Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

REFLEKSI JURNAL Disediakan oleh: Amira Shahirah bt.

Lokman Bagi subjek Pengurusan Kokurikulum (WAJ 3108), saya telah diberikan sebuah Tugasan Projek Penubuhan Kelab atau Persatuan. Sebelum pelaksanaan tugasan projek ini, pensyarah subjek Pengurusan Kokurikulum telah memberi penerangan dan taklimat ringkas tentang tugasan ini untuk membantu kami memahami objektif dan panduan pelaksanaan kerja kursus dengan lebih cepat dan mudah. Tugasan ini dilakukan secara berkumpulan dan kumpulan saya terdiri daripada 4 orang ahli kumpulan. Kami diberikan tempoh selama dua minggu untuk menyiapkannya. Pertama sekali, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, akhirnya saya dan rakan-rakan berjaya menyiapkan kerja kursus pendek Pengurusan Kokurikulum (WAJ 3108) dengan jayanya. Tidak dinafikan, sepanjang proses pelaksanaan tugasan ini, saya turut perlu menyiapkan tugasan-tugasan yang lain, namun hal ini tidak menghalang saya dan ahli kumpulan saya untuk menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini bukanlah semudah yang disangka kerana ia memerlukan kemahiran dan kerjasama yang tinggi daripada ahli kumpulan masingmasing. Saya telah mempelajari banyak perkara baru dalam proses melaksanakan tugasan ini. Melalui tugasan ini, saya didedahkan kepada cara yang betul dan sistematik dalam menganjurkan sebuah pertandingan bagi kelab dan persatuan di sekolah. Kumpulan saya telah memilih Kelab Pelancongan untuk tugasan ini. Tugasan ini merangkumi 3 aspek penting iaitu sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan pertandingan. Oleh itu, bagi kumpulan saya, kami telah membahagikan bidang kerja masing-masing mengikut aspek tersebut bagi memudahkan dan mempercepatkan proses pelaksanaan tugasan ini. Kami telah bekerjasama untuk mencari pelbagai bahan rujukan seperti buku, internet dan sebagainya supaya dapat memperolehi maklumat yang secukupnya dan lengkap untuk membuat tugasan projek ini. Saya juga turut menghadapi beberapa masalah seperti kekangan masa dek kerana tugasan yang lain dan juga aktiviti Kejohanan Olahraga Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang diadakan

dalam minggu yang sama dengan pelaksanaan tugasan ini. Namun begitu, kami cuba membahagikan masa kami dengan baik agar kami dapat meluangkan masa untuk menyiapkan tugasan ini. Masalah lain yang saya hadapi ialah saya dan rakan-rakan agak keliru dengan prosedur-prosedur bagi penubuhan sesebuah kelab dan persatuan ini. Terlalu banyak surat-menyurat yang perlu ditulis termasuklah surat permohonan penubuhan kelab dan surat permohonan menggunakan dewan. Kemudian, kami melakukan rangka lengkap tugasan kami dan membuat kolaborasi bersama pensyarah subjek Pengurusan Kokurikulum kami. Setelah perbincangan tersebut, kami telah mendapat gambaran yang lebih jelas untuk pelaksanaan tugasan ini. Selain surat-menyurat, kami juga perlu melaksanakan minit mesyuarat bagi perlantikan ahli jawatankuasa kelab. Dengan ini, saya lebih memahami format penulisan minit mesyuarat yang betul dengan lebih mendalam. Saya juga kini lebih jelas tentang pelaksanaan sebenar pertandingan yang telah kami pilih iaitu Pertandingan Kuiz Pelancongan. Saya perlu menceritakan secara terperinci bagi setiap sesuatu perkara yang kami lakukan sepanjang pelaksanaan pertandingan tersebut. Saya perlu menjelaskan setiap pusingan di dalam pertandingan kuiz pelancongan ini dan juga peranan hakim dalam menghakimi para peserta pertandingan ini. Hasil daripada tugasan ini, saya telah memperolehi pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan dan pengelolaan kokurikulum dalam kalangan pelajar secara lebih tepat dan jelas. Saya akan mengaplikasikan ilmu-ilmu dalam bidang ini apabila saya menjadi guru nanti supaya saya mampu menubuhkan sesuatu kelab atau persatuan yang dapat memberi manfaat kepada murid dan meningkatkan kemahiran-kemahiran murid-murid dari pelbagai bidang serta memberi peluang kepada mereka untuk melibatkan diri dalam pelbagai pertandingan. Saya juga akan cuba menjadi ahli-ahli jawatankuasa yang berlainan untuk mendapatkan

pengalaman-pengalaman yang tidak dapat diperolehi daripada buku dan menjadi pemimpin yang berkaliber untuk memimpin sesuatu kelab atau persatuan.

You might also like