Laporan Interaksi Kedua - Taklimat Kerja Kursus. Tandocx

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA Laporan Mingguan Kelas

Tarikh Masa Unit Interaksi Tajuk Pensyarah

: : : : : :

23hb Feb 2013 3:30 p.m. 4:30 p.m. Unit Bahasa Tamil Interaksi 2 Taklimat Kerja Kursus Encik Khazali bin Ismail.

Pada interaksi kedua, pensyarah telah mengedarkan tugasan projek kepada setiap guru. Beliau menjelaskan bahawa tarikh penghantaran kerja kursus adalah pada kali terakhir interaksi iaitu 20hb April 2013. Setiap guru mestilah menghantar kerja kursus pada masa yang ditetapkan. Kerja kursus yang diberikan itu merupakan tugsan individu. Mengikut pensyarah, tugasan projek terbahagi kepada tiga bahagian. Setiap guru diminta untuk menyediakan satu kertas kerja pengelolaan sukan olahraga di sekolah masing-masing. Kertas kerja yang disediakan mestilah disertai perkaraperkara yang disenaraikan dalam panduan melaksanakan kerja kursus. Manakala Bahagian B kerja kursus merupakan ujian amali kemahiran asas seperti lari pecut, lontar peluru dan lompat jauh. Setiap guru diwajibkan hadir pada interaksi ketiga, keempat dan kelima untuk menjalani ujian amali tersebut. Bahagian yang terakhir sekali ialah Bahagian C yang meminta setiap guru menyediakan satu folio yang merangkumi segala aktivit-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang semester 4 bagi subjek olahraga ini. Pensyarah meminta setiap orang guru menyediakan proforma kursus olahraga dan biodata pelajar yang perlu diletakkan di dalam folio. Selain itu, guru-guru juga perlu menyediakan laporan bagi kelima-lima interaksi yang dijalankan. Nota-nota yang dibagi oleh pensyarah juga perlu disertakan dalam folio. Akhir sekali, pensyarah memberitahu bahawa jadual waktu pada interaksi ketiga, keempat dan kelima untuk subjek olahraga akan bertukar dari pukul 3:30 p.m. 4:30 p.m. ke 5:30p.m. 6:30p.m. supaya semua guru akan menjalankan ujian amali pada waktu yang sama bagi setiap opsyen.

WAJ3112 OLAHRAGA/UNIT BAHASA TAMIL/EN DEVAN NAIR BALAN 820701-03-5833

Page 1

You might also like