Bagaimana Proses Pilihanraya Dilaksanakan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

Bagaimana Proses Pilihanraya Dilaksanakan

1) Pembubaran Dewan Apabila Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri dibubarkan, SPR akan menerima pemakluman rasmi yang dihantar oleh Yang DiPertua Dewan atau Speaker kepada SPR. Mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan, SPR mempunyai tempoh selama 60 hari untuk mengadakan pilihan raya. 2)Persiapan Bagi tujuan menetapkan tarikh penamaan calon, pengeluaran undi pos, pengundian awal dan tarikh pengundian, SPR akan mengadakan mesyuarat yang dihadiri oleh semua anggota SPR. Sebelum itu, SPR akan mengundang semua wakil kementerian/jabatan/agensi kerajaan dan swasta di peringkat pusat untuk mendapatkan kerjasama mereka dalam membantu SPR mengadakan pilihan raya. Mereka turut dipelawa memberikan pandangan bagi memudahkan SPR menetapkan tarikh-tarikh pilihan raya. Apabila tarikh tersebut telah ditentukan, SPR akan mengumumkan tarikh-tarikh tersebut dalam media massa. Seterusnya, writ atau surat kuasa akan diserahkan kepada semua Pegawai Pengurus yang akan membantu SPR menguruskan pilihan raya di bahagian-bahagian pilihan raya di mana mereka dilantik. Kebiasaannya, mereka yang dilantik adalah dalam kalangan Pegawai-Pegawai Daerah atau Yang DiPertua Majlis-Majlis Daerah. Pemilihan mereka disebabkan keupayaan mereka mengawal jentera-jentera kementerian/jabatan/agensi kerajaan di peringkat daerah atau kawasan pentadbiran mereka. Setelah itu, SPR akan mengeluarkan notis memaklumkan tarikh, masa dan tempat penamaan calon selain mempelawa mereka yang berminat untuk hadir menyerahkan pencalonan mereka pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan. Sementara menunggu hari penamaan calon, Pegawai-Pegawai Pengurus akan mengadakan mesyuarat penyelarasan di peringkat bahagian pilihan raya dengan semua wakil kementerian/jabatan/agensi kerajaan dan swasta bagi mendapatkan bantuan dan kerjasama mereka dalam pengendalian urusan pilihan raya yang bakal diadakan. Pegawai-Pegawai Pengurus turut melantik dan melatih petugas-petugas yang akan melaksanakan urusan pilihan raya di Pusat-Pusat Mengundi. 3) Penamaan Calon

Apabila tiba hari penamaan calon, Pegawai-Pegawai Pengurus akan membuka kaunter penerimaan kertas penamaan calon. Kebiasaannya, tempoh penyerahan kertas penamaan calon adalah dari jam 9.00 pagi hingga jam 10.00 pagi. Dalam pilihan raya kali ini, urusan pameran dan bantahan ke atas kertas penamaan calon tidak lagi diadakan. Selain itu, tiada lagi peluang untuk menarik diri dibuka untuk calon selepas muktamadnya penyerahan kertas penamaan pada jam 10.00 pagi. Ini bermaksud, Pegawai Pengurus akan memeriksa kelayakan calon dan kesempurnaan kertas penamaan calon dan memuktadkannya selepas jam 10.00 pagi. Selepas itu, Pegawai Pengurus akan mengumumkan sama ada terdapat pertandingan di bahagian pilihan raya tersebut. Sekiranya terdapat pertandingan, Pegawai Pengurus akan mengumumkan nama calon-calon yang akan bertanding serta tarikh-tarikh pengundian. 4) Tempoh Berkempen Kempen adalah medium untuk memperkenalkan calon, ideologi politiknya serta pelan perancangan beliau atau partinya untuk membangunkan bahagian pilihan raya di mana beliau bertanding. Tempoh berkempen bermula dari pengumuman terdapatnya pertandingan oleh Pegawai Pengurus pada hari penamaan calon dan berakhir jam 12.00 malam sebelum hari pengundian. Bagi tujuan memastikan kempen dilaksanakan secara aman dan teratur, SPR telah menubuhkan Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) yang turut dianggotai oleh ejen-ejen calon yang bertanding. Kempen boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara bagi menjelaskan kepada masyarakat pengundi tentang kelebihan calon agar beliau dipilih mewakili masyarakat setempat dalam pilihan raya tersebut. Tugas PP-KPR adalah bagi memastikan semua jenis medium kempen sama ada secara bersemuka atau melalui bahan kempen tidak menyentuh sensitiviti perkauman atau menjejaskan perpaduan dan permuafakatan masyarakat. Keputusan PP-KPR untuk mengenakan tindakan terhadap sesuatu ceramah atau bahan kempen dilakukan secara bersama oleh semua ahli PP-KPR termasuk oleh ejen-ejen calon yang menganggotai pasukan tersebut. 5) Hari Pengundian Kebiasaannya, bangunan sekolah akan dijadikan sebagai Pusat Mengundi dan bilikbilik darjah akan dijadikan sebagai Tempat Mengundi. Kawasan sekitar 50 meter daripada pagar sekolah adalah zon larangan kecuali bagi pengundi dan para petugas. Zon larangan ini disediakan bagi memberikan keselesaan kepada para pengundi. Selain pihak polis yang menguatkuasakan undang-undang dan menjaga keselamatan pengundi, petugas-petugas yang dibenarkan berada dalam Pusat Mengundi adalah Penyelia Pusat Mengundi, Pemandu Arah Pusat Mengundi, dan Kerani-Kerani Penyemak Daftar Pemilih. Mereka ini bertugas di luar bilik darjah dengan cara membantu pengundi-pengundi menyemak lokasi Tempat Mengundi mereka, dan menunjukkan lokasi tersebut selain membantu mereka yang uzur dan kurang upaya.

Di dalam Tempat Mengundi (bilik darjah) pula, Ketua Tempat Mengundi dan keranikerani pengundian ditugaskan melaksanakan proses pengundian. Semasa hari pengundian, semua petugas dikehendaki datang awal bagi mempersiapkan Tempat Mengundi. Ejen-ejen yang dilantik oleh calon juga dibenarkan masuk awal ke Tempat Mengundi. Peranan ejen adalah bagi memerhati perjalanan pengundian. Sebelum Tempat Mengundi dibuka, Ketua Tempat Mengundi akan menutup dan memeteraikan peti undi di hadapan ejen-ejen yang hadir. Pada jam 7.50 pagi, Pusat Mengundi akan dibuka dan para pengundi bolehlah menyemak lokasi Tempat Mengundi mereka di barung SPR. Selepas itu, mereka bolehlah terus ke Tempat Mengundi masing-masing dan beratur di luar Tempat Mengundi tersebut. Sebelum pengundian berlangsung, Ketua Tempat Mengundi akan mengisi butiran buku kertas undi ke dalam Borang 13. Butiran yang diisikan adalah butiran tempat dan Pusat Mengundi selain bilangan serta nombor siri kertas undi yang akan digunakan. Ia merupakan satu prosedur standard bertujuan memastikan kesahihan bilangan kertas undi yang akan diguna pakai dengan kertas undi yang rosak atau tidak dikembalikan. Ejen-ejen calon juga dibenarkan untuk memeriksa kandungan Borang 13 ini. Sejurus sebelum pengundian dimulakan, Ketua Tempat Mengundi akan memberikan taklimat ringkas kepada kerani-kerani pengundian dan ejen calon tentang perjalanan pengundian dan perkara-perkara yang dibolehkan dan tidak boleh dilakukan sepanjang proses tersebut. 6) Proses Pengundian Sebaik jam 8.00 pagi Tempat Mengundi akan dibuka dan pengundi akan dibenarkan masuk. Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh pengundi adalah menyerahkan kad pengenalan dan slip semakan kepada Kerani Pengundian Pertama. Kerani akan menyemak nama pengundi dalam daftar pemilih dan meminta pengundi bergerak ke hadapan Kerani Pengundian Kedua. Kerani Pengundian Kedua akan meminta pengundi meletakkan jari di atas pad yang disediakan untuk proses calitan dakwat kekal. Dakwat kekal dicalitkan di atas permukaan jari telunjuk tangan kiri pengundi. Sekiranya pengundi tiada jari telunjuk, dakwat kekal akan dicalit di mana-mana jari tangan kiri sebelum beralih ke jari tangan kanan sekiranya tangan kiri pengundi tidak mengandungi sebarang jari . Sesudah jari dicalit, Kerani Pengundian Pertama akan meneriakkan nama pengundi untuk disemak oleh ejen-ejen tempat mengundi yang hadir. Ejen-ejen tempat mengundi akan hadir memerhatikan perjalanan proses pengundian daripada bermulanya proses tersebut sehinggalah tamat proses pengiraan undi. Ejen-ejen tempat mengundi turut menggunakan buku daftar pemilih yang sama dengan Ketua Tempat Mengundi, Kerani Pengundian dan Kerani Penyemak Daftar Pemilih. Selepas nama diteriakkan, pengundi akan diberikan kertas undi oleh Kerani Pengundian Ketiga. Kertas undi ini dicapkan dengan tanda pengenalan Tempat Mengundi. Setelah menerima kertas undi, pengundi bolehlah beredar ke petak undi untuk menandakan kertas undinya. Pengundi perlu menandakan 'X' pada petak disebelah nama calon pilihannya. Seterusnya, kertas undi

tersebut perlu dimasukkan ke dalam peti undi. Pengundi perlu segera beredar keluar daripada Tempat Mengundi sebaik sahaja memasukkan kertas undinya ke dalam peti undi. Proses ini akan terus berlangsung sehingga jam 5.00 petang iaitu masa Tempat Mengundi ditutup. 7) Proses Mengira Undi Sebaik sahaja Tempat Mengundi ditutup, Ketua Tempat Mengundi akan menutup bukaan/mulut peti undi dan memeteraiakannya dengan cara meletakkan perekat keselamatan. Penutupan peti undi ini dilakukan di hadapan ejen-ejen tempat mengundi/ mengira undi yang hadir. Petugas-petugas pula akan bertindak menyusun semula Tempat Mengundi mengikut susunan proses pengiraan undi. Sebelum kiraan dimulakan, Ketua Tempat Mengundi akan memberikan taklimat ringkas berhubung proses pengiraan undi. Proses pengiraan undi bermula dengan memotong ikatan penutup peti undi dan mengeluarkan kertas undi untuk dimasukkan ke dalam dulang 'Undi Belum Dikira'. Kertas-kertas undi kemudiannya dikira dalam bilangan sepuluh dan diikat dalam bilangan seratus. Proses ini bertujuan mendapatkan bilangan sebenar kertas undi yang berada dalam peti undi untuk direkodkan ke dalam Borang 13. Sekiranya bilangan kertas undi adalah sama atau kurang, proses pemaparan kertas undi boleh dimulakan. Sekiranya berlebihan daripada yang dinyatakan dalam Borang 13, Ketua Tempat Mengundi terpaksa mengambil tindakan seperti yang berikut: 1) memeriksa nombor siri kertas undi bagi memastikan hanya kertas undi dalam turutan nombor siri yang dinyatakan dalam Borang 13 sahaja berada dalam peti undi tersebut. Sekiranya, Ketua Tempat Mengundi menjumpai kertas yang berlainan nombor sirinya, kertas undi tersebut perlulah diketepikan. 2) selain memeriksa nombor siri, Ketua Tempat Mengundi juga boleh memeriksa tanda cap pada kertas undi. Ini kerana cap yang digunakan bagi setiap Tempat Mengundi adalah unik. Setelah selesai, Ketua Tempat Mengundi akan memohon ejen-ejen tempat mengundi/ mengira undi untuk menandatangani Borang tersebut sebagai tanda memahami tatacara yangdilaksanakan dan berpuas hati dengan pengendalian tatacara tersebut.Kemudian, barulah proses pemaparan kertas undi boleh dimulakan. Proses ini dilakukan oleh kerani-kerani mengira undi dan dilakukan di hadapan ejenejen tempat mengundi/ mengira undi yang hadir. Proses pemaparan kertas undi adalah proses membuka dan memperlihatkan kertas undi kepada ejen-ejen tempat mengundi/ mengira undi yang hadir sebelum dimasukkan ke dalam dulang-dulang bersimbol calon mengikut tanda di atas kertas undi. Apabila selesai proses pemaparan ini, barulah kertas-kertas undi ini dikira mengikut dulang masing-masing. Bilangan kertas undi dalam setiap dulang akan dimaklumkan kepada Ketua Tempat

Mengundi. Sekiranya terdapat kertas undi ragu, Ketua Tempat Mengundi akan memutuskannya mengikut Buku Panduan Memutuskan Undi Ragu dan keputusan Ketua Tempat Mengundi adalah muktamad. Maklumat berkaitan bilangan undi yang diperoleh oleh setiap calon akan diisikan ke dalam Borang 14 (Borang Keputusan Undi Bagi Setiap Tempat Mengundi). Salinan Borang 14 yang telah lengkap diisi akan diberikan kepada ejen-ejen tempat mengundi/ mengira undi selepas mereka menandatangani borang tersebut. Ini bermaksud semua pihak mempunyai salinan keputusan yang sama dan tidak boleh diubah lagi.Selepas itu, semua kertas undi akan dimasukkan ke dalam sampul-sampul, dimeterai dan dimasukkan ke dalam peti undi. Peti undi yang telah dimeterai akan di bawa ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi untuk simpanan selamat. Borang 14 pula akan diserahkan kepada Pegawai Pengurus untuk dijumlahkan dengan semua Tempat Mengundi lain dalam bahagian pilihan raya tersebut. Borang 10 digunakan sebagai akuan identiti orang yang dipercayai oleh pengundi uzur atau OKU yang membantu pengundi tersebut mengundi dalam tempat mengundi Borang 11 digunakan sebagai akuan kepada pengundi yang maklumat identiti dalam dokumen pengenalan dirinya berbeza sedikit dengan maklumat dalam daftar pemilih. Borang 13 digunakan oleh KTM mengisi maklumat bilangan kertas undi yang diterima dan digunakan sebagai penyata sebelum proses pengiraan bermula. Borang 14 digunakan oleh KTM mengisi maklumat bilangan undi yang diterima oleh setiap calon selepas proses pengiraan undi. Salinan borang akan diberikan kepada ejen pengiraan undi (dilantik oleh calon) yang hadir semasa proses pengundian.

8) Penjumlahan Rasmi Undi & Pengumuman Keputusan Setelah semua Borang 14 dijumlahkan, Pegawai Pengurus akan mengisikan keputusan yang diperoleh setiap calon ke dalam Borang 16 (Borang Keputusan Pertandingan). Akhirnya, Pegawai Pengurus akan mengumumkan keputusan jumlah undi yang diperoleh setiap calon dan pemenang bagi pertandingan tersebut yang seterusnya dipilih menjadi wakil rakyat bagi bahagian pilihan raya tersebut. Selepas keputusan diumumkan, maka selesailah urusan asas pilihan raya.

Pencerobohan Sulu : Malaysia Perlu Ikut Undang-Undang Antarabangsa


Malaysia perlu mematuhi undang-undang antarabangsa terutama Konvensyen Geneva 1949 berhubung insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah, kata seorang pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Isnin. Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota ATM, Mejar Jeneral Datuk Abdul Aziz Ibrahim berkata Malaysia tidak boleh mencabuli undang-undang antarabangsa dengan mengambil tindakan sewenang-wenangnya terhadap soal pencerobohan. Beliau berkata Malaysia tertakluk kepada perjanjian antarabangsa itu yang menetapkan tindakan terhadap pencerobohan perlu mengikut undang-undang. "Kita tidak boleh terus bertindak tanpa mengetahui sebab sebenar kedatangan mereka (kumpulan bersenjata) dan tindakan kita mesti mengikut protokal yang ditetapkan," katanya kepada pemberita di Kota Bharu, Kelantan. Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan sesetengah pihak kononnya kerajaan gagal menangani isu pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, lebih awal sehingga menyebabkan pertumpahan berdarah. Terdahulu, beliau merasmikan program persijilan asas kejuruteraan penerbangan untuk lesen DCAM Part-66, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCAM), bagi anggota tentera yang bakal bersara di sini. Setakat ini, lapan anggota pasukan keselamatan terbunuh dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh bersenjata yang mendakwa tentera Kesultanan Sulu dari Filipina, di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Semporna pada 1 dan 2 Mac. Mengenai gambar lelaki dipenggal kepala tersiar dalam laman web kononnya dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan bersenjata itu, Abdul Aziz berkata ia merupakan gambar lama yang dipercayai berlaku di sebuah negara jiran beberapa tahun lalu. "Gambar itu ditulis dengan perkataan 'Lahad Datu' di bawahnya untuk mengambarkan peristiwa itu berlaku di Lahad Datu dan ini menampakkan niat jahat pihak tertentu terhadap kerajaan," katanya. Beliau tidak menolak ia dilakukan untuk berseronok-seronok sahaja tetapi menegaskan bahawa implikasinya amat besar kepada negara dan tidak sepatutnya dilakukan oleh orang yang waras. Sumber : BERNAMA

Persepsi salah terhadap Sistem Penguatkuasaan Automatik AES


PEMASANGAN kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi mengawal tingkah laku dan pemanduan melebihi had laju dalam kalangan pengguna jalan raya tiba-tiba menimbulkan polemik. Ia menjadi kontroversi apabila ada pihak beranggapan sistem itu menyebabkan rakyat terbeban dengan belenggu saman. Lebih hangat apabila isu ini telah dijadikan modal kempen politik yang mungkin tidak menyelesaikan isu kemalangan jalan raya itu sendiri. Tidak dapat dipastikan sama ada kamera ini yang bermasalah atau kita mempunyai persepsi salah terhadap budaya selamat di jalan raya. Cuba fikirkan, mengapa ketika kita memandu di negara lain yang ketat peraturan lalu lintas, kita boleh mematuhi peraturan yang dikenakan, tetapi kita seolah-olahnya tidak dapat menerimanya di negara kita sendiri. Benarlah, sistem AES akan menyebabkan lebih ramai pengguna yang akan disaman, khususnya apabila ada yang memandu dengan kelajuan melebihi had yang dibenarkan. Ia mungkin menyebabkan sebahagian pengguna jalan raya, khususnya mereka yang berpendapatan rendah akan terbeban dengan sistem ini. Bagaimanapun, kita mungkin perlu juga melihat kepada beban lain yang mungkin tidak disedari. Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) dalam kajiannya merekodkan bahawa terdapat lebih 400,000 kes kemalangan jalan raya di Malaysia pada tahun 2010. Pada tahun yang sama, dilaporkan sebanyak 6,872 kes kematian kerana kemalangan jalan raya. Kes kemalangan jalan raya semasa pergi dan pulang daripada kerja juga nampaknya meningkat. Daripada lebih kurang 17,000 kes pada tahun 2001, ia mencecah lebih 22,000 kes pada tahun 2010. Impak daripada kemalangan jalan raya ini mungkin bukan sedikit. Ia memberi kesan kepada individu, keluarga dan negara. Akibat kemalangan, ada yang mungkin

berubah daripada manusia normal kepada individu kelainan upaya. Kesulitan hidup Ini akan menyebabkan mereka kehilangan pekerjaan. Ada pula yang mungkin meninggalkan balu dan anak yatim di rumah sekali gus berdepan pula dengan kesulitan hidup yang lain. Semua ini sebenarnya antara kesulitan yang terpaksa dihadapi hanya kerana kecuaian memandu di jalan raya. Dalam kebanyakan kes kemalangan jalan raya, ia sebenarnya bermula dengan sikap manusia itu sendiri. Kemalangan berlaku kerana ada segelintir pengguna yang tidak mengambil berat terhadap aspek keselamatan dan tidak bertimbang rasa terhadap pengguna yang lain. Sikap buruk yang ada pada segelintir individu ini akan menyebabkan orang lain turut menjadi mangsanya. Pemasangan kamera AES tidak menyelesaikan semua masalah kemalangan di jalan raya. Tidak semestinya juga memandu laju itu satu-satunya sebab kemalangan di jalan raya. Bagaimanapun, sekurang-kurangnya, ia sedikit sebanyak membantu kita mengubah sikap pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan. Untuk permulaan, ia mungkin sedikit 'mengganggu' kehidupan kita yang biasanya mungkin memandu tanpa mengikut peraturan. Namun, untuk jangka masa panjang, ia mungkin membantu mewujudkan persepsi baharu kita terhadap budaya selamat di jalan raya. Kajian-kajian menunjukkan bahawa hanya ada satu cara untuk menghidupkan budaya selamat ini. Ia mesti bermula dengan polisi dan penguatkuasaan. Di kebanyakan negara maju misalnya di Australia, pemasangan kamera AES ini bukanlah merupakan isu yang besar. Kita akan melihat begitu banyak kamera yang dipasang, bukan sahaja di lebuh raya, malah di kebanyakan lampu isyarat di tengah bandar. Walau bagaimanapun, kamera ini bukan masalah yang besar kepada masyarakat yang mengutamakan peraturan dan keselamatan jalan raya. Menegur pengguna

Malah, orang awam sendiri boleh melaporkan kepada pihak polis sekiranya ada pemandu yang melakukan kesalahan, misalnya tidak memakai tali pinggang keledar atau memandu secara cuai. Orang awam juga boleh menegur pengguna yang lain sekiranya ada yang tidak mematuhi peraturan jalan raya. Negara-negara maju ini melaksanakan undang-undang yang jauh lebih ketat daripada apa yang cuba kita terapkan. Tidak hanya had kelajuan maksimum, bahkan kenderaan tidak boleh diparkir sesuka hati. Kereta yang diparkir di tepi jalan tidak boleh menghadap arah yang bertentangan dengan arah jalan. Ada kawasan-kawasan tertentu, kenderaan hanya boleh diparkir tidak lebih daripada 15 minit. Itu belum termasuk udang-undang yang menghalang merokok di dalam kenderaan sekiranya ada kanak-kanak bersama di dalamnya. Bagaimanapun, budaya selamat dan berhemah ini belum lagi muncul dalam budaya kita. Tatkala orang lain berlumba-lumba untuk memastikan masyarakatnya mematuhi peraturan di jalan raya, kita pula masih berlumba-lumba untuk menunjukkan siapa yang paling hebat di jalan raya dengan memandu secara laju dan membahayakan. Persepsi salah kita terhadap budaya selamat itulah sebenarnya menjadi punca mengapa ada pihak yang tidak mampu menerima pelaksanaan peraturan yang diperkenalkan oleh pihak berwajib. Satu-satunya cara untuk kita semua mengelakkan disaman ialah mematuhi peraturan jalan raya.

Sebenarnya ianya adalah satu sistem kamera had laju yang terbaru dari JPJ. Berikut adalah 10 fakta tentang sistem tersebut:

Mengesan dan merekodkan kesalahan trafik secara automatik menggunakan sistem termaju di mana kamera diletakkan di beberapa kawasan kerap berlaku kemalangan yang dikenal pasti di sepanjang lebuh raya, jalan utama dan persimpangan trafik. Sistem ini terdiri daripada kamera tetap dan kamera mudah alih. Ia merupakan sebuah sistem terbukti, yang kini digunakan di banyak negara termasuk di Perancis, Jerman dan Australia.

Sistem ini bukanlah kamera yang tersembunyi! Amaran yang mencukupi dalam bentuk papan tanda akan diletakkan sebelum pengguna jalan raya memasuki zon AES. AES membantu inisiatif penguatkuasaan lalu lintas dengan memastikan kaedah mengesan kesalah yang tepat dan tidak mungkin disalahgunakan serta pengeluaran saman yang cekap dan boleh dipercayai ke alamat-alamat yang dikemas kini. Sistem ini tidak mendiskriminasikan dalam apa jua cara kerana tiada interaksi peribadi antara pesalah trafik dan sistem. AES akan turut mengesan kesalahan yang dilakukan oleh pengguna semua jenis kenderaan, sama ada persendirian, perdagangan mahupun awam. Kamera-kamera AES ditentukur, disahkan dan diperakui oleh badan-badan yang kompeten dan diberi tanggungjawab (SIRIM Berhad dan MIROS) di makmal serta di lokasi bagi memastikan tahap ketepatan dan kebolehpercayaan yang tinggi. AES meningkatkan Persepsi untuk ditangkap (POBS). Biasanya persepsi pengguna jalan raya untuk ditangkap di Malaysia adalah 25% pada hari-hari biasa dan meningkat kepada 50% semasa musim perayaan apabila kempen keselamatan jalan raya sedang dilaksanakan. Di negara-negara maju di mana pengguna jalan raya adalah lebih berpengetahuan, tahap persepsi adalah antara 80-90%. Sistem ini boleh mengesan beberapa kenderaan secara serentak yang melakukan kesalahan pada bila-bila masa. Buat masa ini, sistem ini digunakan untuk mengesan mereka yang melebihi had laju dan melanggar lampu merah. Ini merupakan kesalahan trafik yang kerap di jalan raya Malaysia dan merupakan antara punca utama kemalangan jalan raya. Sistem ini adalah demi keselamatan anda. Tujuan utama AES adalah untuk membantu menjadikan jalan raya kita lebih selamat. Ia bukan bertujuan menghukum, tetapi untuk menyelamatkan nyawa dengan mengubah amalan dan tingkah laku pengguna jalan raya.

Gaji minimum: Perjuangan yang sudah selesai?


RAMAI yang tersenyum lebar apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi " hadiah" Hari Pekerja tahun ini dengan mengumumkan kadar gaji minimum kebangsaan bagi sektor swasta iaitu sebanyak RM900 di Semenanjung dan RM800 di Sabah dan Sarawak. Bagaimanapun, dasar terbaharu ini tidak melibatkan sektor domestik seperti tukang kebun dan orang gaji. Ini bermakna perjuangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) selama 15 tahun telah membuahkan hasil walaupun pada hakikatnya mereka memperjuangkan kadar gaji minimum kebangsaan adalah RM1,200. Dengan pengumuman ini, pasti golongan pekerja sektor swasta boleh menarik nafas lega kerana telah mempunyai "duit lebih" untuk berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini. Malah ia juga dilihat sebagai satu jaminan tidak akan ada lagi pekerja di sektor itu menerima kadar gaji di bawah paras kemiskinan kebangsaan. Di Malaysia, gaji pekerja sektor swasta masih di tahap yang sangat rendah di mana Kajian Guna Tenaga Kebangsaan (NER) oleh Kementerian Sumber Manusia pada 2009 mendapati 33.8 peratus pekerja bergaji di bawah paras kemiskinan kebangsaan iaitu RM800 sebulan pada masa ini. Namun, perlu diingat bahawa kerajaan tidak akan melakukan perubahan ini dengan sia-sia. Pengumuman ini pastinya hadir bersama harapan besar untuk melihat golongan pekerja di negara ini turut meningkatkan produktiviti dan kualiti. Produktiviti dan kualiti merupakan kata kunci bagi memastikan hasrat untuk melihat Malaysia berubah kepada sebuah negara berpendapatan tinggi serta berstatus negara maju berjaya dicapai. Pelaksanaan dasar ini juga seharusnya menjadi penyuntik semangat kepada warga pekerja sektor swasta untuk berusaha dengan lebih gigih dan komited. Walaupun ada segelintir pihak yang masih tidak berpuas hati mengenai kadar tersebut dan ramai juga yang mendesak mahukan gaji minimum kebangsaan ditetapkan pada RM1,200, terdapat rasional kenapa ia tidak boleh dilaksanakan,

sekurang-kurangnya pada waktu sekarang. Pengenalan kepada gaji minimum atau kenaikan gaji pada kadar apa sekalipun sudah pastinya akan menyebabkan lonjakan harga barangan seterusnya mendorong kepada tekanan inflasi. Walau apa pun alasan yang bakal digunakan peniaga, sama ada kos semakin meningkat, harga bahan mentah semakin mahal di pasaran atau sebagainya, ia pasti memeritkan pengguna dan menyebabkan kuasa beli merosot. Sudah tentu ia bukan satu faktor positif kepada ekonomi. Gaji minimum juga dikhuatiri boleh menyebabkan perniagaan-perniagaan kecil seperti industri kecil dan sederhana (IKS) dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengalami masalah dari segi kos overhed malah mungkin mengakibatkan syarikatsyarikat ini terpaksa gulung tikar. Persatuan IKS Malaysia semasa satu sidang akhbar sebelum ini pernah memberitahu, sekiranya dasar gaji minimum kebangsaan dilaksanakan, ia bakal memberi kesan yang sangat besar kepada kos pengilangan kerana syarikat-syarikat tersebut amat bergantung kepada tenaga buruh. Malah dengan margin keuntungan bersih sekitar tiga hingga lima peratus sahaja, ia dilihat mampu membunuh syarikat-syarikat tersebut dan menyebabkan kadar pengangguran di negara ini meningkat. Ini dapat dilihat di Thailand apabila kerajaan menaikkan kadar gaji minimum harian sebanyak 40 peratus pada 1 April lalu, dijangka 100,000 PKS akan ditutup selepas enam bulan pelaksanaannya. Syarikat-syarikat itu tidak mampu untuk terus menanggung kos overhed yang lebih tinggi berbanding keuntungan. Namun apa yang diharapkan ia tidak berlaku di Malaysia di mana pelaksanaan gaji minimum seharusnya mewujudkan situasi menang-menang kepada semua pihak; pekerja dan syarikat seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara yang lebih positif. Mungkin tempoh enam bulan "grace period" selepas ia diwartakan bakal memberi tempoh yang mencukupi untuk majikan terutamanya yang terdiri daripada usahawan IKS dan PKS untuk bersedia. Penetapan gaji minimum swasta untuk kebajikan pekerja

on Wednesday, May 2, 2012 Penetapan kadar gaji minimum pekerja swasta perlu diterima dan bukan dipolitikkan kerana ia diasaskan oleh mereka yang pakar dalam bidang ekonomi, bukannya ahli politik kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam. "Kadar gaji minimum ini bukan diwujudkan oleh pihak politik tetapi diasaskan menerusi input Jawatankuasa Teknikal Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) iaitu penyelaras-penyelaras ekonomi serta Bank Dunia yang telah membuat kajian mendalam sebelum kadar itu diterima oleh majlis-majlis yang diwakili para majikan dan pekerja," katanya selepas menghadiri majlis Sambutan Hari Pekerja Sektor Awam Peringkat Kebangsaan 2012 di Kuantan. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penetapan kadar gaji minimum swasta iaitu RM900 bagi Semenanjung dan RM800 di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sempena sambutan Hari Pekerja, di Putrajaya. Menurutnya, sebelum kadar itu ditetapkan, pihak majikan dan pekerja mempunyai pandangan yang berbeza namun setelah mengambil kira semua perkara ke dalam perbincangan bersama maka akhirnya kadar itu dipersetujui. "Memang majikan mahu kadar yang lebih rendah manakala pekerja mahu kadar yang lebih tinggi, ada pihak yang cakap kadar perlu lebih RM1,200 atau RM1,300 tetapi kalau mengikut kajian yang dibuat, kalau lebih RM1,000 maka implikasi kepada ekonomi kita teruk dan kesan negatif lain seperti meningkatkan pengangguran. "Tetapi selepas semua pihak berbincang tentang perkara ini maka satu persetujuan telah dicapai iaitu dengan kadar tersebut yang dianggap munasabah dan tidak memberikan implikasi negatif kepada ekonomi," katanya. Subramaniam berkata, dua perkara utama yang diambil kira oleh Jawatankuasa Teknikal MPGN dalam kajian berhubung kadar gaji minimum ialah dari segi indeks garis kemiskinan dan gaji penengah. Menurutnya, kajian juga dibuat bersandarkan kepada tiga faktor lain iaitu Indeks Harga Pengguna (CPI) yang merujuk kepada kos kehidupan semasa, aspek produktiviti dan kadar pengangguran. "Sebelum kadar RM800 ditetapkan di Sabah dan Sarawak, wakil-wakil majikan di kedua-dua negeri itu meminta gaji minimum sebanyak RM700 tetapi ia di bawah paras garis kemiskinan iaitu RM800 jadi kita tetapkan kadar di kedua-dua negeri itu RM800, kalau lebih RM800 industri kecil dan sederhana pula tidak mampu dan akan menyebabkan mereka kerugian," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, kadar gaji minimum di Sabah dan Sarawak itu akan diselaraskan dengan kadar gaji di Semenanjung selepas ekonomi di sana semakin meningkat pada masa akan datang. Mengulas lanjut, Subramaniam berkata, dia tidak menolak kemungkinan kadar gaji minumum swasta ini akan dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan menangguk di air keruh terutamanya pada musim menjelang pilihan raya umum. "Perkara ini akan dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu, kalau ada orang tidak bertanggungjawab cakap RM1,500 sepatutnya kadar miminum, saya cabar mereka buat di kawasan masing-masing, saya yakin mesti tutup kilang kerana mereka keluarkan kenyataan ini hanya untuk kepentingan politik," katanya.

You might also like