Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Ulasan Jurnal : ISU STANDARD PENGAJARAN MATEMATIK 1

Artikel: Mengajar Di Luar Bidang Pengkhususan: Sejauh Manakah Seriusnya

Masalah Ini Di Malaysia?


Pengarang: Aini Hassan, Wan Hasmah WanMamat
Jurnal: Jurnal Pendidikan 2007, Jilid 27 (1)
Pengulas: Mardiana binti Mhmad Tahar (M20072000628)

1. Jurnal ini membincangkan tentang fenomena guru yang mengajar di luar

daripada bidang pengkhususan. Ini dikatakan berlaku akibat daripada

kebanjiran siswazah lepasan universiti daripada pelbagai jurusan yang

memohon untuk menjadi guru melalui Kursus Perguruan Lepasan Ijazah

(KPLI). Dalam masa yang sama, bilangan guru siswazah yang diperlukan juga

sentiasa ramai iaitu 7 000 bagi sekolah menengah dan 16 000 bagi sekolah

rendah.

2. Fenomena ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malahan menurut penulis

ianya juga berlaku di Amerika Syarikat. Sekolah menengah di negara itu

mempunyai kadar yang tinggi pengajaran di luar bidang pengkhususan dalam

mata-mata pelajaran akademik asas. Masalah ini kian meningkat setiap tahun.

3. Walau bagaimanapun, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun

Hussein telah membuat kenyataan bahawa terdapat 6 000 lebihan guru akibat

daripada penempatan guru yang tidak seimbang. Ketidak seimbangan

pengagihan penempatan guru berlaku antara bandar dan luar bandar dan

mengikut bidang.

4. Satu penyelidikan di bawah peruntukan program Intensification of Research in

Priority Areas (IRPA) dianalisis dan dibincangkan untuk meninjau tahap

pengajaran di luar bidang pengkhususan di negara ini. Analisis dilakukan

untuk melihat sejauh mana pengajaran di luar bidang pengkhususan wujud di

Malaysia. Antara yang ingin dikaji oleh penyelidik ialah hubungan antara latar

Pendidikan Komputer Di Sekolah


hcm
Ulasan Jurnal : ISU STANDARD PENGAJARAN MATEMATIK 2

belakang pengkhususan dengan mata pelajaran yang diajar. Dapatan daripada

kajian IRPA dan tinjauan terhadap latar belakang pengkhususan pelajar

program DPLI menunjukkan pengajaran di luar bidang pengkhususan masih

berlaku dengan meluasnya di negara ini.

5. Cadangan penulis untuk memastikan calon yang diterima untuk mengikuti

program pendidikan guru lepas ijazah bagi sesuatu mata pelajaran telah

membuat pengkhususan dalam mata pelajaran itu ataupun sekurang-kurangnya

dalam bidang yang berkaitan dengan mata pelajaran berkenaan adalah amat

baik. Ini adalah salah satu langkah awalan untuk membendung masalah

mengajar di luar bidang ini. Tambahan pula, dengan kebanjiran permohonan

untuk mengikuti KPLI, adalah satu kelebihan untuk Bahagian Pendidikan

Guru untuk menapis permohonan yang ada dengan hanya memilih

permohonan yang bersesuaian dengan pengkhususan dalam ijazah pertama

pemohon.

6. Fenomena mengajar di luar bidang ini mungkin dalam jangka masa yang

panjang akan menjatuhkan standard pengajaran guru yang sepatutnya berada

di tahap yang tertinggi bagi menjamin kualiti sistem pendidikan di Malaysia.

7. Terbaru, kaedah ‘pelabelan’ yang bakal dilaksanakan di Malaysia dijangka

akan memburukkan lagi fenomena ini. Kementerian Pelajaran berpendapat

bahawa guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran perlu dan telah

mempunyai kepakaran isi kandungan dan pedagogi dalam mata pelajaran

tersebut berdasarkan ikhtisas, pengkhususan akademik dan juga pengalaman

mengajar. Jadi, seseorang guru dikatakan perlu dilabel mengikut mata

pelajaran yang sedang dan pernah diajar secara berterusan atau pun dalam

tempoh jangka masa tertentu. Terdapat beberapa kriteria pelabelan yang perlu

Pendidikan Komputer Di Sekolah


hcm
Ulasan Jurnal : ISU STANDARD PENGAJARAN MATEMATIK 3

dipenuhi bagi ‘menukar’ bidang pengkhususan seseorang guru. Sebagai

contoh, guru akan dilabel mengikut mata pelajaran mengajar jika pengalaman

sekurang-kurangnya 4 tahun (SK) atau sekurang-kurangnya 5 tahun (SM) dan

mengajar antara 8 hingga 12 waktu seminggu. Pada pendapat saya, kaedah ini

sedikit sebanyak akan menjatuhkan lagi standard pengajaran guru di Malaysia.

Pendidikan Komputer Di Sekolah


hcm

You might also like