EDU Ketaksamaan Jantina

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

Kaitkan isi kandungan artikel berkenaan dengan isu pendidikan semasa dan bincangkan.

Berdasarkan artikel Pelajar Wanita Kuasai IPT, saya telah dapat meliha t dan beberapa pecahan kepada topik ketaksamaan(ketidakseimbangan) jantina dalam peluang pendidikan di institusi pengajian tinggi. Antaranya termasuklah faktor yang mendorong ketidakseimbangan, kesan ketidakseimbangan gender di Institut Pengajian Tinggi (IPT), cadangan atau langkah mengatasi masalah ini, implikasi melonggarkan syarat kemasukan pelajar lelaki ke IPT dan pelbagai pendapat kepada topik ini. Ternyata, perbincangan dalam artikel ini mengenai ketaksamaan(ketidakseimbangan) jantina dalam peluang pendidikan di institusi pengajian tinggi sangat selari dan berkait dengan salah satu isu hangat pendidikan semasa pada hari ini sama ada di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa. Pada hari ini kita melihat, faktor ketidakseimbangan jantina di universiti-universiti tempatan turut dikaitkan dengan bilangan populasi wanita di negara kita lebih ramai berbanding lelaki. Memetik apa yang diperbincangkan di artikel, populasi bilangan wanita yang banyak bukanlah punca utama kepada ketidakseimbangan tetapi, sejak di bangku sekolah lagi, pelajar perempuan lebih menunjukkan prestasi yang lebih cemerlang berbanding lelaki. Kita juga dapat lihat bahawa bilangan bagi pelajar lelaki yang bersekolah di sekolah menengah adalah kurang jika dibandingkan dengan pelajar perempuan. Hal ini disebabkan oleh kebanyakkan daripada mereka menamatkan pengajian formal mereka terlebih awal untuk bekerja sepenuh masa serta menampung pendapatan keluarga. Setelah tamat SPM, pelajar lelaki lebih cenderung memilih untuk bekerja daripada menyambung pelajaran. Ini serba sedikit menyebabkan kurangnya bilangan pelajar lelaki di Institut Pengajian Tinggi. Jika kita lihat, Iklim proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bukan sahaja di sekolah malah di Institut Pengajian Tinggi juga lebih sesuai dan cenderung kepada pelajar wanita.Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan ini memberi kelebihan kepada pelajar wanita berbanding pelajar lelaki. Ini kerana, pelajar wanita

lebih suka duduk di dalam kelas dan mengikuti pembelajaran formal dari guru dalam iklim yang kondusif dan berdisiplin di dalam kelas. Ini kerana, ia sangat membantu pelajar wanita untuk fokus dan persaingan sihat di dalam kelas lebih mendorong mereka untuk kuat berusaha dan mencapai kecemerlangan akademik di sekolah. Sebaliknya pelajar lelaki, lebih suka dan senang dengan pengajaran yang menggunakan kecerdasan kinestetik(pergerakan) atau kecerdasan spatial yang sememangnya kurang di praktikkan oleh guru di sekolah. Guru di sekolah hari ini lebih mengamalkan sistem yang berorientasikan peperiksaan untuk memberi latihan bagi menghadapi peperiksaan. Ini menyebabkan hilangnya minat sesetenagh pelajar lelaki untuk belajar dalam suasana yang tidak progresif untuk mereka.Tidak dinafikan, keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) 2012 memaparkan begitu ramai pelajar lelaki yang berjaya memperolehi semua A dalam pelajaran terutamanya di sekolah elit, sekolah sains dan sekolah berasrama. Sekolah-sekolah ini mempunyai ramai pelajar yang dipilih untuk masuk ke sekolah berdasarkan kecemerlangan akademik mereka. Suasana pendidikan yang diterapkan oleh guru-guru disekolah ini, menimbulkan semangat kepada para pelajar untuk bersaing sesama sendiri untuk mencapai keputusan cemerlang supaya mereka lebih mudah untuk memohon biasiswa bagi melanjutkan pelajaran mereka ke luar Negara di samping memilih kursus yang mereka minat. Rata-rata di universiti, pelajar lelaki sangat aktif dan lebih berkemahiran berbanding pelajar wanita dalam melaksanakan tugasan yang berbentuk projek yang tidak memerlukan mereka untuk duduk lama di dalam kuliah. Dan pelajar lelaki juga boleh mendapat markah yang lebih tinggi berbanding pelajar wanita.Sistem Pendidikan di Malaysia yang berorientasikan peperiksaan juga turut memberi kelebihan kepada pelajar perempuan berbanding lelaki kerana sifat mereka lebih tekun , teliti, rajin berusaha dan sesnsitif amat sesuai dengan proses pembeajaran yang menjurus kepada pepriksaan. Sebaliknya, pelajar lelaki pula kurang teliti dan tekun berbanding pelajar wanita.Oleh itu, bagi mengatasi jurang perbezaan itu, kita perlu memperbetulkan kaedah pengajaran mengikut cara pembelajaran lelaki. Pelajar wanita berkebolehan dan rajin sudah pasti mereka tidak menghadapi masalah mengikut kaedah pembelajaran yang lain. Guru mahupun pensyarah perlulah seimbangkan kaedah

pengajaran mereka yang tidak terhad kepada menyampaikan kuliah secara formal sahaja. Selang selikan dengan aktiviti berbentuk projek dan aktiviti luar. Murid dan pelajar bukan sahaja akan aktif malah dapat memupuk sikap keushawanan, kreativiti dan inovasi dalam diri mereka. Kementerian pendidikan juga perlu mengkaji dan mengambil kira minat pelajar lelaki dengan membuat pengubahsuaian dalam kurikulum supaya adil untuk kedua-dua jantina. Berdasarkan senario pendidikan di Malaysia hari ini, untuk pembangunan negara pada masa hadapan, usaha wanita dan lelaki sama-sama diperlukan bagi meningkatkan lagi produktiviti dalam pembangunan ekonomi negara. Bagi mengisi kekosongan dan kekurangan kaum lelaki di IPT ekoran dengan kelulusan yang kurang syarat , pihak kementerian pengajian tinggi boleh mengadakan program intervensi dengan memberikan latihan profesional yang lebih jitu kepada pelajar lelaki. Melalui program ini, pelbagai aspek seperti kesedaran, ketrampilan , pengetahuan dan kemahiran dapat di tambahbaik untuk kegunaan mereka semasa melanjutkan pengajian dan semasa mereka bekerja kelak. Maka, ketidakseimbangan jantina dalam bidang Pengurusan dan Profesional dapat diatasi. Masyarakat umumnya pada hari ini sedar akan kepentingan pendidikan sangat penting untuk jaminan hidup. Walau bagaimana pun, stigma ini hanya berkesan untuk mereka yang berkemampuan berbanding masyarakat yang miskin, yang tinggal di kawasan pedalaman dan sebagainya. Walaupun sedar akan kepentingan pendidikan yang dapat menjamin kehidupan, orang miskin khususnya terpaksa melupakan hasrat tersebut kerana apa yang lebih penting bagi mereka adalah, anak-anak dan keluarga cukup makan dan dapat teruskan kehidupan.Abang dan kakak yang sudah besar pula patut bekerja dan tolong ringankan beban keluarga. Jika anak sambung pelajaran ke universiti, ibu bapa akan menghadapi kesukaran untuk mencari wang bagi menampung pengajian anak dan menampung makan , minum, bil serta anak-anak yang lain di rumah. Anak perempuan pula tidak perlu belajar tinggi-tinggi kerana akhirnya akan masuk ke dapur juga. Menurut ibu bapa mereka, lebih baik anak perempuan duduk di rumah dan bantu jaga adik-adik dan mengurus rumah sementara ibu bapa keluar bekerjaJadi bagaimana ibubapa atau keluarga itu mencorakkan pemikiran anak-anak,

maka begitulah yang akan berlaku kepada tindak balas perlakuan yang mana keluarga menjadi cerminan kepada cara fikir dan tingkah laku anak-anak itu tadi.Tidak dinafikan, dalam dunia teknologi yang serba canggih ini, anak-anak masa kini tidak lagi terikat dengan mentaliti keluarga kerana anak-anak pada masa kini lebih terbuka dan terdedah kepada kepentingan ilmu dalam kehidupan. Jadi di sini tidak timbul isu keluarga mempengaruhi keinginan anak-anak untuk belajar.Persepsi bahawa anak perempuan tidak berupaya mencapai pencapaian yang cemerlang dan hanya layak duduk diceruk dapur merupakan andaian lapuk dan tidak dapat diterima akal. Buktinya, banyak kejayaan-kejayaan pelajar di peringkat peperiksaan nasional dimonopoli oleh pelajar perempuan. Selain daripada itu, dasar pengambilan pelajar berasaskan prinsip meritokrasi membawa kepada ketidakseimbangan jantina di IPT juga merupakan sebahagian

daripada isu pendidikan semasa di Malaysia. Meritokrasi adalah berasaskan prinsip 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum bagi menentukan nilai merit sesorang calon. Merujuk kepada dasar meritokrasi ini dengan kelebihan dan kebolehan pelajar wanita, sudah tentulah pelajar wanita akan mendominasi kerana kebiasaanya pelajar wanita lebih cemerlang dalam bidang akademik berbanding menceburkan diri dalam kokurikulum dan sukan di sekolah. Berbanding dengan pelajar lelaki, mereka lebih banyak melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan aktiviti luar dan prestasi akademik mereka adalah sederhana dan baik. Maka, agak sukar untuk pelajar lelaki mendapatkan tempat di universiti yang mementingkan jumlah bilangan A yang tinggi dan keputusan yang cemerlang berbanding penglibatan aktiviti pelajar semasa mereka di sekolah. Ini menyebabkan jumlah pelajar wanita lebih tinggi di IPT berbanding pelajar lelaki. Antara isu pendidikan lain adalah, Isu kuota di IPT-IPT tempatan dilihat seolaholah tidak mengiktiraf pencapaian wanita. Ada wanita yang mempunyai pencapaian akademik yang tinggi tetapi dinafikan haknya dengan alasan untuk memenuhi kuota. Bagi lelaki pula mereka seolah-olah tidak diberi peluang oleh pihak majikan untuk membuktikan keupayaan diri dalam bidang pekerjaan dengan alasan tiada pencapaian akademik yang tinggi. Perkara ini sudah tentunya akan meninggalkan impak yang besar

kepada kedua-dua jantina. Isu menetapkan kuota jantina di sini akan menimbulkan elemen ketidakadilan dalam peluang pendidikan. Ia seperti menafikan hak pelajar wanita yang lebih layak mendapat tempat di IPT berbanding pelajar lelaki. Isu ini juga akan memberi kesan psikologi yang hebat kepada pelajar wanita. Para pelajar wanita boleh dihambat dengan rasa kekecewaan dan perasaan tertekan apatah lagi selepas mereka berpenat lelah dan bekerja keras bagi memastikan mereka cemerlang dalam pelajaran. Cadangan untuk melonggarkan syarat kemasukan ke IPT untuk pelajar lelaki juga boleh menimbulkan kesan psikologi yang negatif kepada mereka seperti malas, sambil lewa dalam menyiapkan tugasan, kurang penglibatan dalam aktiviti kerana alasannya, mereka tetap mempunyai peluang dan ruang untuk masuk ke IPT walaupun syarat mereka kurang cukup. Jika perkara ini berterusan, ia boleh menjejaskan kualiti produktiviti ketika bekerja kelak. Berbalik kepada isu yang dibincangkan , isu ketaksamaan gender ini boleh memberi kesan terhadap ketidakseimbangan ekonomi boleh dibahagikan kepada dua sudut. Yang pertama, dengan bertambahnya bilangan wanita di IPT tempatan, maka bilangan wanita cerdik pandai semakin bertambah di negara ini. Dengan bertambahnya bilangan wanita yang cerdik pandai maka harga diri dan nilai wanita itu sendiri semakin tinggi. Tambahan lagi, tenaga kerja manusia di negara ini turut meningkat dan ini secara tidak langsung memberi kesan terhadap sistem dan perkembangan ekonomi negara.Namun, tidak dapat dinafikan disebalik kejayaan-kejayaan ini, ada pula golongan yang semakin ketinggalan kebelakang iaitu lelaki. Siswa-siswa hari ini dilihat kurang berdaya saing serta mudah goyah dalam menghadapi cabaran semasa. Akibat daripada kekurangan tenaga guna manusia daripada pihak lelaki, maka negara akan menjadi kurang produktif dan hasilnya sistem ekonomi negara turut terjejas. Institut Pendidikan Tinggi adalah tempat untuk menimba ilmu dan pengalaman. Sudah tentu hanya mereka yang benar-benar layak sahaja boleh mendapat tempat di sana. Tetapi ini tidak bermaksud yang tidak dapat masuk ke IPT tidak boleh berjaya dalam hidup. Ada kelebihan dan kekurangan dalam isu ini. Kekurangan lelaki dalam kategori dominan boleh diisi dengan kategori yang lain. Tidak semua bidang di negara ini dimonopoli oleh perempuan sahaja.Malah terdapat banyak lagi kursus yang

dimonopoli oleh kaum lelaki dan ada juga kaum lelaki yang mula mengisi kursus yang biasanya di dominasi kaum wanita seperti jururawat dan kulinari. Ada sektor yang dimonopoli oleh kaum wanita dan ada pula sektor-sektor tertentu dimonopolikan oleh kaum lelaki. Secara fitrahnya, manusia ini saling melengkapi dan tidak boleh dan tidak mampu seseorang individu itu hidup dengan sendirinya.Manusia dijadikan Tuhan secara berpasang-pasangan dan untuk saling melengkapi. Kesimpulannya, lelaki mahupun wanita haruslah meletakkan usaha pada tahap tertinggi agar modal insan negara menjadi semakin bertambah dan bermutu.

Komen terhadap mutu penulisan artikel

Berdasarkan artikel Pelajar Wanita Kuasai IPT oleh Nor Affizar Ibrahim, saya bersetuju dengan segala yang dibincangkan di dalam artikel beliau. Mutu penulisannya agak baik dan tidak bias kepada jantina lelaki ataupun perempuan. Saya juga mengenalpasti bahawa dalam artikel ini juga ada disertakan dengan petikan pandangan daripada beberapa panel lain. Pandangan mereka ternyata sangat relevan dan bertepatan dengan isu dan tajuk yang diperbincangkan. Susunan pandangan daripada panel-panel ini melengkapkan lagi hujah dan perbincangan dalam artikel ini. Pandangan yang disertakan dengan statistik mengukuhkan lagi hujah mereka seperti memberi bukti terhadap apa yang di sampaikan oleh mereka. Saya akui, pada kali pertama saya melihat artikel ini, artikel ini sangat panjang. Oleh kerana tajuknya yang sangat Direct dan bertepatan dengan apa yang saya mahukan, saya tergerak hati untuk membaca artikel ini. Ternyata, artikel ini serba sedikit membuka minda dan pemikiran saya mengenai senario lambakan pelajar wanita yang mendominasi di IPT pada zaman ini. Saya juga cukup tertarik dengan susunan hujahan yang menimbulkan rasa ingin tahu saya untuk mengetahui apakah sebenarnya yang menjadi faktor kepada ketidakseimbangan jantina dalam peluang pendidikan di IPT. Yang penting, apabila kita mendengar masalah, sudah pasti kita mahu tahu jalan penyelesaiannnya.Seperti kata bahasa inggeris We dont want explanation, we want the solutions , saya dapati bahawa, artikel ini turut menyelitkan beberapa cadangan untuk mengatasi masalah ketidakseimbangan jantina dalam peluang pendidikan di IPT ini.Cadangan penyelesaiannya boleh dikatakan relevan dan boleh ditambahbaik. Cadangan tersebut boleh menjadi pencetus kepada perubahan positif dalam menangani jurang perbezaan ketidakseimbangan jantina. Saya sangat besetuju dengan point memodifikasi sistem pembelajaran yang lebih kepada kinestetik dan spatial seperti projek berbanding sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan pada hari ini. Jika ditanya mengenai pendapat peribadi

saya, saya lebih menyukai aktiviti atau tugasan yang berbentuk projek daripada duduk mendengar kuliah semata kerana aktiviti projek mendorong pelajar untuk

mengaplikasikan apa yang telah mereka pelajari dalam situasi dan bentuk yang baru. Ini menjadikan sesuatu pembelajaran itu lebih bermakna.Mungkin kedengaran agak memakan masa, tetapi objektif sebenar dalam menuntut ilmu adalah untuk menggunakan ilmu tersebut dalam kehidupan dan bukan belajar kerana hanya untuk menjawab peperiksaan. Kuliah itu juga penting kerana melalui kuliah, pelajar dapat maklumat tetapi alangkah bagusnya jika ada aktiviti atau projek dimana pelajar boleh meminda ilmu ke dalam bentuk yang lain pula. Saya sangat menyukai hujah daripada Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISIM), Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che Din yang berpendapat bahawa, isu ketidakseimbangan jantina di IPT tidak seharusnya diperbesar-besarkan dan masyarakat perlu ubah persepsi bahawa tidak semestinya jumlah kemasukan pelajar perlu seimbang antara lelaki dan wanita. Sebaliknya, lebih baik sekiranya semua pihak memahami fitrah antara lelaki serta wanita supaya dapat menerima senario itu dengan baik dan tidak hanya mengukur pencapaian kecemerlangan jantina berdasarkan kemasukan pada peringkat di menara gading semata-mata

Sambung Baca: http://www.eserikasih.com/pelajar-wanita-kuasai-ipt#ixzz2PllGh7aP Pada pendapat saya, yang penting sekali adalah masyarakat perlu memahami tentang fitrah manusia. Dominasi pelajar wanita dalam IPT akan menjadi proses perkembangan yang berterusan. Ini kerana sudah menjadi fitrah, wanita mempunyai kelebihan dalam menimba ilmu pengetahuan. Daripada aspek psikologikal juga, pelajar wanita lebih pintar, rajin , tekun , teliti dan sangat sensitif. Sistem biologikal juga turut membuktikan bahawa, perempuan lebih cepat matan 2 tahun berbanding lelaki. Bagi saya, adalah tidak wajar jika mahu mempersoalkan kemasukan pelajar wanita ke IPT kerana pelajar wanita juga mempunyai kebolehan dan kelebihan mereka yang tersendiri.Semua jantina berhak untuk mendapat pendidikan tinggi dengan persaingan yang sihat. Sekiranya hal ini terus-menerus di timbulkan kekurangan pelajar wanita akan terus di cari kerana mahu memberi ruang kepada pelajar lelaki memasuki IPT.

Dalam banyak-banyak bahagian di dalam artikel ini, bahagian implikasi kelonggaran syarat kemasukan pelajar lelaki ke IPT sangat memberi kesan kepada hati saya. Pelajar lelaki dan pelajar wanita, kedua-duanya berhak untuk mempunyai pendidikan yang tinggi agar dapat menjawat kerjaya yang bagus, gaji lumayan dan hidup yang senang. Tetapi, cadangan untuk melonggarkan syarat kemasukan ke pelajar lelaki ke IPT mempunyai kelebihan dan kelemahannya. Berdasarkan peta pokok (Tree map) yang saya sertakan, ternyata, kelemahan lebih banyak berbanding kebaikan. Saya mengerti cadangan ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar lelaki tetapi implikasi negatif yang mungkin terjadi amat membimbangkan diri saya. Kedua-dua jantina bakal menghadapi kesan psikologi yang hebat. Ada banyak lagi cara mengatasi yang lain yang lebih baik dan positif yang patut kita cuba dan laksanakan seperti membuat kerjasama antara pihak universiti dan sekolah di mana pihak universiti boleh membantu murid-murid dengan membuat seminar kerjaya dan memupuk semangat mereka untuk belajar bersungguh-sungguh demi mencapai kecemerlangan dan mendapat tempat di IPT agar memperoleh kursus dan kerjaya yang diminati kelak. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang dimasukkan ke dalam artikel ini. Antaranya, menyatakan kursus-kursus yang dikatakan menjadi faktor bias di samping memberi maklumat mengenai pasaran kerja sekarang ini. Ini dapat membantu memberi pendedahan kepada pelajar yang dilema dalam masalah ini. Selain itu, saya juga merasakan bahawa, isu mengenai latar belakang keluarga dan didikan ibu bapa juga harus dimasukkan kerana permulaan pembentukan sifat dan kendiri anak-anak bermula daripada ibu bapa. Ibu bapa yang menjadi penggerak dan semangat kepada anak-anak untuk belajar sampai ke menara gading. Tetapi jika dihambat dengan masalah kewangan dan persepsi ibu bapa yang lebih suka anak mereka bekerja untuk membantu meringankan beban keluarga, bagaimanakah anakanak ini mahu melanjutkan pelajaran tambah-tambah pula perlu bersaing. Lebih baik lagi sekiranya penulis boleh membincangkan dengan lebih lanjut, mengenai contoh-contoh pendekatan pembelajaran dan penilaian yang sesuai untuk dipraktikkan kepada kedua-dua jantina lelaki dan perempuan. Beberapa amalan pedagogi juga harus diubah dan ditambahbaik.

Sebenarnya, yang menjadikan masalah ini menjadi bertambah serius adalah persepsi masyarakat yang sukar diubah walaupun penambahbaikan terhadap kualiti persekolahan telah pun diubah ekoran daripada strategi untuk kesedaran jantina dalam tingkah laku guru , pelajar dan ibu bapa masih kurang mendalam untuk mengubah persepsi masyarakat. Kesimpulannya, segala yang terkandung dalam artikel ini hampir mencakupi seluruh aspek yang patut diperbincangkan dalam topik ketaksamaan jantina dalam peluang pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi. Terdapat beberapa aspek yang boleh ditambahbaik di dalam artikel ini. Topik ini adalah topik hangat diperbincangkan dan menarik perhatian ramai pihak khususnya pelajar. Yang penting kita ambil segala yang positif dan tambah baik jika terdapat sebarang kekurangan.

REFLEKSI
disediakan oleh : NURIZYAN SYAMIN BINTI HAJI ARIFFIN (T3SN2) 910921-08-5516

Sepanjang melaksanakan kesemua tugasan dan aktiviti pembelajaran bagi subjek Budaya dan Pembelajaran ini, terdapat banyak perkara yang telah saya pelajari. Dalam pembentangan secara berkumpulan, kumpulan saya perlu membincangkan mengenai pencapaian lemah kanak-kanak minoriti dan miskin akibat kekurangan sumber-sumber pengajaran dan sejauh mana isu tersebut menghasilkan peluang pendidikan yang tidak sama khususnya di luar bandar. Pada mulanya, saya tidak berapa faham mengenai permasalahan yang di utarakan. Setelah membuat sedikit pembacaan dan pencarian maklumat, barulah saya mengerti mengenai cabarancabaran atau kekurangan yang di hadapi oleh kanak-kanak minoriti ini. Bukan sahaja itu, topik pembentangan ini juga telah serba sedikit memberi kesedaran kepada saya dan membuka minda saya mengenai kesusahan dan kekangan yang terpaksa dialami oleh kanak-kanak ini demi mencari ilmu pengetahuan. Saya juga telah belajar untuk mengambil inisiatif mencari beberapa solusi kepada permasalahan ini di internet untuk dikongsikan bersama dengan rakan-rakan ketika pembentangan. Saya juga belajar untuk menerima dan cuba peka di samping mempersiapkan diri saya dengan pengetahuan dan kefahaman akan isu ini agar dapat mempersiapkan diri saya untuk menghadapi realiti sebenar dunia pendidikan kelak. Saya sertakan gambar-gambar yang menunjukkan keadaan sebenar kanak-kanak di sana semasa pembentangan bersama dengan video untuk menyampaikan mesej dengan lebih jelas kepada diri saya dengan harapan dapat mebenihkan kesedaran dalam diri saya dan rakan-rakan. Dalam ujian pendek iaitu penilaian secara individu, saya telah belajar untuk tidak sambil lewa ketika mendengar kuliah.Ini supaya saya lebih faham akan setiap topik yang diajar supaya dapat menyediakan diri saya untuk menghadapi ujian pendek yang diberikan pensyarah. Melalui ujian ini juga saya telah dapat mengenalpasti sejauh mana

tahap kefahaman saya mengenai sesuatu topik dan berusaha untuk memperbaiki prestasi saya. Ujian ini juga turut melatih diri saya untuk baca dahulu dan fahamkan agar saya sentiasa sedia sepanjang masa untuk menghadapi peperiksaan. Bikan sahaja itu, ujian ini turut mengajar saya supaya sedar akan kepentingan setiap tajuk yang dipelajari dan memandang serius mengenai subjek Budaya dan Pembelajaran. Antara kesemua tugasan, tugasan yang paling memberikan impak dan meninggalkan kesan dalam hati saya adalah tugasan penulisan esei berdasarkan artikel. Saya telah mendapat topik Ketaksamaan jantina dalam peluang pendidikan di Institut Pengajian Tinggi. Untuk topik ini, saya telah memilih artikel Pelajar Wanita Kuasai IPT. Untuk tugasan ini, terdapat banyak perkara yang te lah saya pelajari.Pertama saya telah belajar untuk membuat peta pemikiran I-Think. Saya telah mempelajari beberapa jenis peta pemikiran dan menggunakannya untuk mengektrak point-point penting di dalam artikel. Ternyata, peta pemikiran ini membantu untuk saya faham isi kandungan artikel dengan lebih jelas dan teratur dan sudah pastinya saya akan menggunakan peta pemikiran ini sebagai nota ketika mengulang kaji pelajaran. Selain itu saya juga belajar untuk memahami artikel di samping peka dengan kehendak soalan . Ini melatih beberapa kemahiran dalam diri saya terutamanya daripada segi penglihatan dan menganalisis artikel dengan cepat. Saya merasakan tugasan ini memberi impak kepada saya kerana, pada mulanya saya tidak mengetahui akan betapa seriusnya Isu ketaksamaan jantina dalam peluang pendidikan di IPT. Memang saya tahu bahawa pelajar wanita lebih banyak di Institut Pendidikan Tinggi tetapi saya tidak sedar ia boleh memberi kesan yang tidak baik terhadap sosiobudaya dan terhadap kualiti sosial masyarakat. Ini membuka hati, minda dan pemikiran saya sebagai seorang yang bakal bergelar pendidik untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mengapa perkara sedemikian boleh berlaku kerana saya juga seorang pelajar IPT. Pelajar wanita mendominasi di IPT adalah senario yang saban tahun ditimbulkan. Apa yang paling mengejutkan saya apabila sudah ada yang mula mencadangkan kelonggaran syarat kemasukan ke IPT untuk memberi peluang kepada

pelajar lelaki semata-mata untuk seimbangkan jumlah jantina di IPT adalah sangat tidak dipersetujui. Ini akan membawa kepada beberapa permasalahan lain seperti wujudnya ketidakadilan dalam peluang pendidikan. Selain itu cadangan ini juga akan memberikan kesan psikologi yang hebat kepada pelajar wanita dan pelajar lelaki. Pelajar wanita akan lebih tertekan dan kecewa terutama sekali walaupun mereka sememangnya layak untuk mendapat tempat di IPT tetapi mereka tidak cukup kuota. Manakala pelajar lelaki pula akan mula timbul kesan negatif seperti malas, sambil lewa dan ponteng. Memang tidak dapat dinafikan pelajar wanita dan graduan wanita mula mendominasi sektor Pengurusan dan Profesional. Ini akan memberi kelebihan kepada wanita dalam mendapat kerja yang lebih baik dan gaji lumayan berbanding lelaki dan ini menimbulkan kebimbangan kerana tidak mustahil dalam institusi keluargaan kelak,si suami bakal mengambil alih tempat isteri untuk menguruskan rumah tangga. Walau bagaimanapun, setelah melihat kepada faktor-faktor yang menyumbang kepada permasalahan ini, saya mendapati bahawa guru perlu memainkan peranan mereka terutama dalam menggunakan pendekatan pengajaran yang seimbang antara lelaki dan perempuan.Saya juga telah belajar untuk memikirkan apakah bentuk yang sepatutnya saya gunakan agar pelajar lelaki dan perempuan sama-sama boleh menerima setiap yang mereka pelajari di sekolah dan terus berminat untuk belajar, capai kecemerlangan dalam pelajaran dan melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Tugasan penulisan esei ini juga menimbulkan kesedaran dalam diri saya untuk mula sedar akan tanggungjawab saya sebagai guru yang merupkan antara agen perubahan yang kuat dalam masyarakat. Tugas sebagai seorang guru bukanlah semata mangajar subjek sahaja tetapi lebih daripada itu. Kerjasama antara guru,ibu bapa dan pelajar yang kuat mampu merubah persepsi masyarakat yang adakalanya suka menghakimi tanpa memberikan solusi. Ini telah dapat memberi peringatan kepada saya bahawa tugas saya sebagai guru adalah untuk memanusiakan lagi

manusia.Mudah-mudahan segala apa yang dipelajari dapat saya praktikkan di sekolah kelak. Saya juga berharap apa yang saya pelajari serba sedikit dapat menyiapkan diri saya untuk menghadapi dunia pendidikan yang ada suka dan duka pahit dan manis.

You might also like