Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SUMBANGAN TOKOH MATEMATIK TIMUR TENGAH DAN INDIA

SUMBANGAN ARYABHATTA: Aryabhatta yang lahir pada 478 sangat terkenal dalam bidang astronomi sehingga diberikan gelaran sebagai Bapa Astronomi India. Aryabhatta telah memperkenalkan teori Heliocentric yang kemudiannya

dikembangkan oleh Copernicus lebih seribu tahun kemudian. Pada tahun 499, Aryabhata memperkenalkan fungsi versinus dan menghasilkan jadual sinus trigonometri yang pertama, mengembangkan teknik dan algoritma algebra, infinitesimal, persamaan pembezaan, dan memperolehi penyelesaian nombor bulat untuk persamaan linear dengan suatu cara yang serupa dengan cara moden, bersamaan dengan perkiraan astronomi tepat berasaskan sebuah sistem kegravitian heliosentrik. Beliau juga mengira nilai hingga empat tempat perpuluhan sebagai 3.1416.

SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI: Dalam bidang trigonometri, beliau mengetengahkan konsep sinus (sine) yang kemudiannya diperkembangkan kepada tangen. Konsep algoritma yang dinamakan mengikut namanya juga diasaskan oleh Khwarizmi. Beliau sebenarnya merupakan pengasas kepada beberapa cabang dan konsep asas matematik. Hasil kerjanya dalam algebra begitu cemerlang dan beliau tidak hanya mempunyai inisiatif terhadap subjek dalam pembentukan sistematik tetapi juga bertanggungjawab membangunkan penyelesaian analitikal dalam

pengembangan garis lurus serta persamaan kuadratik. Persamaan kuadratik ialah satu persamaan di mana kuasa kedua tanpa kuasa lebih tinggi digunakan bagi yang tidak diketahui (x2 + 2x - 8 = 0). Kejayaan itu akhirnya menjadikannya pengasas Algebra. Nama Algebra diperoleh daripada bukunya yang terkenal iaitu Al-Jabrwa-al-Muqabilah. Beliau turut menjelaskan dengan teliti kegunaan sifar - iaitu sistem angka yang dibangunkan oleh orang Arab.

Pada masa yang sama, beliau membangunkan sistem perpuluhan dan dengan itu, keseluruhan sistem nombor angka, algorithm atau algorizm memperoleh nama selepas dibangunkan oleh orang Arab.

Dalam usahanya memperkenalkan sistem angka India (kini dikenali angka Arab), beliau telah membangunkan beberapa prosedur kira-kira termasuk operasi dan pecahan.

Beberapa cabang ilmu dalam Matematik yang diperkenalkan oleh al-Khawarizmi seperti: geometri, aljabar, aritmatika dan lain-lain. Beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan matematik dan mengemukakan 800 buah masalah yang sebagian besar merupakan persoalan yang dikemukakan oleh Neo.

Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh alKhawarizmi. Dalam Sistem Nombor, beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting dalam sistem Nombor pada zaman sekarang. Karyanya yang satu ini memuat Cos, Sin dan Tan dalam penyelesaian persamaan trigonometri , teorema segitiga sama kaki dan perhitungan luas segitiga, segi empat dan lingkaran dalam geometri.

Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang pertama kali memperkenalkan aljabar dan hisab.

SUMBANGAN IBN-SINA: Beliau yang lebih dikenali sebagai Avicenna di kalangan masyarakat Eropah merupakan pakar perubatan, sains, falsafah, muzik, matematik, puisi dan kaji bintang pada masa tersebut. Ibn Sina dianggap sebagi 'Bapa Perubatan' oleh penulis-penulis Barat kerana beliau telah menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen, pengalaman ahli-ahli perubatan India dan Parsi serta hasil pengalaman beliau sendiri untuk diamalkan.

Ibnu Sina berpendapat bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan.

SUMBANGAN OMAR KHAYYAM: Beliau telah memajukan lagi pengetahuan penemuan al-Khawarizmi dalam memuatkan pecahan-pecahan, persamaan geometrik dan algebra serta klasifikasi tentang persamaan. Proses mengkaitkan aljabar dengan Geometri telah pun dapat dilihat dengan jelasnya dalam penulisan al-Khawarizmi. Geometri analisis memerlukan tiga peringkat perkembangan iaitu penemuan sistem koordinat, mencantumkan perhubungan antara satu sama lain dalam kaedah aljabar dengan geometri, dan akhirnya menyatakan hubungan dalam bentuk geraf. Beliau mengkelaskan banyak persamaan algebra berdasarkan kerumitan masing-masing dan mengenal pasti 13 bentuk persamaan kubus yang berbeza. Beliau membangunkan pendekatan geometri untuk menyelesaikan persamaan, yang membabitkan satu pilihan pintar kon-kon yang sesuai. Beliau menyelesaikan persamaan-persamaan kubus dengan menyilangkan parabola dengan bulatan. Beliau merupakan orang pertama yang membangunkan teorem binomial dan menentukan pekali binomial. Beliau memajukan pengembangan binomial bagi kes apabila eksponen adalah integer positif. Beliau menokok nambah hasil kerja Euclid sambil memberi definisi baru bagi nisbah-nisbah dan memasukkan pendaraban nisbah-nisbah. Beliau

menyumbang kepada teori garis selari.

SUMBANGAN BHASKARA: Pada abad ke-12, Bhaskara merupakan tokoh pertama untuk memikirkan kalkulus pembezaan, bersamaan dengan konsep-konsep terbitan, pekali pembezaan dan pembezaan.

Beliau juga membuktikan teorem Rolle (kes khas untuk teorem nilai min), mengkaji persamaan Pell, dan menyiasat terbitan fungsi sinus. Sejak abad ke-14, Madhava serta ahli-ahli matematik Pusat Pengajian Kerala yang lain

mengembangkan ideanya dengan lebih lanjut.

You might also like