Download as rtf, pdf, or txt
Download as rtf, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Pendahuluan Adat menjadi pegangan masyarakat Melayu tradisional. Segala bentuk undang-undang bersumberkan daripada adat.

Undang-undang terbahagi kepada dua iaitu undang-undang bertulis dan tidak bertulis. Undang-undang tidak bertulis terbahagi kepada dua iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Setiap negeri mempunyai undang-undang tersendiri.

Isi-isi : Kepentingan Adat dan Undang-undang : Menjamin keamanan dan keselamatan dalam masyarakat Melayu. Mengawal tingkah laku manusia dan mengeratkan persaudaraan. Menentukan hak seseorang dalam masyarakat terutamanya harta warisan terjamin.

Undang-undang Melaka : Terbahagi kepada dua iaitu Undang-undang Laut Melaka dan Undang-undang Darat / Hukum Kanun Melaka yang ditulis pada zaman pemerintah Sultan Muzaffar Shah dan dilengkapkan zaman Sultan Mahmud Shah. Disusun secara sistematik dan mempunyai 44 bab yang meliputi perkara mengenai raja, tugas pembesar dan peraturan rasmi di istana memudahkan pentadbiran. Ini termasuklah segala keistimewaan yang dimiliki oleh raja seperti penggunaan bahasa istana, pakaian kuning dll. Mengandungi pelbagai bentuk hukuman kepada penderhaka dan pencuri, contoh: hukuman mati dikenakan kepada sesiapa yang mengingkari perintah sultan dan membunuh tanpa kebenaran sultan untuk menjamin keamanan Melaka. Sultan mesti mempunyai pembantu untuk melaksanakan tugas kerajaan sultan contohnya Penghulu Bendahari sebagai pengutip cukai di pelabuhan, Temenggung menangkap pesalah dan mendirikan penjara.

Menjadikan hukum syarak sebagai panduan semua bentuk peraturan berdasarkan ajaran Islam selari dengan taraf Melaka sebagai pusat penyebaran agama Islam yang utama di nusantara. Hukuman sivil dan jenayah turut dimuatkan dalam undang-undang, contoh sivil : menyentuh perkara-perkara berkaitan hutang, harta, sewa tanah dan hamba. Contoh jenayah: merujuk terhadap kesalahan jenayah mencuri, merompak dll. Hukuman lebih berat dikenakan jika kesalahan dilakukan ke atas seseorang yang berpangkat tinggi daripada pelakunya. Penghakiman dilaksanakan oleh sultan dan pembesar negeri. Undang-undang Laut Melaka merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan laut seperti peraturan pelayaran, tatacara jualbeli di atas kapal, bidang kuasa nakhoda serta tanggungjawab pegawai kapal. Digubal untuk untuk menjaga keselamatan anak-anak kapal dan pedagangpedagang yang berdagang dengan kapal.

Undang-undang 99 Perak : Meliputi 99 perkara yang mengandungi tugas-tugas sultan, pembesar dan penghulu. Cara dan syarat melantik pegawai negeri seorang kadi mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang agama Islam. Seorang pegawai kerajaan berdasarkan kemahiran dan pengalaman yang dimiliki individu itu. Hukuman mengenai dakwaan penduduk dan hukum jenayah. Mengutamakan perikemanusian dan bertimbang rasa, contoh : perwarisan harta, menetapkan hak dan harta warisan anak. Menggariskan hubungan antara pemerintah dengan pembesar serta golongan pemerintah dengan yang diperintah.

Kesimpulan : Adat dan undang-undang bertulis menjamin kesejahteraan hidup masyarakat. Kedua-dua undang-undang ini berasaskan hukum syarak sebagai panduan.

You might also like