Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 30

1

KULIAH 1 PENDIDIKAN UNTUK MURID KEPERLUAN KHAS HASIL PEMBELAJARAN Pelajar dapat: 1. Menjelaskan konsep kanak-kanak berkeperluan khas 2. Menerangkan definisi dan konsep Pendidikan Khas. 3. Menjelaskan konsep dan pelaksanaan jenis program Pendidikan Khas di Malaysia. Latihan 1.1 Apakah perbezaan antara murid berkeperluan khas dengan murid kurang upaya daripada segi konsep dan ciri? Pada pendapat anda mengapakah program pendidikan khas perlu diwujudkan di negara ini? Rumuskan definisi Pendidikan Khas. Apakah perbezaan dan persamaan antara program Pendidikan Khas dengan program pendidikan biasa? KEPELBAGAIAN ISTILAH BAGI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS Kanak-kanak luar biasa (exceptional children) Kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa; merangkumi mereka yang mengalami kesukaran dalam pembelajaran dan juga mereka yang menunjukkan pencapaian yang tinggi daripada kanak-kanak biasa. Kanak-kanak kurang upaya (children with disabilities) Kekurangan atau kehilangan fungsi anggota badan atau organ sering digunakan secara sinonim dgn mereka yang mempunyai ketidakupayaan atau ketidaksempurnaan. Ketidakupayaan ini menghalang dan menghadkan keupayaan mereka dalam melaksanakan tugas-tugas yang dapat dilakukan oleh orang biasa. Kanak-kanak yang mengalami kecacatan (handicapped Children) Masalah yang dihadapi oleh mereka yang mempunyai ketidakupayaan atau kecacatan ketika berinteraksi dengan dengan persekitaran. Kanak-kanak berisiko (at risk children) Mereka tidak mengalami kecacatan tetapi dianggap mempunyai kemungkinan yang besar mengalami sesuatu kecacatan. Mereka menghadapi masalah dalam kelas biasa dan berisiko untuk menjadi cacat.

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS Pendidikan khas bukan sahaja perlu diketahui oleh mereka yang terlibat bersama golongan kanakkanak khas, tetapi perlu diketahui oleh setiap lapisan masyarakat, terutamanya para guru di sekolah. Ini penting bagi membantu para guru mengenal pasti kanak-kanak yang mungkin menghadapi masalah dalam pembelajaran yang dapat dikaitkan dengan faktor-faktor tertentu. DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN KHAS Pendidikan Khas ialah pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak dengan keperluan khas. Mereka termasuklah golongan yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran, serta yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan pintar cerdas. Pendekatan definisi baharu kanak-kanak dengan keperluan khas menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan, dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran perkembangan (developmental skills). Pendekatan tradisi atau terdahulu menekankan kepada kecacatan dan ketidakupayaan individu. Special education means specially designed instruction that meets the unusual needs of exceptional children. (Hallahan & Kauffman, 1994)

2
"...Pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. PK menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak dapat disediakan dalam kurikulum yang standardize atau biasa." (Culcatta, R.A., & Tompkins J.R. Fundamentals of Special Education, 1999)

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS: " Pendidikan khas di Malaysai adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan peroduktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. OBJEKTIF PENDIDIKAN KHAS Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk murid-murid dengan keperluan khas Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas CIRI-CIRI KHAS PENDIDIKAN KHAS 1. Guru-guru terlatih khas 2. Pendekatan pelbagai disiplin 3. Program pendidikan yang diindividukan (Individualized Education Programme) 4. Kurikulum yang khas 5. Objektif pengajaran yang nyata, bermakna, khusus dan bersifat jangka pendek. 6. Penglibatan pelajar secara aktif dalam pembelajaran 7. Penilaian kemajuan yang kerap dan berterusan, dan rekod penilaian yang sesuai 8. Kaedah pengajaran yang khas 9. Kaunseling ibu bapa KHIDMAT YANG DISEDIAKAN OLEH KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT (Maklumat Pendidikan Khas 2007) Cacat fizikal yang teruk Rencatan akal sederhana dan teruk Pelbagai kecacatan dan Kecacatan yang tidak membolehkan kanak-kanak tersebut belajar di sekolah-sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia adalah: Sindrom Down Autisme ringan Attention Deficit Hyperaktif Disorder Terencat akal minimum Bermasalah pembelajaran spesifik (disleksia)

KONSEP PROGRAM KHAS MENURUT AKTA PENDIDIKAN 1996 Program Khas bererti: 1. Satu program yang disediakan di sekolah khas* bagi murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran. 2. Program Percantuman/Integrasi di sekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau masalah pembelajaran; dan 3. Program Pendidikan Inklusif bagi murid-murid yang berkeperluan khas yang boleh menghadiri kelas biasa bersama-sama murid biasa. Konsep Sekolah Khas menurut Akta Pendidikan 1961 Sekolah Khas ialah sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk murid-murid yang kurang upaya. Latihan 1.2 Siapakah yang layak mengikuti program pendidikan khas di sekolah penuh kerajaan?

3
Jelaskan konsep least restricted environment. Beri penerangan ringkas tentang: a. sekolah khas b. program pendidikan khas integrasi c. Pendidikan inklusif

SENARIO PENDIDIKAN KHAS Akta Pendidikan 1996: Murid-murid berkeperluan khas di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan ditakrifkan sebagai murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang dimaksudkan ialah mereka yang ada masalah kognitif yang dianggap boleh diajar (educatable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal yang merangkumi: Kanak-kanak Down Syndrom Kanak-kanak Autistik Ringan Kanak-kanak kurang keupayaan mental Kanak-kanak bermasalah emosi Kanak-kanak bermasalah kesihatan Kanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturan 1998: Jab. Pendidikan Khas diberi tanggungjawab mengendalikan Program Pendidikan Pemulihan Khas bagi kanak-kanak lembam (slow learner). Syarat Penyertaan Program Khas: Bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di Malaysia, kanak-kanak yang boleh dididik adalah layak untuk mengikuti program khas, kecuali mereka yang: (a) cacat angota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa (b) mempunyai pelbagai kecacatan atau yang mengalami kecacatan anggota yang terlalau serius, atau yang terencat akal yang berat (homes/hospital/bawah JKM). Jadi murid berkeperluan khas adalah mereka yang boleh dididik jika mereka mampu mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain dan disahkan oleh panel yang terdiri daripada : pengamal perubatan, pegawai dari kementerian pendidikan dan pegawai dari JKM sebagai berupaya mengkuti program pendidikan kebangsaan.

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS KPM i. ii. iii. 1. 2. 3. Dikendalikan oleh: J.P. Khas (JPK) J.P. Negeri (JPN) J.P. Teknikal (JPT) 3 jenis program: Sekolah Pendidikan Khas (SPK) Program Inklusif Program Pendidikan Khas Integrasi

STRUKTUR PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI

JABATAN PENDIDIKAN KHAS

JABATAN PE TEKNI

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI/ INKLUSIF SEK. MEN. & REN. BIASA

PROGRAM SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS

PROGR PENDIDIKA INTEGR VOKASI

SEK. MEN. & REN. PENDIDIKAN KHAS

SM. TEK POLITE

MASALAH PENGLIHATAN MASALAH PENDENGARAN


MASALAH PEMBELAJARAN PROGRAM PUMULIHAN KHAS
BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ditubuhkan pada 1 Oktober 1995 bertanggungjawab untuk: merancang dan mengurus semua sekolah pendidikan khas rendah dan menengah, merancang dan menyelaras semua program pendidikan khas integrasi (percantuman), merancang, menyelaras dan menilai dasar- dasar dan peraturan dari segi peluang pendidikan yang seimbang, khidmat Bantu dan sokongan bagi pelajar pendidikan khas dan dasar pendidikan vokasional pendidikan khas merancang kurikulum, aktiviti dan hal ehwal pendidikan khas, menyediakan perancangan, penyelidikan dan penilaian pendidikan khas, menyediakan perancangan latihan dan pembangunan staf, dan menyelaras Program Pendidikan Pemulihan Khas.

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS Program pendidikan khas bererti (AKTA PENDIDIKAN 1996) 1. Satu program yang disediakan di sekolah khas bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran. 2. Satu program percantuman di sekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau masalah pembelajaran; dan 3. Satu program pendidikan inklusif bagi murid-murid yang berkeperluan khas yang boleh menghadiri kelas biasa bersama dengan murid-murid biasa. JENIS PROGRAM PENDIDIKANKHAS: (1) SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS (SPK) Di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Khas (JPK) Sekolah yang menyediakan perkhidmatan khas untuk murid bermasalah pendengaran dan penglihatan (rendah dan menengah). (a) Prasekolah Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas ialah: - berumur tidak kurang dari lima (5) tahun - disahkan oleh pengamal perubatan - boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

(b) Pendidikan Rendah Syarat kemasukan murid ke Program PendidikanKhas Kementerian Pendidikan Malaysia ialah: berumur 6+ hingga 14+ tahun Tempoh minimum belajar: 6 tahun (tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum) disahkan oleh pengamal perubatan, dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain. Semua sekolah rendah pendidikan khas (masalah penglihatan & pendengaran) mengikuti aliran akademik dan menggunakan Kurikulum Kebangsaan. Mereka akan menduduki UPSR semasa Tahun Enam. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan minum percuma, dan bantuan kewangan RM50 sebulan (bagi mereka yang berdaftar sebagai OKU).

6
Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif (c) Pendidikan Menengah Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia ialah: berumur 13+ hingga 19+ tahun Tempoh minimum belajar: 5 tahun (tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum) disahkan oleh pengamal perubatan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain. Pendidikan menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu dan vokasional. Murid bermasalah penglihatan dan pendengaran boleh mengikuti pendidikan menengah aliran akademik di sekolah menengah yang mempunyai program Pendididkan Khas Integrasi atau di Sekolah Pendidikan Khas (contoh: SMPK Persekutuan Pulau Pinang atau SMPK Setapak) Mereka menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) spt murid di arus perdana. Manakala murid bermasalah pembelajaran akan mengikuti Program Khas Integrasi menengah dan penilaian dibuat berdasarkan pencapaian mereka di peringkat sekolah. Selepas Tingkat 3, mereka diberi peluang untuk membuat pilihan untuk meneruskan pelajaran dalam bidang akademik atau vokasional. Murid bermasalah penglihatan akan menduduki SPM dan seterusnya mengambil STPM bagi yang layak. Mereka yang memilih aliran akademik boleh meneruskan pelajaran ke sekolah menengah pendidikan khas atau sekolah yang mempunyai program Pendidikan Khas Integrasi.

BILANGAN SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS MENGIKUT KATEGORI KETIDAKUPAYAAN DI BAGI TAHUN 2010 Kategori Masalah Penglihatan + Masalah Pendengaran Prasekolah & Sekolah Rendah Sekolah Menengah Jumlah 28 (+ 1 kelas BP) 4 (+23 kelas BP) 32

Nota: BP-Bermasalah Pembelajaran; Sekolah Menengah: SMPK Setapak, SMPK Persekutuan, SMPVK Shah Alam (ada 8 kelas BP), & SMPVK Indahpura (ada 15 kelas BP) Sumber: Data Pendidikan Khas 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia

JUMLAH KELAS MENGIKUTI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS MENGIKUT KATEGORI KETIDAKUPAYAAN DI SEKOLAH KHAS BAGI TAHUN 2010 Kategori Prasekolah Sekolah Rendah Sekolah Menengah Jumlah 22 51 23 76 336 41

Masalah Penglihatan 5 49 Masalah Pendengaran 22 263 Masalah Pembelajaran 1 17 Sumber: Data Pendidikan Khas 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia

(d) Pendidikan Pasca Menengah Jabatan Pendidikan Teknikal juga memberi peluang kepada murid-murid bemasalah pendengaran untuk melanjutkan pelajaran di politeknik dengan menawarkan kursus-kursus teknikal, elektrik, perhotelan dan rekaan fesyen. Politeknik yang terlibat ialah: Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Politeknik Johor Bharu Politeknik Shah Alam Kursus yang ditawarkan ialah: Penyelenggaraan mekanikal Awam Pembinaan Rekaan dan Fesyen dan Pakaian

7
Hotel dan Ketering Rekabentuk grafik

(2) PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI Di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Untuk murid bermasalah pembelajaran, pendengaran, dan penglihatan. Untuk memastikan murid khas mendapat pendidikan dalam persekitaran terhadap yang minimum (LRE). Murid ditempatkan di kelas khas di sekolah harian biasa supaya mereka dapat bergaul dengan murid biasa dan tidak rasa terpinggir. Program diwujudkan di sekolah harian biasa (rendah, menengah, dan sekolah teknik/vokasional) yang menggunakan pendekatan pengajaran pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

Pelaksanaan Program Pendidikan Khas Integrasi PERKEMBANGAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI MENGIKUT KATEGORI KETIDAKUPAYAAN TAHUN 2010 Kategori Prasekolah Sekolah Rendah Sekolah Menengah Jumlah Masalah Penglihatan 27 Masalah Pendengaran 66 Masalah Pembelajaran 144 1,089 Sumber: Data Pendidikan Khas 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia 25 50 532 52 116 1,785

PERKEMBANGAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI MENGIKUTI BILANGAN MURID KETIDAKUPAYAAN TAHUN 2010 BIL MURID Prasekolah Sekolah Rendah Sekolah Menengah Jumlah Masalah Penglihatan 169 292 Masalah Pendengaran 531 859 Masalah Pembelajaran 665 25,038 15,331 Sumber: Data Pendidikan Khas 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia PROGRAM PENDIDIKAN KHAS TEKNIK DAN VOKASIONAL Ditadbir oleh Jabatan Pendidikan Teknikal, manakala JPK bertanggungjawab terhadap perkaraperkara berkaitan dengan dasar dan pengisiannya. Murid bermasalah pendengaran yang memilih aliran vokasional atau elektif mata pelajaran vokasional (MPV) boleh meneruskan pelajaran di sekolah menengah pendidikan khas atau sekolah menengah teknik. (a) Pendidikan Teknik dan Vokasional di SPK Tahun 2010 1. SMPK Persekutuan Pulau Pinang (bermasalah pendengaran) 2. SMPKV Shah Alam (bermasalah pendengaran & bermasalah pembelajaran) 3. SMPKV Indah pura, Kulai, Johor (bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran & bermasalah pembelajaran 4. SMK Ibrahim Fikri, Kuala Terengganu (bermasalah pendengaran) 5. SMK Dato Patinggi Haji Abdul Gapor, Kuching, Sarawak (bermasalah pendengaran) 6. SMK Tunku Ampuan Durrah, N. Sembilan (bermasalah pendengaran) (b) Pendidikan Khas Integrasi Teknik dan Vokasional - Untuk murid PK bermasalah pendengaran - Sekolah-Sekolah Menengah Teknik (SMT) Tahun 2010: 1. SMT Jalan Stadium 2. SMV Kerian, Perak 3. SMV Batu Pahat, Johor 4. SM Teknik Tanah Merah, Kelantan 5. SMT Keningau, Sabah PENTAKSIRAN MURID PENDIDIKAN KHAS Semua murid pendidikan khas yang mengikuti kurikulum kebangsaan menduduki peperiksaan awam spt UPSR, PMR, SPM, dan STPM (pasca menengah) Bagi murid yang mengikuti kurikulum alternatif: Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLKV): menduduki penilaian Standard Kemahiran Kebangsaan (SKK) dan boleh ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia. Kurikulum yang dibina khusus oleh Bahagian Pendidikan Khas: akan mengikuti penilaian berasaskan sekolah dan dianugerahkan Sijil Perakuan Sekolah dan Sijil Khas Vokasional. (3) PROGRAM INKLUSIF (PI) Peraturan Pendidikan 1997 (Akta Pendidikan 1996) mengakui hak murid berkeperluan khas untuk diinklusifkan dalam kelas biasa. 461 116 41,034

9
Peraturan (2) menyebut, PI bermaksud: satu program pendidikan inklusif bagi murid -murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid-murid biasa. Telah dimasukkan dalam Sasaran Kerja Utama (SKU) Kementerian Pendidikan pada tahun 2000 iaitu: 6.1 mengintegrasikan pelajar yang mempunyai keperluan khas di sekolah biasa. Ditadbir oleh JPN Murid khas belajar bersama-sama pelajar normal dalam kelas biasa dan diajar oleh guru biasa serta dibantu oleh Guru Resos Pendidikan Khas. Tujuannya adalah untuk membangkitkan perasaan memiliki dan dimiliki dan seterusnya mencetuskan semangat kekitaan, bekerjasama, bantu-membantu dan hidup bermasyarakat tanpa berperasaan menyingkirkan atau mengasingkan pihak kecil yang dibawa masuk.(Mohd Siraj Awang,1996) Bertujuan menggalakkan interaksi antara pelajar khas dengan pelajar biasa di samping memperakui hak pendidikan yang sama untuk semua kanak-kanak tanpa mengambil kira perbezaan individu. Diperkembangkan daripada amalan pendidikan integrasi untuk membolehkan murid khas belajar dalam iklim persekolahan senormal yang boleh. Peraturan Pendidikan (PK) 1997 (Akta Pendidikan 1996) mengakui hak murid berkeperluan khas untuk diinklusifkan dalam kelas biasa. Terdapat 2 jenis PI: Inklusif Penuh Inklusif Separa/Separuh Inklusif Program PI dimulakan pada 1993 (3 orang pelajar ditempatkan di Ting. 6 Rendah di SM. Methodist (L), KL. 1994- Pembukaan kelas PI secara projek perintis di 14 buah sekolah di seluruh negara (pemilihan pelajar adalah melalui program percantuman/sekolah khas, 2 atau 3 orang dalam 1 sekolah). 1998- 53 buah sekolah rendah; 10 buah sekolah menengah 1999- Jab. Teknikal melaksanakan Inklusif penuh untuk pelajar Masalah Pendengaran (24 orang di 11 S.M. Teknik/ Vokasional). 2000- diubahsuai kepada separa inklusif, program diluaskan kepada murid Masalah Pembelajaran di S.M. Teknik/vokasional. 3 buah Politeknik melaksanakan Inklusif bagi pelajar Masalah Pembelajaran pada Jun 2000.

(4) PROGRAM PEMULIHAN KHAS Merupakan program yanG disediakan bagi membantu murid-murid mengatasi masalah belajar yang khusus terutamanya dalam penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M). Murid yang telah dikesan dan dikenal pasti sebagai belum menguasai kemahiran asas 3M pada tahap satu akan mengikuti Program Pemulihan Khas. Program ini berada di hampir semua sekolah rendah. Program yang dijalankan ialah Program Pendidikan Pemulihan Khas Tahap Satu (PKTS). Murid disaring dengan menggunakan IPP3M 1 (murid Tahun 1), IPP3M2 (murid Tahun 2), dan IPP3M 3 (murid Tahun 3). Pendekatan pengajaran dan pembelajaran ialah dengan menggunakan sistem pengasingan sementara (withdrawal) (5) PROGRAM BERMASALAH PEMBELAJARAN SPESIFIK DISLEKSIA KPM mendefinisikan murid yang mengalami masalah pembelajaran disleksia sebagai murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid biasa tetapi mempunyai kesukaran yang tinggi dalam kemahiran mengeja, membaca, dan menulis. Syarat kemasukan ke program ini: - murid telah mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran pada tahun 1 sekurang-kurangnya 6 bulan, - murid telah mengikuti proses pemulihan sama ada pemulihan dalam bilik darjah atau pemulihan khas, - keputusan saringan menggunakan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD) menunjukkan murid mengalami kebarangkalian disleksia, dan disahkan mengalami kebarangkalian disleksia oleh pengamal perubatan. Program rintis disleksia dilaksanakan pada tahun 2004: - 2 buah sekolah di setiap negeri kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (3 buah) - sebuah di Wilayah Persekutuan Labuan, menjadikan - jumlah: 31 buah Program ini dilaksanakan dengan menggunakan Model Pendidikan Khas Integrasi melalui kelas khas, pendekatan separa inklusif atau pengasingan

10

RUJUKAN Buku Maklumat Pendidikan Khas 2007. Kementerian Pelajaran Malaysia Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992). Pendidikan khas Dan pemulihan : bacaan asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Data Pendidikan Khas 2010. Kementerian Pelajaran Malaysia Kirk, S.A., Gallagher, J.J., & Anatasiow, N.J. (1993). Educating exceptional children (7th ed.). Boston: Allyn and Bacon.

Isu Pendidikan Inklusif. Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa.(Haji Sabri Salleh. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan. 1996) Pendidikan Inklusif menumpukan perhatiannya ke arah pengsealiran pelajar-pelajar berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal. Matlamatnya ialah memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal. Matlamat selanjutnya supaya pelajar-pelajar berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.(Mohd Siraj Awang. 1996). Ramai yang tidak faham mengapa murid Pendidikan Khas perlu belajar bersama dengan murid aliran perdana. Guru Pendidikan Khas dibayar elaun untuk mengajar mereka . Anggapan itulah yang selalu didengari atas alasan tidak mahu menerima hakikat bahawa murid pendidikan Khas belajar bersama dengan murid aliran perdana. Kebanyakan guru yang tidak faham merasa terbeban kerana kehadiran murid tersebut didalam kelas mereka. Selalu timbul persoalan kenapa guru Pendidikan Khas sendiri tidak mengajar anak murid mereka, kenapa perlu dihantar ke kelas aliran perdana dan pelbagai persoalan lagi. Kadangkala tekanan yang hebat juga diterima dari pentadbir yang langsung tidak membenarkan program inklusif dijalankan. Dasar yang telah ditentukan dalam Akta Pendidikan ini tidak memberi banyak makna kepada guru Pendidikan Khas kerana tekanan yang mereka diterima lebih menyakitkan. Persepsi negatif dalam kalangan pentadbir menjadi duri kepada guru-guru Pendidikan Khas meneruskan agenda pendidikan kepada murid-murid Pendidikan Khas. Maka tidak hairanlah ramai antara rakan kami tidak inklusifkan murid mereka kerana tidak sanggup menghadapi tekanan yang sedemikian. Masalah lebih berat lagi jika ada guru aliran perdana yang tidak mahu menerima murid inklusif tersebut kerana mereka sudah ada target dan tov untuk murid mereka. Bagi kebanyakan guru aliran perdana sukar menerima mereka kerana terpaksa menyediakan pelaporan dan dokumentasi. Bagi guru Pendidikan Khas cabarannya ialah terpaksa mengajar dengan menggunakan dua sukatan yang berbeza. Sukatan aliran perdana untuk murid inklusif dan sukatan alternatif bagi murid Pendidikan Khas. Modifikasi dalam sukatan tersebut tidak menjadi masalah sebenarnya , guru Pendidikan Khas sanggup menyahut cabaran tersebut asalkan murid berjaya. Namun demikian isunya tidak tamat begitu sahaja. Timbul pula masalah pemberian markah dan kewibawaan guru Pendidikan Khas dipertikai dalam menyemak kertas soalan dan kelayakan memberi markah mengikut skema mereka. JIka markah tinggi guru Pendidikan Khas dikatakan memberi jawapan dan membantu murid dalam peperiksaan. Begitulah tanggapannya seolah murid Pendidikan Khas tidak layak belajar apa-apa pun dan guru Pendidikan Khas tidak ada kelayakan sebagai seorang guru. Malahan paling menyedihkan hak murid untuk mendapatkan masa tambahan dalam peperiksaan dinafikan kerana tenaga guru Pendidikan Khas juga digunakan dalam peperiksaan aliran perdana. Kajian Haniz Ibrahim (1998) mendapati bahawa guru aliran perdana sekolah rendah dan menengah bersikap negatif terhadap pendidikan inklusif. Penerimaan guru aliran perdana terhadap murid yang belum didiagnosis lebih positif berbanding murid yang sudah dilabel dengan sesuatu masalah.

11

Cadangan mengatasinya: Pendidikan Inklusif menumpukan perhatiannya ke arah pengsealiran pelajar-pelajar berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal. Matlamatnya ialah memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal. Matlamat selanjutnya supaya pelajar-pelajar berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.(Mohd Siraj Awang. 1996) Penambaikannya bergantung terhadap sokongan dan komtmen pihak sekolah sendiri. Pihak pentadbiran perlu menunjukkan kesungguhan terhadap program inklusif dan kemudian barulah guru-guru aliran perdana yang terlibat akan rasa bertanggunjawab dengan murid Pendidikan Khas. Pihak sekolah juga perlu merasakan bahawa murid inklusif ini juga akan membantu menaikkan prestasi sekolah. Dengan demikian mereka juga akan turut fokus kepada murid inklusif . Keperluan pendidikan pelajar-pelajar berkeperluan khas berorientasikan kepada komuniti sebenar. Mereka sememangnya berhak untuk belajar seiring rakan-rakan normal yang sebaya dengan mereka di sekolah- sekolah biasa. Guru Pendidikan Khas memainkan peranan yang amat penting sebagai ejen pemangkin bukan sahaja kepada kejayaan pelajar itu sendiri bahkan juga kepada keberkesanan dan kejayaan sesebuah program Pendidikan Khas.

Kementerian Pendidikan, (1997) menyebut satu program bagi pendidikan murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa bersama dengan murid-murid biasa yang dinamakan program inklusif. Pendekatan integrasi dilaksanakan iaitu kanak-kanak ketidakupayaan belajar bersama-sama dengan rakan sebaya mereka dengan segala kemudahan pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan mereka (LynGow 1990) Guru pendamping memainkan peranan utama dalam mewujudkan suasana bekerjasama dan saling membantu dalam membantu meningkatkan prestasi murid. Guru pendamping harus bersikap positif dan professional, tidak mudah marah dan serta mempunyai kesabaran yang tinggi. Komitmen yang ditunjukkan akan memberi ruang dan masa untuk guru-guru aliran perdana menghormati sikap dan pendirian guru pendidikan khas. Dalam pelbagai aspek kita sebagai guru pendamping tidak perlu terlalu berkira dalam menjalankan tanggungjawab. Sekiranya guru aliran perdana boleh menerima baik anak murid kita maka janganlah kerana kebaikan itu kita mengambil kesempatan yang tidak professional. Guru-guru Pendidikan Khas perlu menjaga hubungan baik dengan guru-guru aliran perdana supaya maklumatmaklumat mengenai pendidikan inklusif dapat disampaikan dengan jelas . Mereka perlu diberi pengetahuan bagaimana perjalanan program inklusif tersebut dan kenapa program tersebut perlu dijalankan. Apabila diberi ruang dan peluang seperti yang dikehendaki maka perbuatlah dengan bersungguh-sungguh agar mereka tidak memandang mudah kepada tugas dan tanggungjawab guru Pendidikan Khas. GARIS PANDUAN PELAKSAAN INKLUSIF PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

1.0 APA ITU PENDIDIKAN INKLUSIF? Pendidikan Inklusif melibatkan pelajar dengan berkeperluan khas di dalam kelas biasa. Bantuan yang sesuai akan diberikan kepada mereka bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka.(KamariahJarji,1994). Abraham, Morris and Wald (1993): one in which children with and without disabilities learn and play together. Bowe (1995): an approach in wich children with disabilities (including those with severe disabilities) are placed in rooms with and receive services side by sidewith children who have no disabilities. 2.0 PENCALONAN Pencalonan dibuat berdasarkan kemampuan dan prestasi pelajar berkeperluan khas yang berada di program pendidikan khas integrasi yang dikenalpasti boleh :

12
1. Mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam aliran perdana 2. Bersosialisasi 3. Menduduki peperiksaan awam 3.0 KONSEP DAN DASAR PENDIDIKAN INKLUSIF Berkaitan dengan pendemokrasian pendidikan dan konsep keadilan kepada: i. Kanak-kanak mempunyai banyak persamaan ii. Agen yang baik boleh mengajar semua jenis kanak-kanak. iii. Semua kanak-kanak boleh dibekalkan dengan kualit pendidikan yang tinggi. iv. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid/childcentered. 4.0 OBJEKTIF PENDIDIKAN INKLUSIF. I. Membolehkan pelajar pendidikan khas mendapat tempat yg sama dalam pendidikan. II. Menempatkan pelajar pendidikan khas ini daalm persekitaran yang seakan normal mengikut kesesuaian pendidikan untuknya. III. Membolehkan pelajar pendidikan khas tersebut menyesuaikan diri dalam semua aspek kurikulum dan kokurikulum sejak dari awal. IV. Membuktikan bahawa mereka juga mempunyai kemahiran dan kebolehan yang setanding dengan rakan-rakan yang normal. V. VI. Membolehkan mereka hidup berdikari mengikut kelaziman orang normal. Mendapat perhatian dan tanggungjawab ibu bapa dan masyarakat.

5.0 PENEKANAN DALAM PENDIDIKAN INKLUSIF I. II. III. IV. V. VI. VII. Pemupukan budaya ilmu, iaitu melalui amalan membaca berfikir, berkarya dan belajar. Penerapan nilai-nilai murni. Pendidikan teknik dan vokesional spt pelajaran Kemahiran Hidup dan pelajaran Reka Cipta. Pendidikan sains teknologi serta penguasaan bahasa lain. Pemupukan budaya niaga & keusahawanan. Menanam semangat kenegaraan melalui sifat patriotisme dan perpaduan. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang komputer.

6.0 PERLAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF. I. Fleksibel dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan pengubahsuaian kurikulum mengikut aras dan keupayaan pelajar. II. Berasaskan kepada prinsip pengajaran iaitu dari senang ke susah dan dari mudah ke kompleks. III. Galakan kemahiran komunikasi dan interaksi. IV. Melibatkan pelajar dalam pengajaran dan bina keyakinan diri, daya saing dan daya tahan. Sediakan aktiviti P&P yg menarik. V. Berikan penekanan kepada kurikulum bersepadu. VI. Waktu bimbingan / resos dicatatkan dalam jadula waktu peribadi dan penulisan rph adalah sama. VII. Murid berkeperluan khas ditempatkan ke kelas mengikut keputusan mesyuarat . VIII. Guru pendidikan khas akan bersama murid berkeperluan khas sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. IX. Pelajar berkeperluan khas diberi tempoh percubaan 3 bulan untuk tujuan penyesuaian di program pendidikan inklusif. X. Penilaian: Penilaian pelajar berkeperluan khas dibuat dengan menggunakan senarai semak / ujian formatif dan sumatif dari aspek: a. Tingkah laku b. Sosial c. Akademik

13
Pelajar berkeperluan khas yang berjaya melepasi penilaian akan terus berada di program pendidikan inklusif. Pelajar berkeperluan khas yang gagal melepasi penilaian dalam tempoh percubaan akan kembali semula ke program pendidikan pra inklusif.

7.0 BENTUK PENDIDIKAN INKLUSIF 7.1 Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa pelajar mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti pelajar biasa. Senarai nama murid kekal dalam daftar kelas khas. Guru kelas biasa boleh merujuk atau meminta bantuan daripada guru pendidikan khas (guru pendamping) sekiranya terdapat sebarang masalah samada dari segi pembelajaran atau tingkahlaku. Pelajar pendidikan khas diberi peluang untuk mengambil peperiksaan awam 7.2 Pendidikan Separa Inklusif Pelajar mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja. Waktu selebihnya mengikuti program di kelas pendidikan khas. Senarai nama pelajar pada daftar program Pendidikan Khas. Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping. Ujian mata pelajaran terlibat sama dengan pelajar biasa. Program Pendidikan Inklusif ini boleh dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah bergantung kepada laporan prestas atau RPI oleh guru untuk menentukan samada pelajar itu layak atau sebaliknya.

8.0 MODEL-MODEL PENDIDIKAN INKLUSIF 1.Model A Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan pengubahsuaian kurikulum dan strategi P&P. 2.Model B Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan mendapat khidmat nasihat/bimbingan Guru Pendidikan Khas. 3.Model C Penempatan dalam kelas biasa dan dalam Kelas Khas/BilikResos/ Pusat Sumber. 4.Model D Penempatan di Sekolah Khas (BaseSchool) dan kelasSatellite di sekolah biasa.(OctopusModel) 5.Model E Penempatan sepenuhmasa di Sekolah Pendidikan Khas. 6.Model F Penempatan sepenuh masa di rumah kediaman.

9.0 KEBAIKAN PENDIDIKAN INKLUSIF 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Memberi peluang kepada mereka menimba pelbagai ilmu pengetahuan. Dapat berinteraksi dengan semua pelajar normal. Pelajar aliran perdana mendapat keuntungan dari usaha mereka membantu. Semua pelajar menikmati faedah dari pembelajaran bersama guru pendamping/ resos. Meningkatkan kerjasama antara pentadbir dengan guru-guru. Penglibatan ibu bapa dalam komuniti sekolah. Memungkinkan pelajar pendidikan khas mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti masyarakat setempat. Menyediakan lebih banyak peluang kepada pelajar-pelajar pendidikan khas untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.

10.0 KELEMAHAN PENDIDIKAN INKLUSIF I. Kurangnya tumpuan dan perhatian pelajar-pelajar pendidikan khas. II. Guru mata pelajaran sukar memberi tumpuan yang sepatutnya kepada pelajar pendidikan khas. III. Pelabelan terhadap pelajar pendidikan dalam kalangan rakan sebaya dan guru aliran perdana. IV. Sikap guru aliran perdana terhadap program inklusif dan sukar memberi kerjasama. V. Kurangnya komitmen antara guru mata pelajaran dan guru pendidikan khas.

14
VI. inklusif. VII. VIII. IX. Pelajar pelajar pendidikan khas belum bersedia sepenuhnya dalam pnp kelas Kurang penyeliaan dari pihak pentadbiran. Kurang kerjasama dari ibu bapa. Jurang yang besar dalam kurikulum .

11.0 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN INKLUSIF Peranan Dan Tanggungjawab A. Pengetua/Guru Besar i. Pengerusi Jawatankuasa program pendidikan inklusif sekolah. ii. Bertanggungjawab terhadap pentadbiran, pengurusan dan ikhtisas program pendidikan inklusif. iii. Bertanggungjawab terhadap Polisi dan Objektif. iv. Bertanggungjawab terhadap semua perancangan dan pelaksanaan program pendidikan inklusif di sekolah. v. Ketua Penilai dan Pemantau semua hasil kerja guru, dan murid program pendidikan inklusif di sekolah. vi. Ketua bimbingan bagi semua guru yang terlibat dengan program pendidikan inklusif di sekolah. vii. Merancang dan melaksana Program Motivasi murid program pendidikan inklusif.

B. Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas (GPKPK) i. Naib Pengerusi Jawatankuasa program pendidikan inklusif sekolah. ii. Bertanggungjawab terhadap pentadbiran, pengurusan dan ikhtisas program pendidikan inklusif. iii. Bertanggungjawab terhadap Polisi dan Objektif . iv. Bertanggungjawab terhadap semua perancangan dan pelaksanaan program pendidikan inklusif di sekolah. v. Penolong Ketua Penilai dan Pemantau semua hasil kerja guru, dan pelajar program pendidikan inklusif di sekolah. vi. Penolong Ketua bimbingan bagi semua guru yang terlibat dengan program pendidikan inklusif di sekolah. vii. Merancang dan melaksana Program Motivasi pelajar program pendidikan inklusif. B. Guru Kelas i. ii. semasa . iii. iv. v. Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif . Bersama guru pendidikan khas merancang dan menyediakan rancangan pengajaran Menerima kemasukan pelajar berkeperluan khas. Membuat penilaian. Membuat laporan prestasi pelajar berkeperluan khas.

C. Guru Mata pelajaran i. Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif . ii. Bersama guru pendidikan khas merancang dan menyediakan rancangan pengajaran semasa . iii. Menerima kemasukan pelajar berkeperluan khas. iv. Membuat penilaian. v. Membuat laporan prestasi pelajar berkeperluan khas. C. Guru Pendidikan Khas (Guru Pembimbing) i.Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif . ii.Merancang dan menyediakan rancangan pengajaran semasa bersama guru mata pelajaran. iii.Mengenalpasti kesediaan pelajar berkeperluan khas untuk ditempatkan di pra inklusif. iv.Merancang dan melaksanakan P&P di pra inklusif v.Menilai pelaporan prestasi dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. vi.Membimbing pelajar berkeperluan khas secara individu atau berkumpulan di Kelas Pendidikan Khas semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran di kelas aliran perdana.

15
vii.Menjalankan pengukuhan dan pengayaan pada pelajar berkeperluan khas selepas pengajaran dan pembelajaran di aliran perdana. viii.Mendapatkan kebenaran bertulis dari ibu bapa / penjaga berhubung dengan penempatan ke progran pendidikan inklusif. D. Murid Berkeperluan Khas i. Menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira). ii. Tiada masalah tingkah laku berat. iii. Bersedia belajar di kelas aliran perdana. iv. Boleh berinteraksi dengan semua pihak dengan baik. E. Rakan pembimbing i. Menerima kehadiran pelajar berkeperluan khas dalam kelas. ii. Rakan Pembimbing. iii. menjadi role model. F. Ibu bapa i. ii. iii. iv. Memberi sokongan moral terhadap pelajar berkeperluan khas. Memberi motivasi kepada murid berkeperluan khas. Membantu mengulangkaji pelajaran di rumah. Memberi kebenaran bertulis untuk mengikuti program pendidikan inklusif.

12.0 PRA INKLUSIF DI KELAS PENDIDIKAN KHAS Pra Inklusif merupakan penempatan sementara pelajar berkeperluan khas sebelum mengikuti program pendidikan inklusif dari aspek : 1. Kurikulum perdana 2. Masa pembelajaran 3. Asas kemahiran

13.0 MESYUARAT JAWATANKUASA INKLUSIF 1. Ahli jawatankuasa inklusif terdiri daripada: a. Pengerusi: Pengetua/Guru Besar b. Naib pengerusi: Guru Penolong Kanan Kurikulum/Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas c. Setiausaha: guru pendidikan khas d. Ahli jawatankuasa: i. Guru kelas ii. Guru mata pelajaran iii. Guru pembimbing (guru pendidikan khas) iv. Guru bimbingan dan kaunseling v. Ibu bapa / penjaga

2. Menetapkan kelas yang sesuai berdasarkan pencapaian pelajar berkeperluan khas. 3. Merancang dan menyediakan rancangan pengajaran semasa 4. Merancang dan membina instrumen penilaian. 5. Menetapkan mata pelajaran yang bersesuaian bagi pelajar berkeperluan khas dalam program pendidikan separa inklusif.

14.0 STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM INKLUSIF 14.1 Sebelum Program 1. Penubuhan Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif . 2. Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif di peringkat sekolah membuat pemilihan pelajar berdasarkan hasil laporan penilaian pencapaian serta ujian diagnostik yang dijalankan oleh guru-guru yang telah dipertanggungjawabkan. 3. Mengumpul ,menganalisis data dan maklumat pelajar khas yang akan mengikuti Program Inklusif.

16
4. Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif bermesyuarat dengan semua guru Pendidikan Khas dan PPM . 5. Penolong Kanan Pendidikan Khas mengadakan perbincangan dengan pentadbir dan guru-guru aliran perdana yang terlibat.Setiap guru telah mendapat taklimat yang jelas dan telah menyebabkan mereka berasa yakin untuk mengajar pelajar Pendidikan Khas tersebut. 6. Mengadakan perbincangan dengan ibu bapa dan penjaga.Ibu bapa dipanggil untuk diterangkan tujuan dan kepentingan program ini terhadap anak-anak mereka.Ibu bapa yang bersetuju diminta menulis surat kebenaran sebagai bukti membenarkan anak mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa. 7. Membuat perjumpaan dengan semua pelajar yang berkenaan. 8. Menyediakan sebuah kelas persediaan yang mempunyai sukatan dan mata pelajaran yang sama dengan aliran perdana iaitu di kelas pendidikan khas. 9. Menyediakan jadual kelas yang sama dengan aliran perdana. 10. Penolong kanan PPKI memaklumkan pada semua pelajar aliran perdana dan warga sekolah pada perhimpunan rasmi sekolah. Penerangan dan taklimat telah diberikan secara fomal dan tidak fomal.Pihak sekolah turut memaklumkan kepada ibu bapa melalui PIBG mengenai implementasi Program Inklusif dijalankan. 11. Pelajar berkeperluan khas ditempatkan di kelas yang paling sesuai. .Tiada perubahan atau penyesuaian fizikal atau bahan bantuan mengajar di buat ke atas kelas yang dipilih.Namun demikian,guru-guru PPKI serta PPM bertindak sebagai mentor kepada mereka. 12. Kedudukan pelajar berkeperluan khas ini diletakkan di bahagian hadapan dalam satu-satu kelas .Penglihatan mereka tidak terganggu untuk melihat guru atau papan hitam dan memudahkan mereka untuk berinteraksi dengan guru dan sebaliknya. 13. Semua mata pelajaran wajib diinklusifkan. 14. Meninjau sejauhmana kemahiran yang telah diajar di kelas normal. 15. Guru Pendidikan khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan pelajar khas semasa di dalam kelas inklusif atau kelas pendidikan khas. 14.2 Semasa Program 1. Membuat pemerhatian dari semasa ke semasa. 2. Guru pendamping mendapatkan maklumbalas dan berbincang dengan guru-guru yang terlibat serta mengambil tindakan susulan. 3. Pelajar pendidikan khas mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama dengan pelajar lain. Semua pelajar khas digalakkan terlibat secara aktif dalam semua aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah. Guru mata pelajaran dan guru pendamping berkongsi bahan bantu mengajar yang sama dengan pelajar lain dan diberikan tugasan yang sama . Pelajar pemdidikan khas yang tiada masalah akan terus melakukan tugasan yang diberikan tanpa merujuk kepada mentor.Ini membuktikan pelajar pendidikan Khas ini tidak bergantung sepenuhnya kepada guru pendamping sahaja. Mereka telah berdikari dan hanya memerlukan bantuan kepada guru khas sekiranya diperlukan. 6. Dari segi sosialisasi dan komunikasi, pelajar pendidikan khas ini sudah boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan pelajar lain dan boleh bersosialisasi dengan aktif .Komunikasi dua hala sentiasa berlaku di sekolah malah di luar sekolah. 7. Sikap tolenrasi dan keprihatinan guru-guru mata pelajaran telah memberikan impak positif kepada pembelajaran pelajar pendidikan khas. 14.3 Selepas Program 1. Guru pendamping dan guru mata pelajaran menilai kemajuan pelajar dan mencatatkan pencapaian akademik dan perkembangan kemahiran ke dalam Rekod Prestasi. 2. Penilaian keberkesanan program terhadap pelajar pendidikan khas sentiasa dijalankan secara berperingkat-peringkat. 3. Guru Pendamping memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada pelajar. 4. Guru Pendamping memaklumkan perkembangan pelajar kepada ibu bapa atau penjaga. 5. Keputusan peperiksaan pejar Pendidikan Khas berkenaan dihantar ke Unit Pendidikan Khas PPD dan JPN. 15.0 Program Mentor Mentee 1. Program Mento Mentee diadakan bagi membantu pelajar berkeperluan khas yang terlibat semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran .

4.

17
2. Guru Pendidikan Khas bertindak sebagai pendamping dan mentor kepada pelajar. 3. Mentor bertanggungjawab dengan memberikan bimbingan serta penerangan tambahan yang diperlukan dan mengadakan kelas tambahan serta semasa sesi menjalankan RPI. 4. Guru pendidikan khas sebagai mentor juga membantu pelajar ini menyediakan bahan-bahan rujukan seperti keratan akhbar,buku rujukan ,laptop untuk pencarian sumber maklumat bagi memastikan kerja kursus pelajar khas yang terlibat berjalan dengan lancar. 5. Di samping itu,penerapan kaunseling dan motivasi oleh mentor sentiasa dilakukan telah memberi kesan dan impak yang mendalam kepada pelajar pendidikan khas yang terlibat dalam membentuk masa depan yang cemerlang. CONTOH KERTAS CADANGAN PERMOHONAN "READER" KERTAS KERJA KEPERLUAN READER DALAM PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI/ DISLEKSIA. SK FAKEH ABD SAMAD, 25150 KUANTAN.

1.0 TUJUAN : Kertas cadangan ini bertujuan untuk mencadangkan perlaksanaan Reader bagi murid -murid yang telah disahkan oleh 2008 2009 2010 2011 2012 2013 pengamal perubatan sebagai murid yang menghadapi masalah

pembelajaran Spesifik Disleksia dalam peperiksaan awam. 2.0 LATAR BELAKANG PROGRAM KHAS SPESIFIK DISLEKSIA Program Rintis Bermasalah Pembelajaran Spesifik Disleksia di telah bermula pada 20 Julai 2004. Program rintis Kementerian Pelajaran ini telah dilaksanakan mengikut model inklusif. Murid-murid Disleksia adalah terdiri daripada murid-murid yang mempunyai kecerdasan yang tinggi tetapi pencapaian akademik setara dengan murid sebaya terutama dalam Bahasa Melayu. Ini adalah kerana mereka mempunyai masalah kesukaran dalam menguasai kemahiran membaca, mengeja dan menulis. Kementerian Pendidikan Malaysia mendefinisikan murid disleksia sebagai, murid-murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid-murid biasa tetapi menghadapi kesukaran dalam menguasai kemahiran mengeja, membaca dan menulis. (JPK,2003). Perkataan dyslexia adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu dys bermaksud kesukaran dan lexia membawa maksud perkataan. Dyslexia jika diterjemahkan secara terus bermaksud kesukaran dengan perkataan bertulis, dengan istilah lain yang pernah digunakan bagi kesukaran ini adalah word blindeles. Disleksia didefinisikan sebagai kesukaran atau ketidakbolehan individu menguasai kemahiran membaca walaupun telah menerima pendidikan yang mencukupi.( JPK, 2003). Terdapat tiga kategori murid Disleksia iaitu adalah Disleksia Visual, Disleksia Audio, dan Disleksia Audio Visual. Ketiga-tiga kategori ini mempunyai permasalahan yang berbeza. Tempoh percubaan selama tiga bulan diberikan bagi murid-murid ini untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya di kelas biasa. Guru khas PPKI Spesifik Disleksia sentiasa mendampingi dan berada bersama-sama pelajar semasa sesi pembelajaran. Beliau berperanan sebagai guru resos bagi memberikan bantuan, bimbingan, tunjuk ajar, bekerjasama bersama guru mata pelajaran dan memantau perkembangan pembelajaran dan kemajuan murid-murid tersebut sepanjang tempoh tersebut. Mengikut unjuran calon UPSR bagi tahun 2008 hingga 2013, terdapat peningkatan calon Disleksia UPSR. Oleh yang demikian, keperluan Reader bagi murid Disleksia akan berterusan dan meningkat setiap tahun. Jumlah ini tidak termasuk calon Disleksia yang tidak berada di dalam program Jabatan Pendidikan Khas.

18
JADUAL UNJURAN Tahun 6 Tahun 5 Tahun 4 Tahun 3 Tahun 2 Tahun 1 53 98 69 64 48 60 98 69 64 48 60 57 69 64 48 60 57 55 64 48 60 57 55 57 48 60 57 55 57 56 60 57 55 57 56 56 1: CALON

DISLEKSIA 2008 2013 *Maklumat ini adalah jumlah calon daripada 27 buah program Disleksia di bawah kendalian Jabatan Pendidikan Khas, KPM. Tahap keupayaan penyesuaian diri yang tinggi amat perlu bagi seseorang pelajar untuk berjaya mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran bersama guru lain di kelas biasa. Berdasarkan pemerhatian, maklumbalas guru kelas, keputusan ujian PKSR dan hasil kerja murid, akan menentukan tahap keupayaan murid-murid tersebut. Bagi murid yang berjaya melalui proses tersebut, mereka akan meneruskan pembelajaran di kelas biasa dan murid yang gagal menunjukkan potensi dan masih memerlukan perhatian khusus akan kembali belajar di kelas disleksia di bawah Kebanyakan murid-murid disleksia menghadapi kesukaran dalam penulisan semasa mereka berada di tahap 2. Keadaan ini berlaku kerana mereka menghadapi kesukaran memahami arahan yang panjang dan mengolah idea dalam bentuk penulisan yang panjang. Pembacaan secara melangkau baris, menambah, menggugur dan meninggalkan perkataan serta mengubahan makna perkataan. Murid-murid disleksia juga kerap menimbulkan masalah dan kekeliruan yang berlarutan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dan ketika menjawab soalan peperiksaan. Fenomena ini mencetuskan satu anjakan paradigma di kalangan guru-guru program PPKI disleksia untuk mencadangkan kepada pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia bagi menyediakan keperluan Reader bagi murid-murid disleksia semasa menjawab soalan peperiksaan. Perlaksanaan di dalam kelas pengajaran dan pembelajaran telah menunjukkan bahawa sebahagian daripada murid-murid disleksia memerlukan keperluan tersebut. Ini memandangkan tidak semua di kalangan mereka berupaya mengatasi kesukaran dalam literasi 3M. Berdasarkan pemerhatian dan peperiksaan peringkat sekolah, keputusan ujian telah mendapati pencapaian murid adalah lebih baik setelah dibacakan soalan berbanding murid menjawab tanpa bantuan Reader. Kebanyakan murid-murid ini berpotensi untuk berjaya dalam akademik, namun begitu, kesukaran yang dialami membataskan keupayaan untuk menunjukkan potensi akademik mereka yang sebenar. Justeru itu, adalah sangat wajar perlaksanaan Reader diberi pertimbangan un tuk kebaikan murid-murid ini. Walaubagaimanapun keperluan ini perlu dirangka dengan teliti agar proses perlaksanaannya berlaku dengan efektif dan tiada unsur manipulasi oleh pihak-pihak tertentu. 3.0 RASIONAL 3.1 Lemah daya ingatan (Short Memory) Penggunaan Reader di dalam peperiksaan diperlukan oleh murid -murid disleksia kerana murid dapat memahami arahan dan kehendak soalan. Ulangan soalan dapat meneguhkan daya ingatan murid terhadap kehendak soalan . 3.2 Murid disleksia tidak menguasai kemahiran membaca. Terdapat segelintir murid disleksia yang masih belum menguasai kemahiran membaca dan mengambil masa yang lama untuk mengeja serta membaca ayat mahupun petikan kefahaman. Bagi menangani masalah ini, dicadangkan pelaksanaan Reader kepada mereka. Dengan adanya Reader diharapkan dapat menangani kesukaran dalam aspek membaca dan seterusnya meningkatkan keyakinan diri murid disleksia semasa menduduki peperiksaan. 3.3 Masalah Disleksia Kekal Sesetengah murid disleksia yang telah berjaya mengatasi masalah kecelaruan dan mempunyai kemampuan menjawab soalan peperiksaan setanding dengan murid yang sebaya dengannya. Namun, masih terdapat

19
segelintir murid disleksia yang memerlukan masa yang lebih lama untuk menyelesaikan masalah yang di hadapi. Ada juga murid disleksia yang mengalami permasalahan secara kekal sepanjang hayat. 3.4 Masalah Tumpuan Murid Disleksia mempunyai pelbagai masalah tumpuan dari segi visual. Contohnya, lazy eyes. Murid tidak dapat memberikan fokus atau tumpuan yang lama. Kesannya, apabila murid membaca petikan, keadaan teks yang dilihat seakan bergerak-gerak ataupun berpusing-pusing dan mata murid ini akan sentiasa berair. Justeru itu, dengan adanya Reader, masalah ini dapat diselesaikan 3.5 Kemampuan menjawab soalan adalah sama. Kemampuan mental dan menjawab soalan adalah sama tetapi jika dibiarkan calon membaca dengan sendiri tanpa adanya Reader, kebolehan menjawab murid menjadi berbeza . Ini kerana calon mengalami gangguan seperti tidak cukup masa untuk menjawab kesemua soalan. 4.0- CADANGAN PELAKSANAAN Kertas cadangan ini mensyorkankan beberapa cadangan pelaksanaan berdasarkan kriteria-kriteria yang terkandung di dalam kenyataan seperti berikut: 4.1.- Murid Disleksia 4.1.1- Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD) Calon disleksia yang memerlukan Reader perlu mempunyai ISD dan laporan pengesahan pengamal perubatan kerajaan . 4.1.2 Tempoh belajar Murid Disleksia yang memerlukan Reader perlu mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran Program Khas Disleksia sekurang-kurangnya selama dua tahun. Murid tersebut layak menduduki peperiksaan awam di sekolah rendah selewat-lewatnya pada atau sebelum berumur 14 tahun. 4.2 Reader/ Pembaca soalan Pemilihan Reader adalah berdasarkan penetapan oleh Jabatan Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri, dan Lembaga Peperiksaan Malaysia . 4.2.1 Reader boleh dilantik dari kalangan guru-guru pendidikan khas. 4.2.2 Reader bukanlah terdiri daripada pengawas peperiksaan. 4.3 Kaedah Pelaksanaan Reader. 4.3.1-Seorang Reader: 3 orang pelajar.( bergantung kepada tahap keupayaan dan kebolehan pelajar tersebut.) Semasa peperiksaan dijalankan, seorang Reader ditempatkan bersama tiga orang murid disleksia. Ini bertujuan untuk memberi keselesaan kepada calon disleksia. Reader juga dapat menyampaikan bacaan yang lebih berkesan dan jelas kepada murid-murid disamping mengelakkan gangguan kepada calon-calon lain. 4.3.2- Membaca Soalan Dengan Sebutan dan Intonasi yang Betul Reader hendaklah membaca soalan dan jawapan dengan sebutan dan intonasi yang betul. Ini bertujuan untuk mengelakkan berlaku kekeliruan kepada pelajar semasa menjawab soalan. 4.3.3 Soalan Dibaca Dua Kali. Reader akan membacakan soalan dan jawapan sebanyak dua kali sebelum murid me njawab soalan tersebut. Langkah ini bertujuan untuk memastikan murid dapat memahami sepenuhnya kehendak soalan dan membuat pilihan jawapan yang betul. 4.3.4 Reader perlu menyebut arahan dan nombor soalan. Reader perlu membacakan arahan soala n dan menyebut nombor soalan . 4.3.5 Reader membacakan soalan tanpa mempengaruhi calon. Reader hendaklah membacakan soalan dan pilihan jawapan kepada calon tanpa mempengaruhi pilihan jawapan. 5.0 IMPLIKASI 5.1. Latihan perlu diberi kepada Reader oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia /JPK,KPM.

20
5.2. Taklimat perlu diberi kepada Ketua Pengawas Peperiksaan dan Setiausaha peperiksaan sekolah. 5.3. Reader dan calon peperiksaan ditempatkan di dalam satu bilik khas dengan nisbah 1:3. Bilik khas berkenaan dianggap sebagai bilik peperiksaan. 5.4. Reader perlu dibayar elaun khas 5.5 . Tambahan masa yang sesuai diperlukan mengikut kelayakan pelajar Pendidikan Khas.

6.0 SASARAN Pelajar-pelajar Pendidikan Khas Integrasi yang layak menduduki peperiksaan awam. 7.0 PENUTUP Reader atau pembaca soalan dapat membantu meningkatkan keyakinan diri dan tumpuan pelajar-pelajar berkenaan dalam menghadapi peperiksaan awam. Mereka seharusnya di beri peluang menikmati segala kemudahan yang sewajarnya supaya mereka dapat berdaya saing dengan rakan sebaya dan menjalani kehidupan yang bermakna. KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA

Disediakan oleh;

Disahkan oleh:

(SUPIAH BT MAT YUSOF) GPK Pendidikan Khas PPKI SK Fakeh Abd Samad. PERLAKSANAAN PROGRAM INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN SMK DEMAK BARU,KUCHING. PERLAKSANAAN PROGRAM INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN SMK DEMAK BARU,KUCHING. 1.0-PENDAHULUAN Ilmu adalah keajaiban yang mampu merubah manusia dan guru sebagai pendidik adalah bertanggungjawab dan harus bijak mencanai permainan mindadalam mendidik murid -murid berkeperluan khas membentuk mereka menjadi manusia.PPKI SMK Demak Baru ditubuhkan pada 2004. Saban tahun tranformasi sama ada dari segi kurikulum,kokurikulum dan sahsiah sentiasa dilakukan demi memastikan pendidikan untuk semua murid berkeperluan khas di sekolah ini seiring dengan kehendak dan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia agar semua murid mendapat pendidikan yang sama .PPKI SMK Demak Baru menyimpan hasrat dalam membantu sistem pendidikan bagi murid-murid kurang upaya bukan sahaja cemerlang dari segi sahsiah tetapi cemerlang dalam segala aspek agar mereka ini dibentuk dari liabiliti menjadi satu aset yang penting dan berguna kepada masyarakat dan negara.Mereka boleh menjadi modal insan yang gemilang satu hari nanti. 2.0-PROGRAM INKLUSIF 2.1-SEJARAH INKLUSIF Sebelum abad ke -19 ,dipercayai bahawa kanak-kanak yang kurang upaya tidak boleh diajar dan menerima pengajaran sepertimana lazimnya.Awal abad ke -19,Thomas H,.Gallandet (1781-1851)& Louis Braille(18091852) telah memperkenalkan sekolah khas masalah penglihatan dan masalah pendengaran.Pertengahan abad ke-19 organisasi politik telah bertindak memberi penekanan yang khusus kepada keluarga yang mempunyai kanak-kanak khas.Pada tahun 1975 The Education of All Handicapped Act telah dibaca di Kongress Amerika.Muncul pendidikan segregated.Golongan pendidik dan keluarga mempersoalkan pengasingan ini. Program Pendidikan Inklusif untuk kanak-kanak berpendidikan khas ini dimulakan pada tahun 1987 dibawah Kementerian Pendidikan. Ia digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.Program Pendidikan Inklusif ini menitik beratkan suatu program. Pendidikan Inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa dan belajar bersama-sama dengan murid-murid biasa.

2.2-BENTUK PENDIDIKAN INKLUSIF 2.2.1.Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa

21
-Murid mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti murid biasa -Senarai nama murid dikekalkan dalam daftar kelas khas. -Guru kelas biasa boleh merujuk atau meminta bantuan daripada guru Pendidikan Khas sekiranya terdapat sebarang masalah sama ada dari segi pembelajaran atau tingkahlaku. -Pelajar Pendidikan Khas yang berkeupayaan dalam akademik. 2.2.2-Pendidikan Separa Inklusif (Integrasi) -Murid mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja. -Waktu selebihnya mengikuti program di kelas biasa. -Senarai nama murid pada daftar Program Pendidikan Khas. -Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping. -Ujian mata pelajaran adalah sama dengan murid biasa. 2.3-MODEL-MODEL PENDIDIKAN INKLUSIF 1. Model A-Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan pengubahsuaian kurikulum dan strategi pengajaran dan pembelajaran. 2. Model B-Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan mendapat khidmat nasihat/bimbingan Guru Pendidikan Khas 3. Model C-Penempatan dalam kelas biasa dan dalam kelas khas/Bilik Resos/Pusat Sumber Pendidikan Khas. 4. Model D- Penempatan di sekolah khas(Base School)dan kelas Satellite di sekolah biasa.(Octopus Model) 5. Model E -Penempatan sepenuh masa di Sekolah Pendidikan Khas. 6. Model F-Penempatan sepenuh masa di rumah kediaman.

2.4-KEBAIKAN PENDIDIKAN INKLUSIF 1. Memberi peluang kepada mereka menimba pelbagai ilmu pengetahuan. 2. Pelajar khas dapat berinteraksi dengan semua pelajar normal. 3. Menjadi platform kepada pelajar normal untuk mencurahkan bakti kepada pelajar khas dengan bertindak sebagai rakan pembimbing . 4. Meningkatkan kerjasama antara pentadbir dengan guru-guru. 5. Penglibatan ibu bapa dalam komuniti sekolah. 6. Memungkinkan pelajar khas mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti masyarakat setempat. 7. Menyediakan lebih peluang kepada pelajar khas untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan. 8. Pelajar khas yang diinklusifkan menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan dalam semua aspek seperti tingkahlaku,komunikasi dan pencapaian akademik. 9. Gandingan dan kerjasama guru-guru mata pelajaran dan guru khas membantu melonjakkan mutu pencapaian pelajar khas. 2.5-KELEMAHAN PENDIDIKAN INKLUSIF 1. Pelajar khas mendapat kurang perhatian dan tumpuan. 2. Guru sukar memberikan tumpuan. 3. Berlakunya penglabelan 4. Sikap sesetengah guru biasa yang merasakan terbeban dengan adanya pelajar khas dalam kelas. 5. Pelajar normal turut terasa tergugat dan menganggap program ini telah memberi kesan negatif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mereka. 6. Pelajar khas yang terlibat menunjukkan kebosanan dan letih semasa belajar kerana penat menghadiri pengajaran dan pembelajaran yang banyak.

3.0-PENDIDIKAN INKLUSIF DI PPKI SMK DEMAK BARU 3.1-LATAR BELAKANG Program Pendidikan Inklusif (PPI) bagi murid bermasalah pembelajaran di SMK Demak Baru bermula sejak tahun 2011.Program Pendidikan Inklusif telah menjadi matlamat kepada usaha murni untuk memberi peluang pendidikan yang sama kepada semua murid tanpa mengira ketidakupayaan atau kecacatan mereka.Selaras dengan konsep pendidikan untuk semua ,mereka diberi peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. Sejajar dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan,yang dirancang Kementerian Pelajaran Malaysia sedang ke arah meningkatkan Program Pendidikan Inklusif di kalangan murid-murid berkeperluan khas, PPKI SMK Demak Baru menjadi salah sebuah program yang sentiasa menyokong demi memastikankan jurang pendidikan

22
antara murid perdana dan pendidikan khas dapat dirapatkan. Program ini dilaksanakan kepada pelajar yang telah mempunyai kebolehan belajar mata pelajaran tertentu yang sama dengan pelajar normal,dilaksanakan kepada pelajar yang berkeupayaan di sekolah ini adalah berbentuk sepenuh masa dan separa masa. Kini seramai 12 orang pelajar berkeperluan khas telah diinklusifkan di kelas aliran perdana.Seramai 2 orang pelajar di Tingkatan 2, 4 orang di Tingkatan 3 dan 6 orang pelajar di Tingkatan 4. 3.2-MATLAMAT Antara matlamat Program Inklusif dijalankan di sekolah ini ialah: 1. Mengsealirankan pelajar-pelajar berkeperluan khas dengan pelajar-pelajar normal di sekolah biasa. Harus diingatkan di sini tidak semestinya semua pelajar berkeperluan khas boleh disealirankan begitu sahaja kerana setiap individu mempunyai kemampuan dan keperluan yang berbeza. 2. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal.

3. Memastikan pelajar-pelajar berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.(Mohd Siraj Awang. )1996. 4. Melengkapkan murid-murid berkeperluan khas dengan kemahiran-kemahiran tertentu sejajar dengan Kurikulum Bermasalah Pembelajaran iaitu membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari. 5. Melahirkan pelajar berkeperluan khas yang cemerlang dan berjaya dalam pelajaran serta kerjaya yang dibina.

3.3-OBJEKTIF 1. Memberi peluang kepada murid berkepeluan khas menerima pengajaran dan pembelajaran dan menyertai semua aktiviti bersama dengan murid aliran perdana. 2. Pelajar khas dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripada mereka berada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluang-peluang untuk belajar dan mempraktikkan kemahirankemahiran baru dalam konteks yang lebih natural dengan wujudnya model-model rakan sebaya ( role model ).

3. Menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara pelajar PPKI dengan murid di aliran perdana. 4. Pelajar aliran perdana mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka menyokong dan membantu mengendalikan rakan-rakan Khas sekelas mereka. Mereka juga dapat belajar memahami rakan -rakan Khas ini tanpa mengira perbezaan, kekurangan dan kecacatan. 5. Melawan sikap diskriminasi pelajar normal terhadap pelajar berkeperluan khas . 6. Menambah keyakinan diri pelajar berkeperluan khas untuk menghadapi masyarakat. 7. Pendidikan Inklusif menyediakan peluang yang lebih kepada pelajar berkeperluan khas untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.

3.4-KUMPULAN SASARAN Murid-murid berkeperluan khas tanpa mengira ketidakupayaan yang mampu dan berupaya dalam akademik sahaja yang diinklusifkan dalam kelas aliran perdana.Selain telah menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca,menulis dan mengira,murid-murid berkenaan mampu untuk mengurus diri,berkomunikasi dengan yang lain serta tidak mempunyai tingkahlaku yang ganjil yang akan menjejaskan komunikasi dengan guru mata pelajaran dan murid-murid lain serta tidak menganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.Paling utama juga murid-murid tersebut telah mendapat persetujuan dan kerjasama daripada ibu bapa mereka.Hanya ibu bapa yang bersetuju dengan syarat-syarat yang diberikan oleh pihak sekolah yang

23
akan dipilih untuk mengikuti program ini.

3.5-JAWATANKUASA PROGRAM INKLUSIF

Pengerusi : En Rambil Hj Hasbi (Pengetua) Naib Pengerusi : En Jamal Shukuri Bolhassan (GPK PK) Setiausaha : Pn Dayang Hasimah Bt Awang Madian (SU Kurikulum) AJK : Pn Norzita Mohamed (SU HEM/Guru Sejarah) : Cik Ruhana Bt Bujang (SU KK/Guru Bahasa Melayu) : En Jamaluddin Juni (PPM) : Cik Nillip (PPM) : Pn Chong Fui Fon (Guru Geografi) : Pn Kamariah Kunggi Bt Abdullah (Guru Bahasa Inggeris) : En Badrulisham Ameran (Guru Matematik) : En Mohd Safwan Alias (Guru Sains) : En Badrol Hisham Majid (Ustaz)

3.6-FAIL PROGRAM INKLUSIF Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama dengan guru-guru dalam Jawatankuasa Program Inklusif bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Program Inklusif. Fail ini mengandungi dokumendokumen seperti : Jawatankuasa Program Inklusif, Jadual Waktu guru dan murid yang terlibat, Biodata murid yang diinklusifkan, Rekod kehadiran murid ke kelas inklusif, Salinan surat menyurat berkaitan dengan pelaksanaan P rogram Inklusif, Laporan semasa pelaksanaan Program Inklusif, Rekod prestasi murid, Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.

3.7-STRATEGI PERLAKSANAAN Berikut disenaraikan langkah-langkah yang telah dijalankan dalam perlaksanaan Pendidikan Inklusif di sekolah ini. 3.7.1-Sebelum Program 1. Penubuhan Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif . 2. Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif di peringkat sekolah membuat pemilihan murid berdasarkan hasil laporan penilaian pencapaian serta ujian diagnostik yang dijalankan oleh guru-guru yang telah dipertanggungjawabkan. 3. Mengumpul ,menganalisis data dan maklumat murid-murid khas yang akan mengikuti Program Inklusif. 4. Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif bermesyuarat dengan semua guru Pendidikan Khas dan PPM . 5. Penolong Kanan Pendidikan Khas mengadakan perbincangan dengan pentadbir dan guru-guru aliran perdana yang terlibat.Setiap guru telah mendapat taklimat yang jelas dan telah menyebabkan mereka berasa yakin untuk mengajar murid-murid Pendidikan Khas tersebut. 6. Mengadakan perbincangan dengan ibu bapa dan penjaga.Ibu bapa dipanggil untuk diterangkan tujuan dan kepentingan program ini terhadap anak-anak mereka.Ibu bapa yang bersetuju diminta menulis surat kebenaran sebagai bukti membenarkan anak mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa. 7. Membuat perjumpaan dengan semua murid yang berkenaan. 8. Menyediakan sebuah kelas persediaan yang mempunyai sukatan dan mata pelajaran yang sama dengan aliran perdana iaitu di kelas PPKI8. 9. Menyediakan jadual kelas yang sama dengan aliran perdana.

24
10. Penolong kanan PPKI memaklumkan pada semua murid aliran perdana dan warga sekolah pada perhimpunan rasmi sekolah.Penerangan dan taklimat telah diberikan secara fomal dan tidak fomal .Pihak sekolah turut memaklumkan kepada ibu bapa melalui PIBG mengenai implementasi Program Inklusif dijalankan. 11. Murid berkeperluan khas ditempatkan di kelas yang paling pandai iaitu di kelas 2 Perdana,3 Perdana dan 4 Amanah .Tiada perubahan atau penyesuaian fizikal atau bahan bantuan mengajar di buat ke atas kelas yang dipilih.Namun demikian,guru-guru PPKI serta PPM bertindak sebagai mentor kepada mereka. 12. Kedudukan murid berkeperluan khas ini diletakkan di bahagian hadapan dalam satu-satu kelas .Penglihatan mereka tidak terganggu untuk melihat guru atau papan hitam dan memudahkan mereka untuk berinteraksi dengan guru dan sebaliknya. 13. Semua mata pelajaran diinklusifkan kecuali matapelajaran Moral,Pendidikan Jasmani dan PSV untuk Tingkatan 2 dan Tingkatan 3.Bagi Tingkatan 4 ,hanya mata pelajaran wajib sahaja diinklusifkan. 14. Meninjau sejauhmana kemahiran yang telah diajar di kelas normal. 15. Guru Pendidikan khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan murid khas semasa di dalam kelas persediaan iaitu di kelas PPKI8. (Lampiran K:Jadual Waktu PPKI8)

3.7.2- Semasa Program 1. Membuat pemerhatian dari semasa ke semasa. 2. Guru pendamping mendapatkan maklumbalas dan berbincang dengan guru-guru yang terlibat serta mengambil tindakan susulan. 3. Murid khas mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama dengan murid lain.Terdapat juga beberapa orang murid khas yang aktif melibatkan diri dalam segala aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah seperti Pertandingan Bercerita,Penulisan Khat dan Jawi,Hafazan.Malah terdapat juga yang aktif dalam kokorikulum seperti Pertandingan Bowling sehingga ke peringkat kebangsaan dan mendapat tempat. 4. Semua murid khas membuat kerja kursus walaupun mereka dikecualikan.Ini juga menjadi faktor menyumbang kepada kelulusan yang lebih baik. 5. Semua guru menggunakan bahan bantu mengajar yang sama dengan murid lain dan diberikan tugasan yang sama .Murid khas yang tiada masalah akan terus melakukan tugasan yang diberikan tanpa merujuk kepada mentor.Ini membuktikan murid Khas ini tidak bergantung sepenuhnya kepada guru pendamping sahaja.Mereka telah berdikari dan hanya memerlukan bantuan kepada guru khas sekiranya diperlukan. 6. Dari segi sosialisasi dan komunikasi,murid-murid ini sudah boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan murid-murid lain menggunakan cara komunikasi biasa.Mereka boleh bersosialisasi dengan murid-murid lain dan juga sebaliknya.Komunikasi dua hala sentiasa berlaku di sekolah malah di luar sekolah. 7. Sikap tolenrasi dan keprihatinan guru-guru mata pelajaran telah memberikan impak positif kepada pembelajaran murid khas. 3.7.3- Program Mentor Mentee 1. Program Mento Mentee diadakan bagi membantu pelajar berkeperluan khas yang terlibat semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran . 2. Guru Pendidikan Khas bertindak sebagai pendamping dan mentor kepada murid. 3. Mentor bertanggungjawab dengan memberikan bimbingan serta penerangan tambahan yang diperlukan . mengadakan kelas tambahan. 4. Guru khas sebagai mentor juga membantu pelajar ini menyediakan bahan-bahan rujukan seperti keratan akhbar,buku rujukan ,laptop untuk pencarian sumber maklumatbagi memastikan kerja kursus pelajar khas yang terlibat berjalan dengan lancar. 5. Di samping itu,penerapan kaunseling dan motivasi oleh mentor sentiasa dilakukan telah memberi kesan dan impak yang mendalam kepada pelajar khas yang terlibat dalam membentuk masa depan yang cemerlang.

3.7.4-Senarai Mata Pelajaran Yang Diikuti 3.7.4.1- Tingkatan 2 Perdana dan 3 Perdana Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Sejarah Geografi Pengetahuan Agama Islam Matematik Sains

25
KHB/ERT 3.7.4.2-Tingkatan 4A Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Sejarah Pengetahuan Agama Islam Matematik Sains 3.7.4.3-Tingkatan 4Sains Bahasa Melayu Kimia Biologi Matematik Pengetahuan Agama Islam Bahasa Inggeris Sejarah

3.7.5-Selepas Program 1. Guru pendamping menilai kemajuan murid dan mencatatkan pencapaian akademik dan perkembangan kemahiran ke dalam Rekod Prestasi Murid. 2. Penilaian keberkesanan program terhadap murid khas sentiasa dijalankan secara berperingkat-peringkat. 3. Guru Pendamping memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada murid. 4. Guru Pendamping memaklumkan perkembangan murid kepada ibu bapa atau penjaga. 5. Keputusan peperiksaan murid Pendidikan Khas berkenaan dihantar ke Unit Pendidikan Khas ,Jabatan Pelajaran Sarawak dan Salinan kepada Pejabat Pelajaran Daerah. 3.8-PENCAPAIAN 1. Pencapaian dari segi akademik (Rujuk di Lampiran A dan B) 2. Pencapaian pelajar dari segi kokurikulum -Nur Syazwani Bt Marais telah mewakili negeri Sarawak bagi Pertandingan Bowling Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan di Perak.Beliau juga mewakili sekolah dalam Pertandingan Bowling Terbuka yang dianjurkan oleh SMK ST Joseph. 3.Pencapaian pelajar di bidang kurikulum Mohd Qamarrul Izzat b Mohd Sani telah Johan Pertandingan Bercerita Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sarawak. Johan dua tahun berturut-turut bagi Pertandingan Hafazan . Johan dua tahun berturut-turut bagi Pertandingan Khat dan Jawi . Tempat Ketiga dalam Pertandingan Spelling Terbuka pada Minggu Bahasa peringkat sekolah. 4.Pelajar berkeperluan khas telah mula berdikari ,bersosialisasi dan berkeyakinan.

4.0 RUMUSAN Kejayaan perlaksanaan program ini di PPKI SMK Demak Baru adalah berdasarkan perancangan yang telah diatur dan dibincangkan.Usaha yang berterusan perlu bagi memastikan program ini terus dijalankan dengan teratur dan berjaya.Guru- guru haruslah peka dan sensitif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.Dalam Pendidikan kita mampu membentuk pelajar ini menguasai ilmu pengetahuan seterusnya mempertingkatkan martabat diri,agama dan masyarakat dan juga mampu untuk ddduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan masyarakat global di luar sana.

7.0-LAMPIRAN 1. Lampiran A dan B-Keputusan dan Analisa PMR 2. Lampiran C- Salinan Sijil 3. Lampiran D- Gambar Pelajar 4. Lampiran E-Gambar Kelas Persediaan 5. Lampiran F-Gambar Kelas Perdana yang diinklusifkan 6. Lampiran G-Gambar suasana sosialisasi Pelajar Khas bersama guru dan pelajar aliran perdana 7. Lampiran H- Gambar suasana pelajar khas Inklusif bersama pelajar khas yang lain. 8. Lampiran I- Gambar suasana kelas tambahan

26
9. Lampiran J-Jadual waktu Aliran Perdana 10. Lampiran K- Jadual Waktu PPKI 8 GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS

1.0

PENGENALAN

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pendengaran untuk membantu murid-murid bermasalah pendengaran menerima pendidikan dengan selesa dan sesuai dengan kemampuan mereka. Mereka boleh mengikuti program ini di sekolah-sekolah yang menjalankan Program Pendidikan Khas Integrasi. Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melaksanakan Program Pendidikan Inklusif di sekolah-sekolah harian biasa yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pendengaran dan Bermasalah Pembelajaran. Tujuan Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada semua murid pendidikan khas berinteraksi dalam semua aspek sosial dan akademik dengan rakan aliran perdana. Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan menggunakan dua pendekatan iaitu Program Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa dan Program Pendidikan Inklusif Separa Masa yang diajar oleh guru aliran perdana bagi setiap mata pelajaran yang diambil.

2.0

TUJUAN KERTAS Untuk mendapatkan kelulusan daripada Ahli Majlis Mesyuarat Profesional Kementerian Pelajaran Malaysia.

3.0 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6

OBJEKTIF Menyebarluaskan maklumat garis panduan peranan guru pendidikan khas (guru pembimbing). kepada pihak pentadbir Panduan umum mengenai pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif untuk dipatuhi semua pengetua, guru besar dan guru. Memberi kefahaman yang jelas, tepat dan bersistematik mengenai pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif kepada semua warga pendidik. Pihak sekolah boleh menyesuaikan panduan umum ini mengikut keperluan murid, guru dan sekolah masing-masing. Sebagai satu garis panduan yang standard digunapakai di seluruh negara. Mewujudkan persefahaman antara pihak pentadbir, guru aliran perdana dan guru pendidikan khas.

4.0

RASIONAL Dengan adanya garis panduan ini, pengendalian Program Pendidikan Inklusif dapat diselaras dan diseragamkan diseluruh negara.

5.0 5.1

DEFINISI Program Pendidikan Khas Integrasi Program Pendidikan Khas yang dijalankan di sekolah-sekolah yang mempunyai murid-murid berkeperluan khas.

5.2

Program Pendidikan Inklusif

27
Peluang pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas belajar di dalam kelas biasa bersama-sama muridmurid normal di aliran perdana dengan mengikuti kurikulum biasa, mendapat bimbingan sama rata oleh guru mata pelajaran dengan dibantu oleh guru pendidikan khas (guru pembimbing). 5.2.1 Inklusif Penuh Murid berkeperluan khas yang mengikuti pembelajaran sepenuhnya dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing). 5.2.2 Inklusif Separa Murid berkeperluan khas mengikuti sebahagian pembelajaran dalam mata pelajaran atau aktiviti tertentu dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing).

5.3

Guru pendidikan khas (guru pembimbing). Guru pendidikan khas (guru pembimbing). adalah Guru Pendidikan Khas yang ditugaskan membantu murid yang mengikuti Program Pendidikan Inklusif.

5.4

Bilik Resos Bilik Resos merujuk kepada bilik yang disediakan sebagai tempat persediaan pengajaran sebelum dan selepas Program Pendidikan Inklusif. Ianya juga digunakan sebagai tempat menyimpan peralatan dan bahan tambahan pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas.

5.5

Jumlah Waktu Guru pendidikan khas (guru pembimbing). yang membantu P&P di program pendidikan inklusif adalah juga guru yang mengajar subjek yang sama di PPKI dan mempunyai jumlah waktu mengajar sama dengan guruguru pendidikan khas yang lain iaitu antara 26 hingga 30 waktu bagi sekolah rendah dan 20 hingga 25 waktu bagi sekolah menengah.

6.0 ASAS PERTIMBANGAN Keperluan cadangan Garis Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif di sekolah-sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pendengaran di sekolah-sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi berasaskan kepada beberapa faktor :

6.1

Kesamarataan Pendidikan

Garis panduan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif kepelbagaian keupayaan individu selaras dengan Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 Bahagian II 3(2) yang menyatakan: Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika dia mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dan disahkan oleh panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai Kementerian Pendidikan dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikuti program Pendidikan Kebangsaan layak untuk menghadiri program pendidikan khas kecuali murid-murid yang berikut; murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa; dan murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat anggotanya atau yang terencat akal yang berat. Untuk memenuhi keperluan individu, program pengajaran dan pembelajaran yang dibentuk adalah fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan guru-guru boleh

a) b)

28
mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas. 6.2 Melonjakkan Pendidikan Malaysia ke Tahap Antara Bangsa

Hala tuju pendidikan negara memerlukan satu perancangan sistematik untuk menjana kecemerlangan melalui pewujudan kluster kecemerlangan pendidikan. Falsafah Pendidikan Khas bermatlamat untuk mengembangkan potensi dan kualiti pelajar bekeperluan khas supaya menjadi tanda aras kepada di negara maju. Usaha ini bertujuan generasi yang holistik dan memenuhi keperluan kerja. Untuk tujuan itu, penyediaan prasarana yang lengkap, berfungsi dan terkini perlu disediakan oleh KPM ditambah pula nilai sejarah dan tradisi keunikan sekolah boleh menjadi elemen penting untuk melonjakkan kekuatan yand ada pada program pendidkan khas integrasi tersebut.

6.3

Memartabatkan Profesion Keguruan

Isu kekurangan guru di sekolah bantuan kerajaan sering dibincangkan oleh pelbagai pihak. Masalah kekurangan guru jika tidak diatasi dengan segera boleh menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah bantuan kerajaan. Cabaran KPM untuk memastikan guru di SBK terdiri daripada mereka yang terlatih dan mengikut opsyen dan mampu membawa kepada kecemerlangan kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah-sekolah tersebut. 7.1.1 a) i. ii. iii. Prosedur Penempatan Peringkat 1 Semua murid pendidikan khas pendengaran akan memulakan sesi persekolah mengikut pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bermula pada bulan Januari. Ujian Pengesanan 1 akan diadakan bagi tujuan penempatan murid pendidikan khas pendengaran ke PPKI atau Program Pendidikan Inklusif (PPI). Senarai pendek murid pendidikan khas pendengaran yang lulus dalam UP1 akan dikemukakan kepada Mesyuarat Jawatankuasa. Bagi murid pendidikan khas pendengaran yang gagal dalam UP1 akan ditempatkan ke PPKI .

b) i. ii.

Peringkat 2 Semua murid pendidikan khas pendengaran yang lulus ini dalam UP1 mengikuti pengajaran dan pembelajaran di PPI bermula pada minggu pertama bulan Februari sehingga ke akhir tahun. Semua murid pendidikan khas pendengaran ini akan menduduki peperiksaan yang sama di aliran perdana seperti Ujian Pengesanan 2, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun. Peringkat 3 Murid pendidikan khas pendengaran yang gagal dalam UP1 akan ditempatkan di PPKI. Murid pendidikan khas pendengaran akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran pada minggu pertama bulan Februari di PPKI. Semua murid pendidikan khas pendengaran ini akan menduduki peperiksaan yang sama di aliran perdana seperti Ujian Pengesanan 2, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun. Bagi murid pendidikan khas pendengaran yang lulus bagi setiap Ujian Pengesanan 2, atau Peperiksaan Pertengahan Tahun atau Peperiksaan Akhir Tahun akan disenaraipendekkan ke Mesyauarat Jawatankuasa untuk tujuan penempatan semula ke PPI. Bagi murid pendidikan khas pendengaran yang belum layak ke PPI, akan meneruskan pengajaran dan pembelajaran di PPKI. Syarat-syarat ke Program Pendidikan Inklusif Tidak melebihi 2 tahun umur kronologi Boleh mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran dalam aliran perdana Tidak mempunyai pelbagai kecacatan Boleh berinteraksi dengan guru dan rakan sebaya

c) i. ii. iii. iv.

v.

7.1.2 a) b) c) d)

29
7.1.3 Peranan dan tanggungjawab Guru pendidikan khas (guru pembimbing). dan Guru mata pelajaran dalam menjayakan Program Pendidikan Inklusif Bersama merancang pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif Merancang dan melaksanakan penilaian. Gunakan BBM yang sesuai. Dedikasi dan komitmen yang tinggi. Layanan dan bimbingan yang adil.

a) b) c) d) e)

7.2 Guru pendidikan khas (guru pembimbing). Murid Bermasalah Pendengaran 7.2.1 a) b) c) d) e) Pengajaran dan Pembelajaran Mengajar murid bekeperluan khas secara individu atau berkumpulan di Bilik Resos sebelum atau selepas masa pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Inklusif. Membantu murid bermasalah pendengaran semasa Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan. Mendapatkan kerjasama daripada guru mata pelajaran untuk tujuan persediaan murid sebelum pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Inklusif. Mendapatkan kerjasama daripada guru mata pelajaran atau Guru Kanan Panitia untuk tujuan pengukuhan dan pengayaan selepas Program Pendidikan Inklusif. Mengenal pasti, menyelaras dan mengambil tindakan dalam membuat keputusan berkaitan setiap perkembangan semasa dalam Program Pendidikan Inklusif. Ianya mencakupi aspek keperluan kurikulum serta pentaksiran yang melibatkan kepentingan murid bermasalah pendengaran. Menjalankan tugas sebagai guru penterjemah dan pemudahcara di Program Pendidikan Inklusif bagi aktiviti amali dan koakademik untuk mata pelajaran dan topik tertentu. Memberi penekanan, keutamaan dan tumpuan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran teras. Mengajar kemahiran bahasa isyarat Bahasa Malaysia Kod Tangan. Menjalankan latihan pertuturan bagi murid yang ada sisa pendengaran. Peruntukan waktu pengajaran dan pembelajaran Guru pendidikan khas (guru pembimbing). adalah bergantung kepada mata pelajaran masing-masing bagi sekolah menengah dan sekolah rendah. Waktu pengajaran dan pembelajaran Guru pendidikan khas (guru pembimbing). boleh dianjalkan mengikut keperluan pembelajaran murid dan dalam jumlah waktu yang diperuntukan. Pembinaan jadual waktu kelas inklusif sebaiknya selaras dengan jadual waktu aliran perdana dan mengikuti keperluan dan kesuaian.

f) g) h) i) j) k) l)

7.3 Pengurusan a) b) c) d) e) Menyelenggara Alat Bantu Dengar berfungsi dengan baik. Memastikan semua murid memakai Alat Bantu Dengar. Merakam program siaran TV Pendidikan untuk digunakan mengikut jadual waktu yang sesuai. Bekerjasama dengan guru lain di sekolah dan agensi luar untuk membantu murid bermasalah pendengaran dari segi hal ehwal kebajikan dan kesihatan. Mengadakan kolaborasi dengan pihak luar dalam menyalurkan maklumat, pendidikan dan pengetahuan kepada murid bermasalah pendengaran.

7.4 Kelas Bimbingan Dan Aktiviti-aktiviti tambahan a) b) Mengadakan kelas bimbingan tambahan bagi murid yang akan menduduki peperiksaan umum. Mengadakan kelas bimbingan bahasa isyarat kepada ibubapa/ penjaga murid supaya dapat membantu menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru di rumah. c) Membimbing murid dalam penggunaan perisian teknologi maklumat dan komunikasi. d) Mewujudkan dan menyelia perjalanan aktiviti Kelab Komunikasi Seluruh di sekolah. e) Melibatkan diri dalam aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di dalam dan di luar sekolah yang berkaitan dengan murid bermasalah pendengaran. 7.5 Peranan Pengetua/Guru Besar Pengetua/Guru Besar perlu menitikberatkan menitikberatkan perkara ini dan mengambil langkah-langkah berikut untuk menjamin pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif dikelolakan dengan sempurna.

30
(a) Mempengerusi Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif sekolah (b) Mempastikan Guru pendidikan khas (guru pembimbing). yang dilantik adalah terdiri daripada personalia terlatih dalam bidang Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran. (c) Mempastikan Guru pendidikan khas (guru pembimbing). melaksanakan senarai tugas serta mengguna Garisan Panduan Program Pendidikan Inklusif di Program Pendidikan Khas Integrasi secara optimum. Mempastikan Guru pendidikan khas (guru pembimbing). menumpukan segala tenaga, kemahiran dan kepakarannya ke arah meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Guru pendidikan khas (guru pembimbing). hendaklah membimbing murid khas mengikut matapelajaran tertentu. Keutamaan mestilah diberi kepada matapelajaran-matapelajaran teras. Jadual Waktu Pendidikan Khas mestilah disesuai dan diselaraskan dengan perjalanan Jadual waktu aliran perdana mengikut keperluan. (g) Membuat pemantauan Program Pendidikan Inklusif.

(d)

(e)

(f)

8.0 SYOR Mesyuarat Profesional Kementerian Pelajaran Malaysia adalah dipohon untuk mempertimbangkan dan meluluskan cadangan Garis Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif di sekolah-sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi

9.0 RUMUSAN Cadangan Garis Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif ini perlu diperkenalkan dalam latihan perguruan praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan untuk membolehkan guru-guru memahami dan mengenalpasti bidang tugas masing-masing. Ia juga dapat mengembangkan potensi murid pendidikan khas bermasalah pendengaran ke arah kecemerlangan pendidikan khas.

10.0

PENUTUP Ahli mesyuarat adalah dimaklumkan akan konsep Program Pendidikan Inklusif di sekolah sekolah-sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi.

You might also like