Kain Pua Sarawak

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

http://malaysiana.pnm.my/04/0407puakumbu.

htmpada 29/10

Pengenalan Tenunan kain pua atau dikenali juga sebagai tenunan ikat adalah seni tenunan yang dihasilkan oleh wanita Iban di Sarawak. Ia adalah hasil tenunan daripada benang kapas yang ditenun menggunakan 'Kek Iban'. Pua Kumbu pula merupakan salah satu jenis kain pua yang popular di kalangan masyarakat Sarawak. Kain tenunan ini bewarna kemerahmerahan atau coklat tua. Rekacorak yang biasanya digunakan ialah anak kunci, lengkar, rombus atau batu berlian dan panjang kain pua ini lebih kurang 40 hingga 50 cm. Rekacorak ini dipercayai dari pengaruh kebudayaan Annam (Vietnam) dalam abad ke-17 sebelum Masihi. Motif Pua kumbu ditenun oleh wanita yang sudah mahir menenun kerana pua jenis ini adalah paling rumit untuk ditenun. Bagaimanapun, motif-motif itu kerap dikaitkan dengan kepercayaan dan pantang larang mereka. Antara motif-motif yang digunakan: Motif Engkeramba Gambaran figura roh yang dikenali sebagai engkaramba ditenun dengan teknik ikat. Motif ini dipercayai berkuasa menghalang bencana atau kuasa jahat daripada menyerang tanamtanaman dan penghuni rumah panjang. Biasanya, motif engkeramba hanya boleh ditenun oleh anak dan isteri ketua rumah panjang sahaja. Ini adalah kerana mereka benar-benar mahir menenun cara ikat. Motif Fauna

Antara motif binatang yang digunakan ialah motif buaya, ular, katak, harimau dan tikus kasturi, rusa dan serangga. Motif buaya dipercayai mempunyai kuasa untuk menjaga tempat berhuma (tanaman padi). Adalah menjadi kepercayaan kaum Iban bahawa buaya adalah jelmaan saudara-mara mereka. Motif ular pula tidak ditenun dengan sewenang-wenangnya kerana binatang ini membawa petanda buruk. Kemunculan ular dikaitkan dengan kuasa jahat atau hantu. Motif katak pula ditenun dengan gaya seperti manusia. Menurut kepercayaan kaum Iban, selampai iaitu roh perempuan sering menjelma sebagai katak. Selampai dikatakan mempunyai kuasa menciptakan bayi. Motif harimau dan tikus kesturi sering dikarang dalam bentuk abstrak. Dipercayai orang yang memakai kain tenunan ini dianugerahkan keberanian. Burung pula dikatakan pembawa alamat baik. Kain yang mempunyai motif burung dipercayai boleh menyembuhkan penyakit dan mendatangkan kekayaan dalam apa pekerjaan. Motif rusa pula mendatangkan kejayaan atau tuah semasa berburu. Motif-motif serangga seperti labah-labah, kunangkunang, kala jengking dan lipan sering dimasukkan dalam tenunan pua. Motif Flora

Pua Kumbu

Tumbuh-tumbuhan juga turut digunakan sebagai motif tenunan kain pua. Antara tumbuhtumbuhan yang sering ditenun ialah rotan, pucuk paku, pucuk rebung, buah-buahan, biji benih dan bungha-bungaan. Antara motif yang ditenun ialah motif bulan, awan larat, alat tenun dan sebagainya.

Motif-motif Pua Kumbu

Proses Pembuatan Ada dua cara yang digunakan untuk menenun pua iaitu cara ikat dan cara pilih. Cara Ikat Benang kapas yang hendak ditenun diikat pada beberapa bahagian tertentu dengan tujuan menahan pewarna daripada meresapi bahagian tersebut. Ikatan dibuat mengikut corak yang dikehendaki. Kadang-kadang proses ini dibuat beberapa kali mengikut corak dan warna yang diingini. Warna-warna yang sering digunakan adalah warna coklat tua, biru kehitaman dan merah bata. Apabila proses mewarna sudah selesai, benang-benang kapas itu dikeringkan. Setelah benang betul-betul kering barulah ikatanKek Iban ikatannya dibuka. Kemudian benang itu ditenun. Tenunan dibuat secara kosong tanpa menyelang-nyelikan benang bagi menghasilkan corak. Corak yang terhasil adalah daripada kesan proses ikat. Cara Pilih Benang kapas yang hendak ditenun dicelup ke dalam pewarna. Kemudian benang-benang itu dikeringkan. Setelah kering, benang-benang itu ditenun. Selain daripada benang-benang yang diwarnakan, benang kosong iaitu benang yang tidak bewarna juga digunakan. Tenunan dibuat dengan cara menyelang-nyelikan benang di atas tenunan kain dasar untuk membentuk corak kain. Dengan itu terhasillah corak-corak kain yang berbentuk timbul.

Menenun Pua Kumbu

Penggunaan Pada zaman dahulu pua kumbu digunakan di dalam adat istana sahaja. Sekarang penggunaannya telah diubahsuai menjadi hiasan dinding, alas meja, beg dan lain-lain rekacorak yang baru. Kain pua yang juga dikenali sebagai kain pua kumbu bermaksud kain selimut atau kain penutup. Kain ini dianggap mistik bagi kaum Iban dan dipercayai dapat menyembuh orang sakit dan merupakan perisai kepada kuasa jahat.

Melihat daripada corak dan motif-motif pada kain pua, terfikir bagaimana rumitnya penenun dapat mengikat benang -benang loseng dengan penuh cermat dan kemas. Penenun perlu mengikat motif-motif pada benang loseng seperti fauna dan flora serta bentuk-bentuk geometrik yang mempunyai makna yang tersendiri. Benang loseng yang telah diikat, kemudian dicelupkan beberapa kali mengikut warna yang diproses daripada warna alam. Benang loseng yang telah diwarnakan, akan dimasukan ke dalam alat tenun untuk di tenun benang pakan satu warna. Kain pua dihasilkan dengan saiz yang berbeza. Ukurannya terpulang pada saiz alat tenun yang digunakan secara tegang belakang oleh penenun Iban. Menenun sehelai kain pua yang berukuran lebih kurang 186 sentimeter x 45 sentimeter, mengambil masa antara dua puluh hingga tiga puluh hari untuk menyiapkannya. Motif atau corak pada kain tenun pua diilhamkan oleh penenun-penenun mahir. Corak-corak yang rumit dan kompleks biasanya lahir daripada ilham mimpi. Ia juga datang daripada inspirasi alam sekitar dan gambaran kepercayaan serta nilai orang Iban. Motif-motif pada kain pua sangat menarik dan warna yang digunakan tidak terlalu banyak. Warna yang popular dalam kain pua adalah warna merah tua, merah terang, hitam, putih dan kelabu. Contoh motif-motif berbentuk fauna yang digunakan seperti pacat, lintah, buaya, cicak, lipan, kala jengking, burung, ular dan banyak lagi.

Dalam buku Rekacorak Tekstil Malaysia Dulu dan Kini, menyatakan motif-motif fauna ini mempunyai lambang dan maknanya tersendiri.

TEKNIK ikat dalam proses menenun pua kumbu.

Contohnya, motif burung melambangkan usaha yang mendatangkan kebaikan. Motif tikus dan harimau dipercayai dapat memberi sifat kekuatan, ketegasan dan berani. Selain itu motif yang berbentuk tumbuh-tumbuhan seperti daun paku-pakis, pucuk rebung dan rotan yang telah diubah dan motifnya diulang sehingga memenuhi seluruh kain pua. Motif figura manusia yang dikenali sebagai engkaramba, berbentuk muka orang terperanjat, dipercayai dapat menahan kuasa jahat. Motif ini juga menjadi azimat untuk melindungi seseorang daripada ancaman luar dan ia dipercayai dapat menguntungkan dalam hasil tuaian. Motif engkaramba sebenarnya mewakili dewa-dewi daripada mitos dan legenda yang terdapat di kalangan orang Iban. Motif seperti ini hanya boleh ditenun oleh para isteri dan anak kepada ketua masyarakat yang telah diwarisi kemahiran daripada nenek moyang kaum masing-masing. Sementara corak pua yang lain biasanya dijadikan pakaian tradisional seperti bidang (skirt) bagi pakaian wanita dan kelambi (jaket) serta kain sirat (cawat) bagi kaum lelaki. Sebenarnya rekaan yang ditenun oleh kaum Iban sangat bermakna, kita sebagai orang biasa tidak memahami sepenuhnya apa ertinya motif-motif yang ditenun.

http://seniartizza.blogspot.com/2009/06/kain-pua-sarawak.html

Kain Pua Kain pua yang juga dikenali sebagai kain pua kumbu bermaksud kain selimut atau kain penutup. Kain ini dianggap mistik bagi kaum Iban dan dipercayai dapat menyembuh orang sakit dan merupakan perisai kepada kuasa jahat. Melihat daripada corak dan motif-motif pada kain pua, terfikir bagaimana rumitnya penenun dapat mengikat benang -benang loseng dengan penuh cermat dan kemas. Penenun perlu mengikat motif-motif pada benang loseng seperti fauna dan flora serta bentuk-bentuk geometrik yang mempunyai makna yang tersendiri. Benang loseng yang telah diikat, kemudian dicelupkan beberapa kali mengikut warna yang diproses daripada warna alam. Benang loseng yang telah diwarnakan, akan dimasukan ke dalam alat tenun untuk di tenun benang pakan satu warna. Kain pua dihasilkan dengan saiz yang berbeza. Ukurannya terpulang pada saiz alat tenun yang digunakan secara tegang belakang oleh penenun Iban. Menenun sehelai kain pua yang berukuran lebih kurang 186 sentimeter x 45 sentimeter, mengambil masa antara dua puluh hingga tiga puluh hari untuk menyiapkannya. Motif atau corak pada kain tenun pua diilhamkan oleh penenun-penenun mahir. Corak-corak yang rumit dan kompleks biasanya lahir daripada ilham mimpi. Ia juga datang daripada inspirasi alam sekitar dan gambaran kepercayaan serta nilai orang Iban. Motif-motif pada kain pua sangat menarik dan warna yang digunakan tidak terlalu banyak. Warna yang popular dalam kain pua adalah warna merah tua, merah terang, hitam, putih dan kelabu. Contoh motif-motif berbentuk fauna yang digunakan seperti pacat, lintah, buaya, cicak, lipan, kala jengking, burung, ular dan banyak lagi. Dalam buku Rekacorak Tekstil Malaysia Dulu dan Kini, menyatakan motif-motif fauna ini mempunyai lambang dan maknanya tersendiri.

TEKNIK ikat dalam proses menenun pua kumbu.

Contohnya, motif burung melambangkan usaha yang mendatangkan kebaikan. Motif tikus dan harimau dipercayai dapat memberi sifat kekuatan, ketegasan dan berani. Selain itu motif yang berbentuk tumbuh-tumbuhan seperti daun paku-pakis, pucuk rebung dan rotan yang telah diubah dan motifnya diulang sehingga memenuhi seluruh kain pua. Motif figura manusia yang dikenali sebagai engkaramba, berbentuk muka orang terperanjat, dipercayai dapat menahan kuasa jahat. Motif ini juga menjadi azimat untuk melindungi seseorang daripada ancaman luar dan ia dipercayai dapat menguntungkan dalam hasil tuaian. Motif engkaramba sebenarnya mewakili dewa-dewi daripada mitos dan legenda yang terdapat di kalangan orang Iban. Motif seperti ini hanya boleh ditenun oleh para isteri dan anak kepada ketua masyarakat yang telah diwarisi kemahiran daripada nenek moyang kaum masing-masing. Sementara corak pua yang lain biasanya dijadikan pakaian tradisional seperti bidang (skirt) bagi pakaian wanita dan kelambi (jaket) serta kain sirat (cawat) bagi kaum lelaki. Sebenarnya rekaan yang ditenun oleh kaum Iban sangat bermakna, kita sebagai orang biasa tidak memahami sepenuhnya apa ertinya motif-motif yang ditenun.

Persoalannya, adakah ia dapat bertahan pada zaman sekarang dan seterusnya? Pihak Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) telah banyak berusaha untuk mengekalkan warisan ini dengan mengadakan bengkel-bengkel tenunan pua di Kraftangan cawangan Sarawak serta menghasilkan barangan kraf daripada kain tenunan pua tempatan. Pada masa ini, kain pua dijual sebagai kain hiasan dinding, penutup katil, alas meja alas pinggan dan sebagai barangan kraf untuk pelancong asing yang datang ke negeri Sarawak. Rekaan masa kini lebih bersifat komersial seperti warna yang dihasilkan mengikut trend sekarang dan tidak tertumpu kepada warna tradisional sahaja. Penghasilan kain pua dibuat secara corak pua dicetak terus ke atas benang loseng sebelum ia ditenun juga boleh ditemui. Cara begini corak-corak pua tidak lagi diikat-celup warnanya tetapi terus dicetak. Dengan cara itu masa pembuatan dapat dijimatkan dan penenun dapat menggunakan pelbagai jenis pewarna mengikut warna yang diminati pelangan. Walaupun cara membuat kain pua menerima pembaharuan secara komersial, terdapat juga perbezaan jika dilihat dari sudut KAIN pua kini dikomersialkan menjadi fabrik mata hati apabila dibandingkan dengan kain pua yang dihasilkan pelbagai guna. secara tradisional.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt= 0225&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_02.htm

You might also like