Kelebihan Dan Kekurangan Microsoft Access

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

~Microsoft Access~

Kelebihan dan kekurangan Microsoft Access:-

kelebihan
Mudah digunakan Sama seperti perisian Microsoft yang lain, Microsoft Access juga menawarkan perkhidmatan mesra pengguna kepada penggunanya Pengguna dapat menghasilkan pangkalan data yang menarik, berfungsi dan mudah digunakan bagi mengurangkan kos penghasilan Access telah direkabentuk untuk beroperasi dengan perisian yang lain dalam Microsoft Office Suite Sejak daripada awal, Access telah direkabentuk untuk beroperasi dalam rangkaian (network). Dalam perisian Access yang terkini, sistem dapat mengendalikan 255 serentak

Pembinaan pangkalan data yang mudah dan cepat

Integrasi

Berbilang-pengguna

Kekurangan
Data skala yang kecil Saiz yang maksima iaitu sekitar 1GB Jumlah table dalam query ada sebanyak 32 Jumlah field dalam query sebanyak 255

~1~

Antara muka MS.Access

Antara muka Design View

Antara muka Datasheet View

~2~

Terangkan tentang objek Microsoft Access: Table Forms Queries Reports Macros Modules

Kelas objek Jadual (Table) Kuiri (Query) Borang (Form) Laporan (Report) Laman (Pages) Makro (Macro) Modul (Module)

Kegunaan Suatu koleksi yang terurus baris dan lajur yang digunakan untuk menyimpan data medan. Suatu objek yang digunakan untuk melihat, mengubah dan mengurus data. Suatu objek grafik yang memaparkan data dari jadual atau kuiri dalam format yang mudah untuk digunakan. Suatu objek yang digunakan untuk mempersembahkan data dalam format bercetak. Merupakan fail HTML yang direkabentuk dalam Access dan diformat untuk dipaparkan dalam satu Web browser. Set bagi satu atau lebih tindakan yang digunakan untuk mengautomatik tugas-tugas biasa seperti membuka borang atau mencetak laporan. Koleksi komponen aturcara penggunaan bahasa Visual Basic yang disimpan bersama sebagai satu unit.

~3~

Table
Di dalam pangkalan data yang telah dibangunkan ini, data-data bagi projek telah disimpan di dalam jadual-jadual. Bagi merekabentuk jadual-jadual ini, setiap attributes bagi sebuah jadual ini perlu diketahui terlebih dahulu. Attributes ini telah pun dikenalpasti semasa merekabentuk Gambarajah Hubungan Entiti (ERD). Salah satu prosedur yang penting semasa rekabentuk jadual adalah untuk menentukan kunci primer (primary key) bagi setiap jadual. Kunci primer ini berfungsi untuk mengesan data kerana nilai kunci primer adalah unik antara satu sama lain. Table / jadual digunakan untuk menyimpan maklumat atau data bagi sesebuah sistem pangkalan data. Data disusun dalam baris dan lajur. Lajur mewakili medan (fields) dan baris mewakili rekod.

Forms
Form digunakan untuk menampilkan data yang tersimpan dalam tabel.

Form mempunyai 2 fungsi iaitu: Untuk memaparkan data dari jadual atau queri didalam format yang memudahkan
pengguna untuk kemaskini atau view data, menambah, membuang dan mencetak rekodrekod.

Untuk kemasukan data baru.


Merupakan satu bentuk atau rangka untuk memudahkan pengguna mengedit, memasukkan, atau melihat data. Bentuk yang telah dibina itu juga boleh dicetak untuk kegunaan tujuan lain.

~4~

Queries Maksud queries ialah melakukan capaian dan paparan data daripada satu jadual atau
beberapa jadual, contoh queries:-

Siapakah pelanggan yang berkerja sebagai juruteknik? Senaraikan produk yang berharga kurang daripada rm 40.00. Queries membolehkan pengguna memilih jadual, Memilih medan, Memilih rekod, Menyusun rekod, Membuat pengiraan, Mencipta jadual, Mencipta form dan report.

Reports
Report merupakan objek pangkalan data yang membenarkan maklumat dicetak atau dipaparkan di skrin, merumuskan maklumat, member maklumat pengiraan, mencetak grafik dan gambar. Report terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:-

jenis
Report Tabular lajur Report Columnar

kegunaan
Menghasilkan data dalam format baris dan

Menghasilkan data dalam bentuk form yang dipaparkan di dalam 1 mukasurat dalam bentuk menegak. Boleh juga membuat pengiraan dan graf.

Report Mail-merge Mailing Labels

Dapat mencipta form untuk surat Menghasilkan label-label untuk digunakan dalam surat menyurat.

~5~

Macros
Macro adalah sebahagian dalam membina aplikasi-aplikasi dalam Microsoft Access. Macro secara automatik menjalankan tugas untuk pengguna. Tiap-tiap tugas yang dikehendaki untuk dijalankan dipanggil (action).

Misalnya MS Access secara automatik akan membuka satu set Form apabila
pangkalan data dibuka, atau klik satu butang untuk mencetak laporan secara bulanan, atau untuk membuka Form yang lain.

Modules
Microsoft Access menyediakan bahasa pengaturcaraan pangkalan data iaitu Access Basic.pengguna boleh menggunakan prosedur yang boleh ditulis dengan Access Basic untuk operasi-operasi yang lebih kompleks yang mana ia tidak disediakan oleh macros.

Terangkan tentang datasheet view dan design view


Design view: Terdapat dua bahagian di dalam tetingkap Design View. Bahagian atas untuk paparan senarai medan pangkalan data iaitu Field Name, Data Type dan Description. Bahagian bawah untuk memaparkan properties medan yang aktif. Tujuan properties adalah untuk menetapkan bagaimana data dalam medan tersebut hendak diformatkan. Datasheet View: Tempat dimana pengguna memasukkan data mengikut medan dan rekod yang dekehendaki.

~6~

You might also like