Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT PRASEKOLAH BERSAMA IBUBAPA KALI PERTAMA 2013 SJK(TAMIL) BUKIT BERUNTUNG Bil 01/2013 Tarikh Hari

Masa Tempat : 31 Disember 2012 : Isnin : 9:00 pagi : Kantin SJK Tamil Bukit Beruntung.

Kehadiran :1. Cik. Krishnaveni Guru Besar 2. Pn. Kalawathi Guru PK 1 3. Pn. Rajeswary Guru PK HEM 4. Pn. P. Uma Guru Prasekolah 5. Cik . Umadevi Guru Prasekolah 6. Pn. Haizawani bt hashim Pembantu Pengurusan Murid. 7. Pn. Zuraini bt Zainal Pembantu Pengurusan Murid 8. En. Pn.Tamilalagi ibubapa 9. En. Prabakaran ibubapa 10. En.Jagarau ibubapa 11. En. Panneerselvam ibubapa 12. En. Teeyagu ibubapa 13. En. Parasuraman ibubapa 14. En. Subramaniam ibubapa 15. Pn.Chitra Devi ibubapa 16. Pn.Samala Devi ibubapa 17. En.Muniandy ibubapa 18. Pn.Saraswathy ibubapa 19. En. Devaraj ibubapa 20. En. Selamuthu ibubapa 21. En. Robert ibubapa 22. En. Sethuraman ibubapa 23. En. Murugan ibubapa 24. En. Nadarajah ibubapa 25. En.Esvaran I bubapa 26. En. Tanggavilu ibubapa 27. En. Maratandavan ibubapa 28. En. Mannivannan ibubapa

29. En. Jekan Nathan 30. En.Krishnamoorthy 31. En. Berabu 32. En. S.Vijayen 33. En. Subramaniam 34. Pn.Uma Devi 35. Pn.Rakamal 36. En. Savarimthu 37. Pn.Jeevitha 38. Pn.Anuradha 39. Pn.Soranam

ibubapa ibubapa ibubapa ibubapa ibubapa ibubapa ibubapa ibubapa ibubapa ibubapa ibubapa

1.Ucapan Guru Penyelaras Prasekolah 1.1. Mengucapkan terima kasih kepada semua yang dapat hadir ke mesyuarat kali pertama. 1.2. Menjelaskan pembayaran yuran mengikut kadar yang telah ditetapkan Tindakan :Makluman 1.2.1 Jumlah pembayaran adalah seperti berikut :Bil 1 2 3 4 Uniform Prasekolah Baju dan seluar sukan Prasekolah Modul dan lembaran Tag nama Perkara 30.00 20.00 15.00 4.00 Jumlah (RM)

Tindakan :Makluman

1.2.2 Menjelaskan bayaran RM 15.00 untuk modul dan lembaran kerja perlu dibuat untuk membuat salinan aktiviti aktiviti prasekolah dan menfotostat modul Moral dalam Bahasa Tamil (buku yang dibekalkan hanya ada dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sahaja). Tindakan :Makluman 1.2.3 Ibubapa sebulat suara bersetuju untuk membayar yuran tersebut. Tiada bantahan daripada ibubapa. Tindakan :Ibubapa 1.3 Bayaran buku rampaian adalah RM 7.00

1.3.1 Bayaran buku aktiviti ialah RM 54.30.

Tindakan :Makluman

1.3.2

Segala bayaran di atas telah diterangkan dan diterima oleh ibubapa yang hadir. (Lampiran disertakan) Tindakan Ibubapa

2. UCAPAN GURU BESAR 2.1 Mengucapkan terima kasih atas kesudian ibu bapa menghadiri ke hari pendaftaran murid Prasekolah sesi persekolahan 2013. 2.2 Menerangkan bahawa mesyuarat tidak dapat dimulakan seprti yang dinyatakan iaitu pukul 9.00pagi kerana tidak mencukupi kehadiran ibubapa. 2.3 Beliau juga menerangkan bahawa SJK(T) Bukit Beruntung adalah sekolah bantuan modal dan bukan sekolah bantuan penuh. 2.4 Pada asalnya prasekolah disini dikendalikan oleh pihak PIBG, dan mulai tahun 2011, Prasekolah dikendalikan oleh pihak Kementerian Pelajaran dibawah perluasan baharu. 2.5 Beliau juga mengatakan bahawa, tahap pendidikan sekolah berjaya mencatat suatu rekod yang terbaik di daerah Hulu Selangor dan 4 orang murid berjaya mendapat 7A dalam semua matapelajaran. 2.6 Kemasukan murid prasekolah adalah 50 orang sahaja iaitu 25 orang murid dalam setiap kelas dan pemilihan murid akan dilakukan mengikut umur 6 tahun prioriti dan sebaliknya daripada umur 5 tahun. Jika pendaftaran melebihi had, keutamaan diberi kepada murid-murid dari keluarga berpendapatan rendah dan kurang daripada RM1000. 2.7 Memberitahu waktu persekolahan bagi kelas prasekolah bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan murid-murid perlu berada di sekolah pada atau 7.30 pagi kerana sarapan pagi akan diberi kepada murid-murid pada pukul 7.30 pagi dan pada setiap hari isnin setiap murid perlu menghadiri ke perhimpunan. 2.8 Beliau juga telah memberitahu bahawa ibubapa perlu memastikan membawa pulang anak-anak mereka sebelum pukul 1.00 tengah hari kerana waktu rehat bagi PPM adalah pada pukul 1.00 tengah hari.Guru-guru juga perlu menyediakan bahan bantu mengajar untuk keesokan hari dan menanda buku sebagainya. Tindakan :Makluman

2.9 Memberitahu ibubapa supaya tidak membelikan nasi lemak kepada anak- anak mereka setiap pagi.Ia boleh menyebabkan murid-murid mengantuk dan melemahkan mereka.PPM akan menyediakan makanan yang berkhasihat mengikut menu prasekolah kepada semua murid prasekolah. 2.10Ibubapa juga perlu memastikan menghantar borang pemohonan prasekolah lengkap diisi semua maklumat-maklumat yang dikehendaki. 2.11Memberitahu AJK Pewaris Prasekolah bagi tahun 2013 perlu dilantik pada hari ini.

3.Pemilihan AJK Pewaris Prasekolah SJK Tamil Bukit Beruntung 2013.

Perlantikan AJK Pewaris Prasekolah 2013 Penasihat : Cik. S. Krishnaveni (Guru Besar) Pn. R. Rajeswary Pn. S. Kalawathi Pengerusi : EN. Selamuthu (GPK Hem) (GPK 1)

Setiausaha : Cik. Umadevi ( Guru Prasekolah) Naib Setiausaha Bendahari : Pn. Uma ( Guru Prasekolah) : Pn. Zuraini bt Zainal (Pembantu Pengurusan Murid)

Penolong Bendahari : Pn. Haizawani bt Hashim Ahli Jawatan Kuasa : 1. Pn.Samala Devi 2. Pn.Chitra Devi 3. Pn.Saraswathy 4. Pn.Sakunthala (Guru Kelas tahun 1V) 5. Pn.A.Amutha (Guru Kelas tahun 1B) Tindakan :Makluman

4. UCAPAN PENGERUSI AJK PEWARIS 4.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan melantik beliau sebagai pengerusi AJK pewaris bagi sesi 2013. 4.2 Beliau juga mengatakan bahawa suatu mesyuarat AJK perlu diadakan untuk membincangkan aktiviti tahunan. Tindakan :Makluman 5. UCAPAN GPK HEM 5.1 Ibubapa perlu memaklumkan kepada guru prasekolah mengenai sebarang masalah kesihatan murid-murid. 5.2 Perlu member nombor telefon yang terkini supaya mudah dihubungi. 5.3 Ibubapa perlu memastikan murid-murid sentiasa dalam keadaan yang bersih semasa hadir ke sekolah. 5.4 Ibubapa boleh mendapatkan surat kebenaran ke hospital semasa waktu pejabat sekolah.

6. UCAPAN PENANGGUHAN Pihak sekolah meminta kerjasama daripada pihak ibubapa dan mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian ibubapa mendaftar anak-anaknya ke SJK(TAMIL) Bukit Beruntung.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10:30pagi.

Disediakan Oleh : ___________________ Pn. Uma A/P Periyasamy

Disemak Oleh : ________________ Pn. R.Rajeswary (PK HEM)

Disahkan Oleh : ________________ Cik.SP. Krishnaveni (Guru Besar)

You might also like