Praktikal 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

PRAKTIKAL 2 TOPIK: Aloi.

OBJEKTIF: Untuk membandingkan kadar pengaratan besi, keluli dan keluli nirkarat TEORI: Aloi ialah bahan yang terdiri daripada campuran dua atau lebih unsur atau logam dengan komposisi tertentu. Aloi terdiri daripada campuran logam utama dengan atom unsur lain yang dipanggil atom asing. Atom asing mempunyai saiz yang berlainan daripada logam utama dan menempati ruang kosong di dalam kekisi logam tulen. Ia mengganggu susunan atom logam tulen yang teratur dan sekata. Ini menghalang atom-atom logam utama daripada menggelongsor. Ketertempaan dan kemuluran logam akan berkurang. Kekerasan aloi lebih tinggi daripada logam tulen. Logam tidak reaktif seperti emas dapat wujud dalam bentuk bebas dalam bumi. Emas tidak bergabung dengan oksigen untuk membentuk sebatian oksida. Oleh itu, emas tidak berkarat. Kebanyakan logam seperti besi mudah berkarat. Pengaloian merupakan salah satu cara untuk mencegah pengaratan logam. Pengaloian besi bukan sahaja dapat menguatkan besi, tetapi pada masa yang sama dapat mencagah besi daripada berkarat. Keluli nirkarat terdiri daripada besi bersama sedikit karbon dan logam peralihan seperti kromim dan nikel. Keluli nirkarat sangat keras dan tidak berkarat. Tindak balas redoks merangkumi kesemua proses kimia yang melibatkan perubahan nombor pengoksidaan (keadaan pengoksidaan) pada atom-atomnya. Istilah redoks (redox) datangnya daripada dua konsep iaitu penurunan (reduction) dan pengoksidaan (oxidation). Ia boleh diterangkan menggunakan penjelasan mudah: Pengoksidaan menerangkan tentang kehilangan elektron oleh suatu molekul, atom atau ion. Penurunan menerangkan tentang penerimaan elektron oleh suatu molekul, atom atau ion akan tetapi, penjelasan ini (walaupun mencukupi bagi kebanyakan tujuan) tidak tepat sepenuhnya. Pengoksidaan dan penurunan sebenarnya merujuk kepada perubahan nombor pengoksidaan pemindahan sebenar elektron mungkin tidak akan berlaku. Oleh itu, takrifan yang lebih baik bagi pengoksidaan ialah peningkatan dalam nombor pengoksidaan, dan penurunan sebagai pengurangan dalam nombor pengoksidaan.

PERNYATAAN MASALAH: Adakah kadar pengaratan besi, keluli dan nirkarat berbeza? HIPOTESIS: Kadar pengaratan besi, keluli, dan keluli nirkarat berbeza. Besi tulen paling mudah berkarat, keluli kurang mudah berkarat manakala keluli nirkarat tidak berkarat. PEMBOLEH UBAH : a) Dimanipulasi :Jenis paku (paku besi, paku keluli, dan paku keluli nirkarat)

b) Bergerak balas : kadar pangaratan paku c) Dimalarkan BAHAN: Paku besi, paku keluli, paku keluli nirkarat, larutan agar-agar 5% (agaragar dilarutkan ke dalam 100 cm3 air panas), kalsium heksasianoforat (III), air. RADAS: Kertas pasir, tabung uji dan rak tabung uji. PROSEDUR: : suhu, kuantiti air dan oksigen

1. Dengan menggunakan kertas pasir, paku besi, paku keluli dan paku keluli nirkarat dibersihkan. 2. Paku besi dimasukkan ke dalam tabung uji A, paku keluli ke dalam tabung uji B, dan paku keluli nirkarat ke dalam tabung uji C. 3. Satu larutan agar-agar 5% disediakan dengan melarutkan 5g agar-agar kedalam 100 cm3 air panas. Beberapa titik larutan kalium heksasianoferat (III) dicampurkan ke dalam larutan agar-agar itu.

4. Larutan agar-agar dituangkan ke dalam setiap tabung uji sehingga paku terendam dengan sempurna. 5. Letakkan tabung uji tersebut pada rak tabung uji dan biarkan sehingga 3 hari. Perhatikan kepekatan warna biru pada tabung uji tersebut. 6. Rekod pemerhatian pada jadual di bawah. KEPUTUSAN: Tabung uji A (Paku Besi) B(Paku keluli) C (paku keluli nirkarat) Keamatan warna biru tua Tinggi Rendah Tiada Inferens (Keadaan paku) Banyak berkarat Berkarat Tidak berkarat

PERBINCANGAN : 1. Apabila besi berkarat, atom besi akan kehilangan dua electron dan menjadi ion ferum (11), Fe2+. Fe (p) Fe2+ (ak) + 2e-

2. Bahan kimia kalium heksasianoferat (III) digunakan untuk mengesan kehadiran ion ferum (II) melalui pembentukan mendakan biru tua. 3. Pengesahan kewujudan ion Fe2+ oleh kalium heksasianoferat (III) menunjukkan bahawa besi telah berkarat. 4. Keamatan warna biru tua menggambarkan tahap pengaratan paku besi. 5. Berdasarkan pemerhatian yang diperoleh, paku besi paling banyak berkarat. Permukaan paku disalut dengan lapisan pepejal coklat- kemerahan. 6. Paku keluli nirkarat tidak berkarat. Paku ini dibuat daripada besi yang telah dicampur dengan karbon serta logam peralihan seperti kromium dan nikel. Paku ini tidak menghasilkan larutan biru. Permukaannya masih bersih dan berkilat.

7. Paku keluli biasa berkarat perlahan-perlahan. Paku ini dibuat daripada campuran besi dan karbon sahaja. Tanpa kehadiran logam peralihan, keluli ini boleh berkarat. Paku ini menghasilkan larutan biru muda. Permukaan paku dihakis sedikit. 8. Dengan itu, susunan kadar pengaratan ialah: Besi > keluli> keluli nirkarat 9. Keamatan warna biru menunjukkan darjah kakisan. Semakin tinggi keamatan warna biru larutan, semakin banyak pengaratan berlaku kerana kadar kakisan lebih tinggi. 10. Larutan gelatine digunakan untuk menetapkan kedudukan paku. Sebarang pergerakan pada paku akan mengubah keamatan warna biru pada larutan. 11. Larutan kalium heksasianoferat (III) digunakan untuk mengesan kehadiran ion Fe2+. Larutan ini bertindak balas dengan ion Fe2+ untuk menghasilkan larutan biru tua. LANGKAH BERJAGA-JAGA: 1. Paku hendaklah digosok dengan betul untuk menghilangkan lapisan pertama paku yang dapat mempercepatkan kadar pengkaratan paku. 2. Pastikan larutan jeli menutupi keseluruhan paku. KESIMPULAN : Semakin tinggi kepekatan warna biru yang terhasil di dalam larutan jeli, semakin tinggi kadar pengaratan. Besi lebih cepat berkarat berbanding keluli manakala keluli nirkarat tidak berkarat. Hipotesis dapat diterima.

SOALAN DAN JAWAPAN 1. Terangkan fungsi larutan kalium heksasianoferat (III). Larutan kalium heksasianoferat (III) digunakan untuk mengesan kehadiran ion Fe 2+. Larutan ini bertindak balas dengan ion Fe2+untuk menghasilkan larutan biru tua. 2. Apakah hubungan antara keamatan warna biru dan kadar pengaratan? Keamatan warna biru menunjukkan darjah kakisan. Semakin tinggi keamatan warna biru larutan, semakin banyak pengaratan berlaku kerana kadar kakisan lebih tinggi. 3.Terangkan bagaimana pengguanaan agar-agar dapat membantu pemerhatian eksperimen. Larutan gelatin digunakan untuk menetapkan kedudukan paku. Sebarang

pergerakan pada paku akan mengubah keamatan warna biru pada larutan. 4. Namakan unsur keluli dan keluli nirkarat Keluli: 99% besi dan 1% karbon Keluli nirkarat : 74% besi, 8% karbon + nikel dan 18% kromium 5. Bezakan kadar pengaratan besi, keluli, dan keluli nirkarat dan terangkan sebabnya. Paku besi paling banyak berkarat diikuti dengan paku keluli, manakala paku keluli nirkarat tidak berkarat. Permukaan paku besi disalut dengan lapisan pepejal coklat- kemerahan. Paku keluli biasa berkarat perlahan-perlahan. Paku ini dibuat daripada campuran besi dan karbon sahaja. Tanpa kehadiran logam peralihan, keluli ini boleh berkarat. Paku ini menghasilkan larutan biru muda. Permukaan paku dihakis sedikit.Paku keluli nirkarat tidak berkarat. Paku ini diperbuat daripada besi yang telah dicampur dengan karbon serta logam peralihan seperti kromium dan nikel. Paku ini tidak menghasilkan larutan biru. Permukaannya masih bersih dan berkilat.

6. Bagaimanakah susunan atom di dalam besi bila dikaitkan dengan sifat mudah mulur dan boleh ditempa? Bagaimana susunan atom di dalam logam berhubung kait dengan sifat mulur dan boleh ditempa. Dalam susunan atom logam, terdapat ruang kosong di antara atomatom logam. apabila permukaan ini diketuk, atom-atom mudah menggelongsor. Ini menerangkan mengapa logam tulen mudah dijadikan berbagai bentuk. Susunan atom dalam logam tulen.

Susunan atom dalam logam

Susunan atom dalam logam setelah dikenakan tekanan

7. Apakah perbezaan antara a) gangsa dan loyang Gangsa mengandungi kuprum dan stannum manakala loyang mengandungi kuprum dan zink. Loyang adalah logam kemerahan, dengan pengalir eletrik dan pengalir haba yang baik antara semua logam-logam tulen dalam suhu bilik. Apabila dioksidakan, loyang adalah bes lemah. Loyang memiliki ciri warnanya itu oleh sebab struktur jalurnya, iaitu ia memantulkan cahaya merah dan jingga dan menyerap frekuensi-frekuensi lain dalam spektrum tampak. b) emas 24-karat dan emas 18 karat 24 karat (99.9% ketulenan atau lebih tinggi) (emas sepuluh) contohnya seperti jongkong emas. 18 karat (75.0%emas) emas yang mempunyai batu. Iaitu emas yang dicampur dengan logam yang lain untuk menghasilkan bentuk yang kuat. (cincin tunang, cincin perkahwinan).

8) Jelaskan perbezaan antara aloi gentian dan aloi interstitial

Aloi gentian ialah aloi yang mempunyai saiz molekul yang sama. Iaitu atom yang mengambil alih tempat atom yang lain mempunyai saiz molekul yang sama dan bentuk rangkaian alloy berbentuk seperti yang asal. Manakala, atom yang dimasukkan dalam rangkaian alloi lebih kecil berbanding molekul aloi yang lain akan menghasilkan alloi interstitial. Contohnya, atom karbon dimasukkan ke dalam liang-liang kecil di atara lapisan rangkaian alloi.

RUJUKAN Buku: Eng Nguan Hong, Lim Eng Wah, Yeow Kek Ong. (1993). Fokus SPM Kimia KBSM. Johor Darul Takzim: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Loh Wai Leng, Tan On Tin, Tan Yin Toon. (2007). Success Chemistry SPM. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Internet: Hamidah Jamaludin. Praktikal 2 Kadar kakisan besi, keluli dan keluli nirkarat . http://www.scribd.com/doc/64525698/PRAKTIKAL-2-ALOI 2012. Jun Yong. Aloi. http://www.scribd.com/doc/99899954/Nota-Aloi Dilayari pada 15 Julai 2012. Sfahme. Praktikal 2 Aloi. http://www.scribd.com/doc/62004212/Praktikal-2 Dilayari pada 15 Julai 2012. Yen. (2010). Manufactured Substances In Industry, from E-learning for SPM. http://e-learningspm.blogspot.com/2011/05/chapter%20%209-manufacturesubstances-in.html Dilayari pada 15 Julai 2012. Dilayari pada 15 Julai

You might also like