Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Bahasa melayu moden Bahasa Melayu moden bermula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah

seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Isi kandungan [sorokkan] 1 Akta Bahasa Kebangsaan 2 Tokoh tokoh 3 Lihat juga 4 Pautan luar [sunting]Akta Bahasa Kebangsaan

Untuk rencana lanjutan, lihat Akta Bahasa Kebangsaan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara. [sunting]Tokoh tokoh

Untuk rencana lanjutan, lihat Tokoh bahasa Melayu Antara tokoh Bahasa Melayu Moden yang terkenal ialah Prof. Diraja Ungku Aziz Pendeta Zaba

BAB 1: ASAL-USUL BAHASA MELAYU

A. KONSEP MELAYU 1. Definisi Istilah Melayu - Dalam kitab Hindu purba (Purana) terdapat perkatan Malayadvipa yang merujuk kepafa pulau Sumatera iaitu tempat asal bahasa Melayu. - Dalam catatan China semasa Dinasti Tang, menyatakan terdapat utusan Mo-loyeu mengirim utusan ke China Mo-lo-yeu merujuk kerajaan Jambi di Sumatera. - Satu lagi catatan China oleh I Tsing menyebut bahawa terdapat sebuah kerajaan di Sumatera dinamakan Mo-lo-yu iaitu kerajaan Sriwijaya di Palembang. - Dalam catatan kesusasteraan China, pengembara mereka menyebut satu bahasa yang dikenali Kun-lun dipercayai bahasa Melayu dipertuturkan oleh kerajaan Sriwijaya di Sumatera. 2. Definisi perkataan Melayu dari segi asal-usul. - Menurut Zuber Osman, Melayu berasal dari perkataan Malaya iaitu kependekan dari hima alaya bermaksud tempat bersalji iaitu tempat asal bangsa Melayu dari pergunungan Himalaya. - Dalam batu bersurat Bukit Gombak Satu di Sumatera ditemukan perkataan Malayapura yang bermaksud kerajaan melayu. - Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan Melayu berasal dari Mlayu bermaksud mengembara kerana kerana orang Melayu ialah pengembara dari Yunan. - Dari segi bangsa pula, UNESCO memberikan makna istilah melayu merujuk kepada suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar. - Dalam Perlembagaan Malaysia perkara 153, Melayu ditakrifkan sebagai bangsa melayu yang bertutur dalam bahasa Melayu, berkebudayaan Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama Islam. - Secara umumnya, Melayu bolehlah diertikan sebagai bangsa Melayu yang menjadi penutur asli bahasa Melayu yang menduduki kawasan Kepulauan Melayu, Semenanjung Malaysia, selatan Thailand dan Filipina, Campa, Sri Langka, Madagaskar dan Afrika Selatan. hmai 3. Salasilah Bahasa Melayu - Salasilah bermaksud asal-usul, susur galur atau keturunan. Salasilah Bahasa Melayu mengkaji tentang asal-usul dan keturunan bahasa Melayu. - Salasilah bahasa dibahagikan kepada tiga berdasarkan usia sesuatu bahasa: o Filum bermaksud kelompok bahasa induk berusia 5000 tahun ke atas

o Rumpun bermaksud kelompok bahasa berusia 2500 -5000 tahun o Keluarga bermaksud kelompok bahasa berusia kurang 2500 tahun. - Salasilah bahasa Melayu adalah seperti berikut: AUSTRIS (Filum) AUSTRONESIA (Rumpun) INDONESIA (Keluarga) SUMATERA (Sub Keluarga) MELAYU - Filum Austris merupakan kelompok bahasa induk di dunia dan menguasai separuh benua Asia. Terdiri daripada tiga rumpun: - Austroasia - Cina Tibet - Austronesia - Rumpun Austronesia pula telah melahirkan lima keluarga bahasa iaitu: -Keluarga Indonesia -Keluarga Melanesia -Keluarga Mikronesia -Keluarga Polinesia - Bahasa yang termasuk dalam keluarga bahasa Melanesia ialah Fiji, Caledone, Irian, New Guinea dan Halmahera - Keluarga bahasa Mikronesia pula terdiri daripada bahasa Marianna, Marshal, Carolina dan Gilbert. - Keluarga bahasa Polinesia pula ialah bahasa Hawaii, Tonga, Maori dan Easter. - Keluarga bahasa Indonesia pula melahirkan sub keluarga bahasa: Sumatera Jawa Kalimantan Bali-Sasak - Seterusnya, sub keluarga bahasa Indonesia ini pula telah melahirkan bahasabahasa berikut:

Melayu, Acheh, Minangkabau, Lampung. 4. Hipotesis tempat asal Bahasa Melayu a. Kawasan Asia Tengah - Orang Melayu berasal dari tanah besar iaitu selatan China ke kepulauan Melayu dan Pasifik. - Perpindahan ini berlaku dalam dua peringkat: i. Melayu Proto (2500 SM) ii. Melayu Deutro (1500 SM) - Perpindahan Melayu Deutro yang lebih terkemudian dan lebih moden menyababkan Melayu Proto melarikan diri ke kawasan pedalaman. - Kumpulan Melayu Deutro telah menghuni kawasan pinggir pantai dan lembah sungai menjadi nelayan dan petani dan akhirnya berkembang menjadi orang Melayu dan Indonesia sekarang. - Perpindahan orang-orang Melayu dari tanah besar ini melalui beberapa cara: i. Dari Yunan ke Myanmar dan ke Acheh ii. Dari Yunan ke Thailand dan Tanah Melayu iii. Dari Yunan ke Vietnam dan ke Kalimantan iv. Dari Yunan ke Taiwan dan ke Filipina. b. Kawasan Nusantara - Hipotesis ini menyatakan bahawa orang Melayu memang telah wujud di kawasan Nusantara menunjukkan Melayu merupakan penduduk pribumi asal. - Terdapat makhluk yang dipanggil Homo Erectus (Java Man) iaitu makhluk yang berdiri tegak yang terdiri daripada: o Megathrepus Palaeo Javanicas o Homo Saliensis o Homo Wajakensis - Semua yang di atas memang telah wujud di Asia Tenggara sejak 1 juta tahun dahulu. - Orang-orang ini mempunyai persamaan dari segi bahasa meliputi fonologi, morfologi dan sintaksis, adat resam seperti memuja roh dan semangat dan alatalat pertanian serta pembentukan system keluarga. BAB 2: BAHASA MELAYU KUNO

1. Definisi - Bahasa Melayu kuno ialah bahasa yang bermula pada abad yang ke-7 dan berakhir pada abad yang ke-13. - Sebelum itu telah wujud satu bahasa Melayu yang dikenali sebagai bahasa Melayu purba iaitu bahasa yang tidak mempunyai system tulisan - Kemasukkan budaya Hindu ke alam Melayu telah memperkenalkan tulisan Palava, Nagiri dan Kawi sejenis tulisan dari India Selatan. - Bahasa Melayu kuno memainkan peranan yang penting dan berkembang pesat pada zaman kerajaan Sriwijaya. - Walaupun terdapat bahasa Jawa kuno, tetapi bahasa Melayu berperanan sebagai lingua franca di kalangan pengguna bahasa kerana: a. bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar b. mempunyai system yang lebih mudah berbanding bahasa Jawa c. tidak terikat dengan perbezaan lapis masyarakat 2. Bukti Penggunaan Bahasa Melayu Kuno - Bukti wujudnya bahasa Melayu kuno terdapat pada beberapa buah Batu Bersurat (prasasti) yang ditemui: a. Batu Bersurat Kedukan Bukit - Ditemui pada 29 November 1920 di Palembang bertarikh 605 tahun saka (683M). Batu bersurat ini menggunakan tulisan Palava yang mempunyai 10 baris. Contohnya: Swasti sri sakawarsalatita 605 ekadisi suklapaksa wulan waisakha dpunta hiyam Nayik. Maksudnya: Selamat bahagia pada tahun saka 605 hari kesebelas bulan terang bulan waisaka, baginda naik perahu b. Batu Bersurat Talang Tuwo - Ditemukan pada 17 November 1920 di Talang Tuwo, Bukit Siguntang di Palembang bertarikh 606 tahun saka (684M) Contohnya: swastri sri sakawarsatita 606 dim dwitiya suklapaksa wulan caitra sana tatkalana parlak srikserta ini niparwuat Maksudnya:

Selamat bahagia pada tahun saka 606 hari kedua bulan terang bulan caitra itulah waktunya taman srikserta diperbuat. c. Batu Bersurat Yang Lain i. Batu Bersurat Kota Kapor Ditemui pada 1892 di Pulau Bangka bertarikh 608 tahun saka (686M) ii. Batu Bersurat Karang Brahi Ditemui di Meringin pada tahun 1904 bertarikh 614 tahun saka (692M) iii. Batu Bersurat Padang Lawas Bertarikh 1213M berbahasa Melayu dan Tamil iv. iv. Batu Bersurat Gandasuli 832M 3. Ciri-Ciri Bahasa Melayu Kuno a. Sistem Ejaan - Batu bersurat Kedukan Bukit, Talang Tuwo, Kota Kapor dan Karang Brahi menggunakan tulisan Palava - Tulisan Palava asalnya ialah skrip Grantha yang digunakan oleh golongan Brahman Dravidian untuk menulis kitab dalam bahasa Sanskrit. - Batu bersurat Gandasuli pula menggunakan tulisan Nagiri manakala batu bersurat Padang Lawas menggunakan tulisan Kawi. b. Kosa kata dalam bahasa Melayu Kuno - Bahasa Melayu kuno banyak dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit dan hindu budha. - Dari sudut fonologi, terdapat beberapa perbezaan antara bahasa Melayu kuno Moden: i. Bunyi /b/ menjadi /w/ Contoh: bulan wulan, bunuh wunuh, buat wuat ii. Tidak ada bunyi e pepet benua wanua, seribu sariwu, dengan dangan iii. Sengauan bunyi /ny/ menjadi /n/ Contoh: sebanyaknya sawanakna iv. Konsonan dari bahasa Sanskrit bh, th, kh, dh

Contoh: tetapi thathapi - Dari sudut morfologi terdapat imbuhan yang berubah i. Awalan ber menjadi mar berlepas marlapas ii. Awalan di menjadi ni Contoh: diperbuat niparwuat iii. Apitan per.an menjadi paran Contoh: persumpahan parsumpahan - Terdapat perkataan bahasa Melayu kuno yang sudah diada dalam bahasa Melayu: Contoh: tuwi, dhawa, inan, saramwat, tlu, wela, parlak, marsarak, mawuddhi,marhulun, makalangit. - Manakala kosa kata bahasa Melayu kuno yang masih dipakai ialah: Aku, aur, bala, beri, curi, dalam,dengan derhaka, dosa, lawan, makan, minum, naik, orang, pahat, pulang, rumbia, sakit, suka sumpah, tanam tatkala, tetapi BAB 3: BAHASA MELAYU KLASIK 1. Definisi bahasa Melayu Klasik - Bahasa Melayu klasik bermula pada abad ke-14 apabila pengaruh Islam / Arab datang kealam Melayu. - Pada peringkat permulaan bahasa yang digunakan masih lagi dipengaruhi oleh bahasa Sanskritdengan bercampur-aduk bahasa Arab. Tulisan yang digunakan masih lagi tulisan kawi. - Bahan bukti pertama bahasa Melayu klasik ialah batu Bersurat Kuala Berang bertarikh 702H (22 Feb 1303). 2. Bukti Penggunaan Bahasa Melayu Klasik a. Batu Bersurat Terengganu - Ditemui di Sungai Teresat di Kuala Berang pada tahun 1899 bertarikh 1303M - Tulisan dalam batu bersurat ini ialah tulisan jawi dengan kosa kata bercampur Dengan bahasa Sanskrit, Jawa dan Arab. - Ia mengandungi catatan tentang undang-undang dan hukuman berzina. b. Batu Bersurat Pagar Ruyung

- Ditemui di Minangkabau bertarikh 1356M masih menggunakan huruf palava c. Batu Bersurat Minye Tujuh - Ditemui di Acheh bertarikh 1380 juga menggunakan huruf palava. d. Batu Bersurat Phanrang Champa (1039M), batu Bersurat Pekan (1020M) batu nisan MalikulSalleh semuanya menggunakan tulisan Aarab. 3. Ciri-Ciri Bahasa Melayu Klasik a. Sistem tulisan dan ejaan - Pada peringkat permulaan sistem tulisannya dipengaruhi oleh system tulisan India seperti yang terdapat dalam batu bersurat Pagar Ruyung dan Minye Tujuh. - Apabila islam dan arab dating, tulisan arab bentuk kufi seperti dalam batu bersurat di Pekan, Phanrang dan di Champa. - Bagi menyesuaikan dengan bunyi bahasa Melayu, huruf arab yang berjumlah 33 ditambah 6 ( ) b. Tatabahasa - Bahasa Melayu klasik banyak menggunakan bahasa istana, dan kata perdu - Bahasa Istana seperti bersiram, santap, beradu - Kosa kata klasik seperti berahi, ceritera, masygul - Perdu kata (pangkal ayat) seperti alkisah, sebermula, hatta - Dari sudut ayat, bahasa Melayu klasik banyak menggunakan ayat majmuk, ayat Songsang, dan ayat pasif. c. Kosa kata - Dengan adanya pengaruh Islam, kosa kata arab benyak diserap ke bahasa Melayu sejajar dengan konsep islam terutamanya apabila membicarakan bab hokum. Contoh: sembahyang menjadi solat. 4. Perkembangan Tulisan Jawi - Tulisan Jawi merupakan aksara arab yang diadaptasi ke dalam bahasa Melayu - Perkataan Jawi berasal dari perkataan AlJawah yang bermaksud pulau Sumatera. Pendapat lain mengatakan Jawi berasal dari Jawa. Manakala pendapat lain mengatakan Jawi berasal dari perkatan peranakan iaitu campuran arab, parsi dan Melayu

- Bukti pertama penggunaan tulisan jawi terdapat pada batu bersurat Kuala Berang manakala manuskrip tertua dalam tulisan jawi ialah Aqaid Al Nasafi (1590 M) - Pada peringkat awalnya tulisan arab menggunakan system baris, tetapi lama kelamaan dibuang barisnya menjadi tulisan arab gondol. - Apabila menghadapi masalah, maka huruf saksi (vocal) diletakkan pada suku kata kedua dan ketiga. - Sistem ejaan jawi yang lengkap ialah Pedoman Ejaan Jawi terbitan 1956 dan disempurnakan pada tahun 1986 hingga sekarang. 5. Surat-surat Awal Dalam Bahasa Melayu Klasik - Raja-raja Melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan raja asing dan pedagang eropah. Oleh itu mereka menggunakan bahasa Melayu apabila mengadakan hubungan dengan mereka. - Antara surat yang ditulis dengan menggunakan bahasa Melayu ialah: a. Surat Sultan Ternatee kepada raja Portugal (1521M) b. Surat Sultan Acheh kepada nakhoda Inggeris (1602M) c. Surat Ala Al Din Shah kepada kapten Harry Middleton (1602M) d. Surat Perisytiharan Lord Minto (1811M) - Surat-surat di atas menjadi bukti bahawa bahasa Melayu telah menjadi bahasa Lingua Franca sekitar abad yang ke 19. 6. Karya sastera Dalam Bahasa Melayu Klasik - Bahasa Melayu Klasik berkembang pesat letika zaman Kerajaan Melayu Melaka (1403-1511) - Antara karaya sastera zaman kerajaan Melaka ialah Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Hikayat Amir Hamzah. - Selepas kejatuhan Melaka perkembangan bahasa Melayu berpindah ke Acheh. Antara penulis dan karya yang terkenal ialah: a. Hamzah Fansuri (Syair Dagang, Syair Burung Pingai, Syair SiBurung Pungguk b. Syamsuddin AlSumaterani (Mirat Al Mukminin,Miratul Iman) c. Nurudin al Raniri (Siratal Mustakim, Bustanul Salikin) d. Abdul Rauf alSingkel (Mirat alTulub) BAB 4 : BAHASA MELAYU MODEN

1. Definisi - Perkembangan bahasa Melayu Moden bermula pada abad ke-19 dengan bermulanya karya-karya Abdullah Munsyi. - Selepas mencapai kemerdekaan bahasa Melayu mengalami perkembangan yang pesat dan termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Malysia yang mengiktiraf bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. - Sebagai bahasa kebangsaan bahasa Melayu memikul tugas sebagai bahasa rasmi, pentadbiran,perhubungan,penghantar dan bahasa ilmiah di sekolah dan universiti. - Untuk mencapai matlamat di atas, satu perancangan bahasa bagi meningkatkan status bahasa Melayu moden telah dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Bahasa Melayu Pra Merdeka - Pada peringkat awal pemerintahan Inggeris, kedudukan bahasa Melayu tidak tergugat. Bahasa Melayu tetap digunakan dalam urusan rasmi kerajaan British, maka lahirlah sarjana bahasa berbangsa barat seperti: R.O Winsted, R.J Wilkinson, C.C Brown, W.E Maxwell, W. Marsden, O.T Dusek, W.G Shellabear, J. Crawford, A.M Skinner - Kedudukan bahasa Melayu mula tergugat selepas Perang Dunia ke-2 apabila kerajaan Inggeris mula menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar dan bahasa rasmi. - Walaubagaimanapun terdapat pejuang bahasa Melayu yang memperjuangkan bahasa Melayu melalui karyanya seperti: a. Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi (1796-1854) - Dilahirkan di Melaka dan mendapat gelaran Munsyi yang bermaksud pendidik @ guru kerana telah mengajar agama Islam kepada askar Melayu di Melaka. - Antara karya beliau yang terkenal ialah (Syair Singapura Terbakar, Kisah Pelayaran Abdullah 1, Kisah Pelayaran Abdullah 11, Hikayat Abdullah. b. Raja Ali Haji (1809-1870) - Dilahirkan di Pulau Penyengat, Riau berpendidikan Arab dan merupakan tokoh bahasa yang sangat penting. - Beliau merupakan penulis Melayu pertama yang menghasilkan kamus dan buku tatabahasa melalui bukunya Kitab Pengetahyan Bahasa. - Antara karya beliau ialah (Bustanul Katibin, Tuhfat alNahfit, Kitab Salasilah Melayu dan Bugis) c. Mohd. Said bin Haji Sulaiman ( 1876 1955)

- Dilahirkan di Teluk Belanga Singapura dan menjadi penunjang kepada Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (Pakatan). - Antara karya beliau ialah ( Buku Katan PBmPB, Jalan Bahasa Melayu,Pohon Agama, Sopan Santun Dalam Islam) d. Zainal Abidin Ahmad (Zaba) (1895-1973) - Dilahirkan di Batu Kikir, Jempol Negeri Sembilan. Nama lain beliau ialah Zaba, Melayu Jati, Patriot dan Zai Penjelmaan. - Beliau merupakan tokoh bahasa dan antara karya yang terkenal ialah Pelita Bahasa Penggal 1,11,dan 111. - Karya beliau yang lain ialah Kitab Ilmu Bahasa Melayu, Kitab Rahsia Ejaan Jawi, Ilmu Mengarang Melayu. - Beliau pernah memegang jawatan Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka dan dianugerahkan gelaran Pendeta dan darjah Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran Tan Sri. 3. Pertubuhan Bahasa Melayu Pramerdeka a. Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBmPB) - Ditubuhkan pada tahun 1888 dan diasaskan oleh Datuk Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak dan Datuk Muhammad Ibrahim Munsyi. - Matlamat utama PBmPB ditubuhkan untuk memelihara, memperlengkap dan mempermodenkan bahasa Melayu dari segi ejaan, mencipta perkataan baru dan memelihara ejaan jawi. - Sepanjang penubuhannya PBmPB telah menghasilkan 34 buah buku berkaitan dengan sejarah, kebudayaan, riwayat perjalanan dan maklumat PBmPB. b. Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) -Ditubuhkan pada tahun 1934 telah menyebarkan semangat persaudaraan di kalangan pencinta bahasa Melayu. -Tujuan penubuhannya untuk mengeratkan hubungan persaudaraan serta menggalakkan penerbitan dan pembacaan penulisan bahasa Melayu. c. Pejabat Karang Mengarang - Ditubuhkan pada tahun 1924 di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) dan pengasasnya ialah O.T Dussek dan Zaba. - Matlamat penubuhannya untuk mengatasi masalah kekurangan bahan bacaan bahasa Melayu di sekolah Melayu selain menggalakkan penulis menghasilkan karya dalam bahasa Melayu. d. Angkatan Sasterawan 50 (Asas 50)

- Merupakan pertubuhan yang paling besar sumbangannya kepada perancangan dan perkembangan bahasa Melayu yang dibentuk oleh angkatan penulis muda (Tongkat Warrant, Keris Mas, A. Samad Said) - Antara tujuan penubuhannya ialah mengembangkan bahasa dan kesusasteraan Melayu dan menjaga kepentingan dan kebajikan penulis Melayu. - Asas 50 juga telah mendesak kerajaan untuk melaksanakan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Penghantar di sekolah. 4. Fungsi Bahasa Melayu Moden a. Bahasa Kebangsaan - Perkara 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan Malaysia. - Di Malaysia yang mempunyai penduduk berbilang kaum, di mana setiap kaum mempunyai bahasa ibundanya sendiri, bahasa kebangsaan sangat penting sebagai alat untuk menyatupadukan pelbagai kaum tersebut. - Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kerana bahasa Melayu dituturkan olah bangsa Melayu yang mewakili bangsa teramai. Bahasa Melayu juga telah menjadi bahasa lingua franca sejak zaman dahulu lagi. - Oleh itu pada tahun 1969, bahasa Melayu telah dipilih secara rasminya sebagai bahasa kebangsaan Negara Malaysia. - Bahasa Kebangsaan juga bertujuan untuk mendapatkan rasa megah dan mencintai Negara selain mewujudkan satu identiti nasional. b. Bahasa Rasmi - Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan dalam semua urusan rasmi pegawai-pegawai kerajaan semasa menjalankan tugas-tugas rasmi. - Semua urusan rasmi kerajaan termasuk surat-menyurat, papan-papan tanda, boring-borang rasmi, penyimpanan rekod hendaklah menggunakan bahasa Melayu. - Sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu juga digunakan oleh semua pemimpin Negara semasa berurusan dengan rakyat. c. Bahasa Ilmu (penghantar) - Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa penghantar di semua peringkat sekolah dari darjah 1 hingga tingkatan 6 pada tahun 1981. - Pada tahun 1983, semua kursus di tahun pertama universiti menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar.

- Dasar Pelajaran Kebangsaan (1963/67) melalui Laporan Razak (1956) DAN Laporan Abdul Rahman Talib (1960) memperakui bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar dalam semua sistem pendidikan negara. - Untuk mencapai matlamat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu memerlukan perancangan agar bahasa Melayu dapat mengungkap pelbagai ilmu tanpa menghadapi sebarang masalah. - Perancangan bahasa ini melibatkan usaha menetapkan kosa kata, istilah, ejaan, tatabahasa dan sebutan yang dikenali sebagai perancangan korpus bahasa. - Perancangan korpus bahasa ini melibatkan usaha pengekodan (penyeragaman) dalam bidang perkamusan, ejaan, peristilahan, tatabahasa dan sebutan.

You might also like