Kejayaan & Kegagalan Revolusi Thai 1932

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Sejarah Asia Tenggara: Pembangunan dan Permodenan Nama : Abdul Rahman B Mad Ali@Abang (HA2005-6330) Nama Pensyarah &

Tutor : En Saffie Bin Abdul Rahim

Tema perbincangan, 3. Kejayaan & Kegagalan Revolusi Thai 1932 Pendahuluan.


Sejarah moden Thai dikatakan bermula pada era Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn yang telah memulakan dasar pemodenan. Namun, momentum proses modenisasi dan pentadbiran berpusat tersusun yang dilaksanakan oleh Chulalongkorn diteruskan sehingga satu dekad lagi selepas kematiannya. Menjelang akhir 1920an, persengketaan di kalangan pegawai kelas pertengahan dan juga di kalangan ahli tentera terhadap monarki yang bersifat autokratik dan nepotistic semakin ketara, yang akhirnya akan membawa kepada revolusi 1932. Dalam tahun 1932, satu kumpulan pegawai peringkat pertengahan di dalam angkatan tentera & perkhidmatan awam telah melancarkan satu rampasan kuasa yang telah menamatkan penguasan keluarga raja ke atas kerajaan & menubuhkan pula satu perlembagaan quasiparlemen. Revolusi Thai 1932 ini penting kerana ia melambangkan bahawa semangat Nasionalisme di Thailand juga wujud, meski pun Thailand merupakan negara yang tidak pernah dijajah oleh mana-mana kuasa Imperialisme.

Revolusi 1932 - Penyebab semerta kepada revolusi 1932 adalah disebabkan oleh kemelesetan di Thailand, yang seterusnya membawa kepada tindakan mencantas perbelanjaan ke atas gaji dan kenaikan pangkat pegawaipegawai rendah perkhidmatan awam dan juga pegawai-pegawai militari. - Tindakan Thailand untuk kekal menggunakan gold standard telah menyebabkan beras Thai menjadi mahal di pasaran dunia. Hasil yang diperolehi daripada pengeksportan beras dan kayu jati jatuh teruk. - Ketidakpuasan hati telah menyatukan pegawai-pegawai militari yang muda, belia berpendidikan barat yang masih menganggur, dan golongan pertengahan yang lebih tua untuk melancarkan revolusi tanpa pertumpahan darah pada 24 Jun 1932. - Revolusi 1932 dilancarkan dengan matlamat untuk menjatuhkan kuasa monarki mutlak dan menggantikannya dengan system pemerintahan demokrasi.

Sejak berakhirnya monarki mutlak ini, Thailand telah mengalami lebih daripada 18 revolusi/rampasan kuasa, lebih daripada 8 perlembagaan, dan lebih daripada 30 perubahan pentadbiran. Era ini ditandai dengan dikri kerajaan bersilih ganti dengan eksperimen dalam pemerintahan berperlembagaan. Pegawai2 militari memainkan peranan penting kebanyakan masa sehingga 1973; dan dalam empat dekad di antara revolusi dan 1973, perdana menteri di kalangan orang awam hanya mentadbir selama empat tahun. Kepimpinan sejurus selepas gerakan revolusi dan juga kerajaan Thailand bersilih ganti dalam tahun-tahun pertama selepas revolusi di antara dua orang pemimpin muda yang mewakili sekumpulan kecil kelas pertengahan yang berpendidikan Barat: Pridi Phanamyang, seorang professor undang-undang berhaluan kiri dari Thammasat University; dan Phibun Songkhram, seorang kolonel tentera yang mempunyai penyokong militari yang ultranasionalis.

Kejayaan Revolusi - Perkara positif yang diperolehi di antara 1932 dan 1935 termasuklah kewujudan monarki berperlembagaan ala British dan kejatuhan Raja Prajadhipok pada tahun 1935 serta digantikan oleh anak baginda yang berumur 10 tahun, Ananda yang masih bersekolah di Switzerland. Antara perdana menteri pasca perang yang pertama ialah Pridi, di mana latarbelakang undang-undangnya dan keinginannya untuk mengekalkan kuasa dalam tangan parti Rakyatnya telah membentuk perlembagaan pertama, yang secara teorinya dilaksanakan sehingga 1946. Perhimpunan yang terdiri daripada 156 ahli dibentuk, sebahagiannya dilantik oleh raja (biasanya dilaksanakan oleh parti yang memerintah), dan sebahagiannya dilantik oleh rakyat secara tidak langsung melalui pengundi2 peringkat tempatan dan daerah. Kabinet bertanggungjawab kepada Dewan Perhimpunan. Kelas putera2 raja tidak dibenarkan untuk menjawat jawatan legislative atau eksekutif, tetapi boleh berkhidmat dalam perkhidmatan diplomatic atau sebagai penasihat. Kuasa raja telah dihadkan; baginda mempunyai kuasa untuk memvetokan satu undang-undang hanya sekali, tetapi ia akan menjadi undang-undang jika Dewan Perhimpunan meluluskannya semula. Jika dilihat, kerajaan baru ini bersifat elitis, dan tidak cukup demokratik untuk melibatkan grassroots, tetapi cukup tradisional untuk meneruskan golongan bangsawan untuk kekal jawatan mereka dalam perkhidmatan awam. Kuasa Pridi kemudiannya berakhir apabila beliau menampilkan sifatsifat haluan kirinya pada pertengahan 1933 apabila beliau memperkenalkan rancangan ekonomi di mana kerajaan akan mengambil alih aktiviti-aktiviti industri dan perdagangan yang besar. Dua bentuk reaksi yang diterima: perpecahan dalam parti Rakyat dan revolusi balas oleh pihak istana.

Revolusi balas dapat dipatahkan oleh pihak tentera, dan Phraya Phahon menggantikan Pridi sebagai perdana menteri dan terus memegang jawatan tersebut sehingga 1938. Golongan elit Thai semasa era pasca-revolusi tidak banyak berbeza jika dibandingkan dengan sebelum revolusi, kecuali sewaktu waktu singkat pemerintahan Pridi. Kecuali golongan putera-putera raja, golongan elit aristocrat yang telah mendominasi birokrasi yang tinggi telah diperbesarkan untuk mengakomodasikan pemenang-pemenang revolusi. Thailand bernasib baik kerana negara tersebut tidak memerlukan banyak pembaharuan baru dalam pemilikan tanah. Golongan petani secara relatifnya amat berpuas hati dan lebih selesa untuk membiarkan pembahagian kuasa politik di Bangkok dan di daerah2 utama diuruskan oleh golongan elit yang semakin besar ini. Tetapi bersabit satu isu, rakyat massa telah menyokong pihak kerajaan, yakni dasar kerajaan untuk membasmi perbezaan di antara mereka dan orang Cina. Polisi Thai pada pertengahan kedua tahun 1930an ditandai dengan ultranasionalisme, kebangkitan semula agama, dan militarisme. Nasionalismenya adalah dalam bentuk pergerakan anti-Cina, satu kebangkitan semula kepada kempen pada pertengahan akhir 1920an apabila imigrasi skala besar orang Cina telah mencetuskan kebencian orang Thai. Imigrasi ini mempunyai jumlah wanita yang lebih besar dari sebelumnya, dan seterusnya memberi kesan mengurangkan kadar/pace asimilasi. Gerakan nasionalis yang berlaku ekoran daripada revolusi 1932 adalah dalam bentuk gerakan anti-Cina, yang membawa kepada penutupan sekolah dan akhbar cina, menyekat kemasukan migrasi Cina kepada kuota setahun 10,000, dan menghantar balik orang asing yang tidak sah. Kerajaan Thai juga menetapkan pekerjaan tertentu diisi oleh etnik Thai sahaja, dan etnik Thai juga diberi keistimewaan bantuan kerajaan dalam perniagaan yang diusahakan oleh mereka. Nasionalisme ini juga dikenakan ke atas starikat balak British yang besar, di mana sewaan ke atas hutan jati dikenakan syarat yang lebih ketat daripada sebelumnya. Tambahan itu, orang Thai juga menunjukkan religious nationalism, di mana mereka menganggap porang Kristian sebagai alien dan menggalakkan mereka untuk memasuki agama Buddha. Dari segi hubungan luar, pihak Thai meminta agar Cambodia menyerahkan semula Siem Reap dan Battambang, yang telah diserahkan kepada Perancis oleh Thai pada tahun 1904. Pada Jun 1939, negara tersebut telah menukarkan namanya dari Siam kepada gelaran yang lebih bersifat nasionalistik, Thailand, yang bermaksud The Land of the Free.

Dasar Luar Thailand dengan Jepun semasa Perang Dunia II

Sementara itu, kebangkitan nasionalisme bersifat militant telah membawa kepada pentadbiran tentera secara langsung pada Disember 1938 dengan Phibun Songgram sebagai Perdana Menteri. Pada saat-saat ahlir, pihak tentera mula meminati sistem militari Jepun dan kemenangannya di China, dan tidak begitu menyokong negara barat. Apabila Perang Dunia Kedua meletus, Thailand mengisytiharkan perang ke atas Perancis dan menuntut wilayah Battambang dan Siem Reap daripada Perancis, yang kemudiannya beliau perolehi dengan campurtangan Jepun. Apabila tentera Jepun mendarat di Thailand, kerajaan Phibun menuruti kehendak hierarki Jepun dengan menyediakan hak transit dan memberikan bekalan yang diperlukan. Sebagai balasan, Jepun menghadiahkan Thailand dengan wilayah tambahan di Laos, utara Tanah Melayu, dan wilayah Shan di Myanmar. Walaupun adanya perjanjian persahabatan dan kerjasama dengan Jepun, sebenarnya hubungan kedua-dua adalah pada permukaan sahaja. Sebenarnya, pemimpin Thai hanya memikirkan akan kepentingan negaranya sahaja iaitu untuk menjamin kemerdekaan Thailand. Phibun Songgram pernah menyatakan kepada pegawainya pada tahun 1942, Which side do you think will be defeated in this war? That side is our enemy. Pada waktu ini, duta Thai di London dan Washington pula mempromosikan tentangan terhadap Jepun; dan duta Thai ke US, Seni Pramoj, atas otoritinya sendiri tidak memaklumkan kepada Washington secara rasmi bahawa negaranya telah mengisytiharkan perang ke atas US pada Januari 1942. Dalam negara Thailand sendiri, Pridi Phanomyang, yang jawatan rasminya adala sebagai penasihat kepada monark yang masih muda, secara sulitnya telah menubuhkan gerakan penentangan yang dikenali sebagai pergerakan Free Thai, yang dibantu oleh OSS (US Office of Strategic Services) dan British Force 136. Ketika arus mula berubah yang tidak berpihak kepada Jepun pada pertengahan 1944, Perhimpunan Kebangsaan Thai meminta Phibun Songgram untuk meletak jawatan dan digantikan dengan kerajaan awam yang diketuai oleh Khuang Aphaiwong, dengan Pridi secara tidak rasmi memanipulasikan wheels of power. Kerajaan baru yang memerintah dengan cepat memohon maaf atas kesilapannya yang lalu dan menyuruh Pridi untuk berunding dengan pihak Berikat. Phibun ditangkap dan dipenjarakan di Jepun sebagai penjenayah perang oleh pihak Berikat, tetapi kemudian dibenarkan balik ke Thailand pada tahun 1947. Sementara itu, kerajaan Thai bersetuju menyerahkan kembali wilayahwilayah yang diperolehinya. Ia juga mewujudkan hubunan dengan Kuomintang di China, dan menjanjikan status most-favoured-nation kepada US, dan dalam satu

tindakan untuk memenangi hati Rusia, Thailand turut bersetuju untuk mengesahkan (legalise) Parti Komunis Thailand. Kacau-bilau di bawah Pentadbiran Awam - Sejurus selepas kekalahan Jepun, Seni Pramoj telah diarahkan oleh Pridi untuk kembali ke Thailand dan menjawat jawatan Perdana Menteri. Seni dan Pridi kemudiannya memperkenalkan satu perlembagaan baru, lebih liberal daripada yang lama, yang mewujudkan sistem dua dewan. Ahli dewan rendah akan melantik Senat. Pilihanraya akan diadakan pada waktu yang sepatutnya dan menjelang Mac 1946, sistem demokrasi berparlimen kembali dalam pentadbiran Thailand. - Dalam tiga tahun selepas Perang Dunia Kedua tamat, Thailand berksperimen dengan sistem parlimen, di mana ia menghasilkan 9 pentabiran silih berganti. - Ternyata, perubahan kerajaan yang wujud ini tidak bermakna kepada rakyat awam kerana ia dikatakan sebagai a regroupment of a narrow elite of about five thousand struggling for reallocation of the spoils of office. - Tetapi dalam jangkamasa pendek, situasi bebas yang dibekalkan di bawah perlembagaan baru dan peluang untuk memperolehi keuntungan telah menggalakkan lagi pembentukan parti-parti politik, yang mempunyai matlamat untuk memperolehi lebih banyak kuasa dengan apa cara sekalipun, sama ada dengan adil atau tidak. - Pada Mac 1946, parti Barisan Perlembagaan dan Parti Kerjasama bersatu untuk menyokong Pridi. - Tetapi dalam jangkamasa tiga bulan, kematian misteri melibatkan Raja Ananda pada 9 Jun telah membawa kepada kejatuhan kerajaan Pridi. - Selepas itu, sehingga rampasan kuasa April 1948, factionalism ruled Thailand, menyebabkan situasi politik dan ekonomi yang amat teruk. - Satu-satunya kumpulan yang berpotensi untuk menghentikan rasuah yang berleluasa, ketidakcekapan pentadbiran, dan kacau-bilau yang berlaku adalah pihak tentera. Pentadbiran Militari / Era Orang Kuat (1948-1973) - Penerusan dominasi tentera ke atas kerajaan telah memulakan satu era di mana pemimpin2 otoritarian tidak mendapat sebarang cabaran atau halangan dari kuasa2 di luar militari sehinggalah 1973. - Kuasa mereka ini diperkuatkan lagi dengan bantuan dan naungan Amerika Syarikat. - Washington inginkan pemimpin2 anti-komunis yang kuat yang boleh menghalang komunisme di Thailand dan pada masa yang sama, menyertai strategi2 Amerika dalam membanteras pengaruh komunis di Asia. - Amerika Syarikat sebenarnya khuatir dengan teori domino yang mungkin berlaku berikutan dengan kekalahan Perancis di Dien Bien Phu pada 1954. - Oleh itu, sejak 1950an, bantuan US kepada Thailand adalah mencukupi. US banyak membantu dalam pembangunan ekonomi dan

sosial. Terutamanya aspek komunikasi, infrastruktur dan projek2 kebajikan sosial; serta juga meningkatkan kuasa militari dan polis. Walau bagaimanapun, matlamat sebuah kerajaan yang stabil masih belum lagi dapat dicapai sepenuhnya. Bantuan Amerika membentuk peluang2 baru untuk kegiatan rasuah dalam kerajaan dan pentadbiran Thailand, dan merangsangkan persaingan kuasa di antara mereka. Selepas 1948, Phibun meneruskan kebanyakan daripada polisipolisinya yang berbentuk penindasan dahulu. Beliau melaksanakan satu lagi kempen anti Cina dan menganggap mereka ini sebagai tidak setia, dan selepas 1949, menganggap mereka sebagai komunis. Phibun juga cuba menguatkuasakan keseragaman budaya secara paksa ke atas masyarakat Melayu Islam di selatan Thai. Masyarakat Melayu Islam ini menentang ketibaan pegawai2 Thai, pengenalan pendidikan dalam bahasa Thai dan penggantian undang2 adat dengan undang Thai. Satu gerakan pemisah berkembang, dan walaupun ada cubaan untuk bekerjasama dibuat oleh kerajaan-kerajaan Thai yang kemudian, gerakan pemisah ini kekal sehingga ke hari ini. Polisi anti-komunis Phibun mempunyai pengaruh yang besar kepada dasar luarnya. Thailand enggan mengiktiraf Republik Rakyat China, menyokong tindakan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Korea pada 1950, dan menyokong tindakan Perancis terhadao insurgensi komunis di Indochina. Thailand di bawah Phibun dilihat sebagai penyokong setia dasar luar Amerika Syarikat di tanah besar Asia Tenggara. Menjelang 1951, Phibun mula berkongsi kuasa politik dengan dua orang rakan2nya yang telah terlibat sama dalam rampasan kuasa 1947 yang menggulingkan kerajaan awam. Salah seorang daripada mereka adalah Jeneral Phao Siyanon, director jeneral polis dan rakan rapat Phibun sejak rampasan kuasa 1932. Seorang lagi ialah Jeneral Sarit Thanarat, komander tentera. Pada November 1951, pegawai2 militari dan polis mengumumkan dalam satu siaran radio bahawa perlembagaan 1949 digantung oleh kerajaan dan perlembagaan 1932 dikuatkuasakan semula. Sebab utama mengekalkan parlimen berbentuk unicameral (satu dewan) dalam mana sebahagian keahlian dilantik oleh kerajaan adalah kerana bahayanya aggresi komunis. Satu perlembagaan yang diperbaiki telah digubal pada Februari 1952, dan pilihanraya dilaksanakan. Hampir semua ahli parlimen adalah pegawai2 tentera. Pada November 1952, polis mengumumkan adanya satu plot komunis terhadap kerajaan dan memulakan satu siri tangkapan ke atas orang Cina. Banyak sekolah Cina telah ditutup dan pertubuhan2 Cina dilarang.

Kempen menentang komunis ini dengan penekan anti-Cina mencapai momentum sepanjang 1953. Perebutan kuasa kerajaan berterusan, dan Phibun berusaha untuk mengimbangi kelebihan Sarit di kalangan militari dengan cubaan mendapatkan sokongan untuk dirinya sendiri. Pada 1955 beliau melawat Amerika Syarikat dan Britain, dan sekembalinya ke Thailand, melaksanakan polisi prachathipatai (demokrasi), yang menurutnya merupakan hadiah yang beliau berikan kepada Thailand. Phibun menghentikan kempen anti-Cina, membuat rancangan untuk meningkatkan tanggungjawab kerajaan tempatan, dan membenarkan parti2 politik untuk berdaftar. Walau bagaimanapun, partinya dituduh melakukan penipuan dalam pilihanraya 1957. Sarit menjadi semakin popular apabila beliau meletak jawatan, kononnya kerana tidak berpuas hati dengan kerajaan Phibun. Beliau mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar kolej dan universiti yang mahukan demokrasi sebenar. Phibun cuba untuk menyerang Sarit dari segi ekonomi. Beliau mengisytiharkan melalui undang-undang bahawa semua pegawai militari dan kabinet perlu memutuskan hubungan dengan segala bentuk ekonomi dan industri, satu tindakan yang dijangkakan akan menjatuhkan Sarit kerana beliau sememangnya mempunyai kepentingan dalam beberapa syarikat, termasuk syarikat loteri di Bangkok. Pada 16 September 1957, Sarit melakukan rampasan kuasa, menyebabkan Phibun dan Phao terpaksa melarikan diri. Sarit menggantung perlembagaan dan membubarkan parlimen. Raja Bhumipol Adulyadej menyokong tindakan Sarit; kerana keluarga diraja sememangnya menentang Phibun sejak 1930an lagi. Tidak terdapat perubahan besar semasa pentadbiran Sarit, sama ada dalam ataupun luar negara. Jika terdapat perubahan pun, ia hanyalah bersabit dengan isu rasuah, di mana lebih banyak bantuan US telah digunakan oleh Sarit dan orang-orangnya demi kepentingan diri sendiri. Pilihanraya baru diadakan pada Disember 1957 di bawah satu kerajaan awam sementara diketuai oleh Pote Sarasin, setiausaha agung South East Asia Treaty Organisation (SEATO). Tidak ada satu parti yang menang dengan majority parlimen tetapi Sarit membentuk satu parti kerajaan, National Socialist Party (Parti Sosialis Kebangsaan), untuk menggabungkan parti2 serta pihak2 yang menyokongnya. Disebabkan oleh masalah kesihatan, Sarit tidak membentuk kerajaan tetapi melepaskan tanggungjawab tersebut kepada timbalannya dalam angkatan tentera, Thanom Kittikachorn. Pada Oktober 1958, Sarit mengetuai semula kerajaan apabila Thanom meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Beliau mengisytiharkan undang-undang militari, yang mematikan eksperimen politik terbuka yang dimulakan sejak 1955. Pada Disember 1963, Sarit meninggal dunia ketika masih bertugas dan kuasa dipegang oleh timbalannya, Jeneral Thanom Kittikachon (kemudiannya menjadi Perdana Menteri) dan Praphas Charusathian (timb. Perdana Menteri). Era Sarit-Thanom telah membawa Thailand lebih rapat dengan US. Thailand menerima lebih daripada US1 bilion dalam bantuan militari dan ekonomi, selain daripada berjuta-juta dolar yang telah dibelanjakan oleh tentera US dari Vietnam yang telah menghabiskan cuti R & R (rest and recuperation) mereka di Bangkok. Hubungan bilateral ini diperkukuhkan lagi dengan Rusk-Thanat Assistance Agreement (1962), yang ditandatangani oleh Setiausaha Negara US, Dean Rusk dan Menteri Luar Thailand, Thanat Khoman, serta perjanjian Military Contingency Plan pada tahun 1964. Semasa konflik Vietnam, Thailand semakin penting dalam agenda perang US dalam banyak aspek. Thailand membenarkan US untuk membina pangkalan2 tentera dalam negaranya, terutamanya di Udorn dan Sattahip, dan menggunakan pengkalan tentera ini untuk melancarkan serangan bom ke atas Vietnam. Selain daripada itu, lebih kurang 50,000 tentera US juga telah ditugaskan di bumi Thailand, dan orang Thai diminta untuk menunjukkan kesetiaan mereka kepada US dengan menghantar pegawai kombat lebih kurang 12,000 ke medan perang di Vietnam dan Laos. Thailand sebenarnya telah mengambil risiko yang besar dalam membantu US semasa Perang Vietnam, di mana ia bukan sahaja dibenci oleh oleh China dan Vietnam Utara tetapi juga beberapa buah negara Dunia Ketiga yang menentang usaha perang US di Vietnam. Penglibatan rapat dengan US telah menyebabkan Thailand terpaksa berhadapan dengan implikasi domestik yang amat merugikan, di mana pemberontakan domestik yang dicetuskan oleh China dan Vietnam Utara dan kebangkitan nasionalisme yang menentang kehadiran tentera asing di bumi Thai. OLeh itu, pada 1 Januari 1965, China bertindakbalas dengan mewujudkan Pergerakan Kemerdekaan Thai dan Barisan Patriotik Thai yang bermatlamat untuk menumpaskan/menjatuhkan kerajaan Bangkok. China juga mempercepatkan program pembinaan jalan raya di Laos yang berhampiran dengan sempadan Thai. Pada masa yang sama, Vietnam Utara juga mengaktifkan programnya sendiri untuk melatih kumpulan anti-Thai di timur laut Thailand. Era orang kuat mula berakhir: pembangunan ekonomi, pendidikan yang lebih luas dan system komunikasi yang baik telah meningkatkan bilangan mereka yang mula was2 dari segi politik. Pada 1968 Thanom mengisytiharkan satu perlembagaan baru dan pada 1969, satu pilihanraya diadakan bagi mewujudkan satu parlimen baru.

Golongan awam terperanjat apabila beliau mengimplementasikan dasar yang bertentangan pada 1971, membubarkan parlimen dan menghalang parti2 politik sekali lagi. Menjelang awal 1970an, isu2 lain mula timbul. Pemimpin baru Narong Kittikachorn (anak Thanom & menantu Praphas) tidak begitu dihormati sama ada dalam atau luar militari. Golongan muda dan berpelajaranlah yang membawa kepada kejatuhan regim Thanom-Praphas. Pada 13 Oktober 1973, penentangan daripada pelajar terhadap penindasan politik bertukar menjadi konfrontasi besar dengan polis di jalanraya Bangkok. Demonstrasi pelajar ini merupakan demonstrasi terbesar dalam sejarah Thai di mana rakyat bangun menentang kerana tidak pusa hati terhadap kerajaan (rakyat mahukan perlembagaan yang lebih demokratik dan pilihanraya parlimen yang lebih telus) transisi dalam sejarah Thai.

(Raja membenarkan stesen2 kecemasan pelajar diwujudkan di atas tanah istana. Penentangan ini berjaya apabila tentera tidak menyokong Thanom-Praphas dan Narong, yang telah melarikan diri ke negara jiran).

You might also like