Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 11

KONSEP PERPADUAN DAN INTEGRASI

Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.

Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik (Ahmad Haji Kambar, 1987). Unsur integrasi yang terdiri daripada

Integrasi wilayah yang bertujuan mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial antara wilayah yang maju dengan yang mundur. Di Malaysia, tumpuan integrasi wilayah ialah antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Integrasi ekonomi yang boleh diertikan sebagai usaha-usaha untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik Integrasi kebudayaan melibatkan usaha membentuk suatu kebudayaan kebangsaan Integrasi sosial merangkumi usaha-usahameyatupadukan rakyat melalui progam sosial seperti sukan, pendidikan, perumahan dan kesihatan Integrasi pendidikan bertujuan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, jasmani dan rohani Integrasi politik yang merangkumi usaha-usaha menyatukan rakyat melalui kerjasama dan pembahagian kuasa politik.

Proses mencapai sebuah masyarakat integrasi bukanlah suatu yang mudah. Menurut Ting Chew Peh (1987), integrasi ialah suatu proses yang sangat kompleks. Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah kedkatan bermula dengan hubungan terpisah iaitu segregasi sehinggalah hubungan berbentuk sebati iaitu amalgamasi. Perhubungan yang lebih rapat antara wilayah dapat mewujudkan integrasi dalam bidang politik dan nilai. Perhubungan ini seterusnya mampu mengurangkan konflik dan mengutamakan persefahaman serta mewujudkan perasaan harmonis antara pelbagai etnik.

PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA Pluralisme budaya bukan fenomena baru dalam Alam Melayu. Interaksi antara pelbagai budaya seperti Arab pra-islam, Hinduisme, Buddhisme, Arab Islam dan Eropah (yang diwakili oleh Portugis, Sepanyol, Belanda dan British) dengan budaya Alam Melayu telah berlaku sekurang-kurangnya sejak abad ke 5 masihi lagi.

Pertembungan dan pertemuan budaya-budaya besar dunia tersebut telah melahirkan satu ciri fenomena sosial yang istimewa dalam Alam Melayu, iaitu fenomena kepluralitian budaya. onsep-konsep asas hubungan etnik sangat relevan untuk memahami situasi hubungan etnik yang terdapat dalam kalangan masyarakat majmuk Malaysia.

Kepelbagaian etnik sama ada secara langsung atau tidak, memainkan peranan penting dalam hubungan etnik di Malaysia. Berdasarkan kepelbagaian inilah, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah dan program bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat. Antara lanhkah penting yang diambil ialah menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara selepas peristiwa 13 mei 1969. Kerajaan juga telah bertindak secara aktif dengan menubuhkan majlis Penasihat Perpaduan Negara pada peringkat pusat dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Negeri pada peringkat negeri. Penubuhan majlis ini bertujuan mmbincangkan isuisu perpaduan kaum di Malaysia secara harmoni dan tidak menggugat kestabilan politik yang sedia wujud. Kerajaan juga telah memperkenalkan pelbagai dasar termasuk Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk memupuk perpaduan nasional.

Kharmonian hubungan etnik di Malaysia terlihat dalam setiap lapisan masayrakat melalui rumah terbuka, penerimaan budaya antara etnik dan perkongsian kuasa politik. Sebagai contoh, hubungan etnik yang harmonis di Melaka dibuktikan lagi dengan jelas hingga kini melalui seni bina Masjid dan rumah ibadat lain. Masjid Kapitan Kling dan Masjid Tengkera misalnya, mempunyai gabungan seni bina cina, melayu, arab dan india. Masjid-masjid yang dibina pada zaman kesultanan melayu melaka adalah unik iaitu mempunyai menara berunsurkan pagoda dan ukiran campuran bermotif tempatan, arab dan india seta cina.

Pada masa ini pula, Kementerian Kesenian, kKebudayaan dan Warisan telah memperkukuh lagi warisan kesenian rakyat Malaysia seperti tarian, muzik, pemakaian pakaian tradisional dan makanan dalam kalangan masyarakat majmuk malaysia. Misalnya, makanan etnik melayu seperti nasi lemak menjadi kegemaran rakyat Malaysia; begitu juga dengan masakan etnik cina seperti nasi goreng cina, mi hailam dan masakan india seperti kari. Manakala dari segi pakaian, para pelajar bukan melayu tidak berasa janggal memakai baju kurung dan baju melayu, khususnya pada hari Jumaat. Semasa sambutan tahunan Hari Kemerdekaan, kesenian rakyat Malaysia seperti pakaian dan alat muzik telah dipaparkan. Begitu juga perbarisan kontinjen pasukan Malaysia dalam manamana acara sukan tlah memaparkan kesenian rakyat Malaysia.

Sebagai ahli masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik, kita harus mengelakkan sikap prejudis, stereotaip, rasisme dan diskriminasi bagi memupuk keharmonian dan perpaduan nasional. Sebaliknya, konsep seperti akomodasi wajar dijadikan panduan dalam menjalinkan hubungan etnik di Malaysia. KONSEP AMALGAMASI

Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik.

Teori amalgamasi dinyatakan dalam bentuk formula A+B+C=D, disini A,B, dan Cmewakili kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgam, satu kumpulan baru terhasil daripada penyatuan A,B dan C. Sebagai contoh, kumpulankumpulan etnik yang sedia wujud mengamalkan parkahwinan campur lalu membentuk satu genarasi baru atau budaya baru tanpa menuruti budaya asal mereka. KONSEP ASIMILASI

Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Menurut Vander Zanden (seorang ahli sosiologi), asimilasi ialah satu proses dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama. Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. konsep ini diwakili dengan formula A+B+C =A, disini A dalam hal ini mewakili

golongan dominan smentara B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti. Contohnya, orang melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Di Malaysia, apa yang berlaku keatas masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh berlakunya proses asimilasi. Namun, bagi etnik cina di Kelantan serta Baba dan Nyoya, asimilasi berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama.

Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti; terdapt banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik; dan kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik minoriti.

KONSEP AKULTURASI

Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat penerima.

Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan atau pertembungan antara dua atau lebih kebudayaan. Proses ini menyebabkan berlakunya proses pinjam meminjam. Pada peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara langsung dan kemudian diolah serta dijadikan usur kebudayaan sendiri. Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti penggunaan tali leher, angpau, makanan, hiburan dan sebagainya. Tetapi, jika unsur budaya yang diambil itu tidak diolah dengan baik, pastinya tindakan ini akan memberi kesan yang tidak baik kepada sesuatu masyarakat.

Tidak mudah untuk membentuk sebuah masyarakat yang mencapai tahap akulturasi. Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat kebendaan yang mendatangkan manfaat seperti pakaian barat. Unsur-unsur budaya yang tidak bebrbentuk kebendaan seperti ideologi dan pemikiran adalah lebih sukar diterima.

KONSEP SEGREGASI

Segregasi merupakan pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesubuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan, antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Segregasi wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau sebaliknya seperti Dasar Aparteid di Afrika Selatan yang dilaksanakan antara tahun 1948-1994 USAHA-USAHA KERAJAAN UNTUK MEMUPUK PERPADUAN NASIONAL

Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara ( kini Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional-JPNIN) pada tahun 1969 untuk memupuk perpaduan dan keharmonian antara kaum. JPNIN kini juga dipertanggungjawab memantapkan integrasi nasional, iaitu merapatkan masyarakat daripada semua negeri di Malaysia, khususnya antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Usaha-usaha lain yang diambil oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan nasional dan hubungan etnik yang harmonis ialah pengenalan Rukun Negara (Ideologi Kebangsaan), Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan; pergabungan parti-parti politik melalui Barisan Nasional; dan integrasi antara wilayah (antara kawasan bandar dengan luar bandar serta antara semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak).

Namun, untuk menjamin dan memelihara hubungan etnik yang harmonis, sumbangan yang besifat top-down sahaja tidak mencukupi. Usaha ini mesti digenapkan oleh suatu usaha berbentuk bottom-up. Justeru, kerjasama dan sumbangan daripada sektor swasta (pimpinan korporat serta pelabur asing), sektor komuniti (pihak badan bukan kerajaan atau NGO) dan semua parti politik adalah sangat kritikal untuk melengkapkan usaha kerajaan yang bersifat topdown. Oleh yang demikian, keharmonian hubungan etnik di Malaysia tidak bergantung semata-mata pada keadaan berbaik-baik antara kumpulan etnik tetapi juga antara kumpulan kelas sosial yang berbeza (antara para pekerja, anggota kelas menengah dan mereka yang kaya daripada pelbagai kumpulan).

KEPENTINGAN HUBUNGAN ETNIK YANG HARMONIS

Berdasarkan pengalaman 13 mei 1969, ternyata faktor hubungan etnik yang harmonis menjadi anak kunci bagi keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik. Peristiwa tersebut telah mendedehakan kepada kita semua bahawa survival Malaysia sebagai sebuah negara bangsa dan sistem sosial yang

kukuh, tidak semata-mata terletak pada pertumbuhan ekonomi yang baik dan kestabilan politik yang mapan. Apa yang lebih pnting dalam konteks Malaysia sebagai sebuah masyarakat majmuk ialah usaha berterusan untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang harmonis.

Sekiranya tidak dilakukan, dalam sekelip mata, pertumbuhan ekonomi dan kestabilan politik yang kita nikmati akan tergugat sekiranya berlaku lagi konflik etnik secara terbuka seperti peristiwa 13 mei 1969.

Pengajaran daripada Peristiwa 13 mei 1969

Peristiwa 13 mei 1969 telah memberi beberapa pengajaran penting kepada ahliahli politik dan setiap rakyat Malaysia, bak kate pepatah "yang baik buat tauladan, yang buruk dijadikan sempadan." Pertama, rusuhan kaum tidak menguntungkan sesiapa. Malahan, rusuhan kaum merugikan semua pihak dengan kehilangan nyawa dan kerosakkan harta benda. Kedua, langkah-langkah konkrit harus diambil untuk mengeratkan perpaduan nasional dan keharmonian antara kaum. Ketiga, perpaduan nasional tidak akan dicapai sekiranya terdapat sebilangan besar rakyat yang miskin. Keempat dan akhir sekali, peristiwa 13 mei telah memberi pengajaran bahawa setiap rakyat harus menghormati satu sama lain. Kita harus bersikap toleran dan menghormati adat resam kumpulankumpulan etnik lain. (Ranjit Singh Malhi, 2005)

USAHA-USAHA MEMUPUK PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL Ekoran dari rusuhan etnik 13 Mei 1969, kerajaan telah melancarkan beberapa dasar sosial, ekonomi dan politik yang berkisar mengenai perpaduan nasional dan bersifat integrasi melalui penyesuaian bersama berbagai-bagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang dapat diterima oleh semua kumpulan etnik dalam negara kita.

Selain daripada memupuk perpaduan antara kaum, kerajaan juga menitikberatkan integrasi antara wilayah, terutamanya antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Antara usaha-usaha yang telah diambil untuk memupuk perpaduan nasional ialah:

(a) Rukun Negara (ideology kebangsaan); (b) Dasar Ekonomi Baru; (c) Dasar Pendidikan Kebangsaan; (d) Dasar Kebudayaan Kebangsaan; (e) Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu); (f) Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara; (g) Pergabungan parti-parti politik melalui Barisan Nasional; (h) Integrasi antara wilayah.

A. Rukun Negara

Rukun Negara telah dilancarkan pada 31 Ogos 1970 adalah merupakan ideologi kebangsaan negara kita. Ideologi kebangsaan adalah perlu bagi menimbulkan satu semangat dan identiti yang sama bertujuan memupuk muafakat dalam kalangan masyarakat perlbagai etnik.

Lima prinsip Rukun Negara adalah seperti berikut:

(a) Kepercayaan kepada Tuhan; (b) Kesetiaan kepada Raja dan Negara; (c) Keluhuran Perlembagaan; (d) Kedaulatan Undang-undang; dan (e) Kesopanan dan Kesusilaan.

Kelima-lima prinsip ini bertujuan untuk mewujudkan sebuah negara Malaysia yang bersatu padu serta sebuah masyarakat Malaysia yang adil, demokrasi, liberal dan progresif.

B. Dasar Ekonomi Baru

Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan pada tahun 1971 melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971 1975), adalah bertujuan mewujudkan keseimbangan ekonomi antara kaum dan wilayah bagi mencapai perpaduan negara. Dengan kata lain, DEB bertujuan memupuk perpaduan negara melalui pengagihan pendapatan dan peluang ekonomi yang saksama dalam kalangan semua rakyat Malaysia.

DEB dilaksanakan menerusi strategi serampang dua mata, iaitu:

i) Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum ii)Penyusunan semula masyarakat supaya pengenalan etnik mengikut fungsi ekonomi dapat dihapuskan.

C. Dasar Pendidikan Kebangsaan

Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 adalah berasaskan kepada laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman talib 1960. Antara lain matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ini adalah untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu.

Antara langkah-langkah yang diambil bagi memenuhi matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan dalam memupuk perpaduan dan integrasi nasional adalah:

i) Menggunakan bahasa Melayu (Malaysia) sebagai bahasa pengantar di sekolahsekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi. ii) Menyediakan sukatan pelajaran yang seragam kandunganya untuk semua sekolah di Malaysia. iii) melaksanakan kegiatan kokurikulum.

D. Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Pembentukan satu kebudayaan kebangsaan dapat memupuk perpaduan menerusi satu gaya hidup dan nilai-nilai yang dipersetujui dan dihayati bersama oleh semua kaum. Kebudayaan Kebangsaan juga dapat mewujudkan satu identiti negara yang dapat dikenali oleh negara-negara luar. Oleh itu, kerajaan telah menitikberatkan pembentukan secara beransur-ansur satu kebudayaan nasional yang merangkumi unsur-unsur yang baik daripada berbagai-bagai kebudayaan yang terdapat di negara kita dengan berteraskan kebudayaan asli tempatan.

Tiga prinsip telah ditetapkan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan: i) Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini; ii) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur Kebudayaan Kebangsaan; dan iii) Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan kebangsaan. [1]

E. Bahasa Kebangsaan

Bahasa memainkan peranan penting dalam proses memupuk perpaduan antara kaum. Justeru itu, kerajaan telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah memperuntukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Mulai tahun 1970, bahas Melayu secara berperingkat-peringkat telah menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Kerajan juga telah menjalankan kempen untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dengan melancarkan Gerakan Cintailah Bahasa Kita.

F. Jabatan Perpaduan Negara

Jabatan Perpaduan Negara telah ditubuhkan pada tahun 1969 dan memainkan peranan yang sangat penting dalam menyatupadukan rakyat Malaysia. Ia menganjurkan kelas-kelas perpaduan, yang kini dikenali sebagai Pusat Pendidikan Tidak Formal, di seluruh negara dengan mengajar bahasa Melayu, adat resam, nilai-nilai keagamaan masyarakat Malaysia dan pelajaran Sivik.

Melalui Skim Rukun Tetangga, Jabatan Perpaduan Negara menggalakkan kegiatan-kegiatan yang bercorak muhibah atau kejiranan seperti kempen kebersihan, pertandingan sukan, rondaan keselamatan dan kelas kejiranan.

Jabatan Perpaduan Negara juga menganjurkan khemah kerja kejiranan bagi mengeratkan persefahaman di kalangan belia serta menanam sifat-sifat kewarganegaraan toleransi dan semangat perpaduan.

G. Penggabungan Parti-parti Politik melalui Barisan Nasional

Kerjasama dan persefahaman politik adalah amat penting bagi menjamin kestabilan dan perpaduan negara. Pada tahun 1953, parti perikatan telah ditubuhkan dan telah berjaya menubuhkan kerajaan di Tanah Melayu pada tahun 1955. Kerjasama politik melalui muafakat dalam parti Perikatan diperluaskan lagi dengan tertubuhnya Barisan Nasional pada tahun 1971. Dengan tertubuhnya Barisan Nasional, telah melengkapkan perwakilan dari pelbagai etnik dan kepentingan dalam parti pemerintah.

I. Pindaan Akta Hasutan

Pindaan Akta Hasutan mengeluarkan beberapa perkara daripada perbincangan umum, termasuk di Parlimen dan Dewan undangan Negeri. Dua daripada perkara utama itu ialah: i) hak kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan kelompok bumiputera lain negara ini; dan ii) kedudukan raja-raja Melayu.

J. Integrasi Antara Wilayah

Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mengeratkan lagi perpaduan di kalangan negeri-negeri. Negeri-negeri yang kurang maju seperti Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu diberi peruntukan perbelanjaan pembangunan yang lebih berbanding dengan negeri-negeri lain yang dianggap maju bagi tujuan merapatkan lagi jurang perbezaan ekonomi wilayah.

Kerajaan juga menitikberatkan integrasi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak telah disatukan secara beransur-ansur ke dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Perhubungan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak diperkukuhkan melalui perkhidmatan telekomunikasi, pengangkutan udara dan perkhidmatan pos yang baik. Rangkaian radio dan televisyen di Sabah dan Sarawak juga telah disatukan dengan rangkaian radio dan televisyen nasional.

Jabatan Perpaduan Negara seringkali menganjurkan lawatan-lawatan muhibah untuk membolehkan pemimpin-pemimpin masyarakat Sabah dan Sarawak bertemu dan beramah mesra dengan pemimpin-pemimpin masyarakat Semenanjung Malaysia. Posted by Mohd Azahar b.Gazali at 7:43 AM

You might also like