Laporan Reflektif Big Fasa 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

LAPORAN REFLEKTIF 2013

Laporan Aktiviti Ladap Guru Sebagai Insan Mulia

Seperti yang telah dirancang, pada hari Ahad, 21 April 2013, kumpulan kami dari PPG IPGKTB Pendidikan Islam kumpulan1(Kohort 1) seramai 26 orang telah menjalankan Program Bina Insan Guru Fasa 2 bersama 40 orang murid SK Bakap Indah,Sg.Jawi, Pulau Pinang. Mentor kami iaitu Puan Dr. Siti Aishah bt Ashaari dan Encik Rosdaud bin Ayob selaku jurulatih dari Unit Kokurikulum IPKTB turut bersama dalam program ini.

Alhamdulillah,tepat pukul 8.15 pagi, program ladap dijalankan di bilik mesyuarat SKBI.Sebelum memulakan sesi ceramah,bacaan doa telah disempurnakan oleh Ustaz Mohamad Sah bin Daing seterusnya ucapan aluan ketua kelas PPG PAI K1 iaitu saudara Uzair bin Abdul Aziz. Agenda seterusnya ialah ucapan ringkas Puan Noor Farizah bt Abdul Rahman selaku Guru Besar SKBI mengalukan kedatangan kami serta berharap semoga ia menjadi program yang berterusan nanti.

Penceramah undangan untuk sesi ini ialah Encik Mohd Shah bin Ramli,Guru Besar SK Teluk Medan yang juga guru besar cemerlang negeri Perak.Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada beliau kerana sudi memberi suntikan motivasi,katakata perangsang,idea-idea yang amat berguna untuk kami sebagai guru untuk meneruskan perjuangan yang tidak pernah selesai.

Beliau banyak memberikan kesedaran tentang peripentingnya keakraban antara guru dengan pelajar,peningkatan kemajuan diri dalam dunia ICT dan sebagainya.Saya seakan tercabar dan mengkaguminya apabila beliau memaklumkan opsyen beliau adalah pendidikan agama Islam ditambah lagi dengan kepakaran beliau dalam bidang ICT serta pencapaian sekolah yang beliau terajui.

Walaupun

semua

aktiviti

yang

dirancang

dapat

dilaksanakan

dengan

jayanya,tapi masih ada juga sedikit kepincangan dan pelbagai dalam melaksanakan

BINA INSAN GURU II (SEMESTER 4)

Page 1

LAPORAN REFLEKTIF 2013


aktiviti-aktiviti tersebut.Terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan dalam mengurus dan melaksanakan Program BIG Fasa 2 kali ini. Antara kekuatannya : 1. Walaupun pada mulanya Program ini hampir tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan masa dan tugasan tetapi demi murid-murid dan program yang telah dirancang. Semangat kerjasama guru dan peserta PPG yang tidak mengira masa dan tenaga akhirnya Program ini dapat dilaksanakan.Bak kata pepatah Berat sama dipikul ringan sama dijinjing 2. Pengalaman sedia ada guru juga membantu melaksanakan program ini dengan jayanya. 3. Perbincangan dan mesyuarat serta pembahagian tugas yang diamanahkan men jadi satu tanggungjawab kepada guru. 4. Kerjasama dan toleransi sesama rakan sebaya amat dititikberatkan. 5. Guru memerlukan ilmu dan motivasi yang baru dari setiap pencambahan serta perkongsian ilmu seperti dalam slot ceramah.

Antara kelemahannya : 1. Tidak mendapat sokongan sebahagian dari guru yang ada kotmitmen lain 2. Faktor cuaca yang tidak menentu menyebabkan aktiviti tidak dapat dijalankan dengan sempurna. 3. Kekangan masa dan komitmen tugas memerlukan pengorbanan dari peserta. 4. Masa yang terlalu singkat menyebabkan aktiviti yang dijalankan terpaksa terburuburu.

BINA INSAN GURU II (SEMESTER 4)

Page 2

LAPORAN REFLEKTIF 2013

Antara cadangan penambahbaikkan : 1. Cadangan masa yang lebih sesuai agar tidak bertindih masa dengan program lain. 2. Program yang dicadangkan hendaklah dirancang dengan lebih teliti dan teratur. 3. Menambah bilangan hari bagi menguruskan aktiviti kemasyarakatan 4. Pembahagian tugasan dan aktiviti dapat di rancang dengan lebih spesifik dan memudahkan guru memahaminya. 5. Mengadakan bengkel untuk percambahan ilmu kepada peserta 6. Slot yang lebih diperlukan seperti penggunaan dan pembinaan bahan bantu belajar dari ICT.

BINA INSAN GURU II (SEMESTER 4)

Page 3

LAPORAN REFLEKTIF 2013


ANALISA SWOT :

Kekuatan (S) S1 Guru yang sedia ada berpengalaman mengadakan program LDP. S2 Pelarasan tugas yang disediakan membantu guru untuk melaksanakan tugas mereka. S3 Persediaan bahan yang mencukupi. S4 Menyediakan laporan

Kelemahan (W) W1 Sikap guru yang tidak berminat dengan program sekolah.Ramai yang ada kotmitmen lain. W2 Tugas yang diberikan tidak jelas. W3 Peruntukan kewangan tidak mencukupi. W4 Murid tidak berminat untuk hadir program sekolah kerana telah ada program sebelum ini.

Peluang(O) O1 Hubungan yang baik antara guru dan pentadbir. O2 Sokongan moral dan kewangan . O3 Bantuan peruntukkan dari sumber lain. O4 Murid-murid tinggal di sekitar kawasan sekolah.

Ancaman (T) T1 Ibu bapa masih menganggap aktiviti Ko kurikulum tidak penting. T2 Faktor cuaca yang tidak menentu sukar untuk merancang aktiviti. T3 Program yang bertindih dengan pihak luaran mengganggu perancangan aktiviti

BINA INSAN GURU II (SEMESTER 4)

Page 4

LAPORAN REFLEKTIF 2013

Laporan Aktiviti Gotong Royong

Pada hari Ahad, 21 April 2013, kumpulan PPG IPGKTB Pendidikan Islam Kohort 1 telah menganjurkan aktiviti gotong royong di Sekolah Kebangsaan Bakap Indah. Aktiviti ini merupakan salah satu daripada aktiviti berbentuk kemasyarakatan yang kami rancangkan bagi melengkapkan kursus Bina Insan Guru (BIG) untuk peringkat yang kedua. Pada semester ini kami perlu menjalankan dua slot. Slot yang pertama ialah ceramah manakala slot yang kedua adalah slot aktiviti kemasyarakatan. Tujuan aktiviti gotong royong ini bukan sekadar untuk memenuhi tuntutan terhadap kursus BIG tetapi secara tidak langsung dapat memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan dan seterusnya dapat mengeratkan silaturahim antara kami dan juga warga SK Bakap Indah.

Pada pukul 08.00 pagi semua guru-guru PPG Pendidikan Islam K1 telah berkumpul di SK Bakap Indah. Program ini juga telah dihadiri oleh Pn Noor Hafizah Bt Abdul Rahman iaitu Guru Besar SK Bakap Indah, guru-guru penolong kanan, guru-guru serta murid-murid SK Bakap Indah. Kami juga amat berbesar hati kerana program ini juga turut dihadiri oleh pensyarah pembimbing iaitu Encik Rosdaud bin Ayub dan juga mentor kami iaitu Puan Dr.Siti Aisyah bt Ashaari. Gotong royong ini berfokus kepada keceriaan dan kebersihan kawasan sekitar koridor pentadbiran, menambahbaik bilik mesyuarat serta menceriakan surau sekolah. Kami telah merancang beberapa aktiviti seperti membersihkan kawasan longkang, menampal carta-carta, menceriakan mural yang telah sedia ada serta melukis mural baru pada dinding surau sekolah dan laluan pejabat sekolah.

Aktiviti gotong royong telah bermula pada pukul 10.30 pagi. Sebelum memulakan aktiviti kami telah diberi taklimat ringkas oleh Pn. Salmiah Bt Mohd Zain, iaitu ahli kumpulan kami yang mengajar di SK Bakap Indah. Semua guru dan murid telah di bahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil dan kawasan-kawasan tertentu beserta
BINA INSAN GURU II (SEMESTER 4) Page 5

LAPORAN REFLEKTIF 2013


tugas masing-masing. Murid-murid telah ditugaskan untuk membersihkan kawasan seperti koridor dan juga longkang-longkang di tepi bilik darjah. Kumpulan guru-guru perempuan ditugaskan untuk menceriakan mural yang telah sedia ada serta mengecat semula mural yang telah pudar di dalam surau sekolah. Kumpulan guru lelaki pula telah ditugaskan untuk melukis mural di dinding bilik pentadbiran yang bertajuk Selamat Datang ke SK Bakap Indah.

Setiap kumpulan dibekalkan dengan peralatan-peralatan yang diperlukan seperti penyapu, penyodok sampah, berus, cat, surat khabar lama dan pallet. Setiap kumpulan menunjukkan komitmen yang padu untuk menyelesaikan tugas masing-masing. Murid murid SK Bakap Indah juga telah memberikan layanan yang amat baik walaupun mereka tidak pernah berjumpa dengan kami sebelum ini. Mereka telah memberi kerjasama yang baik apabila diminta bantuan daripada kami guru-guru PPG bagi melakukan sesuatu tugasan. Demikian juga pihak pentadbir terutamanya Pn Noor

Hafizah yang sentiasa memantau dan memberi sokongan sepanjang kami melakukan aktiviti gotong-royong.

Pada mulanya kami berasa tidak ada keyakinan untuk membuat mural. Seperti kata pepatah Seperti Tikus Membaiki Labu, mampukah kami melakukan sesuatu yang berseni seperti membuat mural dan mengecat. Walau bagaimanapun selepas tiga jam bertungkus lumus menyiapkan tugas masing-masing, akhirnya kami berjaya

menceriakan kawasan sekolah itu khususnya di dinding-dinding bangunan sekolah dengan mural yang telah dihasilkan oleh kami . Keadaan mural yang sebelumnya pudar dan kurang bermaya nampak lebih menarik dan ceria.

Aktiviti gotong-royong selesai pada pukul 1.30 petang. Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat kerana telah memberi kerjasama yang baik.Kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua warga SK Bakap Indah kerana telah sudi menerima kedatangan kami untuk melaksanakan program BIG fasa kedua.

BINA INSAN GURU II (SEMESTER 4)

Page 6

LAPORAN REFLEKTIF 2013


LAPORAN SELEPAS PROGRAM

Setelah selesai program bergotong-royong, kami mengemas segala peralatan seperti tin cat, mencuci berus cat dan membuang sampah. Segala peralatan seperti vakum penyapu dan lain-lain peralatan yang digunakan disimpan di stor,

AJK Laporan membuat post mortem dan menghantar laporan .Laporan Penilaian Selepas perkhemahan adalah seperti berikut; Laporan/ Masalah Selepas gotong-royong .

kepada setiausaha

1. Isu / Masalah Semasa gotong-royong membuat mural dan mengecat kawasan yang telah ditetapkan, 1.2. Analisis i. Kekuatan - pelajar dapat menjalankan gotong-royong bersama-sama guru PPG - pelajar tahu tugas masing-masing. - menyemai semangat bekerjasama. - menyemai perasaan cintakan kebersihan dan keceriaan kawasan - memahirkan diri dalam penulisan khat dan melukis dan mewarna mural - mewujudkan hubungan mesra antara pelajar dengan guru-guru PPG dan guru-guru sekolah yang terlibat.

BINA INSAN GURU II (SEMESTER 4)

Page 7

LAPORAN REFLEKTIF 2013

ii. Kelemahan Tidak semua pelajar yang dijemput hadir, kerana mereka telah pun terlibat dengan kursus yang dianjurkan oleh pihak sekolah pada 20 April (semalam) ,

Peralatan untuk mengecat adalah tidak dibahagikan kepada tiga bahagian.

mencukupi kerana telah pun

Masa tidak mencukupi untuk menyiapkan keseluruhan projek mural yang telah ditetapkan. Projek ini akan disambung oleh pihak panitia Agama Islam SK. Bakap Indah.

Ramai di kalangan kami kurang kreatif dalam melukis terutamanya menulis tulisan khat jawi, jadi kami hanya mampu mewarnakannya sahaja.

iii. Cadangan dan Penambahbaikkan. Urusetia perlu mengambil kira masa dan tarikh supaya tidak mengganggu waktu cuti murid dalam menjalankan aktiviti BIG ini. Pihak pengurusan menyediakan barang-barang keperluan yang mencukupi pada masa akan datang. Tempoh masa untuk menyiapkan projek mural perlu dilanjutkan agar apa yang dipertanggungjawabkan siap pada masa yang sesuai.

Disediakan oleh: Noor Zulfatul Zahiah binti Abdul Karim Zannuraini binti Yasoa BINA INSAN GURU II (SEMESTER 4) Page 8

You might also like