Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

CARA-CARA UNTUK MENCERIAKAN KAWASAN SEKOLAH Pengenalan -Tempat belajar- menimba ilmu - kawasan sekolah yang kondusif akan

mempengaruhi pelajar menuntut ilmu dan menelaah pelajaran - menjaga kebersihan dan keindahan sekolah - berasa selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria. - Bak kata peribahasa, Hendak seribu daya, tak hendak dalih. - pihak sekolah perlu mengaturkan strategi yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah. Isi 1 - mengadakan program bergotong-royong - harus diadakan berkala untuk membersihkan kawasan sekolah. - perlu melibatkan seisi warga sekolah - memastikan setiap warga sekolah dapat bekerjasama untuk menjaga kebersihan sekolah. - kerja dapat disiapkan dengan cepat dan mudah, bak kata pepatah,yang berat sama dipikul, yang ringan sama dengan dijinjing. - Pada hujung minggu,pelajar sekolah boleh hadir untuk aktiviti gotong-royong. - Contohnya, pelajar dikehendaki memungut sampah atau membersihkan longkang. Isi 2 - mengadakan taman bunga di sekolah. - Program Sekolah dalam Taman patut diadakan dengan menanam pokok-pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau di kawasan sekolah - persekitaran sekolah lebih nyaman dan berudara segar. - pelajar-pelajar juga boleh membawa pokok bunga dari rumah untuk ditanam di kawasan sekolah - Landskap sekolah juga patut dilengkapi dengan kolam ikan dan gunung-gunungan serta pondok atau bebalai untuk membaca - lebih selasa dan minat untuk menuntut ilmu dalam persekitaran seperti taman daripada bangunan konkrit yang kaku. Isi 3 - pihak sekolah boleh mengecat bangunan semula. - boleh mencantikkan sekolah - Pelajar juga akan berasa seronok untuk datang ke sekolah yang berseri-seri - Cogan kata ada menyatakan , sekolahku syurgaku. - Dengan bantuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, pihak sekolah boleh menyediakan cat dan berus cat. - boleh bekerjasama bagai ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk mengecat pagar dan dinding bangunan sekolah. - Kelab atau persatuan kokurikulum juga digalakkan melukis di dinding sekolah. - melukis gambar landskap, pemandangan, lukisan dan corak serta cogan kata. - sekolah kelihatan lebih cantik dan lebih sesuai untuk belajar. Isi 4 - pertandingan kelas terbersih perlu diadakan setiap minggu. - setiap pelajar akan menjalankan tugas masing-masing untuk membersihkan kelas mereka, seperti mengelap cermin tingkap, menyapu lantai dan mengemaskan meja dan kerusi. - Guru bertugas harian akan memantau dan menilai kebersihan kelas setiap hari. - Kelas terbersih dan terkotor akan diumumkan dalam perhimpunan mingguan. - Kelas terbersih akan diberikan sijil penghargaan. - kelas terkotor perlu didenda untuk menjalankan pembersihan pada petang, seperti mencuci tandas dan kantin. - pelajar akan mengamalkan tabiat menjaga kebersihan dalam kehidupan sehari-harian mereka. Isi 5 sekolah juga perlu menjalankan Program 3K. Program 3K bermaksud mengutamakan Kebersihan, Keindahan dan Keselamatan. pihak sekolah perlu memastikan kawasan sekolah dalam keadaan yang bersih, indah dan selamat. pihak sekolah sentiasa mengadakan pemeriksaan dan penyeliaan dari semasa ke semasa. pihak Kementerian Pelajaran akan membuat pemantauan terhadap sekolah tersebut. pihak sekolah untuk memastikan program berjaya diadakan program 3K perlu diadakan di sekolah.

Kesimpulan - semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk menceriakan sekolah. - bersama-sama menjaga persekitaran sekolah supaya bersih dan ceria. - Peribahasa berat sama dipikul ringan sama dijinjing

You might also like