Penyata Terimaan Dan Bayaran (Deposit)

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 15

APAKAH ITU PENYATA

Adalah satu bentuk butiran ringkasan bagi menjelaskan kedudukan urusniaga-urusniaga yang terlibat bagi bulan atau tempoh tertentu.
Ianya bertujuan sebagai penunjuk prestasi bagi pihak pengurusan mengenalpasti kekurangan dan kelebihan dalam sesebuah organisasi.

APAKAH ITU TERIMAAN


Semua jenis terimaan dan pungutan bagi Akaun Amanah yang mana hendaklah mengikut tatacara AP 60 hingga AP 91.

APAKAH ITU BAYARAN


Bayaran-bayaran daripada peruntukan Akaun Amanah hanya untuk projek /program/aktiviti yang dibenarkan oleh Arahan Akaun Amanah sahaja. Mendapat kelulusan dari Jawatankuasa Akaun atau kaedah lain dalam Arahan Akaun Amanah.

PENYATA TERIMAAN DAN BAYARAN (PTB)


Merupakan Penyata Tahunan yang disediakan selepas akhir tahun 31hb. Disember yang melaporkan segala terimaan dan bayaran sesuatu akaun amanah bagi tempoh satu tahun kewangan.
Penyata Terimaan dan Bayaran hendaklah disediakan juga apabila: Akaun Amanah hendak ditutup kerana telah mencapai maksud penubuhannya/tidak aktif dalam tempoh setahun/mencapai tempoh hayat yang ditetapkan (sediakan PTB berbaki sifar setelah A441 berbaki sifar). Akaun Terimaan Tidak Diperuntukkan (75501) telah sifar (baki telah dipindahkan ke akaun amanah); (sediakan PTB berbaki sifar setelah A441 berbaki sifar).

Penyata Terimaan dan Bayaran bagi tahun berakhir 31 Disember hendaklah dikemukakan kepada Ketua Audit Negara (4 salinan) selewatlewatnya sebelum atau pada 31 Mac tahun berikutnya.

Penyata Terimaan Dan Bayaran(PTB)

Memaklumkan Perbendaharaan dan JANM apabila PTB telah dikemukakan kepada KAN(Salinan surat litup).
Menghantar sesalinan PTB yang telah diaudit bersama pemerhatian audit kepada Perbendaharaan dan JANM dalam tempoh 30 hari selepas menerima PTB.

FORMAT PENYATA TERIMAAN DAN BAYARAN


PENYATA TERIMAAN DAN BAYARAN BAGI AKAUN AMANAH. BAGI TAHUN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER . NO KOD AKAUN AMANAH:.

TERIMAAN No Prgn* Butiran Baki awal tahun 1.1. . RM No Prgn*

BAYARAN Butiran RM

Senaraikan terimaan mengikut jenis spt dalam Arahan Amanah dan Lampiran

Senaraikan bayaran mengikut jenis dalam Arahan Amanah dan Lampiran


Baki akhir tahun 31.12. JUMLAH

JUMLAH Nota:

Baki akhir tahun 31.12.. adalah termasuk pelaburan simpanan tetap di Bank..sebanyak RM. Disahkan oleh: Tandatangan: Nama Pegawai: Jawatan Pegawai:

Disediakan oleh: Tandatangan: Nama Pegawai: Jawatan Pegawai:

Keterangan: * Nombor perenggan dalam Arahan Akaun Amanah yang berkaitan dengan urusniaga itu.

MAKLUMAT PADA PTB


(Perlu merujuk Buku Akaun Amanah) Baki awal tahun; (01.01.2xxx) Butir lengkap urusniaga terimaan dan bayaran (bersama No perenggan Arahan Amanah). * Butiran Terimaan (Kredit) [merujuk Arahan Amanah (i.e.para11)]Buku Amanah Ruangan 6. * Butiran Bayaran (Debit) [merujuk Arahan Amanah (i.e.para12)]Buku Amanah Ruangan 5. (Disokong dengan Lampiran yang mengandungi maklumat urusniaga spt. tarikh, no rujukan dokumen dan amaun). Baki akhir tahun; (31.12.2xxx)Buku Amanah Ruangan 7 Nota Pelaburan (jika ada membuat pelaburan).

Penutupan K/wang Amanah & Akaun Amanah


Telah mencapai matlamat penubuhannya atau tidak diperlukan lagi atau telah mencapai tempoh hayat yang ditetapkan di dalam Arahan Amanah atau yang tidak aktif. Penutupan K/wang Amanah perlu diluluskan oleh Dewan Rakyat manakala penutupan Akaun Amanah perlu mendapat kelulusan Perbendaharaan. Baki akaun hendaklah dikreditkan ke Akaun Hasil Disatukan atau dipulangkan kepada penyumbang bergantung kepada terma yang dinyatakan dalam Surat Ikatan Amanah/ Arahan Amanah.

CARTA ALIRAN KERJA PROSES PENUTUPAN AKAUN AMANAH

Keputusan dibuat untuk menutup Akaun Amanah

Semak Arahan Amanah mengenai kaedah menguruskan baki akaun dan sifarkan akaun diperingkat rekod Pejabat Perakaunan dan Pegawai Pengawal

Sediakan Penyata Akaun Berbaki Sifar

Kemukakan Penyata Akaun Berbaki Sifar kepada Ketua Audit Negara dan salinan kepada Perbendaharaan dan JANM

Menerima Penyata Akaun Berbaki Sifar yang telah disahkan oleh Ketua Audit Negara dan kemukakan kepada Perbendaharaan

Menerima surat penutupan rasmi Akaun Amanah daripada Perbendaharaan

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like