Model ADDIE

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Nama

: Asihwiniy a/p Francisco

Opsyen : PSV/PJM/BM (Sem 4) Tugasan : Model ADDIE

Model ADDIE mempunyai lima pembahagian utama iaitu : A - Analyze (analisis) D Design (rekabentuk) D Develop (pembangunan) I - Implement (implimentasi) E Evaluate (penilaian)

Analisi atau Analyze bertujuan untuk mengenalpasti objektif sesuatu courseware diperkenalkan. Perlu difikirkan juga logistik sesuatu courseware yang dihasilkan, adakah ia boleh diakses di internet atau pun disebarkan melalui CD dan DVD. Rekabentuk atau Design pula bermaksud menentukan dan mereka kaedah instruksional yang akan digunakan. Contohnya courseware tersebut mungkin akan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif, penerokaan, penyelesian masalah, permainan, simulasi, perbincangan, latihan dan praktikal, tutorial, demonstrasi atau secara pembentangan. Alat yang digunakan juga perlu ditentukan, seperti sama ada menggunakan audio, video, komputer, internet dan sebagainya. Pembangunan atau Develop ialah proses menghasikan courseware yang telah direkabentuk. Contohnya, membina dahulu papan cerita, kemudian membentuk grafik yang diperlukan, menentukan pula bahasa pengaturcaraan, membuat ujian courseware yang dihasilkan dan menyebarkan bahan tersebut. Impliment atau Implement berperanan untuk membuat pilot test terhadap courseware yang telah dihasilkan. Misalnya beberapa sampel atau pelajar telah dipilih bagi menggunakan courseware tersebut.

Penilaian atau Evaluate pula mempunyai dua jenis penilai an utama iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif bertujuan untuk meningkatkan serta memperbaiki tahap keberkesanan bahan instruksional yang telah direka. Contohnya meningkatkan mutu courseware selepas ujian pilot. Manakala pe nilaian sumatif bermaksud penilaian keseluruhan bahan instruksional yang telah dihasilkan. Misalnya, satu kajian dibuat untuk menilai berapa peratuskah objektif yang tercapai setelah proses penggunaan courseware tersebut selesai digunakan.

Kesimpulan : Melalui rekabentuk instruksional guru-guru dapat membuat asimilasi beberapa kaedah-kaedah pengajaran yang telah dianalisis mengikut kehendak pelajar. Seterusnya guru-guru akan membuat rekabentuk kaedah pengajaran yang telah diasimilasi dan membangunkannya menjadi kaedah yang khusus, misalnya untuk topik tertentu. Kaedah baru yang telah direkabentuk dan dibangunkan itu kemudian akan melalui proses implimentasi dan penilaian supaya menjadi lebih berkesan untuk mencapai objektif yang dikehendaki. Penggunaan model ADDIE dalam rekabentuk instruksional sebenarnya dapat membantu guru mencipta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik berbanding kaedah pengajaran tradisional. Model ADDIE bukan sahaja mudah untuk difahami, malahan mudah untuk diamalkan oleh guru dan pelajar

You might also like