Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Terima kasih peneraju acara, dif-dif kehormat berkarisma, panel juri teguh

saksama dan seluruh warga dewan berbahagia. Salam 1Malaysia. Sumbangan Kerajaan Turki Uthmaniyah Kepada Dunia Islam merupakan tajuk pidato saya pada hari ini. Sidang hadirin bervisi. Kerajaan Uthmaniyah merupakan salah satu kerajaan Islam yang telah berjaya membentuk empayar yang luas dan ia merupakan sebuah kerajaan yang menyatupadukan umat Islam global. Jelaslah Kerajaan Utmaniyah bertahan selama 600 tahun sebagai empayar Islam. Kerajaan Uthmaniyah telah banyak menyumbang kepada dunia Islam dalam pelbagai aspek. Aspek menjadi mauduk yang ingin saya rungkaikan adalah dari perundangan, ekonomi dan sosial. Dalam aspek perundangan, Suleiman I telah memperkenalkan Kanun Suleiman untuk mempertahankan dan membela nyawa, harta, srta kehormatan individu pelbagai bangsa dan agama. Selain itu, jawatan Kadi dan Mufti dijadikan sebahagian daripada organisasi dan pentadbiran perundangan Islam. Jawatan Sheikh-ul-Islam ( ketua ulama )telah diperkenalkan untuk mengeluarkan fatwa dan fatwa-fatwa tersebut telah menjadi aspek penting dalam perundangan Islam masa kini. Sidang penonton penuh santun, Dari segi aspek ekonomi, kerajaan Uthmaniyah berjaya membentuk Jalinan Perdagangan Dunia Islam yang besar berpusat di Istanbul. Hal ini demikian kerana, kedudukan Istanbul yang strategik menjadikan bandar itu sbuah bandar perdagangan antara Dunia Islam dengan Dunia Bukan Islam. Maka jelaslah Istanbul menjadi kota perdagangan timur dan barat. Oleh itu, Jalinan perdagangan Kerajaan Turki Uthmaniyah meliputi pelabuhanpelabuhan di sepanjang Laut Tengah, Laut Merah, Laut Hindi , dan Laut Mediterranean. Tambahan juga, dalam aspek sosial, kerajaan Uthmaniyah telah memperkenalkan pembaharuan di kawasan Balkan di Eropah. Sebelum kedatangan Islam, sistem bangsawan yang berasaskan keturunan dalam susun lapis masyarakat telah diamalkan. Di eropah, kerajaan Turki Uthmaniyah telah memperkenalkan sistem yang menggalakkan kecemerlangan individu dan kesannya, pembahagian masyarakat Eropah bergantung kepada hasil usaha individu. Fenomena ini telah mewujudkan mobiliti social yang lebih luas dalam masyarakat Eropah. Anak dara menumbuk pandan, Membuat kuih hidangan kenduri; Ilmu yang baik jadikan teladan, Segala yang buruk letak ke tepi. Sekian wabillahiitaufik wahidaya wasaalamualaikum warahmatuhwiwabarakatuh

You might also like