Sorotan Literatur

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SOROTAN LITERATUR

Soroton literatur ialah hasil dapatan yang diperoleh oleh pengkaji-pengkaji yang lalu. Melalui dapatan kajian-kajian ini, saya mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian saya. Berikut adalah beberapa maklumat tentang kajian lalu berkaitan dengan kemahiran

membina ayat. Masni Mohamad Saidi dan Suen Sau Chun (2003) telah menggunakan teknik S-R 8W1H dalam kajian mereka yang bertajuk Meningkatkan Kebolehan Membina Ayat Majmuk tentang sesuatu topik dengan menggunakan teknik S-R 8W1H dalam kalangan murid Tahun 3B di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Ave Maria, Convent, Ipoh. Murid-murid telah diberi

latihan membina ayat dengan menggunakan gambar bersiri, gambar komposisi, membina ayat menggunakan situasi atau topik yang tidak mengunakan kata hubung. Hasil kajian menunjukkan telah berlaku peningkatan pembelajaran. Iskandar Muda bin Ishak (2005), telah menjalankan kajian yang bertajuk Penggunaan Latih Tubi Dengan Menggunakan Gambar Bagi Meningkatkan Pencapaian Dan Kebolehan Murid Tahun Lima Membina Ayat Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan (LKTP) Padang Piol, 27040 Jerantut, Pahang. Kajian ini dibuat untuk mengatasi masalah 95 orang murid tahun lima dalam membina ayat bahasa Inggeris. Beliau dapat membuktikan teknik latih tubi dapat meningkatkan kemahiran murid dalam membina ayat yang baik dan sempurna melalui ujian PKSR 3. Hasil kajian beliau telah menunjukkan peningkatan dalam membina ayat bahasa dan membuktikan kepentingan penggunaan formula dalam

Inggeris telah berlaku sebanyak 75 peratus. Azizah Othman dan Samidon Abdullah (2006) pula telah membuat kajian yang bertajuk, Meningkatkan Kemahiran Murid Membina Ayat Mudah Dengan Struktur Yang Betul Dalam Bahasa Inggeris Menggunakan Formula P/NVPA/PO/S2CD/OP3/AF2. Kajian ini telah

dijalankan untuk mengatasai masalah murid tahun enam di Sekolah Kebangsaan Kampung Chamek, Kluang, Johor, dalam membina ayat mudah mengikut struktur yang betul dalam bahasa Inggeris. Penyelidik telah melatih 15 orang murid tahun enam membina ayat mudah dalam bahasa Inggeris dengan struktur yang betul menggunakan kaedah

P/NVPA/PO/S2CD/OP3/AF2. sebanyak 80 peratus.

Kaedah ini didapati berjaya meningkatkan penguasaan murid

Selain itu, Habsah bt Nan (2006), telah membuat kajian yang bertajuk Teknik Four Wifes And One Husband: Membina Ayat Penyata berdasarkan Gambar Tunggal Atau Bersiri. Hasil daripada kajian beliau ke atas 32 orang murid Tahun Lima Pintar di Sekolah Kebangsaan Beseri, Perlis mendapati bahawa pencapaian murid dalam kemahiran murid dalam membina lima ayat penyata berpandukan gambar atau gambar bersiri telah meningkat sebanyak 63 peratus.

Kesimpulannya, berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan ini, saya dapati banyak strategi dan kaedah yang boleh kita gunakan bagi membantu murid membina ayat. Kaedah penggunaan kata tanya dan gambar merupakan satu asas penting dalam mencungkil idea murid bagi membina sesuatu ayat. Selain itu, penggunaan teknik latih tubi amat berkesan dalam mengukuhkan kemahiran murid.

RUJUKAN Abdullah Hassan & Ainon Mohamad. (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: utusan Publications Abdullah Hassan (ed). (1987). Kesalahan Bahasa dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Arbak Othman. (1989). Nahu Bahasa Melayu. Petaling jaya:Penerbitan Fajar Bakti SDN. BHD. Azizah Othman & Samidon Abdullah. (2006). Meningkat Kemahiran Pelajar Membina Ayat Mudah dengan Struktur yang Betul dalam Bahasa Inggeris dengan Menggunakan Formula P/NVPA/PO/S2CD/OP3/AF2. Diakses pada 4 Jun 2013, daripada http://www.arjpnj.com/ktindak/files/binaayat.pdf Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Manual Kajian Tindakan (Edisi Ketiga). Putrajaya : BPPPDP, KM. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2005). Manual Kajian Tindakan.Kuala Lumpur : BPPPDP, KPM. Habsah Binti Nan. (2006). Teknik Four Wifes One Husband : Membina Ayat Penyata

Berdasarkan Gambar Tunggal atau Bersiri. Laporan penyelidikan yang tidak diterbitkan, Jurnal Kajian Tindakan Guru, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis. Iskandar Muda Ishak. (2005). Penggunaan Latih Tubi Berdasarkan Gambar Bagi Meningkat Pencapaian dan Kebolehan Murid Tahun 5 Membina Ayat Bahasa Inggeris. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Penyelidikan Tindakan IPBA, 17-19 April 2005 di Hotel Garudia, Medan, Indonesia. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. Masni Mohamad Saidi & Suen Sau Chun. (2003). Meningkatkan Kebolehan Membina Ayat Majmuk Tentang Sesuatu Topik dengan Teknik S-R 8W 1H. Diakses pada 27 Jun 2013, daripada http://www/. sribd.com/doc/25170188/Meningkatkan-KebolehanMembina-Ayat-Majmuk Tentang-Sesuatu. Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Nor Idayu. (2005). Meningkatkan Kebolehan Membina Ayat Bahasa Inggeris Melalui Latih Tubi Menggunakan Tafsiran Gambar dan Kata Kunci Bagi Murid Tahun 2. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005. Noresah Bt. Baharom (Ed). (2010). Kamus Dewan (Edisi Keempat). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Raminah Hj Sabran & Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti SDN. BHD.

You might also like