Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

2013

3.2 RUMUSAN Sintaksis adalah secara etimologis bererti menempatkan bersama-sama kata-kata menjadi kelompok kata, dan kelompok kata menjadi ayat. Menurut istilah sintaksisdapat didefinisikan sebagai bahagian dari ilmu bahasa yang membicarakan selok belok ayat, klausa, dan frasa. Sintaksis terkandung dengan 4 frasa iaitu frasa nama, frasa adjektif, frasa sendi nama dan frasa kerja. Dalam setiap frasa pula mengandungi beberapa sifat dan binaan ayat. Manakala frasa ialah satu unit tatabahasa berdasarkan kata susunan yang mengandungi satu atau dua perkataan yang berpotensi untuk diluaskan menjadi dua perkataan atau lebih. Ciri frasa nama (FN) terdiri daripada satu perkataan atau beberapa binaan dalam satu ayat. Manakala frasa kerja (FK) terdiri daripada kata kerja transitif dan tak transitif. Frasa Adjektif (FA) pula susunan perkataan terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sifar(Ajdektif). Akhir sekali, Frasa Sendi Nama (FSN) yang terdiri daripada satu sendi nama dan satu frasa sebagai pelengkap. Klausa pula merupakan unit gabungan perkataan yang mengandungi subjek dan predikat. Fungsi klausa sebagai konstituen kepada ayat. Jenis klausa terdiri daripada klausa bebas dan klausa terikat.
Frasa nama juga menjadi tonggak dalam binaan sintaksis. Binaan sintaksis pula didasari oleh pola-pola ayat yang mengandungi pola-pola frasa yang menjadi tunjang dalam ayat sama ada sebagai subjek atau predikat. Malah, ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). Terdapat unsur frasa kerja yang menjadi salah satu binaan dalam satu-satu ayat. Frasa kerja juga menjadi salah satu tonggak dalam binaan sintaksis. Frasa kerja binaan sintaksis pula didasari oleh pola-pola ayat yang mengandungi pola-pola frasa yang menjadi tunjang dalam ayat sama ada sebagai subjek atau predikat. Malah, ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).

BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

2013

Frasa adjektif dalam bahasa Melayu mempunyai elemen kata yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya. Hal yang demikian membuktikan bahawa kepelbagaian elemen kata sifat atau kata adjektif memberikan impak dalam pembentukan frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat dan juga unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. Harus dijelaskan bahawa kata adjektif yang hadir selepas kata kerja disebut sebagai keterangan. Sementara, kata adjektif yang hadir selepas kata nama disebut sebagai

penerang. Dalam perbincangan ini, kita akan melihat pola-pola frasa adjektif yang berkaitan dengan binaan frasa, kata penguat dan kata bantu dalam frasa. Selain itu, unsur pengisi yang wujud dalam frasa adjektif akan dibincangkan juga dalam tajuk frasa adjektif bahasa Melayu ini. Frasa sendi nama dalam bahasa Melayu seterusnya mempunyai peranan yang

utama dalam melengkapkan satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama dalam ayat. Ini membuktikan bahawa kepentingan elemen kata sendi nama menjadikan fungsi frasa sendi nama sebagai asas pembentukan predikat yang mempunyai pola FN+ FSN ( Frasa Nama + Frasa Sendi Nama). Frasa sendi nama mempunyai mempunyai potensi untuk hadir sebelum frasa nama atau sebelum kata nama arah diikuti oleh frasa nama. Dalam perbincangan ini, kita akan melihat pola-pola frasa sendi nama yang berkaitan dengan susunan frasa dalam ayat . Selain itu, unsur predikat frasa sendi nama juga akan dibincangkan dalam bab ini.

Daripada definisi-definisi yang telah dikemukakan, dapat disimpulkan bahawa sintaksis adalah bahagian daripada tatabahasa yang membicarakan kaedah kombinasikata menjadi satuan gramatik yang lebih besar yang berupa frasa, klausa, dan ayat,serta penempatan morfem-morfem suprasegmental (intonasi) sesuai dengan struktur semantik yang diinginkan oleh pembicara sebagai dasarnya

BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

2013

DISEDIAKAN OLEH: SABRINI BINTI ABDUL NASIR Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU ini. Tugasan ini perlu dilaksanakan secara berkumpulan dan individu. Dengan terhasilnya tugasan ini, saya telah memperoleh banyak pengetahuan dan maklumat baru berkaitan dengan kelebihan dan manfaat mempelajari subjek ini. Sepanjang tempoh ini saya telah mendapat palbagai pengetahuan tentang ilmu Sintaksis, selepas saya melakukan tugasan ini saya dapati bahawa sintaksis adalah secara etimologis bererti menempatkan bersama-sama kata-kata menjadi kelompok kata, dan kelompok kata menjadi ayat. Menurut istilah sintaksis dapat didefinisikan sebagai bahagian dari ilmu bahasa yang membicarakan selok belok ayat, klausa, dan frasa. Sintaksis terkandung dengan 4 frasa iaitu frasa nama, frasa adjektif, frasa sendi nama dan frasa kerja. Dalam setiap frasa pula mengandungi beberapa sifat dan binaan ayat. Manakala frasa ialah satu unit tatabahasa berdasarkan kata susunan yang mengandungi satu atau dua perkataan yang berpotensi untuk diluaskan menjadi dua perkataan atau lebih. Saya juga telah mahir berkaitan binaan setiap frasa dalam bahasa Melayu, ciri frasa nama (FN) terdiri daripada satu perkataan atau beberapa binaan dalam satu ayat. Manakala frasa kerja (FK) terdiri daripada kata kerja transitif dan tak transitif. Frasa Adjektif (FA) pula susunan perkataan terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sifar(Ajdektif). Akhir sekali, Frasa Sendi Nama (FSN) yang terdiri daripada satu sendi nama dan satu frasa sebagai pelengkap. Klausa pula merupakan unit gabungan perkataan yang mengandungi subjek dan predikat. Fungsi klausa sebagai konstituen kepada ayat. Jenis klausa terdiri daripada klausa bebas dan klausa terikat.

BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

2013

Frasa nama juga menjadi tonggak dalam binaan sintaksis. Binaan sintaksis pula didasari oleh pola-pola ayat yang mengandungi pola-pola frasa yang menjadi tunjang dalam ayat sama ada sebagai subjek atau predikat. Malah, ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). Terdapat unsur frasa kerja yang menjadi salah satu binaan dalam satu-satu ayat. Frasa kerja juga menjadi salah satu tonggak dalam binaan sintaksis. Frasa kerja binaan sintaksis pula didasari oleh pola-pola ayat yang mengandungi pola-pola frasa yang menjadi tunjang dalam ayat sama ada sebagai subjek atau predikat. Malah, ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). Frasa adjektif dalam bahasa Melayu mempunyai elemen kata yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya. Hal yang demikian membuktikan bahawa kepelbagaian elemen kata sifat atau kata adjektif memberikan impak dalam pembentukan frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat dan juga unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. Harus dijelaskan bahawa kata adjektif yang hadir selepas kata kerja disebut sebagai keterangan. Sementara, kata adjektif yang hadir selepas kata nama disebut sebagai

penerang. Dalam perbincangan ini, kita akan melihat pola-pola frasa adjektif yang berkaitan dengan binaan frasa, kata penguat dan kata bantu dalam frasa. Selain itu, unsur pengisi yang wujud dalam frasa adjektif akan dibincangkan juga dalam tajuk frasa adjektif bahasa Melayu ini. Frasa sendi nama dalam bahasa Melayu seterusnya mempunyai peranan yang

utama dalam melengkapkan satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama dalam ayat. Ini membuktikan bahawa kepentingan elemen kata sendi nama menjadikan fungsi frasa sendi nama sebagai asas pembentukan predikat yang mempunyai pola FN+ FSN ( Frasa Nama + Frasa Sendi Nama).

BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

2013

Frasa sendi nama mempunyai mempunyai potensi untuk hadir sebelum frasa nama atau sebelum kata nama arah diikuti oleh frasa nama. Dalam perbincangan ini, kita akan melihat pola-pola frasa sendi nama yang berkaitan dengan susunan frasa dalam ayat . Selain itu, unsur predikat frasa sendi nama juga akan dibincangkan dalam bab ini.

Daripada definisi-definisi yang telah dikemukakan, dapat disimpulkan bahawa sintaksis adalah bahagian daripada tatabahasa yang membicarakan kaedah kombinasikata menjadi satuan gramatik yang lebih besar yang berupa frasa, klausa, dan ayat,serta penempatan morfem-morfem suprasegmental (intonasi) sesuai dengan struktur semantik yang diinginkan oleh pembicara sebagai dasarnya Banyak jenis ayat yang saya dapat tahu melalui kerja kursus ini. Contohnya, ayat tunggal, ayat majmuk campuran, pancangan dan gabungan. Juga dapat mempelajari membuat rajah pohon. Sebelum ini, saya tidak pernah tahu apa itu rajah pohon. Tidak kurang juga, menganalisis golongan kata berdasarkan petikan. Serta banyak lagi maklumat yang berguna tentang subjek yang amat menarik ini. Saya telah lebih memahami dan fasih tentang Morfologi dan Sintaksis yang merupakan keperluan sebagai bakal guru bagi mengelakkan saya membuat kesilapan semasa menghasilkan bahan penulisan dan juga semasa proses pengajaran dan pembelajaran selepas melaksanakan tugasan ini. Saya juga berasa keperluan ini amat penting kerana seorang guru yang mempunyai ilmu tentang Morfologi dan Sintaksis maka murid-murid berupaya mengenalpasti dan menggunakan perkataan yang sesuai berdasarkan ilmu yang diajar oleh seorang guru kerana berjaya atau gagalnya sesuatu proses pembelajaran dalam kalangan murid-murid bergantung kepada kemampuan mereka. Dikesempatan ini saya dengan penuh rendah diri memohon maaf andai tugasan ini tidak memenuhi kehendak encik, sesungguhnya segala yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri.

BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

2013

Akhir kata dari saya, guru yang berwawasan bertindak sebagai mualim, muaddib, murabbi, mursyid, dan dalam masa yang sama sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang sentiasa komited dengan kerjayanya iaitu menumpukan perhatian dengan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas. Sabda Rasulullah SAW bermaksud, sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan pekerjaan dengan tekun. (Riwayat Baihaqi). Guru adalah segala galanya.

You might also like