Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

MUHAMMAD ALIFF SHAH BIN IDRIS (911219-14-6571)

HALAMAN PENGAKUAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PERLIS

BORANG PENGAKUAN Saya dengan ini membuat pengakuan bahawa semua tugasan untuk subjek BMM3110 Sintaksis Bahasa Melayu ini adalah hasil kerja yang disediakan oleh saya sendiri dan saya tidak meniru atau menciplak daripada mana-mana bahagian tugasan projek yang telah saya hantar. Di sini saya mengaku, bahawa : Bil. I. Telah mengaku semua hasil kerja saya di ambil daripada bahan bercetak dan media elektronik. ii. iii. iv. Tidak meniru daripada mana-mana sumber dan pelajar lain. Tidak membenarkan pelajar lain meniru hasil kerja saya dan ; Telah mengakui mewakili definisi dan pandangan penulis di dalam kertas projek saya. / / / Semakan /

Dengan itu, saya memahami bahawa sekiranya terdapat sebarang bukti yang menunjukkan penipuan, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis berhak penuh untuk mengambil tindakan disiplin yang bersesuaian di bawah kuasa Jabatan Pengajian Melayu.

.. ( MUHAMMAD ALIFF SHAH BIN IDRIS ) ( 911219-14-6571)

BMM3110

MUHAMMAD ALIFF SHAH BIN IDRIS (911219-14-6571)

ISI KANDUNGAN

BIL. 1. 2. 3. 4.

TOPIK / PERKARA Halaman pengakuan Isi kandungan Penghargaan

MUKASURAT 1 2 3

Esei Kepentingan Sintaksis Kepada Guru Bahasa 4-15 Melayu

5. 6.

Refleksi Bibliografi

16-17 18

BMM3110

MUHAMMAD ALIFF SHAH BIN IDRIS (911219-14-6571)

PENGHARGAAN Bismillahhirahmanirahim.... Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan tepat pada masanya. Sebelum menyiapkan tugasan ini saya telah mengumpul beberapa maklumat berkaitan dengan tajuk yang diberikan. Antara sumber yang diperolehi ialah dari Tatabahasa Dewan, dari internet dan daripada bahan kuliah pensyarah sendiri.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua terutama pensyarah bimbingan iaitu Encik Mohd. Nor Bin Hamzah yang banyak memberi tunjuk ajar dan panduan, kawan-kawan yang sedia berkongsi maklumat dan pendapat, serta kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung semasa saya menyiapkan tugasan ini.

Melalui tugasan projek ini, saya dapat belajar dan menambah pengetahuan dalam bidang Sintaksis iaitu subjek BMM3110 Sintaksis Bahasa Melayu. Saya juga dapat meningkatkan kemahiran saya dan mempersiapkan diri saya sebagai seorang guru Bahasa Melayu kelak. Selain itu, saya juga belajar untuk memperoleh maklumat dengan lebih tepat dan cepat serta mengamalkan nilai-nilai murni sepanjang menyiapkan tugasan ini.

Akhir kata, sekali lagi ribuan terima kasih dan sekalung budi kepada individu yang banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.

Sekian terima kasih.

BMM3110

MUHAMMAD ALIFF SHAH BIN IDRIS (911219-14-6571)

MUHAMMAD ALIFF SHAH BIN IDRIS (911219-14-6571) Kepentingan Menguasai Bidang Ilmu Sintaksis Kepada Guru Bahasa Melayu Sudah menjadi tugas guru Bahasa Melayu untuk memperkasakan penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, memartabatkan bahasa Melayu bertujuan memastikan semua murid dapat berkomunikasi dan memahami antara satu sama lain dalam satu bahasa yang akan mewujdkan perpaduan dan muhibbah dikalangan rakyat pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia (Utusan Malaysia).

Guru bahasa merupakan pengajar, pelatih, dan pendidik bahasa. Oleh yang demikian pada pandangan saya guru-guru bahasa perlu mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang mantap terhadap bahasa yang diajarkannya. Antara pengetahuan dan kefahaman yang penting bagi guru-guru bahasa adalah berkait dengan pengetahuan dan kefahaman tentang sintaksis. Ini kerana bahasa terdiri daripada ayat-ayat, sedangkan sintaksis pula berhubung dengan bagaimana hendak membentuk ayat. Tanpa pengetahuan yang mantap tentang sintaksis, bagaimanalah guru-guru bahasa dapat mengajarkan sesuatu bahasa. Berdasarkan persoalan tersebut, dalam penulisan ini saya cuba membincangkan atau menerangkan pentingnya pengetahuan tentang sintaksis bagi guru-guru bahasa Melayu dan bagaimana pengetahuan dan kefahaman tersebut boleh diaplikasikan dalam pengajaran bahasa Melayu.

Baiklah mari kita lihat daripada mana cabangnya bidang sintaksis ini terlebih dahulu.

BIDANG KAJIAN LINGUISTIK Kajian linguistik meliputi bidang yang luas. Antara kajian linguistik yang perlu diketahui oleh pelajar ialah fonetik dan fonologi, morfologi, sintaksis, leksikografi, semantik, pragmatik, linguistik sinkronik dan linguistik diakronik, linguistik teoritis dan linguistik terapan. Tiga bidang utama sahaja akan disentuh, iaitu: i. bidang fonetik dan fonologi, ii. morfologi iii. sintaksis.

BMM3110

MUHAMMAD ALIFF SHAH BIN IDRIS (911219-14-6571)

i. Fonetik dan Fonologi Pertuturan bahasa melibatkan bunyi-bunyi bahasa. Bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan berbentuk tertentu dan berbeza menurut bahasa tertentu. Kesemua bunyi yang dihasilkan merupakan bidang kajian ilmu fonetik dan fonologi. Fonetik meneliti bunyi bahasa menurut cara sebutannya dan sifat-sifat akuastiknya, manakala ilmu fonologi pula meneliti bunyi-bunyi bahasa tertentu mengikut fungsi, susunan dan strukturnya.

ii. Morfologi Nik Safiah Karim et al. (1993) mentakrifkan morfologi sebagai "bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata", manakala Arbak Othman (1968) menjelaskan morfologi sebagai peninjauan linguistik yang menitikberatkan hubungan antara morfem dan varian morfem. Sebagai rumusan, dapat disimpulkan bahawa morfologi ialah bidang yang mengkaji cara kata dibentuk. Bentuk kajian morfologi yang terkecil ialah morfem dan bentuk yang terbesar ialah kata. Kata mempunyai bentuk yang bebas, bermakna dan dapat berdiri sendiri manakala morfem terdiri daripada dua bahagian, iaitu bentuk bebas dan bentuk terikat.

iii. Sintaksis Perkataan "sintaksis" berasal daripada perkataan Yunani "suntutein" yang bermaksud menyusun atau susunan. Di dalam bidang linguistik, "sintaksis" bermaksud "kajian pembentukan ayat". Menurut Kamus Linguistik (1997), sintaksis ialah cabang ilmu linguistik yang mengkaji proses pembentukan ayat, seperti penyusunan kata kepada ayat dan cara hubungan antara kata di dalam ayat. Nik Safiah Karim et al. (1986) mendefinisikan sintaksis sebagai "bidang linguistik yang mengkaji proses pembinaan ayat". Abdullah Hassan (1981) menyatakan sintaksis ialah "istilah untuk mengkaji pembentukan ayat", iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi unit sintaksis yang kecil iaitu frasa, atau menjadi klausa, dan ayat merupakan inti terbesar. Asmah Hj. Omar (1968) turut mendefinisikan sintaksis sebagai "bahagian daripada linguistik deskriptif atau sinkronis yang mempelajari kombinasi kata di dalam rangkai kata dan ayat".

Berdasarkan pandangan tersebut, kita dapat merumuskan bahawa sintaksis sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji "bentuk, struktur dan binaan ayat". Ia sebenarnya BMM3110

MUHAMMAD ALIFF SHAH BIN IDRIS (911219-14-6571)

mengkaji konstruksi ayat, iaitu mengkaji bagaimana ayat dibentuk bermula dengan penyusunan perkataan untuk membentuk frasa, klausa dan seterusnya ayat. Bidang kajian sintaksis pula meliputi perkataan, frasa, klausa dan ayat. Kajian sintaksis melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari cara penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membina ayat.

Jika kita lihat bidang sintaksis ini adalah merupakan salah satu bidang daripada tiga bidang utama linguistik dan merupakan bidang yang tertinggi dalam ilmu linguistik iaitu bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat. Maka segala kepentingan ilmu sintaksis adalah hampir sama kepentingannya dengan ilmu linguistik begitu jugalah sebaliknya. Dimana ilmu sintaksis ini harus guru Bahasa Melayu fasih dan mahir mengenainya bagi mengajar anak murid dengan cara yang betul dan berkesan. Supaya pengajaran guru menjadi lebih berkesan dan murid dapat memahami dan mempelajari Bahasa Melayu dengan baik dan bermakna.

Disini pula kita akan lihat antara kepentingan ilmu linguistik dan sintaksis kepada guru dan pengajaran Bahasa Melayu.

Linguistik dan pengajaran bahasa berhubung rapat antara satu sama lain. Ini disebabkan pengajaran bahasa seiring dengan pertumbuhan bahasa. Beberapa

abad sebelum Masehi golongan Brahmin di India memperoleh pelajaran Sanskerta daripada ahli-ahli tatabahasa melalui pendekatan yang sudah sedia maju.

Sebenarnya perkembangan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak begitu banyak berubah semenjak Zaman Yunani sehinggalah pada awal kurun ke-20 ini. Walau bagaimanapun perkembangan alat-alat bantu telah mempengaruhi bidang pengajaran bahasa.

Dalam bidang pengajaran bahasa seseorang guru itu perlu tahu linguistik. Ahli linguistik bukan menentukan kegunaan linguistik dalam bidang pengajaran tetapi terpulanglah kepada para pendidik untuk menentukan kegunaan linguistik dalam bidang pengajaran.

BMM3110

MUHAMMAD ALIFF SHAH BIN IDRIS (911219-14-6571)

Robert Lado (1980: 12), menegaskan: "Kalau hendak menjadi guru bahasa, maka kebolehan bercakap dalam bahasa itu sahaja tidak mencukupi. Penutur bahasa ibu itu sekalipun tidak dapat memandu pelajar melainkan dia dapat mengasing-asingkan dan menunjukkan pelbagai-bagai unsur dalam bahasa tersebut. Dia mestilah mengetahui deskripsi bahasa tersebut. Dia harus mengetahui fakta-fakta linguistik mengenai bahasa ibu pelajar supaya dia mengetahui masalah mereka dalam mempelajari bahasa matlamat mereka."

Sehubungan dengan itu, ilmu linguistik banyak memberi manfaat dalam pengajaran bahasa. Bidang linguistik yang digunakan dalam pengajaran bahasa merupakan linguistik gunaan atau terapan, iaitu sebagai suatu bidang ilmu yang mempunyai tempat yang tersendiri dalam dunia keilmuan. Linguistik gunaan berdasarkan teori dan prinsip dan bukan hanya semata-mata bergantung kepada teknik, ataupun prosedur mempraktik sesuatu tetapi cuba melihat prinsip, rasional, generalisasi, hipotesis serta teori yang dapat membantu menerangkan fenomena atau aktiviti yang dihadapinya secara praktikal.

Linguistik juga merupakan suatu sains yang mengkaji bahasa. Ini dijelaskan lagi oleh S. Pit Corder (1973: 82) 'Linguistics, or, to be more specific, theoretical linguistics, is often called the scientific study of language'. Dalamnya terdapat teori dan teknik-teknik menganalisis bahasa yang dipelajari oleh ahli-ahli bahasa untuk merumus sesuatu bahasa melalui pemerhatian-pemerhatian mereka terhadap bahasa. Penggunaan teori-teori dan teknik-teknik dalam linguistik seseorang ahli bahasa dapat menghuraikan serta menganalisis sesuatu bahasa itu dengan objektif. Dalam ilmu linguistik terdapat beberapa bidang kajian yang bergabung di dalamnya seperti sosiolinguistik, psikolinguistik, linguistik komputer, linguistik gunaan dan sebagainya. Setiap satu bidang ini menjadi cabang linguistik yang berkembang hingga menjadi disiplin tersendiri. Sebagai contoh linguistik gunaan yang mengkaji linguistik dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, bahasa telah berkembang begitu luas dan penting menjadi suatu disiplin yang giat dikaji dan dipelajari sekarang. Dalam bidang ini, linguistik digunakan untuk mengkaji kaedah mengajar bahasa, menguji kemahiran bahasa, membentuk bahan mengajar dan sebagainya. Oleh itu, pengajaran pula merupakan suatu organisasi yang dirancangkan dan diolah oleh guru untuk menyampaikan pemahaman tentang maklumat atau BMM3110

MUHAMMAD ALIFF SHAH BIN IDRIS (911219-14-6571)

pengetahuan tertentu kepada pelajar-pelajarnya dalam suatu suasana yang dipanggil bilik darjah.

Koh Boh Boon menyatakan pengajaran merupakan suatu proses kompleks yang dipengaruhi oleh pelbagai unsur termasuk kualiti pengajar, kecerdasan, bakat dan minat pelajar serta pengaruh motivasi, persekitaran sekolah, rumah dan dorongan ibu bapa terhadap pelajar itu.

Oleh sebab itu, pengajaran bahasa sebagai cara-cara guru menyampaikan maklumat kepada pelajarnya tentang bagaimana sesuatu bahasa itu digunakan. Dalam usaha menyampaikan pengetahuan itu, seseorang guru menggunakan pelbagai kaedah untuk membolehkan pelajar memahami dan menggunakan bahasa yang diajar itu dengan betul berdasarkan rumus-rumus tatabahasanya.

Kegunaan Linguistik Dalam Pengajaran Bahasa Penggunaan linguistik dalam pengajaran selalunya dikenali sebagai linguistik gunaan dan ini termasuklah kajian fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan kadang-kadang termasuk juga tajuk-tajuk lain seperti psikolinguistik dan sosiolinguistik yang masing-masing memberi tumpuan pada teori pemerolehan dan situasi bahasa. Dalam pengajaran bahasa, bidang-bidang linguistik seperti linguistik teoritis, sosiolinguistik dan psikolinguistik tidak dapat dipisahkan kerana semua disiplin ini memberi sumbangan yang berguna dalam menjayakan sesuatu program pengajaran dan pembelajaran bahasa. Terdapat hubungkait antara bidangbidang tersebut dengan pengajaran bahasa.

Ilmu linguistik telah lama digunakan oleh guru bahasa. Cuma yang berbeza mereka menggunakan linguistik tradisi yang penuh dengan pernyataan perskriptif dan normatif, manakala linguistik moden pula bersifat struktural dan deskriptif. Bagi guru yang menggunakan sebuah buku tatabahasa lama untuk mengajar sebutan, tatabahasa atau semantik sebenarnya menggunakan pengetahuan linguistik, iaitu linguistik tradisional.

BMM3110

MUHAMMAD ALIFF SHAH BIN IDRIS (911219-14-6571)

Aspek fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik berguna dalam pengajaran sesuatu bahasa. Asas teori sesuatu bahasa, iaitu deskripsi linguistik akan memberi deskripsi bahasa; struktur dan fungsi bahasa itu. Terdapat banyak kegunaan linguistik dalam pengajaran bahasa. Antaranya: 1. Teori linguistik memberi maklumat tentang struktur dan fungsi-fungsi bahasa dan ini dapat menentukan tujuan, isi dan pendekatan dalam pengajaran bahasa. 2. Teori linguistik juga memberi suatu bahasa perantaraaan kepada guru. Ini merupakan kesejagatan bentuk seperti jenis-jenis rumusan yang berlainan dalam tatabahasa transformasi generatif dan keseragaman kategori seperti frasa nama, frasa kerja atau ciri-ciri nahuan kata dan perkara ini boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran bahasa. 3. Teori linguistik tentang pemerolehan bahasa mempengaruhi perkaedahan mengajar bahasa. 4. Sesebuah deskripsi bahasa akan menyedarkan guru tentang struktur bahasa yang diajar dan dapat meningkatkan mutu pengajaran bahasa. 5. Deskripsi bahasa juga memberi pengetahuan kepada guru tentang unit-unit unsur seperti fonem, morfem dan sebagainya. Ini merupakan suatu sistem rumusan bagi sesuatu bahasa yang boleh digunakan dalam pengajaran bahasa. 6. Deskripsi bahasa memberi suatu sistem rumusan yang berentetan dan ini boleh digunakan untuk membentuk bahan pengajaran. Ahli linguistik dan guru bahasa menggunakan bahan yang sama, iaitu bahasa. Terdapat hubungan yang penting antara kedua-duanya. Bahasa tidak dapat diajar tanpa sebuah deskripsi bahasa, tetapi ini perlu penyesuaian kerana pengajaran bahasa sentiasa mempengaruhi deskripsi bahasa.

Terdapat hubungan antara linguistik dengan guru bahasa. Sebagai guru bahasa, hubungan tersebut perlu diketahui. D.A. Wilkins mengatakan terdapat tiga jenis hubungan iaitu: 1. Linguistik memberi deskripsi bahasa yang sempurna tentang bahasa, tetapi tidak memberi cara mengajar bahasa yang paling baik. 2. Sebarang perkembangan dalam bidang linguistik itu, janganlah disalah mengertikan sebagai suatu sebab untuk membuat perubahan. 3. Linguistik selalu mempengaruhi pengajaran bahasa, tetapi pengaruhnya perlu dihadkan pada keperluan semasa. BMM3110

MUHAMMAD ALIFF SHAH BIN IDRIS (911219-14-6571)

10

Teori-teori Linguistik dan Penerapan Dalam Pengajaran Bahasa Terdapat beberapa teori linguistik, tetapi yang paling penting ialah teori behaviourisme dan mentalisme. Pakar-pakar pengajaran bahasa berpendapat, kejayaan setiap pengajaran bahasa itu memerlukan kaedah pengajaran yang berdasarkan teori-teori linguistik. Linguistik dan psikologi pembalajaran merupakan alat-alat yang dapat digunakan oleh guru-guru bahasa untuk menguatkan kaedah mengajar mereka.

Ini disokong oleh Koh Boh Boon yang menyatakan bahawa pengajaran yang lebih terjamin mutunya ialah berdasarkan pengalaman mengajar yang diperkukuh dengan pengetahuan perkaedahan, kerana pengalaman mengajar dan pengetahuan perkaedahan mempunyai hubungan yang sangat rapat. Ini disebabkan kesedaran penuh akan teori linguistik yang menjadi asas-asas perkaedahan dalam pengajaran bahasa akan menolong seseorang guru bahasa membuat keputusan secara lebih matang dan boleh dipercayai tentang cara mengajar yang sesuai untuk sesuatu pelajaran bahasa yang hendak dilaksanakan.

Dua teori yang paling popular tentang pemerolehan dan penguasaan bahasa yang tersebut di atas mewujudkan beberapa prinsip tertentu dalam pengajaran bahasa yang menimbulkan pula beberapa kaedah yang boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Dalam teori behaviurisme terdapat beberapa prinsip, iaitu: 1. Bahasa dikuasai melalui proses pengulangan. 2. Bahasa ialah suatu tingkah laku manusia yang sama dengan tingkah laku yang lain yang boleh dikuasai melalui latihan dan pengulangan. 3. Bahasa sebagai alat komunikasi. 4. Pembelajaran ialah pengukuhan yang dapat ditimbulkan melalui ganjaran yang harus diberikan apabila seseorang pelajar memberikan gerak balas yang betul. 5. Bahasa dihurai secara deskriptif atau struktural.

BMM3110

MUHAMMAD ALIFF SHAH BIN IDRIS (911219-14-6571)

11

Oleh itu, mengikut teori mentalisme terdapat beberapa tanggapan terhadap penguasaan dan pembelajaran bahasa, iaitu: 1. Manusia mempunyai kebolehan semula jadi dalam menguasai bahasa. 2. Terdapat dua bahagian penting dalam penguasaan bahasa, iaitu kecekapan dan prestasi. 3. Bahasa mempunyai hubungan erat dengan pemikiran. 4. Bahasa mengandungi ciri-ciri kreativiti. 5. Aspek makna dan pemikiran ditekankan. 6. Bahasa dihuraikan secara transformasi generatif. 7. Kesalahan pelajar bukanlah kegagalan tetapi percubaan hipotesis.

Teori ini mengemukakan kaedah koda-kognitif yang menekankan prinsip-prinsip yang berikut: 1. Tulisan dan bacaan diutamakan. 2. Pengajaran menekankan penerapan pengetahuan. 3. Makna dan huraian dipentingkan. 4. Kemampuan kreatif pelajar digalakkan. 5. Fungsi guru sebagai nara sumber. 6. Nahu diajar secara formal.

Berdasarkan teori dan prinsip behaviourisme dan mentalis, telah melahirkan beberapa kaedah. Bagi teori behaviourisme tercetus kaedah terus, kaedah psikologi dan sebagainya. Manakala daripada teori dan prinsip mentalis timbullah kaedah nahu, kaedah terjemahan, kaedah nahu-terjemahan dan sebagainya. Daripada kaedah pula disokong oleh pendekatan yang berkaitan dengan proses pengendalian pengajaran bahasa sama ada pendekatan analisis atau sintesis atau eklektik. Teknik pengajaran pula berhubung dengan strategi sesuatu isi pelajaran disampaikan. Sesungguhnya teori, kaedah, pendekatan dan teknik berkait rapat. Dalam linguistik teoritis pula, memang terdapat hubungan dengan pengajaran bahasa kerana disiplin ini mengemukakan teori-teori linguistik yang boleh digunakan untuk memberi deskripsi tentang bahasa sebagai suatu sistem dan memberikan maklumat tentang bagaimana penutur-penutur bahasa berkomunikasi dengan menggunakan bahasa.

BMM3110

MUHAMMAD ALIFF SHAH BIN IDRIS (911219-14-6571)

12

Teori linguistik tradisional merupakan teori huraian bahasa yang tertua yang memerihal bahasa menggunakan bahasa tulisan sebagai bahan kajian. Kajian ini tidak begitu saintifik dan penekanan kajian tertumpu dalam aspek penggolongan perkataan. Teori ini mempengaruhi kaedah nahu, kaedah terjemahan dan nahuterjemahan. Pengajaran menekan kemahiran menulis dan tatabahasa yang diajar bersifat normatif dan preskriptif.

Teori linguistik struktural muncul dalam abad kedua puluh dan menumpukan kajian terhadap struktur bahasa serta menganggap bahasa adalah pertuturan. Bahasa yang dijadikan kajian berbentuk lisan dan menganggap bahasa juga adalah alat komunikasi. Bahasa ialah suatu sistem, iaitu sistem bentuk-bentuk yang di dalamnya terkandung unsur-unsur, item-item yang jika digabungkan berdasarkan peraturanperaturan tertentu akan menerbitkan ayat. Analisis semestinya berdasarkan faktafakta yang dapat dilihat dan mestilah objektif serta berdasarkan struktur. Unsurunsur bahasa tidak dikaji secara terasing kerana unsur-unsur itu merupakan sebahagian daripada keseluruhan suatu sistem yang besar dan di antara unsurunsur itu ada pertaliannya antara satu sama lain. Teori ini mempengaruhi kaedah terus, kaedah fonetik, kaedah semula jadi, kaedah psikologi dan kaedah situasi. Tatabahasa tidak diajar secara formal dan aspek makna tidak dipentingkan. Teori linguistik tranformasi genaratif telah diasaskan oleh Noam Chomsky dan tumpuan kajian terhadap aspek kecekapan yang dimiliki oleh penutur jati. Kecekapan berbahasa adalah sesuatu yang semula jati (innate) dan melaluinya seseorang itu boleh bertutur dengan membentuk ayat-ayat mereka sendiri. Kecekapan di sini dimaksudkan pada rumus-rumus atau peraturan-peraturan bahasa yang ada dalam pengetahuan seseorang yang akan digunakan untuk membentuk ayat-ayatnya sendiri ataupun untuk memahami dan menganalisis pertuturan ayat, iaitu struktur dalaman dan luaran. Berdasarkan teori ini tidak

melahirkan kaedah-kaedah pengajaran dengan nama-nama tertentu tetapi pada dasarnya mereka memperakukan kaedah-kaedah pengajaran yang melibatkan proses mental.

BMM3110

MUHAMMAD ALIFF SHAH BIN IDRIS (911219-14-6571)

13

Bahan-bahan Pengajaran Bahasa Faktor penting untuk menjayakan program pengajaran bahasa ialah bahan. Bahanbahan boleh menggerakkan pembelajaran, menimbulkan rangsangan dan keinginan pelajar untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik. pembelajaran yang lebih berkesan. Ini akan mengakibatkan

Tugas guru bahasa menghasilkan bahan pengajaran yang bermutu tinggi, sesuai untuk situasi matlamatnya, membolehkan pelajar belajar dengan mudah dan cepat dan menjadikan tugas-tugas guru menarik serta bermanfaat. Bagi menghasilkan bahan-bahan seperti ini, pereka bentuk pengajaran bahasa mestilah bukan sahaja ahli bahasa tetapi juga ahli pedagogi. Sehubungan dengan itu, linguistik terapan memainkan peranan sebagai penggabung kedua-dua jenis ahli ini dalam mereka bentuk sesuatu pengajaran bahasa. Disamping itu guru juga perlu mahir dengan bidang yang ingin diajarnya seperti bidang sintaksis supaya bahan pegajaran yang dihasilka sesuai dan tepat dengan apa yang hendak disampaikan.

Teori bahasa menghasilkan analisis bahasa yang sesuai dipersembahkan dalam bentuk yang sesuai untuk pengajaran bahasa. Kedua-dua pendekatan teori bahasa dan teori pembelajaran digabungkan untuk menghasilkan bahan-bahan pengajaran yang ditetapkan oleh objektif program pembelajaran tertentu.

Linguistik dan pengajaran bahasa mempunyai hubung kait yang sangat rapat. Pengetahuan linguistik sangat penting untuk seseorang guru bahasa. Pengetahuan linguistik ini dapat diterap dalam pengajaran bahasa.

Teori-teori linguistik digunakan untuk menghuraikan unsur struktur-struktur bahasa. Aspek fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan sebagainya merupakan huraian yang dibuat. Hasil huraian ini menjadi model penting untuk guru bahasa, iaitu menjadi isi atau bahan pengajaran yang akan disampaikannya kepada pelajar. Guru dapat melengkapkan dirinya untuk menjadi guru bahasa yang berkesan jika ia mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam linguistik terutamanya sintaksis kerana ia akan berupaya mengajar struktur-struktur bahasa dengan betul dan dapat mendeskripsi bahasa dengan tepat.

BMM3110

MUHAMMAD ALIFF SHAH BIN IDRIS (911219-14-6571)

14

Dengan adanya pengetahuan tersebut, guru akan dapat mengenal pasti segala kesilapan yang dilakukan oleh pelajarnya. Huraian bahasa yang disumbangkan oleh ahli-ahli linguistik teoritis, teori-teori pembelajaran dan manifestasi penggunaan bahasa dalam masyarakat akan membantu guru dalam pengajarannya.

Selain itu, guru juga perlu menguasai bidang sintaksis ini kerana bidang sintaksis ini menekankan penggunaan dan susunan tatabahasa dalam ayat dengan betul. Ini menjadi tunjang kepada perkembangan ayat yang bakal dibina oleh murid dalam pertuturan dan penghasilan ayat. Oleh itu mari kita lihat pula kepentingan tatabahasa yang mempunyai hubungkait yang rapat dengan sintaksis.

Pengajaran Tatabahasa bagi saya sukar untuk disampaikan kepada murid. Murid juga kurang mahir dan sukar untuk menguasai pembelajaran tatabahasa ini. Penggunaan tatabahasa yang tidak betul menyebabkan murid tidak dapat menulis karangan dengan baik. Dalam pembelajaran tatabahasa ini, tujuan pelajar tersebut adalah penting. Kalau pelajar mempelajari tatabahasa dengan memikirkan bahawa pembelajaran

paradigma, pola, rajah-rajah tertentu sebagai tujuan pembelajaran itu sendiri, maka itulah yang dikuasainya. Usaha seperti ini tidaklah bermakna langsung. Tetapi sekiranya mereka mempelajari segala rumusan tatabahasa, pola dan paradigmaparadigma tersebut dengan maksud untuk menyampaikan pemikiran dan mesej dengan memilih kata nama, kata kerja atau kata sifat tertentu, dan mereka dapat menentukan makna dan maksud tertentu, maka ternyata ada manfaatnya. Kalau itulah yang dijadikan matlamat di dalam pengajaran tatabahasa tersebut mempunyai kepentingan besar. Pengajaran bahasa telah semakin menyedari bahawa pendekatan kognitif mestilah memberi kepentingan tertentu. Pembelajaran bahasa perlulah mencari satu sistem tatabahasa yang dapat menjelaskan struktur bahasa supaya pelajar dapat menggunakan untuk menghasilkan ujaran sendiri.

BMM3110

MUHAMMAD ALIFF SHAH BIN IDRIS (911219-14-6571)

15

Ada beberapa tujuan lain, dan ini disenaraikan di bawah. 1. Pengetahuan mengenai tatabahasa biasanya menjadi asas di dalam logik. Mereka yang mengetahui tatabahasa akan dapat menyusun hujahan-hujahan di dalam bahasa yang rapi. 2. Kefahaman tatabahasa membolehkan pelajar bertutur (dan mengarang) dengan lancar, terang dan mudah difahami oleh orang lain. 3. Kefahaman tatabahasa membolehkan pelajar dapat memahami dengan lebih jelas akan pengertian sesuatu perkataan atau ayat dengan menganalisis kedudukannya. 4. Kefahaman tatabahasa berguna kepada orang-orang dewasa atau pelajarpelajar di peringkat tinggi, terutama apabila belajar bahasa asing, kerana mereka lebih sukar belajar menerusi rumusan yang tertentu. 5. Kefahaman tatabahasa adalah penting untuk peperiksaan kerana soalansoalan bahasa yang khusus mengenai tatabahasa. 6. Kefahaman tatabahasa membolehkan pelajar menentukan sama ada sesuatu ayat itu betul atau tidak mengikut rumusan tatabahasa bahasa itu.

Rumusan Dengan ini dapat dirumuskan bahawa bidang sintaksis ini adalah amat penting dan setiap guru Bahasa Melayu harus mahir dalam bidang ini bagi memastikan pengajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Selain itu, kita juga dapat tahu bahawa bidang sintaksis ini banyak berkait rapat dengan bidang-bidang yang lain seperti bidang morfologi, fonetik dan fonologi malah bidang sintaksis juga berkait rapat dan melibatkan bidang tatabahasa yang sememangnya akan diajar kepada murid-murid disekolah tidak kira sama ada dalam KSSR mahupun KBSR. Kesimpulannya untuk menjadi seorang guru Bahasa Melayu yang berkualiti, seorang guru itu perlu memahami semua bidang yang akan dia ajar sebelum dia dapat mengajar dengan baik dan berkesan.

BMM3110

MUHAMMAD ALIFF SHAH BIN IDRIS (911219-14-6571)

16

REFLEKSI

Setelah saya mendapat soalan kerja kursus BMM 3110 Sintaksis Bahasa Melayu saya melakukan pembahagian kerja secara berkala. Pembahagian kerja secara berkala secara tidak langsung mengajar saya supaya lebih bertanggungjawab.

Saya dan rakan-rakan telah mencari bahan-bahan dan maklumat daripada Kamus Dewan Tatabahasa dan melalui internet. Bagi saya pencarian bahan kerja khusus ini adalah mudah kerana bahan-bahan tersebut banyak di perpustakaan dan juga laman web. Melalui pencarian bahan tersebut, ia dapat merangsang saya untuk membaca sekaligus mempertingkatkan ingatan saya mengenai pembelajaran yang lepas. Selain itu kerja khusus ini memerlukan pemahaman ilmiah mengenai definisi ayat, klausa, frasa dan perkataan bahasa Melayu yang telah ditakrifkan oleh cendiakawan bahasa. Pemahaman mengenai definisi tersebut merupakan kunci bagi memahami tatatingkat serta proses pembinaan ayat secara tidak langsung.

Tambahan lagi, kerja kursus ini juga membantu saya bagi mengenalpasti perbezaan antara ayat dasar dan ayat tunggal. Sedikit sebanyak saya dapat mengetahui mengenai perbezaan kedua-duanya melalui definisi, susunan konstituen ayat serta asas binaan ayat. Menerusi penulisan esei mengenai kepentingan bidang ilmu sintaksis kepada guru Bahasa Melayu secara tidak langsung telah membuka mata saya sendiri untuk mendalami ilmu sintaksis ini dengan lebih lanjut kerana ilmu sintaksis amat penting bagi guru Bahasa Melayu untuk mengajar Bahasa Melayu di sekolah.

BMM3110

MUHAMMAD ALIFF SHAH BIN IDRIS (911219-14-6571)

17

Kerja khusus ini juga melibatkan satu analisis mengenai frasa, klausa, ayat dasar, ayat tunggal dan ayat majmuk. Analisis yang dilakukan tersebut memerlukan tahap pemahaman yang tinggi bagi menganalisis ayat yang terdapat dalam teks cerita Seruling Sakti kerana bahasa yang digunakan adalah standard dan sukar untuk mencari ayat yang dikehendaki. Saya perlu melakukan pembacaan berulang-ulang kali bagi memastikan ayat yang dianalis tersebut mengikut preskripsi yang dikehendaki. Secara tidak langsung memantapkan pengetahuan saya mengenai jenis ayat. Bagi analisis susunan konstituen ayat, saya perlu mengklasifikasikan ayat kepada subjek dan predikat. Seterusnya, dengan membuat rajah pohon saya dapat memahami proses penerbitan sesuatu ayat itu terjadi, sama ada berlaku pengguguran atau tidak.

Malah melalui tugasan ini, pada masa akan datang saya dapat menerapkan pengelolaan dan strategi pengajaran yang betul kepada murid-murid. Melalui perbincangan dengan pensyarah dan rakan-rakan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara saya dengan rakan-rakan dan pensyarah. Pensyarah telah memberi penerangan dengan baik dan jelas kepada saya dan rakan-rakan bagi melaksanakan tugasan dengan baik.

BMM3110

MUHAMMAD ALIFF SHAH BIN IDRIS (911219-14-6571)

18

BIBLIOGRAFI

BUKU Nik Safiah et al., (2008), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar Abdul Aziz (2011), Bahasa Melayu 1 Edisi Kedua, Shah Alam, Oxfor Fajar Sdn. Bhd.

LAMAN SESAWANG http://bmpmrspm.blogspot.com/2009/05/ayat-mudah-daan-ayat-majmuk.html (Dilayari pada 10 Februari 2012)

http://tatabahasabm.tripod.com/tata/ragayat.htm (Dilayari pada 10 Februari 2012)

http://www.tatabahasastpm.com/v2/index.php?option=com_content&view=article&id =1160&Itemid=493 (Dilayari pada 15 Februari 2012)

http://www.tutor.com.my/stpm/klausa%20bebas_tak%20bebas/klausa%20beba_tak %20bebas.htm (Dilayari pada 11 Februari 2012)

BMM3110

You might also like