Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Unsur-unsur Tradisi Di dalam Perlembagaan

Assalamualaikum 1.0 PENDAHULUAN Mengikut kamus dewan edisi keempat, dari sudut bahasa perlembagaan boleh didefinisikan sebagai dasar pemerintahan negeri[1]. Manakala, dari segi istilah pula, perlembagaan membawa pengertian satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar (tertinggi) yang penting dalam melicinkan pemerintahan kesaksamaan bagi semua individu.[2] Perlembagaan dibentuk dengan mengambil kira perkembangan sejarah negara sebelum dan selepas penjajahan. Ia berperanan dalam menentukan bidang kuasa pemerintahan, sistem berpolitik, bentuk sesebuah kerajaan serta menjamin perlindungan rakyat. Tanggungjawab serta kewajipan setiap rakyat terhadap negara turut dinyatakan dalam perlembagaan persekutuan. Di negara kita, perlembagaan persekutuan menjadi tunjang kepada segala perencanaan dan perlaksanaan dasar dan undang-undang. Ia turut memainkan peranan dalam memperkasakan hubungan baik antara etnik di Malaysia. 2.0 KONSEP PERLEMBAGAAN Tedapat beberapa definisi yang telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh bagi konsep perlembagaan antaranya ialah A. S. Hornby dalam Oxford Advanced Learners Dictionary menyatakan bahawa perlembagaan merupakan satu sistem berkerajaan di mana undangundang dan prinsip-prinsip kerajaan tersebut berpandukan bagaimanakah sesebuah negara itu diperintah. Manakala, Geoffrey Marshall dan Graeme C.Moodie dalam Some Problems of the Constitution, mendefinisikan perlembagaan sebagai satu komposisi (gabungan) dan fungsi kepada prinsip bahagian-bahagian tertentu sesebuah negara yang mengawal kerajaan atau badan yang dikenali sebagai rakyat. R.N. Gilchrist dalam bukunya Principles of Political Science pula menyatakan perlembagaan mengandungi satu badan atau peraturan bertulis atau tidak bertulis yang dapat mengenal pasti kerajaan yang dibentuk, satu pembentukan kuasa untuk pelbagai organisasi kerajaan dan prinsip-prinsip umum yang akan menggunakan kuasa ini. Secara ringkasnya, dapatlah disimpulkan bahawa perlembagaan ialah undangundang yang mengandungi peraturan serta prinsip sebagai asas kepada pembentukan kerajaan dan juga panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir Negara. Ia merupakan sejenis undang-undang yang boleh dikuatkuasakan dan terbahagi kepada perlembagaan bertulis dan tidak bertulis. Perlembagaan bertulis merupakan

perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen. Perlembagaan Malaysia merupakan contoh perlembagaan bertulis. Perlembagaan tidak bertulis pula merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti undangundang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusan mahkamah. Contoh perlembagaan tidak bertulis ialah perlembagaan United Kingdom. Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik. Ia menjamin pentadbiran yang cekap, jujur, ikhlas, telus dan adil serta menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada Negara. 3.0 UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA Kebanyakan Perlembagaan Persekutuan mengandungi amalan yang diwarisi

daripada zaman penjajahan, kecuali peruntukan tentang pentadbiran, parlimen dan kewarganegaran.Terdapat fasal-fasal yang diwarisi sejak zaman penjajahan dan masih dikekalkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Unsur-unsur tradisi sebenarnya telah wujud sejak ratusan tahun yang lalu sebelum pembentukan perlembagaan pada tahun 1957. Ia dianggap sebagai satu kontrak sosial yang meliputi 4 aspek termasuklah institusi beraja, agama islam, bahasa melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu. Keempat-empat unsur tradisi ini diserap menjadi sebahagian daripada kandungan penting perlembagaan persekutuan. Ia berperanan menstabilkan sistem politik negara dan laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid menekankan betapa pentingnya perlembagaan mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957. Ini menunjukkan betapa pentingnya unsur-unsur tradisi sehingga dilindungi di bawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai isu-isu sensitif yang dilarang daripada dijadikan isu perbincangan awam. Ia juga merupakan satu pra-syarat dan permuafakatan yang telah dipersetujui dan diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Ini bermakna, orang Melayu diberikan hak istimewa, Islam menjadi agama persekutuan dan Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan sebagai pra-syarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu. Pra-syarat ini menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah menerima satu formula bagi menyelesaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan konflik antara etnik di Tanah Melayu pada ketika itu.

3.1 Kedudukan Istimewa Orang Melayu Unsur tradisi yang pertama adalah kedudukan istimewa orang Melayu telah termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Di bawah peruntukan ini, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera di negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain. Pada mulanya, peruntukan yang mengutamakan penduduk peribumi Melayu tidak diperlukan dalam beberapa perjanjian yang ditandatangani antara raja-raja Melayu dengan kerajaan British. Ini dibuat berasaskan anggapan bahawa negara ini ialah sebuah negara Melayu, dan tiada sesiapa pun semasa itu mempersoalkan hak dan keistimewaan yang dinikmati oleh orang Melayu sebagai penduduk peribumi. Keadaan ini mula berubah selepas beberapa perjanjian ditandatangani dengan kerajaan British yang memaksa raja-raja Melayu menurut nasihat British dalam semua perkara yang melibatkan pentadbiran kecuali berkaitan dengan agama dan adat istiadat Melayu. Tindakan ini, tanpa disedari menghakis hak dan kedudukan istimewa yang dinikmati oleh orang Melayu sedikit demi sedikit. Keadaan ini diburukkan lagi akibat dasar pintu terbuka British pada awal ke-20 yang membawa masuk ramai kaum imigran ke tanah Melayu untuk bekerja di lombong bijih timah dan ladang getah. British membiarkan orang Melayu terus kekal di luar bandar, tanpa berpeluang melibatkan diri dalam arus pembangunan ekonomi. Kembalinya British pada tahun 1946 selepas Jepun menduduki Tanah Melayu 19421945, Parti Buruh sebagai pemerintah Britain telah membawa dasar politik yang berbeza. British dengan tegas mahu melaksanakan penjajahan fizikal ke atas Tanah Melayu sepenuhnya. Untuk itu kuasa Raja-raja Melayu dihapuskan secara perlembagaan dan kebudayaan, negeri Melayu dijadikan satu dengan nama Malayan Union dan perundangan Tanah Melayu dibuat oleh Parlimen British. British ingin membentuk satu konsep negara yang baru, yang tidak lagi berasaskan Melayu sebaliknya Malayan. Dalam Perlembagaan Malayan Union[3] 1946, bukan sahaja hak dan keistimewaan orang Melayu tidak disebut, tetapi keistimewaan dan kedudukan yang dimiliki oleh raja-raja Melayu dikurangkan sehingga ke peringkat untuk keperluan rasmi dan perkara-perkara kecil sahaja. Malah kuasa undang-undang dan kedaulatan negeri-negeri Melayu diletakkan dalam kuasa kerajaan British dan satu bentuk kerakyatan yang seragam diadakan.[4] Bagi mententeramkan orang Melayu terhadap penentangan Malayan Union[5], British memberikan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Oleh itu, orang Melayu mendapat semula hak dan kedudukan mereka. Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan diberi tanggungjawab

khas melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain'[6] di bawah perlembagaan itu. Selepas merdeka, tanggungjawab khas Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan dipindahkan kepada Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Setelah Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia, kedudukan dan hak istimewa kaum Bumiputera di kedua-dua negeri itu diiktiraf dan serta menjadi sebahagian daripada tanggungjawab khas Yang di-Pertuan Agong. Kedudukan istimewa orang Melayu' di bawah Perkara 153 bermaksud: a) Yang di-Pertuan Agong dikehendaki melaksanakan dasar-dasar bagi melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak dari segi jawatan dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa dan bantuan, kemudahan pendidikan serta lesen untuk perniagaan dan perdagangan. b) Tanggunjawab khas ini perlu dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan berhati-hati supaya tidak mengakibatkan kehilangan sebarang jawatan awam, penarikan sebarang biasiswa, keistimewaan atau perlucutan dan penamatan permit yang dinikmati oleh sesiapa pun. Ini bertujuan untuk memastikan tidak ada mana-mana pihak yang berasa diaiayai atau diabaikan. Orang Melayu menurut tafsiran Perlembagaan Persekutuan, Perkara 160, membawa erti seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdekadan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura, atau ialah zuriat seseorang yang demikian. Bumiputera di Sabah dan Sartawak pula ialah: 1. Di Sarawak : mana-mana suku kaum asli iaitu Bukitan, Bidayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadazan, Kelabit, Kayan, Kenyah,Kajang,Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit atau dia berketurunan campuran daripada kaum tersebut. 2. Di Sabah : anak atau cucu kepada seorang daripada suatu kaum asli Sabah dan dia telah dilahirkan di Sabah. Dalam Perlembagaan Persekutuan, hak-hak orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak ada dinyatakan dalam Perkara 153. Hak Istemewa Orang Melayu dan bumiputera meliputi: Bidang Perkhidmatan Awam Perkara 153 (2, 3 dan 4); Bidang Ekonomi Perkara 153 (6) dan Bidang Pelajaran Perkara 153 (2, 3 dan 4). Selain itu, kedudukan istemewa orang Melayu dan bumiputera yang lain juga terdapat dalam peruntukan Perkara 89 dan 90, iaitu berhubung dengan tanah rizab Melayu; dan Perkara

8(5)(f) berkenaan kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan. Hak-hak ini tidak boleh dipertikaikan dan ia dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1971). 3.2 Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan Unsur tradisi seterusnya yang disentuh dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 melalui Perkara 152 adalah bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Dalam fasal tersebut telah disebutkan bahawa, bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu dan akan kekal seperti itu seperti yang diperuntukkan oleh Parlimen, dengan peruntukan bahawa (a) tidak ada seseorang pun yang akan dihalang dari menggunakan (kecuali hal-hal rasmi), atau mengajar atau mempelajari bahasa-bahasa lain dan (b) tidak ada sebarang peruntukan dalam fasal ini yang boleh mengganggu hak kerajaan persekutuan atau sebarang kerajaan negeri untuk memelihara dan memperkembangkan dan pengkajian bahasa komuniti lain.[7] Konsep memberikan taraf kebangsaan kepada bahasa itu jauh lebih luas dan mempunyai lebih banyak kesan daripada pengiktirafannya sebagai bahasa rasmi sematamata. Kesan utama yang dapat dilihat ialah apabila bahasa Melayu di angkat tarafnya sebagai bahasa Kebangsaan secara automatiknya bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantara dalam semua maksud rasmi[8]. Ini bermaksud bahasa selain bahasa Melayu hanya boleh dipelajari dan digunakan dalam urusan tidak rasmi. Sebelum Perang dunia kedua, bahasa Melayu digunakan secara meluas untuk tujuantujuan rasmi seperti dalam mesyuarat, urusan surat menyurat, penulisan minit mesyuarat dan prosiding perundangan negeri-negeri Melayu dalam kebanyakan negeri Melayu terutamanya Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca di nusantara pada masa itu. Namun selepas perang keadaan mula berubah akibat penerimaan[9] sistem perundangan British, perjanjian Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu serta bertambah ramainya bilangan rakyat yang berpendidikan Inggeris. Ini menyebabkan bahasa Inggeris mula mula diterima sebagai bahasa pentadbiran dan digunakan dalam dalam beberapa bidang kegiatan kerajaan walaupun bahasa Melayu masih digunakan dalam beberapa bidang urusan kerajaan. Perlembagaan Malayan Union ada menyebut bahawa bahasa rasmi[10] untuk mesyuarat Raja-raja ialah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Begitu juga bahasa rasmi[11] yang digunakan dalam Majlis Mesyuarat Kerja Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri-negeri Selat. Namun begitu, setelah Malayan Union dimansuhkan, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tetap mengekalkan bahasa Inggeris dan bahasa

Melayu sebagai bahasa rasmi dalam Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan kecuali catatan dalam bentuk penulisan mestilah dibuat di dalam bahasa Inggeris.[12] Penghakisan sedikit demi sedikit penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi mula membimbangkan beberapa golongan cendekiawan dan tokoh pada masa itu termasuklah Onn Jaafar dan Abdul Rahim Kajai yang berpendapat bahawa ini merupakan tanda penjajahan British yang sangat ketara ke atas negeri-negeri Melayu dan masyarakat Melayu[13]. Pencapaian kemerdekaan pada tahun 1957 telah membawa satu sinar baru kepada bahasa Melayu di bawah Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan walaupun memberi satu persoalan politik yang besar di kalangan parti politik dan persatuan quasi politik di Semenanjung.

3.3 Agama islam sebagai agama rasmi Agama Islam menjadi agama anutan orang Melayu sejak lebih 600 tahun lalu. Walaupun dijajah oleh tiga kuasa asing, iaitu Portugis, Belanda dan British, orang Melayu masih kuat berpegang kepada ajaran Islam. Peralihan daripada satu kuasa penjajah kepada satu kuasa penjajah yang lain tidak menjejaskan pegangan orang Melayu terhadap agama Islam. Sungguhpun British berjaya mendapat hak untuk menasihati raja dalam semua urusan pemerintahan, tetapi mereka tidak menyentuh sama sekali agama Islam dan adat istiadat Melayu. Selepas merdeka, kedudukan agama Islam terus terpelihara dan menjadi agama rasmi persekutuan. Namun, agama-agama lain masih boleh diamalkan dengan bebas dalam mana-mana bahagian Persekutuan. Ini telah dijelaskan dalam Perkara 3 bahawa bahawa agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas.[14] Selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, kerajaan pusat diberi kuasa untuk membelanjakan wang bagi tujuan pentadbiran agama islam dan undang-undang Syariah. Penerimaan Islam sebagai agama Persekutuan membolehkan kerajaan pusat atau negeri menubuh, menyelenggara dan membantu pertubuhanpertubuhan Islam.[15] Pelbagai bantuan disediakan untuk tujuan ini seperti peruntukan perbelanjaan bagi keperluan majlis-majlis keagamaan.

3.4 Pemerintahan Beraja

Sebelum kedatangan penjajah, negeri-negeri Melayu telah berabad-abad amalkan sistem pemerintahan beraja. Raja berkuasa secara mutlak dalam semua urusan pemerintahan dan pentadbiran negeri. Baginda dibantu oleh para pembesar negeri. Semasa penjajahan British di Tanah Melayu, raja-raja Melayu masih diiktiraf sebagai pemerintah yang berdaulat dan berkuasa penuh di negeri masing-masing. Namun dalam sesetengah perkara, mereka dikehendaki mematuhi nasihat para pegawai British yang dilantik sebagai Residen atau Penasihat British. Keadaan ini berlanjutan sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Selepas pendudukan Jepun, kerajaan British bercadang untuk menubuhkan satu bentuk pemerintahan bercorak kesatuan yang dikenali sebagai Malayan Union. Melalui cadangan Malayan Union ini, raja-raja kekal sebagai pemerintah atas nama dan kuasa mereka dihadkan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. Setelah mendapat bantahan hebat daripada orang Melayu, Malayan Union dibubar dan gantikan dengan satu perlembagaan baharu yang dikenali sebagai Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Perlembagaan baharu ini sedikit sebanyak telah memulihkan semula kedudukan raja-raja Melayu. Setelah merdeka, institusi pemerintahan beraja terus dikekalkan mengikut lunas-lunas perlembagaan selaras dengan sistem demokrasi yang diamalkan. Seiring dengan itu, beberapa perubahan telah dilakukan ke atas institusi beraja untuk disesuaikan dengan amalan demokrasi berparlimen. Sistem beraja mutlak terus dimansuh dan digantikan dengan sistem raja berpelembagaan. Di bawah sistem ini, raja-raja dikehendaki menerima nasihat anggota Kabinet dan bertindak menurut nasihat-nasihat itu.

4.0 KEWAJARAN KEWUJUDAN UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN Unsur tradisi dianggap sebagai faktor penting dalam proses pembinan negara bangsa serta kearah mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk persefahaman bagi mencapai perpaduan. Perkara-perkara ini menjadi punca keutuhan hubungan etnik di Malaysia. Segala apa yang nampak berpihak diseimbangkan dengan hak yang sewajarnya. Sebagai contoh; kedudukan Islam sebagai agama rasmi diseimbangkan dengan peruntukan kebebasan menganut agama lain bagi yang bukan Islam. Ini menyebabkan berlaku toleransi di kalangan warganegara dan tidak memaksa pihak yang lain. Di sinilah hubungan etnik menjadi semakin utuh dan erat. 4.1 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan

Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa rasmi negara merupakan satu pilihan yang tepat apabila aspek sejarah dipertimbangkan. Berdasarkan sejarah, bahasa Melayu telahpun menjadi lingua franca sekian lamanya (Salleh Abbas, 1986) sebagai contoh pada zaman penjajah lagi bahasa melayu telah dijadikan bahasa rasmi. Bahasa Melayu juga kini merupakan antara bahasa utama Malaysia apabila jelas terlihat dengan penyertaan masyarakat dunia mewakili 54 buah negara dalam pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM) edisi kelima tahun ini.[16] Matlamat menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah untuk menyatupadukan pelbagai kaum ke arah membentuk sebuah negara yang bersatu melalui satu bahasa yang sama digunakan oleh semua lapisan rakyat. Di samping itu, bahasa ibunda lain tidak tergugat. Bahasa Melayu juga boleh menjadi alat untuk membentuk satu bangsa, satu negara dan satu bahasa yang teguh. Oleh itu, Surat Pekeliling Am Bilangan 1 tahun 2006 telah dikeluarkan bagi memaklumkan akan langkah-langkah memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dalam perkhidmatan awam. Antara isi kandungannya ialah: 2. memastikan semua pegawai dan kakitangan Kerajaan menggunakan bahasa kebangsaan yang baik dan betul dalam semua urusan rasmi, sama ada secara tulisan mahupun lisan, dengan rakan sekerja dan apabila berurusan dengan pelanggan (kecuali urusan yang melibatkan negara asing dan untuk tujuan melatih pegawai dan kakitangan supaya fasih berkomunikasi dalam bahasa asing) Pendaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan mestilah diselarikan dengan dasar pendidikan kebangsaan. Seperti yang dinyatakan didalam Dasar Pelajaran Kebangsaan[17] yang menekankan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama dan Akta Pelajaran 1961 telah melaksanakan dasar tesebut. Ini kerana melalui sistem pendidikan pemupukan negara bangsa merdeka akan dapat dipupuk dan dikembangkan supaya perpaduan rakyat dapat dilahirkan dengan lebih mudah. Nation Building bagi sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia perlukan satu ejen yang berkesan untuk mencapai matlamat itu; pendidikan adalah pemangkin yang penting bagi proses pembinaan perpaduan politik dan sosioekonomi masyarakat negara ini.[18] Cendekiawan negara Profesor Diraja Ungku Aziz juga bersetuju bahawa Bahasa Melayu mampu membawa kepada perpaduan dengan mengatakan bahawa keunikan Bahasa Melayu boleh menjadi alat komunikasi bagi memantapkan lagi perpaduan kaum yang telah lama wujud.[19] Beliau juga menegaskan bahawa sistem pembelajaran amat penting untuk mewujudkan perpaduan negara agar lebih mamtap dan ampuh. Fenomena masyarakat Malaysia kini seperti tidak mahu mengiktiraf Perkara 152 yang terkandung dalam perlembagaan. Hal ini kerana terdapat papan tanda yang

mempunyai empat bahasa. Jika masyarakat asing datang kenegara kita, semestinya mereka pening dan marasakan bahasa rasmi negara ini ada empat. Selain itu, turut membimbangkan masyarakat seperti malu menggunakan bahasa Melayu. Sektor swasta juga kini berurusan dengan sektor awam menggunakan bahasa Inggeris. Sepatutnya segala urusan surat menyurat, urusan dengan imegresen, kastam, tender, perlesenan, perbankan, percukaian, pendaftaran dilakukan dalam bahasa Melayu. Terdapat juga, sesetengah masyarakat Cina dan India yang tidak fasih berbahasa Melayu dan hanya tahu bahasa ibunda mereka sahaja. Golongan seperti ini kebiasaannya merupakan duri yang membawa kepada perpecahan kaum di Malaysia dan penghalang kepada perpaduan. Kesimpulannya, sebaiknya rakyat Malaysia harus mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sepertimana yang telah termaktub dalam perlembagaan. 4.2 Agama Islam sebagai Agama Persekutuan Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang bersatu padu. Agama Islam telah ditetapkan sebagai agama Persekutuan kerana Islam telah lama bertapak di Tanah Melayu semenjak daripada dahulu lagi. Agama Islam telah menjadi anutan sejak ratusan tahun bagi orang-orang Melayu. Kerajaan Melayu Melaka yang bertapak kukuh selama lebih kurang 100 tahun pada kurun ke-15 telah pun memperkenalkan undang-undang Islam yang dikenali Hukum Kanun Melaka. Walaupun undang-undang tersebut dikatakan mengandungi unsurunsur adat, namun sebahagian besar kandungannya merupakan undang-undang Islam sebenar meliputi perkara-perkara sivil dan jenayah. Oleh yang demikian, tidaklah menghairankan mengapa Islam menjadi agama Pesekutuan. Berdasarkan falsafah Islam membebaskan manusia daripada perhambaan sesama manusia, maka perlembagaan yang baik pasti akan menghormati hak-hak rakyat dalam negara tersebut, dan tidak cuba memaksa rakyat memperhambakan diri mereka kepada ideologi pemerintah. Peruntukan undang-undang seperti ini menunjukkan bahawa pemerintah amat bertoleransi dengan kaum-kaum lain yang mengamalkan agama yang berbeza. Perkara ini diberikan perhatian supaya masyarakat lain tidak berasa diketepikan atau ditindas dalam soal agama. Ini seterusnya akan dapat mewujudkan persefahaman dan permuafakan ke arah perpaduan di kalangan pelbagai kaum dan agama. Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin baru-baru ini bertitah agar rakyat hendaklah tidak mempersoalkan lagi kepentingan peribadi hak-hak lain menggugat perpaduan. Titah baginda berbunyi Walaupun Islam yang boleh agama adalah

Persekutuan, agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman damai,malah hari-hari

perayaan agama yang mempunyai penganut teramai dijadikan hari cuti umum.[20] . Dalam titah baginda tersebut jelas menunjukkan bahawa Malaysia masih tetap memberi hak sewajarnya kepada agama-agama lain dan menunjukkan amalan keserdehanaan dan keterangkuman seperti yang dianjurkan oleh Islam diamalkan dengan subur di negara ini. Oleh itu, kaum-kaum lain seharusnya memperakui Perkara 3 yang termaktub dalam perlembagaan. Perkara yang amat menyedihkan baru-baru ini ada pihak yang seolah-olah cuba melenturkan dan menentang perlembagaan terutamanya Perkara 3 iaitu agama islam merupakan agama rasmi negara apabila menimbulkan isu portfolio baru bagi menjaga hal ehwal bukan Islam di Pulau Pinang.[21] Hal seperti ini seharusnya tidak boleh timbul kerana rakyat perlu akui dan mengiktiraf Perkara 3. Kesimpulannya, dalam membentuk negara bangsa, sememangnya Perkara 3 harus dipertahankan dan sebulat suar. 4.3 Kedudukan Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak Rasionalnya kedudukan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan sarawak di beri keistimewaan dan dipelihara oleh Yang di-Pertuan Agong ialah kerana mereka merupakan penduduk pribumi negara ini. Walaupun dari satu sudut peruntukan khas ini seolah-olah bercanggah dengan kesamarataan layanan perlembagaan ke atas semua warganegara persekutuan, namun ia satu pertimbangan untuk menyamakan taraf kaum bumiputera dengan kaum-kaum yang lain khususnya Cina di tanah air bagi menjamin mewujudkan keseimbangan, khususnya dalam bidang ekonomi, pendidikan dan agihan kekayaan khususnya kepada kaum yang masih lemah dan ketinggalan menjelang kemerdekaan. [22] Keistimewaan kouta Melayu ini juga adalah bagi membantu masyarakat Melayu dan bumiputera untuk membaiki taraf hidup mereka yang telah jauh ketinggalan daripada kaum lain. Kerana kita dapat lihat dengan jelas sekarang walau bagaimanapun, atas sebab apa pun, masyarakat Melayu masih lagi di belakang kaum bukan Melayu terutamanya dalam aspek kedudukan ekonomi. Terdapat sesetengah pihak terutamanya pemimpin politik seperti tidak berpuas hati dengan apa yang termaktub dalam Perkara 153. Sebenarnya mereka inilah punca kepada perpecahan. Sewajarnya, pemimpin politik kaum lain mempromosikan perpaduan dan menyedarkan kaumnya bahawa keistimewaan diberikan kepada Masyarakat Melayu dan bumiputera merupakan satu hak yang wajar kerana masyarakat ini merupakan pribumi negara ini. Perkara 153 ini tidak bermaksud untuk menafikan kedudukan kaum lain sehingga membuatkan mereka merasa seperti merempat. Bahkan, kaum bukan melayu di Malaysia

antara pelopor ekonomi yang gah kerana Perkara 153 tidak menghalang kepada bangsa bukan Melayu untuk memakmurkan kedudukan sosial dan ekonomi mereka di negara ini. Dalam bidang pendidikan pula, walaupun kedudukan istimewa mengenai pendidikan Melayu dan bumiputera diwujudkan namun pelbagai toleransi antara kaum telah diwujudkan dengan tidak menghapuskan sekolah Cina dan Tamil. Setiap kaum mempunyai institusi pendidikan tinggi mereka: Melayu UiTM, Cina - KTAR, India Kolej Tafe. Toleransi kaum juga menyebabkan pemberian pinjaman pendidikan diberikan kepada semua kaum menerusi PTPTN utk membiayai kos pendidikan mereka. Selain itu, keistimewaan ini adalah bagi menyeimbangkan peratusan golongan profesional bumiputera dan bukan bumiputera. Kesimpulannya, Perkara 153 memang wajar dipertahankan dan kaum Bukan Melayu janganlah berasa bimbang kerana kebajikan mereka masih tetap dijaga. 4.4 Pemerintahan Beraja Sebagai rakyat seharusnya kita menghormati pilihan Malaysia dalam memilih sistem kerajaan negara yang berteraskan prinsip Raja Berpelembagaan dan demokrasi berparlimen. Pemerintahan beraja adalah rasional masih dikekalkan di Malaysia. Hal ini kerana Raja Melayu merupakan simbol perpaduan dan keharmonian negara. Sistem beraja di Malaysia menjadi naungan dan simbol taat setia rakyat jelata. Tanpa raja, rakyat dan pemimpin menjadi sama. Tradisi pemerintahan beraja di Tanah Melayu sudah diwarisi sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal Negara Malaysia. Ia melambangkan kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian daripada identiti negara. Sultan Perak,Sultan Azlan Shah telah bertitah bahawa sistem raja sebenarnya memberi satu perimbangan peranan dan perimbangan kuasa demi menjamin kesejahteraan warga dan negara.[23] Pengimbang kuasa adalah apabila raja memain peranan tidak menyebelahi mana-manamana bahagian tertentu, tetapi menjamin kecekapan serta kestabilan antara kehakiman, perundangan dan eksekutif di negara ini. Malah, keseimbangan kuasa berlaku apabila raja berperanan bagi memastikan tidak wujud campur tangan di antara tiga badan itu. Sebagai sebuah negara Malaysia perlu mempunyai satu identiti yang berbeza dan unik. Inilah yang mendasari bentuk dan menyediakan isu kepada upacara rasmi negara. Kewujudan sistem beraja dengan sendirinya menekankan ciri-ciri kemelayuan [Abdul Aziz Bari, 1999]. Ketaatan kepada raja dan negara akan dapat memupuk persefahaman ke arah perpaduan. Walaubagaimanapun, perkara ini timbul dengan konsep yang baru iaitu

raja berperlembagaan bagi mengelakkan berlakunya tindakan raja yang mengubah dasar sehingga menyulitkan rakyat. Dengan konsep baru ini, institusi beraja tetap wujud dan disanjung namun raja-raja perlu juga mengikut lunas lunas perlembagaan yang ditetapkan. Dalam membentuk sebuah negara bangsa, rakyat berbilang kaum mestilah menghormati sistem ini. Namun begitu, yang membimbangkan dinihari ialah apabila masyarakat melayu sendiri yang mempersoal ketuanan raja dan rasionalnya sistem itu masih dipertahankan.[24] Hakikatnya melalui Sistem Raja Berpelembagaan inilah yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang paling beradab dalam kalangan negara Islam apabila berjaya membanteras sikap pelampau yang boleh mencetuskan masalah negara. Ketua felo penyelidik Institut Kajian Islam Lanjutan Antarabangsa Malaysia (IAIS) Dr Cristoph Marcinkowski[25] berkata sikap pelampau boleh dianggap sebagai punca utama lahirnya tindakan ganas dan ancaman ini telah berjaya dibanteras oleh Malaysia melalui peranan Raja Berperlembagaan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengatakan sistem pemerintahan raja berpelembagaan dan demokrasi berpalimen telah mewujudkan keaman dan kestabilan politik serta membolehkan perlaksanaan pembangunan secara terancang dan tertib sehingga membawa manfaat kepada segenap lapisan masyarakat. Hasilnya taraf hidup rakyat telah berjaya ditingkatkan dengan ketara dalam hanya tempoh 50 tahun.[26] Kita juga telah berjaya mentransformasikan negara daripada sebuah negara pertanian yang berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian moden berpendapatan tinggi, [27]. Manakala Kay Kim menyatakan bahawa british pada lewat abad ke 19 mengakui peranan raja sangatlah penting dalam masyarakat tempatan. Tanpa raja 'the people will be just a mob' (rakyat akan menjadi seperti samseng)," ujarnya.[28] Konklusinya, sistem raja berpelembagaan harus dikekalkan kerana ia menyumbang lebih banyak kebaikan daripada keburukan kearah membentuk Negara bangsa. 5.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, formula kontrak sosial yang telah dipakai sejak 50 tahun yang lalu telah berjaya membentuk satu negara bangsa yang bersatu padu tanpa berlaku sebarang konflik perkauman. Formula ini penting dalam menjayakan visi dan misi negara ke arah negara maju menjelang wawasan 2020. Walaupun dengan simbol Melayu seperti bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa Bumiputera sebagai penghuni asal, lambang kuasa Melayu dalam bentuk pemerintahan beraja dan Islam selaku agama

Persekutuan, kepentingan asas kelompok lain tidak sekali-kali terjejas. Malah ia, sama ada dalam bentuk kelayakan ekonomi mahupun kebebasan budaya, dilindungi dengan cukup sasa dalam Perlembagaan Persekutuan. Legitimasi watan ini yang seolah-olah mengenakan kedominanan Melayu sebenarnya terus membenarkan, misalnya bahasa ibunda kelompok lain dikembangkan. Ini termaktub pada Artikel 152. Dengan ini, pendidikan vernakular Cina misalnya, bukan saja berkembang dengan pesat di negara ini, malah menjadi sistem paling lengkap di Asia Tenggara. Walaupun Islam menentukan kelakuan moral nasional, bukan saja kebebasan beragama diperuntukkan pada Artikel 3, keunggulan Islam tidak sekali-kali diguna untuk menjadikan agama lain tidak penting di Malaysia. Untuk Malaysia bergerak ke hadapan, khususnya mencapai status negara maju seperti dihasratkan dalam Wawasan 2020, penghayatan kepada kontrak sosial adalah satu-satunya alat yang mampu membawa perubahan ke arah itu. Kesimpulannya, kerajaan harus mengambil langkah yang lebih agresif dalam memberi pendidikan berkaitan Perlembagaan negara kepada semua lapisan masyarakat. Dengan cara ini dapat membentuk masyarakat yang mengetahui hak dan keperluan sebagai warganegara dan juga hak negara terhadap individu yang menjadi warganegaranya. Semua kaum di Malaysia harus menghormati hak yang telah ditetapkan oleh perlembagaan. Masyarakat bukan Melayu perlu memahami kedudukan politik Melayu atau sistem kenegaraan Melayu dan pengaruhnya kepada negara manakala kaum bumiputera pula harus memahami hakikat masyarakat berbilang kaum yang terdapat di negara ini. Hak orang bukan Melayu tidak boleh disangkal kerana mereka telah bermastautin, lahir dan membesar di Malaysia. Apa yang penting ialah kedua-dua pihak harus saling memahami. Oleh yang demikian seharusnya polemik berkaitan hak-hak kaum lain tidak dipertikaikan sebaliknya kita sebagai rakyat Malaysia perlu terus menghayati semangat kontrak sosial ini dengan menolak keganasan perkauman, ketaksuban dan ekstrimisme. Disamping memperkukuhkan ikatan masyarakat majmuk dalam Negara kita.

You might also like