Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 50

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 1

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran


UNTUK PELAJAR SEKOLAH RENDAH & MENENGAH, MAHASISWA UNIVERSITI DAN DEWASA

MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN AL-HAFIZ

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 2

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 3

KAEDAH & TEKNIK MENGHAFAZ AL-QURAN MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN AL-HAFIZ 013-2223513 KAMPUNG SG. CHINCHIN GOMBAK

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 4

ISI KANDUNGAN
PRAKATA KEUTAMAAN DAN KELEBIHAN MEMBACA DAN MENGHAFAZ AL-QURAN PERTAMA KEDUA KETIGA KEEMPAT KELIMA KEENAM KETUJUH - (MEMPEROLEHI PETUJUK ALLAH) - (MEMPEROLEHI PERTOLONGAN ALLAH) - (PERUMPAMAAN PEMBACA & PENGHAFAZ AL-QURAN) - (DIUTAMAKAN UNTUK MENJADI KETUA) - (DIUTAMAKAN UNTUK MENGAJAR ILMU SYARIAT) - (AL-QURAN MENJADI SYAFAAT) - (IBU BAPA AKAN DIPAKAIKAN MAHKOTA DI SYURGA)

PARA PENGHAFAZ AL-QURAN DARIPADA KALANGAN SAHABAT SIKAP PENGHAFAZ AL-QURAN PERTAMA KEDUA KETIGA - (KEMAHUAN DAN AZAM) - (TAWAKKAL KEPADA ALLAH) - (RAJIN BERUSAHA)

PESAN PENTING SEBELUM MENGHAFAZ AL-QURAN PERTAMA KEDUA KETIGA KEEMPAT KELIMA - (MENGGUNAKAN HANYA SATU MUSHAF AL-QURAN) - (MENJAUHI MAKSIAT) - (MEMANFAATKAN MASA LAPANG) - (MEMBERI HADIAH DAN PENGHARGAAN) - (MENJAGA MAKAN DAN MINUM)

KAEDAH-KAEDAH MENGHAFAZ AL-QURAN PERTAMA KEDUA KETIGA KEEMPAT KELIMA KEENAM - (MENGHAFAZ SENDIRI) - (MENGHAFAZ BERSAMA SAHABAT) - (MENGHAFAZ BERSAMA GURU) - (MENGHAFAZ AL-QURAN SELEPAS SOLAT FARDHU) - (MENGHAFAZ AL-QURAN KETIKA CUTI) - (KAEDAH MEMAHAMI AYAT)

TEKNIK MENGULANGKAJI HAFAZAN AL-QURAN PERTAMA KEDUA KETIGA - (TEKNIK KITABAH) - (TEKNIK MERAKAM SUARA) - (TEKNIK MEMBACA DI DALAM SOLAT)

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 5

KEEMPAT KELIMA KEENAM

- (TEKNIK MENGULANGKAJI HAFAZAN SENDIRI) - (TEKNIK MENGULANGKAJI HAFAZAN BERSAMA ORANG LAIN) - (TEKNIK MENGULANGKAJI HAFAZAN AL-QURAN SELEPAS SOLAT FARDHU)

PENUTUP RUJUKAN BIODATA PENULIS

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 6

PRAKATA
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani Segala puji bagi Allah s.w.t. di atas segala limpah kurnia dan taufikNya yang telah mengizinkan siapnya buku ini yang bertajuk Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran. Al-Quran merupakan Kitab mukjizat yang terbesar yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad s.a.w. iaitu nabi terakhir sebagai cahaya dan panduan kepada manusia sekalian alam. Keagungan dan kebesaran Al-Quran dijamin daripada pemalsuan dan penyelewengan hingga hari kiamat. Salah satu cara Allah s.w.t. memelihara Al-Quran daripada penyelewengan dan pemalsuan ialah memudahkan ia dihafaz agar tersimpan di dada-dada penghafaz Al-Quran. Buku ini membicarakan beberapa kaedah dan teknik untuk menghafaz Al-Quran dan mengulangkaji hafazan Al-Quran. Kaedah dan teknik yang diberikan mudah untuk diikuti untuk segenap lapisan masyarakat Malaysia samada pelajar di sekolah rendah dan menengah, mahasiswa di universiti, dan orang dewasa. Kaedah dan teknik ini amat sesuai untuk dijadikan panduan kepada ibu bapa yang mahukan anak-anak menghafaz Al-Quran. Penulis ucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa penulis yang membesarkan penulis di dalam acuan Al-Quran dan menjadikan penulis mencintai Al-Quran. Tidak lupa juga kepada guru-guru penulis bermula dengan Mak Ngah Solehah, Ustaz Bukhari, Ustaz Hussein, Ustaz Shahzan Eizlan, dan ustaz serta ustazah yang pernah mengajar dan mendidik penulis dengan AlQuran. Jasa guru-guru penulis, penulis dahulukan dengan ucapan semoga Allah s.w.t. membalas jasa baik ustaz dan ustazah semua.

Sekian terima kasih.

Mohammad Hidir Baharudin Al-Hafiz Kampung Sg. Chinchin Gombak 1 Jun 2013

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 7

KEUTAMAAN DAN KELEBIHAN MEMBACA DAN MENGHAFAZ AL-QURAN1


Allah s.w.t. berfirman;

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; (29) Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya). (30) (Surah Fatir: 29-30) Berdasarkan ayat di atas, perniagaan dengan Allah s.w.t. yang tidak akan rugi ialah membaca Al-Quran, mengerjakan solat, dan mendermakan secara terbuka dan tersembunyi. Maka keuntungannya ialah syurga yang kekal abadi. Berikut merupakan beberapa kelebihan dan keutamaan membaca dan menghafaz AlQuran;

Pertama (Memperolehi Petujuk Allah)


Al-Quran merupakan sumber utama petunjuk Allah. Oleh itu, dengan membaca dan menghafaz Al-Quran akan membuka pintu utama kepada petunjuk Allah. Firman Allah;

Adab-Adab Bersama Al-Quran, Imam Nawawi, Pustaka Salam, 1997

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 8

Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu, menjadi petunjuk serta penawar bagi orangorang yang beriman. (Surah Fussilat: 44)

Petunjuk yang dimaksudkan ialah petunjuk kepada jalan yang lurus yakni Islam. Petunjuk inilah yang dilalui oleh para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin. Kita memohonnya tidak kurang daripada 17 kali di dalam solat fardhu 5 kali sehari semalam dengan membaca firman Allah;

Tunjukkanlah aku jalan yang lurus. (Surah Al-Fatihah: 5)

Justeru itu, petunjuk kepada Islam akan diperolehi apabila kita membaca dan menghafaz Al-Quran.

Kedua (Memperolehi Pertolongan Allah)


Al-Quran merupakan Kitab yang mudah dibaca, difahami, diambil pelajaran dan peringatan dan dihafaz.

Firman Allah;

(Surah Al-Qamar: 17) Imam Al-Qurtubi (w.671H) menafsirkan ayat ini sabagai, Maksudnya, Kami (Allah) telah memudahkan Al-Quran untuk dihafaz dan Kami membantu orang yang ingin menghafaznya. Lalu, adakah orang yang memohon agar ia dapat menghafaz Al-Quran masih ragu kerana dia akan dibantu dalam usahanya itu? Kerana itu kita melihat ribuan malahan jutaan orang Islam yang terdiri daripada kanakkanak yang belum baligh atau yang sudah dewasa atau mereka berbangsa Arab atau selain Arab menghafaz Al-Quran. Ini disebabkan Allah membantu mereka menghafaz Al-Quran untuk

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 9

menjaga Al-Quran daripada diubah perkataannya atau diseleweng maknanya atau dilenyapkan isinya. Firman Allah;

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. (Surah Al-Hijr: 9)

Diantara sarana menjaga Al-Quran adalah dengan terbentuknya generasi menghafaz AlQuran di setiap zaman.

Firman Allah;

Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata). (Surah Fatir: 32) Ayat ini khusus kepada umat Nabi Muhammad s.a.w keseluruhannya. Ini tidak hanya terhad kepada para penghafaz Al-Quran akan tetapi kepada sesiapa sahaja yang beriman dengan Al-Quran. Dan sarana utama beriman dengan Al-Quran ialah dengan membaca dan menghafaz.2 Justeru itu Al-Quran tidak dapat tidak dibaca dan dihafaz sebagai tanda beriman dengannya.

Ketiga (Perumpamaan Pembaca & Penghafaz Al-Quran)

Kitab Al-Furqan, Syeikh Islam Ibn Taimiyah, Akbar Media Eka Sarana, 2008

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 10

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud; Pelajarilah Al-Quran dan bacalah ia. Sesungguhnya perumpamaan Al-Quran bagi orang yang mempelajarinya lalu dia membacakannya seperti kantong kulit yang diisi minyak kasturi yang aromanya menyebar ke setiap penjuru. Sesiapa yang mempelajarinya lalu dia tidur seperti kantong kulit yang diikatkan kepada minyak kasturi. Rasulullah s.a.w. bersabda;

Sesungguhnya orang yang di dalam dirinya tidak ada sedikit pun Al-Quran seperti rumah yang roboh.3 Rasulullah s.a.w. bersabda;

Orang mukmin yang membaca Al-Quran umpama citron. Baunya harum dan rasanya lazat. Orang mukmin yang tidak membaca Al-Quran umpama kurma. Ia tidak mempunyai bau tetapi rasanya sedap. Orang munafiq yang membaca Al-Quran umpama raihanah. Baunya sedap tetapi rasanya pahit. Orang munafiq yang tidak membaca Al-Quran umpama petola. Ia tidak mempunyai bau dan rasanya pahit.4 Rasulullah s.a.w. bersabda;

Orang yang membaca Al-Quran dan dia mahir membacanya maka dia akan bersama dengan malaikat safarah yang menghitung amalan kebaikan lagi yang berbuat kebajikan. Manakala orang
3 4

HR Tirmizi HR Bukhari dan Muslim

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 11

yang membaca Al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap dan sukar maka dia akan memperolehi dua pahala.5 Rasulullah s.a.w. bersabda;

Sebaik-baik kamu ialah sesiapa yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain.6 Rasulullah s.a.w. bersabda;

Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah maka dia akan memperolehi satu kebaikan. Satu kebaikan akan digandakan dengan sepuluh kali ganda. Aku tidak menyatakan bahawa Alif Lam Mim satu huruf. Tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, dan mim satu huruf. 7 Umar Al-Khattab r.a. berkata;

Sesungguhnya Allah Taala meninggikan darjat beberapa golongan dan merendahkan darjat beberapa golongan yang lain kerana perkataan ini (Al-Quran).8 Iaitu mengangkat darjat sesiapa yang beriman dengannya iaitu membaca, menghafaz, dan mengamalkannya. Yang sebaliknya maka mereka direndahkan darjat mereka.

Keempat (Diutamakan Untuk Menjadi Ketua)


5 6

HR Bukhari dan Muslim HR Bukhari 7 HR Tirmizi Hasan Sahih 8 HR Muslim

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 12

Rasulullah daripada orang lain. 9

s.a.w.

menghormati

orang-orang

yang

menghafaz

Al-Quran

dan

mengajarkannya, menempatkan mereka pada kedudukan tersendiri dan melebihkan mereka

Rasulullah s.a.w. bersabda;

Orang-orang Islam hendaklah diimamkan oleh orang yang paling banyak membaca Al-Quran10 Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. mengirim beberapa orang utusan yang jumlahnya cukup banyak. Lalu baginda memeriksa hafazan Al-Quran mereka satu persatu. Baginda tiba pada salah seorang diantara mereka yang paling muda usianya. Baginda bertanya, Apa yang engkau hafalkan wahai Fulan.. Orang itu menjawab, Aku hafaz ini dan itu serta Surah Al-Baqarah. Baginda bertanya sekali lagi, Apakah engkau hafaz Surah Al-Baqarah?. Orang itu menjawab, Benar. Baginda bersabda, Pergilah dan Engkau adalah pemimpin rombongan ini. Seorang yang lebih dihormati dikalangan mereka berkata, Demi Allah, tidak ada yang menghalangiku untuk menghafaz Surah Al-Baqarah melainkan kerana aku takut tidak mampu melaksanakan isinya. Dalam waktu yang lain, Rasulullah s.a.w. mengebumikan terlebih dahulu sahabat yang lebih banyak menghafaz Al-Quran yang mati syahid ketika perang Uhud. Bahkan hal ini diikuti oleh para sahabat. Abdullah bin Abbas r.a. berkata: Para pembaca Al-Quran menjadi ahli-ahli mesuarat Umar Al-Khattab. Mereka terdiri daripada orang-orang tua dan para pemuda.11

Kelima (Diutamakan Untuk Mengajar Ilmu Syariat)

Bagaimana Berinteraksi Dengan Al-Quran, Dr. Yusuf Al-Qaradawi, Pustaka Al-Kautsar, 2006 HR Muslim 11 HR Bukhari
10

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 13

Rasulullah s.a.w. biasa mengutus pembaca dan penghafaz Al-Quran diantara para sahabat untuk mengajarkan kewajiban-kewajiban Islam dan adab-adab kerana yang membaca dan menghafaz Al-Quran lebih mampu melaksanakan tugas itu. Diantara mereka adalah 70 orang sahabat yang mati syahid di Perang Bir Maunah kerana dikhianati orang-orang kafir. Antara sahabat yang dikenali dalam sejarah Islam ialah Musab Umair r.a.. Beliau dihantar ke Madinah oleh Nabi s.a.w. selepas Perjanjian Aqabah untuk mengajarkan ilmu syariat. Ditangannya penduduk Madinah memeluk Islam. Mereka yang memeluk Islam seperti Saad bin Muaz r.a. dan Usaid bin Hudhair r.a. menjadi pembela Nabi s.a.w. hasil didikan Al-Quran. Hal ini diikuti oleh para salafus soleh selepas kewafatan Nabi s.a.w. Contohnya seperti yang diriwayatkan oleh Al-Walid bin Muslim. Dia menceritakan kepada kami, dia berkata, Dahulu ketika kami berada di majlis (Imam) Al-Auzai (w.161H), beliau melihat terdapat penuntut ilmu yang baru (dalam masjlis ilmunya). Beliau bertanya, Hai anak muda, apakah engkau mampu membaca Al-Quran? Tatkala orang itu menjawab, Ya, Al-Auzai berkata, Jika begitu bacalah;

Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu... Orang itu menjawab, Saya belum hafaz.. Al-Auzai berkata, Pergilah dan pelajarilah (hafazlah) Al-Quran sebelum engkau menuntut ilmu.

Keenam (Al-Quran Menjadi Syafaat)


Sesungguhnya setiap orang yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhirat pasti memerlukan pembela di hari akhirat. Ini adalah kerana tiada seorang pun diantara orang yang beriman yakin bahawa dia akan mengharungi nasib yang baik ketika di hari akhirat.

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 14

Diantara pembela yang paling utama ialah Al-Quran. Rasulullah s.a.w. bersabda;

Bacalah Al-Quran. Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat untuk membela pembacanya.12

Sebagai pembela di dalam kubur, Nabi s.a.w. bersabda;

Surah Tabarak (Al-Mulk) adalah penghalang daripada azab kubur.13 Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa Allah s.w.t. berfirman;

Sesiapa yang disibukkan oleh Al-Quran dan mengingatiKu daripada membuat permintaan kepadaKu, maka Aku akan memberikan kepadanya sesuatu yang terbaik yang Aku berikan kepada mereka yang meminta. (Nabi s.a.w. menyambung), Kelebihan Kalam Allah terhadap sekalian Kalam adalah umpa ma kelebihan Allah terhadap sekalian makhluknya. 14 Rasulullah s.a.w. bersabda;

Dikatakan kepada ahli Al-Quran, Baca dan meningkatlah (darjatmu). Bacalah sebagaimana engkau membaca di dunia. Sesungguhnya kedudukan engkau adalah pada ayat terakhir yang engkau baca.15 Rasulullah s.a.w. bersabda;

12 13

HR Muslim HR Ahmad, Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah, Al-Hakim Al-Hakim mensahihkan dan dipersetujui oleh Imam AzDzhabi. Syeikh Al-Albani menghasankan. 14 HR Tirmizi Hasan 15 HR Abu Daud, Nasai, Tirmizi Hasan Sahih

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 15

Bacalah Al-Quran. Sesungguhnya Allah Taala tidak akan mengazab hati yang menyimpan AlQuran. Sesungguhnya Al-Quran ialah hidangan Allah. Sesiapa yang memasukinya, maka dia berada dalam keadaan aman. Sesiapa yang mencintai Al-Quran maka bergembiralah. 16

Ketujuh (Ibu Bapa Akan Dipakaikan Mahkota Di Syurga)


Satu kelebihan daripada membaca, menghafaz, dan beramal dengan Al-Quran ialah, ibu dan bapa akan beroleh darjat yang tinggi yang berupa mahkota yang akan dikurniakan oleh Allah pada hari akhirat. Rasulullah s.a.w. bersabda;

Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terdapat di dalamnya, Allah akan memakaikan kedua ibu bapanya satu mahkota pada hari kiamat. Cahaya mahkota tersebut lebih indah daripada cahaya matahari terhadap rumah-rumah yang terdapat di dunia. Maka apakah pandangan kamu tentang balasan yang akan diperolehi oleh orang yang sendiri membacanya?.17

16 17

HR Darimi HR Abu Daud

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 16

PARA PENGHAFAZ AL-QURAN DARIPADA KALANGAN SAHABAT


Al-Bukhari (w.125) meriwayatkan daripada Qatadah (w.141H), dia berkata, Aku pernah bertanya kepada Anas bin Malik r.a. tentang orang-orang yang hafaz Al-Quran (30 Juzuk) pada masa Rasulullah s.a.w. Dia menjawab, Mereka ada empat orang yang semuanya daripada kalangan Ansar, iaitu Muaz bin Jabal r.a., Ubay bin Kaab r.a. Zaid bin Tsabit r.a., dan Abu Zaid r.a. Dalam riwayat lain daripada Anas, dia berkata, Rasulullah s.a.w. wafat dan tidak ada yang hafaz Al-Quran kecuali empat orang sahaja, iaitu Abu Darda r.a., Muaz bin Jabal r.a., Zaid bin Tsabit r.a., dan Abu Zaid r.a. Penyebutan empat orang sahabat Ansar ini tidak menafikan bahawa sahabat lain juga menghafaz Al-Quran. Segolongan imam menakwilkan perkataan Anas bin Malik r.a. ini bahawa beliau mengucapkan sebatas yang beliau ketahui. Ini adalah kerana, di dalam riwayat lain daripada Imam Bukhari dan Imam Muslim (w.271H), diceritakan bahawa 70 sahabat yang mati syahid di Bir Maunah semuanya digelar Qurra iaitu ahli A l-Quran, pembaca dan penghafaz AlQuran. Imam Qurtubi berkata dalam menjelaskan perkataan Anas bin Malik r.a. menyebut, Sewaktu Perang Yamamah ada tujuh puluh orang penghafaz Al-Quran yang terbunuh. Jumlah yang sama juga terjadi di Bir Maunah. Anas meng khususkan pada empat orang kerana dia terlalu erat dengan mereka sehingga dia membayangkan bahawa hanya empat orang sahaja yang menghafaz Al-Quran dan tidak tahu yang lain. Imam Ibn Hajar Al-Asqalani (w.852H) berkata, Yang dapat disimpulkan daripada beberapa hadis yang diketahui bahawa Abu Bakar r.a. juga menghafaz Al-Quran pada masa Rasulullah s.a.w. Di dalam As-Sahih disebutkan bahawa beliau membangunkan tempat khusus untuk solat di serambi rumah beliau dan biasa membaca AL-Quran di tempat itu. Beliau menghafaz setiap kai terdapat ayat yang diturunkan Kemudian Ibn Hajar melanjutkan, Disebutkan dalam As-Sahih, Yang menjadi imam adalah yang paling banyak menghafaz AlQuran. Maka Rasulullah s.a.w. menunjuk Abu Bakr sebagai imam untuk Muhajirin dan Ans ar.

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 17

Hal ini menunjukkan bahawa Abu Bakr r.a. adalah orang yang paling banyak menghafaz AlQuran daripada mereka. Imam Abu Daud r.a. (w.275H) menyebut, Ada lima orang daripada kalangan Ansar yang menghafaz Al-Quran semasa zaman Rasulullah s.a.w. Mereka ialah Muaz bin Jabal r.a., Ubadah bin Shamit r.a., Ubay bin Kaab r.a., Abu Darda, dan Abu Ayyub Al-Ansory. Abu Ubaid menyebut di dalam bukunya Al-Qiraat bahawa yang menghafaz Al-Quran daripada kalangan sahabat Muhajirin ialah empat khalifah r.a., Thalha h r.a., Saad, Ibn Masud, Hudzaifah r.a., Salim r.a., Abu Hurairah r.a., Abdullah bin As-Saib, Abdalah r.a., Aisyah r.a., Hafsah r.a. dan Ummu Salamah r.a. Adapun daripada kalangan Ansar ialah Ubadah bin Shamit r.a., Muaz r.a., Majma bin Jariyah r.a., Fadhalah bin Ubaid r.a., dan Maslamah bin Mukhallad r.a. Abu Ubaid menjelaskan bahawa sebahagian yang lain menamatkan hafazan Al-Quran selepas kewafatan Nabi s.a.w.18

18

Bagaimana Berinteraksi Dengan Al-Quran, Dr. Yusuf Al-Qaradawi, Pustaka Al-Kautsar, 2006

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 18

SIKAP PENGHAFAZ AL-QURAN


Penulis simpulkan terdapat tiga sikap utama yang mesti wujud dan diamalkan oleh penghafaz Al-Quran. Sikap ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memastikan kejayaan hafazan dan pengamalannya.

Pertama (Kemahuan Dan Azam)


Menjadi satu perkara yang utama sebelum menghafaz Al-Quran ialah kemahuan dan azam untuk menghafaz Al-Quran ikhlas kerana Allah s.w.t.. Kemahuan dan azam ini mesti terbit daripada diri sendiri. Jika ibu bapa yang mahukan anak-anak menghafaz Al-Quran, ibu bapa haruslah membina minat dan kemahuan di dalam diri anak-anak. Allah berfirman;

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. (Surah Ar-Rad: 11) Allah berfirman;

Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. (Surah Ali-Imran: 159) Bermaksud, kemahuan dan azam untuk mengubah diri sendiri mesti datang daripada diri sendiri terlebih dahulu, bertawakkal, dan selepas itu akan datanglah pertolongan Allah.

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 19

Kedua (Tawakkal Kepada Allah)


Petunjuk dan kekuatan menghafaz Al-Quran itu datangnya daripada Allah. Al-Quran itu milikNya dan Dia juga yang memberi petunjuk dan kekuatan untuk menghafaznya kepada sesiapa yang Dia hendaki. Firman Allah;

Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul. (28) Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam. (29) (Surah AtTakwir) Maka dengan itu, sesiapa yang mahu menghafaz Al-Quran atau ibu bapa yang mahu anakanak menghafaz Al-Quran, perlulah memanjatkan permohonan kepada Allah. Mintalah supaya Allah membuka hati supaya mudah menghafaz Al-Quran. Niatkan semenjak anak itu di dalam kandungan untuk jadikan dia sebagai penghafaz Al-Quran.

Ketiga (Rajin Berusaha)


Sikap rajin ini adalah pelengkap kepada dua sikap di atas. Penghafaz Al-Quran mesti rajin berusaha untuk menamatkan hafazan Al-Quran mereka, mengekalkan ingatan hafazan Al-Quran mereka, dan mengamalkan hafazan Al-Quran mereka. Apa sahaja kaedah atau teknik yang digunakan untuk menghafaz, jika tidak disertai dengan sikap rajin, maka kaedah atau teknik akan tinggal tidak berfaedah. Kaedah dan teknik itu hanya sebagai petunjuk jalan maka penghafaz Al-Quranlah yang mesti berjalan berusaha mengikut petunjuk jalan. Allah s.w.t. berfirman;

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 20

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. (Surah Al-Ankabut: 69)

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 21

Pesan Penting Sebelum Menghafaz Al-Quran


Pertama (Menggunakan Hanya Satu Mushaf Al-Quran)
Iaitu hanya menggunakan satu mushaf Al-Quran ketika menghafaz Al-Quran. Mushaf ini jangan ditukar hingga tamat hafazan Al-Quran. Sebaiknya, mushaf ini tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar. Jika terlalu kecil, ia akan menyukarkan bacaan dan hafazan. Jika terlalu besar, ia akan menyukarkan untuk dibawa ke sana ke sini. Daripada pengalaman penulis, saiz yang terbaik ialah lebih kurang 24cm x 20cm (panjang x lebar).

Menggunakan mushaf Al-Quran yang sama dan yang besar tulisannya akan membantu hafazan daripada sudut visual. Ini bermaksud, selepas menghafaz ayat-ayat Al-Quran daripada mushaf yang sama, penghafaz Al-Quran akan terbayang-bayang helaian muka surat dan kedudukan ayat-ayat Al-Quran yang dihafaz. Ini tentunya memudahkan hafazan.

Kedua (Menjauhi Maksiat)


Maksiat membuahkan dosa dan dosa menggelapkan hati. Setiap kali anak Adam melakukan dosa, maka setiap kali akan tumbuh titik hitam pada hatinya. Jika dia bertaubat, maka akan hilang titik hitam di hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan bertambah dan akhirnya akan menutup hati. Kata Imam Waki bin Jarrah (w.197H), guru kepada Imam Syafii (w.204H);

Kerana ilmu itu cahaya dan cahaya tidak akan menerangi orang yang membuat maksiat Oleh kerana itu, menghafaz ketika kecil adalah lebih kuat kerana masih suci daripada dosa yang menggelapkan hati. Sebaliknya apabila sudah dewasa dan dosa telah banyak dilakukan, menghafaz akan menjadi semakin sukar. Kata cerdik pandai, manghafaz ketika kecil adalah seperti mengukir di batu sebaliknya menghafaz ketika dewasa seperti menulis di atas air.

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 22

Dan semua akui tiada manusia yang terlepas daripada kesilapan dan maksiat. Sabda Nabi s.a.w.;

Setiap anak Adam melakukan kesalahan. Sebaik -baik yang melakukan kesalahan ialah yang bertaubat.19 Akan tetapi hal ini sudah ditunjukkan oleh bapa manusia, iaitu Nabi Adam a.s. Beliau diciptakan dan beliau melakukan kesalahan. Selepas itu beliau bertaubat dengan berkata;

Mereka berdua merayu: Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan

kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi. (Surah Al-Araf: 23)

Maka penulis berkata hendaklah kita orang dewasa jika mahu kekal menghafaz atau baru hendak mula menghafaz bertaubat daripada dosa-dosa yang telah kita kerjakan.

Kerana dosa itu mudah didapati dan sedap dikerjakan, maka kita perlu merancang. Sebagai contoh ialah dosa menonton televisyen. Maka hendaklah kita merancang untuk diri kita dan anak-anak kita. Rancangannya ialah tidak menonton rancangan yang berbentuk maksiat seperti nyanyian, tarian, dan filem yang tidak bermanfaat. Boleh juga ditambah dengan menyediakan jadual menonton televisyen untuk mengurangkan jumlah masa yang dilalaikan akibat menonton televisyen. Hal ini boleh dilakukan jika mahu. Juga buku dan majalah yang tidak bermanfaat. Belilah buku dan majalah yang bermanfaat yang mengarah kita mengingati Allah dan hari akhirat. Allah s.w.t berfirman;

19

HR Tirmizi - Hasan

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 23

Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh - (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, - merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya. (Surah Al-Araf: 42)

Ketiga (Memanfaatkan Masa Lapang)


Iaitu memanfaatkan masa lapang dengan membaca, menghafaz, dan memahami AlQuran. Beberapa masa yang penulis yakini kita perlu ubah untuk Al-Quran.

1.

Ketika Hujung Minggu Dan Cuti Am Manfaatkan masa hujung minggu dan cuti am untuk Al-Quran. Ibu bapa mesti

menunjukkan kepada anak-anak untuk manfaatkan masa dengan Al-Quran dengan mengajak anak-anak membaca, menghafaz, dan memahami kandungan Al-Quran. Jika ibu bapa tidak mampu, maka ibu bapa boleh menghantar anak-anak menghadiri kelas-kelas Al-Quran atau menjemput ahli-ahli Al-Quran untuk datang ke rumah mengajarkan Al-Quran. Untuk mahasiswa universiti, penulis cadangkan mahasiswa universiti lapangkan masa di kelas-kelas yang dianjurkan untuk belajar Al-Quran. Jika mampu, luangkan masa sendiri di masjid untuk belajar dan mengkaji Al-Quran. 2. Dalam kenderaan Iaitu dengan mendengar dan menghafaz Al-Quran. Dewasa ini, terlalu banyak masa dihabiskan di dalam kenderaan samada persendirian atau awam kerana kesesakan dan perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain. Oleh itu, saya cadangkan supaya masa yang terluang di dalam kenderaan dipenuhi dengan mendengar dan menghafaz Al-Quran. Caranya mudah. Sediakan bacaan Al-Quran daripada pembaca Al-Quran terkenal. Manfaatkan gajet elektronik untuk Al-Quran. Ketika di dalam kenderaan, mainkan bacaan surah

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 24

yang menjadi pilihan. Penulis menasihatkan bahawa surah itu bukan daripada surah-surah panjang seperti Surah Al-Baqarah, Surah Ali Imran, Surah An-Nisa, Surah Al-Maidah, Surah Al-Anam, Surah Al-Araf, dan Surah At -Taubah. Penulis mencadangkan surah-surah itu haruslah surah-surah pendek dalam Juz Amma, surah-surah dalam Juzuk 29, dan surah-surah dalam Juzuk 28. Jika di kenderaan awam, penulis cadangkan agar dipakai memakai alat mendengar daripada telinga. Dengan izin Allah, kenderaan akan bertambah selamat dan dipenuhi rahmat. Segala puji bagi Allah, seorang sahabat penulis pernah menceritakan bahawa beliau pernah membaca Surah Yasin dan satu juzuk Al-Quran daripada perjalanan dari Kemaman ke Gombak. Allah s.w.t. berfirman;

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr: 1-3)

3.

Antara Kelas Pengajian Di Universiti Hal ini adalah untuk mahasiswa universiti. Kerana terdapat selang waktu antara kelas,

maka penulis cadangkan untuk manfaatkan selang waktu itu dengan Al-Quran. Ini adalah lebih baik daripada menghabiskan selang waktu itu duduk bersembang di kafe.

Keempat (Memberi Hadiah Dan Penghargaan)


Menjadi sesuatu yang tidak asing lagi untuk guru dan ibu bapa memberi motivasi dan membangkitkan semangat pelajar atau anak-anak dengan memberi hadiah dan penghargaan jika pelajar atau anak-anak itu memperolehi kejayaan dalam pembelajaran mereka. Maka dengan itu, dalam proses menghafaz Al-Quran, saya cadangkan kepada guru dan ibu bapa, agar memberi hadiah dan penghargaan kepada pelajar atau anak-anak jika mereka berjaya menghafaz Al-Quran.

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 25

Hadiah dan penghargaan boleh diberi mengikut surah atau juzuk. Sebagai contoh, jika pelajar atau anak-anak berjaya menghafaz Surah Al-Kautsar, maka guru sekeping sijil kerana kejayaan itu. Jika anak-anak berjaya menghafaz Surah An-Naba, maka ibu bapa memberi RM5 kerana kejayaan itu. Atau jika anak-anak berjaya menghafaz Surah Al-Insan, maka ibu bapa akan belikan sehelai baju baru.

Hadiah dan penghargaan ini pastinya akan memberi motivasi dan membangkitkan semangat kepada palajar dan anak-anak menghafaz Al-Quran. Ingatlah bahawa nilai hadiah dan penghargaan itu adalah sedikit dan ia merupakan pelaburan akhirat guru dan ibu bapa.

Kelima (Menjaga Makan Dan Minum)


Amatlah penting untuk penghafaz Al-Quran menjaga makan dan minumnya. Ini adalah kerana makanan haram yang dimakan akan menjadi sebab hati menjadi keras dan doanya tertolak. Maka akan menjadi susah menghafaz dan mengingati Al-Quran.

Penulis mencadangkan supaya dihadkan jumlah makanan yang dimakan. Makan dan minumlah sekadarnya untuk terus hidup. Janganlah makan dan minum kerana nafsu. Takut ia memberi kesan pada hati. Kata Imam Ibnu Jamaah, Banyak makan membuatkan seseorang itu banyak minum yang akan mengakibatkan seseorang itu banyak tidur. Banyak tidur membuatkan membuatkan seseorang itu bebal, lemah fikiran, pancaindera, dan malas anggota badan. Sifat malas ini yang tidak diingini syariat.20 Juga penulis cadangkan supaya mengamalkan memakan habbatus sauda, atau madu, atau kismis dan meminum air zam-zam.

20

Yahya bin Abdurrazzaq Al-Ghautsani, Kaifa Tahfazul Quran Al-Karim, Pustaka Imam Asy-Syafii, 2010

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 26

Imam Az-Zuhri (w.125H) berkata, Minumlah madu kerana madu sangat baik untuk proses menghafaz.21 Al-Hasyimi berkata, Siapa sahaja yang ingin menghafaz hadis (juga Al-Quran), maka hendaklah dia memakan kismis. 22

Nabi s.a.w. bersabda;

Air zam-zam sesuai dengan niat ketika meminumnya. 23

Maka makanlah dan minumlah dengan niat agar Allah memberi kekuatan akal dan jiwa menghafaz Al-Quran. Dengan izin Allah, makanan dan minuman sunnah ini akan membantu dalam proses hafazan Al-Quran.

21 22

Ibid Ibid 23 HR Ibn Majah Disahih oleh Al-Albani

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 27

Kaedah-Kaedah Menghafaz Al-Quran


Berikut merupakan kaedah-kaedah menghafaz Al-Quran yang mashsyur dan mudah dilakukan. Kaedah-kaedah ini akan menampakkan hasilnya jika ia dilakukan mengikut turutan yang betul dan dilakukan secara berterusan. Dalam erti kata yang lain, hasilnya tidak akan diperolehi jika tidak disertai dengan sifat sabar dan istiqamah.

Kaedah-kaedah ini bertujuan memberi bimbingan dan idea kepada penghafaz Al-Quran samada yang baru memulakan langkah hafazan atau yang sudah lama dengan hafazan Al-Quran. Kaedah-kaedah ini mungkin memiliki persamaan, akan tetapi tujuannya adalah sama.

Kaedah Pertama (Menghafaz Sendiri)


Ini adalah kaedah yang paling ideal untuk penulis berdasarkan pengalaman peribadi penulis. 24 1. Mempersiapkan tempat khas untuk menghafaz Al-Quran. Ini untuk memastikan tumpuan ketika menghafaz Al-Quran terjaga.

I. II. III.

Pastikan suhu tempat itu tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Pastikan tempat itu tenang, senyap dan tidak bisang. Jika menghafaz di meja, penulis lebih suka jika meja itu menghadap ke dinding bercat putih. Bertambah baik jika penghafaz Al-Quran menghadap ke dinding terus kearah kiblat.

2.

Membetulkan dan melancarkan bacaan ayat-ayat Al-Quran yang ingin dihafaz dengan menggunakan intonasi suara yang sama. Ayat-ayat Al-Quran yang dibaca betul dan lancar akan lebih mudah dihafaz. Ini adalah kerana ayat-ayat Al-Quran diturunkan Allah

24

Kaedah Hafazan Al-Quran, Darul Quran Jakim, 2008

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 28

dengan lafaz yang mudah dibaca dan dihafaz. Maka jika tersalah dalam bacaan, lafaznya akan berubah dan akan menyukarkan hafazan.

3.

Merutinkan membaca ayat-ayat Al-Quran yang ingin dihafaz menggunakan intonasi suara yang sama. Ini dilakukan selepas ayat-ayat Al-Quran dapat dibaca dengan betul dan lancar. Berdasarkan pengalaman peribadi penulis, penulis membaca setiap hari ayatayat Al-Quran yang penulis ingin hafaz selama tujuh hingga sepuluh hari sebelum hari ayat-ayat Al-Quran itu dihafaz. Hafazan akan lebih mudah dan lancar jika ayat-ayat AlQuran yang ingin dihafaz dibaca lebih lama. Jangan terleka dengan suara sendiri ketika membaca Al-Quran dengan melagukan bacaan berlebih-lebihan dan meninggikan suara. Cukuplah sekadarnya.

4.

Mula dengan aktiviti hafazan menggunakan intonasi suara yang sama seperti di atas. Bacalah ayat pertama yang ingin dihafaz berulang-ulang kali sehingga terlekat di dada. Ketika bacaan itu, pusatkan pandangan mata anda ke ayat itu. Jangan lemparkan pandangan mata anda ke sana dan ke sini.

5.

Kosongkan fikiran anda, tutup mata dan ulang bacaan ayat. Ketika itu, mushaf Al-Quran belum lagi ditutup. Jika anda ragu-ragu atau terlupa, lihat kembali mushaf Al-Quran.

6.

Selepas anda merasai bahawa bacaan ayat pertama itu lancar, baca kembali ayat itu dengan mata terbuka. Perhatikan sekali lagi, ditakuti jika masih ada kesilapan pada bacaan.

7.

Tutup mushaf Al-Quran dan baca ayat itu berulang-ulang. Setelah selesai ayat pertama, beralih kepada ayat kedua. Jika perlu, tutup ayat pertama dengan kertas putih ketika menghafaz ayat seterusnya.

8.

Anda lakukan kembali langkah 4 hingga 7 pada ayat kedua.

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 29

9.

Sekarang ialah menyambung ayat pertama dan kedua. Buka mushaf dan perhatikan penghujung ayat pertama dan awal ayat kedua. Kemudian, hujung ayat pertama dibaca dengan terus menyambungkan ke awal ayat kedua tanpa berhenti terlebih dahulu. Anda dinasihatkan menggunakan intonasi suara yang sama supaya tidak terkeliru kerana hafazan anda belum cukup kuat.

10.

Jika ayat yang ingin dihafaz itu panjang, anda dinasihatkan membahagi kepada beberapa bahagian yang lebih memudahkan anda.

11.

Anda juga dinasihatkan membahagikan satu halaman Al-Quran kepada tiga atau empat bahagian. Ini bermaksud, anda menumpukan hafazan pada bahagian pertama sehingga betul-betul lancar, kemudian barulah anda beralih kepada bahagian kedua dan seterusnya.

12.

Anda boleh bertanya kepada guru-guru yang berpengalaman dalam menghafaz Al-Quran jika masih terdapat kekaburan.

Kaedah Kedua (Menghafaz Bersama Sahabat)


Kaedah ini memerlukan penghafaz Al-Quran mencari sahabat yang baik yang mempunyai keinginan yang tinggi menghafaz Al-Quran. Jika tersalah pilih sahabat, maka proses hafazan hanya akan terhenti di tengah jalan. Akan tetapi, jika betul sahabat yang dipilih, hafazan akan menjadi lebih cepat. Beberapa langkah yang penulis cadangkan; 1. Mempersiapkan tempat khas untuk menghafaz Al-Quran. Ini untuk memastikan tumpuan ketika menghafaz Al-Quran terjaga.

I.

Elakkan menghafaz di tepi laluan jalan seperti di sebelah pintu masjid atau di kaki lima kelas. Ini akan menggagalkan proses hafazan kerana sahabat-sahabat lain yang tidak mempunyai keinginan menghafaz akan menyertai anda dan menukar proses hafazan itu menjadi tempat bersembang.

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 30

II.

Sebaiknya ialah dilakukan di dalam bilik yang terjaga daripada pandangan orang.

2.

Membetulkan dan melancarkan bacaan ayat-ayat Al-Quran yang ingin dihafaz dengan menggunakan intonasi suara yang sama. Ini dilakukan dengan bantuan sahabat. Anda membaca dan sahabat anda menyemak. Begitulah sebaliknya.

3.

Kemudian, anda membaca ayat pertama yang ingin dihafaz dengan melihat mushaf sementara sahabat anda menyemak bacaan anda.

4.

Selepas itu, sahabat anda mengulangi bacaan ayat pertama yang ingin dihafaz dengan melihat mushaf sementara anda menyemak bacaannya.

5.

Tiba masa menghafaz, anda membaca ayat tersebut tanpa melihat mushaf sementara sahabat anda menyemak dengan melihat mushaf. Jika berlaku kesilapan atau keraguan, sahabat anda akan membetulkan hafazan anda.

6.

Begitulah sebaliknya, sahabat anda membaca ayat tersebut tanpa melihat mushaf sementara anada menyemak bacaannya. Anda mesti membetulkan bacaan sahabat anada jika terdapat padanya kesalahan dan keraguan.

7.

Apabila keduanya lancar menghafaz, anda boleh beralih kepada ayat yang kedua. Ulang langkah 3 hingga 6.

8.

Kemudian sambung ayat pertama dan kedua dengan melihat hujung ayat pertama dan awal ayat kedua. Anda menyambungkan ayat pertama dan kedua dengan disemak oleh sahabat anda. Begitulah sebaliknya.

9.

Begitulah langkahnya hingga tamat hafazan anda.

Kaedah Ketiga (Menghafaz Bersama Guru)

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 31

Teknik ini memerlukan guru memainkan peranannya dengan baik. Sebagai guru menghafaz Al-Quran, seorang guru memainkan peranan menunjuk ajar bagaimana cara menghafaz Al-Quran kepada pelajarnya, membaiki kesalahan hafazan palajarnya, dan menunjukkan kaedah mengulangkaji hafazan kepada pelajarnya.

Maka kerana hal itu, seorang guru tidak boleh disibukkan dengan bermain permainan telefon bimbit atau alat-alat lain. Tumpukan perhatian kepada proses hafazan pelajar-pelajarnya. Berikut kaedah menghafaz Al-Quran bersama guru;

1.

Guru memulai kelas hafazannya dengan mendengar pelajar-pelajarnya membaca di depannya ayat-ayat Al-Quran yang ingin dihafaz. Guru mesti membetulkan kesalahankesalahan pada bacaan pelajar-pelajarnya.

2.

Kemudian, guru memberi tempoh kepada pelajar-pelajarnya menghafaz ayat-ayat AlQuran yang sudah dibaca di hadapannya. Ketika ini, guru mesti mengawasi dan memantau pelajar-pelajarnya supaya menghafaz dan tidak melakukan perkerjaan yang lain. Guru mesti memberi tahu tempoh yang diberikan, samada 10 minit, 20 minit atau lainnya.

3.

Kemampuan seorang pelajar dengan pelajar yang lain adalah berbeza. Maka guru mesti mengetahui perkara ini. Jika guru mengetahui perkara ini, maka dia akan berikan tugas menghafaz lima ayat dalam masa tiga puluh minit kepada pelajar pertama dan tugas menghafaz tiga ayat dalam masa tiga puluh minit untuk pelajar kedua. Adalah kesilapan untuk ibu dan ayah jika memilih guru hafazan Al-Quran yang belum pernah mengajar menghafaz Al-Quran walaupun berpengalaman mengajar ilmu agama yang lain.

4.

Apabila pelajar siap menghafaz, guru hendaklah mendengar dengan teliti. Apabila pelajar siap menghafaz satu surah Al-Quran yang agak panjang dengan cara menghafaz sedikit demi sedikit ayat yang dihafaz, maka guru itu hendaklah mengarahkan

pelajarnya itu melancarkan hafazan surah tersebut. Ayat-ayat Al-Quran yang dihafaz oleh pelajarnya itu mesti digabungkan dan dilancarkan.

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 32

5.

Sebagai contoh ialah Surah Al-Alaq yang mempunyai 19 ayat. Seorang pelajar menghafaz sedikit demi sedikit iaitu lima ayat, kemudian lima ayat, kemudian lima ayat, dan akhirnya empat. Maka guru perlu mengarahkan pelajarnya itu melancarkan hafazan bermula ayat pertama hingga ayat sembilan belas. Jika didapati pelajarnya itu tidak mampu, maka guru boleh membahagi hafazan surah itu kepada dua, iaitu bermula ayat pertama hingga sepuluh dan ayat sebelas hingga sembilan belas.

6.

Guru digalakkan menceritakan kepada pelajarnya kisah-kisah yang berkaitan dengan ayat-ayat Al-Quran yang dihafaz.

7.

Selesai menghafaz, guru hendaklah menyediakan jadual untuk pelajarnya mengulangkaji hafazan surah yang dihafaz. Penulis sediakan jadual contoh mengulangkaji hafazan AlQuran pada tajuk Kaedah Mengulangkaji Hafazan Selepas Solat Fardhu

Kaedah Keempat (Menghafaz Al-Quran Selepas Solat Fardhu)


Kaedah ini menurut pemerhatian penulis adalah sesuai untuk penghafaz Al-Quran yang menghafaz Al-Quran secara separuh masa seperti pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah yang belajar di sekolah yang bukan khusus untuk hafazan Al-Quran, mahasiswa universiti yang mengambil jurusan selain jurusan tahfiz Al-Quran, dan orang dewasa yang siang harinya disibukkan dengan pekerjaan. Kaedah ini juga sesuai dilakukan bersama-sama dengan ahli keluarga. Jika kaedah ini dilakukan berterusan, dengan izin Allah, selepas tiga hingga enam bulan, pengamalnya akan berjaya menghafaz sejumlah surah di dalam Al-Quran. Dengan mempraktikkan kaedah ini, penulis secara peribadi berjaya menghafaz Surah Al-Mulk dan Surah Al-Waqiah. Kaedahnya seperti berikut; 1. Mempersiapkan tempat khas untuk menghafaz Al-Quran. Penulis cadangkan ibu bapa menyediakan satu bilik khas di rumah untuk solat berjemaah, membaca dan menghafaz Al-Quran. Jika tidak mampu, ruang tamu rumah boleh digunakan. Untuk pelajar sekolah

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 33

menengah yang tinggal di asrama, masjid atau musolla asrama adalah tempat yang paing sesuai. Untuk mahasiswa universiti, masjid atau musolla adalah tempat yang paling sesuai untuk mempraktikkan kaedah ini.

2.

Tentukan waktu solat untuk solat berjemaah bersama. Penulis cadangkan waktu yang sesuai untuk ibu bapa yang bekerja dan anak-anak yang ke sekolah ialah waktu Subuh, Maghrib, dan Isyak. Untuk pelajar sekolah menengah yang tinggal di asrama dan mahasiswa universiti, waktu yang sesuai menurut pengalaman penulis ialah waktu Subuh, Asar, Maghrib dan Isyak.

3.

Pilih surah-surah yang hendak dihafaz. Pastikan surah-surah yang hendak dihafaz tidak terlalu pendek atau terlalu panjang. Penulis cadangkan surah-surah dalam Juzuk 29, surah-surah dalam Juzuk 28, dan surah-surah pilihan seperti Surah Yasin dan Surah AdDukhan. Surah-surah dalam Juzuk 30 bermula Surah An-Naba hingga Surah Al-Lail juga sesuai dihafaz menggunakan kaedah ini.

4.

Selepas solat berjemaah, penghafaz Al-Quran membaca surah-surah yang hendak dihafaz. Penghafaz Al-Quran mesti meneruskan bacaan walaupun bacaannya tidak lancar pada awal proses hafazannya. Bacaannya akan semakin lancar selepas beberapa kali bacaan. Ibu bapa harus mesti membetulkan bacaan anak-anak jika terdapat kesalahan pada bacaan anak-anak.

5.

Berikut jadual bacaan Al-Quran untuk 3 bulan yang pertama yang penulis cadangkan; Selepas Subuh Surah Al-Waqiah Surah Al-Waqiah Surah Al-Waqiah Surah Al-Waqiah Selepas Zohor Tiada Tiada Tiada Tiada Selepas Asar Surah Abasa Surah Abasa Surah Abasa Surah Abasa Selepas Maghrib Surah At-Takwir Surah At-Takwir Surah At-Takwir Surah At-Takwir Selepas Isyak Surah Al-Mulk Surah Al-Mulk Surah Al-Mulk Surah Al-Mulk

Waktu Solat Hari Isnin Selasa Rabu Khamis

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 34

Jumaat

Surah Al-Waqiah

Tiada

Surah Abasa

Surah At-Takwir

Surah Al-Mulk

6. Adalah dimaafkan jika dalam seminggu penghafaz Al-Quran gagal untuk membaca surahsurah yang ditentukan dalam jadual sekali atau dua. Jika penghafaz Al-Quran selalu gagal membaca surah-surah yang ditentukan mengikut jadual, maka proses hafazan akan semakin lambat.

7. Selepas tiga bulan, penulis pasti bacaan penghafaz Al-Quran sudah lancar dan jika ada pun hanya sedikit kesalahan. Peruntukkan masa khas untuk menghafaz surah-surah yang dibaca sepanjang tiga bulan awal. Penghafaz Al-Quran hanya perlu menyusun turutan dan menyambung ayat-ayat di dalam surah yang dibaca kerana lafaz ayat-ayat itu sudah terlekat di dalam dada penghafaz Al-Quran.

8. Berikut jadual bacaan Al-Quran untuk 3 bulan yang kedua yang penulis cadangkan; Waktu Solat Hari Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Selepas Subuh Surah Al-Insan Surah Al-Insan Surah Al-Insan Surah Al-Insan Surah Al-Insan Selepas Zohor Tiada Tiada Tiada Tiada Tiada Selepas Asar Surah Al-Infitar Surah Al-Infitar Surah Al-Infitar Surah Al-Infitar Surah Al-Infitar Selepas Maghrib Surah An-Naziat Surah An-Naziat Surah An-Naziat Surah An-Naziat Surah An-Naziat Selepas Isyak Surah Ad-Dukhan Surah Ad-Dukhan Surah Ad-Dukhan Surah Ad-Dukhan Surah Ad-Dukhan

9. Ulang kaedah 6 dan 7. Kemudian, penghafaz Al-Quran sudah mampu membuat jadual sendiri untuk menghafaz Al-Quran. Jika tidak mampu, bincanglah dengan guru yang berpengalaman dalam menghafaz Al-Quran.

10. Penulis tekankan bahawa kaedah ini perlukan kesabaran dan sikap istiqamah yang tinggi. Luangkan sedikit masa selepas solat fardhu membaca surah-surah yang hendak dihafaz.

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 35

Usah pedulikan apa jua cakap-cakap buruk daripada kawan-kawan dan jiran-jiran. Tumpukan perhatian bahawa anda mahu menghafaz Al-Quran.

Kaedah Kelima (Menghafaz Al-Quran Ketika Cuti)


Iaitu menghafaz Al-Quran ketika cuti sekolah untuk pelajar-pelajar di sekolah rendah dan menengah. Untuk mahasiswa universiti, cuti antara semester selama tiga bulan juga dapat dimanfaatkan untuk menghafaz Al-Quran.

Cuti sekolah atau cuti antara semester baik dimanfaatkan untuk menghafaz Al-Quran. Ini adalah kerana, sepanjang perjalanan sekolah dan universiti, pelajar dan mahasiswa disibukkan dengan kerja rumah, tuisyen, kerja khusus, dan lain-lain. Kerana itu, cuti adalah masa yang sangat baik dimanfaatkan menghafaz Al-Quran.

Berdasarkan pengalaman peribadi penulis, penulis berjaya menghafaz surah-surah pilihan dan tiga juzuk awal ketika cuti sekolah tingkatan satu hingga tingkatan empat dan mengulangkaji hafazan hampir sepuluh juzuk ketika cuti antara semester.

Berikut merupakan beberapa kaedah menghafaz Al-Quran ketika cuti.

1.

Penulis cadangkan agar ibu bapa memilih tempat menghafaz Al-Quran yang menyediakan program hafazan Al-Quran pada musim cuti sekolah. Ibu bapa mestilah mengetahui perincian program hafazan Al-Quran tersebut dengan bertanyakan beberapa soalan kepada penganjurnya. Antaranya;

I.

Apakah kaedah hafazan yang digunakan oleh pihak penganjur?

Jika ia merupakan kaedah menghafaz Al-Quran dengan pelajar menghafaz sendiri lalu dibacakan pada seorang guru, ibu bapa harus bertanya, adakah anak-anak mampu menghafaz sendiri? Jika ya, saya cadangkan ibu bapa menghantar anak ke

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 36

program sedemikian. Jika tidak, ibu bapa saya tidak cadangkan menghantar anakanak ke program sedimikian.

Jika ia merupakan kaedah menghafaz Al-Quran dengan bimbingan seorang guru, lalu ibu bapa harus bertanya, berapakah nisbah guru dan pelajar. Pada pandangan penulis, jika semua pelajar tidak mampu menghafaz sendiri, nisbah pelajar kepada guru ialah 10:1. Jumlah sepuluh pelajar adalah yang terbanyak. Jika lebih, penulis risau akan keberkesanan hafazan Al-Quran.

Jika ia merupakan kaedah hafazan Al-Quran gabungan antara dua kaedah di atas, ibu bapa harus pastikan bahawa guru yang menjalankan kelas hafazan itu berpengalaman menghafaz Al-Quran daripada institut menghafaz Al-Quran dan berpengalaman mengajar Al-Quran.

II.

Dimanakah dianjurkan program hafazan Al-Quran tersebut? Penulis cadangkan bahawa tempat menghafaz Al-Quran haruslah tidak terlalu selesa seperti di hotel juga tidak terlalu bising seperti di tengah bandar. Sebaik-baiknya adalah sederhana seperti di sekolah atau pinggir bandar atau pekan kecil. Ini untuk memastikan anak-anak tidak hilang tumpuan dan merasai kesusahan mendapatkan ilmu agama.

Demikian sedikit panduan untuk ibu bapa membuat keputusan menghantar anakanak ke program menghafaz Al-Quran

2.

Penulis cadangkan kepada mahasiswa universiti untuk memilih institusi pondok untuk menghafaz Al-Quran atau mengulangkaji hafazan Al-Quran ketika cuti antara semester. Pondok-pondok yang menyediakan program-program seumpama ini terdapat di Kedah, Kelantan dan Terengganu. Di sana, mahasiswa universiti akan dapati guru-guru yang layak memberi tunjuk ajar menghafaz dan mengulangkaji hafazan Al-Quran. Penulis secara peribadi pernah memenuhi masa mengulangkaji hafazan Al-Quran di pondok di Kuala Ketil Kedah dan ramai daripada sahabat-sahabat penulis memenuhi masa mengulangkaji hafazan Al-Quran di pondok di Kubang Bujuk Kelantan.

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 37

3.

Dengan izin Allah, anak-anak dan mahasiswa akan berjaya menghafaz dan mengulangkaji sejumlah ayat-ayat Al-Quran selepas anak-anak pulang daripada program hafazan Al-Quran yang dianjurkan sepanjang cuti sekolah dan mahasiswa universiti yang pulang daripada pondok.

4.

Penulis tekankan, untuk kaedah ini, ibu bapa dan mahasiswa perlu banyak bertanya dan mendapat maklumat daripada guru yang berpengalaman.

Kaedah Keenam (Kaedah Memahami Ayat)


Kaedah ini sesuai dipraktikkan oleh orang muda dan orang dewasa yang menghafaz AlQuran dan mempunyai sedikit pengetahuan tentang bahasa Arab. Pada pandangan penulis, kaedah ini tidak sesuai untuk kanak-kanak yang menghafaz Al-Quran kerana kaedah ini akan lebih memberatkan akal mereka. Dengan melakukan kaedah ini, penghafaz Al-Quran telah membuat satu gambaran tentang ayat-ayat Al-Quran yang ingin dihafaz. Kaedah ini sangat sesuai jika menghafaz ayat-ayat AlQuran yang berbicakan tentang cerita. Berikut merupakan kaedah-kaedahnya; 1. Sediakan Al-Quran kedua yang digabungkan terjemahan per kata bersama ringkasan tafsir ayat-ayat yang ingin dihafaz. Hari ini sudah semakin banyak Al-Quran jenis ini di pasaran.

2.

Baca ayat-ayat yang ingin dihafaz bersama dengan terjemahan per kata. Kemudian fahami tafsir ringkasnya. Pusatkan tumpuan anda.

3.

Selepas itu, bacalah ayat pertama yang ingin dihafaz berulang-ulang kali sehingga terlekat di dada. Dalam masa yang sama, penghafaz Al-Quran mengingati terjemahan dan tafsir ayat yang dihafaz.

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 38

4.

Kosongkan fikiran, tutup mata dan ulang bacaan ayat. Ketika itu, mushaf Al-Quran belum lagi ditutup. Jika anda ragu-ragu atau terlupa, lihat kembali mushaf Al-Quran.

5.

Selepas anda merasai bahawa bacaan ayat pertama itu lancar, baca kembali ayat itu dengan mata terbuka. Perhatikan sekali lagi, ditakuti jika masih ada kesilapan pada bacaan.

6.

Tutup mushaf Al-Quran dan baca ayat itu berulang-ulang. Setelah selesai ayat pertama, beralih kepada ayat kedua. Jika perlu, tutup ayat pertama dengan kertas putih ketika menghafaz ayat seterusnya.

7.

Anda lakukan kembali kaedah 2 hingga 6 untuk ayat kedua.

8.

Sekarang ialah menyambung ayat pertama dan kedua. Buka mushaf dan perhatikan penghujung ayat pertama dan awal ayat kedua. Fahami hujung ayat pertama dan awal ayat kedua. Ini adalah kerana hujung ayat pertama dan awal ayat kedua selalunya saling berkaitan. Kemudian, hujung ayat pertama dibaca dengan terus menyambungkan ke awal ayat kedua tanpa berhenti terlebih dahulu. Anda dinasihatkan menggunakan intonasi suara yang sama supaya tidak terkeliru kerana hafazan anda belum cukup kuat.

9.

Jika ayat yang ingin dihafaz itu panjang, anda dinasihatkan membahagi kepada beberapa bahagian yang lebih memudahkan anda.

10.

Ulang beberapa kali sehingga hafazan menjadi kuat.

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 39

Teknik Mengulangkaji Hafazan Al-Quran


Ketahuilah Ayat-ayat Al-Quran yang suda dihafaz adalah amanah yang Allah berikankan kepada hamba-hamba pilihannya di atas muka bumi ini. Maka wajib diulangkaji hafazannya supaya ayat-ayat itu tidak dilupakan. Kerana hal yang demikian, hindarilah sikap malas dan lengah dengan tidak melakukan ulangkaji hafazan Al-Quran. Nabi s.a.w. bersabda;

Jagalah hafazan Al-Quran. Demi Zat yang jiwaku berada di tanganNya, sungguh hafazan itu lebih cepat terlepas (dilupakan) daripada unta yang diikat.25 Ketahuilah apabila proses menghafaz Al-Quran selesai (walaupun sedikit) maka proses mengulangkaji mula mengambil peranan. Umumnya, dalam proses mengulangkaji hafazan Al-Quran, terdapat dua perkara yang mesti dilakukan pada waktu yang sama. Pertama ialah membaca. Kedua ialah mengulangkaji hafazan. Pertama ialah membaca. Penghafaz Al-Quran mesti membaca Al-Quran tidak kurang daripada 10 muka surat sehari. Jika penghafaz Al-Quran membaca 10 muka surat sehari, dengan izin Allah penghafaz Al-Quran akan tamat bacaan selepas 60 hari iaitu 2 bulan. Berdasarkan pengalaman peribadi penulis sebagai seorang mahasiswa di universiti, penulis cadangkan untuk penghafaz Al-Quran membaca 1 juzuk sehari, iaitu mengikut tarikh bulan tersebut. Misalnya, 1 hari bulan ialah juzuk pertama, 2 hari bulan ialah juzuk kedua, dan begitulah seterusnya. Dengan izin Allah, selepas 30 hari iaitu 1 bulan, penghafaz Al-Quran tersebut akan menamatkan 30 juzuk Al-Quran. Kedua ialah mengulangkaji hafazan Al-Quran. Berdasarkan pengalaman peribadi penulis sebagai seorang mahasiswa di universiti, sebaiknya seorang penghafaz Al-Quran yang sudah menghafaz 30 juzuk Al-Quran menamatkan ulangkaji hafazan Al-Quran selewat-lewatnya 120
25

HR Bukhari

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 40

hari iaitu 4 bulan. Bermaksud, seorang penghafaz Al-Quran mengulangkaji 5 muka surat setiap hari. Jika penghafaz Al-Quran mengulangkaji hafazan lebih daripada 5 muka surat sehari, maka itu lebih baik. Berikut merupakan kaedah mengulangkaji hafazan Al-Quran. Terdapat antara kaedah ini yang bertindih dan saya sengaja melakukan yang demikian;

Teknik Pertama (Teknik Kitabah)


Teknik kitabah memerlukan kesabaran yang tinggi pada diri penghafaz Al-Quran. Di dalam teknik kitabah, selain akal, mata, telinga, dan mulut bekerja untuk menghafaz Al-Quran, tangan juga memainkan peranan penting bekerja untuk menguatkan hafazan Al-Quran. 1. Teknik kitabah ialah teknik penulisan. Ayat-ayat Al-Quran yang telah dihafaz ditulis di atas kertas tanpa melihat mushaf Al-Quran. Teknik ini akan menguji sejauh mana kuatnya hafazan para penghafaz Al-Quran. Kekeliruan ketika menulis ayat-ayat AlQuran adalah tanda hafazan ayat-ayat Al-Quran tersebut belum kuat melekat. Maka penghafaz Al-Quran perlu kembali menghafaz ayat-ayat Al-Quran tersebut dengan lebih menumpukan perhatian dengan memusatkan mata pada tempat-tempat yang terkeliru ketika menulis.

2.

Apabila selesai menulis ayat-ayat Al-Quran yang dihafaz tanpa melihat mushaf, hendaklah tulisan itu disemak dengan kembali membuka dan melihat mushaf Al-Quran ketika menyemak ayat-ayat Al-Quran tersebut. Jika berlaku kesilapan pada tulisan, pastikan ia bukan kesilapan yang besar seperti kesilapan pada ejaan yang terus merubah makna. Kesilapan ini tidak boleh dimaafkan dan ayat-ayat Al-Quran tersebut perlu dibetulkan atau ditulis semula. Jika ia hanya kesilapan dalam menulis huruf mad, maka kesilapan itu boleh dimaafkan.

3.

Adalah lebih baik jika tulisan itu mengikut susunan ayat-ayat Al-Quran di dalam mushaf. Mengikut tempat waqaf dan ibtidanya.

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 41

Teknik Kedua (Teknik Merakam Suara)


Penghafaz Al-Quran yang sudah lancar dan mahir dalam hafazannya kadang kala tidak menyedari kesilapan hafazannya. Ini adalah kerana, ayat-ayat Al-Quran yang dihafaznya itu sudah menjadi sebati dan padan dengan mulutnya. Berlaku kesilapan adalah kerana terdapat ayatayat yang hampir sama lafaznya di dalam Al-Quran. Sebagai contoh;

... dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar... (Surah AlBaqarah: 61)

... dan membunuh Nabi-nabi dengan jalan yang tidak benar ... (Surah Ali Imran: 21)

... dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar ... (Surah Ali Imran: 112) Juga contoh yang lain;

Demi sesungguhnya, kami telah dijanjikan perkara ini - kami dan datuk nenek kami - dari dahulu lagi; perkara ini hanyalah cerita dongeng orang-orang dahulu-kala. (Surah AlMukminun: 83)

Demi sesungguhnya, kami telah dijanjikan dengan perkara ini, kami dan juga datuk nenek kami dahulu; ini hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala. (Surah An-Naml: 68)

Dan contoh yang lain yang terdapat di dalam Surah yang sama di halaman yang sama;

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 42

... dan di atas tembok Al-Araf itu ada sebilangan orang-orang lelaki yang mengenal tiap-tiap seorang (dari ahli-ahli Syurga dan neraka) itu, dengan tanda masing-masing ... (Surah Al-Araf: 46)

Dan orang-orang yang berada di atas tembok Al-Araf menyeru beberapa orang (Ketua kaum kafir) yang mereka kenal dengan tandanya, ... (Surah Al-Araf: 48)

Maka untuk menyelamatkan penghafaz Al-Quran daripada salah dalam hafazannya, saya cadangkan untuk penghafaz Al-Quran menggunakan perakam ketika anda mengulangkaji ayatayat hafazan. Kemudian, anda boleh kembali mendengar bacaan anda melalui alat perakam sementara anda menyemaknya dengan melihat mushaf.

Teknik Ketiga (Teknik Membaca Di Dalam Solat )


Teknik ini adalah teknik menguatkan hafazan yang sangat berkesan. Penulis secara peribadi menggunapakai teknik ini ketika di bulan Ramadhan iaitu ketika menjadi imam solat sunat tarawih.

Caranya mudah. Pertama ialah mengulangkaji hafazan Al-Quran yang sudah dihafaz seperti biasa di luar solat. Kedua ialah membacanya ketika solat.

Beberapa kebaikan teknik ini ialah ketika solat, tumpuan dan pemusatan akal penghafaz Al-Quran hanya pada baris-baris ayat Al-Quran yang diulangkaji sebelum mengerjakan solat. Ini akan menjadikannya lebih menumpukan perhatian. Maka sebarang kesilapan dalam hafazan mesti dibetulkan segera oleh makmum atau dibetulkan sendiri oleh penghafaz Al-Quran selepas mengerjakan solat. Tabiat ini akan menjadikan hafazan Al-Quran menjadi kuat terlekat pada hatinya.

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 43

Teknik Keempat (Teknik Mengulangkaji Hafazan Sendiri)


Seorang yang sudah menghafaz Al-Quran mesti bergantung kepada diri sendiri untuk mengulangkaji hafazan Al-Quran. Kaedah yang pertama dan utama ialah mengulangkaji hafazan Al-Quran sendiri. Penghafaz Al-Quran mesti menyediakan jadual sendiri untuk mengulangkaji hafazan Al-Quran. Berikut penulis cadangkan beberapa jenis jadual untuk membaca dan mengulangkaji hafazan Al-Quran untuk sehari; 1. Untuk Penghafaz Al-Quran Yang Sudah Menghafaz 10 Juzuk Al-Quran

Perkara

Membaca Al-Quran 30 Juzuk

Mengulangkaji Hafazan Al-Quran

Jumlah Muka Surat

20 Muka Surat (1 Juzuk Sehari)

5 Muka Surat Sehari (Akan Tamat Ulangkaji Selepas 40 Hari)

2.

Untuk Penghafaz Al-Quran Yang Sudah Menghafaz 20 Juzuk Al-Quran

Perkara

Membaca Al-Quran 30 Juzuk

Mengulangkaji Hafazan Al-Quran

Jumlah Muka Surat

20 Muka Surat (1 Juzuk Sehari)

10 Muka Surat Sehari (Akan Tamat Ulangkaji Selepas 40 Hari)

3.

Untuk Penghafaz Al-Quran Yang Sudah Menghafaz 30 Juzuk Al-Quran

Perkara

Membaca Al-Quran 30 Juzuk

Mengulangkaji Hafazan Al-Quran

Jumlah Muka Surat

20 Muka Surat (1 Juzuk Sehari)

10 Muka Surat Sehari (Akan Tamat Ulangkaji Selepas 60 Hari)

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 44

4.

Untuk Penghafaz Al-Quran Yang Sudah Menghafaz Juzuk 30

Perkara

Membaca Al-Quran 30 Juzuk

Mengulangkaji Hafazan Al-Quran

Jumlah Muka Surat

5 Muka Surat (Akan Tamat Bacaan Al-Quran Selepas 4 Bulan)

3 Muka Surat Sehari (Akan Tamat Ulangkaji Selepas 1 Minggu)

5.

Jadual bacaan dan ulangkaji hafazan Al-Quran di atas hanya merupakan satu panduan umum. Maka adalah lebih baik untuk penghafaz Al-Quran merujuk guru yang berpengalaman. Berikut merupakan kaedahnya mengulangkaji hafazan Al-Quran berdasarkan pengalaman

peribadi penulis; 1. Pilih tempat dan waktu yang paling ideal dan sesuai.

I.

Tempat yang paling sesuai berdasarkan pengalaman peribadi penulis adalah masjid atau musolla. Duduk dengan menghadap kearah kiblat.

II.

Waktu yang paling sesuai berdasarkan pengalaman peribadi penulis adalah waktu dhuha dan selepas zohor. Ketika waktu ini, masjid dan musolla akan kosong daripada orang yang mengerjakan solat atau yang mendengar ceramah. Oleh itu, suara dapat dikuatkan ketika mengulangkaji hafazan dan tumpuan tidak akan terjejas. Selain waktu dhuha, waktu yang paling baik untuk mengulangkaji hafazan Al-Quran adalah waktu sahur. Dan inilah waktu yang terbaik.

Ibn Sirin (w.110H) menuturkan bahawa ketika Khalifah Utsman bin Affan terbunuh, isteri beliau berkata, Kalian membunuhnya padahal dia selalu menghidupkan malamnya dengan membaca Al-Quran.26

26

Muhammad Ahmad Isa, 10 Sahabat Nabi Dijamin Surga, Pustaka Imam Asy-Syafii, 2011

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 45

III.

Elakkan waktu selepas Asar untuk mengulangkaji hafazan. Kerana ketika waktu itu akal sudah letih bekerja.

2.

Baca halaman yang ingin diulangkaji. Ketika membaca, pusatkan pandangan dan akal fikiran. Jangan melemparkan pandangan ke sana dan ke sini. Kerana hal itu akan mengganggu proses mengulangkaji.

3.

Tutup Al-Quran dan bacalah Al-Quran tanpa melihat. Jika ketika bacaan sebelum ini, penghafaz Al-Quran menumpukan sepenuh perhatian, dengan izin Allah, bacaan tanpa melihat ini mudah dan lancar untuknya. Jika tidak, penghafaz Al-Quran mesti mengulang bacaan pada ayat yang terkeliru atau tersalah, kemudian ulang semula daripada awal ayat pada halaman itu.

4.

Proses penyambungan daripada halaman ke halaman adalah tersangat penting. Kaedahnya ialah, setiap kali mahu mengulangkaji hafazan di halaman baru, mulakan dengan ayat terakhir pada halaman yang sebelumnya. Jadikan ini amalan. Dengan izin Allah, proses penyambungan antara halaman akan menjadi mudah.

5.

Apabila selesai mengulangkaji hafazan Al-Quran pada hari itu (misalnya 5 muka surat), ulang kembali bacaan bermula halaman pertama hingga akhir. Kemudian tutup mushaf dan membaca tanpa melihat. Jika ada kekeliruan dan kesilapan, tanda dan ingat pada tempat yang keliru dan salah itu.

6.

Ulang sehingga lancar.

Teknik Kelima (Teknik Mengulangkaji Hafazan Bersama Orang Lain)


Kaedah ini boleh dilakukan bersama guru atau sahabat yang mempunyai tujuan yang sama dengan anda iaitu mengulangkaji hafazan Al-Quran. Kaedah ini adalah seperti bacaan AlQuran oleh Nabi s.a.w. yang disemak oleh Jibril a.s.

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 46

1.

Cari guru hafazan yang berpengalaman atau teman yang ikhlas yang sama tujuannya dengan anda iaitu mengulangkaji hafazan Al-Quran.

2.

Pilih tempat dan masa yang paling ideal dan sesuai. Penulis cadangkan tempatnya adalah di masjid atau musolla ketika waktu dhuha.

3.

Sebelum memperdengarkan kepada guru atau sahabat hafazan anda, anda terlebih dahulu mesti mengulang dengan sendiri. Ini boleh dilakukan dengan mengikut Teknik Keempat (Teknik Mengulangkaji Hafazan Dengan Sendiri).

4.

Kemudian, perdengarkan hafazan anda kepada guru atau sahabat anda. Jika tidak terdapat kekeliruan dan kesalahan pada halaman tersebut, anda boleh membuat ulangkaji pada halaman berikutnya. Jika terdapat kesalahan, guru atau sahabat anada mesti membetulkan dan anda juga perlu betulkan. Hafaz kembali bermula ayat pertama halaman tersebut dan anda tidak boleh meneruskan ulangkaji hafazan sehinggalah lancar hafazan halaman itu.

Teknik Keenam
(Teknik Mengulangkaji Hafazan Al-Quran Selepas Solat Fardhu)
Kaedah ini adalah seperti Kaedah Keempat (Kaedah Menghafaz Al-Quran Selepas Solat Fardhu). Yang membezakannya adalah ini adalah kaedah mengulangkaji hafazan Al-Quran. Kaedah ini lebih sesuai untuk penghafaz Al-Quran yang sudah menghafaz surah-surah pilihan atau Juzuk 30 Al-Quran. Kaedah ini tidak sesuai dilakukan oleh penghafaz Al-Quran yang sudah menghafaz Al-Quran mengikut juzuk bermula juzul 1 hingga ke atas. Jika kaedah ini dilakukan berterusan, dengan izin Allah, surah-surah pilihan ini akan terpahat kuat di dada penghafaz Al-Quran. Kaedahnya seperti berikut; 1. Kaedahnya mudah, selepas solat fardhu bersendirian atau berjemaah, penghafaz AlQuran mengulangkaji hafazan Al-Quran. Ulangkaji surah-surah pilihan ini dimualakan dengan membaca secara berterusan selama sebulan atau lebih.

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 47

2.

Berikut jadual mengulangkaji hafazan Al-Quran surah-surah pilihan. Selepas Subuh Surah Al-Waqiah Surah Al-Waqiah Surah Al-Waqiah Surah Al-Waqiah Surah Al-Waqiah Selepas Zohor Tiada Tiada Tiada Tiada Tiada Selepas Asar Surah Abasa Surah Abasa Surah Abasa Surah Abasa Surah Abasa Selepas Maghrib Surah At-Takwir Surah At-Takwir Surah At-Takwir Surah At-Takwir Surah At-Takwir Selepas Isyak Surah Al-Mulk Surah Al-Mulk Surah Al-Mulk Surah Al-Mulk Surah Al-Mulk

Waktu Solat Hari Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat

3.

Selepas sebulan, dengan izin Allah, surah-surah pilihan tersebut akan berjaya dihafaz dan terpahat di dada.

4.

Maka apabila sudah berjaya dihafaz, anda boleh membaca dimana sahaja anda berada samada ketika memandu kenderaan atau ketika sedang berjalan.

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 48

PENUTUP
Dalam usaha menghafaz Al-Quran, mengekalkan hafazan Al-Quran, memahami kandungan Al-Quran, dan beramal dengan Al-Quran, terlalu banyak rintangan dan halangan yang melintang samada ia datang daripada diri sendiri iaitu nafsu atau syaitan. Untuk mengharungi rintangan dan halangan ini, tidak dapat tidak orang-orang yang beriman perlu berusaha dan bertawakal kepada Allah s.w.t. Penulis merasakan betapa beratnya amanah Al-Quran ini. Mahu mengundur diri akan tetapi sudah dipilih Allah s.w.t. untuk membawa Kitab Terakhir ini sebagai panduan dan cahaya kepada diri sendiri dan manusia sekalian alam. Allah s.w.t. berfirman;

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. (Surah Al-Ahzab: 72)

Penulis mengakui adalah terlalu sedikit pengalaman dan ilmu penulis dalam bidang ini. Maka penulis susun sepuluh jari memohon ampun jika ada tersalah atau terkhilaf di mana jua di dalam buku ini. Penulis mengharapkan teguran dan nasihat daripada pembaca untuk penambahbaikan buku ini.

Terima kasih.

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 49

RUJUKAN
1. AL-QURAN AL-KARIM

2. TERJEMAHAN AL-QURAN ABDULLAH MUHAMMAD BASMEIH

3. ADAB-ADAB BERSAMA AL-QURAN, IMAM NAWAWI, PUSTAKA SALAM, 1997

4. KITAB AL-FURQAN, SYEIKH ISLAM IBN TAIMIYAH, AKBAR MEDIA EKA SARANA, 2008

5. BAGAIMANA BERINTERAKSI DENGAN AL-QURAN, DR. YUSUF ALQARADAWI, PUSTAKA AL-KAUTSAR, 2006

6. YAHYA BIN ABDURRAZZAQ AL-GHAUTSANI, KAIFA TAHFAZUL QURAN ALKARIM, PUSTAKA IMAM ASY-SYAFII, 2010

7. KAEDAH HAFAZAN AL-QURAN, DARUL QURAN JAKIM, 2008

8. MUHAMMAD AHMAD ISA, 10 SAHABAT NABI DIJAMIN SURGA, PUSTAKA IMAM ASY-SYAFII, 2011

Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 50

BIODATA PENULIS
Dilahirkan di Seremban Negeri Sembilan pada 24 April 1988. Bapa saya bernama Baharudin bin Othman. Saya bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Lubuk Merbau Pendang. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Maktab Mahmud Alor Star sehingga tingkatan 5. Selepas itu, penulis menyambung pelajaran ke Darul Quran Jakim di Kuala Kubu Bharu dalam Persijilan Tahfiz AlQuran. Sekarang di tahun 4 Kuliyyah UndangUndang Ahmad Ibrahim Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia (UIAM). Berkahwin dengan Puan Rahmawati Mohd Yusoff dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan, Maryam Sofiyyah dan Maryam Aisyah. Penulis suka mengulangkaji hafazan AlQuran dan membaca buku. Penulis di hujung minggu mengajar hafazan Al-Quran Pra-Tahfiz di Masjid At Taqwa Taman Tun Dr. Ismail dan Masjid Al-Hidayah Taman Melawati. Penulis boleh dihubungi di 013-2223513 dan mohammadhidirbaharudin@gmail.com.

You might also like