Jawi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Pengenalan Definisi Tulisan Jawi ( ) adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabadabad lamanya di Nusantara.

Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia.( Wikipedia.org) Sejarah Tulisan Jawi Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu. Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di-Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi. (Wikipedia.org)

Konsep pelaksanaan kemahiran jawi dalam KBSR Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) adalah bercorak pendidikan asas untuk memastikan perkembangan individu secara menyeluruh dan seimbang yang meliputi aspek, rohani, emosi dan jasmani, ini bermakna melalui KBSR murid-murid akan menguasai kemahiran-kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, memperolihi ilmu pengetahuan sesuai dengan peringkat umur dan perkembangan diri mereka mempunyai akhlak yang baik, mengamalkan nilai-nilai murni dan memelihara tubuh badan yang sihat. KBSR juga memberi peluang untuk memupuk dan mengembangkan minat dan bakat murid-murid. Pelajaran Jawi KBSR ialah suatu program yang memberi penekanan kepada kemahiran membaca dan menulis Jawi. Bagi memenuhi kehendak itu, sebuah Buku Panduan Khas Tahun Tiga dan Empat (Kementerian Pendidikan Malaysia- 1995) di adakan. Buku ini memberi penekanan kepada kemahiran membaca dan menulis Jawi.( Unit Pendidikan Islam, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidkan Malaysia, 1995). Perancangan awal KBSR. menyarankan bahawa Pelajaran Jawi adalah sebahagian daripada Pelajaran Bahasa Malaysia dan mula diajar pada Tahap II. Murid diajar mengeja, membaca dan menulis dengan huruf Jawi. Walau bagaimanapun rancangan ini tidak dilaksanakan dan sebaliknya Pelajaran Jawi dirangkumi dalam mata pelajaran Pendidikan Agama Islam. Pelajaran Jawi diajar melalui mata pelajaran Pendidikan Agama Islam mulai Tahun 3. Mata pelajaran Pendidkan Agama Islam mendapat tambahan masa 30 minit dalam seminggu. Tambahan masa 30 minit mulai Tahun 3 adalah untuk Pelajaran Jawi.( Surat Pekeliling. KP. TKPP II, 11/41 bertarikh 14 Disember 1984) Dr.Arfah A.Aziz, 1992 menegaskan bahawa proses pengajaran dan

pembelajaran jawi telah dicapkan sebagai proses yang membosankan murid, tidak ada ruang untuk para guru memasukkan apa-apa pembaharuan atau perubahan dan tidak menunjukkan peningkatan murid yang tinggi. Keadaan ini membawa implikasi yang

negatif terhadap usaha Kementerian Pendidikan untuk memajukan penggunaan skrip jawi sebagai sebahagian daripada bidang Pengajian Melayu di semua peringkat persekolahan. Pada umumnya tulisan jawi dieja mengikut kebiasaan penulis namun dalam hal ini wujud ketidakseragaman dalam penulisan jawi.penulisan jawi perlu kepada satu sistem dan kaedah yang sistematik serta selaras dalam semua penggunaannya. Setakat ini, proses penyelarasan sistem ejaan jawi masih dijalankan. Namun penerimaan masyarakat dalam hal ini adalah tidak sekata kerana ejaan jawi bukan sesuatu yang boleh dieja secara qiyas seperti ejaan rumi. Ini kerana ejaan jawi mempunyai ciri-ciri dan keistimewaan yang tersendiri serta unik. Ia merupakan warisan melayu yang dibina berasaskan kepada huruf-huruf al quran dan sebahagian ejaan juga di ambil dari kaedah ejaan dalam al quran. Dalam pelaksanaan kemahiran jawi dalam KBSR ini, ia akan disusuli dengan satu program yang dikendalikan oleh guru-guru j-QAF iaitu pemulihan jawi. Pemulihan jawi ini dilaksanakan untuk membantu murid yang tercicir dalam matapelajaran jawi. Kebolehan dalam penulisan dan Bacaan Jawi

Menurut satu kajian yang telah dijalankan oleh ustaz zali bin muda dari jabatan pendidikan islam dan moral,Murid-murid telah dinilai kebolehan diri mereka dalam tiga bidang kemahiran , iaitu bacaan , kefahaman dan penulisan. Mereka diberi markah bagi setiap aspek kemahiran iaitu sangat baik, agak baik, sederhana dan lemah. Jadual 1: Kebolehan dalam kemahiran Jawi Bidang S.Baik (%) Bacaan Penulisan Kefahaman 16 2 9 Agak Baik (%) 52 36 47 Sederhana (%) 26 43 34 lemah (%) 6 18 10

Dari segi kemahiran penulisan didapati 43% murid-murid adalah sederhana pencapaiannya dan dua peratus sangat baik dalam bidang kemahiran ini. Seramai 47% daripada murid yang diuji kemahiran membaca tulisan Jawi di dapati 16% sahaja mendapat pencapaian sangat baik dan 6 % sahaja yang lemah. Dari segi kefahaman pula 47% pencapaian agak baik dan 9% pula adalah sangat baik.

Kepentingan mempelajari jawi Antara masalah yang begitu ketara yang dihadapi oleh murid-murid sekolah adalah kelemahan dalam membaca dan menulis jawi. Masalah ini bukan sahaja menimbulkan masalah dalam pembelajaran tetapi juga menimbulkan kesukaran kepada guru-guru pendidikan islam yang mengajar matapelajaran jawi. Untuk itu, dengan mempelajari jawi, kelemahan ini dapat diatasi. Kelemahan ini berpunca apabila tulisan jawi tidak lagi diajar di sekolah kerajaan sejak tahun 1960 yang menyebabkan kemerosotan kemahiran murid dalam menulis dan membaca jawi. Namun begitu atas desakan masyarakat, tulisan jawi dimasukkan semula dalam silibus KBSR pada tahun 1982 sebagai sebahagian dari pendidikan islam bagi murid tahun 3 hingga tahun 6. Dan langkah mengatasi masalah ini juga semakin menampakkan kesan apabila program jQAf dilancarkan pada tahun 2005 untuk memulihkan murid-murid yang tercicir dalam matapelajaran jawi ini. Seterusnya, dengan mempelajari jawi, ia dapat memantapkan penggunaan tulisan jawi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, bagi murid- murid yang menghadiri sekolah agama pada sebelah petang, mereka lebih mudah mempelajari, memahami dan membaca tulisan jawi berbanding murid yang tidak menghadiri mana-mana kelas agama. Ini kerana di sekolah-sekolah agama, penggunaan tulisan jawi merupakan perkara asas samada dalam pengajaran dan pembelajaran, pembuatan soalan ujian dan penilaian, penerbitan buku teks, malah dalam pentadbiran, penggunaan tulisan jawi lebih mendapat perhatian.

Melalui pemerhatian yang dapat kita buat di sekeliling kita, anak-anak yang tidak mempunyai asas yang kukuh tentang ilmu penulisan jawi, mereka agak sukar untuk memahirkan diri dalam membaca al quran. Ini kerana, jika melihat pada sejarah kewujudan tulisan jawi ini, ia merupakan satu pengadaptasian dari huruf-huruf al quran malah terdapat sebahagian dari sistem ejaannya juga diambil dari kaedah ejaan al quran. Justeru itu, dengan mempelajari jawi, anak-anak atau generasi muda yang masih lemah dalam penguasaan bacaan al quran, ia dapat mengatasi kelemahan ini sedikit demi sedikit. Selain itu, kita dapat melihat keruntuhan nilai-nilai islam dalam diri generasi muda khususnya adalah berpunca dari kurangnya penghayatan terhadap ajaran islama dan nilai-nilai yang dibawa. Jika dibentuk satu kronologi, dapatlah dikaitkan antara kepentingan mempelajari jawi dengan punca masalah sosial yang berlaku sekarang. Generasi muda menghadapi masalah keruntuhan akhlak kerana kurangnya

penghayatan terhadap islam, kurangnya penghayatan terhadap islam pula berpunca dari kurang ilmu agama, kurangnya ilmu pula bermula apabila masyarakat mula mengenepikan budaya membaca bulu-buku agama, pembacaan buku-buku agama pula diketepikan kerana hilangnya minat untuk membaca, hilangnya minat membaca bermula dari ketidakfahaman individu akan bahan yang dibacanya, ketidak fahaman ini pula berpunca dari ketidakbolehannya membaca dan memahami tulisan jawi kerana kitab-kitab lama ditulis dalam tulisan jawi oleh para ulama, namun usaha untuk menterjemahnya dalam tulisan rumi juga masih pada tahap minimum. Begitupun, usaha-usaha penterjemahan ini ada pro dan kontranya pula, pro nya adalah ilmu agama dapat disebar luaskan, namun kontranya pula, ia akan mengikis keperluan untuk mempelajari ilmu jawi dan ia bakal mengakibatkan hilangnya warisan pusaka melayu yang satu ini. Antara lain kepentingan mempelajari jawi ini juga ialah ia dapat membantu para pengkaji untuk mengkaji peradaban silam. Ini kerana manuskrip-manuskrip peradaban nusantara khususnya melayu banyak ditulis menggunakan tulisan jawi seperti batu persurat Terengganu, hukum kanun Melaka dan undang-undang laut Melaka.

Seterusnya, melalui pembelajaran dan penggunaan tulisan jawi, ia juga dapat memartabatkan islam di mata masyarakat justeru menunjukkan islam itu satu agama yang indah dan unik. Ideologi atau doktrin yang diterima oleg masyarakat sejak zaman berzaman,mereka menganggap jawi sebagai tulisan rasmi islam. bagi mereka, tulisan jawi disinonimkan dengan identiti islam. pemikiran ini juga dapat dikaitkan dengan sejarah kewujudan tulisan jawi sepertimana yang disebutkan sebelum ini. Langkah-langkah Penyempurnaan Ejaan Jawi (1981-1989). Dua usaha penting pada peringkat awal penyempurnaan sistem tulisan dan ejaan Jawi ialah usaha yang dibuat oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Diraja Johor (P.Bm.P.B) yang menerbitkan sistem ejaan Jawi pada tahun 1937
,

dan usaha yang

dibuat oleh Allahyarham Zainal Abidin bin Ahmad (seterusnya disebut Za'ba) pada tahun 1939. Tulisan Jawi yang terpakai di sektor pendidikan dan dalam pelbagai urusan sejak awal abad ini hingga tahun 1986 ialah Sistem Ejaan Jawi Za'ba (seterusnya disebut Jawi Za'ba) yang diasaskan pada tahun 1939 itu. Selepas itu, usaha untuk meneliti dan menyempurnakan ejaan Jawi tidak berlaku sehingga akhir tahun 1970-an, kecuali oleh pihak swasta seperti Penerbit Majalah Dian. Dalam dekad 1980-an, antara usaha yang diambil untuk menyempurnakan sistem ejaan Jawi diperturunkan di bawah. i) Pada tahun 1981, Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia (yang dilantik oleh Y.B. Menteri Pendidikan) telah memperakukan supaya "Sistem Ejaan Jawi yang ada sekarang hendaklah dikaji semula dan diperkemas. Sebuah buku Daftar Ejaan Rumi-Jawi yang lengkap hendaklah diusaha dan diterbitkan dengan segera". ii) Untuk melaksanakan perakuan tersebut, Dewan Bahasa dan Pustaka telah melantik sebuah Jawatankuasa Mengkaji Semula Sistem Ejaan Jawi pada bulan Februari tahun 1983 (seterusnya disebut Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP). Jawatankuasa tersebut dianggotai oleh pakar-pakar sistem ejaan Jawi yang mewakili Pusat Perkembangan Kurikulum, Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia, dan Pusat-pusat Pengajian Tinggi Tempatan . Bidang Tugas Jawatankuasa ini ialah membuat kajian semula terhadap

Sistem Ejaan Jawi Za'ba ( Pelita Bahasa Melayu Penggal I [Permulaan Nahu Melayu] tahun 1941, dan Daftar Ejaan Melayu [Jawi-Rumi] tahun 1949), Sistem Ejaan Jawi Dian (Majalah Dian) dan sistem ejaan Jawi yang digunakan dalam penerbitan-penerbitan Syarikat Utusan Melayu Sdn. Berhad , serta beberapa penerbitan Jawi yang lain. iii) Hasil kajian Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP (1983) itu dibentangkan dalam Konvensyen Tulisan Jawi (Anjuran Yayasan Islam Terengganu, dan Dewan Bahasa dan Pustaka) yang diadakan pada 9-11 April 1984 di Terengganu. Konvensyen ini dihadiri oleh 150 orang pakar tentang ejaan Jawi, termasuk mereka yang fasih dalam bahasa Arab dan ahli agama Islam, yang terdiri daripada wakil-wakil jabatan kerajaan, pusat pengajian tinggi, institusi dan badan sukarela di seluruh negara, serta beberapa perwakilan rasmi dari negara Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura, dan Thailand. iv) Cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP telah diterima dengan baik oleh peserta Konvensyen di Terengganu itu. Hasilnya telah dirumuskan dan disusun oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 1985, dan diterbitkan pada tahun 1986 dalam bentuk buku berjudul Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (seterusnya disebut PEJYD). v) Dalam tahun 1987, Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP telah mengadakan pertemuan dan menerima pandangan daripada beberapa orang pakar serta bersetuju membuat sedikit pembaikan ke atas rumusan yang terkandung dalam PEJYD tahun 1986 itu. Kemudian, naskhah pedoman tersebut diperkemas dan diterbitkan sebagai edisi kedua dengan judul PEJYD yang sama pada tahun 1987. vi) Dengan berdasarkan PEJYD (1987) itu, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menyusun Daftar Ejaan Rumi-Jawi yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1988. Senarai kata masukan adalah berdasarkan senarai kata masukan dalam buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1998). vii) Daftar Ejaan Rumi-Jawi (1988) ini telah diterima dengan pelbagai reaksi oleh pengguna kerana terdapat beberapa banyak kesalahan pengejaan kata. Berdasarkan pandangan beberapa orang pakar, daftar ini telah disemak semula dan diterbitkan

cetakan kedua pada tahun 1989 . Dalam cetakan kedua ini, terdapat pembetulan terhadap beberapa perkataan yang dicetak salah atau kurang tepat pengejaannya dalam cetakan pertama, terutama perkataan pinjaman dan serapan daripada bahasa Arab. Buku cetakan kedua tahun 1989 ini memansuhkan penggunaan buku cetakan pertama tahun 1988. Beberapa kesalahan pengejaan kata yang masih terdapat di dalamnya akan dibetulkan supaya sesuai dengan PEJYD . viii) Kini, Dewan Bahasa dan Pustaka sedang menyusun edisi kedua Daftar Ejaan Rumi-Jawi . Daftar ini akan mengandungi semua kata dasar dan kata terbitan yang terdapat dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu umum dewasa ini. Dengan terbitnya daftar ini kelak, maka cara pengejaan kata dalam tulisan Jawi bagi semua bentuk kata dasar dan kata terbitan umum dapat diselesaikan dan disebarkan.

Perbezaan jawi klasik dan jawi moden Jawi klasik Dalam sistem ejaan jawi Jawi moden yang Selepas tahun 1986, pembaikan dalam

diperkenalkan sebelum tahun 1986, sistem sistem ejaan jawi sedia ada dibuat sedikit ejaan yang ada adalah tidak seragam demi sedikit menjadikan ia lebih seragam

Sistem ejaan klasik yang dipelopori oleh Selepas kajian semula dibuat, sistem Za`ba didapati masih ada beberapa ejaan jawi yang ada kini lebih sistematik

klemahan dan kekurangan yang perlu dengan kaedah-kaedah yang lebih mudah diperbaiki. Apabila perkara ini disedari difahami dan dipelajari. oleh para pengkaji dari pihak swasta, mereka mendesak agar sistem yang sedia ada dikaji semula. Sistem ejaan jawi yang diperkenal Sistem jawi moden yang ada pada masa

sebelum ini atau lebih dikenali sebagai kini adalah sistem yang telah diselaraskan jawi klasik ini adalah tidak selaras dengan dengan perkembangan sistem ejaan rumi perkembangan ejaan rumi. menjadikan kaedah mempelajarinya juga hampir serupa dengan kaedah

mempelajari bahasa melayu atau ejaan rumi seperti penggunaan suku kata

terbuka tertutup dan sebagainya yang diketuai oleh pak Matlub.

You might also like