Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

ULASAN ARTIKEL : Keberkesanan Penggunaan Kalkulator Dalam Pengajaran Matematik di Sekolah Rendah.

Kalkulatur merupakan alat teknologi yang mudah dan boleh diperkenalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada diperingkat menengah atau rendah. Kalkulator-kalkulator grafik yang boleh diperluaskan penggunaannya adalah seperti Calculator-Based Laboratory (CBL-2) dan TI-83 Plus. Berbeza dengan negara-negara barat, kalkulator telah diperkenalkan kepada kanak-kanak sejak berumur lima tahun lagi, pada hal kita masih menilai sama ada ianya sesuai atau tidak diperkenalkan kepada kanak-kanak kita. Mengapa kita boleh biarkan murid menggunakan kalkulator grafik dalam pembelajaran matematik?

Antara sebab-sebabnya seperti berikut: Tidak mahu ketinggalan dalam penggunaan teknologi Dapat meneroka dan membina konsep serta lebih ingat Dapat belajar sendiri Merdeka minda Menyingkatkan masa pengiraan Kalkulator sebagai agen visualisasi Mudah menggraf

Yang paling penting sekali ialah penggunaan kalkulator boleh memudahkan dalam tiga peringkat proses matematik iaitu permodelan matematik, pengiraan dan pentafsiran matematik. Kalkulator mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan memberi keyakinan diri pada kanak-kanak kerana penggunaan kalkulator merupakan cara pembelajaran yang berbeza dengan apa yang biasa mereka lakukan di mana mereka boleh membuat apa sahaja dengan kalkulator, membantu belajar nombor,boleh menambah dengan banyak dan membantu kerja melibatkan nombor. Mewujudkan kurikulum yang lebih terbuka di mana pembelajaran tidak terlibat kepada kemahiran dengan pembelajaran di dalam kelas semata-mata malah ia memberi peluang untuk kanak-kanak mengembangkan idea dengan lebih bernas. Kalkulator membolehkan kanak-kanak mengira nombor sehingga angka yang lebih besar daripada angka juta dan billion yang jauh dari pengalaman asal mereka di

mana dengan ini memudahkan mereka berhadapan dengan masyarakat sekeliling. Kalkulator juga mewujudkan cara yang pelbagai untuk mendapat maklumat dan ini menambahkan lagi pengalaman kanak-kanak. Malah kalkulator juga mampu mempekenalkan nombor negatif dan nombor perpuluhan kepada kanak-kanak. Menambahkan kandungan kurikulum yang mana kalkulator menawar cara pembelajaran yang berbeza. Kalkulator juga boleh memperkenalkan simbol, menerangkan konsep dengan mencari pelbagai strategi untuk menyelesaikan masalah. Kalkulator juga mampu meneguhkan sesuatu konsep yang telah diajar kepada kanak-kanak seperti menggunakan "number sense" atau berkerja dengan cara yang berbeza. Penggunaan kalkulator juga mampu menggalakkan kreativiti dan aktiviti penerokaan ke atas nombor di kalangan kanak-kanak . Ini mengalakkan ideaidea yang kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Setengah kanak-kanak tidak mampu untuk mencapai pengetahuan mereka kepada angka yang lebih besar apatah lagi untuk mengira dan menyelesaikannya walaupun masalah tersebut mereka telah belajar namun dengan menggunakan kalkulator halangan mental seperti ini mampu di atasi. Kalkulator juga mampu mencetuskan satu pengajaran yang berbentuk permainan dan penyiasatan malah mampu mencungkil kebolehan dan pengetahuan murid dalam menerima sesuatu siri pembelajaran matematik sebagai persediaan mental untuk memahami matematik dalam bentuk yang lebih abstrak. Penggunaan teknologi ini tidak bermakna ia telah mengambil alih tugas dan peranan seseorang guru sehingga penafsiran perguruan sebagai tidak relevan lagi. Tidak pula ia sekadar sebagai alat untuk membantu guru matematik untuk mengajar yang biasa dilakukan setakat ini.Teknologi akan diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran apabila ia digunakan untuk melibatkan pelajar belajar secara bernas bukan hanya semata-mata pelajar dan guru menggunakan teknologi. Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya teknologi seperti internet khususnya dapat digunakan dengan lebih berkesan dengan pendekatan pengajaran pembelajaran yang berlainan daripada apa yang diamalkan secara tradisional hari ini. Pengintegrasian teknologi akan lebih berkesan apabila pembelajaran lebih berpusatkan kepada pelajar seperti persekitaran pembelajaran yang aktif, konstruktif, kolaboratif, bermatlamat, berwacana,

berkonteks dan refelektif.

Jesteru guru dan pentadbir sekolah haruslah memahami halangan-halangan yang mungkin dihadapi dalam pengintegrasian teknologi ini. Mereka haruslah bersedia untuk menangani perubahan yang bakal timbul daripada pengintegrasian ini seperti halangan masa, latihan guru, sumber dan sokongan. Oleh itu guru perlu menyesuaikan diri kepada alat teknologi pengajaran yang baru seperti komputer dan internet ini. Guru juga perlu mengubah keadah mengajar yang diamalkan sebelum ini untuk disesuaikan dengan teknologi yang digunakan. Maka guru-guru perlu mengambil kira perkara-perkara ini dalam usaha

mengintegrasikan teknologi ini agar lebih berkesan seperti tidak terlalu berfokus kepada teknologi dan kurang kepada matematik, tidak menggunakan teknologi secara eksklusif, tidak menggunakan teknologi untuk melakukan lebih daripada yang diminta dalam matematik, tidak terlalu bergantung kepada sejenis teknologi sahaja dan teknologi tidak digunakan untuk stresming. Jelasnya, teknologi ini tidak akan merubah peranan guru sebaliknya guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka khususnya dalam bidang IT ini. Ketrampilan dan keperibadian mereka yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikatan utama. Teknologi ini sebenarnya mampu mengurangkan beban tugas guru dan murid. Para guru haruslah bijak memilih aplikasi yang sesuai digunakan. Oleh itu, perancangan aktiviti yang kemas dan teratur amatlah penting supaya murid-murid dapat menggunakan teknologi ini secara optimum dan maksimum. Semua aplikasi tersebut boleh digunakan selagi sumber maklumat atau sebagai bahan bantu yang diaplikasikan terus dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

You might also like