Etika Kerja SPA

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 48

KERJA

PANDUAN ETIKA

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

1
PANDUAN ETIKA KERJA
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Cetakan Pertama : Disember 2006
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Cetakan Kedua : Ogos 2008


PANDUAN ETIKA KERJA

Unit Kualiti, Bahagian Pengurusan,

Suruhanjaya Perkhidmatam Awam Malaysia 2008.

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarkan semula mana-mana


bahagian buku ini dalam apa juga bentuk dengan apa cara sekalipun sama
ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau cara lain sebelum mendapat
izin bertulis daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.


KANDUNGAN

1. UTUSAN PERMATA DARI SETIAUSAHA

2. PENDAHULUAN

3. OBJEKTIF SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

4. FUNGSI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

5. FUNGSI URUS SETIA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

6. OBJEKTIF KUALITI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

7. VISI DAN MISI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

8. MOTO SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

9. PIAGAM PELANGGAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

10. IKRAR

11. NILAI DAN ETIKA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

12. TONGGAK DUA BELAS

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia


13. PANDUAN AM PANDUAN ETIKA KERJA
14. KESIMPULAN DAN PENUTUP


UTUSAN PERMATA DARI SETIAUSAHA

Saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan


limpah izin-Nya jua saya beroleh kesempatan untuk mencoretkan
sepatah dua kata bagi penerbitan Buku Etika Kerja Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA) ini buat edisi yang kali keduanya. Saya
merasakan penerbitan buku ini adalah amat diperlukan bagi seluruh
kakitangan SPA sebagai panduan umum dan khusus dalam menjalankan
tugas seharian di SPA ini.

Penerbitan buku ini juga adalah merupakan satu proses penambahbaikan


nilai dalam membentuk pembangunan modal insan yang berjaya.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Oleh itu, penekanan harus diberikan kepada sumber insan yang


merangkumi segala aspek yang ada bagi menjayakan agenda kerajaan
PANDUAN ETIKA KERJA

dalam mewujudkan perkhidmatan awam kelas pertama khususnya


dalam pengambilan kakitangan awam yang berkualiti dan produktif.
Ia juga selaras dengan strategi dan pendekatan dalam Rancangan
Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang dirancang oleh kerajaan sendiri
bagi mewujudkan perkhidmatan awam yang bermutu tinggi.


Bagi saya penekanan RMK-9 terhadap pembangunan modal insan
khususnya sumber insan yang berpengetahuan dan berdaya saing,
merupakan satu peralihan yang tepat pada masanya kerana kerajaan
tidak boleh terus bergantung kepada acuan-acuan yang lama yang
tidak selari dengan kerlipan globalisasi yang wujud dalam era ini.
Bagi menjamin hasil perkhidmatan yang terus berkualiti di SPA, penerbitan
buku ini amatlah diperlukan bagi menjamin segala kecemerlangan dalam
setiap perancangan bagi mencapai hasrat modal insan yang benar-benar
produktif di kalangan warga SPA ini selaras dengan penubuhannya
selama 50 tahun di dalam perkhidmatan awam.

Akhir kata, saya amat berharap agar Buku Panduan Etika Kerja ini dapat
dijadikan panduan buat warga SPA dalam menjalankan tugas seharian
mereka. Segala usaha nilai-nilai murni yang disulami budaya berfikiran
positif pasti akan melahirkan perkhidmatan cemerlang, gemilang dan
terbilang selaras dengan pencapaian Perkhidmatan Awam Kelas Pertama
yang sentiasa menjadi agenda utama kerajaan.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia


PANDUAN ETIKA KERJA
Sekian.

LAMIEN BIN SAWIYO


Setiausaha, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.


Undang-Undang adab dan
budi pekerti membentuk
kemerdekaan bekerja.

Undang-undang akal membentuk


kemerdekaan berfikir.

Dengan jalan menambah


kecerdasan akal,
bertambah murnilah
kemerdekaan berfikir,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
PANDUAN ETIKA KERJA

Hamka

6
PENDAHULUAN

Etika Kerja adalah merupakan prinsip moral yang ditetapkan oleh


sesebuah organisasi bagi mengawal tingkah laku anggota atau ahli organisasi
tersebut. Ianya adalah satu bentuk kawalan bagi memastikan perlakuan
anggota atau ahli berkenaan sentiasa selaras dengan kehendak organisasi
itu.

Melalui prinsip-prinsip yang dinyatakan di dalam etika kerja,


seseorang anggota itu akan dapat mengetahui perbuatan-perbuatan
yang dilarang serta perbuatan-perbuatan yang digalakkan oleh organisasi
berkenaan.

Pada umumnya etika kerja adalah dibentuk berdasarkan nilai-


nilai sejagat yang disesuaikan dengan lunas-lunas undang-undang dan
peraturan serta sistem nilai masyarakat.

Setiap pegawai Kerajaan termasuk anggota Urus Setia Suruhanjaya


Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) perlu memiliki tingkah laku yang
sempurna, berpegang teguh kepada sikap-sikap yang positif, berdisplin,
dan berintegriti. Setiap anggota Urus Setia juga perlu memiliki kualiti-
kualiti berikut:

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia


• Melaksanakan tugas secara professional, cekap dan peningkatan PANDUAN ETIKA KERJA
yang berkualiti dan peningkatan produktiviti yang berterusan;

• Sentiasa komited kepada produktiviti, kualiti dan kecemerlangan


di dalam memenuhi objektif SPA;

• Mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang mendalam


mengenai bidang tugas masing-masing dan sentiasa ingin terus
mempertingkatkannya serta bersedia memajukan diri sendiri pada
setiap masa;


• Berkeupayaan menilai dan mengadakan pembaharuan di samping
bersedia menerima dan dapat menyesuaikan diri dengan perubahan
serta mampu mengatasi sebarang masalah;

• Memiliki perasaan tanggungjawab dan semangat bekerja


berpasukan yang tinggi serta saling bekerjasama;

• Beretika, hormat-menghormati dan sentiasa memelihara perhubungan


yang baik dengan sesama anggota serta pelanggan; dan

• Berusaha menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti secara


berterusan.

Panduan Etika Kerja SPA ini adalah sebagai salah satu usaha untuk
menerapkan nilai-nilai murni dan etika positif di kalangan anggota Urus
Setia SPA serta menghapuskan sikap yang negatif bagi pembentukan
budaya kerja cemerlang.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
PANDUAN ETIKA KERJA


OBJEKTIF SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

Untuk memastikan fungsi-fungsi melantik, mengesah,


pemberian taraf berpencen, menaikkan pangkat, menukar
dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas angota-angota
Perkhidmatan Awam di bawah bidang kuasa Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam dilaksanakan dengan sempurna dan
efisien dalam tempoh yang ditetapkan.

FUNGSI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia


• Melantik PANDUAN ETIKA KERJA
• Mengesahkan Dalam Jawatan

• Memberi Taraf Berpencen

• Menukar

• Menaikkan Pangkat

• Menjalankan Kawalan Tatatertib


FUNGSI URUSETIA
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

Di dalam melaksanakan tugas serta fungsi-fungsinya, Suruhanjaya


Perkhidmatan Awam dibantu oleh sebuah Urus Setia yang terbentuk
daripada 11 Bahagian. Secara umumnya fungsi Bahagian adalah seperti
berikut:

BAHAGIAN PENGURUSAN

• Memastikan peruntukan kewangan dibelanjakan mengikut prosedur


kewangan;

• Mengendalikan Pengurusan Pentadbiran Am dan Pengurusan Personel


Jabatan.

BAHAGIAN PENGAMBILAN

• Urusan pelantikan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan


Kumpulan Sokongan I;

• Urusan pengisian kekosongan jawatan Kumpulan Pengurusan dan


Profesional dan Kumpulan Sokongan.


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

FUNGSI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM


PANDUAN ETIKA KERJA

• Melantik

• Mengesahkan Dalam Jawatan

• Memberi Taraf Berpencen

• Menukar

• Menaikkan Pangkat

• Menjalankan Kawalan Tatatertib

10
BAHAGIAN PENGAMBILAN KHAS

• Memproses dan mendaftarkan permohonan calon;

• Menguruskan pemilihan dan pelantikan pelatih-pelatih Separa


Perubatan;

• Menguruskan pengambilan dan pelantikan Kumpulan Sokongan II.

BAHAGIAN PERKHIDMATAN

• Pengesahan lantikan;

• Penetapan gaji masuk;

• Pengesahan dalam perkhidmatan & pemberian taraf berpencen;

• Pelanjutan tempoh percubaan;

• Penamatan perkhidmatan/ kembali ke jawatan asal;

• Pertukaran perkhidmatan.

BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

• Pembangunan dan penyelenggaraan sistem;

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia


• Pentadbiran dan pangkalan data; PANDUAN ETIKA KERJA

• Pentadbiran rangkaian;

• Khidmat pengguna.

BAHAGIAN PEPERIKSAAN

• Pengawalan dan Pembangunan Peperiksaan

> Menggubal sukatan peperiksaan dan menyediakan soalan


bagi semua peperiksaan yang dikendalikan.

11
• Pengendalian dan Pentadbiran Peperiksaan

> Menyelia dan menyelaras;

> Pengendalian Ujian Psikologi untuk memasuki Perkhidmatan


Awam.

BAHAGIAN NAIK PANGKAT DAN TATATERTIB

• Urusan tindakan tatatertib (Kumpulan P&P sahaja);

• Rayuan tatatertib (semua kumpulan);

• Kenaikan pangkat (Lembaga Kenaikan Pangkat);

• Rayuan kenaikan pangkat (Kumpulan P&P sahaja).

URUS SETIA CAWANGAN SARAWAK

• Urus Setia Urusan Pengambilan;

• Urusan Perkhidmatan;

• Urusan Peperiksaan.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
PANDUAN ETIKA KERJA

URUS SETIA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN KEHAKIMAN DAN


PERUNDANGAN

• Melantik (Pegawai Perkhidmatan Kehakiman & Perundangan);

• pengesahan dalam perkhidmatan & pemberian taraf berpencen;

• Menaikkan kawalan tatatertib;

• Peminjaman/ pertukaran sementara

12
BAHAGIAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN DAN URUS SETIA MESYUARAT

• Urus Setia Mesyuarat Suruhanjaya, Lembaga Rayuan Tatatertib dan


Lembaga Rayuan Naik Pangkat;

• Mesyuarat Khas Suruhanjaya;

• pengumpulan dan kemas kini ruling SPA;

• Perancangan aktiviti dan strategik yang boleh meningkatkan


keberkesanan fungsi SPA.

VISI
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

Menjadi agensi peneraju dalam melantik penjawat awam yang terbaik.

MISI
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

Melantik Penjawat Awam yang berkualiti dan menguruskan hal

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia


ehwal perkhidmatan.
PANDUAN ETIKA KERJA

MOTO
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

’Mudah, Cepat Dan Tepat’

13
PIAGAM PELANGGAN
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

Kami adalah bertanggung jawab untuk memberikan perkhidmatan yang


berkualiti dan memuaskan hati pelanggan serta layanan yang adil dan
saksama. Dengan itu kami berjanji:

a. Menawarkan calon lantikan kepada Kementerian/Jabatan dalam


tempoh 8 minggu daripada tarikh permohonan bagi jawatan yang
tidak mensyaratkan ujian khas dan 16 minggu bagi jawatan yang
mensyaratkan ujian khas.

b. Keputusan pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf


berpencen, pertukaran perkhidmatan dan urusan perkhidmatan lain
disampaikan dalam tempoh 4 minggu daripada tarikh perakuan.

c. Urusan tindakan tatatertib, kenaikan pangkat serta rayuan


tatatertib/rayuan kenaikan pangkat diselesaikan dalam tempoh
16 minggu, 12 minggu dan 8 minggu selepas menerima perakuan
berserta dokumen/ maklumat yang lengkap.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
PANDUAN ETIKA KERJA

14
IKRAR
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

Kami, seluruh anggota Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam


Malaysia berjanji akan :
• Mematuhi hasrat dan cita-cita Kerajaan;
• Berpegang teguh kepada ideologi kebangsaan;
• Berpegang kepada teras perkhidmatan cemerlang;
• Komited kepada pelaksanaan program kualiti; dan

• Melaksanakan kepimpinan melalui teladan.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia


Serta mengaku akan mencurahkan segala dan usaha kami ke arah: PANDUAN ETIKA KERJA

• Melaksanakan tugas dengan teratur, berkesan dan berkualiti;


• Memberikan perkhidmatan yang ikhlas dan cepat kepada
pelanggan;

• Mengamalkan sifat-sifat amanah, hormat, bertanggungjawab


dan positif; dan

• Berusaha mempertingkatkan martabat dan kecemerlangan


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia pada sepanjang
masa.

15
LAGU
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

LAGU KORPORAT SPA

Dengan semangat merdeka


Tertubuhnya Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Malaysia
Satu badan yang penuh berwibawa

Bebas adil dan berkesan


Asas segala urusannya
Melaksanakan fungsi perlembagaan
Mencorak perkhidmatan awam Negara

Kualiti menjadi teras perkhidmatan


Mudah cepat tepat asas tindakan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Nilai etika murni diamalkan


PANDUAN ETIKA KERJA

Mendokong perkhidmatan cemerlang

Sentiasa bertekad dan berusaha


Menempuh arus kemajuan
Berbekal semangat yang waja
Bergerak mencapai wawasan

16
Kata-kata Hikmah

Pergaulan mempengaruhi
didikan otak.
Oleh itu, untuk kebersihan
jiwa hendaklah bergaul dengan
orang-orang yang beradab dan
berbudi mulia agar dapat
dikutip manfaatnya.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia


PANDUAN ETIKA KERJA
HAMKA

1
NILAI DAN ETIKA KERJA
DALAM PERKHIDMATAN AWAM

PANDUAN ETIKA KERJA


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
NILAI DAN ETIKA KERJA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

1. NILAI DAN ETIKA KERJA

1.1 Nilai-nilai murni yang diamalkan oleh setiap anggota di dalam


sesebuah organisasi seperti di Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam, dengan sendirinya dapat membentuk etika kerja yang positif
serta budaya kerja cemerlang. Etika yang perlu dihayati untuk
mencapai kecemerlangan ialah melalui penerapan nilai-nilai yang
terpuji di kalangan setiap anggota bermula daripada ketua yang
tertinggi hinggalah kepada peringkat anggota yang paling rendah.
Di antara nilai -nilai tersebut adalah meliputi nilai-nilai yang
berkaitan dengan akhlak, kepimpinan dan profesionalisma.

1.2 Secara umumnya nilai-nilai tersebut dapat diklasifikasikan seperti


berikut:

i. Nilai-nilai peribadi asas;


ii. Nilai-nilai Yang Mengutamakan Pelanggan;
iii. Nilai-nilai Kepimpinan;
iv. Nilai-nilai Profesionalisma dan

v. Nilai-nilai Produktiviti/Kualiti.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia


2. NILAI-NILAI PERIBADI ASAS PANDUAN ETIKA KERJA

2.1 Di antara nilai-nilai peribadi yang baik ialah:


i. Amanah
ii. Ikhlas
iii. Berdedikasi
iv. Bertanggungjawab
v. Berdisplin
vi. Bekerjasama
vii. Bersih
viii. Tekun
ix. Sederhana

19
2.2 Di antara ciri-ciri anggota yang mempunyai nilai peribadi yang
baik ini ialah:

i. Menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dan berusaha


menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan;

ii. Melakukan kerja dengan sempurna, tidak mengharapkan


orang lain dan rasa bersalah jika tidak dapat menyempurnakan
tugas mengikut apa yang ditetapkan;

iii. Tidak memilih-milih kerja serta tidak menunjuk-nunjuk dalam


menjalankan tugas kepada Ketua;

iv. Bekerja tanpa rasa jemu atau bosan serta sedia menjalankan
sebarang tugas yang dipertanggungjawabkan;

v. Mengutamakan kepentingan tugas daripada kepentingan diri


dan sanggup berkorban masa dan tenaga demi kepentingan
perkhidmatan;

vi. Patuh dan taat kepada peraturan serta berpegang teguh


kepada ajaran agama di samping sentiasa menjaga imej dan
maruah diri daripada perbuatan cuai dan keji;

vii. Menjalankan tugas secara kolektif dan menyedari idea yang


diperolehi secara berkumpulan lebih bernas dan mantap bagi
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

mencapai kejayaan organisasi;


PANDUAN ETIKA KERJA

viii. Mengamalkan sikap tolong-menolong terhadap kebaikan dan


menghindarkan diri daripada perbuatan yang buruk;

ix. Menuturkan kata-kata yang baik dan bersopan santun dan


sentiasa menjaga kebersihan diri, pakaian dan tempat bekerja;
dan

x. Sedia menerima nasihat, cadangan dan pendapat, bijaksana


dalam membuat pertimbangan dan mudah memaafkan
kesilapan orang lain.

20
2.3 Sebaliknya ciri-ciri anggota yang mempunyai nilai peribadi yang
tidak baik adalah seperti berikut:

i. Melakukan penipuan, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa


serta kedudukan dan sebagainya;

ii. Membuat kerja-kerja persendirian pada waktu pejabat atau


berselindung disebalik kerja-kerja rasmi;

iii. Tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas. Hasil


kerja tidak menepati tempoh masa atau standard yang
ditetapkan di samping tidak berusaha memperbaiki mutu
kerja;

iv. Memilih kerja berdasarkan tempat, masa dan orang yang


memberi arahan serta tidak menunjuk tekun di hadapan
Ketua;

v. Selalu mengelak daripada membuat kerja;

vi. Sengaja melanggar peraturan dan arahan yang ditetapkan;


dan

vii. Membangga diri dan suka merendahkan kebolehan


orang lain serta sukar menerima pandangan dan pendapat

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia


orang lain.

3. NILAI-NILAI YANG MENGUTAMAKAN PELANGGAN PANDUAN ETIKA KERJA

3.1 Setiap anggota yang berurusan dengan orang ramai atau


pelanggan perlu mengamalkan sifat-sifat seperti:

i. Berbudi

ii. Bersopan-santun

iii. Peramah

iv. Responsif

21
3.2 Di antara ciri-ciri anggota yang mempunyai nilai-nilai yang
mengutamakan pelanggan ialah:

i. Memberi perkhidmatan dengan cekap dan tepat serta melayani


pelanggan dengan adil tanpa beza-membeza;

ii. Memberi layanan dengan wajah yang manis, sopan santun


serta bertutur dengan lemah lembut tetapi tegas; dan

iii. Memberi perhatian dan tindakan sewajarnya kepada setiap


perkara yang dibangkitkan, sedia membantu, bertimbang rasa
dan bertolak ansur.

3.3 Di antara ciri-ciri yang tidak sepatutnya ialah:

i. Bertindak secara kasar dan tidak memikirkan kesusahan serta


masalah orang lain; dan

ii. Tidak memberi perhatian, menunjukkan muka yang masam


dan bertutur dengan perkataan yang kurang menyenangkan.

4. NILAI-NILAI KEPIMPINAN

4.1 Selain daripada kuasa serta keupayaan untuk mendorong,


merancang, membangun dan menggembeleng tenaga kerja serta
kepakaran ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan, seorang
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

pemimpin perlu menampilkan keunggulan dan berakhlak tinggi


PANDUAN ETIKA KERJA

serta mempunyai nilai-nilai seperti :

i. Adil

ii. Tegas

iii. Berani

iv. Bijaksana

v. Bertanggungjawab

vi. Berwawasan

22
4.2 Di antara contoh sifat kepimpinan ialah :

i. Adil dan tidak memihak di dalam membuat pertimbangan;

ii. Mengetahui dengan jelas tugas yang dijalankan oleh orang


bawahan sebelum membuat penilaian prestasi;

iii. Mengkaji kedudukan semasa setiap urusan kerja yang


berkaitan, mengenal pasti masalah yang dihadapi dan
menentukan tindakan penyelesaian; dan

iv. Mengambil tindakan menghapuskan tunggakan kerja.

i. Bertindak secara kasar dan tidak memikirkan kesusahan serta


masalah orang lain,

ii. Tidak memberi perhatian, menunjukkan muka yang masam


dan bertutur dengan perkataan yang kurang menyenangkan.

4.3 Sebaliknya di antara tindakan seseorang pemimpin yang tidak


mempunyai nilai kepimpinan ialah:

i. Mengamalkan sifat pilih kasih dan berat sebelah, misalnya di


dalam urusan kenaikan pangkat, penilaian prestasi
kakitangan dan sebagainya;

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia


ii. Membuat pertimbangan berdasarkan kepentingan diri atau
pihak tertentu serta tidak mengambil kira fakta sebenar; dan PANDUAN ETIKA KERJA

iii. Tidak mengambil tindakan terhadap sebarang pelanggaran
peraturan pejabat.

5. NILAI-NILAI PROFESIONALISMA

5.1 Setiap anggota seharusnya memiliki nilai-nilai yang menyumbang


ke arah peningkatan tahap profesionalisma seperti:

i. Berilmu pengetahuan

23
ii. Kreativiti

iii. Inovasi

iv. Integriti

v. Neutraliti

vi. Kejujuran intelektual

vii. Akauntabiliti

5.2 Anggota yang mempunyai nilai profesionalisma ini antaranya adalah


seperti berikut :

i. Sentiasa mencari idea dan kaedah baru dalam menyelesaikan
masalah serta berani mencuba; dan

ii. Meletakkan kepentingan awam lebih daripada kepentingan


peribadi, menepati masa, tidak suka kepada pembaziran,
tidak rasuah atau menyeleweng.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
PANDUAN ETIKA KERJA

24
5.3 Di antara sifat anggota yang tidak memiliki nilai profesionalisma
ialah:

i. Tidak gemar kepada perubahan dan pembaharuan, tidak


berusaha mencuba serta takut kepada kegagalan;

ii. Memandang remeh serta hasad dengki terhadap usaha-usaha


pembaharuan orang lain;

iii. Suka menipu, berbohong atau berpura-pura; dan

iv. Menggunakan kemudahan pejabat untuk kepentingan diri.

6. NILAI-NILAI PRODUKTIVITI DAN KUALITI

6.1 Pelbagai usaha telah dijalankan oleh Kerajaan untuk meningkatkan


produktiviti dan kualiti di antaranya ialah pelaksanaan Pekeliling
Kemajuan Pentadbiran Awam termasuk panduan pengurusan kualiti
di mana telah disenaraikan tujuh nilai prinsip pengurusan bagi
menyokong kejayaan pengurusan kualiti secara menyeluruh iaitu:

i. Kerjasama dan sokongan daripada pihak pengurusan atasan;

ii. Perancangan strategik yang berkualiti;

iii. Mengutamakan pelanggan;

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia


iv. Mengadakan latihan dan pengiktirafan; PANDUAN ETIKA KERJA

v. Meningkatkan semangat berpasukan;

vi. Pengurusan berkualiti; dan

vii. Kepastian kualiti.

25
6.2 Di antara nilai-nilai yang hendak diterapkan melalui pekeliling
tersebut ialah:

i. Bekerjasama;

ii. Menjalin hubungan baik antara pihak pengurusan dan


kakitangan;

iii. Bersopan santun dan hormat menghormati;

iv. Amanah, berdedikasi dan berhemat; dan

v. Pengwujudan standard bagi mengukur tahap kualiti.

7. NILAI-NILAI BERSAMA

7.1 Secara keseluruhannya nilai-nilai bersama yang perlu disemai dan


dihayati oleh semua anggota Perkhidmatan Awam bagi menjamin
keutuhan dan kejayaan Negara, di dalam segala aspek
perkhidmatan, adalah meliputi perkara-perkara berikut:

i. Profesionalisma

ii. Berwibawa
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

iii. Semangat berpasukan (esprit-de-corp)


PANDUAN ETIKA KERJA

iv. Kecemerlangan

NOTA: Ringkasan ‘Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam’ ini disesuaikan|
daripada buku Citra Karya: Falsafah, Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan
terbitan Institut Pentadbiran Awam Negara (INTAN).

26
TONGGAK DUA BELAS

i. Menghargai Masa

ii. Ketekunan Membawa Kejayaan

iii. Keseronokan Bekerja

iv. Kemuliaaan Kesederhanaan

v. Ketinggian Peribadi

vi. Kekuatan Sifat Baik Hati

vii. Pengaruh Teladan

viii. Kewajipan Menjalankan Tugas

ix. Kebijaksanaan Berhemat

x. Keutamaan Kesabaran

xi. Peningkatan Bakat

xii. Nikmat Mencipta

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia


PANDUAN ETIKA KERJA


Mengatur bahasa bererti
mengatur fikiran bahasa,
menambah kata-kata bahasa
bererti menumbuhkan
fikiran bangsa. Bangsa itu
adalah jiwa bangsa

SUTAN TAKDIR
PANDUAN AM

PENGURUSAN MASA

Penggunaan masa secara berkesan adalah suatu asas yang baik


di dalam pembentukan sikap positif di kalangan anggota. Pengurusan
masa yang baik dan berkesan akan dapat membantu setiap anggota Urus
Setia SPA khususnya, bagi menyempurnakan tugas dengan cepat, tepat
serta menepati masa yang ditetapkan di samping dapat meningkatkan
produktiviti. Perkara-perkara berikut boleh dijadikan panduan bagi
mencapai tujuan tersebut:

PERKARA – PERKARA YANG SEPATUTNYA DIIKUTI:

• Mematuhi waktu bertugas yang ditetapkan;

• Membuat perancangan kerja yang teratur;

• Melaksanakan tugas dalam jangka masa yang ditetapkan, tanpa


bertangguh atau membuang masa;

• Menepati waktu jika menghadiri sebarang urusan, temu duga

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia


atau temujanji;
PANDUAN ETIKA KERJA
• Menghadiri mesyuarat tepat pada waktu, memohon maaf jika
terlewat serta memohon kebenaran jika terpaksa meninggalkan
mesyuarat terlebih awal dan mesyuarat sedang berjalan; dan

• Mengelakkan dan mengurangkan gangguan masa kerja seperti


panggilan telefon hendaklah diurus sebaiknya supaya panggilan
yang benar-benar mustahak sahaja dilayani.

29
PERKARA – PERKARA YANG TIDAK SEPATUTNYA DIIKUTI:

• Meninggalkan tempat bertugas semasa waktu bekerja kerana


melaksanakan urusan peribadi;

• Menghabiskan masa di kantin atau di tempat lain yang tidak


sewajarnya semasa bertugas;

• Membaca surat khabar, majalah atau sebagainya semasa


bertugas secara terbuka;

• Menjahit, mengait atau melakukan kerja-kerja yang


seumpamanya semasa waktu bertugas;

• Menjalankan sebarang bentuk perniagaan semasa waktu


bertugas;

• Bercakap telefon terlalu lama atas urusan persendirian;

• Dalam keadaan tertentu, membuat pegawai atasan tertunggu-


tunggu; dan

• Bersiap untuk pulang sebelum waktu atau bergegas pulang


sebaik sahaja tamat waktu pejabat.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
PANDUAN ETIKA KERJA

30
PANDUAN PAKAIAN

PANDUAN ETIKA KERJA


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
PANDUAN PAKAIAN

Peraturan khusus mengenai pakaian masa bekerja bagi pegawai awam telah
digariskan di bawah Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 Tahun 1985
yang telah menetapkan jenis pakaian yang boleh dipakai oleh pegawai
perkhidmatan awam semasa bekerja dan semasa menghadiri upacara rasmi.
Di samping jenis pakaian itu, Kerajaan telah bersetuju untuk menggariskan
fesyen pakaian alternatif yang sesuai mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan
Bil.1 Tahun 2006. Pada umumnya pakaian yang dipakai oleh seseorang
individu akan dapat meninggalkan kesan pandangan pertama kepada orang
yang berhubung dengannya. Imej seseorang anggota organisasi dibentuk
dari cara mereka menguruskan diri terutama dari segi penampilan diri serta
pakaian yang kemas dan sesuai yang akan membayangkan personaliti
anggota tersebut dan seterusnya mencerminkan nilai budaya organisasi
berkenaan. Oleh yang demikian semasa bekerja setiap anggota Urus Setia
SPA perlu memelihara gaya penampilan diri serta sentiasa berpakaian
kemas yang sesuai dan memenuhi kriteria-kriteria yang diantaranya:

PAKAIAN YANG SESUAI / DIBOLEHKAN

Pakaian Lelaki
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

• Bagi pegawai-pegawai Pengurusan dan Profesional serta


PANDUAN ETIKA KERJA

Kumpulan sokongan “lounge suite” atau “bush-jacket” dengan


bahan kain yang sesuai, atau seluar panjang dengan baju kemeja
dan bertali leher, dan jika baju tersebut berlengan panjang, tangan
baju hendaklah jangan dilipatkan.

• Bagi pegawai-pegawai sokongan II ke bawah, seluar panjang


beserta baju kemeja dengan warna yang sesuai, baju hendaklah
dimasukkan ke dalam, jika baju tersebut berlengan panjang, tangan
baju hendaklah jangan dilipatkan.

• Pada Setiap hari Khamis dikehendaki memakai pakaian Batik.

32
• Tali pinggang dari dari jenis kulit sesuai untuk dipakai ke majlis rasmi
• atau
Pada bekerja.
hari Jumaat diwajibkan
Pilih kepala memakai
tali pinggang daribaju
jenis Melayu lengkap
kecil, berbentuk
dengansegi,
empat bersamping
bujur atauatau, pakaian
bulat. Tali baju juga
pinggang yangharus
miripdikilatkan
dengan
potongan
selalu supayabaju Melayukemas
ia kelihatan dan dandipakai dengan seluar panjang,
cantik.
(Pakaian baju Melayu dengan kain sarung tidak dibenarkan).
• Kasut hitam dianggap sebahagian daripada kasut rasmi.
• “Jeans” atau seluar pendek tidak boleh dipakai semasa bekerja.
• Padankan warna stoking dengan warna seluar atau dengan

• warna
Kasut kasut.
kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya.
Kasut hendaklah berkilat. Capal boleh dipakai dengan pakaian baju
Melayu yang lengkap dengan bersamping.
RAMBUT
• Selipar, kasut getah dan kasut sukan tidak boleh dipakai semasa
Pegawai
Lelaki
bekerja.

• •Potongan rambut
Digalakkan bagi pegawai
memakai tali leher lelaki mesti
jabatan padamempunyai
hari Isnin. ciri-ciri yang
berikut:
• Memakai pas keselamatan.
a. Pendek (tidak melampaui kolar baju).
• Memilih pakaian jenis kain kosong (plain colour).
b. Potongan yang kemas dan menarik.
• Memilih warna-warna baju yang sesuai, lembut atau tidak terlalu
c. Potongan
terang. yang tidak terikut-ikut gaya atau fesyen yang tidak
senonoh.
• Elakkan dari memakai baju yang bercorak petak-petak dan banyak
d. warna.
Sentiasa disikat rapi.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia


• Memilih seluar yang berwarna gelap.
PANDUAN ETIKA KERJA
Pakaian Wanita
• Padanan warna baju dan seluar perlu diberi perhatian supaya tidak
• Pakaian Kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing yang sesuai
berlawanan.
dipakai semasa bekerja. “Jeans”, “slacks”, seluar pendek dan apa-apa
•pakaian
Kelihatan
yangsopan dan muka
menutup tidak menjolok mata.
tidak boleh dipakai semasa bekerja.

• •Selipar,
Elakkan dariatau
cerpu menggunakan
yang sejenissatu warna sahaja
dengannya tetapi tidakbentuk
yang mempunyai lebih
dari empat warna pada satu-satu jenis pakaian.
yang sesuai boleh dipakai dengan pakaian yang ditetapkan.
Kasut sukan tidak boleh dipakai semasa bekerja.
• Bentuk badan si pemakai perlu diambil kira dalam pemilihan kain
• Bersih
kerana
danjenis-jenis
tidak lusuh.kain membantu menjelaskan bentuk badan si
pemakai.
• Kemas, seperti:

33

i. Bergosok;
ii. Tidak berkedut-kedut;
iii. Tidak ada jahitan yang terbuka atau terbertas di mana-mana
bahagian;
iv. Tidak ada mana-mana bahagian yang terkoyak; dan
v. Tidak ada mana-mana bahagian yang tertampal.

• Bersesuaian dengan tempat tugas atau tugasan yang hendak


dilaksanakan.

• Elakkan daripada memakai pakaian diperbuat daripada kain jenis


berkilat atau berkilau pada waktu siang. Pakaian daripada jenis kain
tersebut lebih sesuai waktu malam.

• Kelihatan sopan dan tidak menjolok mata.

• Elakkan dari menggunakan satu warna sahaja tetapi tidak lebih dari
empat warna pada satu-satu jenis pakaian.

• Bentuk badan si pemakai perlu diambil kira dalam pemilihan kain


kerana jenis-jenis kain membantu menjelaskan bentuk badan si
pemakai.

• Mengenakan perhiasan atau aksesori yang ringkas dan bersesuaian


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

sahaja.
PANDUAN ETIKA KERJA

• Padankan warna beg tangan dengan kasut.

• Beg tangan yang sederhana besar sama ada jenis bertali atau jenis
kepit sesuai digunakan pada waktu siang semasa bertugas.

• Beg tangan jenis kecil dan bertali pendek sesuai digunakan apabila
menghadiri majlis rasmi.

• Pada setiap hari Khamis, dikehendaki memakai Batik.

• Di galakkan memakai tudung Skraf Jabatan pada setiap hari Isnin.

34
TATACARA BERPAKAIAN SEWAKTU DI LUAR TUGAS

Cara berpakaian di luar waktu tugas memang menjadi hak individu. Walau
bagaimanapun keterampilan atau imej seseorang pegawai adalah juga
merupakan imej jabatan. Oleh itu sebagai seorang pegawai awam, mereka
perlu menjaga keterampilannya setiap masa demi untuk nama jabatan.

Apabila kita berpakaian, masyarakat akan mempunyai pelbagai


tanggapan dan pandangan terhadap kita. Daripada cara kita berpakaian,
masyarakat dapat mengandaikan kedudukan dan status kita. Berikut adalah
beberapa konsep berpakaian untuk dijadikan panduan iaitu:

a) Mencerminkan Personaliti

Pakaian akan mencerminkan personaliti seseorang. Ia dapat


memperlihatkan sama ada orang seorang yang kemas atau dari jenis
yang selekeh. Jika kita berpakaian kemas sepanjang masa, ia
menunjukkan kita mempunyai disiplin diri yang kukuh serta sekaligus
dapat meningkatkan imej kita sendiri.

b) Menutup Aurat

Bagi umat Islam, berpakaian bukan sahaja dapat mencerminkan


personaliti malah menjadi kewajipan untuk umatnya menutup aurat.
Tujuannya adalah untuk mengelakkan dari fitnah dan keruntuhan

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia


akhlak dan iman.

c) Menampakkan Ketampanan PANDUAN ETIKA KERJA

Pilihan fesyen yang sesuai, bersih dan berpadanan akan memperlihatkan


seseorang lelaki itu lebih kacak, segak dan bergaya.

d) Menonjolkan Kejelitaan

Kebijaksanaan dalam memilih pakaian yang sesuai akan dapat


menonjolkan kejelitaan seseorang wanita itu. Namun begitu tidak
semua fesyen sesuai dengan dengan semua orang malah kadang-
kadang ia akan memburukkan lagi rupa bentuk seseorang itu.

35
e) Kesesuaian dan Keselesaan

Berpakaian yang sesuai dan selesa mengikut majlis dan keadaan


menjadikan seseorang itu lebih menarik dari segi keterampilannya.

Pakaian Batik (Lelaki dan Wanita)-Surat Pekeliling Perkhidmatan


Bil.1/2008

• Kerajaan telah memutuskan supaya hari pemakaian batik oleh


pegawai awam pada setiap hari Khamis. Pindaan ini juga melibatkan
hari pemakaian fesyen pakaian batik Malaysia alternatif pegawai lelaki
seperti yang ditetapkan di perenggan 4, Surat Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 1 Tahun 2006.

• Pegawai-pegawai awam yang menghadiri sesuatu upacara,


perjumpaan atau mana-mana jemputan, jika ditetapkan memakai
batik, hendaklah memakai batik buatan Malaysia.

• yang dibekalkan dengan pakaian seragam, pegawai yang


menghadiri acara-acara rasmi seperti persidangan-persidangan
antarabangsa, perjumpaan dengan pelawat-pelawat asing atau
pegawai yang menghadiri majlis rasmi yang menetapkan pemakaian
jenis pakaian lain.

Pakaian Lain (Lelaki dan Wanita)


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
PANDUAN ETIKA KERJA

• Pakaian-pakaian jenis lain termasuk jenis kasut, boleh dipakai oleh


pegawai-pegawai awam semasa bekerja jika tugas-tugasnya
memerlukan pakaian demikian dan dibenarkan oleh Ketua Jabatan
masing-masing.

Pakaian Yang Menjolok Mata

• Pegawai-pegawai awam tidak dibenarkan memakai pakaian yang


menjolok mata.

36
Pakaian-Pakaian Semasa Menghadiri Upacara Rasmi

• Pakaian Rasmi (Formal) Untuk Lelaki

Seseorang pegawai awam, yang berhak memakai uniform atau pun


dikehendaki memakai uniform yang khas, hendaklah memakai uniform
tersebut apabila menghadiri upacara-upacara rasmi. Peraturan-peraturan
pakaian seperti yang telah ditetapkan melalui surat edaran yang dikeluarkan
oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, JPA. SULIT. 2578 / Pt. 1 / 35 bertarikh
8hb Jun 1970 di Lampiran “A” mengenai Pakaian Seragam Pegawai-pegawai
Tadbir dan Profesional dalam Kumpulan Pengurusan Dan Ikhtisas, seperti
dipinda oleh Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 Tahun 1975, hendaklah
dipatuhi pada masa menghadiri istiadat-istiadat rasmi yang menetapkan
dif-dif jemputan memakai pakaian seragam atau pakaian rasmi kebangsaan.
Sekiranya pegawai itu tidak mempunyai uniform, maka “lounge suit”
bolehlah dipakai, kecuali jika peraturan pakaian khas ditetapkan.

Pakaian Untuk Upacara Separuh Rasmi (Lelaki)

• Untuk upacara-upacara separuh rasmi yang lain, seperti menghadiri


upacara-upacara pembukaan seminar, adalah diputuskan bahawa
bagi peringkat kebangsaan (national), di mana tidak ada
perwakilan daripada luar negeri, maka pakaian waktu bertugas di
pejabat seperti yang ditetapkan didalam Pekeliling ini hendaklah
dipakai. Untuk upacara-upacara peringkat antarabangsa

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia


(international), maka pakaian “lounge suit” hendaklah dipakai.
PANDUAN ETIKA KERJA
Pemakain Tanda Nama
• Tanda nama hendaklah sentiasa dipakai semasa bertugas.

Penggunaan Beg Kertas

• Semua warga SPA yang diberi kebenaran membeli makanan


pada waktu pejabat hendaklah menggunakan beg kertas bagi
melindungi plastik makanan yang dibeli.

Pemakaian Batik Korporat SPA

• Semua warga SPA dikehendaki memakai batik korporat SPA


di semua majlis rasmi SPA.

37
PERHUBUNGAN/ INTERAKSI SESAMA ANGGOTA

Setiap anggota di dalam sesebuah organisasi mempunyai tugas dan


peranan masing-masing. Organisasi yang berjaya dan berkualiti adalah
ditunjukkan melalui perhubungan kerjasama di antara setiap anggota
di dalam melaksanakan objektif dan peranan masing-masing mengikut
matlamat yang telah ditentukan. Bagi mencapai matlamat ini setiap
anggota di Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam khususnya, perlu
menanamkan semangat bekerjasama dan “esprit de corp” serta hormat-
menghormati di antara satu sama lain. Di antara perkara-perkara yang
boleh dijadikan panduan adalah seperti berikut:

• Saling hormat-menghormati dan bekerjasama di antara semua


pegawai dan anggota Urus Setia;

• Memberi sebarang arahan dengan jelas dan tepat;

• Mematuhi arahan serta menerima nasihat;



• Responsif kepada setiap cadangan dan pandangan daripada
semua pihak;

• Menjadi model serta mengamalkan konsep kepimpinan melalui


teladan;

• Membantu setiap usaha yang dijalankan oleh mana-mana pihak


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

di dalam mempertingkatkan kualiti dan produktiviti;


PANDUAN ETIKA KERJA

• Memberi pandangan dan buah fikiran untuk kebaikan, memberi


kritikan atau teguran secara positif;

• Mengambil berat tentang kebajikan setiap anggota; dan

• Memberi ucapan selamat yang bersesuaian.

38
PERHUBUNGAN/ INTERAKSI YANG PERLU DIHINDARI

• Berkelakuan kasar, tidak berdisplin, tidak menghormati orang lain


serta meninggikan suara bila bercakap;

• Menggunakan perkataan yang kurang sopan; dan

• Menghina pegawai atau rakan sekerja.

PERHUBUNGAN/ INTERAKSI DENGAN PELANGGAN

Di dalam melaksanakan tugas, pegawai dan kakitangan Urus Setia


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam akan menemui berbagai jenis perangai
dan kelakuan manusia yang menjadi pelanggan kepada perkhidmatan yang
diberikan. Kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan tersebut
boleh dilihat dan ditunjukkan melalui reaksi pelanggan ke atas layanan
dan perkhidmatan yang diberikan. Dengan yang demikian setiap anggota
Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam khususnya, mestilah sentiasa
berbudi mulia seperti peramah, memberi layanan yang baik, suka membantu,
berkomunikasi dengan berkesan dan sebagainya di samping sifat memahami,
bertimbang rasa dan bersabar semasa melayan pelanggan. Panduan
mengenai layanan terhadap pelanggan khususnya mengenai layanan melalui
telefon atau di kaunter telah digariskan di bawah Pekeliling Pentadbiran

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia


Awam Bil. 1 Tahun 1991 dan Bil. 10 Tahun 1991 yang secara umumnya
adalah seperti berikut: PANDUAN ETIKA KERJA

PERKHIDMATAN TELEFON

Bentuk Layanan Yang Baik


• Memberi layanan yang mesra, bersopan dan bertanggungjawab;

• Bercakap dengan ciri-ciri suara yang baik di antaranya:

i. Suara yang sederhana, tidak terlalu kuat dan tidak terlalu


perlahan;

ii. Sebutan yang terang dan jelas;

39
iii. Suara yang ramah; dan

iv. Tekanan suara yang lembut.

• Elakkan daripada kedengaran bosan dan keletihan semasa melayan


pelanggan;

• Memohon maaf jika terpaksa membiarkan pemanggil menunggu


lama daripada masa yang sewajarnya ; dan

• Jangan biarkan emosi mempengaruhi tugas.

Layanan Yang Patut Dihindari

• Menggunakan perkataan yang kurang sopan atau singkatan kata


yang tidak difahami oleh pelanggan;

• Membiarkan pemanggil tertunggu-tunggu tanpa alasan; dan

• Bertelagah dengan pelanggan atau menunjukkan rasa bosan.


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
PANDUAN ETIKA KERJA

40
Yang paling kita perlukan
dalam kehidupan ialah
adanya seseorang yang
selalu memberi semangat
untuk melaksanakan
hal-hal yang dapat kita kerjakan.

DAVEY JOHN SCHWARTZ


PERKHIDMATAN KAUNTER

Bentuk Layanan Yang Baik

• Mempastikan sistem kaunter yang baik serta keperluan yang


mencukupi termasuk panduan dan tanda arah, tempat menunggu
yang selesa dan bersih, nombor giliran dan sebagainya di mana
yang perlu;

• Menerima pelanggan dengan mesra serta mengucap selamat sebagai


mengalu-alukan kehadiran pelanggan;

• Melayan secara professional, bertanggung jawab dan adil tanpa


membezakan pelanggan;

• Sentiasa bersedia memberi apa-apa bantuan, pertolongan atau


keterangan yang diperlukan dengan sewajarnya;

• Bersabar, bertimbang rasa dan memahami perasaan pelanggan serta


memberi teguran dengan baik terhadap pelanggan yang telah
melakukan kesilapan; dan

• Beri sebab serta penjelasan jika kelewatan tidak dapat dielakkan


atau jika tidak dapat memenuhi kehendak pelanggan.

Bentuk Layanan Yang Patut Dihindari


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
PANDUAN ETIKA KERJA

• Membiarkan pelanggan menunggu tanpa sebab yang munasabah;

• Melayan secara acuh tak acuh atau membeza-bezakan pelanggan:

• Melaksanakan tugas dengan dipengaruhi emosi dan prasangka;

• Mencabar, bertengkar atau menengking pelanggan; dan

• Melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya termasuk makan,


minum, merokok dan sebagainya semasa bertugas melayan
pelanggan.

42
TINDAKAN KE ATAS SURAT JABATAN

• Semua surat yang diterima mestilah diberi perhatian dan diambil


tindakan sewajarnya. Jika jawapan segera tidak dapat diberikan akuan
penerimaan harus dikeluarkan;

• Semua surat kepada pelanggan hendaklah jelas, menggunakan bahasa


yang tepat serta mengikuti panduan persuratan yang telah
disediakan;

• Segala dokumen penting kepada pelanggan hendaklah dihantar


dengan cara yang selamat.

PERSEKITARAN PEJABAT

Persekitaran pejabat yang diurus dengan baik dapat menggambarkan


semangat, perasaan serta perhubungan yang baik di dalam sesebuah
jabatan. Pejabat yang berselerak, tidak kemas dan tidak teratur dapat
menggambarkan sikap tidak baik anggota Jabatan berkenaan serta kurang
kerjasama di antara setiap anggota tersebut. Keadaan yang sedemikian juga
tidak akan melahirkan anggota yang bermotivasi, produktif serta komited
terhadap pekerjaan. Setiap peringkat anggota Urus Setia Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam khususnya perlu membantu menjadikan pejabat
sebagai sebuah tempat yang selesa, cantik dan sesuai, ke arah peningkatan

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia


kualiti dan produktiviti. Selaras dengan itu pihak Pengurusan SPA telah
menetapkan hari Khamis sebagai hari gotong-royong SPA. Di antara PANDUAN ETIKA KERJA
panduan bagi mewujudkan persekitaran pejabat yang baik ini ialah:

PERKARA YANG PATUT DIBUAT

• Memastikan pejabat sentiasa bersih, kemas dan menarik serta keadaan


persekitaran yang selesa;

• Semua peralatan dan perkakas pejabat serta alat tulis perlu disusun rapi
dan dalam keadaan beroperasi ;

43
• Fail-fail perlu disusun dan disimpan dengan selamat dan bersistem;
dan

• Sentiasa menjadikan kebersihan dan keindahan sebagai sebahagian


daripada budaya kerja.

PERKARA YANG PERLU DIHINDARI

• Membuat dan membuang sampah merata-rata;

• Makan, minum dalam pejabat selain dari tempat yang dikhaskan;

• Merokok dalam pejabat termasuk di bilik air dan laluan tangga; dan

• Membuat bising dan mengganggu orang lain yang sedang bekerja.

MENGHADIRI MAJLIS

Semasa menghadiri sebarang majlis atau upacara rasmi atau tidak rasmi,
adalah penting bagi mana-mana Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam yang berkenaan menunjukkan perlakuan serta adab sopan yang
baik. Perkara-perkara berikut boleh dijadikan panduan semasa menghadiri
sesuatu majlis atau upacara:
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
PANDUAN ETIKA KERJA

PERKARA YANG WAJAR

• Memberi jawapan kepada sebarang jemputan dalam tempoh yang


ditetapkan sekiranya dikehendaki berbuat demikian;

• Menghadirkan diri tepat pada waktunya;

• Berpakaian kemas dan sesuai dengan majlis berkenaan atau memakai


pakaian yang ditetapkan;

• Duduk di tempat yang disediakan;

44
• Menghormati, berinteraksi dan berkenalan dengan tetamu lain;

• Bercakap, atau ketawa dengan cara yang sesuai dan sopan;

• Memberi perhatian kepada pengerusi atau ucapan semasa majlis


sedang berlangsung; dan

• Bertertib, sederhana dan bertimbang rasa kepada tetamu lain sewaktu


jamuan dan sebagainya.

PERKARA YANG TIDAK WAJAR

• Bersendirian serta enggan berinteraksi dengan tetamu lain atau


hanya berinteraksi dengan kawan atau kenalan yang biasa sahaja;

• Tidak menghormati majlis dengan bercakap-cakap semasa ucapan


dibuat atau meninggalkan majlis sebelum tamat;

• Meninggalkan meja atau tempat duduk untuk bercakap dengan


orang atau kumpulan lain semasa majlis sedang berlangsung;

• Bercakap mengenai perkara rasmi terperingkat; dan

• Melakukan apa-apa perbuatan yang boleh dianggap tidak sopan


seperti mencungkil gigi secara terbuka di hadapan tetamu lain atau

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia


menggunakan peralatan seperti sudu dan garpu dengan mengeluarkan
bunyi bising. PANDUAN ETIKA KERJA

DASAR KUALITI

i. Penghayatan Displin
Mengawasi waktu, kehadiran bekerja dan pelaksanaan tugas dengan :

a. Mengetip sendiri kad perakam waktu (Protime) kehadiran bekerja;

b. Mematuhi prosedur yang ditetapkan bagi penggunaan kad


perakam waktu termasuk mengetip kad bagi setiap pergerakan
ke luar bagi menjalankan tugas-tugas rasmi atau peribadi;

45
c. Menggantikan semula waktu bekerja yang telah digunakan untuk
urusan peribadi;

d. Tidak melampaui had masa rehat rasmi yang diperuntukkan;

e. Memaklumkan kepada pegawai yang menyelia mengenai alamat


dan nombor telefon untuk dihubungi pada bila-bila masa semasa
tiada di pejabat;

f. Menghadiri perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri bagi


‘Program ke Arah Perkhidmatan Cemerlang dan Cintailah Negara
Kita’;

g. Menghadiri perhimpunan bulanan SPA mengikut jadual yang


ditetapkan;

h. Menepati masa ketika menghadiri majlis dan tugas rasmi; dan

i. Elakkan daripada memohon cuti secara kecemasan

ii. Pengisytiharan Harta

Bertanggungjawab untuk mengisytiharkan harta mengikut jadual


yang ditetapkan, termasuk membuat pengisytiharan terhadap sebarang
perubahan ke atas pemilikan harta atau pelupusan harta atau setiap kali
pegawai menyandang jawatan lebih tinggi tanpa menunggu diberi
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

peringatan.
PANDUAN ETIKA KERJA

iii. Pematuhan Muafakat

a. Memanfaatkan dengan positif, saluran komunikasi yang disediakan


di dalam organisasi untuk menyampaikan pandangan, cadangan,
maklum balas dan kritikan dengan penuh berhemah dan
bijaksana;

b. Menghormati sebarang pandangan alternatif dan mematuhi


sebarang pendirian atau keputusan bersama meskipun pendirian
atau keputusan tersebut bertentangan atau tidak selari dengan
pendirian atau pandangan persendirian; dan

46
c. Mengiktiraf, menerima secara muktamad dan tidak
mempertikaikan sebarang pandangan atau keputusan yang
dibuat oleh pengurusan atasan organisasi atau oleh Setiausaha
sebagai ketua organisasi.

iv. Pematuhan Peraturan Bercuti

a. Setiap warga yang telah memohon untuk bercuti rehat


hendaklah bertanggungjawab memastikan dahulu status
permohonan cuti masing-masing sebelum bercuti;

b. Setiap warga yang memohon untuk bercuti rehat mesti


memahami prinsip ‘cuti’ sebagai suatu keistimewaan, bukan
sebagai ’hak’ bagi memastikan warga sentiasa mendahulukan
urusan rasmi dan kepentingan jabatan;

c. Setiap warga yang bercuti boleh diminta oleh penyelianya untuk


mengemukakan alasan untuk bercuti (jika perlu), butir-butir
cadangan pergerakan warga semasa bercuti melebihi tiga hari,
dan maklumat berkaitan alamat dan nombor untuk mudah
dihubungi, jika keadaan memerlukan;

d. Setiap warga yang bercuti mengejut atau bercuti sakit,


berkewajipan memastikan keadaan percutiannya dimaklumkan
segera kepada pegawai yang meluluskan cuti atau penyelia

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia


untuk memastikan tugasan yang diamanahkan kepada warga
berkenaan tidak menggendalakan organisasi; PANDUAN ETIKA KERJA

e. Setiap warga dikehendaki mengisi maklumat cuti dalam e-cuti


dengan tepat dan jujur; dan

f. Setiap warga diwajibkan memohon permohonan cuti melalui


e-cuti yang telah disediakan di dalam sistem SPA.

g. Telefon mudah alih hendaklah dimatikan atau dalam ‘silent


mode’ semasa mesyuarat dan acara rasmi. Bagi pegawai yang
dibekalkan telefon pejabat hendaklah sentiasa bersedia untuk
menjawab panggilan pejabat tanpa mengira waktu dan lokasi;

47
h. Semua warga SPA hendaklah sentiasa mematuhi arahan, peraturan,
pekeliling dan surat pekeliling yang dikeluarkan dari semasa ke
semasa.

ETIKA PELAKSANAAN TUGAS

i. Tata Kelakuan Rasmi

Tata kelakuan adalah menjadi pegangan dan amalan yang akan


menampilkan ciri-ciri khusus warga SPA ketika melaksanakan tugas
dalam berbagai-bagai keadaan, selaras dengan Manual Prosedur Kerja,
Fail Meja dan Manual Kualiti yang terkini.

ii. Aku Janji

Setiap warga SPA wajib membaca dan menadatangani Surat Aku Janji
semasa melaporkan diri ke SPA. Mereka harus memaparkan perlakuan
yang mulia sepanjang tempoh perkhidmatan di SPA.

KESIMPULAN DAN PENUTUP


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
PANDUAN ETIKA KERJA

Penghayatan nilai-nilai serta etika kerja yang baik oleh setiap anggota Urus
Setia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam diharap dapat menjayakan usaha
menjadikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebuah agensi awam yang
unggul. Keunggulan peribadi yang dizahirkan melalui sikap, pemikiran dan
perilaku ini adalah merupakan pelengkap kepada pembentukan anggota
yang benar-benar berkualiti yang pada asasnya perlu memiliki tahap
profesionalisma yang tinggi, bagi mencapai cita-cita tersebut.

48

You might also like