Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

PENGENALAN Kayak adalah bot didayung oleh manusia.

Ia dicipta oleh penduduk asal kawasan Arktik di Amerika Utara dan Greenland biasanya dikenali sebagai Inuit atau Eskimo. Perkataan "kayak" asalnya bererti "bot manusia/lelaki". Pembinaan asalnya merupakan rangka kayu diselitupi dengan kulit haiwan seperti kulit anjing laut. Kayak asal ini digunakan untuk memburu di lautan lepas Lautan Arktik. Kayak biasanya dikemudikan dengan menggunakan pendayung dua belah. Pengguna kayak atau pendayung duduk dalam kayak dengak kaki mereka kehadapan. Bahagian atas kayak ditutup dengan geladak. Pengayuh duduk dalam lubang di kokpit yang boleh ditutup dengan skirt limpahan (atau spraydeck). Ini menjadikan bahawa, sekiranya kayak terbalik, kayak tidak akan dipenuhi air, dan pendayung boleh menegakkan kayak kembali tanpa dipenuhi air. Pergerakan ini dikenali sebagai gulingan Eskimo Eskimo Roll. Pada masa moden, kayak telah dimajukan lebih lanjut menjadi beberapa jenis termasuk : berkayak di air putih whitewater kayaking, bot bermain playboats, surfing, kayak laut, perlumbaan air tenang, berkanoe Slalom, polo kanoe dan riadah. Jenis-jenis ini boleh dipecahkan lagi. Kayak moden diperbuat daripada plastik, fiberglass, kevlar, Serat karbon, kanvas atau kayu. Terdapat model untuk seorang atau dua orang. Kini terdapat bot duduk di atas yang dimajukan, juga dipanggil kayak dan dikendalikan dengan pendayung dua belah. Di negara kita, aktiviti berkayak ini mula wujud sejak tahun 50an lagi. Masyarakat melayu telah tinggal dan menetap di tepi sungai masih menggunakan kenu sebagai kenderaan pengangkutan air. Aktiviti kayak ini mula berkembang apabila persatuan Rekreasi Luar Wilayah Perseketuan menjelajah keseluruh pantai barat semenanjung malaysia dan secara tidak langsung telah menarik minat orang ramai melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti berkayak ini.

Selain itu, aktiviti berkayak telah mendapat sambutan apabila tertubuhnya persatuanpersatuan di sekolah, IPTA, IPTS dan juga di IPGM-IPGM di seluruh negara yang telah mengadakan dan menjalankan aktiviti berkayak ini. Pelbagai ekspidisi dijalankan juga untuk menarik minat orang ramai tentang aktiviti barkayak. Di bawah program kem pendidikan dan latihan luar, aktiviti berkayak telah disenaraikan sebagai salah satu aktiviti yang akan dijalankan bagi mendedahkan pelajar berkaitan dengan kepentingan dan objektif aktiviti berkayak ini. Diharapkan semua peserta Program Pendidikan Luar pelajar 3PISMP PJ dapat mengetahui tentang aktiviti kayak yang akan dijalankan nanti. OBJEKTIF Objektif utama aktiviti kayak ini dijalankan adalah untuk : 1. Mendapat semua pengetahuan berkenaan dengan kayak termasuklah peralatan dan jenis-jenis kayak. 2. Supaya peserta dapat mengendalikan kayak dengan cara yang betul. 3. Mengikuti peraturan keselamatan yang telah ditetapkan.

4. 5. 6. 7.

Menyemai sifat cinta akan alam sekitar. Membina keyakinan diri serta semangat kerjasama dalam kalangan peserta. Dapat menguasai kemahiran berkayak dan keyakinan di air. Mempelajari teknik pengawalan kayak dengan betul serta mengetahui cara untuk menyelamatkan diri ketika dalam kecemasan.

Modul aktiviti berkayak Terdapat beberapa perkara yang penting berkaitan dengan aktiviti kayak yang telah dirancang bagi memberi kefahaman, pengetahuan dan pengalaman kepada setiap peserta yang bakal mengikuti program ini. Modul yang dirancang dan bakal dijalankan adalah merangkumi perkara-perkara seperti berikut: Penerangan tentang langkah-langkah keselamatan semasa berkayak Penerangan tentang penggunaan alatan berkayak Cara-cara aktiviti berkayak dijalankan.

Secara kesimpulannya, perancangan aktiviti berkayak adalah meliputi beberapa perkara yang seperti berikut:1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Anatomi/bahagian kayak Jenis dan bentuk kayak Struktuk kayak Peralatan kayak Jenis-jenis dayung Teknik-teknik berkayak Teknik mendayung Isyarat semasa berkayak Cara menyelamatkan diri

ANATOMI KAYAK FUNGSI BAHAGIAN KAYAK 1. Bow and stern Berbentuk tajam dan bulat,mudah rosak dan berfungsi untuk memotong air dan ombak 2. Hull Merupakan dinding,lantai dan geladak bawah kayak. Berbeza mengikut jenis dan kegunaan. 3. Deck Dinding bahagian atas kayak di mana kokpit terletak. Menutup bahagian atas kayak,melindungi kaki pendayung dan menudahkan kemahiran gulingan. Deck depan dikenali foredeck manakal deck belakang afdeck. 4. Cockpit Ruangan di tengah kayak di antara foredeck dan afdeck. Tempat duduk pendayung.

5. Coaming Bahagian tepi yang kecil dan nipis mengelilingi kokpit. Berfungsi menghalang air daripada memasuki kokpit dan tempat duduk untuk mengikat spray deck. 6. Keel Terletak di bahagian geledak bawah kayak dan berfungsi untuk membelah arus dan sebagai kemudi untuk bergerak lurus. 7. Bouyancy(bahan apungan) Terdapat dalam kayak (bow/stern) dan berfungsi untuk mngapungkan kayak apabila terbalik dan menyokong geladak atas dan bawah. Terdapat tiga jenis:i. Beg udara-dipam dengan udara dan daya apungan yang tinggi namun mudah bocor. ii. Foam(gabus/getah lembut)-sejenis buih getah,daya apungan yang tinggi dan menyokong geladak. iii. Polisterin-daya apungan yang tinggi dan menyokong geladak tetapi mudah rapuh dan rosak. 8. Deck eye Lubang atau besi di atas geledak untuk mengikat towline di atas geledak. 9. Back strap Berfungsi sebagai penyandar dan melindungi belakang pendayung daripada kecederaan. 10. Knee Brace Bahagian bawah coaming dan hanya terdapat pada kayak arus deras. -Berfungsi melindungi lutut dan mengcengkam kaki pendayung. -Memudahkan kemahiran gulingan dan mengelakkan pendayung dari terkeluar daripada kayak apabila terbalik. 11. Towline/Deckline Tali yang diikat dari hujung bow ke sisi kiri dan kanan coamin hingga ke hujung stern. Berfungsi sebagai tali penyelamat dan mengikat alatan.Tetapi bukan semua kayak ada towline. 12. Gunwale line/painter line Tepi atas sisi kayak,bercantum geladak atas dan bawah(kayak fiberglass) Pengimbang air,menentukan kesesuaian berat badan denga kayak. Mudah rosak akibat hentakan atau rempuhan. Bahagian sisi kanan kayak(statboard) dan sisi kiri(portside)

Toggles Tali pemegang hujung bow dan stern bagi memudahkan kerja mengangkat kayak. Tempat berpaut apabila terbalik dan memudahkan proses mengikat kayak di tebing. Footrest

Memberikan cengkaman pada kaki pendayung dan sokongan tenaga melalui kombinasi pergerakan tangan,bahu dan kaki untuk dayungan yang baik. DAYUNG Dayung kayak mempunyai dua bilah mata yang setiap satunya berlawanan kedudukannya.Teknik ini dinamakan feathering dan berfungsi untuk mengurangkan rintangan angin terhadap mata dayung yang berada di udara semasa mendayung.

ANATOMI DAYUNG/PADDLE

1. 2.

Bilah mata dayung(blade) Kepingan yang berada pada hujung batang dayung. Berfungsi menghasilkan pergerakan kayak. Ia mempunyai pelbagai bentuk dan saiz bergantung kepada penggunaannya. Perlindungan Mata Dayung(tip) Kepingan logam yang berada di hujung mata dayung. Berfungsi melindungi mata dayung dari kerosakan akibat hentakan. Walau bagaimanapun,bukan semua pendayung mempunyai tip.

3. Batang Pendayung(shaft/bar) Bahagian batang pendayung berbentuk bulat dan lazimnya lurus. Merupakan bahagian pemegang pendayung. 4. Leher pendayung(neck) Bahagian cantuman antara blade dan shaft. 5. Bulatan getah(drip ring) Bahan ini diperbuat daripada plastic atau getah dan terletak berhampiran dengan neck. Fungsi utamanya ialah menghalang air dari blade mengalir ke shaft dan membasahi tangan pendayung. 6. Permukaan dayung(front of blade) Bahagian belakang muka dayung. Berbentuk cengkung untuk memberi sokongan yang kuat kepada mata dayung.

Peralatan Kayak Terdiri daripada kayak, dayung, jaket keselamatan (berwisel), spray deck dan kasut yang bersesuaian serta keperluan lain yang difikirkan perlu. Kayak terbahagi kepada dua jenis,iaitu :1. Kayak satu tempat duduk Sesuai digunakan olleh mereka yang baru belajar berkayak berukuran 14 6 sehingga 15 beam (sisi) 26 atau panjang lebih kurang 4 meter. 2. Kayak dua tempat duduk Kayak jenis ini dikenali sebagai swedish form yang dibuat untuk keseimbangan dan keselesaan. Berukuran 17 hingga 17 3, beam 32 hingga 33. Jenis-jenis Kayak Kayak boleh dibahagikan kepada 3 kelas utama berdasarkan bahagian bawahnya (hull) iaitu:1. Mandesta (berbentuk V) Bahagian bawah kayak ini berbentuk V. Ini bertujuan untuk memudahkannya memotong air, bergerak dalam garisan lurus dengan pergerakan yang amat laju. Namun begitu, ia memerlukan kemahiran imbangan yang tinggi. Contohnya kayak yang digunakan semasa pertandingan pecut iaitu K 1, K 2 dan K4. 2. Ottersport (Berbentuk U) Bahagian bawah kanak ini berbentuk U ataupun rata. Ia amat stabil di semua situasi air dan sesuai bagi mereka yang baru belajar berkayak. Pergerakan kayak jenis ini amat perlahan dan mudah tersasar haluannya disebabkan bahagian bawahnya lebih mudah menampan ombak berbanding kayak lain. Contoh kayak ini ialah kayak rekreasi dan TK (touring kayak).

3. Slalom (Berbentuk O) Keratan rentas di bahagian atas dan bawah kayak ini berbentuk O atau bulat. Ia digunakan untuk aktiviti arus deras dan lebih laju berbanding Ottersport. Namun, kayak ini lebih mudah berpusing kerana rocker lebih tinggi berbanding kayak jenis lain. Pengendalian kayak ini memerlukan kemahiran imbangan yang sederhana kerana bentuknya memudahkan kemahiran gulingan dilakukan. Contoh kayak jenis ini ialah slalom, polo, dan rodeo. Teknik Asas Berkayak A. Teknik mengangkat kayak Semasa anda mengangkat kayak, pastikan andan membengkokkan lutut dan menggunakan kekuatan kaki untuk membolehkan kayak ke atas. Jangan sesekali menggunakan kekuatan pinggang semata-mata kerana ia boleh mendatangkan kecederaan kepada diri anda. Terdapat pelbagai cara mengangkat kayak yang kita boleh gunakan :1. Pikul di bahu berseorangan

Teknik ini sesuai digunakan untuk mengangkat kayak yang ringan atau kayak solo. Bahagian tengah cockpit diletakkan pada bahu yang dominan bagi mengekalkan keseimbangan kayak. Tangan yang dominan itu memegang hujung cockpit bagi menyelaraskan keselesaan dan keseimbangan berat kayak, manakala sebelah tangan lagi memegang pendayung.

2. Kelekan di pinggang berpasangan Sesuai untuk mengangkat kayak yang berat atupun kayak berpasangan. Dua orang diperlukan bagi mengaplikasikan teknik ini. Pemegang mestilah berada di hujung bow dan stern serta berlawanan arah bertujuan untuk mengekalkan keseimbangan kayak sewaktu diangkat. 3. Pikul di bahu berpasangan Keadaan dan tekniknya sama seperti kelekan di pinggang. Namun begitu, kedudukan pengangkat mestilah selari ataupun sama arah bertujuan untuk membolehkan mereka berkomunikasi dan mengelakkan kecederaan berlaku sekiranya kayak jatuh. B. Teknik Memasuki Kayak Teknik memasuki kayak berbeza-beza mengikut situasi kawasan aktiviti anda. Bagi peserta baru, ia adalah masalah utama kerana amat sukar bagi mereka menyelaraskan pusat graviti badan semasa masuk ke dalam kayak. Kerap kali mereka akan terbalik sebelum masuk ke dalam kayak.Antara situasi tersebut adalah semasa berada di :Kawasan pantai i. Teknik ini khusus untuk mereka yang baru menceburi bidang kayak dan menggunakan kayak plastik lebih lasak. ii. Letakkan bahagian hadapan kayak di gigi air dan bahagian belakang di atas pasir. iii. Masuk ke dalam kayak. iv. Pastikan lutut anda menyangga knee brace, hujung kaki anda menekan footrest bagi meningkatkan lagi daya imbangan kayak anda. v. Lancarkan kayak anda ke air dengan kedua-dua tangan sehingga seluruh bahagian kayak berada di air. Kawasan air cetek dan separas lutut i. Letakkan kayak di atas air. ii. Tangan dominan memegang pendayung dan diletakkan di sisi kayak. iii. Tangan yang memegang pendayung diletakkan di bahagian luar cockpit dan angkat kaki anda yang hampir sekali ke dalam cockpit. Jangan sesekali letakkan berat badan anda pada kayak di peringkat ini. iv. Luruskan kaki anda dan pada masa yang sama, sebelah lagi tangan anda memegang cockpit. v. Letakkan punggung anda pada tempat duduk dan pastikan imbangannya stabil. vi. Selepas itu masukkan punggung anda dan masukkan dengan segera ke dalam kayak. vii. Angkat semula punggung anda dan masukkan sebelah lagi kaki anda ke dalam cockpit. Kawasan air dalam i. Letakkan pendayung di bahagian cockpit. ii. Pegang bahagian stern dengan kedua-dua tangan. iii. Lonjakkan bahagian abdominal ke bahagian stern.

iv. Kangkangkan kai anda sehingga kedua-dua kaki anda mengapit bahagian stern. v. Rendahkan pusat graviti dengan meniarap di atas bahagian afdeck. vi. Capai cockpit dengan kedua-dua tangan anda dan tarik badan ke arahnya. vii. Keluarkan pendayung dan pegang dengan sebelah tangan anda. viii. Masukkan segera punggung anda ke dalam cockpit manakala kedua-dua belah kaki anda masih lagi di luar menghala ke hadapan kayak. ix. Kekalkan keseimbangan badan anda dan kemudiannya bawa kedua-dua belah kaki masik ke dalam cockpit. Masuk ke dalam kayak secara berpasangan i. Sternman memgang kayak dan mengimbanginya. ii. Pendayung diletakkan di bahagian cockpit belakang. iii. Bowman keluarkan pendayung dari cockpit dan bertugas mengimbangi kayak. iv. Sternman melancarkan kayak dan masuk ke dalam kayak. Teknik Dayungan yang Efisien Ramai orang yang membuat tanggapan bahawa aktiviti mendayung hanya menggunakan kekuatan tangan sahaja tetapi ianya adalah salah. Ini membuatkan mereka memiliki dayungan yang lemah dan koordinasi pergerakan mereka akan menjadi janggal. Ini kerana dayungan yang efisien harus menggabungkan pergerakan dengan daya bahagian torso, tangan serta kaki. Kuasa dan tenaga dayungan yang dipindahkan ke mata dayung dengan teknik ini lebih efisien, bertenaga dan lancar koordinasinya.

You might also like