Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 11

1

1.0

Pengenalan

Sektor pelancongan merupakan antara sektor yang paling berkembang pesat bukan sahaja di negara-negara maju, bahkan di negara-negara Asia Tenggara yang sedang membangun seperti Malaysia (Habibah, 1994). Disamping menjadi sumber pendapatan bagi penduduk tempatan, industri pelancongan secara tidak langsung turut menjadi sumber pendapatan penting bagi negara. Berdasarkan laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), dianggarkan hasil

pendapatan daripada industri pelancongan negara bertambah sebanyak 67.1 peratus daripada RM31.9 bilion pada tahun 2005 kepada RM53.4 bilion pada tahun 2009. Kedatangan pelancong juga memperlihatkan pertambahan dari 42.8 peratus ke 23.6 juta orang pada masa yang sama. Dari segi penambahan nilai pula, industri pelancongan menyumbang sebanyak RM13.1 bilion atau 4.4 peratus peningkatan KDNK pada tahun 2009. Disamping itu, industri ini juga memberi rakyat 763,200 pekerjaan secara langsung dan ini mewakili 7.1 peratus daripada keseluruhan pekerja di negara ini pada tahun 2008 . Pada hari ini, Malaysia mencapai kedudukan yang kukuh dalam pelancongan global, dimana Malaysia merupakan negara ke-9 yang paling banyak dikunjungi di dunia dan memperoleh RM1 bilion penerimaan daripada pelawat asing setiap minggu. Menyedari kelebihan dan kedudukan kukuh yang dimiliki negara dalam industri pelancongan pada peringkat global, kerajaan bersama-sama dengan sektor swasta dilihat begitu komited untuk memajukan lagi sektor ini untuk manfaat seluruh rakyat khususnya. Melalui pembangunan pelancongan pula, ianya memberikan kesan positif terutamanya bagi lokasi-lokasi pelancongan negeri, hal ini kerana, dengan kemajuan bandar-bandar pelancongan ini, ianya dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan infrastruktur kawasan pelancongan yang dinaiktaraf selaras dengan kedatangan dan pertambahan pelancong luar mahupun domestik. Melalui aktiviti pelancongan juga, Malaysia turut dapat meningkatkan hubungan dua hala di antara Malaysia dan negara asal pelancong.

Terdapat pelbagai jenis pelancongan di Malaysia antaranya pelancongan warisan dan kebudayaan, pelancongan eko dan agro, pelancongan sukan, pelancongan kesihatan, pelancongan rohaniah, pelancongan pendidikan dan pelbagai jenis pelancongan lain. Meskipun terdapat pelbagai jenis pelancongan, namun kesemuanya masih berkisarkan kepada menikmati alam semulajadi dan budaya baru tanpa merosakkannya, sebaliknya membantu kawasan yang dikunjungi (SGS, 1996). Dalam perbincangan ini, pelancongan eko dan agro atau pelancongan ekologi, disebut juga sebagai ekopelancongan merupakan cabang ekonomi yang semakin diketengahkan. Meskipun agak baru diperkenalkan di Malaysia, ekopelancongan telah diberi perhatian dan mula dibangunkan dalam Rancangan Malaysia Ketujuh dan Rancangan Malaysia Kelapan. Berdasarkan kepada pemerhatian dan kesan pembangunan awal pelancongan di negara ini yang dilihat menimbulkan kesan terhadap alam, perhatian kini beralih kepada pelancongan ekologi yang kurang impaknya terhadap alam sekitar. Hari demi hari ekopelancongan dilihat kian memberi pulangan yang besar, bukan sahaja dari bagi ekonomi Negara, malah ianya turut melibatkan ekonomi penduduk setempat. Perkataan ekopelancongan berasal dari perkataan Inggeris iaitu ecotourism, yang mana umumnya berkisarkan kepada pengembaraan alam sekitar yang bertujuan menikmati dan menghayati pengalaman alam semulajadi dan kebudayaan (Weaver, 2001). Menurut CeballosLascurain (1996) juga, ekopelancongan adalah perjalanan dan lawatan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar kepada kawasan semula jadi untuk menikmati dan menyedari akan sifatsifat semula jadi (termasuk sifat-sifat kebudayaan kini dan lalu), menggalakkan pemuliharaan alam sekitar, membawa kesan yang rendah serta membolehkan penglibatan masyarakat tempatan di dalam aktiviti sosio-ekonomi yang positif. Jelas bahawa, ekopelancongan juga merupakan satu bentuk pelancongan yang mengoptimakan penggunaan alam sekitar menerusi pengolahan dan manipulasi sumber yang memberi impak minima terhadap alam semulajadi sebagai daya tarikan pelancong.

2.0

Isu-isu Pembangunan Pelancongan Ekologi

Bagi melaksanakan pembangunan pelancongan ekologi ini, kerajaan dan pihak-pihak pemaju industri pelancongan yang terlibat telah menyediakan pelbagai kemudahan bagi pengunjung yang ingin merasai suasana percutian berasaskan alam sekitar ini. Dalam hal ini, penekanan yang lebih besar akan diberikan terhadap pemuliharaan tarikan semula jadi seperti pusat perlindungan haiwan liar, taman negara, tanah tinggi dan tidak ketinggalan, pulau-pulau yang terdapat di Malaysia. Pembangunan ataupun sebarang rekabentuk kemudahan seharusnya mempunyai ciri-ciri mesra alam, ringkas dan konsisten dengan pemandangan alam semulajadi tanpa mendatangkan kesan gangguan disamping mampu meningkatkan pengalaman pelancong dan praktikal dalam menawarkan sumber dan produk pelancongan. Dalam memajukan industri ini, kelihatan pelbagai acara dan aktiviti turut disediakan supaya pelancong boleh menyertai pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan alam semula jadi. Bagi menarik lebih ramai pelancong, aktiviti sukan lasak ekopelancongan juga dianjurkan. Kemudahan-kemudahan lain turut dibina, antaranya pembinaan jalanraya serta jaringannya yang tidak terkecuali dan semakin berkembang juga adalah diantara kesan dari pemesatan industri eko-pelancongan ini. Ini adalah bagi memudahkan kawasan tersebut diakses oleh pelancong yang datang ke kawasan pelancongan. Kemudahan pelancongan seperti pusat maklumat dan penerangan serta kemudahan awam turut disediakan dan dinaik taraf.

Namun begitu, dalam pada kerajaan memulihara tarikan semula jadi seperti mana yang dinyatakan, pembangunan rumah-rumah penginapan pelancongan juga adalah antara infrastruktur yang giat dibangunkan, tidak kira sama ada di pesisir pantai mahupun di kawasan hutan lindungan. Sebagai contoh, pembangunan resort di Taman Negara Pahang, dimana fasiliti

penginapannya telah pun termasuk dalam klasifikasi resort empat bintang, dan ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya.

3.0

Prinsip Ekologi dalam ekopelancongan

Apabila memperkatakan tentang ekopelancongan, kita tidak boleh lari dari turut memperkatakan tentang prinsip-prinsip ekologi yang terkandung di dalamnya. Ini kerana, perkataan ekologi itu sendiri memberi erti alam sekitar di mana istilah perkataan ekologi ini berasal daripada perkataan Greek, dimana oikos yang bermaksud habitat manakala logos yang bermaksud kajian. Maka, istilah ekologi itu membawa erti kajian mengenai interaksi diantara organisma dengan persekitaran bukan hidup dan bagaimana interaksi ini menentukan keterlibatan setiap organisma itu. Selain itu, industri ekopelancongan ini adalah satu pelancongan yang melibatkan alam sekitar dimana, seperti diketahui umum, alam sekitar itu di dalamnya terkandung beberapa komponen yang membentuk ekosistem. Apabila menceritakan tentang ekologi, kita tidak terlepas juga dari membahaskan komponennya, iaitu faktor abiotik dan biotik. Faktor abiotik disini contohnya adalah seperti suhu, air, kelembapan, cahaya, serta topografi sesebuah kawasan. Sekadar menyebutkan beberapa contoh, ini dapat dijelaskan berdasarkan pemerhatian terhadap tasik-tasik, sungai, persekitaran perbukitan, suhu yang sejuk seperti di Cameron Highland atau Bukit Fraser mahupun kelembapan tanah tanih kawasan pelancongan. Manakala bagi faktor biotik pula, ianya terdiri daripada makhluk hidup seperti manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan serta mikroorganisma lain. Dalam konteks ini, kita boleh memberikan contoh, pelancong yang hadir ke kawasan tersebut adalah sebahagian dari komponen biotik. Alam semulajadi juga berkait rapat dengan tingkat-tingkat organisasi makhluk hidup, populasi, komuniti, serta ekosistem yang saling mempengaruhi dan merupakan suatu sistem yang menunjukkan kesatuan serta saling tindak balas dalam kitar masing-masing. Kewujudan rantaian makanan yang berterusan yang dapat dilihat dikawasan-kawasan hijau menandakan kepelbagaian hidupan. Justeru, apa yang dapat difahami adalah, pelancongan ekologi adalah

pelancongan yang berkisarkan alam semulajadi dan sudah semestinya aspek ekologi dan biologi ditekankan dalam industri ini.

Gambar 1: Taman Negara, destinasi ekopelancongan terkenal dunia

4.0

Impak Ekologi

Malaysia khususnya merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai aset semulajadi yang menjadikannya sesuatu yang bernilai, mapan dan berpotensi besar bagi suatu jangka masa yang panjang. Keindahan-keindahan alam seperti tasik, paya bakau, gua batu kapur, air terjun, pulaupulau, hidupan liar merupakan antara elemen alam semulajadi yang boleh diperoleh di negara ini. Namun demikian, wujud kebimbangan terhadap masa depan ekopelancongan di negara ini memandangkan banyak tapak ekopelancongan di negara ini telah terlalu banyak digunakan, Beberapa contoh kawasan pelancongan eko yang dikenalpasti ini yang terkenal

adalah Wang Kelian di Perlis yang terkenal dengan batu kapur, gua dan hutan, Tasik Kenyir yang terkenal dengan aktiviti berperahu dan memancing, Pulau Kukup di Johor (bakau, hidupan liar, dan makanan laut), liar), Pulau Redang di Sungai Kinabatangan di Sabah (monyet proboscis dan hidupan Terengganu (ikan, terumbu karang dan alam sekitar

marin yang menarik), Pulau Sipadan di Sabah (ikan, terumbu karang dan alam marin yang terindah) dan tarikan terbaru adalah hutan paya bakau Matang di Perak. Ekopelancongan mungkin mempunyai asasnya yang tersendiri dalam etika pemuliharaan, namun lonjakan populariti bidang ini yang memberikan manfaat ekonomi negara-negara membangun yang mula mengiktiraf pelancongan berasaskan alam semulajadi yang menawarkan cara untuk mendapatkan wang dengan eksploitasi yang relatif serta pengektrakan sumber alam telah membawa kepada perkembangan global aktiviti-aktiviti pelancongan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Selari dengan pemesatan industri pelancongan juga, wujud impak yang ketara yang timbul dari aktiviti pelancongan, ini termasuklah impak dari aspek sosio-ekonomi, dan sudah tentulah yang paling penting adalah dari aspek ekologi alam sekitar. Sebagai contoh, apabila sesebuah kawasan pelancongan dibangunkan, dan industri ekopelancongan menggariskan pelbagai tata cara berhubung dengan penjagaan dan kemestian sesuatu projek ekopelancongan itu mngekalkan kemandirian alam sekitar, kita tidak boleh lari daripada pembangunan yang mampu mengorbankan kawasan sekitarnya. Dengan pertambahan pelancong saban tahun melalui pelancongan eko ini, pembangunan kawasan pelancongan semakin ketara dan ini dapat dilihat apabila rumah-rumah penginapan pelancongan giat dibangunkan, lebih-lebih lagi apabila ianya dibina dikawasan hutan yang dilindungi, hutan perlu ditebang dan ini akan menyebabkan kepupusan pokok-pokok yang berharga seperti jati, keruing, merbau, cengal, sertang dan pelbagai pokok spesies lain. Mengikut Lee (2007), didalam tesis beliau kajian kes mengenai kesan pembangunan ekopelancongan di Cameron Highlands, beliau menyatakan bahawa pembangunan yang tidak terkawal di Cameron Highlands bukan sahaja mendatangkan kesan, malah juga turut menjejaskan pelancongan di Cameron Highlands kerana sejumlah kawasan hutan semakin berkurangan. Melalui data yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Cameron Highlands pada tahun 2002 menunjukkan, pada tahun 1993, terdapat 77.5 peratus kawasan di Cameron Highlands adalah kawasan hutan, namun pada tahun 2002, hanya 54.2 peratus kawasan di Cameron Highlands

adalah kawasan hutan, ini menunjukkan pengurangan sebanyak 23.3 peratus jumlah kawasan hutan daripada jumlah yang ada. Umum sedia maklum, apabila penebangan dan pembukaan tanah dilakukan oleh pemaju, ianya akan menyebabkan banyak spesies flora dan fauna turut musnah. Di Cameron Highlands misalnya, tumbuhan seperti paku-pakis, periuk kera, orkid liar semakin berkurangan. Dalam jangka masa panjang, kehilangan litupan hutan dan biodiversiti ini akan menjejaskan aktiviti pelancongan dimana situasi ini menimbulkan perasaan yang tidak senang dikalangan pelancong dengan pemandangan hutan yang semakin berkurangan. Kehijauan alam semulajadi dan keunikan biodiversiti ini merupakan aset utama yang merupakan sumber tarikan utama yang menarik pelancong ke Cameron Highlands, justeru, adalah menjadi kerisauan sekiranya aktiviti pembangunan terus dilakukan di sekitar Cameron Highlands. Selain itu, demi memudahkan dan memberikan keselesaan kepada pengunjung, pada hari ini, tapak-tapak ekopelancongan ini kebanyakannya disediakan dengan rumah-rumah penginapan, rumah-rumah penginapan atau peranginan ini sudah pastilah menjalankan operasi mereka setiap hari dan turut menghasilkan sisa domestik dari operasi. Oleh yang demikian, pengoperasian rumah penginapan ini boleh menimbulkan pencemaran sekiranya hasil buangan dapur, kumbahahan dan sebagainya tidak diurus dengan baik. Ini akan mencemarkan kawasan sedia ada. Sikap pelancong yang kurang menitikberatkan tahap kebersihan kawasan pelancongan juga dikhuatiri mampu menjejaskan keindahan alam sekitar di kawasan pelancongan. Ini termasuklah membuang sampah merata-rata, mengambil hasil hutan sesuka hati, dan pelbagai kesalahan lain yang boleh mendatangkan kerosakan kepada alam sekitar. Seterusnya kesan ekopelancongan juga dilihat bukan sahaja pada hutan-hutan, kehijauan, mahupun apa sahaja tumbuh-tumbuhan yang ada, kesan yang ketara juga melibatkan fauna-fauna yang wujud di kawasan pelancongan yang dibangunkan. Tidak kira bagaimana berhati-hatinya pencinta alam semula jadi dan ecotourists bergerak dalam hutan, para saintis tetap menegaskan bahawa apa-apa campur tangan manusia, ianya boleh memberi kesan yang mampu menjejaskan fauna atau hidupan liar yang ada.

Dalam satu kajian hutan California dilindungi, ahli-ahli sains telah menunjukkan bukti bahawa aktiviti hiking, wildlife-watching, dan aktiviti berimpak rendah yang setara turut mempunyai kaitan dengan kejatuhan mendadak sebilangan haiwan karnivor seperti Bobcats dan Koyote. Hal ini kerana, sebarang aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung mampu menakutkan fauna, mengganggu pemakanan dan habitat mereka sama dengan sedar atau tanpa disedari. Bagi ekopelancongan pantai atau tasik-tasik pula, kesan yang dihadapi juga tidak kurang dari kesan yang dialami hutan-hutan. Pembinaan resort-resort disekitar pantai turut sama mengganggu flora dan fauna di kawasan ini, dengan saluran kumbahan yang dibuang terus ke badan air dari premis-premis pelancongan yang dibina akan menyebabkan pencemaran, dengan pembangunan tersebut juga telah menyebabkan kehilangan habitat untuk penyu bertelur, gangguan semasa penyu bertelur, mengakibatkan hakisan pantai, kelimpahan cahaya lampu dari hotel dan kemudahan pelancongan serta pencemaran pantai. Kesemua faktor ini juga dilihat telah menjejaskan populasi pendaratan penyu di Semenanjung Malaysia. Kesan dari ekopelancongan juga turut melibatkan taman-taman marin, dimana di kawasan taman marin juga pembangunan giat dijalankan sehingga menyebabkan runoff nutrient yang menjadi ancaman besar kepada terumbu di taman-taman laut terutamanya bagi yang terletak berhampiran pusat tumpuan. Aktiviti bot pelancong serta aktiviti selam seharusnya dikawal kerana dikhuatiri dapat menimbilkan kerosakan pada terumbu karang disebabkan oleh sauh, pembuangan sampah oleh pelancong. Selain itu, pembangunan pulau juga membawa kepada pemendapan pada terumbu karang. Pemendapan pada kadar kepekatan yang tinggi boleh membunuh koloni karang serta mengurangkan jarak penglihatan air. Justeru, aktiviti penyelaman dalam jangka masa yang panjang adalah tidak digalakkan. 5.0 Ciri Ekologi yang seharusnya diambil kira

Meskipun kesan-kesan dari pembangunan industri ekopelancongan sudah diperjelaskan, namun terdapat beberapa ciri yang harus diambil kira dalam memulihara alam. Disamping menjana pendapatan hasil dari pelancongan, pemaju seharusnya mempromosikan etika alam sekitar yang

positif dengan menitikberatkan perilaku pelancong yang diingini yang dapat menyokong usaha konservasi disamping tidak mengurangkan kualiti sumber alam di mana aktiviti yang dilakukan sepatutnya tidak mengganggu dan merosakkan persekitaran. Selain itu, tumpuan juga diberikan kepada nilai-nilai dalaman berbanding nilai luaran di mana kemudahan dan perkhidmatan yang disampaikan dapat dihayati dan dipelajari tanpa mengganggu sumber sedia ada dan perlu berorientasikan alam sekitar semulajadi dan tidak hanya kepada kepentingan manusia semata-mata. Pelancong perlu menerima hakikat bahawa sumber yang ada tidak perlu diubah atau dibentuk mengikut kepentingan dan kemudahan mereka, dan ini merupakan cirri yang penting kerana kadar pertambahan pelancong ekologi yang semakin bertambah, banyak gejala dan kesan negatif mula muncul dan menjadi isu utama.

6.0

Kesimpulan

Sebagai penutupnya, walau apa jua aktiviti yang dibangunkan oleh pihak yang berkaitan dalam menjayakan aktiviti ekopelancongan ini, faktor-faktor alam sekitar haruslah mengambil kira kesan terhadap alam.sebarang projek pembangunan yang berkaitan dengan ekopelancongan seharusnya mengikut garis panduan yang telah diberikan oleh kerajaan bagi memelihara dan melestarikan alam sekitar. Garis panduan ekopelancongan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan ini antaranya menggariskan mengenai taman laut dan pulau, taman Negara, hutan simpan dan hutan lain, hutan bakau, hutan lipur dan hutan rekreasi, bukit batu kapur dan gua, sungai, air terjun, dan tasik, kawasan pantai, kawasan pergunungan, program pemuliharaan, program pemonitoran dan lain-lain hal yang berkaitan. Perancangan dan garis panduan itu haruslah mengikut prinsip-prinsip berlandaskan pembangunan mapan agar segala sumber semulajadi yang ada sekarang dikekalkan dan dijaga sebagai warisan untuk generasi akan datang sebagaimana kita menikmatinya pada hari ini. Selain itu, bagi pembangunan sedia ada, adalah menjadi tanggungjawab pihak berwajib menambah lebih banyak kemudahan asas dan kelengkapan yang diperlukan agar pelawat dapat

10

menikmati alam semulajadi yang terdapat di negara ini, dan sekaligus mengurangkan kadar kerosakan dan pencemaran di kawasan-kawasan pelancongan ekologi. Kerjasama daripada semua pihak lebih-lebih lagi pemaju dan pelancong dalam menjaga tapak pelancongan ini adalah diperlukan bagi mengekalkan alam sekitar sedia ada, semua pelan tindakan yang telah digariskan harus diikuti dan matlamat asal ekopelancongan yang menjurus kearah alam sekitar dapat dicapai dan bukan hanya bersifat kepentingan ekonomi semata-mata.

RUJUKAN http://www.motour.gov.my/bm/media/siaran-media/89-kempen-1malaysia-green-tourism1malaysia-clean-dilancarkan.html [28 Disember 2011] SGS [State Government of Sabah]. (1996). Sabah Tourism Masterplan. Kota Kinabalu: SGS. Weaver, D.B. (2001). The Encyclopedia of Ecotourism. New York: CABI Publishing. http://repo.uum.edu.my/3736/ Lee Boon Hiong, 2007. Pembangunan Ekopelancongan di Cameron Highlands: Satu Kajian Kes. USM

11

Habibah, 1994.Industri Pelancongan di ASEAN: Satu Cabaran Akademika 44 (Januari 1994) 15-44 http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/320-ekopelancongan/752kandungan-pelan-ekopelancongan-kebangsaan.html [28 Disember 2011]

You might also like