Pungutan Hasil Dari Sudut Pandangan Audit

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 30

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

PENGURUSAN HASIL: DARI SUDUT PANDANGAN AUDIT

OLEH: NOR APZAH MD ALI UNIT AUDIT DALAM PULAU PINANG JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

PENGENALAN
KITARAN PERAKAUNAN TERIMAAN KERAJAAN
PELANGGAN TERIMAAN KELUARKAN RESIT PENGAUDITAN

REKOD DI BUKU TUNAI REKOD DI BUKU TUNAI MASUKKAN BANK

PENGENALAN
APAKAH TERIMAAN? Mengutip dan menerima wang sama ada terimaan hasil atau bukan hasil yang diterima melalui kaunter, pos, bank, pungutan luar atau EFT. Terimaan hasil, amanah atau deposit adalah mengikut Akta dan peraturan yang dibenarkan dan senarai kadar hasil yang telah ditetapkan.

PENGENALAN
DEFINISI HASIL Semua jenis pendapatan yang diterima oleh Kerajaan dalam bentuk :

cukai, yuran, lesen, perkhidmatan yang diberikan, perolehan dari jualan barang, sewaan, perolehan dari pelaburan, denda dan hukuman, sumbangan dari luar negeri atau tempatan dan lain-lain.
Terkandung di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5/2004.

PENGENALAN
Jenis-jenis Pungutan/Cara Bayaran:
o Tunai o Cek o Wang Pos o Kiriman Wang o Bank Draf o EFT o Mata Wang Asing o Terimaan Secara Perbankan Internet Kad Kredit, Kad Debit.

PERUNTUKAN KEWANGAN
Perkara 96 Perlembagaan Persekutuan. Tiada pencukaian melainkan jika dibenarkan oleh undang-undang. Tiada cukai atau kadar boleh dilevikan oleh atau bagi maksud Persekutuan kecuali melalui atau di bawah kuasa undang-undang persekutuan.

UNDANG-UNDANG & PERATURAN KEWANGAN


Perlembagaan Persekutuan Akta Prosedur Kewangan 1957 (Disemak 1972) Arahan Perbendaharaan (AP) Pekeliling Perbendaharaan (PP) Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM)

KONSEP ASAS PERAKAUNAN


KUMPULAN WANG DISATUKAN

DEFINISI UMUM PENGAUDITAN


AUDITAN IALAH SATU PROSES PEMERIKSAAN YANG MEMBABITKAN PENGUMPULAN DAN PENILAIAN BUKTIBUKTI BAGI MEMBOLEHKAN JURUAUDIT MEMBUAT KEPUTUSAN BEBAS BERASASKAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN TERTENTU.

DEFINISI AUDITOR Merupakan satu badan bebas yang memberi kepastian dan khidmat perundingan secara objektif untuk menambah nilai dan mempertingkatkan tahap operasi dan kawalan pengurusan kewangan organisasi.

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

10

KONSEP PENGAUDITAN
Perlembagaan Persekutuan, Akta Acara Kewangan 1957, Arahan Perbendaharaan dan Pekeliling-pekeliling telah menetapkan peraturan dan garis panduan pengurusan kewangan dan mengikut Akta Audit 1957 auditan perlu dijalankan untuk menentukan kepatuhan, kawalan dalaman dan akauntabiliti.
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

11

KEWAJIPAN KEWANGAN
Arahan Perbendaharaan 53
Tanggungjawab Pegawai Pengawal : Memungut segala wang awam Menyimpan dengan selamat wang dipungut Mengakaun dengan betul Perwakilan kuasa hendaklah dengan Arahan Bertulis

KEWAJIPAN KEWANGAN
Arahan Perbendaharaan 138(b)(i)
Menjadi kewajipan Akauntan Negara dibawah arahan KSP bagi menjalankan penyeliaan ke atas penerimaan hasil Persekutuan dan mengambil langkah bagi memastikan hasil dipungut tepat pada waktunya.

KEWAJIPAN KEWANGAN
Arahan Perbendaharaan 80
Akauntan Negara/Bendahari Negeri hendaklah melaporkan kepada KSP dan Pegawai Kewangan Negeri apabila pemungut tidak mengakaun pungutan mengikut AP. Daftar hendaklah diselenggara di Perdendaharaan bagi maksud mengetahui jika ada apa-apa kelalaian di pihak Pemungut tentang mengakaunkan pungutanpungutannya. Menyemak semua catatan setiap hari.

KEWAJIPAN KEWANGAN
Arahan Perbendaharaan 90
Pegawai Perakaunan yang tidak memungut atau tidak mengakaun dengan sempurna apa-apa Wang Awam yang boleh diterima olehnya atau boleh menjadi tunggakan dengan tidak sepatutnya hendaklah dilaporkan oleh Akauntan Negara / Bendahari Negeri kepada KSP/Pegawai Kewangan Negeri.

PERANAN & TANGGUNGJAWAB


Tanggungjawab Pegawai Pengawal & Pemungut Hasil
Mematuhi Arahan Perbendaharaan ; AP 60 AP 91 dan AP 141 AP 150 meliputi aturcara: Pungutan Pembukuan Pengesahan & Penyesuaian Buku Tunai Terimaan Hasil dengan lejer JANM dan pejabat pembayar. Mempastikan hasil kerajaan; dipungut tepat pada waktunya direkod dengan betul dan sempurna

PERANAN & TANGGUNGJAWAB


Penurunan Kuasa

AP 11- Pegawai Pengawal


Kewajipan kewangan dan perakaunan bagi pegawai-pegawai bawahan mestilah dinyata dengan jelas dan bertulis, khususnya setakat mana mereka dibenarkan menjalankan tugas. Jika berlaku sesuatu luar aturan, Pegawai Pengawal sepatutnya boleh mengesan pegawai yang bertanggungjawab. Jika tidak, Pegawai Pengawal mungkin kena mengganti apa- apa kehilangan.

Arahan-arahan tetap kerja-kerja kewangan bagi jabatan perlu diluluskan oleh Pegawai Pengawal dan segala arahan tersebut adalah menjadi tanggungjawab Pegawai Pengawal.

PERANAN & TANGGUNGJAWAB


Penurunan Kuasa

AP

62(b) -

KEBENARAN BERTULIS KUASA MEMBATALKAN RESIT RASMI

Resit Rasmi hanya boleh diberi kuasa secara bertulis

dibatalkan

oleh

pegawai

yang

AP 69 -

KEBENARAN BERTULIS UNTUK MENERIMA WANG

Tiada seorang pegawai boleh menerima wang dalam apa jua bentuk terimaan kecuali diberi kebenaran khusus secara bertulis oleh Pemungut untuk berbuat demikian. Pemungut hendaklah menyelenggara suatu rekod mengenai kebenaran yang telah diberi.

PERANAN & TANGGUNGJAWAB


Penurunan Kuasa

AP 70(a) - KEBENARAN BERTULIS UNTUK MENULIS DAN


MENANDATANGANI RESIT

Resit Rasmi mestilah ditulis dengan berkarbon dua belah muka oleh pegawai yang menerima wang dan ditandatangani oleh pegawai yang lain.
Pengecualian kepada AP 70(a): (i) penggunaan sistem bermesin yang diluluskan bagi mengeluarkan resit. (ii) suatu bayaran tetap tercetak pada resit, lesen atau tiket (iii) pungutan luar. (iv) kekurangan pegawai serta mendapat kebenaran khusus daripada JANM.

PERANAN & TANGGUNGJAWAB


Penurunan Kuasa

AP 70(b) -PENYIMPANAN KUNCI MESIN MERESIT


Bagi sistem terimaan berkomputer yang melibatkan mesin meresit, kunci mesin tersebut perlu disimpan oleh pemungut sendiri atau pegawai kanan yang lain daripada operator atau juruwang.

Kawalan katalaluan dan kata pengenalan.

AP73 - KEBENARAN BERTULIS UNTUK MEREKOD PUNGUTAN


Pemungut hendaklah menyelenggara suatu rekod mengenai kebenaran memperakaun pungutan dalam Buku Tunai. Pegawai yang menerima pungutan tidak boleh merekodkan pungutan ke dalam buku tunai kecuali sebab-sebab tertentu-AP73(i &ii).

PERANAN & TANGGUNGJAWAB


Penurunan Kuasa

AP 80(b) - KEBENARAN BERTULIS UNTUK MENYEMAK BUKU TUNAI


Semua Pemungut adalah bertanggungjawab memastikan semua akaun mereka adalah betul. Pemeriksaan dan semakan perlu dilakukan tiaptiap hari ke atas semua catatan yang dibuat dalam Buku Resit Rasmi dan lesen, buku tunai dan buku-buku akaun yang lain atau laporanlaporan yang dijana secara elektronik.

SKOP SEMAKAN KKWT


Penyemakan Penyata KKWT tertumpu kepada audit pematuhan seperti berikut:

1. 2.

PENGHANTARAN PENYATA KKWT DALAM TEMPOH DITETAPKAN KEBENARAN MENGUTIP WANG / MENULIS, MENANDATANGANI DAN MEMBATALKAN RESIT / MEREKOD DAN MENYEMAK BUKU TUNAI

AP 145 (a)(b), AP 79(f)


AP 69, AP 70(a), AP 62(b), AP 73, AP 80(b) AP 60, AP 66(c), AP 67

3.

KAWALAN TERHADAP PENERIMAAN DAN PENGELUARAN STOK RESIT SERTA LAIN-LAIN DOKUMEN TERKAWAL

SKOP SEMAKAN KKWT


Penyemakan Penyata KKWT tertumpu kepada audit pematuhan seperti berikut: 4. PUNGUTAN DIBANKKAN DALAM TEMPOH DITETAPKAN 5. PEREKODAN DI RESIT / BUKU TUNAI / PENYATA PEMUNGUT AP 78

AP 62(a),
AP 63(a)(ii), AP 63(b), AP 72, AP 72A, AP 79(a), (b), (e), AP 144, AP 147

SKOP SEMAKAN KKWT


Penyemakan Penyata KKWT tertumpu kepada audit pematuhan seperti berikut: 6. PENYELIAAN KE ATAS RESIT / BUKU TUNAI / PENYATA PEMUNGUT AP 70(a), AP 62(b), AP 73, AP 80(b), (e) - Amaun yang

dibankkan dapat disahkan melalui cetakan bank / cop tarikh terima.

SKOP SEMAKAN KKWT


Penyemakan Penyata KKWT tertumpu kepada audit pematuhan seperti berikut: 7. MAKLUMBALAS PERTANYAAN PERBENDAHARAAN - Pertanyaan Perbendaharaan dijawab dalam tempoh yang ditetapkan (14 hari) - Tindakan diambil oleh Pejabat Pemungut untuk memastikan kuiri tidak berulang.

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2009


(petikan isu-isu penting)

PENEMUAN AUDIT NEGARA


Surat penurunan kuasa tidak diberikan kepada pegawai Ketidakpatuhan peraturan kewangan untuk urusan resit
Resit lewat dikeluarkan dan tidak diserahkan Resit tidak lengkap: tiada tarikh, kod hasil Pindaan pada resit Resit ditulis dengan tidak menggunakan karbon dua belah muka

Daftar borang hasil Kew 67 tidak disenggara Pelbagai jenis borang hasil yang belum digunakan tidak disimpan dengan selamat Daftar cek tak laku tidak disenggara Penyata KKWT bulanan tidak diserah dalam tempoh AP145 Pindaan pada buku tunai dan dokumen kewangan yang lain tidak mengikut garis panduan Pungutan lewat dibankkan Penyata Penyesuaian Hasil tidak disediakan

Pemeriksaan mengejut tidak dilakukan@tidak dilakukan dalam tempoh 6 bulan Pengurusan peti besi tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan
Kunci peti besi dan dan nombor kombinasi diketahui oleh pegawai yang sama Surat penurunan kuasa tidak diberikan kepada pemegang kunci dan pegawai yang mengetahui nombor kombinasi

PENGHARGAAN

TERIMA KASIH

You might also like