Folio ADDmath

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

SEKOLAH AGAMA MENENGAH BANDAR BARU SALAK TINGGI, 43900 SEPANG, SELANGOR.

Kerja projek matematik tambahan 2/2013

Nama : Nurul Husna binti Mohd Fuan Kelas : 5 Ikhlas Nombor I/C : 960504-10-5710 Nombor Angka Giliran : BJ053A060 Nama Guru : Puan Nor Aidah binti Dahroji

ISI KANDUNGAN
NO
1. 2. 3. 4.

TAJUK
Penghargaan Objektif Pengenalan Bahagian 1 a) Huraikan secara ringkas Harga indeks Pemberat Indeks gubahan b) Nyatakan 4 bentuk perwakilan bagi pemberat yang boleh digunakan Bahagian 2 a) Jadual min perbelanjaan bulanan keluarga saya bagi tahun 2013 b) i. Tahun yang sesuai bagi tahun asas saya ii. Lengkapkan jadual 2 c) i. Lengkapkan jadual 3 ii. Hitung indeks bagi min perbelanjaan bulanan pada tahun 2013 berasaskan tahun yang dipilih d) Kesimpulan mengenai perbelanjaan keluarga Bahagian 3 a) Jadual 4 (a) menunjukkan harga televisyen dengan bayaran tunai dari tiga buah kedai dan jadual 4 (b) menunjukkan harga televisyen dengan bayaran ansuran b) Jenama dan saiz televisyen yang saya pilih. Sebab saya pilih berdasarkan dapatan dari bahagian (a) c) Justifikasi Bahagian 4 a) Pengubahsuaian supaya keluarga saya dapat membeli televisyen b) Jadual min perbelanjaan bulanan yang telah diubahsuai c) Perancangan tentang perbelanjaan bulanan dengan mempertmbangkan item-item lain Kesimpulan Refleksi Rujukan

MUKA SURAT

5.

6.

7.

8. 9. 10.

PENGHARGAAN
...

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat illahi kerana limpah kurnia dan inayahNya, dapatlah saya menyiapkan Kerja Projek Matematik Tambahan 2 ini. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya, Encik Mohd Fuan bin Yusof Dan Puan Siti Asiah binti Hamad yang telah banyak memberi keperluan seperti sumbangan duit untuk membeli peralatan yang berkaitan kerja projek ini. Internet, bahan bacaan dan komputer banyak membantu dan menggalakkan saya untuk menyiapkan tugasan ini. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang banyak membantu. Terima kasih kepada tuan pengetua Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi, Tuan Hj. Mohammad Zaki bin Rajikin yang memberi keizinan kepada saya untuk menjalankan Kerja Projek Matematik Tambahan 2. Seterusnya, jutaan terima kasih kepada guru matapelajaran Matematik Tambahan saya, Puan Noraidah binti Dahroji yang telah membimbing saya dan rakan yang lain dalam projek ini. Jika kami mengalami kesukaran dalam menghasilkan projek ini, cikgu memberi tunjuk ajar sehingga kami faham apa yang diperlukan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang bersama-sama menjalankan projek ini, Nadiah Husna binti Mohd Bukhari, Nuraizatti binti Zakaria, Huzaimah binti Charishun, Nurul Hannan binti Sulaiman serta Nurul Syuhada binti Syaari yang banyak berkongsi buah fikiran dalam menjayakan projek ini. Kami bersama-sama meninjau tiga buah kedai dan membuat kajian tentang harga televisyen bagi dua jenama berbeza serta membuat perbandingan antara dua jenis pembayaran iaitu bayaran tunai dan bayaran ansuran. Tanpa mereka, saya tidak akan dapat menghasilkan kerja projek ini. Sekian, terima kasih.

OBJECTIF

Tujuan dalam mengendalikan kerja projek ini adalah :

Untuk diaplikasikan dan digunakan dan pelbagai strategi penyelesaian masalah Untuk meningkatkan teknik berfikir Untuk memperkenalkan rangkaian effektif matematik Untuk membentuk pengetahuan matematik dalam penyelesaian masalah dengan cara meningkatkan keyakinan dan minat pelajar Untuk menggunakan kaedah metematik dengan mencapai idea matematik yang tepat Untuk menggalakkan suasana pembelajaran yang meransang dan pembelajaran yang berkesan Untuk membentuk pemikiran positif terrhadap ilmu matematik

PENGENALAN
Nombor indeks ialah sukatan statistik yang digunakan untuk menunjukkan perubahan sesuatu kuantiti terhadap masa.Indek merupakan suatu perantaraan yang merujuk kepada sesuatu dokumen . Walaubagaimana pun indek yang ditekankan disini adalah indek yang terdapat di belakang buku atau dalam bahasa inggeris di sebut BOB - back of the book. Indek buku adalah suatu senarai daftar kata- kata kunci yang di susun secara abjad dari A hingga ke Z yang mewakili perkataan-perkataan yang terdapat di dalam buku tersebut. Setiap perkataan yang dijadikan indek mempunyai tanda nombor muka surat yang bermaksud maklumat perkataan tersebut boleh di cari didalam buku tersebut sekiranya pengguna membuka nombor lembaran muka surat tersebut. JENIS INDEKS 1. Indek yang menyatu dengan buku - iaitu didalam sebuah buku mempunyai indek di belakang lembarannya. 2. Indek yang terpisah dari buku - iaitu lebih dikenali sebagai buku indeks. KEBAIKKAN ADANYA INDEKS - Pengindeksan merupakan satu cara/metod menonjolkan maklumat kepermukaan. Kalau tidak, maklumat tersebut akan tersembunyi di dalam buku-buku dan susah diketahui oleh orang ramai. Dengan adanya indek, membuat pengetahuan lebih mudah dicapai.

BAHAGIAN 1
Harga indeks Satu contoh bagi nombor indeks ialah indeks harga. Indeks harga ialah nisbah harga suatu barangan pada suatu masa tertentu. Masa yang dipilih untuk dijadikan perbandingan dinamakan masa asas.

Indeks harga P0 = harga barang pada masa asas P1 = harga barang pada masa tertentu

dengan,

Jika P0 = P1, maka indeks harga ialah 100. Oleh itu, indeks harga sebenarnya adalah peratus nisbah harga barangan bagi tempoh tertentu. Contoh: Sebatang pen berharga 50 sen pada tahun 1995 dan 80 sen pada tahun 2000. Dengan mengambil 1995 sebagai tahun asas, kira indeks harga sebatang pen bagi tahun 2000. Penyelesaian: Katakan, P0 ialah harga sebatang pen pada tahun 1995 P1 ialah harga sebatang pen pada tahun 2000 Maka, indeks harga, I bagi tahun 2000

Maka, harga sebatang pen telah meningkat sebanyak 60% dari tahun 1995 hingga tahun 2000.

Pemberat Pemberat ialah satu angka tunggal yang menunjukkan kepentingan sesuatu barang. Semakin penting barang tersebut, semakin besar pemberat yang diberikan kepadanya. Dalam perhitungan indeks harga berpemberat, biasanya kuantiti barangan digunakan sebagai pemberat dan pemberat yang sama digunakan untuk semua tempoh masa untuk menunjukkan perubahan dalam harga barangan. Ini bertujuan untuk memudahkan kita mengira suatu nombor indeks bagi gabungan beberapa perkara. Apabila diketahui kepentingan setiap perkara terlibat, maka kita boleh mengira min berpemberat, iaitu nombor indeks gubahan bagi semua nombor indeks itu. Jika adalah indeks-indeks harga bagi nbarangan dengan pemberat masing-masing, maka Nombor indeks gubahan:

You might also like