KERTAS KERJA Panitia Bahasa Melayu, Eksplorasi Bahasa

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

KERTAS KERJA ________________________________________________________________

PROGRAM KEMBARA BAHASA


________________________________________________________________ TARIKH : 4 JULAI 2013 TEMPAT : DEWAN TERBUKA, S.K TOH TANDEWA SAKTI ANJURAN : Panitia Bahasa Melayu S.K Toh Tandewa Sakti, Tapah

DENGAN KERJASAMA : PIBG Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti, Tapah

1.0

TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan bertujuan untuk menjalankan satu projek yang melibatkan warga sekolah bagi memenuhi syarat internship semester lapan, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian peringkat rendah. 2.0 PENGENALAN

Sistem Bahasa merupakan sebahagian komponen yang terdapat dalam sukatan kurikulum KBSR Sekolah rendah. Setiap komponen ini perlu dikuasai oleh murid. Sistem Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa. Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan sintaksisi manakala aspek kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah yang terdapat dalam mata pelajaran lain. Corak dan budaya pembelajaran di dalam bilik darjah menjadi kebiasaan bagi murid dan suasana ini kurang merangsang minat dan kehendak naluri mereka. Pada peringkat 7 hingga 12 tahun, kanak-kanak bertindak aktif dan naluri suka bermain. Namun cabaran untuk mendidik golongan ini memerlukan kreativiti dan teknik yang menarik. Program Eksplorasi Bahasa ini merupakan aktiviti yang menggabungkan dua elemen iaitu bermain sambil belajar disamping menjadi platform kepada pencapaian kendiri murid selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Sifat kepimpinan juga dapat dipupuk dalam aktiviti berkumpulan dengan melihat kerjasama yang diberikan setiap murid bagi menjayakan aktiviti yang dijalankan.

3.0

JUSTIFIKASI

Sistem bahasa merupakan tunjang dalam Bahasa Melayu. Penguasaan sistem bahasa yang baik mampu meningkatkan kefasihan dan kemampuan untuk menuturkan bahasa Melayu dengan betul. Pembelajaran secara menarik berbentuk permainan dapat meningkatkan minat untuk mempelajari dan menguasai bahasa Melayu sekaligus merubah situasi belajar iaitu belajar kerana minat dan bukan kerana terpaksa.

4.0 I. II. III. IV.

OBJEKTIF Memenuhi syarat internship Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian Semester 8. Meningkatkan minat murid terhadap bahasa Melayu Melazimi konsep pendidikan dalam permainan Memupuk semangat setiakawan dan kerjasama dalam kalangan murid

5.0

TARIKH, MASA & TEMPAT PROGRAM Tarikh Tempat Program : 4 Julai 2013 : S.K Toh Tandewa Sakti

6.0

PESERTA Semua murid tahap 2 (tahun 4,5, dan 6) Anggaran 150 orang murid.

7.0

JAWATANKUASA PROGRAM Penaung: Tuan Haji Mad Saad Bin Sroman (Guru Besar S.K. Toh Tandewa Sakti ) Penasihat: Puan Hajah Zuraidah binti Jaafar (GPK Pentadbiran) Pengerusi : Puan Norharliza binti Ahmad Shahar (Ketua Panitia Bahasa Melayu) Naib Pengerusi : Puan Norhayati bt Mahjuddin Setiausaha : En. Mohammad Yusof bin Abdul Latip Naib Setiausaha : En. Mohd Azizee bin Harun Bendahari : Puan Noor Zariyah bt Zainol AJK :

Hadiah dan Cenderahati Puan Noor Zariyah bt Zainol Alatan En. Hilaluddin Sabri bin Ibrahim Dokumentasi Puan Arbaayah bt Ariffin

Makanan Puan Sumty bt Sudin Persiapan Tempat Puan Che Suzana bt Hashim

8.0

TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran 1 9.0 ANGGARAN BELANJAWAN

PERKARA Kad manila Kad Mounting

BILANGAN 6 6 2 1 1 rim 70 helai 50 helai 10 3 meter 2 JUMLAH

Harga per unit RM0.60 RM3.00 RM1.70 RM2.00 RM10.00 RM0.80 RM1.00 RM3.00 RM3.00 RM5.50

JUMLAH RM3.60 RM18.00 RM3.40 RM2.00 RM10.00 RM56.00 RM50.00 RM30.00 RM9.00 RM11.00 RM 197.00

Gunting Gam Kertas A4 Laminate Kertas Glossy Pen Marker Plastik Pembalut Pelekat Kertas (Tack)

10.0

PENUTUP

Diharapkan program Kembara Bahasa ini sedikit sebanyak dapat membantu muridmurid untuk mengingati semula pembelajaran yang telah dipelajari dengan aktiviti yang berkonsepkan permainan. Selain itu, diharapkan juga program ini dapat memberikan satu impak yang positif kepada murid-murid dan seterusnya kepada pencapaian prestasi sekolah.

Disediakan Oleh:

_________________________ (MOHAMMAD YUSOF BIN ABD LATIP) Setiausaha, Program Kembara Bahasa, Sekolah Toh Tandewa Sakti, Batang Padang, Perak.

Disemak Oleh:

_____________________ (PUAN NORHARLIZA BINTI AHMAD SHAHAR) Ketua Panitia Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti, Batang Padang, Perak.

Disahkan Oleh,

_____________________

(TUAN HAJI MAT SAAD BIN SROMAN) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti, Batang Padang, Perak

Lampiran 1 TENTATIF PROGRAM

1.00 tengah hari 1.30 tengah hari 1.50 tengah hari 2.00 petang 2.10 petang 2.30 petang CP1 CP2 CP3 CP4 CP5 CP6 3.30 petang 3.40 petang 4.00 petang : : : : : :

: : : : : :

Makan, persiapan diri, Solat Zohor berjemaah berkumpul di dewan terbuka taklimat bersama guru bahasa Melayu taklimat murid kembara bahasa , regangan badan acara bermula

Dewan sebelah kantin (simpulan bahasa) Bilik J-QAF (kata ganda) Pra sekolah (kata hubung) Makmal sains (penjodoh bilangan) Dewan terbuka (tanda baca) Kelas 1 Ikhlas (antonim) : : : berkumpul di dewan terbuka sesi refleksi bersurai

You might also like