Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

Kajian Kes

Kerangka Teori Bagi Mengimplementasi Perubahan ICT Dalam Pendidikan

Jabatan Aplikasi Komputer & Jabatan Kurikulum dan Kokurikulum IAB Utara

1.0 Pengenalan

Kajian ini bertujuan untuk menyediakan satu kerangka teori bagi mengenal pasti faktor-faktor penting dalam mengimplementasi ICT disekolah. Melalui penyediaan kerangka teori ini, ia juga akan digunakan bagi melihat implementasi ICT secara keseluruhan dalam proses pengurusan sekolah sebagai faktor untuk meningkatkan perubahan.

2.0 Tinjauan literatur

Implementasi ICT untuk meningkatkan pengurusan sekolah dan pengajaran dan pembelajaran secara keseluruhannya telah menunjukkan banyak cabaran-cabaran yang perlu dihadapi dan ditangani. Sehingga kini penggunaan ICT dalam pengurusan serta pengajaran dan pembelajaran masih belum sampai ke tahap yang optimum. Ini menimbulkan persoalan bagaimana mengimplementasikan penggunaan ICT secara keseluruhannya terutamanya dalam menangani perubahan ? Tinjauan literatur menunjukkan beberapa pendekatan telah digunakan untuk mengenal pasti faktorfaktor yang membawa kepada implementasi ICT di sekolah. Terdapat kajian-kajian yang memberikan tumpuan kepada halangan-halangan untuk mengimplementasi ICT di sekolah. Sementara terdapat juga kajian-kajian yang memberikan tumpuan kepada faktor-faktor yang membawa kepada kejayaan penggunaan ICT. Beberapa kajian juga memberikan tumpuan kepada faktor luaran dan polisi kerajaan yang berhubung kait dengan ICT.

3.0 Pernyataan masalah

Kajian yang akan dijalankan adalah merupakan kajian kes yang akan berpandukan kepada kerangka teori seperti yang terdapat di dalam kebanyakan tinjauan literatur. Oleh kerana terdapat kekurangan dalam kajian-kajian lepas mengenai implementasi ICT dalan pengurusan maka amalan-amalan yang didapati di sekolah kajian akan digabungkan dengan kerangka teori bagi mendapatkan gambaran yang menyeluruh mengenai implementasi ICT dalam pengurusan.

A research done by the Faculty of Education, National University of Malaysia shows that only 23.9 percent of the teachers support the Smart School Project (Mohd Sani, 2000). The results are also in tandem with the research on instructional leadership and ICT literacy where only 24 percent of teachers for primary school perceived their superior are ICT literate and 29.4 percent for secondary school (Baharom Mohamad, 2002).

4.0 Objektif kajian

1. Menyediakan kerangka teori untuk menilai implementasi ICT dalam pendidikan daripada aspek-aspek pengurusan dan pentadbiran. 2. Mengenal pasti ciri-ciri yang mempengaruhi proses implementasi ICT di sekolah.

5.0 Metodologi

Kajian ini menggunakan pendekatan interpretif iaitu strategi kajian kes tunggal. Pendekatan pelbagai kaedah juga perlu digunakan bagi mendapatkan keseluruhan gambaran bagi proses implementasi ICT, ciri-ciri dan juga halangan-halangan ICT di sekolah. Data-data dikumpul pada peringkat individu, guru serta pandangan pemimpin sekolah diambil bagi mendapat gambaran menyeluruh.

6.0 Sampel

Kajian ini akan menggunakan guru-guru serta kumpulan pentadbir Sekolah Menengah Sin Min Sungai Petani sebagai sampel. Ini kerana sekolah ini mempunyai kemudahan dan penggunaan ICT dalam bidang pengurusan secara optimum.

7.0 Instrumen kajian Kajian ini akan menggunakan soal selidik, temu bual dan penelitian dokumen bagi mendapatkan data.

8.0 Analisis data Data akan dianalisis secara kualitatif melalui deskriptif dan coding process.

9.0 Dapatan

Kajian yang dijalankan telah menemubual enam orang staf sekolah ini dan hasil dapatan telah ditrankripsikan dan diproses dengan 539 kenyataan telah diperolehi. Data-data yang diproses berdasarkan data temubual dan soalan terbuka soal selidik. Daripada 539 kenyataan ini sebanyak 527 adalah kenyataan positif sementara 12 lagi adalah kenyetaan negatif berhubung dengan pengunaan ICT di sekolah. Data deskriptif telah diperolehi daripada soal selidik yang telah diedarkan kepada guru dan pemimpin sekolah. Sebanyak 70 salinan soal selidik telah dikembalikan. Dapatan responden secara deskriptif adalah sebanyak 70%. Berdasarkan dapatan kajian terdapat tujuh kategori yang dibahagikan kepada pengaruh luar, kriteria sekolah, etos, proses dalaman, sumber ICT, latihan ICT dan sokongan ICT. Setiap kategori kriteria, etos dan proses dalaman pula dibahagikan kepada sekolah secara umum dan kriteria sekolah yang berhubung dengan ICT. Rajah 1 menunjukkan ringkasan frekuensi kenyataan positif dalam setiap kategori.

Jadual 1. Bilangan kenyataan positif yang dikategori Kategori Pengaruh luar Kriteria Bilangan Komen 5 23 24 74 47 48 29 84 86 75 32

Etos

Proses Dalaman

Keseluruhan sekolah: Umum Keseluruhan sekolah: ICT Keseluruhan sekolah: Umum Keseluruhan sekolah: ICT Keseluruhan sekolah: Umum Keseluruhan sekolah: ICT Sikap staf

Sumber ICT Latihan ICT Sokongan ICT

Beberapa pandangan menyatakan sekolah memerlukan sokongan luar seperti PIBG Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah serta komitmen ibu bapa untuk memastikan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan sekolah berjaya. Ini dapat dibuktikan melalui 5 kenyataan yang telah diberikan oleh staf sekolah kajian. Kriteria sekolah secara umum seperti suasana yang kondusif, sikap murid dan guru juga menyumbang kepada penggunaan dan pengurusan ICT di samping terdapat kemudahan ICT sedia ada di sekolah ini. Etos sekolah menunjukkan terdapat sokongan yang bersungguh-sungguh daripada pihak pengurusan dan rakan sejawat (74 kenyataan) dan juga budaya menggunakan dan mementingkan ICT dalam pengajaran dan pengurusan sekolah. Kenyataan-kenyataan berhubung dengan proses dalaman seperti kepentingan penggunaan ICT semasa pengajaran dan pembelajaran, pengurusan sekolah dan penggunaan ICT untuk mendapatkan bahan-bahan pengajaran dan memudahkan pengurusan pentadbiran dan menjimatkan masa kerap dikemukakan oleh responden. Namun begitu mereka berpendapat sikap guru dan pemimpin sekolah adalah penting dalam proses menggunakan ICT semasa pengajaran dan pembelajaran serta urusan pentadbiran sekolah. Sikap positif adalah penting dalam membentuk budaya penggunaan dan implementasi ICT di sekolah. Kebanyakan responden menyatakan kemudahan peralatan ICT yang mencukupi serta boleh digunakan merupakan faktor yang penting dan utama dalam mewujudkan suasana dan budaya pengunaan ICT di sekolah. Bagi memenuhi tuntutan kaedah pengajaran kreatif dan kritis sekolah harus menyediakan peralatan yang mencukupi kepada guru dan murid. Ini dapat mengatasi masalah perkongsian perkakasan dan dapat menjimatkan masa penggunaan dan pencarian maklumat bagi penyediaan bahan bantu mengajar. Komen-komen berhubung dengan kekangan masa dalam penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran juga

dapat diatasi sekiranya terdapat peralatan yang mencukupi. Terdapat responden yang menjelaskan bahawa sekolah ini menyediakan kemudahan ICT yang lengkap dan mencukupi dalam bidang pengurusan dan pentadbiran sekolah . Kemudahan ini dapat menambahkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan sekolah. Terdapat pendapat responden yang menjelaskan kepentingan latihan dalaman bagi memantapkan kemahiran ICT dalam kalangan staf di sekolah (75 kenyataan). Staf di sekolah ini mendapat latihan kemahiran ICT yang diberikan oleh pemimpin sekolah sendiri. Namun begitu responden berpendapat bagi memantapkan pengunaan ICT dalam pengajaran dan pengurusan sekolah, sokongan teknikal harus diberikan bagi memantapkan lagi amalan penggunaan ICT di sekolah. Daripada dapatan ini tujuh kategori termasuk dalam kategori ciri sekolah secara umum, etos atau implementasi ICT dalam proses pengurusan dan pengajaran serta pembelajaran. Ciri-ciri yang tidak termasuk dalam tujuh kategori ini dikira sebagai ciri kriteria keseluruhan. Data-data daripada soal selidik juga diperolehi dan dapat memberikan petunjuk terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, keyakinan menggunakan ICT, sikap terhadap penggunaan ICT dan penggunaan ICT dalam konteks sekolah secara keseluruhan. Data-data deskriptif menunjukkan mean penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran adalah secara sederhana iaitu sebanyak 2.76. Ini

berdasarkan julat skor data deskriptif.. Keyakinan guru dan pihak pengurusan sekolah menggunakan ICT adalah pada tahap sederhana iaitu 3.61. Sikap guru dan pentadbir sekolah dalam penggunaan ICT secara keseluruhan adalah berada pada tahap tinggi iaitu 3.96 sementara ikap guru dalam penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran adalah pada tahap sederhana iaitu 3.62. Sikap terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan urusan pentadbbiran adalah pada tahap tinggi iaitu 3.85 dan

penggunaan ICT dalam konteks sekolah secara keseluruhan adalah pada tahap tinggi iaitu 3.92. Berdasarkan daripada data deskriptif soal selidik, temubual, pemerhatian dan penelitian dokumen sebagai kaedah triangulasi kajian maka satu kerangka teori dapat dihasilkan bagi menunjukkan faktor-faktor yang menyumbang kepada implementasi ICT dalam pengajaran dan pengurusan di sekolah. Kerangka ini mengandungi tiga lapisan iaitu faktor sekolah secara keseluruhan, proses implementasi dan ciri individu. Kajian ini tidak menunjukkan hubungan atau pengaruh antara faktor-faktor yang telah didapati. Kerangka ini juga tidak menunjukkan kepentingan mana-mana faktor yang telah dinyatakan dalam kajian ini.

Membina model daripada dapatan kajian ke dalam kerangka teori Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan faktor-faktor yang menyumbang kepada implementasi ICT berdasarkan kajian kes dan kerangka teori tinjauan literatur. Dapatan kajian digabungkan dengan kerangka teori tinjauan literatur bagi menentukan faktor yang sama dari segi kajian kes dan kerangka teori atau mana-mana factor yang tidak terdapat di dalam kerangka teori tetapi wujud dalam kajian kes atau sebarang kekurangan yang terdapat di dalam kajian kes tetapi wujud dalam kerangka teori. Gabungan dapatan ini merupakan sumbangan yang bermakna dalam kajian ini.

Penggunaan ICT Dalam P&P dan Pengurusan Individu


Proses dalaman Motivasi Staf Perancangan Dan Pengurusan

Proses Implementasi ICT Kriteria Keseluruhan Sekolah

Pengetahuan Kepimpinan Kemahiran

Kualiti Staf

Sikap Positif Terhadap ICT Percaya pada ICT Sokongan Dan Latihan Sokongan Dan Latihan

Pengaruh Persekitaran

Peruntukan Sumber

Budaya dan Etos

Rajah 1: Model Faktor Yang Mempengaruhi Implementasi ICT dalam Kajian Kes

Kriteria sekolah secara keseluruhan termasuklah: a. Kepimpinan yang mempengaruhi penggunaan ICT di sekolah. b. Budaya sekolah yang menggalakkan pembelajaran c. Staf yang bermotivasi d. Sikap yang positif dan proaktif terhadap peluang dan pengaruh luar e. Proses dalaman sekolah yang mantap.

Proses implementasi ICT termasuklah: a. Perancangan yang teliti dalam mengimplementasi ICT di sekolah. b. Peruntukan dan sumber-sumber ICT c. Latihan staf dan sokongan teknikal terhadap ICT di sekolah

Ciri Individu a. Sikap positif terhadap penggunaan ICT dan percaya serta yakin dalam menggunakan ICT. b. Kepentingan pengetahuan ICT dan kemahiran menggunakannya.

Dari segi kriteria keseluruhan sekolah dan proses implementasi ICT adalah jelas bagi kedua-dua model kajian dan kerangka teori literatur. Dari segi latihan staf dan sokongan teknikal untuk kemahiran ICT ianya lebih jelas dalam kajian kes berbanding dengan literatur. Namun begitu faktor individu merupakan faktor yang jelas dalam model kajian dan kerangka teori literatur. Dalam kajian kes kesuntukan masa menggunakan ICT oleh guru-guru merupakan masalah utama yang menjadi penghalang kepada penggunaan ICT secara maksimum dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian kes ini juga menunjukkan pengaruh dan kesungguhan pemimpin menggalakkan pengunaan ICT di kalangan staf dalam proses pengurusan dan pentadbiran sekolah. Kriteria ini juga jelas digambarkan dalam kerangka teori literatur. Dapatan kajian juga menunjukkan sekolah menggunakan peluang persekitaran luar seperti PIBG dan hubungan dengan komuniti dalam membentuk budaya ICT di sekolah. Ciri ini kurang jelas dipamerkan dalam kerangka teori.

10

10.0 Limitasi

Kajian ini merupakan kajian kes yang hanya dijalankan di sebuah sekolah. Oleh itu dapatan kajian ini tidak dapat digeneralisasikan kepada sekolah-sekolah lain di negeri Kedah.

11.0 Kesimpulan Kajian ini telah menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi implementasi ICT di sekolah. Dapatan kajian ini telah digabungkan dengan kerangka teori bagi mendapat gambaran secara menyeluruh bagi mewujudkan budaya ICT di sekolah serta menyediakan perancangan bagi memantapkan lagi penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah. Dapatan kajian boleh dijadikan panduan bagi kajian akan datang untuk mendapatkan pengaruh faktor-faktor implementasi dengan lebih mendalam dan terperinci.

11

Rujukan Baharom Mohamad. (2002). In Mohamad Sani Ibrahim & Mohd Jasmy Abd Rahman.. Pengetua dan pembestarian sekolah. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Nasional Pengurusan Kepimpinan dan Pendidikan di Hotel Pan Pacific pada 16 19 Disember 2002. Creswell, J.W. (2005). Educational research: Planning, conducting and evaluating qualitative and quantitative research. New Jersey: Pearson. Mohamad Sani Ibrahim & Mohd Jasmy Abd Rahman. (2002). Pengetua dan pembestarian sekolah. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Nasional Pengurusan Kepimpinan dan Pendidikan di Hotel Pan Pacific pada 16 19 Disember 2002.

Tearle, P. (2004). A theoretical and instrumental framework for implementing change in ICT in education. Cambridge Journal of Education 34 (3) 11.

12

You might also like