Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Teori Behaviouris atau Mekanis

Salah satu daripada bidang ilmu yang banyak mempengaruhi linguistik ialah
psikologi. Mereka yang mengkaji teori behaviouris ini ialah ahli-ahli psikologi seperti
Pavlov, Thorndike, Hull dan Skinner yang menganggap pembelajaran sebagai satu
proses yang mekanis bagi membentuk sesuatu kebiasaan. Ahli-ahli behaviouris
berpendapat bahawa terdapat perhubungan antara satu rangsangan dengan gerak
balas. Sesuatu gerak balas yang betul akan diulangi jika diikuti dengan ganjaran.
Gerak balas yang diikuti oleh peneguhan yang positif juga akan diulangi. Gerak
balas yang sering diulangi akan membentuk satu kebiasaan.

Skinner (1957), Braine (1963 dan 1965) telah cuba melanjutkan teori behaviouris ini
untuk menghuraikan pembelajaran bahasa. Ahli-ahli behaviouris menekankan
kepentingan pengaruh persekitaran dalam pembelajaran bahasa. Sesuatu ujaran
terbentuk kerana adanya rangsangan dalam bentuk-bentuk bahasa atau bukan
bahasa. Contohnya, seseorang kanak-kanak bertutur kerana ada orang yang
bercakap dengannya ataupun kanak-kanak itu sendiri perlu bercakap untuk
memenuhi keperluan-keperluan asasinya seperti hendakkan makanan atau
minuman dan sebagainya lagi. Bentuk-bentuk bahasa yang betul yang dihasilkan
oleh seseorang perlu diteguhkan supaya bentuk-bentuk tadi akan diulangi lagi.
Dalam proses perolehan bahasa, ibu bapa dan penjaga kanak-kanak menggunakan
pelbagai cara untuk

mrneguhkan gerak balas bahasa yang betul. Contohnya, member! senyuman, kata
pujian, menganggukkan kepala dan\ ynng sebagainya lagi. Proses ulangan
memainkan peranan yang pmting dalam perolehan bahasa. Perkataan-perkataan
ataupun , IxMituk-bentuk bahasa yang sering diulang akan cepat • (I i pelajari oleh
kanak-kanak. ^

Walau bagaimanapun, teori behaviouris ini tidaklah pula membuat tuntutan yang
khusus mengenai bagaimana bahasa dikuasai. Menurut Abdullah Hassan (1984:
256), ahli-ahli psikologi yang mengkaji teori behaviouris, hanya menganggap
bahawa kemahiran bertutur itu juga merupakan satu lakuan manusia, sama seperti
lakuan lain. Jadi bagaimana lakuan lain itu dipelajari, maka begitulah juga lakuan
bahasa dipelajari. Kajian mereka hanya ditumpukan kepada lakuan binatang.
Kesimpulan daripada kajian ini dianggap akan dapat diterima sebagai sah untuk
sebarang lakuan manusia.

Sebagai kesimpulannya, antara ciri-ciri pembelajaran yang boleh disimpulkan


daripada teori behaviouris atau mekanis ini adalah seperti yang berikut:-

i. Pembelajaran ialah satu proses mekanis yang terjadi daripada perhubungan


antara rangsangan (stimulus) dan gerak balas (respon).
ii. Sesuatu gerak balas akan diulangi jika diikuti dengan

ganjaran. in. Sesuatu gerak balas yang diikuti dengan peneguhan yang

positif juga akan lebih sering diulangi. iv. Sesuatu gerak balas yang sering
diulangi akan membentuk
kebiasaan.

Ivan Pavlov

Ivan Pavlov dilahirkan pada tahun 1849 dan meninggal dunia pada tahun 1939.
Beliau ialah pelopor kepada mazhab teori pembelajaran rangsangan gerak balas.
Pavlov menjalankan penyelidikannya dengan menggunakan anjing peliharaannya
sendiri. Anjing itu ditambatkan pada satu pasungan. Satu pembedahan kecil
dilakukan pada pipi anjing itu untuk 88 / TeoriBahasa

menyalurkan air liurnya melalui satu saluran ke dalam satu lubang penyukat.
Apabila anjing itu diberikan daging, air liurnya mengalir dengan banyak. Bagi anjing
tersebut daging yang diberikan kepadanya merupakan rangsangan semula j adi dan
air liur yang keluar kerana melihat daging ialah gerak balas semula jadi atau
gerakan pantulan. Setelah anjing itu biasa dengan situasi itu, loceng dibunyikan
beberapa saat sebelum daging dikeluarkan. Air liur anjing itu tetap keluar seperti
biasa. Setelah keadaan ini diulang beberapa kali, apabila loceng dibunyikan tanpa
membawa daging, air liur anjing \\,\ i tetap keluar seperti biasa. Hal ini ialah hasil
pelaziman anta t, i bunyi loceng dengan daging. Bunyi loceng merupak;m
rangsangan terlazim dan air liur yang keluar itu dinamakangerak balas terlazim.

Pelaziman yang dihasilkan secara yang dibuktikan olrli -

Pavlov ini dikenali dengan nama Pelaziman Klasik kern mi I

pelaziman cara inilah yang mula-mula sekali ditemui. I

Apabila loceng dibunyikan tanpa pengukuhan (daging): u r I

liur anjing itu masih juga keluar tetapi kadar banyaknytfl

berkurangan. Lama-kelamaan air liur anjing itu terus berhc i ilil

Peringkat ini dinamakan penghapusan apabila kcHitfl

kelaziman itu telah hilang. Namun demikian, gerak halfl

terlazim itu dapat dihasilkan semula selepas berehat beboruM

waktu. Hal ini dapat dilakukan dengan memberikan gerak ball

terlazim yang berkenaan. Walau bagaimanapun, gerak b|fl

terlazim ini akan terhapus jikalau tidak disertakan dni^l

rangsangan semula jadi. Jikalau selepas penghapusan, ('«^l

diberikan semula dan air liur anjing itu keluar sepert.i '>^H
peringkat ini dinamakan sebagai peringkat pembcl:ij^H

semula. ^1

Apabila sesuatu gerak balas terlazim terhadap <-iii^l

rangsangan (Rl), rangsangan yang hampir-hampir sen 11 "lH

R3, R4 dan seterusnya) akan menghasilkan gerak balas i < 11^1

yang sama. Umpamanya, loceng yang hampir-hampn il^l

bunyinya dengan loceng yang menjadi gerak balas I'-c^H

yang mula-mula tadi akan mengeluarkan air liur jugii. 1 \ "^1*

ini dipanggil "penyeluruhan rangsangan". Dalam kclil^H*

sehari-hari, misalnya, seseoranganakyangbaharu mciu|)^l<

Teori-teori Pemerolehan dan Pembelajaran Bahasa I 89

atau mengenal emaknya, akan mendapati bahawa semua orang perempuan yang
serupa dengan emaknya akan dipanggilnya

(>mak.

Seterusnya, dalam proses pelaziman, seseorang itu akan dapat membezakan


rangsangan. Umpamanya, seperti cksperimen terhadap anjing tadi; apabila
dibunyikan loceng, daging akan diberikan kepada anjing itu tetapi kalau lampu
11 i nyalakan, air minuman pula yang akan diberikan kepadanya. Hal ini bermakna
seseorang kanak-kanak akan dapat membezakan bunyi langkah daripada ibunya
dengan bunyi l.mgkah daripada orang lain. Jikalau kanak-kanak itu nH-ndengar
bunyi langkah daripada ibunya, bunyi itu akan ""•nyenangkan kanak-kanak itu.
Sebaliknya, jikalau kanakI uiak itu mendengar bunyi langkah daripada orang lain,

Inak-kanak itu akan gelisah. Rangkaian pembelajaran cara pelaziman klasik ini telah
x-rluas kepada pelaziman peringkat kedua, ketiga dan U'rusnya. Umpamanya bunyi
loceng terlazim dapat nUarkan kepada rangsangan yang lain. Misalnya, sebelum i-
nif dibunyikan, lampu akan dinyalakan terlebih dahulu. m keadaan ini dibuat secara
berulang-ulang, maka an lampu itu juga akan menghasilkan gerak balas im, iaitu
berlakunya pengeluaran air liur, seperti yang i pada anjing Pavlov.

kinner

i1 i cori pembelajaran melalui teori lakuan ini, nama ahli

Iio-i yang masyhur sekali ialah B.F. Skinner. Beliau p. i k an seorang sarjana
behaviouris yang mengajar di i ily Havard. Beliau telah mengkaji dan memperbaiki
i" luiviouris. Mengikutnya, pembelajaran akan berlaku HI ada rangsangan dan tindak
balas yang berulang-

nner membahagikan tingkah laku kepada dua i yang besar, iaitu tingkah laku
pantulan yang dapat ri mengikut pelaziman klasik Pavlov dan tingkah 90 I Teori
Bahasa "vV H<-^;;.i;<>,:,vn^ rw iWifV

laku 'operant', iaitu tingkah laku yang dibuat oleh seseorang itu tanpa rangsangan
yang nyata. Tingkah laku inilah yang dititikberatkan oleh Skinner. Keadaan ini sama
halnya dengan percubaan yang dijalankan oleh Thorndike terhadap kucingnya.
Hasil kajian yang dijalankannya, didapati bahawa apa juga tingkah laku yang diikuti
dengan pengukuhan, atau keadaan yang menyenangkan, maka tingkah laku itu
akan menjadi lazim dan dengan itu berlakulah proses kebiasaan.

Dalam kajian percubaannya, Skinner telah menggunak; i11 tikus dan merpati. Tikus
telah dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Pada dinding kotak itu, terdapat sebuah
alat yang bo I < • 11 mengeluarkan biji-biji makanan. Biji-biji makanan itu bold)
dimakan oleh tikus. Dalam percubaan awalnya, didapati tik 11 itu membuat tingkah
laku rawak sahaja. Walau bagaimanapi 111 setelah beberapa lama, tikus itu dengan
tidak sengaja telah tertekan pada alat yang boleh mengeluarkan biji-biji makana 11,
Lalu tikus itu pun memakan biji-biji makanan yang keluar, Setelah itu, tikus itu tidak
berhenti-henti menekan alntj tersebut, sehinggalah tikus itu kenyang. Dengan
demikinnJ tikus itu telah belajar bagaimana untuk mendapatkuH makanan. •

Seterusnya dalam kajian yang lain, Skinner Id ill menggunakan prinsip yang sama
terhadap dua ekor buninfl merpati untuk bermain ping pong. Setiap kali burung
mcrpilB itu dapat melepaskan bola ping pong ke sebelah jarinj H terentang di
tengah-tengah meja di antara kedua-diJ >^l burung merpati itu, sebiji kacang hijau
akan diberikann^ 1^1 ini telah dilakukan secara berulang-ulang. Kacanghija . j^l
diberikan itu ialah sebagai pengukuhan. ^1

Daripada kedua-dua kajian yang dijalankan oleh S > ^1 itu menunjukkan bahawa
proses pembentukan telah 1) ^1 secara perlahan-lahan dan secara beransur-ansur.
Dala n i i ^1 awal itu, Skinner mendapati bahawa tikus yang bei <^l dalam kotak
itu tidak terus menekan alat penekan yarii <^l mengeluarkan makanan.tetapi
dilakukan melalui r'"^l kebiasaan. Perbuatan tikus itu menekan alat penekan ' i^l
satu pembelajaran dan makanan yang didapati i i^l ganjaran sebagai pengukuhan
kepada tikus itu supaya mrnoj^l

Teori-teori Pemerolehan dan Pembelajaran Bahasa I 91

Intfi alat peix,ekan ^u untuk mendapatkan makanan. Begitulah i' 11 \A nalnya


<^engan (jua ekor burung merpati tadi, kacang hij au

"l£ erylkan itu merupakan ganjaran pengukuhan i >adanya.

rerkar^ yang penting hasil kajian daripada pembelajaran

•. ira pelaz^man jsiasj]s; itu a(jaiah antara sesuatu tingkah laku


iigan Pen^rukunan jika sekiranya sesuatu tingkah laku itu

der^gan pengukuhan positif atau perkara yang

nyenang4san^ ma]fa tingkah laku itu pasti akan diulang-

nig. ^"^iJcnya^ sekiranya tingkah laku itu diikuti dengan

iguKunai^ ngga^i^ maka pelaziman tidak akan terbentuk

' LM gka^ laku tidak akan diulans-ulang-

VLengiK^. g]jjnner) pengukuhan boleh dibahagikan kepada n )tinagi^n^ ^a^u


pengukuhan positif, pengukuhan negatif "ll;lda Pengukuhan.

onguJ^ujian pOSitif dibahagikan pula kepada dua bahagian,

u |)engu|su].ian positif berterusan dan pengukuhan positif

ll' a< .^gukuhan positif berkala ialah pengukuhan yang

"' "-k^u1 ^a^a- Seterusnya, pengukuhan positif berkala pula

1111 »anallg^]ian jjepa^a (jua> iaitu pengukuhan positif berkala

1''(lar^P^ ngukuhan positif berkala tidak tetap. Selanjutnya,

1 ^unaK positif berkala tetap pula terbahagi kepada dua,

''n^u\uhan positif berkala tetap mengikut nisbah, iaitu

'u \ hanya diberikan setiap lima kali tingkah laku itu

Ivan. Yang kedua ia]ah pengukuhan positif berkala tetap

u [ asa, iaitu pengukuhan yang diberikan pada setiap

n^u\uhan negatif ialah rangsangan yang menyakitkan

iin d%ngan sesuatu tingkah laku. Dengan meninggalkan

1 \u itu akan menghasilkan satu keadaan yang

"'mkan atau tidak menerima kesakitan. Contohnya

"'llf'u^kuhan negatif ini telah ditunjukkan oleh Skinner

1M K Ul baannya yang menggunakan peti yang mempunyai

1 ul%. Apabila tikus itu menekan alat penekan yang


'' '"'Via dinding peti itu, tikus itu akan terkena kejutan

IJL^K . ''^giah dilakukannya berkali-kali akhirnya tikus itu

' ^B*'1 ''• '.ak daripada menekan alat penekan itu supaya tidak

'^^B'" H%kit. Menahan diri daripada menekan alat penekan

:an 92 I Teori Bahasa

itu ialah akibat pengukuhan negatif (kejutan elektrik) yang diterima oleh tikus itu
akibat menekan alat tadi. Dalam kehidupan harian, pengukuhan negatif ialah
bentuk deraan. Umpamanya, seorang kanak-kanak melihat api (rangsangan) ia
menyentuhnya (gerak balas) dan ia menghasilkan kesakitan (pengukuhan negatif).
Kanak-kanak itu akan belajar untuk tidak menyentuh api itu lagi supaya ia tidak
mendapat kesakitan. Dalam hal ini, pengukuhan negatif hendaklah berlaku serta-
merta akibat daripada sesuatu tingkah laku. Jika sekiranya pengukuhan negatif ini
ditangguhkan, kesannya akan berkurangan.

Sekiranya sesuatu tingkah laku itu tidak diberikan pengukuhan, waima pengukuhan
negatif atau pengukuhan positif, tingkah laku itu tidak akan mendapat perhatian
dan pelaziman tingkah laku itu tidak akan tercapai.

Pelaziman 'operant' ini telah digunakan oleh Skinner dan ahli-ahli psikologi yang
lain untuk membentuk tingkah laku binatang dan manusia.

Berdasarkan pengkajiannya, Skinner telah dapat membezakan dua jenis


pembelajaran yang berlainan kerana ada dua jenis lakuan tindak balas. Pertama
ialah lakuan automatik yang tetap. Contoh lakuan automatik yang paling mudah
ialah lutut akan terangkat yang ada rangsangan (ketuk) dan ada tindak balas (kaki
terangkat). Lakuan seperti ini dianggap sebagai tindak balas automatik dan berlaku
secara tidak sedar dan tetap. Kedua ialah lakuan 'operant'. Bagi beliau kebanyakan
lakuan yang kita lakukan ialah sejenis operan. Lakuan automatik ini akan hanya
berlaku sekiranya ada rangsangan tetapi lakuan operan akan berlaku dalam
sesuatu lingkungan atau keadaan. Dengan kata lain, rangsangannya tidak
semestinya menerbitkan tindak balas tertentu yang tetap, seperti berjalan,
bercakap dan yang sebagainya. Misalnya, lakuan menyuap makanan bukan sahaja
kerana rangsangan itu melibatkan makanan, tetapi juga kerana rasa lapar,
lingkungan sosial dan beberapa lingkungan atau suasana yang berlainan. Proses ini
perlulah diambil kira. Belajar melalui lakuan operan itu ialah yang dikatakan
pembelajaran menurut syarat itu timbul daripada lingkungan yang menjadi

Teori-teori Pemerolehan dan Pembelajaran Bahasa I 93

rangsangan yang mendorong lakuan tersebut. Ini jelas berbeza daripada lakuan
sebagai tindak balas otot secara automatik.

Dalam bukunya Verbal Behaviour (1959) Skinner telah membincangkan proses


pembelajaran dengan mendalam, iaitu dengan menggunakan unsur rangsangan,
tindak balas dan segala syarat dan pengukuhan yang terlibat dalam menghasilkan
pembelajaran secara maksimum. Dengan adanya pendapat ahli psikologi ini, maka
ia dapat menjelaskan kekaburan dari segi teori dalam sistem pembelajaran bahasa
pada abad ke-20 itu. Jadi, teori behaviouris itu telah melengkapkan maklumat yang
diperlukan oleh para pendidik. Justeru lahirlah pendapat yang mengatakan bahawa
bahasa itu ialah suatu lakuan dan boleh dipelajari melalui syarat-syarat tertentu,
samalah dengan binatang yang mempelajari lakuan tertentu (G.A. Kelly, 1969).
Selepas Skinner membuat penyelidikan itu, ramai lagi ahli psikologi yang mengkaji
bagaimana sesuatu pembelajaran itu berlaku. Ada antara mereka yang mengkaji
bagaimana seseorang kanak-kanak itu dapat menguasai bahasa dan implikasinya
terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Teori Kognitif atau Mental is

Antara yang mengkaji teori kognitif atau mentalis ialah Noam Chomsky, Piaget,
Robert Lee, Robin Lakoff, George A. Miller, Gestalt, E.H. Lenneberg dan Kohler.
Dalam bidang psikologi, antara ahli kognitif yang terkenal ialah J. Piaget. Beliau
telah mengemukakan gagasan bahawa perkembangan kognitif bukan hanya hasil
kematangan organisme, bukan pula pengaruh alam sekitar, tetapi ialah interaksi
antara keduaduanya. Organisme aktif mengadakan hubungan dengan alam
sekelilingnya. Penyesuaian terhadap objek-objek yang ada dalam lingkungannya,
yang merupakan proses interaksi yang dinamis inilah yang disebut kognitif. Sebagai
fungsi mental yang mempunyai hubungan dengan proses mengetahui, proses
kognitif merangkumi aspek-aspek persepsi, ingatan pemikiran, simbol dan
pemecahan masalah.

94 I Teori Bahasa

Teori-teori 1'emerolehan dan Pembelajaran Bahasa I 95

Selain itu, J. Piaget berpendapat bahawa manusia memiliki peringkat otak (mental)
dan saraf yang tinggi dan dengan otaknya manusia mempunyai kebolehan untuk
mempelajari pelbagai perkara. Tegasnya, proses pembelajaran ialah proses mental
dan bukannya proses mekanis. Proses mental melibatkan seseorang kanak-kanak
menyerapkan ataupun menyesuaikan pengetahuan yang telah sedia ada dalam
otaknya dengan data-data yang diperoleh daripada persekitarannya. Pembelajaran
sesuatu konsep akan hanya terjadi apabila seseorang kanak-kanak telah mencapai
taraf kematangan yang tertentu.

Selain itu, teori kognitif, terutamanya teori Gestalt, berpendapat bahawa


penyingkiran kesedaran atau fikiran yang telah dilakukan oleh ahli-ahli behaviouris
ialah satu kesilapan besar. Sebaliknya, mereka menganggap teori pembelajaran
menjadi sangat bermakna hanya jikalau fikiran dimasukkan ke dalamnya sebagai
satu bahagian yang tidak dapat dipisahkan. Tegasnya, binatang sekalipun
menggunakan pola fikiran, sebagaimana yang dibuktikan oleh Kohler, dalam
eksperimennya terhadap seekor cimpanzi, apatah lagi bagi manusia sebagai
makhluk yang jauh lebih tinggi pemikirannya.

Dalam satu eksperimennya dengan seekor cimpanzi yang bernama Sultan, Kohler
telah menggantungkan sebuah keranjang berisi pisang pada sebatang pokok,
manakala hujung talinya disangkutkan pada salah satu dahan sehingga terlihat oleh
Sultan bahawa lingkaran tali pada dahan pokok itu dapat dilepaskannya dengan
mudah. Lantas, Sultan telah memanjat pokok itu, lalu terus meragut tali dengan
kuat sehingga lingkaran tali dan keranjang terlepas daripada sangkutannya.
Dengan demikian, dapatlah Sultan memakan pisang yang ada di dalam keranjang
itu. Daripada eksperimen ini, kita lihat bahawa, walaupun Sultan tidak melakukan
sebarang yang diramalkan oleh Kohler, iaitu melepaskan lingkaran tali dari dahan
pokok, tetapi jelaslah bahawa Sultan dapat mengenal hubungan antara tali dengan
keranjang.

Percubaan Kohler ini bertujuan untuk menarik perhatian golongan behaviouris


tentang pentingnya pola fikiran yang disebut sebagai 'insight'. Dalam percubaan
yang dilakukan oleh

Kohler itu, 'insight' bagi cimpanzi ialah penglihatan terhadap batang kayu, tali dan
keranjang pisang sebagai satu keseluruhan. Kesimpulannya, apa yang sebenarnya
penting dalam pembelajaran dan pemecahan masalah ialah perubahan yang terjadi
pada 'insight' dan perubahan itu diperoleh dengan mempelajari situasi secara
keseluruhan kemudian mempelajari elemen-elemen situasi itu.

Walau bagaimanapun, teori Gestalt tidak menganggap bahawa semua pemecahan


masalah dengan 'insight'. Menurut Mangantar Simanjuntak, pengalaman juga ada
peranannya dalam pembelajaran. Teori tersebut juga mengaku bahawa adanya
pembelajaran melalui 'trial dan error', tetapi hal itu dilakukan dengan kesedaran.
Dalam pengajaran bahasa, teori ini merupakan satu proses mental dan bukannya
mekanikal sahaja.

Dalam pembelajaran bahasa, Chomsky berpendapat bahawa teori behaviouris tidak


dapat menghuraikan proses perolehan aspek-aspek bahasa yang kompleks.
Tegasnya, pembelajaran bahasa bukanlah proses mekanis tetapi merupakan proses
mental. Chomsky berpendapat bahawa seorang kanak-kanak telah dilahirkan
dengan kecekapan semula jadi untuk menguasai bahasa apabila sampai peringkat
kematangannya yang tertentu. Pada tiap-tiap peringkat kematangan kanak-kanak
tersebut akan membentuk hipotesis-hipotesis terhadap peraturan-peraturan ahli
masyarakatnya. Segala pembetulan kesalahan yang dibuat oleh ahli masyarakatnya
akan memperkukuh lagi rumusrumus bahasa yang tersimpan di dalam otaknya.

Selain itu, Chomsky dan rakan-rakan yang sealiran dengannya telah banyak
menumpukan perhatian terhadap unsur yang tidak ternyata pada manusia dan
bukannya terhadap sesuatu lakuan yang dapat dilihat semata-mata. Mereka
mendapati bahawa manusia sejak lahirnya sudah memiliki kemampuan untuk
memperoleh sistem komunikasi, iaitu bahasa. Tegasnya, bahawa kemampuan itu
ialah Jentera Penguasaan Bahasa (Chomsky 1965). Selanjutnya ditegaskannya
bahawa kanak-kanak yang terdedah kepada sesuatu bahasa itu memiliki keupayaan
yang semula jadi untuk 96 I Teori Bahasa

merumus dan membentuk hukum bahasa. Hal itu bermakna, jikalau kanak-kanak
itu tidak diberi sebarang pendedahan, maka penguasaan bahasa juga tidak akan
berlaku. Misalnya, ada cerita seperti yang diberitakan di India yang mengisahkan
bagaimana seorang kanak-kanak telah dipelihara oleh binatang. Apabila dijumpai,
kanak-kanak itu tidak dapat bercakap. Hal ini bermakna bahawa seseorang itu tidak
akan memperoleh bahasa seandainya dia diasingkan daripada manusia lain sejak
kecil kerana Jentera Penguasaan Bahasa itu tidak mendapat sebarang bahan untuk
diproses. Di samping itu, mereka juga telah mendapati bahawa ada satu batas
waktu yang subur untuk bahasa berkembang dan seandainya waktu itu terlepas,
maka pemerolehan bahasa juga akan terganggu.

Seperkara lagi tentang teori penguasaan bahasa oleh Chomsky ini ialah
penekanannya terhadap analisis dan pembelajaran melalui proses deduktif. Teori
penguasaan bahasa yang dikemukakannya itu mempunyai hubungan yang rapat
dengan teori psikologi kognitif pembelajaran dan berasaskan konsep Gestalt, iaitu
keseluruhan struktur dianggap sebagai satu unit, dan tidak wajar dipecah-pecahkan
bahagiannya. Sebagai contohnya, dalam bidang bahasa dilihat satu pertalian antara
pengajaran fonetik/fonologi, morfologi, sintaksis, semantik, hatta pragmatik
ataupun digabungjalinkan pengajaran mendengar, menutur, membaca dan menulis.

Salah satu daripada teori E.H. Lenneberg (1967) tentang pemerolehan bahasa ialah
bahawa semua kanak-kanak yang sihat dan normal mulai bercakap dan bertutur
pada peringkat umur yang agak sama. Hal ini bermakna bahawa perkembangan
dan kebolehan untuk berbahasa itu terjadual secara biologis. Oleh itu, apabila
sudah sampai masanya, maka seseorang kanak-kanak itu akan dengan serta-merta
menjadi tertarik terhadap segala bunyi yang didengarnya dan dia dapat
menajamkan pancainderanya. Dengan itu, dia berupaya untuk memahami dan
memilih bunyi yang penting dan mengetepikan segala yang lain, seperti yang
diperhatikan oleh Lenneberg.

Kajian Lenneberg telah mengatakan bahawa pemerolehan bahasa itu bergantung


kepada suatu jadual biologi dan bukan terbit daripada rangsangan yang datang
daripada lingkungan.

Teori-teori Pemerolehan dan Pembelajaran Bahasa I 97

Misalnya, seorang anak yang lahir daripada kedua-dua orang i bu dan bapa yang
pekak dan bisu tentu sekali tidak mempunyai lingkungan bahasa, tetapi mereka
juga akan mula belajar bertutur pada peringkat umur yang sama dengan kanak-
kanak lain dan perkembangannya dapat dijangka, yang seolah-olah telah terjadual.
Jadi benarkah bahawa bahasa itu suatu f enomena biologi? Persoalan ini membawa
dua implikasi. Yang pertama ialah bahawa kanak-kanak itu tidaklah bergantung
kepada ibu bapanya untuk menguasai atau mengajarnya sesuatu bahasa. Kanak-
kanak mempunyai keupayaan untuk merumus sendiri. Kita tidak akan dapat
mengajarnya, walaupun kita mahu berbuat begitu. Implikasi yang kedua ialah
perkembangan bahasa ini hanya terbatas kepada manusia. Manusia melahirkan
bayi yang sejak dilahirkan memerlukan perhatian dijaga dan disusui, yakni pada
peringkat awalnya bayi itu tidak mempunyai keupayaan sebagaimana anak
binatang yang boleh terus makan sendiri dan berlari setelah beberapa saat sahaja
dilahirkan. Selain itu, otak manusia memakan masa yang panjang untuk
pertumbuhan dan perkembangan bahasa. Mungkin itulah sebabnya bahasa boleh
berkembang. Sebaliknya anak binatang tidak memiliki kebolehan sebagaimana
manusia. Cuma anak binatang hanya membesar dari segi fizikal.
Seperkara lagi ialah Lenneberg telah membezakan antara kemahiran memahami
sesuatu dan bertutur. Dia mengatakan bahawa seseorang itu akan menguasai
kebolehan memahami sesuatu terlebih dahulu sebelum dikuasainya kebolehan
bertutur kerana kebolehan memahami sesuatu itu lebih dasar dan mudah.
Tegasnya, bahawa pada peringkat awal, kanak-kanak dapat mengenali dan terus
membezakan pola-pola pertuturan yang berlainan. Misalnya kebolehan kognitif di
kalangan kanak-kanak pekak, yang tentunya tidak terdedah kepada bunyi-bunyi
bahasa pendengaran tetapi memperoleh keupayaan memahami sesuatu yang sama
pantas dengan kanak-kanak biasa. Hal ini menunjukkan kebolehan memahami
sesuatu pada seseorang itu telah pun wujud. Kehilangan salah satu daripada
pancaindera, tidaklah akan mencacatkan kebolehan asas untuk berbahasa. Bahkan,
kanak-kanak mula memberi nama kepada V

98 I Teori Bahasa

barang-barang pada sesuatu peringkat yang tertentu dalam perkembangan bahasa.


Walau bagaimanapun, dapat kita perhatikan bahawa ada arah tertentu dalam hal
ini, iaitu kanak-kanak sentiasa menamakan barang-barang daripada yang umum
kepada yang khusus atau yang tertentu. Misalnya kanak-kanak di peringkat awal
pertuturan, mungkin mulamula memanggil dan menamakan segala makanan
dengan panggilan 'mamam'. Kemudiannya, penamaan atau panggilan itu menjadi
lebih khusus serta dapat membezakannya kepada sebutan 'susu', 'nasi', 'roti' dan
sebagainya. Mereka mempelajari sesuatu benda sebagai satu keseluruhan atau
satu golongan dahulu, dan kemudian baharulah dia mengetahui anggotaanggota
atau bahagian golongan itu.

Sebagai kesimpulannya, yang berikut ialah ciri-ciri pembelajaran yang boleh


disimpulkan daripada teori Kognitif atau Mentalis:

i. Pembelajaran ialah satu proses mental.

ii. Semua kanak-kanak dapat mempelajari pelbagai perkara

kerana mereka dilahirkan dengan kebolehan semula jadi

untuk berbuat demikian. in. Dalam keadaan yang normal, kadar perkembangan
mental

bagi kanak-kanak pada satu peringkat umur adalah sama. iv. Kanak-kanak
mempelajari benda-benda sebagai satu

golongan dahulu dan kemudian baharu dia mengetahui

anggota-anggota atau bahagian golongan itu.

Teori Interaksional

Teori pemerolehan bahasa ini baru berkembang dalam bidang psikolinguistik


terutama, pada tahun-tahun enam puluhan dan tujuh puluhan. Ahli-ahli
'interactionalisme', seperti Bloom (1970), Bowennan (1973, 1976), Cromer (1976)
dan yang lain lagi, sependapat bahawa kebolehan kognitif sahaj a tidak dapat
menjelaskan pemerolehan bahasa kerana perkembangan kognitif hanya
melengkapkan seseorang kanak-kanak dengan kebolehan mentafsir makna, tetapi
pentafsiran ini tidak boleh dilahirkan dalam bentuk bahasa. Kanak-kanak yang
berkenaan perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya mereka boleh
mempelajari cara-cara menggambarkan makna-makna kognitif dalam bentuk-
bentuk bahasa yang tepat.

Hasil-hasil kajian Snown (1972,1977), Ringler (1978) dan y. i ng lain lagi telah
menunjukkan bahawa pemerolehan bahasa K;mak-kanak ialah hasil daripada
interaksi penjaga-penjaga ulau ahli-ahli masyarakat dengan kanak-kanak. Kajian
yang
111 buat oleh mereka itu telah memperkukuh lagi pendapat ahli,• 1111 i inter
aksional.

Sebagai kesimpulannya, yang berikut ialah ciri-ciri pembelajaran yang dapat


disimpulkan daripada teori interaksional.

i. Pembelajaran bahasa ialah proses mental dan linguistik.

ii. Dalam sesuatu interaksi bahasa, penyampaian makna boleh diutamakan


daripada struktur bahasa.

in. Struktur bahasa dapat dikuasai dengan cara yang lebih berkesan jika pelajar-
pelajar menumpukan perhatian terhadap tugas-tugas atau aktiviti-aktiviti
yangbermakna.

iv. Pembelajaran ialah satu proses yang aktif. Sesuatu pengetahuan tidak akan
diterima secara terus tetapi akan diproseskan dahulu. Pengetahuan baru haruslah
dapat disesuaikan dengan pengetahuan sedia ada agar dapat diterima dengan
berkesan.

v. Proses pembelajaran berlaku dalam beberapa cara mengikut keadaan dan masa
tertentu, misalnya sesuatu hal itu mungkin mudah diterima, sekiranya ada
kaitannya dengan perkara yang menggembirakan.

vi. Pembelajaran berlaku sekiranya sesuatu yang disampaikan itu mempunyai


makna, dan hubungan dengan pengalaman sedia ada.

vii. Antara pengaj aran dan pembelaj aran tidak ada hubungan secara langsung.
Pembelajaran tidak boleh disamakan dengan pengajaran. Sesuatu yang diajar tidak
semestinya dapat dipelajari. Itulah sebabnya guru harus memahami strategi
pembelajaran murid untuk menimbulkan suasana pembelajaran yang berkesan

viii. Pembelajaran melibatkan perasaan, dan berkait rapat dengan emosi seseorang.
Peranan pelajar haruslah dijaga agar timbul rasa yakin terhadap diri sendiri.

ix. Pembelajaran juga melibatkan pemikiran. Pengetahuan, kecerdasan dan


kebolehan dalam bahasa saling berkait.
x. Pembelajaran berlaku sedikit demi sedikit, iaitu dari sudut kuantiti dan masa. Ada
antaranya dapat dipelajari dengan banyak dalam masa yang pendek atau
sebaliknya. Oleh itu, guru tidak harus membuat kesimpulan bahawa tiaptiap yang
diajar dapat dipelajari terus dalam masa yang ditetapkan.

Teori-teori Pembelajaran Bahasa

Sebagai kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa ada sekurang-kurangnya


lapan teori pembelajaran bahasa (Robert Lado, 1980: 47). Istilahnya, isinya dan
kadang-kadang definisi pembelajarannya berbeza-beza. Teori-teori ini didasarkan
kepada eksperimen-eksperimen yang dijalankan terhadap binatang, dapat
menerangkan sebahagian daripada proses pembelajaran dalam dunia binatang.

Sebagai contohnya, E.L. Thorndike berpendapat bahawa pembelajaran sebagai


aktiviti mencuba-cuba dan yang betul itu diperkukuh oleh hasil yang memuaskan.
Apabila dia mencuba untuk menghubungkannya dengan aktiviti otak dan saraf, dia
berjaya dalam mencari fokus yang boleh digunakan terhadap binatang tetapi tidak
berguna sangat pada manusia. Manakala W. Kohler dan K. Koffka pula
menerangkannya melalui teori Gestalt, bahawa seseorang akan mengambil sesuatu
itu secara keseluruhan dan tidak akan mengambilnya bahagian demi bahagian.
Walau bagaimanapun, mereka juga hanya menyentuh sebahagian daripada proses
pembelajaran. Pembelajaran bahasa tidak boleh difahami secara mencubacuba,
asosiasi, gestalt atau hanya lakuan. Pembelajaran memerlukan penerangan yang
lebih menyeluruh sebab pembelajaran melibatkan aktiviti manusia yang luas.

Konsep-konsep utama yang akan dibincangkan dalam bab ini hanyalah istilah-istilah
seperti 'pendekatan', 'kaedah', 'teknik', 'prinsip', 'pengajaran', 'pengajaran bahasa'
dan 'pembelajaran'. Beberapa pendapat daripada sarjana tempatan tentang
konsep-konsep itu akan diketengahkan dahulu dan kemudiannya akan dibuat
kesimpulan.

Pendekatan

Salleh Mohd Akib, Ismail Idris dan Hamzah Mohmood (1977:


99) telah mendefinisikan 'pendekatan' membawa maksud 'cara penyampaian'.

Menurut Othman Zakariah (1985: 1), pendekatan ialah satu peraturan pengajaran
dan pembelajaran yang diyakini berkesan jika dilaksanakan mengikut falsafah dan
andaian yang tertentu. Dari segi pengajaran bahasa, pendekatan itu boleh
mengandungi banyak kaedah.

Khatijah Ab. Hamid (1985: 1), berpendapat bahawa 'pendekatan' ialah teori
pendidikan yang biasanya melahirkan pernyataan mengenai strategi pembelajaran
kanak-kanak dan pelajar.

Namun, Mangantar Simanjuntak (1985: 7) mengatakan bahawa 'pendekatan' ialah


teori bahasa yang menghasilkan teori membaca yang kita anut. Walau
bagaimanapun, ditegaskannya bahawa yang dimaksudkan dengan 'penekatan'
dalam pengajaran bahasa ialah satu kumpulan asumsi (andaian) yang saling
berkaitan dengan hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa, dan hakikat
pembelajaran bahasa (1982: 70). Jadi setiap 'pendekatan' itu baru mencerminkan
satu.

You might also like