datang, kami akan membuat persiapan sehari lebih awal. Secara keseluruhan, aktiviti sukaneka kami berjalan lancar. Kerjasama daripada setiap ahli kumpulan saya amat menggalakkan. Namun begitu, saya dapat mengesan kelemahan yang ada dalam aktiviti sukaneka ini di mana kami tidak mengasingkan pelatih PDK mengikut tahap kemampuan mereka. Dalam permainan membawa bola ping pong di dalam sudu, permainan membawa bola dengan menggunakan gelung rotan dan mengisi air di dalam botol, kami melibatkan semua pelatih PDK. Ketidakadilan berlaku apabila kumpulan yang didominasi oleh pelatih PDK yang mampu dari aspek fizikal berjaya memenangi setiap permainan yang dijalankan. Kumpulan tersebut berjaya mengungguli setiap permainan sedangkan satu kumpulan lagi agak tertinggal kerana tidak memenangi walaupun satu permainan yang dijalankan.

Walaupun begitu, permainan kerusi muzikal dapat menentukan pemenang dengan adil kerana permainan ini melibatkan dua kategori berbeza iaitu kategori kanak-kanak dan kategori dewasa. Penambahbaikan yang telah dilakukan ialah kami menyediakan hadiah bagi kesemua kumpulan tanpa mengira menang atau kalah. Pada masa akan datang, kami akan mengasingkan setiap pemain mengikut kategori masing-masing. Dengan ini keadilan sama rata dapat ditingkatkan. Aktiviti sukaneka ini berakhir pada jam 11 pagi memandangkan pelatih PDK kelihatan agak penat dan tidak bermaya. Manakala kami pula telah menyambung semula aktiviti keceriaan kami membuat mural dan mengecat buaian dan alatan di bahagian luar PDK. Kemudian, saya bersama Mohammad Azman dan Abdul Hafiz telah membawa pemadam api ke Balai Bomba dan Penyelamat Rawang untuk menyemak samada pemadam api yang dimiliki oleh PDK Rawang itu masih selamat untuk digunakan ataupun tidak. Sesampainya di Balai Bomba Rawang tersebut, kami difahamkan bahawa salah satu daripada pemadam api yang disediakan PDK Rawang itu tidak selamat lagi untuk digunakan. Jadi, kami mengambil kesempatan ini untuk membantu PDK Rawang tersebut mengisi semula gas dan serbuk pemadam api bagi memudahkan petugas PDK menggunakan pemadam api sekiranya berlaku kecemasan. Namun begitu, kami terlupa untuk berbuat demikian. Jadi, saya dan rakan-rakan berhasrat untuk berkunjung lagi ke PDK Rawang bagi membantu pihak pengurusan PDK tersebut mengenai urusan pemadam api. Aktiviti kami berakhir hampir jam 6 petang. Tidak dinafikan aktiviti sukaneka pada hari ini amat memenatkan. Saya sendiri tertidur semasa membuat kerja mural di dalam kelas. Keadaan cuaca yang panas juga membuatkan kepenatan itu semakin terasa. Jadi, sebagai penambahbaikan aktiviti mural, mengecat ini mungkin boleh dilakukan pada waktu pagi ataupun pada waktu malam. Keadaan mungkin lebih santai pada waktu sebegini. Kemudian, pada hari keempat kami telah mengadakan lawatan ke Zoo Negara. Kelemahan saya pada hari ini ialah saya berasa sangat penat di awal pagi. Jadi, saya telah mengambil peluang untuk tidur sebentar sementara menunggu kedatangan pelatih PDK. Saya merasa terkilan kerana saya tidak dapat menolong rakan-rakan yang

lain mengangkut barang makanan ke dalam bas. Jadi, pada masa akan datang saya akan memastikan waktu tidur saya mencukupi bagi membolehkan saya membuat kerja seharian dengan baik. Kelebihan yang dapat saya lihat ialah keterujaan pelatih PDK ke Zoo Negara membuatkan saya berasa sangat gembira. Walaupun mereka tidak upaya dari aspek fizikal mahupun mental, namun kegembiraan terpancar di raut wajah pelatih PDK ini. Lebih-lebih lagi pelatih yang saya kawal sepanjang aktiviti ini merupakan pelatih yang tidak pernah keluar dari rumah untuk bersiar-siar. Jadi, saya telah mengambil langkah untuk membiarkan pelatih ini bergerak bebas tanpa dipimpin. Saya hanya memantau pelatih ini dari belakang. Tidak dinafikan menjaga pelatih ini sangat penat kerana saya sendiri terpaksa berkejaran dengan pelatih ini di dalam kawasan zoo tersebut. Memandangkan aktiviti pada hari ini sangat memenatkan, kami mengambil keputusan untuk pulang awal ke rumah tumpangan. Seterusnya pada hari kelima di PDK Rawang kami telah menjalankan aktiviti Home-visit di mana kami dipecahkan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki pergi ke lima buah rumah yang berbeza. Kelebihan kami di sini ialah kami mempunyai pengangkutan yang mencukupi. Antara kami sendiri memiliki 4 buah kereta. Jadi kumpulan yang tidak mempunyai pengangkutan telah menaiki kereta PDK Rawang. Kelemahan yang dihadapi ialah kami tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk meluangkan masa yang lebih lama di rumah yang kami lawati kerana lawatan ini diadakan pada hari Jumaat. Bagi pelajar lelaki mereka dikehendaki ke masjid untuk solat jumaat. Jadi sebagai penambahbaikan, saya mencadangkan agar lawatan ke rumah pelatih PDK ini dijalankan pada hari selain hari Jumaat. Sekiranya lawatan ke rumah ini diadakan selain dari hari jumaat, kami boleh meluangkan masa lebih lama di setiap rumah yang kami lawati. Hari terakhir kami iaitu hari keenam merupakan hari penutup program khidmat siswa. Antara tentatif hari ini ialah ceramah bomba dan demokrasi kebakaran oleh pihak Bomba serta bengkel bahasa isyarat oleh pelajar Masalah Pendengaran. Secara keseluruhan kebaikan yang dikesan ialah persiapan yang kami lakukan sangat baik. Setiap ahli kumpulan memberi kerjasama penuh terhadap majlis penutupan ini. Namun

begitu terdapat beberapa kelemahan yang dikesan di mana penglibatan ibubapa, pelatih PDK dan orang kampung adalah sangat lemah. Walaupun dijemput namun tetamu tidak menghadirkan diri. Mungkin kerana ibubapa atau masyarakat sekitar sibuk dengan urusan masing-masing. Sebagai penambahbaikan, saya ingin mencadangkan agar majlis penutupan ini dijalankan pada hari ahad. Kebiasaannya pada hari ahad sesetengah ibubapa tidak bekerja dan dalam tempoh ini ada di antara ibubapa mengambil masa untuk bersiar-siar dengan anak mereka di luar rumah. Dengan itu, aktiviti yang dijalankan pada hari penutup ini hendaklah dimaksimumkan

keseronokannya agar ibubapa tertarik untuk terlibat sama. Selain itu, kelemahan yang ketara ialah makanan yang disediakan tidak habis. Jumlah yang dianggarkan ialah sekitar 200 orang. Akan tetapi tetamu yang menghadirkan diri tidak melebihi 50 orang. Bagi mengelakkan pembaziran berlaku makanan yang disediakan dibawa pulang oleh setiap ibubapa dan tetamu jemputan yang hadir. Sebagai penambahbaikan, anggaran untuk perbelanjaan makanan hendaklah

diminimumkan. Maka dengan itu tidak akan berlaku pembaziran duit juga pembaziran makanan. Berakhirnya program kami di PDK Rawang kami pulang dengan kelegaan. Setelah merehatkan diri, saya bersama-sama Nurul Jannah, Liyana Izzati, Nur Ariza, Asaadatul Jannah dan Izyan Shafinaz telah mengemas rumah tumpangan kami sebelum pulang ke Cheras. Setelah semua selesai kami bergerak pulang dengan pelbagai perasaan.

LAMPIRAN

pan sebelum k

Gambar 2 : Latihan senamrobik

oleh Gambar 4 : Aktiviti keceriaan

ambar 5 : Pengangkutan kami

Gambar 6 : Perbincangan

Gambar 7 : M senamrobik ha

at

Gambar 9 : Membungkus coklat

ambar 10 : Aktiviti Sukaneka

Gambar 11 : Music Chair

Gambar 12 : Music Chair Dewasa

Gambar 13 : Mengisi air dalam botol

Gambar 14 : Bergerak ke Balai Bomba

Gambar 15: Mengecat buaian

Gambar 16: Keceriaan

Gambar 17: Bersama pelatih

Gambar 18: Berkumpul

Gambar 19: Bergerak pulang

Gambar 20: Bersama D Bahirah (CP)

Gambar 21: Penerangan oleh pihak Bomba

Gambar 22: Persembahan

Gambar 23: Perasmian ol Hjh Mimpin

Gambar 24: Kenangan bersama petugas PDK

You might also like